Isnin, 19 Jun 2017

Bubarkan PH: Pas terbuka kepada semua kecuali Amanah dan DAP, tegas Mohd Amar



Pas mengulangi penegasan bersedia bekerjasama dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) jika mereka meninggalkan Pakatan Harapan.
Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Pas boleh bekerjasama dengan mana-mana parti kecuali Amanah dan DAP.
"Kita membuka ruang pada semua kecuali DAP dan Amanah sahaja. Kita yakin tiga parti ini (Pas, PKR dan Bersatu) jika bergabung potensi untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) semakin cerah,” katanya.
Mohd Amar Nik AmarBeliau hadir di majlis dialog dan berbuka puasa pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan bersama pengamal media di Hotel Grand River View semalam, yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan barisan Exco kerajaan negeri.
Beliau juga berkata, Pas bersedia bertembung dalam pelbagai penjuru sekiranya Pakatan Harapan tidak serius melawan untuk Umno dan BN.
"Bahkan kita menawarkan kepada Bersatu dan juga PKR untuk bersama kita sekiranya mereka tidak berminat lagi dengan PH," katanya.

5 ulasan:

  1. Inilah rupa sebenar wajah parti pemecahbelah demi mencapai kepentingan politik parti dan bukan kepentingan rakyat. Setelah mendapati GSnya tidak masuk akal dan tidak akan berjaya, kini dia cuba menghasut PPPBM dan PKR meninggalkan PH supaya perpaduan rakyat menentang BN akan hancur dan cita-cita jahatnya untuk mengekalkan BN ditampuk kuasa akan berjaya. Mengapa Pis tidak istiqamah sahaja bersama GS? Apakah mereka tidak cahaya di hujung terowongnya? Kini Pis cuba pula memecahbelahkan PH dan menggagalkan cita-cita rakyat.

    BalasPadam
  2. Cukupla...jgn kena gigit ular 2x - kata TGNA

    BalasPadam
  3. Manusia bangang dr PARTI ASSOBIYAH SEMALAYSIA yg asyik syok sendiri....

    BalasPadam
  4. Kemuncak kebodohan ulamak PAS

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA