Isnin, 20 November 2017

'Flash mob' bantah kenaikan harga minyak

Hukuman ringan tidak gerunkan nelayan asing

'Kalau tak cantik, telanjang pun tiada siapa mahu' - Bung Mokhtar

'Najis' tinggalan BN bikin Dewan Rakyat panas

PRU14 Peluang Terbaik Pakatan Harapan Rampas Semula Perak

Daftar Harapan: Kalau salah bagitau la...

Zahid nafi campur tangan urusan daftar HARAPAN

Masalah DAP, BERSATU punca kelewatan pendaftaran HARAPAN

"Tahniah Invoke," kata Mahfuz

NGO pendesak melayu bidas bajet Najib, 'saya tak rela!'

SPRM tidak diberitahu mengenai ancaman terhadap pemberi maklumat 1MDB

Ia selepas seorang penyiasat FBI menggesa mahkamah di Los Angeles merahsiakan identiti pemberi maklumat dalam siasatan 1MDB.
DEWAN RAKYAT
Paul-Low-Seng-Kuan-1mdb-sprmKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih tidak menerima apa-apa maklumat berhubung seorang pegawai penyiasat Amerika Syarikat yang meluahkan kebimbangan mengenai ancaman terhadap pemberi maklumat berkaitan siasatan terhadap 1MDB, kata Datuk Paul Low Seng Kuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menjawab soalan Sivarasa Rasiah (PKR-Subang) yang meminta Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sama ada SPRM sudah membuka kertas siasatan berkaitan deklrasi pegawai Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Robert Heuchling yang menyebut kebimbangan terhadap keselamatan pemberi maklumat mengenai salah laku 1MDB.
1MDB, syarikat milik Kementerian Kewangan, kini menjadi tumpuan FBI dalam siasatan jenayah mengenai kecurian dana berbilion dolar.
“SPRM tidak ada menerima apa-apa maklumat daripada FBI berhubung deklarasi bertulis yang didakwa ditulis pegawai FBI bernama Heuchling,” kata Low dalam jawapan bertulis.
Dalam dokumen mahkamah difailkan di Los Angeles, Heuchling menggesa mahkamah supaya melindungi identiti pemberi maklumatnya dalam siasatan berkaitan 1MDB.
Heuchling memetik laporan media termasuk kes seorang pemandu kepada bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang ditembak bagi membuktikan tahap keseriusan tentang rasa bimbang mengenai keselamatan itu.
Heuchling turut mendedahkan insiden Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan pihak berkuasa pada 1 September 2015 ketika mengumumkan hasrat ke New York untuk memberikan maklumat mengenai 1MDB.
Sementara itu, Najib dalam satu jawapan bertulis menjawab pertanyaan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (PPBM-Pagoh) berkata, laporan kewangan 1MDB tidak pernah dan tidak perlu dibentangkan di Dewan Rakyat.
“Laporan kewangan 1MDB adalah dokumen yang diaudit dan difailkan bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Mana-mana pihak yang memerlukan laporan kewangan 1MDB hendaklah merujuk dokumen daripada sumber tersebut.

Hubungan Kelantan dengan kerajaan persekutuan semakin baik sembang Mohd Amar

Menurut timbalan menteri besar Kelantan, sejak berlakunya banjir 2014 tersebut, kerajaan persekutuan banyak membantu Kelantan sehingga sekarang ini.
amar
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengakui hubungan dengan kerajaan persekutuan semakin baik terutamanya selepas banjir 2014 dengan banyak kesepakatan dicapai oleh kedua-dua pihak untuk kesejahteraan rakyat.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sejak berlakunya bencana alam tersebut, kerajaan persekutuan banyak membantu Kelantan sehingga sekarang ini.
“Bagaimanapun dalam beberapa isu kita lihat ia perlu diatasi bagi memenuhi semangat Perlembagaan Persekutuan seperti isu royalti minyak yang kini dalam proses mahkamah,” katanya ketika menjawab soalan daripada Azami Md Nor (PAS-Kadok) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Mohd Amar berharap hubungan yang bertambah baik antara kerajaan negeri dan persekutuan itu akan mempercepatkan pelaksanaan beberapa projek seperti pembinaan hospital di Bachok, tebatan banjir Sungai Golok dan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri Datuk Hanifa Ahmad pula berkata proses pengambilan balik tanah untuk projek kereta api Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi fasa pertama dari Pasir Puteh-Bachok-Kota Bharu sepanjang 40km boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Bagi fasa kedua dari Tunjong ke Pengkalan Kubor, Tumpat sepanjang 28km masih dalam rundingan, katanya ketika menjawab soalan Abdul Rahman Yunus (PAS-Pasir Tumboh) yang bertanyakan perkembangan terkini projek ECRL itu.
Hanifa berkata bagi fasa pertama itu ia akan melibatkan 6,000 pemilik tanah manakala bagi fasa kedua kira-kira 3,000 pemilik tanah.
Menjawab soalan tambahan daripada Abdul Rahman, Hanifa berkata selain ECRL tersebut, kerajaan persekutuan perlu memberi keutamaan dan menyegerakan pembinaan Lebuhraya Central Spine Road (CSR) untuk kemudahan rakyat negeri ini.
Sementara itu, ketika ditemui di luar persidangan tersebut, Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Ayer Lanas) berkata projek ECRL itu yang menghubungkan Pelabuhan Klang dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan akan merancakkan sistem pengangkutan darat serta menarik pelabur ke negeri pantai timur.

SKANDAL 1MDB: PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN BELUM DILENGKAPKAN

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa tempoh jangka masa bagi melengkapkan proses pengauditan ke atas penyata kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi tahun 2015 dan 2016 masih belum dapat dipastikan berikutan siasatan polis sedang berjalan sehingga kini.
Menerusi jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (Bersatu-Pagoh), Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa pada 8 Julai 2015 lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merampas pelbagai dokumen asal dari pejabat 1MDB namun sehingga kini ia masih belum dipulangkan kepada pihak syarikat.
“Ini menyukarkan proses pengauditan laporan kewangan syarikat kerana juruaudit perlu merujuk kepada dokumen asal untuk mengesahkan laporan kewangan.
“Namun begitu, juruaudit 1MDB telah memulakan proses pengauditan ke atas penyata kewangan 2015 dan 2016 berdasarkan maklumat sedia ada,” katanya.
Dalam pada itu, kementerian turut memaklumkan bahawa  laporan kewangan 1MDB tidak pernah dan tidak perlu dibentangkan di Dewan Rakyat.
“Laporan kewangan 1MDB adalah dokumen yang diaudit dan difailkan bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
“Mana-mana pihak yang memerlukan laporan kewangan 1MDB hendaklah merujuk dokumen daripada sumber tersebut,” katanya.
Tambahnya, penyata kewangan 1MDB yang diaudit bagi tahun 2009 hingga 2014 boleh dimuat turun oleh mana-mana pihak melalui  laman web SSM.
Pada Ogos, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memohon hakim menangguhkan permohonan sivil merampas pelbagai aset bernilai lebih AS$1 bilion di negara itu, United Kingdom dan Switzerland sementara ia menjalankan siasatan jenayah terhadap dana yang dilarikan daripada 1MDB.

‘PPBM, DAP punca Pakatan Harapan belum diluluskan’

Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad juga gagal mengadakan pertemuan dengan Ahmad Zahid Hamidi.
Dr Mahathir bersama pimpinan PH kecewa apabila tidak dapat bertemu Zahid di KDN hari ini.
Dr Mahathir bersama pimpinan PH kecewa apabila tidak dapat bertemu Zahid di KDN hari ini.
PUTRAJAYA: Rombongan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertemu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi mendapatkan penjelasan status pendaftaran Pakatan Harapan hari ini diberitahu gabungan itu belum diluluskan disebabkan masalah dihadapi DAP dan PPBM.
Dr Mahathir diberitahu sedemikian dalam pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim di sini.
“Kalau alasan ini diberitahu awal, boleh kami selesaikan,” katanya kepada pemberita.
Hadir bersama beliau ialah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.
“Kami tidak ada niat untuk bantah atau timbulkan masalah kepada kerajaan. Apa sahaja kehendak kerajaan yang tidak langgar undang-undang, akan kami patuhi,” kata bekas perdana menteri itu.
mahathir-mohamad-barisan-ph-mPada 24 Julai, PH mengemukakan permohonan pendaftarannya kepada JPPM secara atas talian, dan mengemukakan barisan kepimpinan, logo dan perlembagaannya. Beberapa hari kemudian, JPPM menasihatkan gabungan itu meminda logonya kerana tidak terdapat nama penuh, sebaliknya hanya “Harapan”.
Gabungan 4 parti dianggotai PKR, DAP, Amanah dan PPBM itu merancang bertanding di bawah satu simbol pada pilihan raya umum akan datang.
Dr Mahathir turut kesal kerana tidak dapat bertemu Zahid kerana menteri dalam negeri itu sedang berjumpa Datuk Seri Najib Razak.

