Khamis, 22 Jun 2017

Kenapa Nak Batal....Kenapa Tiada RCI..??

Tora datang lagi... Boleh pulak Putarjaya nak back-up.. Putarjaya dapat dedak juga ka ??!

RCI cubaan cemar reputasi Dr Mahathir, kata pemimpin Pakatan Harapan


RCI cubaan cemar reputasi Dr Mahathir, kata pemimpin Pakatan Harapan
Pemimpin pembangkang yakin penubuhan RCI sebagai satu cara mengenakan Dr Mahathir Mohamad untuk meninggalkan Bersatu tanpa pemimin demi manfaat Umno dan Presiden Najib Razak.
SURUHANJAYA Siasatan Diraja (RCI) terbaru yang ditubuhkan Putrajaya hanyalah cubaan untuk mencemar reputasi Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi sebahagian daripada gabungan parti pembangkan, kata pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Mereka berkata, ia hampir tidak munasabah yang Putrajaya sedang cuba membongkar perkara yang berlaku hampir tiga dekad lalu, tetapi mengabaikan perkara lebih besar – skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Ia adalah usaha memburu, disulami dendam terhadap Dr Mahathir. Apa yang kita perlukan ialah RCI terhadap 1MDB untuk membongkar penyalahgunaan dana kerajaan bagi kegunaan peribadi," kata Ahli Parlimen Klang DAP Charles Santiago.
"Skrip RCI boleh melibatkan pendakwaan dikenakan ke atas Dr Mahathir, dengan cara ini, Bersatu akan ditinggalkan tanpa pemimpin. Keputusan ini hanya akan memberi manfaat kepada Umno dan khususnya Presiden Najib Razak."
Dr Mahathir adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), parti terbaru yang menyertai gabungan pembangkang yang juga terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah.
RCI diumumkan oleh pentadbiran Najib semalam selepas menerima laporan daripada pasukan petugas yang ditubuhkan untuk menyiasat spekulasi mata wang Bank Negara Malaysia antara tahun 1989 dan 1992 yang menimbulkan kerugian besar-besaran.
Terdahulu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz memberitahu The Malaysian Insight bahawa RCI juga akan menentukan sama ada terdapat sebarang unsur jenayah dalam kerugian pertukaran asing yang dialami negara.
Santiago menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya menumpukan perhatian untuk mendapatkan kembali wang yang hilang melalui skandal 1MDB kerana saman Jabatan Kehakiman AS (DoJ) telah memulakan saman pencabutan mereka yang bertujuan untuk mendapatkan wang yang dicuri daripada 1MDB.
Ahli parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa berkata, walaupun beliau bersetuju bahawa tidak ada jenayah yang tidak boleh dihukum, beliau menambah, adalah salah bagi RCI untuk dipilih secara selektif untuk membunuh lawan politik.
"Kenapa tidak ada RCI untuk kes kleptokrasi terbesar, 1MDB?" Soalnya.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, persepsi orang ramai ialah ia kes penganiayaan terpilih terutama kerana mereka yang disasarkan kini menjadi sebahagian daripada PH.
Pada masa sama, terma rujukan RCI adalah penting untuk menentukan sama ada kerajaan ikhlas memdapatkan kebenaran, katanya.

RCI cubaan cemar reputasi Dr Mahathir, kata pemimpin Pakatan Harapan


RCI cubaan cemar reputasi Dr Mahathir, kata pemimpin Pakatan Harapan
Pemimpin pembangkang yakin penubuhan RCI sebagai satu cara mengenakan Dr Mahathir Mohamad untuk meninggalkan Bersatu tanpa pemimin demi manfaat Umno dan Presiden Najib Razak.
SURUHANJAYA Siasatan Diraja (RCI) terbaru yang ditubuhkan Putrajaya hanyalah cubaan untuk mencemar reputasi Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi sebahagian daripada gabungan parti pembangkan, kata pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Mereka berkata, ia hampir tidak munasabah yang Putrajaya sedang cuba membongkar perkara yang berlaku hampir tiga dekad lalu, tetapi mengabaikan perkara lebih besar – skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Ia adalah usaha memburu, disulami dendam terhadap Dr Mahathir. Apa yang kita perlukan ialah RCI terhadap 1MDB untuk membongkar penyalahgunaan dana kerajaan bagi kegunaan peribadi," kata Ahli Parlimen Klang DAP Charles Santiago.
"Skrip RCI boleh melibatkan pendakwaan dikenakan ke atas Dr Mahathir, dengan cara ini, Bersatu akan ditinggalkan tanpa pemimpin. Keputusan ini hanya akan memberi manfaat kepada Umno dan khususnya Presiden Najib Razak."
Dr Mahathir adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), parti terbaru yang menyertai gabungan pembangkang yang juga terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah.
RCI diumumkan oleh pentadbiran Najib semalam selepas menerima laporan daripada pasukan petugas yang ditubuhkan untuk menyiasat spekulasi mata wang Bank Negara Malaysia antara tahun 1989 dan 1992 yang menimbulkan kerugian besar-besaran.
Terdahulu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz memberitahu The Malaysian Insight bahawa RCI juga akan menentukan sama ada terdapat sebarang unsur jenayah dalam kerugian pertukaran asing yang dialami negara.
Santiago menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya menumpukan perhatian untuk mendapatkan kembali wang yang hilang melalui skandal 1MDB kerana saman Jabatan Kehakiman AS (DoJ) telah memulakan saman pencabutan mereka yang bertujuan untuk mendapatkan wang yang dicuri daripada 1MDB.
Ahli parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa berkata, walaupun beliau bersetuju bahawa tidak ada jenayah yang tidak boleh dihukum, beliau menambah, adalah salah bagi RCI untuk dipilih secara selektif untuk membunuh lawan politik.
"Kenapa tidak ada RCI untuk kes kleptokrasi terbesar, 1MDB?" Soalnya.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, persepsi orang ramai ialah ia kes penganiayaan terpilih terutama kerana mereka yang disasarkan kini menjadi sebahagian daripada PH.
Pada masa sama, terma rujukan RCI adalah penting untuk menentukan sama ada kerajaan ikhlas memdapatkan kebenaran, katanya.

PERINTAH DARURAT BOLEH DIELAKKAN JIKA.....

Apa yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir Mohamad mengenai kemungkinan perintah darurat ini bukanlah mustahil sebenarnya, malah disedari dan mula diperkatakan oleh banyak pihak.

Ini kerana rata-rata menyedari, berbanding semua Perdana Menteri sebelum ini, Najib Razaklah yang paling takut untuk kalah dan hilang kuasa. Lantaran itu, ramai yang menyuarakan kebimbangan bahawa perintah darurat mungkin akan dilaksanakan sebagai jalan terakhir untuk mengekalkan kuasa.

Mungkin ada yang berhujah, kenapa tidak ditimbulkan perintah darurat pada pilihanraya 2013 lalu sedangkan tentangan yang dihadapi Najib ketika itu turut getir dan mencabar?

Sebenarnya, pada pilihanraya 2013 lalu Najib masih yakin untuk menang, bahkan ketika isu isu skandal 1MDB belum meletus dan difahami secara meluas sebagaimana sekarang.

Berbeza kali ini, bukan saja isu 1MDB sudah merebak difahami dan diperkatakan, termasuk berkaitan wang berbilion masuk ke akaun peribadi dan gelang serta rantai leher mewah yang dihadiahkan kepada isteri Malaysian Official 1, bahkan kali ini Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim juga seolah-olah sudah berganding bahu untuk menumbangkan Najib, UMNO dan BN.

Selain itu, sudah banyak negara juga telah bertindak terhadap dana 1MDB yang dilencongkan dengan yang paling panas ialah Amerika Syarikat melalui Jabatan Kehakimannya atau DOJ dan ini secara tidak langsung memberi kefahaman yang lebih jelas kepada rakyat tentang perlunya perubahan dilakukan.

