Selasa, 23 Mei 2017

Lebih baik jadi askar, nasihat TMJ kepada Khairy

Presiden FAM itu mempersoalkan menteri belia dan sukan yang tidak hadir perlawanan akhir Piala FA kerana dilaporkan sibuk dengan aktiviti Askar Wataniah.
tmj-askar-khairy
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini membidas Khairy Jamaluddin kerana tidak menunjukkan minat terhadap sukan tanah air, sebaliknya memilih untuk hadir pada program di mana menteri belia dan sukan itu mendapat tumpuan.
“Kalau setakat mahu menjadi popular, lebih baik menjadi selebriti, bukannya memegang jawatan sebagai seorang menteri atau ahli politik,” katanya dalam ulasan tajam dimuat naik di Facebook.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu merujuk ketiadaan Khairy pada perlawanan akhir Piala FA antara Kedah dan Pahang Sabtu lepas.
Menurutnya, Khairy yang sepatutnya hadir pada perlawanan penting itu sebaliknya dikhabarkan sibuk dengan program Askar Wataniah.
“Bagi pendapat saya, beliau sepatutnya antara individu penting yang sepatutnya turut hadir menyaksikan salah satu perlawanan bersejarah ini,” kata TMJ.
“Pada saya, sekiranya program Askar Wataniah lebih menjadi keutamaan, adalah lebih baik beliau menjadi askar wataniah daripada menjadi menteri belia dan sukan.”
TMJ berkata perlawanan tersebut yang dimenangi Kedah turut dihadiri kerabat diraja kedua-dua negeri di samping Johor.
“Di dalam perlawanan melibatkan sukan utama tanah air ini, ramai tertanya-tanya di manakah Menteri Belia dan Sukan,” katanya.

Hanipa dakwa Allah juga nak tunjuk siapa bertopengkan Islam untuk habuan dunia

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Mohamed Hanipa Maidin berkata, Allah sebenarnya mahu menunjukkan pihak yang menggunakan Islam sebagai topeng bagi merebut habuan dunia.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di akhbar Mingguan Malaysia baru-baru ini yang menafikan Umno zalim sebaliknya berkata DAP kini yang bersikap demikian.
“Kamu (Nik Abduh) kata, ‘Allah SWT sebenarnya nak tunjuk kepada kita siapa yang lebih zalim iaitu DAP’.
“Tapi mungkin juga ‘Allah SWT sebenarnya nak tunjuk kepada kita siapa yang bertopeng atas nama agama ini untuk habuan dunia’. Wallahu ‘alam,” katanya dipetik daripada reaksi beliau pada dinding Facebooknya semalam.
Menurut Pengerusi Biro Kanun AMANAH itu, akhbar Utusan Malaysia amat suka melaporkan kenyataan pimpinan Pas yang dipanggilnya sebagai ‘parti suci’.
“Umno yang dianggap parti zalim terhadap Islam kerana menentang usaha Pas menegakkan hukum hudud mula berubah menjadi lunak, namun muncul pula parti lain lebih zalim iaitu DAP,” ujar Nik Abduh dipetik daripada Mingguan Malaysia.
Sehubungan itu, Hanipa menyifatkan penegasan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz dalam melawan Umno lebih diyakini.
“Patutlah dalam Parlimen kamu (Nik Abduh) tidak hentam @ lawan Umno. Takpa lah kami lebih yakin untuk ikut jejak langkah dan nasihat almarhum ayahanda anda daripada anda dalam isu lawan Umno ini,” tegas peguam AMANAH itu lagi.
Semakan Malaysia Dateline mendapati Utusan Malaysia dan cetakan hari Ahad, Mingguan Malaysia cenderung melaporkan kenyataan pemimpin Pas bahkan memberi laporan penuh sehingga dua halaman bagi Muktamar Tahunan Pas sejak pasca perpecahan parti tersebut pada 2015.
Ini termasuklah pada Februari lalu apabila Mingguan Malaysia tidak menyenaraikan Pas dalam pecahan kerusi pembangkang di Dewan Rakyat sebaliknya hanya meletakkan wajah ketua parti bagi AMANAH, PKR, DAP dan Bersatu.
Pada masa sama, Mingguan Malaysia juga kerap menyiarkan wawancara bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin kanan parti yang memusuhi Pakatan Harapan itu termasuk Nik Abduh.