ADAKAH HARAPAN KEPADA PAKATAN HARAPAN?

Hari ini, Isnin jam 11 pagi, pimpinan utama Pakatan Harapan dilaporkan akan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Dalam Negeri, di Putrajaya.

Pertemuan itu ialah berhubung status kelulusan pendaftaran Pakatan Harapan yang sejak dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan atau RoS pada 24 Julai lalu, namun masih tiada khabar berita mengenainya sehingga kini.

Adalah dijangkakan, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad akan mengetuai rombongan pemimpin-pemimpin pembangkang dalam pertemuan dengan Zahid Hamidi itu.

Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim minggu lalu hanya berkata, "tiada kemas kini" dan "tiada komen" apabila ditanya berhubung perkara tersebut.

Secara tidak langsung, ini bermakna Surayati belum mendapat apa-apa "wahyu" daripada pimpinan atasannya berkenaan sama ada Pakatan Harapan mahu diberi kelulusan atau sebaliknya.

Bagaimanapun, kesediaan Zahid Hamidi menerima kunjungan Tun Mahathir dan pimpinan utama Pakatan Harapan sekurang-kurangnya merupakan suatu perkembangan yang sihat dan positif ke arah sistem politik yang lebih baik untuk negara dan generasi akan datang.

Adakah harapan kepada Pakatan Pakatan dengan pertemuan itu nanti?
Beranikah beliau selaku Menteri Dalam Negeri dan pemimpin nombor dua dalam kerajaan memberi jaminan bahawa Pakatan Harapan akan diberikan kelulusan sebelum PRU 14 akan datang?

Atau Zahid Hamidi juga sebenarnya menunggu "wahyu" kerana kuasa mutlak mengenai perkara itu ada di tangan Perdana Menteri, Najib Razak yang akan menentukannya?

Jika demikian, "cukup jantankah" Najib untuk memberi lampu hijau kepada kelulusan Pakatan Harapan yang akhirnya akan membolehkan calon-calon PKR, DAP, Amanah dan Bersatu menggunakan logo yang satu untuk berdepan BN dalam pilihanraya akan datang?

Bebaskan Anwar atas dasar perikemanusiaan

Koordinator Deklarasi Rakyat, Khairuddin Abu Hassan berpendapat “kerajaan kleptokrasi” pada masa ini perlu memberi pertimbangan untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, tindakan itu dijangka mendapat sokongan padu rakyat Malaysia susulan ziarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diikuti Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Zahid Hamidi ke atas Anwar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kelmarin.
“Ziarah ini membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah mangsa ‘tahanan politik’ yang semakin disimpati oleh Najib Tun Razak serta Datuk Seri Zahid Hamidi kini.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan“Pada hemat peribadi saya, untuk mencantikkan lagi keadaan landskap politik mutakhir tanahair kita, pihak kerajaan kleptokrasi harus menimbangkan untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara kadar segera atas dasar perikemanusiaan,” tegasnya.
Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata, ziarah Najib dan Zahid sebagai satu permulaan cukup baik tetapi mesti disusuli tindakan untuk lebih “mencantikkan keadaan” termasuk memberi jaminan Anwar boleh menerima rawatan sehingga sembuh di HKL.
“Saya pernah mendiami blok Hospital Penjara Sungai Buloh selama hampir sebulan setengah. Tenaga kerja perubatan mahupun warden-warden semuanya profesional dan amat baik belaka tetapi kemudahan peralatan amat berkurangan.
“Sukar bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapat rawatan secara sepatutnya,” ujar orang kuat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
Khairuddin pernah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) pada 2015.
Beliau yang keluar dari Bersatu berkuat kuasa serta-merta pada 27 Oktober tahun lalu menyifatkan rakyat Malaysia akan menyambut baik dua desakannya itu
“Saya yakin keseluruhan rakyat Malaysia akan berdoa agar perkara ini boleh berlaku natijah dari perasaan insaf kerajaan kleptokrasi kini,” tambahnya lagi dalam satu kenyataan hari ini.

MP: HATI-HATI KETIKA POLITIK TENGAH ‘PANAS’

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menasihati kepimpinan partinya, Parti Amanah Negara (AMANAH), agar sentiasa berwaspada di saat iklim politik yang semakin panas hari ini.
Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH itu berkata, pelbagai perkara yang berlaku berkaitan ahli politik berisiko diperalatkan pihak tertentu untuk kepentingan politik.
Beliau mengulas penahanan anak kepada Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa bersama 200 pil kuda oleh polis di Kota Bharu, semalam.
“Kita perlu berwaspada lebih sedikit di zaman politik yang sedang memuncak hari ini, terutama di Kelantan.
“Musim sekarang ini banyak perkara yang (melibatkan) emosi, mungkin akan digunakan pihak tertentu untuk mengambil kesempatan demi kepentingan politik,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Suspek berusia 29 tahun ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, kira-kira pukul tiga petang semalam di hadapan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas-Salor, Kota Bharu.
Husam dalam kenyataan semalam mengakui pemuda tersebut adalah anaknya, namun berkata masih belum mendapat maklumat lanjut daripada polis.
“Saya akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai isu ini selepas dapat menemui anak saya pada waktu terdekat diizinkan polis,” katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor.
Raja Bahrin menggesa semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi, sebaliknya menunggu siasatan polis.
“Isu dadah ini memang banyak aspek yang tidak begitu jelas, kita jangan buat kesimpulan terlalu cepat. Biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas mereka,” kata anggota parlimen Kuala Terengganu itu lagi.

Invoke lancar kempen, akujanji untuk 30 calon PH


6 dari 30 calon PH yang membuat aku janji dan akan menyertai projek kempen oleh Invoke.
Invoke menyenaraikan 30 calon Pakatan Harapan dari PKR dan AMANAH dalam projek kempennya menjelang pilihan raya umum ke 14 nanti.
Kesemua mereka perlu membuat aku janji untuk mengisytiharkan harta masing-masing dan mematuhi janji untuk memperjuangkan reformasi di negara ini.
Majlis aku janji dan perisytiharan harta itu dibuat dalam satu majlis di sebuah pusat membeli belah di Subang malam ini.
30 calon PH itu akan mendapat khidmat kempen dari Invoke di samping berusaha untuk memberikan wang tunai RM20,000 untuk calon parlimen dan RM10,000 untuk calon negeri bagi menjalankan kempen.
Menurut senarai yang diisytiharkan malam ini, 20 pemimpin PKR, 9 pemimpin AMANAH dan seorang pemimpin Pas, Datuk Mahfuz Omar terlibat dalam projek ini.
Sebahagian besar mereka hadir dalam majlis menandatangani aku janji itu malam ini.
Mereka menandatangani aku janji ini bersama pengasas dan pemegang saham majoriti Invoke, Rafizi Ramli.
Antara pemimpin PKR adalah Datuk Saifudin Nasution, Datuk Johari Abdul dan lain-lain.
Presiden AMANAHMohamad Sabu, timbalannya Salahudin Ayub dan Datuk Dr Mujahid Yusof pula antara pemimpin Amanah yang terlibat.
Bagaimanapun Mohamad tidak menyertai majlis aku janji pada malam ini.