Skandal 1MDB: Pemuda PH gesa SPRM siasat isteri MO1 dan barang kemas RM128 juta

Faiz dan Pemuda PH mempamerkan laporan SPRM kepada media di hadapan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pagi tadi.
Pemuda Pakatan Harapan dan Gerakan Anakmuda Tolak Najib (GANT1) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pendedahan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berhubung 27 barang kemas maha mewah yang dihadiahkan kepada isteri Malaysia Official 1 (MO1).
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata, pembongkaran paling memeranjatkan itu membabitkan seutas rantai berloket belian merah jambu 22 karat bernilai AS$27.3 juta (RM122 juta) dan 27 barang kemas bernilai AS$ 1.3 juta (RM6 juta) kepada isteri MO1.
"Pendedahan hadiah barang kemas maha mewah bernilai lebih kurang RM128 juta ini hanya kepada seorang individu sahaja sebagai isteri MO1 adalah suatu pertuduhan yang serius yang memerlukan tindakan dan penyiasatan segera, bebas dan menyeluruh," katanya dalam laporan kepada SPRM itu.
Terdahulu beliau menyerahkan dokumen tersebut di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini dengan turut disertai pemuda parti Bersatu.
Faiz menuntut supaya SPRM menyiasat individu sebenar yang dinamakan sebagai isteri MO1 seperti didakwa dalam saman DoJ serta merampas 28 barangan kemas terbabit bagi tujuan mengenalpasti sumber sebenar perolehan.
Menurut peguam itu, saman DoJ merupakan satu prosedur kes jenayah di Amerika Syarikat selaras dengan peruntukan 18 USC 981 dan 18 USC 1956.
"Saman DoJ ini juga menggariskan beberapa kesalahan pecah amanah, penipuan dan penyelewengan di bawah Kanun Keseksaan serta kesalahan rasuah mengikut Akta SPRM 2009. Dengan itu, fakta yang didedahkan dalam saman DoJ dan aduan ini adalah berada dalam bidangkuasa SPRM," jelasnya.
Minggu lalu, DoJ telah memfailkan kali ketiga saman "Civil Forfeiture" (Saman DOJ) di bawah program ‘Kleptocracy Asset Recovery Initiative’ untuk menyita dan merampas serta bagi melucuthak beberapa aset tambahan kepada saman DoJ yang difailkan pada 20 Julai tahun lalu.
Sejumlah aset terbabit didakwa diperolehi melalui jenayah penyelewengan dan pengubahan wang haram berkaitan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) iaitu syarikat milik Kerajaan Malaysia.
Mengulas lanjut, Faiz menggesa SPRM mengenal pasti penglibatan isteri MO1 dalam skandal 1MDB sama ada hadiah 28 barangan kemas itu adalah penghargaan oleh ahli perniagaan, Jho Low atau arahan isteri MO1 sendiri.
"Saya juga mendesak agar pihak SPRM membuka semula kertas siasatan berkenaan skandal 1MDB kerana terdapat pendedahan baru berkenaan aliran wang sepertimana pendedahan Saman DoJ.
"DoJ adalah sebuah institusi undang-undang kerajaan Amerika Syarikat yang sudah pasti mempunyai maklumat dan bukti yang konkrit dan kredibel dalam membuat dakwaan tersebut," tegasnya.
Sehubungan itu, Faiz merayu agar SPRM dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai institusi penguatkuasa undang-undang negara dalam menangani korupsi dan penyelewengan wang negara berpuluh bilion ringgit sesuai dengan visi dan misi institusi tersebut.
Butiran mengenai barangan kemas maha mewah yang dikaitkan dengan isteri MO1 adalah seperti berikut:-

'Buat kawanku yang kecundang pada dedak'

Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini meluahkan perasaan bencinya terhadap anggota parti itu yang berpaling tadah kembali kepada Umno.
Dalam tulisannya yang seperti bermadah di Facebook, bekas juara debat Asia itu menegaskan pergerakan dipimpinnya bukan tempat untuk pihak yang mengidamkan wang dan kuasa.
“Keluarlah kamu sebelum kami mentadbir negara. Kita tidak perlukan mereka yang senang kecundang di tangan perasuah.

“Ada kebaikan di sebalik pengkhianatan ini. Proses pembersihan sudah bermula,” katanya.
Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa di blog bahawa terdapat anggota Pemuda BERSATU ditawarkan sehingga RM50,000 untuk meninggalkan parti.
Sementara itu, Syed Saddiq dalam tulisannya juga menyatakan perasaan sedihnya kepada “kawanku yang sudah pun tewas kerana nafsukan dedak”. “Dulu mereka sendiri yang maklumkan kepada saya dan rakan-rakan yang lain bahawa 'dedak dedak Umno' telah pun ditawarkan pada mereka.

“Mungkin mereka ingat kami akan cuba tawarkan jumlah dedak yang lebih besar untuk mengekalkan mereka.
“Minta maaf, BERSATU bukan tempat untuk penerima dedak,” katanya sambil menegaskan perjuangan untuk negara lebih besar daripada perjuangan parti, apatah lagi perjuangan peribadi.

‘Habuan sehingga RM50,000 jika tinggalkan BERSATU’

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa anggota Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ditawarkan antara RM10,000 hingga RM50,000 sekiranya mereka sanggup meninggalkan parti itu.
"Mereka yang menerima RM50,000 dipaksa menandatangani dokumen yang menghendaki mereka mengundi BN.
"Janji juga dibuat sekarang bahawa mereka akan mendapat lebih banyak wang dan barangan apabila pilihan raya berlangsung," dakwa pengerusi BERSATU itu dalam satu catatan terbaru di blog.
Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengasaskan BERSATU tahun lalu dengan tujuan mencabar Umno bagi mendapatkan undi orang Melayu.

Dr M tak tolak 'pemerintahan darurat' jika BN tumbang

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad yakin keputusan pilihan raya umum akan datang bakal diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal jika BN kalah dengan majoriti tipis.
"Sama ada itu ataupun kerajaan enggan mengakui mereka kalah. Pembangkang akan dituduh menipu.
"Tidak ada bukti yang diperlukan untuk kerajaan mengisytiharkan demikian. Pembuli BN akan bersedia mewujudkan ketidakstabilan.
"Atas dasar ini, mungkin pemerintah darurat diisytiharkan dan Parlimen akan digantung," katanya dalam catatan terbaru di blog.
Mahathir berkata sekiranya Parlimen digantung, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), seperti yang dibentuk selepas rusuhan kaum pada tahun 1969, akan ditubuhkan untuk mengendalikan negara dengan menggunakan undang-undang tentera.
Menurut Mahathir, tempoh ketidakpastian ini akan membolehkan BN untuk membeli ahli parlimen daripada pihak lawan.
"Apabila BN mendapat majoriti yang mencukupi, darurat akan ditarik balik dan BN akan membentuk kerajaan majoriti. Parlimen akan bersidang semula," katanya.

Gabungan semula Anwar-Mahathir bakal cetus sokongan majoriti, kata Husam


Husam MusaKejayaan usaha menggabungkan semula kepimpinan Tun Dr.Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu menarik sokongan besar bagi membolehkan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-14
Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa berkata majoriti rakyat berbilang kaum akan memberi kepercayaan kepada dua tokoh ini untuk menyelamatkan negara.
"Ramai tidak menduga pengabungan semula ini boleh berlaku.
"Semua perlu meraikan pengorbanan kedua-dua pihak yang sanggup melupakan sejarah lama demi kepentingan rakyat dan negara," katanya di majlis tadabbur al-Quran dan simulasi Aidilfitri Pakatan Harapan  di Pasir Mas semalam.
Perkara paling penting bagi gabungan Pakatan Harapan sekarang katanya adalah mengutamakan tindakan berasaskan keputusan bersama.
"Bila semua kita bertindak secara bersama, segala yang dirancang akan dapat dicapai," katanya.
Pada majlis itu pimpinan semua parti dalam Pakatan Harapan peringkat negeri turut sama menjalani simulasi Aidilfitri yang bakal digunakan pada hari raya nanti.

Sangsi, sejarah pegang kunci terakhir teka teki PH


Sangsi, sejarah pegang kunci terakhir teka teki PH  
Walaupun DAP, Bersatu dan Amanah sudah bersetuju Dr Mahathir melangkah masuk ke PRU14, tetapi ada satu bahagian dalam PKR yang tidak mahu Dr Mahathir mengambil alih gabungan itu.
IA mungkin kepingan terakhir dalam susun suai gambar Pakatan Harapan (PH), tetapi ia tetap menjadi yang paling sukar iaitu siapa patut mengetuai pakatan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)?
Kunci kepada dilema PH ini berkisar kepada Dr Mahathir Mohamad, 91, bekas perdana menteri yang meletak jawatan 14 tahun lalu.
Sumber memberitahu The Malaysian Insight walaupun DAP, Bersatu dan Amanah sudah bersetuju yang Dr Mahathir akan menjadi “wajah PH” melangkah masuk ke PRU14, tetapi ada satu bahagian dalam PKR yang tidak mahu Dr Mahathir mengambil alih gabungan itu.
“Tiga parti sudah bersetuju untuk Dr Mahathir memainkan peranan lebih penting, tetapi kami tersekat,” kata sumber.
Sumber PH itu berkata tiga parti itu bersetuju dengan cadangan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin supaya Dr Mahathir patut menjadi pengerusi majlis presiden PH sementara Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail presiden gabungan pembangkang.
“Muhyiddin yang cadangkan kompromi itu,” kata sumber, menambah dalam barisan itu, Anwar Ibrahim akan menjadi ketua umum PH.
Barisan itu sepatutnya dimuktamadkan pada mesyuarat majlis presiden PH dua minggu lalu tetapi ia terhenti selepas menerima nota daripada Anwar.
Dr Wan Azizah memberitahu wartawan selepas mesyuarat itu yang senarai akhir akan dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) Jumaat lalu. PH masih tidak memenuhi tarikh akhirnya itu kerana masih tidak mencapai kata sepakat berhubung peranan Dr Mahathir.
Parti berpecah
Perkara utamanya ialah sebuah parti yang berpecah, kata sumber dalaman PH.
“Awalnya, Anwar ada sedikit kebimbangan mengenai Dr Mahathir. Tetapi itu selesai selepas beliau bertemu pemimpin Amanah, Mohamad Sabu dan Husam Musa pada 13 Jun dan beritahu mereka beliau menyerahkan perkara itu kepada biro politik PKR untuk membuat keputusan,” katanya.
Dalam satu kenyataan yang jarang berlaku pada 17 Jun, Anwar berkata beliau memilih untuk menarik diri daripada senarai calon perdana menteri.
“Tetapi isu siapa yang akan mengetuai PH masih ada, kerana partinya tetap berbahagi mengenai perkara itu.