Bertaubat dan kembali ke tikar sejadah, pesan Nik Abduh kepada Dr M

Bekas ketua Pemuda PAS itu mendakwa Dr Mahathir pendendam sehingga sanggup bermusuhan serta menyerang PAS dan bapanya, walaupun Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah meninggal dunia.
nik-abduh-mahathir
PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya bertaubat dan berhenti menyerang parti Islam itu serta bapanya dengan mengaitkan isu “Tuhan mencarut”.
Bekas ketua Pemuda PAS itu berkata, tindakan bekas perdana menteri berusia 91 tahun itu menyelar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sudah meninggal dunia menggambarkan kecelaruannya dengan hambatan sejarah silam yang menghantuinya.
“Ketika beliau berjaya mengalahkan semua musuh politiknya, beliau tidak pernah menang melawan perjuangan politik tuan guru. Dendamnya belum berakhir.
“Dendam dan bencinya kepada PAS adalah berterusan. Beliau gembira PAS pecah, tetapi beliau malu melihat bagaimana bekas pemimpin PAS yang menyokongnya hari ini amat lemah dan gagal melemahkan PAS sedikit pun.
“Saya kekal menyerunya bertaubat dan kembali ke tikar sejadah. Itulah yang terbaik untuk beliau di hujung hayatnya. Tak payahlah buat kerja ‘lu langsi lu mati’ yang berulang-ulang sejak muda sampai tua,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini.
Kenyataan itu dipercayai merujuk serangan terbaharu Dr Mahathir ke atas PAS dan Nik Aziz dengan mengulangi kata-kata bekas menteri besar Kelantan itu mengenai isu “Tuhan mencarut” yang pernah mencetuskan kontroversi sejak 1999.
Nik Abduh turut menyindir Dr Mahathir tidak mempunyai pendirian tetap dan suka bermusuhan dengan orang lain. Beliau menyenaraikan beberapa tindakan negarawan itu memecar pemimpin tidak digemarinya.
“Angkat Musa Hitam, pecat Musa Hitam. Angkat Ghafar Baba, pecat Ghafar Baba. Angkat Anwar, pecat Anwar. Angkat Pak Lah, pecat Pak Lah. Angkat Najib, ni nak pecat Najib pulak. Saya nasihatkan dia jangan pula angkat Mukhriz nanti. Nanti Mukhriz pun dipecatnya,” kata anak ke-5 Nik Aziz itu.

Tipu, cetus ketakutan dan kebencian, Kit Siang dakwa ada usaha sabotaj keputusan PRU14

NIBONG TEBAL: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendakwa pihak-pihak tertentu mahu mensabotaj keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) daripada membawa perubahan kerajaan di peringkat nasional.
Tanpa menamakan pihak-pihak terbabit secara langsung, beliau berkata, golongan itu mahu mencapai impian mereka dengan menggunakan pendekatan politik penipuan dan mencetuskan ketakutan dan kebencian di kalangan rakyat pelbagai kaum.
“Mereka secara palsu mendakwa pilihan raya umum akan datang sebagai pertempuran antara orang Melayu dan Cina, sebagai pertempuran antara Islam dan musuh-musuh Islam.”
Beliau yang kini mengetuai program Jelajah Desa berkata, perkembangan itu sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab dan berbahaya, dan jika dibiarkan boleh mencetuskan huru-hara di Malaysia.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata demikian ketika pada majlis makan malam ulang tahun ke-51 DAP di Nibong Tebal, Sabtu lalu.
Sambil menarik perhatian gerakan ke arah PRU14 sudah pun bermula, beliau menambah, terdapat pencetus kerosakan yang mahu mencetuskan huru-hara dengan andaian-andaian palsu kononnya mendakwa pilihan raya umum akan datang sebagai persaingan antara orang Melayu dan Cina, dan antara Islam dan musuh-musuh Islam.
“PRU14 bukan pertempuran antara orang Melayu dan Cina, juga bukan pertempuran antara Islam dan musuh-musuh Islam. PRU14 adalah pertempuran antara rakyat Malaysia mahu menyelamatkan Malaysia daripada kleptokrasi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebagai negara gagal.”
Katanya, persoalan bangsa dan agama tidak terpakai kerana rata-rata sebahagian besar rakyat mahukan keamanan.
“Rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum atau agama berhak menyatakan sokongan mereka jika mereka berdiri untuk sebuah Malaysia yang demokratik, yang berpegang teguh kepada prinsip akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.”