30 agree to declare assets in exchange for polls funding


30 agree to declare assets in exchange for polls funding
GE14 candidates from opposition parties signing an agreement with Invoke to declare their assets, at an event at the Summit shopping mall in Subang Jaya tonight. If they fail to honour the contract, they will have to pay the PKR-linked research body RM20 million.
THIRTY 14th general election candidates from PKR, Amanah and PAS tonight agreed to declare their assets in exchange for election funding from PKR-linked electoral activism and research body Invoke.
The 27 who signed the agreement with Invoke were Saifuddin Nasution Ismail, Johari Abdul, Manivanan Gowin, Khalid Samad, Fuziah Salleh, Mahfuz Omar, Imran Abdul Hamid, Wong Chen, Abdullah Sani Abdul Hamid, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Dr Hatta Ramli, Rodziah Ismail, Azan Ismail, Aminuddin Harun, Saari Sungib, Dr Idris Ahmad, Ooi Tze Min, Lee Chean Chung, Dr Hasnul Baharuddin, Tan Kar Hing, Dr Tan Yee Kew, Syed Ibrahim Syed Noh, Dr Ismail Salleh, Maktar Shapee, Chang Lih Kang, Salahuddin Ayub and Kesavan Subramaniam.
The three who pledged to sign the agreement were Dr Dzulkefly Ahmad, Nik Nazmi Nik Ahmad and Mohamad Sabu.
Under the agreement, the candidates will have to pay Invoke RM20 million if they fail to honour the contract.
"It is legally binding. It is not a show. If they fail to honour the contract, we can sue them ," said Invoke founder Rafizi Ramli.
He said the contract was drafted in a way that clearly showed it meant business, adding that those who chose to be part of the "partnership programme" would very likely honour the agreement.
He said each of the candidates who signed the agreement would be monitored and their performance would be tracked on a “leader scoreboard”.
"The one who ends up at the bottom three times in a row will be booted from the programme.”
The first batch who agreed to the deal comprised 20 candidates from PKR, nine from Amanah and one from PAS.
Invoke founder Rafizi Ramli speaking during the event at the Summit shopping mall in Subang Jaya tonight. – The Malaysian Insight pic by Seth Akmal, November 19, 2017.
Invoke founder Rafizi Ramli speaking during the event at the Summit shopping mall in 
Subang Jaya tonight.
Rafizi, who is also Pandan MP, said those selected for the programme were candidates in marginal seats.
He said this was why there were no candidates from DAP and Bersatu.
"We briefed them all, but we are focusing on marginal seats.”
He said more candidates were set to ink the agreement with Invoke and declare their assets to the public following tonight's first batch.
"It's too good of a deal to resist, although they were hesitant at first. It is not that they have anything to hide, but it's a privacy matter.
“Nevertheless, I was finally able to convince them. They only have to pay RM10 and sign the agreement with us to get funding.”
Rafizi said it took him about a month to convince the candidates to declare their assets.
"The agreement and the document of asset declaration will be up on the Invoke website by tomorrow for all to see.”
Tonight's event saw the details of assets belonging to the candidates who signed the agreement displayed on a big screen for public viewing.
The event was held at the concourse level of the Summit shopping mall in Subang Jaya after the owner of a bungalow lot in Bangsar, where the event was originally slated to be held, cancelled the booking due to being constantly harassed by police's Special Branch.
Rafizi said even though he could have held the event at any community hall in Selangor, he chose the Summit shopping mall as he wanted the event to reach out to those who were less politically inclined.
"That's our target, the people who are least interested in politics. We want to engage them and get them to participate.”
The event saw some 150 people in attendance. – November 19, 2017.
Some of the GE14 candidates from opposition parties who agreed to a deal with Invoke holding up signs at the Summit shopping mall in Subang Jaya tonight. – The Malaysian Insight pic by Seth Akmal, November 19, 2017.
Some of the GE14 candidates from opposition parties who agreed to a deal with Invoke 
holding up signs at the Summit shopping mall in Subang Jaya tonight.

Perjanjian isytihar harta calon PH bersama Invoke

Invoke yang merupakan badan penyelidikan dasar PKR menawarkan dana pilihan raya umum (PRU) kepada calon dengan syarat calon berkenaan wajib mengisytihar harta.
Daripada 30 yang terlibat dengan perjanjian penawaran yang mewajibkan pengisytiharan harta itu, 20 wakil adalah daripada PKR, lapan daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) dan seorang daripada PAS.
Wakil tunggal PAS itu adalah Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Pengasas Invoke Rafizi Ramli berkata, DAP bukan tumpuan kempen Invoke itu yang menyasarkan pengundi atas pagar di kerusi yang dimenangi BN dengan majoriti kecil dalam PRU lalu.
"Sukar untuk meyakinkan orang ramai untuk tampil dan menyertai kempen sebagai sukarelawan, jika kita (terlibat dalam semua kerusi) sebab tak banyak keperluan untuk bantu Petaling Jaya Utara (misalnya).
"Sama seperti di (parlimen) Pandan. Tak ada satu sen pun diberikan kepada Pandan kerana ini bukan kerusi marjinal. Jadi, kita tidak bantu DAP langsung," kata Rafizi ketika ditanya wartawan.
Petaling Jaya Utara merupakan kerusi perlimen yang dimenangi Tony Pua (DAP) dengan majoriti besar 44,672 undi pada PRU lalu, sementara Rafizi menang di Pandan dengan majoriti 26,729 undi.
Sementara bagi BERSATU pula, menurut Rafizi parti itu telah dimaklumkan berkenaan inisiatif Invoke namun berdepan beberapa masalah.
Rafizi berkata, dengan hanya satu anggota parlimen dan satu kerusi DUN, BERSATU tidak mempunyai jumlah wakil yang ramai seperti PKR dan AMANAH.
Selain itu, menurut Rafizi, BERSATU juga tidak mempunyai 'kerusi tradisi' seperti parti kompenen HARAPAN yang lain dan rundingan kerusi dalam pakatan itu masih sedang berlangsung.
"Majoriti calon hari ini adalah yang menyandang jawatan tertentu dan kerusi mereka sudah selesai rundingan, jadi tidak perlu risau tentang hal-hal yang belum selesai," katanya.
Rafizi juga berkata, BERSATU perlukan masa untuk buat keputusan dan kemungkinan akan ada calon lain yang akan menyertai inisiatif Invoke itu dalam masa akan datang.
Beliau juga yakin BERSATU akan menyertai inisiatif itu setelah selesai rundingan kerusi.
Perkara ini akan memberi tekanan kepada calon yang mungkin bertanding untuk menyertai inisiatif Invoke, katanya.

Menurut perjanjian Invoke itu, calon yang melanggar perjanjian termasuk mengkhianati Pakatan Harapan (HARAPAN) boleh didenda sehingga RM20 juta.
Presiden AMANAH Mohamad Sabu turut disenaraikan menyertai perjanjian itu. Bagaimanapun, beliau tidak dapat datang hadir program itu malam tadi kerana berada di luar negara.
Setiausa Invoke memberi jaminan Mohamad akan menandatangani perjanjian itu kemudian.
Berikut merupakan senarai yang bersetuju dengan penawaran itu:
PKR
Saifuddin Nasution Ismail – Setiausaha Agung PKR
Johari Abdul – Anggota Parlimen Sungai Petani
G Manivanan – Anggota Parlimen Kapar
Fuziah Salleh - Anggota Parlimen Kuantan
Admiral (R) Imran Abdul Hamid - Anggota Parlimen Lumut
Wong Chen - Anggota Parlimen Kelana Jaya
Abdullah Sani Abdu Hamid - Anggota Parlimen Hulu Langat
Rodziah Ismail – ADUN Batu Tiga
Azan Ismail – ADUN Bandar
Aminuddin Harun - ADUN Sikamat
Dr Idris Ahmad - ADUN Ijok
Ooi Tze Min - ADUN Bakar Arang
Lee Chean Chung - ADUN Semambu
Tan Kar Hing - ADUN Simpang Pulai
Tan Yee Kew – Bendahari Agung PKR
Syed Ibrahim Syed Noh – Ketua Penerangan PKR
Maktar Shapee – ADUN Sungai Bakap
Nik Nazmi Nik Ahmad – Ketua Pemuda PKR
Chang Lih Kang – ADUN Teja
Kesavan Subramaniam – ADUN Hutan Melintang

AMANAH
Mohamad Sabu – Presiden AMANAH
Salahuddin Ayub – Timbalan Presiden Amanah
Khalid Samad – Ketua Pengarah Komunikasi AMANAH
Mujahid Yusof Rawa – Naib Presiden AMANAH
Hatta Ramli – Pengarah Pilihanraya AMANAH
Saari Sungib – ADUN Hulu Kelang
Hasnul Baharuddin – ADUN Morib
Ismail Salleh – Bekas ADUN Alor Mengkudu
Dzulkefly Ahmad – Pengarah Strategi AMANAH

PAS
Mahfuz Omar – Anggota Parlimen Pokok Sena

Sementara itu, Mahfuz berkata beliau mengisytihar harta dan menyertai inisiatif Invoke itu bukan kerana beliau calon yang sah bakal bertanding namun merasakan tanggungjawab sebagai anggota parlimen.

"Sama ada saya calon (dalam PRU akan datang) atau tidak akan ditentukan kemudian. Apa yang penting sekarang adalah sebagai anggota parlimen, saya perlu tunjukkan ketelusan kepada rakyat," katanya.
Mahfuz berkata, beliau tidak memaklumkan partinya tentang hasratnya menandatangani perjanjian dengan Invoke untuk mengisytihar harta.
Ditanya jika tidak bimbang tentang tindakan daripada partinya, beliau berkata beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan hanya menunjukkan bahawa beliau tidak takut dipersoalkan oleh rakyat.
Selain, Mohamad Sabu, antara yang tidak hadir adalah Dzulkefly, Chang, Nik Nazmi, dan Kesavan.
Rafizi berkata, Chang, Nik Nazmi dan Kesavan sudah menandatangani dan menyerahkan akujanji mereka namun tidak dapat hadir program malam ini kerana perubahan masa di saat-saat akhir.
Program itu dijadualkan diadakan di Bangsar semalam namun pemilik tempat program menarik diri.
Dzulkefly pula, menurut Rafizi masih sedang dalam proses akhir pengisytiharan harta.

PERJANJIAN: AKUJANJI KHIDMAT RAKYAT BERSAMA INVOKE




PENDAHULUAN

Perjanjian Akujanji Khidmat Rakyat (selepas ini dirujuk sebagai “AKUJANJI”) dipersetujui oleh dan dimeterai di antara


INVOKE SOLUTIONS SDN. BHD. (1189364-U), sebuah syarikat sendirian berhad yang ditubuhkan di Malaysia dan beroperasi di pejabat utama yang beralamat 35-1, Jalan Tasik Utama 6, Medan Niaga Tasik Damai, 57000 Sungai Besi, Kuala Lumpur, Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai “INVOKE”) di satu pihak;

DAN

(Nama/IC) yang beralamat di (alamat) (selepas ini dirujuk sebagai “YANG BERKHIDMAT”) di satu lagi pihak;


berhubung satu perjanjian di antara INVOKE dan YANG BERKHIDMAT mengenai perkhidmatan kempen (selepas ini dirujuk sebagai “KHIDMAT KEMPEN” dan seperti tafsiran di dalam AKUJANJI ini) yang dibekalkan oleh INVOKE kepada YANG BERKHIDMAT, yang mana:


A.    YANG BERKHIDMAT adalah seorang rakyat Malaysia yang layak untuk menyertai pertandingan politik bagi jawatan-jawatan awam yang diperuntukkan di bawah undang- undang Malaysia di dalam Pilihanraya Umum  ke-14 (selepas ini  dirujuk  sebagai “PERTANDINGAN”) dan berhasrat untuk menyertai PERTANDINGAN;

B.    INVOKE bersetuju untuk membekalkan KHIDMAT KEMPEN dengan menggunakan sumbernya dan kepakarannya sebagai khidmat sokongan membantu kempen PERTANDINGAN yang akan, sedang dan/atau telah disertai YANG BERKHIDMAT bagi tujuan meningkatkan kebarangkalian YANG BERKHIDMAT menang di dalam PERTANDINGAN; dan

C.   Sebagai pertukaran kepada KHIDMAT KEMPEN yang dibekalkan oleh INVOKE untuk membantu kempen PERTANDINGAN itu, YANG BERKHIDMAT bersetuju kepada syarat-syarat yang mengikat dan sah di sisi undang-undang untuk satu tempoh seperti yang dipersetujui di dalam AKUJANJI ini.


Bahawasanya INVOKE dan YANG BERKHIDMAT dengan ini saling bersetuju dengan semua fasal dan perkara seperti yang terkandung di dalam AKUJANJI dan dengan ini, terikat kepada semua fasal dan perkara seperti yang terkandung di dalam AKUJANJI ini.


FASAL 1:

MAKNA DAN TAFSIRAN
1.1          Perkataan-perkataan yang digunakan di dalam keseluruhan AKUJANJI mempunyai makna dan tafsiran seperti berikut:


Biayaramai
bermakna perolehan dari jualan perkhidmatan padanan khidmat sukarelawan yang dilanggan oleh orang ramai melalui sistem INVOKE;
BN
bermakna Barisan Nasional;
Dana Pilihanraya
bermakna dana tunai yang dikumpulkan oleh INVOKE untuk diperuntukkan dan diserahkan kepada YANG BERKHIDMAT khusus untuk mengendalikan operasi kempen di kawasan PERTANDINGAN semasa tempoh berkempen rasmi yang diumumkan iaitu dari tarikh pembubaran Parlimen kepada saat keputusan diumumkan; tidak termasuk semua kos-kos lain yang membiayai KHIDMAT KEMPEN yang ditanggung secara berterusan oleh INVOKE tanpa menyentuh dana tunai ini;
Jam Kempen
bermakna masa yang dihabiskan menjalankan apa-apa aktiviti kempen (dalam ukuran jam dan dibundarkan kepada jam  terdekat) didarab dengan jumlah sukarelawan atau jentera kempen yang terlibat di dalam aktiviti kempen itu (mengikut konsep “manhours” seperti yang digunakan di dalam industri);
Kajiselidik
bermakna keseluruhan  proses mengenalpasti kecenderongan kumpulan yang diselidiki terhadap sesuatu perkara, meliputi penyediaan data, proses mendapatkan maklum balas dari pengundi, pemprosesan data dan maklum balas dari kajian serta memuktamadkan dapatan berasaskan maklum balas dari kajian;
Kempen
bermakna sebarang dan/atau semua aktiviti, acara, promosi, bahan media, siaran, percetakan atau apa-apa yang fungsinya menyampaikan maklumat mengenai YANG BERKHIDMAT kepada mana-mana pihak;
Leaderboard
bermakna sistem yang dibangunkan oleh INVOKE menggunakan kaedah analisa data besar (“big data analytics”) yang memberi markah kepada setiap tindakan, masa atau apa-apa ukuran perkara yang mempengaruhi     kecenderongan     pengundi     dan


meningkatkan kebarangkalian  YANG BERKHIDMAT menang dalam PERTANDINGAN, yang dirumuskan dalam bentuk carta mingguan dan/atau bulanan;
Memorandum Pertubuhan
bermakna Memorandum and Article of Association (M&A) yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai latar belakang, syarat-syarat penting penubuhan dan operasi perniagaan INVOKE;
Pengisytiharan Harta
bermakna satu akuan berkanun yang diperakukan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di dalam format yang ditentukan INVOKE yang dibuat oleh YANG BERKHIDMAT bagi tujuan menyenaraikan kesemua harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan;
Penggal
bermakna satu tempoh Parlimen selepas satu pilihanraya umum ke satu pilihanraya umum yang berikutnya;
Pentadbir
Bermakna seorang peguam yang berdaftar dan diterima oleh mahkamah-mahkamah tinggi Malaysia, yang dilantik untuk mengendalikan pencalonan dan pelantikan ahli- ahli lembaga amanah Tabung Awam seperti yang diperuntukkan di dalam Fasal 4;
Perlembagaan
bermakna Perlembagaan Persekutuan Malaysia dengan mengambil kira semangat, niat dan tujuan Perlembagaan 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963 semasa pembentukan Persekutuan Malaysia;
PH
bermakna Pakatan Harapan;
PRU14
bermakna   Pilihanraya     Umum    ke-14    seperti     yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya;
Pusat Telekomunikasi INVOKE
bermakna keseluruhan data, kelengkapan, kakitangan dan kemahiran yang membolehkan INVOKE menyampaikan maklumat dan mendapatkan maklum balas/maklumat lain dari mana-mana kumpulan, meliputi pusat tele-panggilan berkomputer, sistem maklum balas berasaskan interaktif suara (atau “Interactive Voice Response”) dan mana-mana kemudahan yang seumpamanya;
Sasaran mikro
bermakna kaedah menghantar maklumat melalui pelbagai cara dan medium (contohnya melalui media sosial, emel, whatsapp, pos biasa dan lain-lain) terus kepada seorang pengundi, yang mana maklumat itu telah pun disesuaikan terlebih dahulu mengikut ciri-ciri peribadi dan kecenderongan pengundi itu;



Sistem
bermakna semua data, aplikasi, perisian, kaedah, buku, panduan atau apa-apa bahan khusus, sama ada secara perisian atau kelengkapan, sama ada bercetak atau tidak, sama ada elektronik atau tidak, yang digunakan oleh INVOKE untuk membekalkan KHIDMAT KEMPEN;
Sukarelawan
bermakna individu yang telah mendaftar dengan INVOKE melalui apa-apa kaedah yang butiran (individu itu) ada di dalam sistem INVOKE;
Tabung Awam
bermakna sebuah tabung awam yang ditubuhkan khusus untuk menerima sebarang bayaran akibat pelanggaran AKUJANJI seperti yang diperuntukkan di dalam Fasal 4;
Tahun
bermakna satu tahun kalendar;
UMNO
bermakna Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;

1.2          Kecualilah dinyatakan secara jelas dan tersendiri, makna dan tafsiran perkataan- perkataan, frasa-frasa dan ayat-ayat di dalam AKUJANJI adalah tertakluk kepada panduan tafsiran umum seperti berikut:

(a)          Rujukan kepada individu turut merujuk kepada kumpulan individu yang sama dan saling terpakai di antara satu sama lain. Contohnya rujukan kepada YANG BERKHIDMAT sebagai seorang ahli politik turut merujuk kepada kumpulan ahli politik yang mana YANG BERKHIDMAT mempunyai persamaan seperti ahli politik dari parti yang sama, gabungan yang sama, pendirian yang serupa dan seumpamanya.

(b)          AKUJANJI ditulis dengan berlatar belakangkan senario politik terkini di Malaysia dan sebarang tafsiran mestilah mengambil kira konteks tersebut.

(c)          Tajuk, nombor, perenggan, huruf besar/kecil dan sebarang olahan yang menampilkan AKUJANJI di dalam bentuk yang ada seperti ini hanyalah digunakan untuk memudahkan bacaan. Sebarang tafsiran mestilah mengambil kira keseluruhan perkataan dan ayat yang dibaca menggunakan latar belakang dan konteks seperti (b) di atas.

(d)          Tafsiran bagi teknologi, bahan, kejadian atau perkara yang bersabit dengan teknologi dan aplikasi yang menjadi sebahagian dari KHIDMAT KEMPEN yang dibekalkan, turut merangkumi sebarang teknologi dan aplikasi yang belum wujud, atau belum dikembangkan sepenuhnya semasa AKUJANJI ditandatangani tetapi dibekalkan sebagai KHIDMAT KEMPEN selepas itu.


(e)          Jika tiada perkataan atau frasa khusus di dalam Bahasa Melayu yang menggambarkan sebarang perkara yang tergolong di dalam mana-mana bahagian di dalam AKUJANJI ini atas dasar teknologi, tafsiran boleh merujuk kepada Bahasa Inggeris dengan bersandarkan konteks AKUJANJI ini.

(f)           Sebarang perkembangan politik yang berlaku selepas tarikh AKUJANJI ini ditandatangani hendaklah ditafsirkan dengan bersandarkan niat, tujuan dan konteks AKUJANJI ini bagi tujuan menentukan kesan perkembangan politik itu kepada persetujuan-persetujuan di dalam AKUJANJI ini.


 

FASAL 2:

PIAGAM      REFORMASI       DAN      TANGGUNGJAWAB     YANG BERKHIDMAT
2.1      YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk menggunakan kedudukan, pengaruh dan jawatannya, baik secara rasmi yang datang dari jawatan awam yang dimenangi akibat PERTANDINGAN atau tidak rasmi atas pengaruhnya di kalangan orang awam, untuk memperjuangkan reformasi menyeluruh ke arah melahirkan satu bangsa Malaysia yang adil, terangkum, saling menghormati, saling membantu dan saling memahami.

2.2      YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk menggunakan kedudukan, pengaruh dan jawatannya, baik secara rasmi yang datang dari jawatan awam yang dimenangi akibat PERTANDINGAN atau tidak rasmi atas pengaruhnya di kalangan orang awam, untuk memupuk semangat kebebasan yang mengembalikan kuasa dan kemerdekaan kepada rakyat terbanyak.

2.3      YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk menggunakan kedudukan, pengaruh dan jawatannya, baik secara rasmi yang datang dari jawatan awam yang dimenangi akibat PERTANDINGAN atau tidak rasmi atas pengaruhnya di kalangan orang awam, untuk mengusahakan reformasi-reformasi khusus dalam kerajaan dan masyarakat Malaysia seperti berikut:

(a)          Mengembalikan dasar, amalan dan prosedur semua jabatan kerajaan untuk menghidupkan kembali sebuah kerajaan (di semua peringkat) yang berteraskan amanah, kecekapan dan nilai tambah kepada rakyat seiring dengan matlamat Perlembagaan;

(b)          Membebaskan semua institusi yang ditubuhkan untuk mengimbangi kuasa eksekutif (termasuklah badan kehakiman, kuasa pendakwaan negara, pasukan keselamatan seperti Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, agensi pencegahan rasuah/salah guna kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan


Rasuah Malaysia dan/atau mana-mana agensi penguatkuasaan yang diberi kuasa seperti itu dalam apa-apa bidang, majlis-majlis agama Islam dan/atau mana-mana institusi ulama’ yang ditubuhkan bagi tujuan mentadbir urusan agama Islam secara bebas, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia dan mana-mana badan yang penubuhannya bertujuan memberi kuasa pengimbang kepada kuasa eksekutif) dari campur tangan eksekutif atau mana-mana pihak berkepentingan, agar institusi-institusi ini dapat menjalankan amanah mereka dengan bebas, saksama, tanpa rasa takut atau dipengaruhi oleh pihak-pihak lain bermatlamatkan kepentingan rakyat dan negara semata-mata;

(c)           Menghadkan penggal perkhidmatan seorang Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja;

(d)          Memisahkan jawatan dan fungsi seorang Perdana Menteri dari seorang Menteri Kewangan (atau mana-mana anggota Jemaah Menteri yang bertanggungjawab menguruskan kewangan dan perbendaharaan negara);

(e)          Mengembalikan kebebasan tiga cabang kerajaan iaitu eksekutif, kehakiman dan perundangan untuk menghidupkan kembali budaya satu cabang kerajaan saling menyemak kuasa yang digunakan cabang-cabang kerajaan yang lain; khususnya dengan meningkatkan pengaruh dan kuasa Parlimen melalui penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa Terpilih untuk menyemak tindakan dan prestasi eksekutif dan agensi-agensi kerajaan yang lain;

(f)            Membebaskan pilihanraya di semua peringkat dari segala amalan yang berat sebelah kepada satu pihak yang menidakkan hak rakyat untuk memilih penjawat awam mengikut lunas dan tatacara demokrasi yang diterima pakai mengikut piawai negara-negara bertamadun tinggi;

(g)           Membebaskan media dan sebaran maklumat dari sebarang sekatan yang bertujuan untuk mempengaruhi keputusan politik rakyat dengan matlamat melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang matang dalam membuat keputusan berasaskan maklumat yang benar, adil dan tepat; khususnya menaiktaraf Radio Televisyen Malaysia (RTM) kepada sebuah suruhanjaya penyiaran bebas yang dibiayai oleh kerajaan melalui Parlimen tetapi tidak tertakluk kepada arahan kerajaan;

(h)          Mengembalikan kegemilangan pendidikan negara dari peringkat pra-sekolah hingga ke peringkat pasca ijazah dengan menitikberatkan pemupukan nilai-nilai berdikari, ingin tahu, bersikap adil, saling memahami dan rajin berusaha ke arah melahirkan insan seimbang yang mencapai potensi masing-masing mengikut bakat, minat dan usaha; dan

(i)            Membangunkan sebuah ekonomi yang saling berlaku adil kepada golongan yang menyediakan modal, golongan pekerja, golongan pengguna dan kerajaan ke arah


melahirkan masyarakat sejahtera yang dibina di atas perkongsian laba ekonomi yang adil di antara majikan/pekerja dan pertumbuhan ekonomi yang kekal baik bagi satu tempoh yang panjang.