Syed Hamid terkejut Isa dilantik gantikannya


Tan Sri Syed Hamid Albar menganggap pelantikan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) amat mengejutkannya.
Beliau yang telah bersara daripada jawatan Pengerusi SPAD bermula 3 Jun lalu, percaya keputusan dibuat kerajaan itu akan mencetuskan satu lagi isu kontroversi terbaru.
Syed Hamid Albar"Saya rasa terkejut, sama seperti apa yang dirasai oleh semua rakyat," kata Syed Hamid kepada Sin Chew Daily seperti dilapor Sinar Harian.
Bagaimana pun, kata Syed Hamid, kuasa melantik Mohd Isa adalah terletak pada tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau percaya perdana menteri telah memikir sedalam-dalamnya sebelum mengumumkan pelantikan tersebut.
"Perdana menteri adalah seorang pemimpin politik yang berpengalaman. Beliau sudah berkecimpung dalam dunia politik lebih daripada 40 tahun dan sudah memegang jawatan perdana menteri selama tujuh tahun. Beliau tentu yakin Isa adalah calon yang sesuai," jelas Syed Hamid.
Beliau tidak ingin mengulas lanjut sama ada pelantikan Mohd Isa itu tepat atau tidak namun mendoakan beliau agar dapat menjalankan tugas dengan baik.
Ditanya mengenai harapan terhadap Isa, Syed Hamid berkata, beliau sukar memberikan jawapan tepat kerana Mohd Isa masih belum memulakan tugasnya.
"Bagaimana pun SPAD telah mengeluarkan kenyataan dengan menyambut baik pelantikan beliau. Saya harap Mohd Isa dapat memimpin SPAD dengan lebih baik kerana SPAD telah mempunyai nama yang baik di peringkat antarabangsa," kata Syed Hamid lagi.

Kenapa tidak tubuh RCI siasat 1MDB, FGV....?

Mengapa tidak ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal 1MDB dan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) malah skandal melibatkan pembelian kapal selam Scorpene? soal Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap keputusan Kabinet semalam yang bersetuju untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat skandal urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1980-an dan 1990-an.
Menurut beliau, tindakan Kabinet itu dilihat seolah “menggali bangkai gajah” untuk membalas dendam terhadap bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini lantang mengkritik kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).
“Gajah dalam bilik yang masih bernafas seperti skandal berbilion dolar 1MDB dan skandal FGV tidak pula diendahkan, ia akan mencalarkan lagi imej negara dengan tindakan pengecut Kabinet itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, Kabinet yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dipandang tinggi dunia jika melepaskan jawatan masing-masing bagi memulihkan semula imej kleptokrasi negara.
“Namun, Kabinet memilih untuk menjadi pengecut – bukannya menarik perhatian dunia melalui sikap berani dan berkeyakinan, sebaliknya ketidakmampuan untuk membezakan yang betul dan salah, dan tidak mengendahkan skandal terkini yang berlaku,” ujarnya.
Kabinet sebulat suara semalam bersetuju untuk menubuhkan RCI dengan syor Pasukan Petugas Khas (PPK) bagi menyiasat kerugian forex oleh BNM.
Kit Siang adalah pemimpin pembangkang utama yang lantang menggesa agar RCI ditubuhkan bagi menyiasat kerugian BNM dalam forex tersebut.

RCI FOREX...RCI 1MDB...RCI FGV...RCI ALTANTUYA...RCI RM9.5JUTA...RCI UMNO@BN...!!!

Ketika Tun M masih bersama2 dalam Umno, tiada langsung tindakan pro-aktif Umno & kerajaan utk kabinet setuju tubuh RCI siasat kerugian forex BNM.

TETAPI setelah Tun M keluar Umno & jadi musuh kpd Najib & Umno tup2 kabinet Najib setuju tubuh RCI siasat kerugian forex BNM..

Malah gesaan tubuh RCI siasat 1MDB sejak 2 tahun yg lalu terus jadi sepi wpon satu memorandum memohon penubuhan RCI bagi menyiasat dakwaan salah guna dana 1MDB telah diserahkan kpd yang DiPertuan Agong pada 15/10/2015.

Talak 3: Pas tidak tetap pendirian bahkan menjual prinsip, tak sampai 2 bulan mengaku kalah

KUALA LUMPUR: Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah, Ustaz Zolkharnain Abidin menyifatkan pendirian Pas termasuk terbaharu berhubung kerjasama dengan PKR seperti ‘orang main dam aji kalih tudung botol’.
Hal ini ujarnya dapat dilihat pada kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini yang mendakwa parti yang tidak berpayung di bawah Pakatan Harapan itu terbuka untuk kerjasama dengan PKR.
“Tak sampai dua bulan, pendirian Pas berubah terhadap Keadilan. Sebelum ini, timbul urat leher pemimpin Pas beritahu, Pas lebih kuat dan sanggup berdepan sesiapa saja secara bersendirian.
“Akhirnya, tak sampai dua bulan Pas mengaku kalah. Pas sedar bersendirian masuk pilihan raya maksudnya bersendirian jugalah ia menggali kuburnya sendiri,” bidasnya dipetik dari catatan beliau di Facebook.
Untuk rekod, Dewan Ulama Pas meluluskan usul putus hubungan dengan PKR pada 27 April lalu yang kemudian disahkan Majlis Syura parti itu pada 11 Mei.
Walau bagaimanapun, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan sebelum ini berkata, Pas ‘membuka ruang pada semua’ kecuali DAP dan Amanah bahkan meyakini gabungan partinya bersama PKR dan Bersatu berpotensi untuk menumbangkan BN.
Sehubungan itu, Zolkharnain melihat Pas tidak tetap pendirian bahkan menjual prinsip memandangkan parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang tersebut bertegas tidak akan bersama dengan mana-mana parti yang bekerjasama dengan AMANAH dan DAP.
“Sebelum itu lagi, bukan main tegas Pas pasakkan pendirian tak akan bekerjasama dgn mana-mana parti yg bekerjasama dgn DAP dan Amanah.
“Keadilan bukan parti Islam tapi parti sekular pragmatik. Demikian label Pas kepada Keadilan. Kini, semuanya berkalih macam orang main dam aji kalih tudung botol. Tiada pilihan, kalih pun kalihlah, asalkan boleh main dam politik kluk klek,” ujarnya.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Perlis berpendapat perkataan dasar Islam dalam perlembagaan parti bulan itu seperti asap setanggi untuk menutup bau sebenar ‘rumahtangga’ Pas.
“Minggu lepas, perjuangan ini demi agama, minggu ini perjuangan ini demi undi. Tahun lalu, kita akan berjuang bersendirian demi prinsip. Tahun ini, kita terbuka untuk berkawan. Dah jual prinsip? Lidah bergulung, bahkan bercabang juga.
“Pas sebenarnya tidak konsisten dengan pendirian politiknya. Di dalam bilik-bilik rumah Pas ada kain pelikat dan serban tak berbasuh, ada lampin tidak berbuang dan ada longgokan sampah yang berulat. Bau setanggi dasar Pas menutup semua bau hapak itu,” selarnya.

PM dengarlah keluhan rakyat


Oleh Nurul Izzah Anwar
PERDANA Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak tidak faham atau buat-buat tidak faham perihal kebimbangan rakyat terhadap pelaburan luar biasa China di Malaysia.
Baru-baru ini, akhirnya Perdana Menteri menjawab kritikan ramai yang menyuarakan kebimbangan terhadap kemasukan luar biasa pelaburan dari China, tetapi sayangnya kenyataan tersebut langsung tidak endah akan kebimbangan sebenar yang disuarakan rakyat. 
Kata Najib, adalah menjadi sesuatu yang bodoh sekiranya negara menolak pelaburan, malah sebarang tindakan menolak pelaburan adalah bertentangan dengan dasar ekonomi. Ternyata, Malaysia merupakan antara destinasi utama pelaburan dari China. Ia merangkumi pelbagai sektor dari hartanah (Forest City merupakan projek hartanah paling besar di luar China), tenaga (setelah 1MDB jual jana kuasa tenaga kepada syarikat China) dan yang terbaharu automotif (setelah Proton dijual kepada Geely susulan arahan kerajaan untuk DRB-Hicom untuk cari pelabur asing).
Malah sehingga November lalu, Perdana Menteri membuka jalan ke arah 14 MoU dengan China bernilai RM143.6 bilion, bersamaan 55% belanjawan Kerajaan Persekutuan untuk tahun ini. Perdana Menteri sekali lagi terbang ke Beijing bulan lalu, untuk tujuan sama.
Hakikatnya, kami di barisan pembangkang tidak pernah sekalipun menolak pelaburan, termasuklah pelaburan dari negara asing. Malah dua negeri yang paling banyak menerima pelaburan luar, Selangor dan Pulau Pinang merupakan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan. Bagaimanapun saya amat khuatir dengan trend pelaburan dari China yang dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Kami  percaya pelaburan besar seperti ini harus dibuat secara berhati-hati. Tindakan Najib ini hanya meningkatkan beban kewangan negara lantas meletakkan risiko kepada negara. Jangan dilupakan pengalaman Sri Lanka yang masih bertarung hingga ke saat ini, untuk mengurangkan peratusan milikan China ke atas pelabuhannya!
Dalam setiap urus niaga, kita harus mengambil pendekatan berhati-hati dalam menilai risiko yang wujud. Urus niaga yang dimuktamadkan dalam tempoh yang singkat meningkatkan kemungkinan eksploitasi dan rasuah. Kita sebaliknya harus berhati-hati dengan dasar negara China yang kini bersungguh-sungguh melebarkan pengaruh ekonominya. Ini mungkin akan merugikan negara dari sudut keutamaan rakyat.
Baru-baru ini pusat pemikir Institut Rakyat mengadakan sidang meja bulat mengenai pelaburan China ke Malaysia di mana saya turut hadir. Saya ingin memetik kenyataan pakar ekonomi semasa sidang berkenaan, Prof Jomo Kwame Sundaram bahawa Malaysia sejak merdeka lagi bersikap terbuka terhadap pelaburan asing, tetapi apa yang membezakan pelaburan dulu dan sekarang ialah kewaspadaan kita terhadap pemilikan asing dalam tanah dan aset di negara ini.
Sebagai contoh, Forest City di Johor dibangunkan melalui kerjasama/joint venture (JV) 66:34 antara syarikat hartanah China Country Garden dan Esplanade Danga 88 Sdn Bhd. Sehingga Februari lalu, 70% daripada unit hartanah berkenaan sudah dijual kepada warganegara China. Syarikat China juga melabur dalam projek hartanah dan pembangunan Melaka Gateway dan East Coast Rail Line.
Hakikatnya pelaburan China melimpah ruah tatkala negara berhadapan dengan masalah pengurusan kewangan berskala mega melibatkan syarikat ‘pelaburan strategik’ negara 1MDB. Harus diingat dan dikenang keputusan sambil lewa 1MDB yang menjual aset strategik berupa loji jana kuasa kepada China General Nuclear Power Corp pada nilai RM9.83 bilion.