13 Mei: Sejarah negara hanya boleh diperbetul kalau UMNO kalah pilihanraya

KUALA LUMPUR, 23 MEI: Pembinaan semula sejarah kemerdekaan Malaysia yang dikutip daripada pelbagai perspektif tanpa agenda dan propaganda tersembunyi tidak akan tercapai jika negara berterusan diperintah oleh satu pihak sahaja.
Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal berpandangan bahawa apa jua karya khususnya filem yang dibikin bagi menceritakan naratif sebenar perjuangan kemerdekaan negara tidak akan mencapai objektifnya jika semangat demokrasi tidak ditegakkan.
“Sudah tentu kita mengidamkan satu suasana yang mana kita boleh ada pelbagai filem yang menafsir sejarah dari pelbagai sudut,” katanya kepada Roketkini.
“Tapi cita-cita itu tak mudah kalau politik kita masih berpuluh tahun didominasi satu-satu pihak. Selagi demokrasi kita belum beres, selagi itu segala apa karya pun biasanya hanya sesuai dengan selera kuasawan yang sombong sebab lama menguasai takhta politik.
Beliau memberi contoh filem Tanda Putera yang mengisahkan mengenai peristiwa berdarah 13 Mei daripada sudut perspektif berat sebelah UMNO-Barisan Nasional (BN) yang seterusnya menjadi alat propaganda parti itu untuk menyerang pihak pembangkang, khususnya DAP.
“Objektiviti sejarah ini pada saya mustahil dan cumalah angan-angan.
“Kalau kita tak boleh capai objektiviti, sekurang-kurangnya perlu ada ruang untuk semua perspektif. Kalau ruang untuk pelbagai perspektif pun masih disekat. Yang kita akan dapat adalah filem-filem yang cuba menjilat sajalah,” ujarnya.
Tanda Putera dianggap ramai pihak sebagai filem propaganda UMNO-BN yang didanai Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) untuk mengambarkan DAP sebagai kononnya dalang kepada peristiwa 13 Mei.

Polis nafi arah rakyat buat laporan halang debat Dr M-Nazri

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan menegaskan pihaknya tidak akan sesekali terlibat dalam apa-apa pertikaian politik atau menyebelahi sesiapa di negara ini.
hasnan
IPOH: Polis Perak tidak pernah mengarahkan orang awam membuat laporan polis menghalang perdebatan antara bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dijadualkan berlangsung di Kuala Kangsar, bulan lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan menegaskan pihaknya tidak akan sesekali terlibat dalam apa-apa pertikaian politik atau menyebelahi sesiapa di negara ini.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak adalah profesional dan hanya mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang dan peraturan yang ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan sebuah portal akhbar berbahasa Inggeris pada 23 Mei lalu yang memetik Nazri sebagai berkata, debat itu dibatalkan selepas beberapa pemimpin Umno diarah membuat laporan polis bagi menghalang ia daripada berlangsung.
Menteri pelancongan dan kebudayaan itu mendakwa mempunyai 5 salinan laporan polis berhubung perkara tersebut.

Siapa 'Mugabe' Malaysia?