2.4      YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk membuat Pengisytiharan Harta setiap tahun di dalam penggal Parlimen yang mana YANG BERKHIDMAT memegang jawatan awam hasil dari PERTANDINGAN dan/atau sepanjang tempoh AKUJANJI ini berkuatkuasa, tertakluk kepada tempoh mana yang lebih panjang.

2.5      YANG BERKHIDMAT bersetuju bahawa Pengisytiharan Harta itu akan dipamerkan untuk pengetahuan dan maklumat bagi tujuan semakan umum dan INVOKE tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa perkara yang berlaku akibat Pengisytiharan Harta itu.

2.6      YANG BERKHIDMAT bersetuju bahawa sebarang maklumat berkenaan KHIDMAT KEMPEN, PERTANDINGAN atau prestasinya sebagai penjawat awam berhubung perkara-perkara di dalam Fasal 2 boleh dipamerkan untuk pengetahuan dan maklumat bagi tujuan semakan umum dan INVOKE tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa perkara yang berlaku akibat sebaran maklumat itu, kecuali (jika) maklumat-maklumat itu tidak tepat, salah dan tidak benar sehingga memberi gambaran yang salah mengenai pendirian dan prestasi YANG BERKHIDMAT berhubung perkara-perkara di dalam Fasal 2.

2.7      YANG BERKHIDMAT bersetuju memberi kebenaran kepada INVOKE untuk menggunakan sebarang maklumat berhubung perkara-perkara di dalam Fasal 2 bagi tujuan KHIDMAT KEMPEN dan tujuan-tujuan yang tertakluk kepada AKUJANJI ini.

2.8      YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk mematuhi semua syarat kerahsiaan maklumat (yang terkandung di dalam AKUJANJI dan/atau mana-mana perjanjian kerahsiaan yang lain yang dipersetujui dengan INVOKE) untuk tidak mendedahkan atau berkongsi sebarang maklumat yang diperolehi dari INVOKE sama ada yang melibatkan AKUJANJI ini secara langsung atau tidak langsung, tidak kira sama ada maklumat itu disampaikan secara sengaja atau tidak sengaja.

FASAL 3:

KHIDMAT KEMPEN DAN TANGGUNGJAWAB INVOKE
3.1      INVOKE bersetuju untuk membekalkan KHIDMAT KEMPEN untuk membantu YANG BERKHIDMAT memenangi PERTANDINGAN tertakluk kepada syarat-syarat dan peruntukan-peruntukan AKUJANJI ini dan YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk membayar sejumlah RINGGIT MALAYSIA SEPULUH SAHAJA (RM10.00) sebagai balasan atas KHIDMAT KEMPEN itu.

3.2      Secara khususnya, INVOKE bersetuju mengusahakan KHIDMAT KEMPEN secara munasabah  mengikut  sumber  dan  kemampuan  yang  ada  pada  masa  itu  untuk


memperbaiki kebarangkalian YANG BERKHIDMAT menang dalam semua dan/atau sebarang kerusi yang beliau tandingi di dalam PRU14.

3.3      Tanggungjawab INVOKE membekalkan KHIDMAT KEMPEN merujuk kepada keseluruhan peringkat kempen iaitu dari peringkat perancangan, penyediaan, pelaksanaan dan pemantauan; iaitu dari menyediakan tenaga kerja, menyediakan bahan, menyebarkan bahan kempen, mengusahakan aktiviti kempen, merekrut sukarelawan, memantau sokongan sehinggalah mewakili YANG BERKHIDMAT di peringkat pengiraan undi.

3.4      KHIDMAT KEMPEN yang dibekalkan INVOKE kepada YANG BERKHIDMAT merangkumi kempen berikut:

(a)              Khidmat analitik menggunakan teknologi dan kaedah terkini untuk mengukur kecenderongan pengundi bagi tujuan mengenal pasti tahap sokongan pengundi kepada YANG BERKHIDMAT di dalam PERTANDINGAN;

(b)             Khidmat analitik menggunakan teknologi dan kaedah terkini untuk mengenal pasti kempen yang membantu meningkatkan kebarangkalian YANG BERKHIDMAT menang dalam PERTANDINGAN;

(c)              Khidmat kajiselidik menggunakan Pusat Telekomunikasi INVOKE bagi tujuan kajiselidik pengundi, mobilisasi sukarelawan dan mobilisasi pengundi;

(d)             Penggunaan sistem INVOKE untuk merekrut sukarelawan dan memadankan sukarelawan dengan aktiviti kempen yang paling sesuai dengan kelapangan, tempat dan latar belakang sukarelawan;

(e)             Penggunaan sistem INVOKE untuk membolehkan maklumat dan bahan kempen disampaikan secara sasaran mikro kepada pengundi;

(f)               Khidmat kandungan kreatif untuk membolehkan bahan kempen YANG BERKHIDMAT disediakan di dalam pelbagai bentuk media mengikut piawai penjenamaan kempen;

(g)              Mengenalpasti, merekrut, melatih, mensijilkan dan menggerakkan sukarelawan untuk menjadi Ejen Tempat Mengundi dan Ejen Kiraan Undi (“PACA”) dan mewakili YANG BERKHIDMAT di tempat-tempat mengundi pada hari pengundian PERTANDINGAN;

(h)             Menggunakan sistem INVOKE untuk menganjurkan biayaramai  atau majlis kutipan dana yang bersesuaian seperti yang ditetapkan oleh INVOKE untuk membiayai KHIDMAT KEMPEN; dan

(i)               Mana-mana bentuk kempen yang dirasakan sesuai dan munasabah mengikut kemampuan dan sumber yang ada pada INVOKE pada ketika itu.


3.5      Sebarang perolehan dari Fasal 3.4(h) adalah milik INVOKE sepenuhnya dan boleh digunakan bagi tujuan membiayai KHIDMAT KEMPEN atau kos operasi INVOKE atau apa-apa tujuan lain selagi ia tidak melanggar Memorandum Pertubuhan.

3.6      INVOKE bersetuju mengusahakan Dana Pilihanraya berjumlah maksimum Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Sahaja (RM20,000.00) bagi YANG BERKHIDMAT yang menyertai PERTANDINGAN di peringkat kerusi Dewan Rakyat; dan maksimum Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja (RM10,000.00) bagi YANG BERKHIDMAT yang menyertai PERTANDINGAN di peringkat kerusi dewan-dewan undangan negeri.

3.7      Jumlah sebenar Dana Pilihanraya yang diperuntukkan dan diserahkan kepada YANG BERKHIDMAT, tertakluk kepada jumlah maksimum seperti yang ditetapkan di dalam Fasal 3.6 di atas, adalah bergantung kepada perkara-perkara berikut:

(a)              Kedudukan terkini kewangan INVOKE dan kejayaan program-program biayaramai dan mengumpul dana yang dijalankan oleh INVOKE;

(b)             Prestasi usaha kempen yang dijalankan oleh YANG BERKHIDMAT bermula dari tarikh AKUJANJI berkuatkuasa sehingga ke hari Parlimen dibubarkan (atau apa- apa tempoh lain yang ditetapkan INVOKE), yang dimarkahkan dan dijumlahkan mengikut sistem Leaderboard yang memantau berapa banyak Jam Kempen dan keberkesanan kempen yang dijalankan; dan

(c)              Keutamaan yang diberikan kepada kerusi-kerusi yang lebih mendesak keperluan kewangannya apabila dibandingkan dengan kedudukan kewangan YANG BERKHIDMAT, setelah dipersetujui bersama di antara INVOKE dan YANG BERKHIDMAT.

3.8      INVOKE bersetuju mengusahakan secara munasabah untuk memadankan jumlah sumber dalam bentuk masa, kewangan dan bahan yang diberikan kepada YANG BERKHIDMAT melalui KHIDMAT KEMPEN mengikut panduan-panduan berikut:

(a)              Setiap Jam Kempen menyumbang kepada markah keseluruhan YANG BERKHIDMAT di dalam sistem Leaderboard;

(b)             Markah kempen yang dikumpul YANG BERKHIDMAT boleh ditukarkan dari semasa ke semasa dengan bahan-bahan kempen seperti risalah, kad, poster, butang kempen atau mana-mana bahan kempen yang disediakan INVOKE pada kadar tukaran markah kempen yang ditentukan INVOKE; dan

(c)              Markah kempen yang dikumpul YANG BERKHIDMAT boleh ditukarkan dari semasa ke semasa dengan peruntukan wang tambahan bagi tujuan sasaran mikro yang dibayar kepada Facebook atau mana-mana medium lain yang digunakan INVOKE pada kadar tukaran markah kempen yang ditentukan INVOKE.