Skandal 1MDB: Miranda Kerr patut kembalikan hadiah berlian Jho Low


Miranda Kerr patut kembalikan hadiah berlian Jho Low
Model Australia Miranda Kerr menerima berlian berbentuk hati 11.72 karat bernilai RM5.54 juta dan loket berlian 8.88 karat bernilai AS$3.8 juta daripada Jho Low. 
MODEL Australia Miranda Kerr patut mencontohi langkah diambil pelakon Leonardo DiCaprio dengan memulangkan kembali hadiah yang didakwa dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB, lapor The Guardian.
Kerr menerima hadiah barang kemas bernilai jutaan ringgit, dihadiahkan oleh Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, individu utama dalam skandal 1MDB.
DiCaprio menyerahkan trofi Oscar yang dimenangi Marlon Brando kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian siasatan Jabatan Kehakiman (DoJ) terhadap dakwaan rasuah dalam 1MDB.
SABM Australia, satu persatuan sivil di Melbourne berkata walaupun “tidak mendakwa Miranda Kerr melakukan sebarang kesalahan”, beliau tetap sepatutnya “menyerahkan semua barang kemas yang dihadiahkan kepadanya”.
Pendakwa AS berkata barangan kemas itu termasuk berlian berbentuk hati 11.72 karat bernilai AS$1.29 juta (RM5.54 juta), yang dihadiahkan Low kepada model Victoria Secret itu pada Hari Valentine 2014, tidak lama selepas perceraian Kerr dengan pelakon Orlando Bloom.
Kerr juga menerima loket berlian 8.88 karat bernilai AS$3.8 juta daripada pereka New York, Lorraine Schwartz.
SABM Australia mendesak Kerr mengikut jejak langkah DiCaprio.
The Guardian berkata SABM Australia turut mendesak polis Australia menyiasat sama ada wang curi itu ada membuat sebarang pembelian aset di Australia termasuk hartanah, karya seni atau barangan kemas.
Trofi Oscar Brando diberikan kepada DiCaprio oleh Red Granite, rumah penerbitan dimiliki bersama anak tiri Perdana Menteri Najib Razak, Riza Aziz, yang juga pembiaya filem The Wolf of Wall Street, dibintangi DiCaprio.
Red Granite memberikan trofi itu sebagai tanda terima kasih selepas tamat penggambaran filem berkenaan.

Jawatan tertinggi Pakatan Harapan: Kini antara Dr Mahathir, Wan Azizah


Oleh Chan Kok Leong
PERSAINGAN bagi kedudukan teratas dalam Pakatan Harapan (PH) kini antara Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad.
Ini berikutan keputusan Anwar Ibrahim yang menarik diri daripada dipertimbangkan sebagai calon kepimpinan dalam pakatan pembangkang.
Difahamkan Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) Muhyiddin Yassin juga mengambil keputusan yang sama bagi jawatan presiden dalam PH sebelum pengumuman Anwar. Beliau bertindak demikian "untuk membantu mempercepatkan proses" memuktamadkan senarai pemegang jawatan dalam gabungan itu, satu tugas yang bertukar lebih rumit daripada dijangkakan.
Apabila PH memutuskan untuk mendaftar sebagai gabungan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS), gabungan itu mempunyai tiga perkara dalam senarai.
Sumber PH berkata: "Tiga perkara itu adalah logo, perlembagaan dan senarai pemegang jawatan. Logo paling mudah manakala dua yang terakhir terbukti menjadi cabaran."
Sumber itu berkata PH menyediakan beberapa set perlembagaan untuk dimasukkan bersama dalam senarai kepimpinan.
"Tetapi nampaknya kita tidak boleh bergerak pada tahap barisan kepimpinan. Oleh itu, penarikan Anwar sangat tepat pada masanya. Ia menjadi isyarat kepada semua parti - PKR, DAP, Bersatu dan Amanah – hanya perlu meneruskannya."
"Namun, Anwar tidak akan ditinggalkan kerana beliau masih menjadi pemimpin penting bagi pembangkang. Hanya buat masa ini sekurang-kurangnya, beliau mesti menjadi penasihat."
Pada Sabtu, Anwar mengeluarkan kenyataan dari penjara, mendesak PKR, DAP, Amanah dan Bersatu dalam menumpukan usaha bersama untuk mengalahkan Perdana Menteri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau kesal terdapat percubaan mengubah pakatan pembangkang menjadi cerminan BN, hanya satu parti politik berhak bersuara berbanding parti komponen lain.
Dalam kenyataannya, Anwar juga mengumumkan beliau memilih untuk tidak menawarkan diri sebagai calon perdana menteri.
Tekanan menamakan PM
Sumber itu menambah apabila mereka mencetuskan idea membentuk PH, mereka tidak memikirkan senarai kepimpinan akan mempunyai status yang sama seperti barisan Kabinet bayangan.

BERSATU, PKR lalui sejarah yang sama...

Pada satu masa, kesunyian malam telah dipecahkan oleh gosip - seorang pemimpin Umno telah meninggalkan parti itu, dan sebuah parti baru telah dilahirkan.
Ia, pada masa itu, telah menimbulkan persoalan serius di kalangan pemimpin pembangkang.
Adakah entiti baru ini hanya merupakan sebuah parti serpihan Umno? Bolehkah musuh lama mereka itu dipercayai?
Ini adalah keraguan yang disuarakan oleh DAP dan PAS hampir 20 tahun yang lalu apabila timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Umno dan menubuhkan PKR, kata seorang pemimpin parti.
Hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad - orang yang menyebabkan terkeluarnya Anwar dari Umno - berdepan dengan masalah sama ketika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berunding dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan lain mengenai masa depan bersama mereka.
Ironinya, kini PKR yang terutamanya di kalangan mereka yang masih waspada untuk bekerjasama dengan dengan bekas perdana menteri itu dan parti barunya.
Mahathir, yang merupakan pengerusi BERSATU, dalam satu temu bual baru-baru ini mengeluh bahawa ketidakpercayaan terhadapnya telah menyebabkan tertangguhnya rundingan mengenai jawatankuasa protem HARAPAN, terutama tentang sama ada untuk memberinya satu kedudukan dalam pakatan itu dan sama ada dia sepatutnya mempunyai kuasa eksekutif.
"PKR mempunyai sejarah yang sama. Apabila ditubuhkan, kita dilihat sebagai kumpulan serpihan Umno yang diketuai oleh Anwar, dan wujud ketidakpercayaan yang sama terhadap kami oleh DAP dan PAS," kata naib presiden PKR, Tian Chua, tokoh utama dalam gerakan Reformasi Anwar pada lewat 90-an.
"Adakah Anwar akan kembali kepada Umno jika semuanya gagal? Adakah kita benar-benar komited kepada politik pelbagai kaum?
"Ini adalah soalan-soalan yang ditanya. Jadi saya boleh faham mengapa ini berlaku kepada BERSATU," kata Chua kepada Malaysiakini.
Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Batu itu yakin bahawa dengan perbincangan berterusan, konsensus dan kepercayaan bersama boleh dicapai di antara semua parti dalam HARAPAN termasuk BERSATU.
Tetapi isu apa nak buat dengan Mahathir - musuh PKR selama 17 tahun - masih menjadi persoalan rumit.
Malaysiakini difahamkan bahawa dalam PKR, terdapat dua aliran pemikiran utama mengenai perkara ini.
Walaupun kedua-dua kem bersetuju bahawa HARAPAN harus memanfaatkan kedudukan Mahathir, namun penyokong setia Anwar tidak bersetuju bekas perdana mantan itu diberi peranan eksekutif.
Seorang pemimpin yang berkongsi pandangan ini adalah ahli Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul, yang percaya tidak perlu "mengunci" Mahathir pada jawatan seumpama itu.
Johari berkata Mahathir boleh beroperasi sama seperti Anwar dalam PKR, sebagai ketua de facto.
"Jawatan (ketua de facto) tidak wujud dalam perlembagaan parti kami," katanya tetapi menambah bahawa Anwar mampu mengerahkan pengaruhnya dalam parti itu.
Ahli Parlimen Sungai Petani itu berkata mereka menjangkakan Mahathir melakukan perkara yang sama dan merasakan beliau sepatutnya menjadi penasihat.
Strategis BERSATU, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff pada mulanya keberatan untuk bercakap mengenai rundingan HARAPAN yang sedang berlangsung.
Tetapi apabila ditekan sama ada parti itu akan menerima Mahathir diberi peranan bukan eksekutif, Rais menegaskan tentang perlunya kepimpinan yang kuat.
"Apabila anda berada dalam kedudukan kepimpinan, anda mesti diberi kuasa. Sekiranya anda tidak diberi kuasa, anda tidak boleh menjadi pemimpin

RM9.5 Juta: Bersediakah PM dan Shafee dedah akaun bank mereka?



Najib dan ShafeeAdakah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan peguam kanan Tan Sri Syafie Abdullah bersedia untuk mendedahkan akaun bank masing-masing seperti diarahkan mahkamah tinggi semalam?
Apakah kesan tindakan mendedahkan akaun bank dua individu berprofail tinggi itu terhadap sabitan kes liwat II ketua pembangkang yang juga bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dan adakah pembebasan Anwar daripada pertuduhan akan memberi peluang kepada gabungan Pakatan Harapan untuk mencipta sejarah baru negara bagi menggantikan kerajaan BN di Putrajaya?
Kesemua persoalan ini akan terjawab pada prosiding mahkamah Julai dan Ogos ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengarahkan kerajaan untuk menjawap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengketepikan sabitan kes Liwat II berikutan dakwaan Najib membayar RM9.5 juta kepada Shafee sebagai khidmatnya menjadi pendakwa utama dalam kes liwat itu.
Hakim Datuk Kamaludin Md Said membuat arahan itu ketika pengurusan kes semalam.
Beliau mengarahkan kerajaan untuk mengemukakan afidavit sebagai menjawap permohonan yang dibuat Anwar sebelum 12 Julai ini.
Peguam Anwar, Latheefa Koya ketika dihubungi media berkata, hakim itu turut memerintahkan Shafee, yang dinamakan dalam permohonan penzahiran itu untuk mengemukakan hujahnya menjelang 19 Julai.
Hakim Kamaludin kemudiannya menetapkan 3 Ogos depan, sebagai tarikh pengurusan kes berikutnya.
Kerajaaan hari ini diwakili oleh peguam persekutuan kanan, Nadia Hanim Tajuddin manakala Sarah Abishegam pula mewakili Shafee. Najib pula tidak diwakili oleh sebarang peguam.
Shafee dilantik oleh peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan terhadap pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Beliau kemudiannya tampil sebagai pendakwa raya utama dalam kes itu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Sarawak Report sebelum ini mendakwa Najib membayar RM9.5 juta kepada Shafee melalui dua pembayaran yang menyaksikan Anwar didapati bersalah oleh mahkamah rayuan pada 7 Mac, 2014.
Pejabat Perdana Menteri tidak memberi sebarang jawapan berhubung soalan media mengenai dakwaan itu manakala Shafee awal bulan ini berkata akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu.
Setakat ini belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan beliau.

"YANG BERBAU GAJAH MATI DI DEPAN MATA, YANG DICARI BANGKAI NYAMUK DI SEBERANG LAUT"

Hasil cadangan Pasukan Petugas Khas yang menyiasat berhubung kerugian urusniaga matawang asing pada 1980an dan 1990an, kabinet semalam telah bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi meneruskan siasatan mengenai perkara itu.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, keputusan menubuhkan Suruhanjaya Diraja kerana mendapati wujud elemen menyembunyikan fakta sebenar kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujan mengelirukan Jemaah Menteri dan Parlimen.

Dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja itu diharap mampu merungkai isu yang membelenggu negara sejak 23 tahun lalu, kata kenyataan Perdana Menteri lagi.

Satu-satunya fakta mengapa kerajaan UMNO dan BN pimpinan Najib Razak menubuhkan Pasukan Petugas Khas dan kemudian Suruhanjaya Diraja ini ialah kerana kritikan serta serangan berterusan Tun Mahathir Mohamad terhadapnya, khususnya berhubung skandal kewangan 1MDB yang sudah berlarutan sejak lebih 2 tahun yang lalu.
Jika Tun Mahathir tidak menyerang Najib, tidak keluar UMNO, tidak menubuhkan Bersatu dan tidak bersama dengan Pakatan Harapan, pasti tidak diwujudkan Suruhanjaya Diraja berkenaan.

Lebih jelas, ia adalah usaha untuk mengenakan Tun Mahathir dengan harapan Najib, UMNO dan BN terus menang dan berkuasa selepas pilihanraya umum akan datang.

Ia juga suatu paparan yang jelas bahawa Najib begitu gerun untuk berdepan dengan pengaruh Tun Mahathir yang telah menubuhkan Bersatu dan kini bersama-sama dengan Pakatan Harapan untuk memberi cabaran kepadanya melalui pertimbangan kuasa rakyat.

Suruhanjaya Diraja itu tidak lain adalah sebagai tindak balas dan mengalih pandangan untuk menutup skandal 1MDB yang paling nyata berada di depan mata serta penyiasatan antarabangsa turut mendapati melalui syarikat pelaburan itulah munculnya isu RM2,600 juta dalam akaun peribadi Najib, SRC International dan hiruk-pikuk lain yang melibatkan Jho Low, Rosmah Mansor dan Riza Aziz.

Lantaran penyiasatan dalam negara tidak berjalan atau terlalu perlahan dengan berlakunya pelbagai pemecatan kepada mereka yang bersuara serta bertanya soalan, yang didesak oleh pelbagai pihak agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja ialah berkaitan 1MDB.

Tetapi, Najib bukan saja menutup mata dan memekakkan telinga terhadap desakan itu, malah tanpa segan dan malu juga mengOSAkan laporan audit mengenai 1MDB itu.

Maka, walaupun skandal 1MDB ini sudah berbau ke seluruh dunia dengan pelbagai negara sudah melakukan penyiasatan serta menjatuhkan hukuman dan yang paling mengaibkan ialah pelbagai pendedahan di sebalik saman sivil untuk merampas hartanah dan pelbagai aset lain oleh DOJ Amerika Syarikat, semuanya cuba ditutup rapi dan tiada tindakan diambil setakat ini.

Di ketika Pasukan Petugas Khas menyiasat mengenai urusniaga matawang tersebut dan difahami tujuannya untuk mengenakan Tun Mahathir, tetapi bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu tidak dipanggil sama sekali untuk memberi keterangannya.

Parti Warisan bukan cabaran besar BN Sabah, dakwa ahli MT Umno


Parti Warisan Sabah

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata semua anggota parti perlu terus memperkukuhkan hubungan terutamanya dalam menghadapi perjuangan politik yang amat mencabar pada ketika ini.
Beliau berkata hubungan silaturahim dalam kalangan anggota parti khususnya di Sabah perlu terus dikekalkan dan dipertingkat.
"Dengan adanya hubungan silaturahim yang kukuh saya yakin Sabah terus kekal di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang dengan pimpinan seorang Ketua Menteri (Datuk Seri Musa Aman) yang begitu komited kepada perjuangan, sentiasa bekerja keras serta mengambil berat terhadap rakyat di seluruh di negeri ini," katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Ramadan Pergerakan Wanita Umno Sabah bersama beliau di sini, malam ini.
Turut hadir Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Armani Mahiruddin dan Naib Ketua  Wanita Umno Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid.
Pada majlis itu  200 anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan balu menerima sumbangan sumbangan wang zakat daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang disampaikan oleh Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Mengulas lanjut, Tajuddin berkata Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak menjadi cabaran besar kepada Umno di Sabah.
"Saya tidak melihat  parti Warisan ini menjadi cabaran. Oleh itu saya menyokong penuh agar Umno menang dalam pilihan raya akan datang di Sabah dan saya berjanji akan membantu untuk memastikan Umno Sabah menang dalam pilihan raya nanti," katanya.
Sementara itu, Armani berkata Pergerakan Wanita Umno Sabah berikrar akan terus memperkasakan usaha ke arah menambat hati rakyat dan menentukan sokongan kekal kepada perti berkenaan.
"Untuk itu, pendekatan dan fokus akan diperhebatkan supaya lebih dinamik, tangkas, efisien serta berkupayaan untuk menjadi juara dalam menyampaikan kebajikan kepada rakyat.