3.9      KHIDMAT KEMPEN yang dibekalkan kepada YANG BERKHIDMAT tidak memberi apa- apa jaminan keputusan PERTANDINGAN adalah seperti yang dikehendaki YANG BERKHIDMAT. INVOKE tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa yang berlaku (sama ada secara langsung atau tidak langsung) akibat dari keputusan PERTANDINGAN.

3.10   Tanggungjawab INVOKE membekalkan KHIDMAT KEMPEN tertakluk kepada kebenaran-kebenaran mengikut kehendak undang-undang yang telah diberikan oleh YANG BERKHIDMAT untuk membolehkan INVOKE (atau ejennya dan/atau sukarelawannya) melaksanakan kempen bagi pihak YANG BERKHIDMAT.

3.11   INVOKE bertanggungjawab sepenuhnya kepada semua dan segala tindakan dan tanggungjawabnya mengikut kehendak undang-undang dalam membekalkan KHIDMAT KEMPEN. YANG BERKHIDMAT tidak menanggung sebarang liabiliti berhubung operasi INVOKE kecuali yang berkenaan dengan tanggungjawab khusus YANG BERKHIDMAT di dalam AKUJANJI ini.


FASAL 4:

PELANGGARAN AKUJANJI
4.1      Sebarang tindakan atau perkara atau peristiwa yang disenaraikan di bawah diperakui sebagai satu pelanggaran AKUJANJI:

(a)              Sekiranya YANG BERKHIDMAT keluar dari parti atau tiket asal yang digunakan untuk memasuki PERTANDINGAN setelah YANG BERKHIDMAT menang dalam PERTANDINGAN itu, yang mana tindakan keluar parti oleh YANG BERKHIDMAT itu menyumbang, mempengaruhi atau menyebabkan salah satu dari perkara-perkara berikut:

i.        YANG BERKHIDMAT tidak lagi berpegang kepada piagam reformasi dan tanggungjawab YANG BERKHIDMAT kepada rakyat yang diikat melalui AKUJANJI ini seperti di dalam Fasal 2; atau

ii.        BN (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai UMNO sebagai tunjangnya) kekal memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan Malaysia selepas PRU14; atau

iii.         BN (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai UMNO sebagai tunjangnya) kekal memegang tampuk pemerintahan negeri (yang mana kerusi yang ditandingi YANG BERKHIDMAT terletak di negeri itu) selepas PRU14; atau

iv.         PH (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai majoriti parti-parti PH sebagai anggotanya dan gabungan itu turut memperjuangkan piagam reformasi seperti di dalam Fasal 2) tidak dapat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan Malaysia selepas PRU14; atau


v.        PH (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai majoriti parti-parti PH sebagai anggotanya dan gabungan itu turut memperjuangkan piagam reformasi seperti di dalam Fasal 2) tidak dapat mengambil alih tampuk pemerintahan negeri (yang mana kerusi yang ditandingi YANG BERKHIDMAT terletak di negeri itu) selepas PRU14; atau

vi.        PH (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai majoriti parti-parti PH sebagai anggotanya dan gabungan itu turut memperjuangkan piagam reformasi seperti di dalam Fasal 2) tidak dapat mengekalkan tampuk pemerintahan negeri (yang mana kerusi yang ditandingi YANG BERKHIDMAT terletak di negeri itu) selepas PRU14.


(b)             Sekiranya parti atau tiket asal yang digunakan oleh YANG BERKHIDMAT untuk memasuki PERTANDINGAN telah keluar dari PH dan sebagai wakil rakyat yang menang dalam PRU14, YANG BERKHIDMAT ikut serta bersama-sama parti atau tiket asal itu keluar dari PH, yang mana tindakan keluar dari PH (kerana kekal bersama-sama parti atau tiket asal yang keluar dari PH itu) oleh YANG BERKHIDMAT itu menyumbang, mempengaruhi atau menyebabkan salah satu dari perkara-perkara berikut:

i.        YANG BERKHIDMAT tidak lagi berpegang kepada piagam reformasi dan tanggungjawab YANG BERKHIDMAT kepada rakyat yang diikat melalui AKUJANJI ini seperti di dalam Fasal 2; atau

ii.        BN (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai UMNO sebagai tunjangnya) kekal memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan Malaysia selepas PRU14; atau

iii.        BN (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai UMNO sebagai tunjangnya) kekal memegang tampuk pemerintahan negeri (yang mana kerusi yang ditandingi YANG BERKHIDMAT terletak di negeri itu) selepas PRU14; atau

iv.        PH (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai majoriti parti-parti PH sebagai anggotanya dan gabungan itu turut memperjuangkan piagam reformasi seperti di dalam Fasal 2) tidak dapat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan Malaysia selepas PRU14; atau

v.        PH (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai majoriti parti-parti PH sebagai anggotanya dan gabungan itu turut memperjuangkan piagam reformasi seperti di dalam Fasal 2) tidak dapat mengambil alih tampuk pemerintahan negeri (yang mana kerusi yang ditandingi YANG BERKHIDMAT terletak di negeri itu) selepas PRU14; atau


vi.         PH (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai majoriti parti-parti PH sebagai anggotanya dan gabungan itu turut memperjuangkan piagam reformasi seperti di dalam Fasal 2) tidak dapat mengekalkan tampuk pemerintahan negeri (yang mana kerusi yang ditandingi YANG BERKHIDMAT terletak di negeri itu) selepas PRU14.

(c)              Sekiranya pada mana-mana ketika selepas YANG BERKHIDMAT menang PERTANDINGAN, ada tindakan, atau kenyataan, atau perlakuan, atau undian atau apa-apa perilaku yang di dalam kawalan penuh YANG BERKHIDMAT yang bertentangan dengan prinsip-prinsip piagam reformasi dan tanggungjawab YANG BERKHIDMAT kepada rakyat yang diikat melalui AKUJANJI ini seperti di dalam Fasal 2;

(d)             Sekiranya bagi satu tempoh tertentu selepas YANG BERKHIDMAT menang PERTANDINGAN, ada beberapa tindakan, atau kenyataan, atau perlakuan, atau undian atau apa-apa perilaku yang di dalam kawalan penuh YANG BERKHIDMAT yang dibuat di dalam tempoh tersebut yang (kesan dari beberapa tindakan, atau kenyataan, atau perlakuan, atau undian atau apa-apa perilaku yang di dalam kawalan penuh YANG BERKHIDMAT dalam tempoh tersebut) menyumbang, mempengaruhi atau menyebabkan YANG BERKHIDMAT tidak lagi dapat melaksanakan dengan berkesan tanggungjawab YANG BERKHIDMAT kepada rakyat yang diikat melalui AKUJANJI ini seperti di dalam Fasal 2; atau

(e)             Sekiranya prestasi usaha kempen yang dijalankan oleh YANG BERKHIDMAT (pada bila-bila masa bermula dari tarikh AKUJANJI berkuatkuasa sehingga ke hari Parlimen dibubarkan, atau apa-apa tempoh lain yang ditetapkan INVOKE) yang diukur seperti yang dihuraikan di dalam Fasal 3, menduduki tempat paling bawah di dalam senarai semua calon-calon yang memeterai perjanjian akujanji yang serupa ini dengan INVOKE selama tiga bulan berturut-turut bermula bulan Disember 2017.