Pertumbuhan eksport 5.6% tidak bermakna jika ramai menganggur, kata Shafie


Pertumbuhan eksport 5.6% tidak bermakna jika ramai menganggur, kata Shafie
Shafie berkata beliau tidak nampak Malaysia mencapai status negara moden.
PERTUMBUHAN eksport suku tahunan "luar biasa" sebanyak 5.6% tahun ini tidak bermakna jika ia tidak dapat memberi pekerjaan kepada rakyat Malaysia, kata Presiden Parti Warisan Sabah Shafie Apdal.
Beliau berkata realitinya kadar pengangguran dan kadar kemiskinan semakin meningkat dan negara menjangkakan lebih banyak pemberhentian kerja tahun ini.
"Setakat yang saya tahu, angka itu boleh berdasarkan pemeriksaan rawak ke atas industri, tetapi realiti lebih membimbangkan, terutama di peringkat akar umbi.
"Tidak ada pekerjaan yang cukup walaupun untuk graduan," katanya dalam siaran lintas langsung video terbaharunya yang dirakam di Kampung Tg Aru, Putatan, Isnin.
Shafie berkata ini sama seperti Putrajaya mengekalkan prospek pertumbuhan 5% ke atas keseluruhan perdagangan negara tahun ini, dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perdagangan Mustapa Mohammed mengumumkan pertumbuhan eksport sebanyak 5.6% pada suku pertama.
Menurut Shafie, bilangan pelajar yang menamatkan pengajian daripada universiti semakin meningkat setiap tahun tetapi peluang mereka mendapat diambil bekerja sempit apabila peluang pekerjaan semakin kecil.
Beliau berkata kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak sendiri terpaksa merumuskan Transformasi Negara 2050 (TN50), anjakan 30 tahun kerana gagal mencapai status negara maju menjelang 2020.
"Saya tidak nampak Malaysia mencapai status negara moden," katanya.
Beliau berkata mereka yang mempunyai pekerjaan dikhuatiri akan diberhentikan kerana ekonomi negara akan mengalami kemerosotan, dengan memberi contoh 6,000 kakitangan Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ditamatkan di bawah penstrukturan semula pada 2015.
"Sekarang 400 cawangan bank di seluruh negara sedang ditutup di bawah apa yang dipercayai menjadi langkah rasionalisasi.

Skandal FGV: Masalah peneroka Felda belum selesai walau kepimpinan FGV berubah

Buah kelapa sawit diangkut untuk dimasukkan ke dalam lori. Ramai peneroka Felda tidak sedar mereka berdepan hutang yang banyak apabila menyerahkan pengurusan ladang kepada FGV. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 22 Jun, 2017.KEMELUT Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mungkin hampir selesai dengan pertukaran kepimpinan, tetapi masalah majoriti peneroka Felda masih membelenggu mereka.
Walaupun menyambut baik perubahan kepimpinan dalam FGV, tetapi keyakinan peneroka dan anak peneroka Felda agak sukar untuk dikembalikan.
Peneroka Felda Sungai Sibol di Johor Esa Atan, 71, berkata sepatutnya ahli politik tidak dilantik untuk menjadi pengerusi Felda dan FGV.
“Biarlah ia diuruskan orang korporat. Barulah Felda dan FGV boleh berjaya,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Esa bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengganti Isa, Dr Sulaiman Mahbob mampu menguruskan FGV dengan lebih baik tetapi memberikannya 100 hari untuk melihat apa idea dan caranya menyelesaikan masalah.
Beliau berkata Sulaiman perlu mengembalikan keyakinan orang ramai dan peneroka Felda dalam FGV yang sebelum ini kurang telus dan tidak diuruskan dengan baik.
“Bagaimana keyakinan boleh dikembalikan? Sulaiman boleh mulakan dengan membetulkan kelemahan pengurusan tanah peneroka Felda.
“Mulakan dengan itu, selepas itu bab kewangan. Isu hutang terkumpul disebabkan skim penanaman semula dan caj tersembunyi yang dimasukkan dalam kos yang membebankan peneroka. Kita mahukan mereka lebih telus,” katanya.
Semalam, media melaporkan kemungkinan bekas pengarah urusan Kumpulan Malakoff Corp Azhar Abdul Hamid bakal menggantikan Zakaria Arshad sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) FGV.
“Kalau benar seperti dilaporkan media, CEO FGV Zakaria akan digantikan, kami mahu beliau digantikan dengan anak peneroka Felda juga,” kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Suara Generasi Ke 2 Felda Zulkefli Nordin kepada The Malaysian Insight.
“Kita perlu ingat, hampir 113,000 peneroka Felda merupakan pemegang saham dalam FGV. Jadi pengganti kepada Zakaria kena ada roh Felda juga.”
Zakaria merupakan anak peneroka Felda pertama dilantik menerajui konglomerat perladangan dan syarikat pengeluar minyak sawit mentah utama dunia itu.
Anak kepada peneroka Felda Palong 1, Negeri Sembilan itu sebelum ini memegang jawatan sebagai naib presiden eksekutif/ketua Kluster Hiliran Sawit di FGV.
Felda tidak uruskan ladang dengan baik
Zulkefli berkata apa yang paling penting ialah Putrajaya perlu segera menyelesaikan isu melanda peneroka Felda seperti penyata kewangan tidak diberi.
“Ada yang setiap bulan bayar hutang dengan Felda tetapi penyata hutang sudah 10 tahun tak dapat,” katanya.
Katanya, apabila beliau dan kumpulannya menyiasat mengapa begitu sukar Felda mengeluarkan penyata kewangan, rupa-rupanya ada ladang peneroka tidak diuruskan dengan baik.
“Setiap bulan, ibu bapa kami yang serahkan ladang untuk diuruskan Felda akan diberi elaun sara hidup RM1,500. Tetapi ini hutang termasuk dengan kos penanaman semula, kos meracun dan sebagainya.
“Bila kami desak Felda, penyata kewangan diberi, semua kos dipotong, tetapi apabila kami pergi ke ladang ibu bapa kami, tiada apa yang dibuat, semak sudah macam hutan, gajah pun boleh duduk,” katanya.
Bagaimanapun, katanya tidak semua peneroka Felda sedar mereka mempunyai masalah hutang yang besar.
“Masalah ibu bapa kami di kampung ini, mereka seronok dapat elaun RM,1500. Tapi tidak tahu hutang bertimbun.
“Siapa nak bayar? Sebab hasil ladang langsung tak ada apabila Felda tak uruskan ladang mereka dengan baik.
“Kami bukan nak lawan kerajaan, tapi kami marah mengapa Felda buat ibu bapa kami begini?,” soalnya.

Wang Perlindungan: SPRM perlu cepat cari saksi yang hilang, kata peguam


SPRM perlu cepat cari saksi yang hilang, kata peguam
Kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mencari saksi yang hilang boleh memberi persepsi buruk ke atas kredibiliti badan itu.
Imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terjejas jika tidak menemui saksi-saksinya dengan cepat dan membina kes yang kuat terhadap mereka yang terlibat dalam memberikan perlindungan kepada pusat perjudian dan rumah urut haram di Melaka, kata seorang peguam.
Peguam Syahredzan Johan berkata, kegagalan mencari saksi yang hilang boleh menjejaskan kes SPRM terhadap suspek dan ini boleh mengakibatkan badan anti rasuah itu dituduh melindungi seseorang.
"Akan ada persepsi orang ramai yang perlu mereka hadapi. Betul atau salah, orang ramai akan fikir ada sesuatu yang tidak kena.
"Dan ini terutama sekali selepas tuduhan salah seorang yang ditahan dalam serangan itu dikaitkan dengan pegawai kanan polis. Orang ramai akan berfikir SPRM cuba melindungi seseorang," kata Shahredzan kepada The Malaysian Insight.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad mengumumkan baru-baru ini beberapa saksi dalam kes perlindungan di Melaka bersembunyi atau meninggalkan negara.
SPRM menangkap Ketua Polis Daerah Melaka Tengah dan Jasin serta beberapa pegawai kanan lain dari ibu pejabat polis daerah dan negeri.
Turut ditahan ialah orang awam bernama "Gopi" yang didakwa Sarawak Report mempunyai talian hubungan terus dengan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar dan beberapa pegawai polis kanan lain. Khalid mengakui  dia mengenali Gopi dan  suspek juga pernah melawat rumahnya.
Setakat ini tiada seorang pun yang dikenakan tindakan.
Syahredzan berkata walaupun kenyataan saksi sudah direkodkan, ia hanya akan menjadi satu kenyataan dan tidak boleh didakwa di mahkamah kerana saksi dikehendaki hadir, kecuali mereka mati.
"Atau SPRM perlu mencari bukti kukuh yang tidak perlu bagi saksi yang hadir," katanya kepada The Malaysian Insight.
"Saksi-saksi tidak seperti suspek, mereka boleh bergerak dengan bebas, kecuali jika anda menangkap orang itu dan membebaskannya dengan jaminan polis, maka mereka tertakluk kepada undang-undang."

Skandal 1MDB: Bukan satu percubaan untuk jatuhkan k'jaan M'sia, kata kedutaan AS

Saman sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) berkaitan dengan 1MDB, bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia, kata kedutaan AS di Kuala Lumpur.
"Tidak, ini bukan satu percubaan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia.
"Matlamatnya adalah untuk mendapatkan semula aset dan mengembalikannya demi faedah rakyat negara yang terjejas," kata jurucakap kedutaan itu kepada Malaysiakini.
Jurucakap itu menegaskan bahawa saman DOJ adalah sebahagian daripada inisiatif untuk melindungi pasaran dan sistem kewangan AS daripada penipu wang.
Kedutaan itu menegaskan demikan dalam responnya kepada Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa, yang mendakwa pada hari Selasa bahawa saman DOJ adalah tindakan 'pre-emptive' menjelang pilihan raya umum akan datang ke arah pertukaran kerajaan yang diterajui oleh orang Islam.
DOJ memfailkan set ketiga saman sivil untuk merampas tambahan AS$540 juta aset yang didakwa diprolehi melalui dana yang diselewang dari 1MDB - menjadikan jumlah keseluruhannya AS$.7 bilion.
Tindakan itu adalah sebahagian daripada Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi (Kari), yang bertujuan untuk memulangkan dana yang didakwa dicuri dari negara-negara yang terjejas.
Antara lain, dalam pemfailan Khamis lalu, DOJ mendakwa bahawa AS$620 juta yang didakwa oleh MO1 telah dikembalikan kepada pendermanya, sebaliknya dipindahkan kepada hartawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low.
DOJ mendakwa bahawa Jho Low kemudian menggunakan sebahagian dana - yang didakwa diselewengkan dari 1MDB - untuk membeli kalung berlian merah jambu bernilai AS$23.7 juta untuk isteri MO1.
Walaupun DOJ tidak menamakan siapa itu MO1 mahupun isterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tuntutan mahkamah berkenaan memberi gambaran seolah-olah isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor terpalit dalam salah laku.

Terima pelantikan ahli majlis bukan arahan parti, sembang PKR Kelantan


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan menyifatkan tindakan ahlinya yang menerima perlantikan sebagai ahli majlis daerah Pasir Mas semalam bersifat peribadi dan bukan atas arahan parti.
Abdul Aziz (dua dari kiri) hadir di majlis simulasi sambutan Aidilfitri PH Kelantan.Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir berkata, "Keputusan untuk tidak kekal dalam kerajaan Pas Kelantan adalah muktamad."
Keputusan parti mengenai perkara ini tiada sebarang perubahan kerana ianya adalah keputusan peringkat pusat.
"Kita di negeri hanya bertindak melaksanakan keputusan ini," katanya ketika ditemui di majlis simulasi Aidilfitri Pakatan Harapan (PH) Kelantan petang semalam.
PKR Kelantan kata beliau kini memberi tumpuan sepenuhnya bagi mengukuhkan PH peringkat negeri.
"PH Kelantan sudahpun menubuhkan sekretariat peringkat negeri dan dalam mesyuarat pertama telah melantik Datuk Husam (Musa) sebagai penasihat. Soal hubungan dengan Pas bagi saya sudah selesai, dan perkara hubungan parti di luar pakatan adalah urusan pihak pusat," katanya.
Semalam, tular di media sosial, seorang ahli PKR, Kamaruddin Zakaria menerima pelantikan sebagai Ahli Majlis Daerah Pasir Mas.

Rabu, 21 Jun 2017

Adakah ada sesuatu yg nak disembunyikan oleh mereka ini ??!

DAH 21 HARI Najib & Shafee terus bisu pada skandal RM9.5 juta.. Kenapa??!

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah..

Menteri Umno, Rahman Dahlan dah sahkan Najib adalah #MO1..!!


Rekod Dunia : Hanya 7 Minit Mengamggur......!!!

Pelajar terpaksa berhutang #PTPTN puluh2 ribu, ada yg menganggur berbulan2, bertahun2 lamanya..

TETAPI kaki korup tak sampai 8 minit 'menganggur' terus dapat jawatan baru. Dapat lubuk baru..

Hanya di Malaysia, koruptor diangkat seperti Nabi.

Siapa boleh jawab...??!

DAH 21 HARI Najib & Shafee terus bisu pada skandal RM9.5 juta.. Kenapa??!

Adakah ada sesuatu yg nak disembunyikan oleh mereka ini ??!

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah..

SKANDAL NEGARA: ISTERI PEMIMPIN2 LAIN BILA NAK DISIASAT?

Bekas Pengerusi FGV yang kini dipindahkan mengetuai SPAD, Isa Samad disoal-siasat selama kira-kira 4 jam di Pejabat SPRM Putrajaya, bermula 9.40 pagi tadi.

Kata Isa, beliau telah memberi kerjasama penuh dan menjawab semua soalan yang ditanyakan kepadanya.

Saya tak dapat buat apa-apa andaian terhadap isu ini. Itu keputusan yang akan dibuat oleh SPRM, kata beliau ketika ditanya mengenai soal-siasat terhadapnya.

Mengenai kehadiran isterinya dalam soal-siasat SPRM itu, Isa berkata, adalah perkara biasa seseorang itu diperlukan hadir apabila namanya dikait atau disebut dalam sesuatu dakwaan.

Normal isteri dipanggil kalau ada dakwaan atau kalau ada disebut nama. Maka, perlu dipanggil untuk disiasat, tambahnya lagi.

Menggunakan hujah Isa iaitu isteri biasanya dipanggil untuk disiasat bila namanya ada disebut atau dijadikan bahan dakwaan, sebenarnya sudah banyak kali isteri-isteri pemimpin lain dikaitkan dengan pelbagai isu sebelum ini.

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor barangkali mengungguli senarai dengan paling kerap dikaitkan dengan pelbagai dakwaan dan terbaru oleh laporan DOJ yang mendakwa beliau menerima hadiah barang kemas daripada Jho Low berjumlah keseluruhan sebanyak RM128 juta.
Terkini, isteri Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz juga terkait sama dengan penyebaran kad namanya yang menggunakan logo rasmi kerajaan.

Sehingga ini, Nazri mengatakan ia sebagai palsu dan ada orang mahu mengenakannya.

Soalnya, tidakkah isteri Najib dan isteri Nazri juga perlu disiasat sama?

Kenapa hanya isteri Isa saja yang disiasat?

DAP, PPBM buat laporan SPRM gesa siasat individu seleweng dana 1MDB

KUALA LUMPUR, 21 JUN: Saranan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad yang menggalakkan orang ramai supaya ‘berani’ melaporkan salah laku rasuah kepada agensi tersebut mendapat dokongan pemimpin politik dan orang awam negara ini.
Terbaru, empat laporan jenayah penyelewengan 1MDB telah dibuat pagi tadi kepada agensi anti-rasuah tersebut rentetan pendedahan terbaru Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) Khamis lalu.
Laporan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Segambut, Mahathir Mohd Rais dan dua lagi ahli PPBM.
“Kami hadir di pejabat SPRM Kuala Lumpur pagi ini adalah untuk membuat suatu laporan rasmi berkaitan tindakan terbaru Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) pada Khamis lalu yang mendakwa terdapat individu-individu tertentu yang telah menggunakan dana yang disalahgunakan dari 1MDB untuk membeli harta di luar negara.
“Kami juga hadir hari ini sebagai sokongan kepada SPRM yang melancarkan Sahabat SPRM untuk mengajak orang ramai bersama membanteras jenayah rasuah dengan SPRM,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu turut menyenaraikan beberapa penama dan aset yang didakwa diselewengkan dari dana 1MDB seperti yang didedahkan DOJ seperti berikut :
Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low:
-Kapal layar mewah “The Equanimity” berukuran 300 kaki (AS$250 juta)
-berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk isteri “Malaysian Official 1” (AS$28.6 juta)
-barang kemas untuk model Australia, Miranda Kerr (AS$9.9 juta)
-barang kemas untuk ibunya bersama dengan cincin pertunangan untuk wanita yang tidak dikenali (AS$2.84 juta)
-karya seni Jean-Michel Basquiat untuk pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio (AS$9.2 juta)
-lukisan Picasso untuk pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio (AS$3.2 juta)
-Hotel mewah L’Ermitage , Beverly Hills (AS$44.8 juta)
-Oriole mansion, Beverly Hills (AS$38.98 juta)
-Time Warner penthouse, New York (AS$30.55 juta)
-Park Laurel condominium, New York (AS$23.98 juta)
-Hillcrest Road mansion, Beverly Hills (AS$17.5 juta)
-Greene condominium, New York (AS$13.8 juta)
-Pejabat Stratton, London (42 juta pound)

Cuepacs Merayu Naik Gaji 3%: Tubuh Suruhanjaya Perundingan Gaji Negara (SPGN) Untuk Menetapkan Gaji Pekerja Secara Bersama

Saya membaca laporan media mengenai kenyataan Dato’ Azih Muda, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang memohon kerajaan agar mempertimbangkan kenaikan gaji asas penjawat awam sebanyak tiga peratus dalam Bajet 2018.
Sementara saya memahami keperluan kenaikan gaji itu kepada kakitangan awam dan seluruh warga pekerja amnya (termasuklah jutaan lagi pekerja swasta yang mungkin tidak mempunyai perwakilan seperti Cuepacs), saya ingin menegaskan bahawa kakitangan awam dan golongan pekerja keseluruhannya tidak perlu seolah-olah “mengemis” kepada majikan untuk mendapat kenaikan gaji kerana itu adalah hak mereka.
Sejak dari awal menjadi ahli politik, saya berpendirian dasar tenaga kerja negara mestilah dibangunkan ke arah memastikan golongan pekerja (baik sektor awam atau swasta) dapat menikmati kadar kenaikan gaji yang sihat setiap tahun setelah ditolak kenaikan harga barang.
Semakan saya dengan perangkaan terkini menunjukkan kenaikan gaji bersih pekerja Malaysia (setelah ditolak kenaikan harga barang) adalah antara yang terendah di rantau ini berbanding ekonomi yang setaraf dengan Malaysia.
Saya merujuk dua perangkaan mengenai kenaikan gaji bersih seperti berikut:
i. Perangkaan rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan kenaikan gaji bersih rakyat Malaysia sekitar 2.6% (2015) dan 4.6% (2016) menggunakan kadar inflasi rasmi. Jika diambil kira kenaikan harga barang yang dipercayai lebih tinggi dari kadar inflasi rasmi, besar kemungkinan pekerja Malaysia sebenarnya tidak mendapat sebarang kenaikan gaji bersih bagi tahun 2015 dan 2016.