4.2      YANG BERKHIDMAT bersetuju sekiranya berlaku pelanggaran AKUJANJI mengikut Fasal 4.1(a) dan Fasal 4.1(b), INVOKE berhak membuat tuntutan bayaran balik atas semua KHIDMAT KEMPEN yang telah dibekalkan di bawah AKUJANJI ini dan YANG BERKHIDMAT perlu membayar sejumlah RINGGIT MALAYSIA DUA PULUH JUTA SAHAJA (RM20,000,000.00) kepada sebuah Tabung Awam yang ditubuhkan khusus oleh INVOKE bagi tujuan menerima bayaran pelanggaran AKUJANJI ini (tertakluk kepada huraian di dalam Fasal 4.3) dalam tempoh TIGA PULUH HARI (30 hari) dari tarikh notis tuntutan dihantar secara pos berdaftar kepada YANG BERKHIDMAT ke alamat yang digunakan di dalam AKUJANJI ini.

4.3      Bagi tujuan bayaran pelanggaran AKUJANJI di dalam Fasal 4.2, INVOKE bertanggungjawab menubuhkan sebuah Tabung Awam sebelum atau selewat-lewatnya


pada  1  Mac  2018  yang  perlembagaan  penubuhan  Tabung  Awam  itu  mempunyai ketetapan-ketetapan berikut:

(a)              Tabung Awam akan diuruskan oleh satu lembaga pemegang amanah (atau apa- apa nama yang diberikan kepada badan yang dipertanggungjawabkan menguruskan Tabung Awam);

(b)             Lembaga pemegang amanah (atau apa-apa nama yang diberikan kepada badan yang dipertanggungjawabkan menguruskan Tabung Awam) mempunyai wakil- wakil dari INVOKE dan tokoh-tokoh yang turut memperjuangkan prinsip- prinsip reformasi yang digariskan di dalam Fasal 2;

(c)              Wakil INVOKE di dalam lembaga pemegang amanah (atau apa-apa nama yang diberikan kepada badan yang dipertanggungjawabkan menguruskan Tabung Awam) tidak boleh melebihi 40% dari jumlah keseluruhan ahli lembaga pemegang amanah pada satu-satu masa;

(d)             Wakil INVOKE dicalonkan oleh INVOKE melalui satu pencalonan rasmi yang dihantar kepada seorang Pentadbir yang dilantik;

(e)             Ahli-ahli lain di dalam lembaga pemegang amanah (atau ahli apa-apa lembaga atau badan yang dipertanggungjawabkan menguruskan Tabung Awam), tertakluk kepada Fasal 4.3(b), dicalonkan melalui satu pencalonan rasmi yang dihantar kepada Pentadbir setelah satu pungutan suara umum diadakan mengikut kaedah yang difikirkan sesuai dan munasabah yang diputuskan secara bersama di antara INVOKE dan Pentadbir;

(f)               Ahli lembaga pemegang amanah (atau ahli apa-apa lembaga atau badan yang dipertanggungjawabkan menguruskan Tabung Awam) tidak akan menerima sebarang gaji, pampasan atau keistimewaan sama ada dalam bentuk tunai dan/atau bukan tunai atas tugas yang dijalankan sebagai ahli lembaga pemegang amanah Tabung Awam;

(g)              Sebarang dana, wang, harta atau apa-apa perolehan milik Tabung Awam hanya boleh digunakan bagi tujuan biasiswa pendidikan untuk pelajar-pelajar miskin dari peringkat sekolah rendah hingga ke ijazah pertama;

(h)             Lembaga pemegang amanah bertanggungjawab membangunkan kaedah dan peraturan yang digunakan untuk mengagihkan sebarang dana, wang, harta atau apa-apa perolehan milik Tabung Awam dalam bentuk biasiswa pendidikan;

(i)               Tabung Awam tidak boleh menerima apa-apa dana, wang, harta atau apa-apa perolehan dari mana-mana pihak kecuali yang berhubung dengan pelanggaran AKUJANJI di dalam Fasal 4 ini; dan


(j)               Tabung Awam atau mana-mana badan, syarikat, pertubuhan atau entiti yang ditubuhkan olehnya tidak boleh terlibat dalam sebarang aktiviti perniagaan atau aktiviti lain selain bagi tujuan yang termaktub di dalam Fasal 4 ini.


4.4      YANG BERKHIDMAT bersetuju sekiranya berlaku pelanggaran AKUJANJI mengikut Fasal 4.1(c), Fasal 4.1(d) dan Fasal 4.1(e), INVOKE berhak memberi surat tunjuk sebab memohon penjelasan YANG BERKHIDMAT mengenai pelanggaran yang berlaku yang dihantar secara pos berdaftar kepada YANG BERKHIDMAT ke alamat yang digunakan di dalam AKUJANJI ini.

4.5      YANG BERKHIDMAT bersetuju sekiranya surat tunjuk sebab yang dihantar oleh INVOKE mengikut Fasal 4.4 gagal dijawab dalam tempoh 30 hari dari tarikh daftar pos, sekiranya pelanggaran AKUJANJI berlaku di bawah Fasal 4.1(c) dan Fasal 4.1(d), INVOKE berhak membuat tuntutan bayaran balik atas semua KHIDMAT KEMPEN yang telah dibekalkan di bawah AKUJANJI ini dan YANG BERKHIDMAT perlu membayar sejumlah RINGGIT MALAYSIA DUA PULUH JUTA SAHAJA (RM20,000,000.00) kepada sebuah Tabung Awam yang ditubuhkan khusus oleh INVOKE bagi tujuan menerima bayaran pelanggaran AKUJANJI ini (tertakluk kepada huraian di dalam Fasal 4.3) dalam tempoh TIGA PULUH HARI (30 hari) dari tarikh notis tuntutan dihantar secara pos berdaftar kepada YANG BERKHIDMAT ke alamat yang digunakan di dalam AKUJANJI ini.

4.6      INVOKE bersetuju bahawa tidak ada sebarang tindakan undang-undang yang diambil sekiranya pelanggaran AKUJANJI berlaku di bawah Fasal 4.1(e). Tanpa prejudis ke atas hak-hak lain yang terkandung di dalam AKUJANJI ini, INVOKE berhak menghantar notis kepada YANG BERKHIDMAT untuk menamatkan AKUJANJI sekiranya tiada jawapan kepada surat tunjuk sebab yang dikeluarkan mengikut Fasal 4.4; atau sekiranya jawapan yang diberikan kepada surat tunjuk sebab yang dikeluarkan mengikut Fasal 4.4 tidak memuaskan.


FASAL 5:

PERKARA-PERKARA LAIN
5.1      Hak INVOKE di dalam AKUJANJI ini boleh diperturunkan kepada mana-mana badan seumpamanya yang mewarisi tanggungjawab, aset, operasi dan liabiliti INVOKE.

5.2      INVOKE berhak mengubah mana-mana bahagian atau perkara di dalam AKUJANJI ini dengan hanya memaklumkan YANG BERKHIDMAT secara bertulis dalam tempoh 30 hari perubahan dibuat, kecuali bahagian atau perkara yang melibatkan piagam reformasi dan tanggungjawab YANG BERKHIDMAT di bawah Fasal 2, KHIDMAT KEMPEN dan tanggungjawab INVOKE di bawah Fasal 3 dan pelanggaran AKUJANJI di bawah Fasal 4.

5.3      Sebarang perubahan kepada apa-apa bahagian atau perkara yang melibatkan piagam reformasi dan tanggungjawab YANG BERKHIDMAT di bawah Fasal 2, KHIDMAT


KEMPEN dan tanggungjawab INVOKE di bawah Fasal 3 dan pelanggaran AKUJANJI di bawah Fasal 4; hendaklah dipersetujui secara bersama di antara INVOKE dan YANG BERKHIDMAT secara bertulis.

5.4      AKUJANJI ini berkuatkuasa dari tarikh ia ditandatangani sehinggalah penggal Parlimen ke-14 (yang bermula selepas wakil rakyat dipilih di dalam PRU14) tamat kerana pembubaran Parlimen; atau sekiranya ia ditamatkan atas sebab-sebab pelanggaran AKUJANJI seperti Fasal 4; bergantung kepada tarikh mana yang berlaku dahulu (di antara pembubaran Parlimen penggal ke-14 atau pelanggaran AKUJANJI mengikut Fasal 4).




BAHAWASANYA kami, pihak-pihak yang memeterai AKUJANJI ini telah faham sepenuhnya kandungannya dari mukasurat 1 hingga 16 dan dengan ini menyatakan persetujuan untuk patuh kepada AKUJANJI.


Dimeterai dan ditandatangani pada hari ini, 19 November 2017 bersamaan 1 Rabi’ul Awal 1439
di Subang Jaya.