i. Perangkaan dari firma perunding sumber manusia antarabangsa iaitu Korn Ferry Hay Group yang menunjukkan kadar kenaikan gaji bersih pekerja Malaysia bagi tahun 2016 adalah antara yang paling rendah bagi rantau ini dan dengan ekonomi yang setanding. Lebih malang, laporan Korn Ferry Hay Group mengunjurkan Malaysia adalah satu-satunya negara yang kenaikan gaji bersihnya kekal rendah bagi tahun 2017 sekitar 2% berbanding India dan Indonesia yang dijangka mencatat kenaikan gaji bersih yang lebih baik.
Oleh sebab itu, cara mendapatkan kenaikan gaji yang digunakan sekarang oleh Ceupacs dan kesatuan-kesatuan sekerja yang lain tidak lagi berkesan kerana kedudukan yang tidak setara di antara majikan, kerajaan dan kesatuan sekerja. Akibatnya, setiap tahun kakitangan awam (terutamanya yang paling bawah) seolah-olah terpaksa mengemis kepada Perdana Menteri untuk mendapatkan sedikit kenaikan gaji yang memang hak mereka.

Pendaftaran PH tertangguh kerana peranan saya, kata Dr Mahathir

PENGERUSI Parti Pribumi Malaysia Bersatu (Bersatu) Dr Mahathir Mohamad mendakwa dirinya menjadi faktor penyebab pendaftaran rasmi Pakatan Harapan (PH) masih tertangguh, lapor Channel NewsAsia hari ini.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu dalam temu bual dengan Channel NewsAsia berkata memandangkan partinya berasaskan orang Melayu berada pada kedudukan terbaik untuk memenangi hati pengundi Umno dan PAS, pada awalnya beliau dicadangkan menjadi pengerusi gabungan pembangkang.
"Malangnya dalam mesyuarat tidak rasmi (antara) pemimpin parti, persoalan menamakan ‘ketua’ sebagai pengerusi atau nama lain.
"Ada yang menentang jawatan pengerusi yang diberikan itu jika saya yang memegang jawatan tersebut. Jika orang lain memegang jawatan itu baik-baik saja, tetapi bukan saya," katanya.
Bersatu bekerjasama dengan PKR, DAP dan Amanah parti serpihan PAS dalam usaha menewaskan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Perdana Menteri Najib Razak pada PRU14.
PH sedang dalam usaha mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan untuk bertanding dalam PRU14 sebagai satu pakatan rasmi tetapi butiran mengenai struktur kepimpinan perlu diselesaikan terlebih dulu.
Dr Mahathir berkata ada cadangan "tidak masuk akal" untuk menamakannya sebagai "penasihat eksekutif" tetapi beliau menolaknya.
“Ini percanggahan, anda tidak boleh menjadi eksekutif dan penasihat pada masa yang sama. Tetapi ini adalah perkara yang menangguhkan mesyuarat kami," katanya.
Satu lagi cadangan ialah untuk Dr Mahathir menjadi pengerusi sementara Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang jawatan presiden sementara suaminya, Anwar Ibrahim ialah penasihat gabungan itu.

Skandal FGV: Najib arahkan saya ke SPAD, kata Isa


Najib arahkan saya ke SPAD, kata Isa
Isa Samad hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya hari ini untuk membantu siasatan rasuah dan tuduhan penyalahgunaan kuasa dalam FGV.
BEKAS pengerusi Felda Global Ventures (FGV), Isa Samad berkata beliau hanya menerima jawatan di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai pemangku pengerusi kerana Perdana Menteri Najib Razak mengarahkannya.
Beliau memberitahu media selepas memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam FGV.
"Saya hanya pergi ke SPAD kerana PM (Najib) arah saya," katanya.
Isa melepaskan jawatannya sebagai pengerusi FGV dua hari lalu selepas bertemu Najib. Pada hari yang sama, beliau dilantik sebagai pemangku pengerusi SPAD selepas persaraan pengerusi SPAD, Syed Hamid Albar pada 6 Jun.
Mengenai kehadirannya di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini, Isa berkata beliau menjawab semua pertanyaan SPRM termasuk yang berkaitan dengan perjanjian dengan syarikat Afghanistan, Safitex dengan subsidiari FGV Delima Oil.
Beliau enggan memberikan butiran mengenai soalan itu.
Apabila ditanya sama ada SPRM bertanyakan mengenai isteri pegawai tertinggi kerajaan yang menggunakan penerbangan kelas pertama di luar negara menggunakan wang FGV dan juga atas tuduhan beliau menggunakan wang FGV  untuk agihan sumbangan, Isa tidak menafi atau mengesahkan soalan yang ditanya.
Isa berkata dia sudah menjawab semuanya dan terserah kepada SPRM untuk mendedahkan butirannya.
Beliau berada di sana bersama isterinya Bibi Shaliza Mohd Khalid dan menghabiskan masa lebih daripada empat jam memberi kenyataan kepada SPRM.
Isa Samad berkata beliau akan menyerahkan semuanya kepada SPRM untuk memutuskan sama ada beliau bersalah berikutan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa terhadapnya.
"Sama ada saya salah atau tidak saya tidak tahu, saya tidak boleh cakap kerana terlalu awal, terpulang kepada SPRM untuk membuat keputusan," katanya.

Skandal forex Bank Negara: Kabinet Najib setuju tubuh RCI

Kabinet sebulat suara bersetuju dengan syor Pasukan Petugas Khas (PPK) bahawa terdapat keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi membolehkansiasatan terhadap kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1980-an dan 1990-an diteruskan.
PPK, yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian tersebut, mendapati terdapat elemen menyembunyikan fakta sebenar kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujuan mengelirukan Jemaah Menteri dan Parlimen, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
"Penubuhan RCI ini seterusnya diharap mampu merungkaikan isu ini yang membelenggu negara sejak 23 tahun lalu," menurut PMO.
PMO berkata, PPK membentangkan hasil laporannya ke Kabinet hari ini, selaras dengan mandat yang diberikan kepada pasukan itu untuk mengemukakan hasil laporan tersebut ke Kabinet dalam tempoh tiga bulan selepas penubuhannya.
Dalam laporan tersebut, PPK mendapati wujud kes prima facie bagi kerugian BNM sekitar 1980-an dan 1990-an dan telah mencadangkan penubuhan RCI.
"Penubuhan RCI ini akan membolehkan siasatan terperinci yang lebih menyeluruh dapat​​​​​ dilakukan berdasarkan lunas-lunas perundangan dan dilindungi (immunity) di bawah Akta 119," menurutnya.
Penubuhan RCI itu juga bertujuan menjaga kepentingan awam, di mana kerugian sebenar BNM akibat urus niaga mata wang asing melibatkan Rizab Negara dapat dipastikan, katanya.
PMO berkata, kerajaan berterima kasih kepada pengerusi PPK, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan anggotanya serta sekretariat PPK di Kementerian Kewangan yang telah memberikan komitmen penuh dalam menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian itu dengan telus, bebas dan adil.

Konspirasi RM50juta DOJ: Exco Pemuda Umno cabar Syed Saddiq letak jawatan


Exco Pemuda Umno Malaysia Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak layak memimpin Armada kerana beliau dakwanya tidak mendapat sokongan ahli exconya yang telah  membocorkan  dan menyebarkan maklumat berkaitan konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin negara melalui Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ).
Syed Saddiq Armand Azha"Syed Saddiq tidak layak jadi ketua parti pribumi apabila tidak mendapat sokongan  exco beliau bahawa penglibatannya secara langsung dalam konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri," ujarnya dalam sidang media di ibupejabat Gerakan Merah hari ini.
Beliau mengulas mengenai dakwaan penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa Ketua Armada Bersatu  itu bersama dengan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, 'merancang' saman sivil DOJ ke atas 1MDB.
Sebaliknya Syed Saddiq dalam sidang akhbar menafikan dakwaan dibuat oleh Raja Petra itu dan semalam telah membuat laporan polis mengenai dakwaan itu.
Raja Petra mendakwa Syed Saddiq memberitahu ahli-ahli exco Armada bahawa Mahathir dan penyokongnya membelanjakan RM50 juta untuk merangka saman DOJ itu.
Sebelum itu Exco Armada Pusat Abd Wahazir Abdu Wahab dan Mohd Hafiz Azhari tampil secara terbuka untuk mendesak Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu yang mengaitkan diri mereka.
Justeru Armand Azha berkata, Syed Saddiq juga perlu menjawab persoalan berkaitan dengan kekayaan dan skandal membabitkan pemimpin Bersatu  sebagaimana dakwaan exco armada terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.