Oleh YUSMADI YUSOFF
Menjelang pilihan raya umum ke 14 (PRU14), rakyat Malaysia seharusnya perlu lebih berhati-hati menilai pelbagai macam tawaran daripada pimpinan politik.Perlu diingatkan, setiap pemimpin elit yang membuat bermaca-macam kenyataan itu perlulah bertanggungjawab terhadap tawaran politik yang mereka sajikan kepada rakyat. 


Ada kumpulan yang menawarkan janji untuk "menukar Najib" selepas pemimpin Umno itu dianggap membawa kerosakan massa kepada negara. Namun cuma janji yang itulah - mahu menukar Najib. Pada sisi lain, ada kumpulan yang tidak membawa sebarang janji yang besar atau indah, selain "bukan Umno". Tidak ketinggalah pihak menjanjikan reformasi demokrasi.
Menjelang kedatangan PRU14 dan segala macam kemungkinan, pengalaman pejuang prodemokrasi di beberapa negara boleh dijadikan iktibar.
Era selepas Revolusi Oren (Orange Revolution) di Ukraine misalnya menyaksikan bagaimana ia mengecewakan pejuang terbabit apabila pemimpin elit saling bertelagah dan bersengketa sehingga ada yang memenjarakan kawan sendiri.
Di Zimbabwe, diktator Robert Mugabe yang tenat hayat politiknya pada pilihan raya 2008 kembali berkuasa.
Malah Mugabe berjaya memecah-belahkan Gerakan Untuk Perubahan Demokratik (MDC) yang dibentuk pelbagai kumpulan sebagai persediaan mereka menghadapi pilihan raya di negara itu.
Di Mesir, pejuang-pejuang prodemokrasi dan perubahan yang mengharapkan sesuatu selepas Arab Spring juga kecewa apabila kumpulan elit politik yang dipilih gagal menterjemah impian reformasi demokratik seperti dijanjikan.
Persoalannya di Malaysia sekarang, apakah yang sedang ditawarkan kepada rakyat menjelang PRU14? Adakah sekadar "janji menang", atau "menang dulu, selepas itu baru fikir agenda" atau pun "asalkan Najib ditukarkan"?
Jangan biar ditipu
Saya mengajak rakyat Malaysia menonton sebuah filem A Whisper To A Roar yang banyak memberi pengajaran kepada rakyat mengenai perjuangan demokrasi dan era pascamenang.
Kata-kata "seekor naga yang memusnahkan datang dengan pelbagai wajah, dan pewira juga datang dengan pelbagai bentuk" boleh dijadikan pedoman.
Ada perjuangan yang hanya menuntut pembunuhan sang naga semata-mata tapi melupakan pakaian perisai musuh mereka itu.
Tatkala sang naga dibunuh, si pewira yang dangkal akan kesaktian 'perisai' itu mula mencuba pakaian tersebut.

PERKASA lapor IGP hubungan Umno dengan Komunis China

Pertubuhan pendesak Melayu, PERKASA akan menghantar surat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai Umno dan MCA yang didakwa mempunyai hubungan dengan Parti Komunis China (CPC).
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya juga akan menghantar surat kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi mengetahui sama ada parti politik dibenarkan mempunyai kerjasama dengan CPC.
"Kita tergamam sebab Parti Komunis China (CPC) yang berkaitan idealogi komunis ada kerjasama dengan Umno.
"Kita dah lama menghadapi komunis di Malaya sehingga banyak nyawa terkorban.
“Esok kita akan hantar surat dengan pihak berwajib dan kita nak tanya dari segi dasar yang membenarkan kerjasama dengan CPC, adakah kerajaan tidak ambil kira gerakan yang tentang parti komunis dulu,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat PERKASA di Kuala Lumpur, hari ini.
Bagaimanapun Ibrahim berkata beliau tidak tahu apakah bentuk hubungan antara Umno dan CPC.
Ibrahim berkata, kerjasama seumpama itu sekiranya ada mungkin mendorong kehadiran kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda dan Islamic State (IS).
“Pada PERKASA kita tak tolak kemungkinan fahaman ideologi komunis akan diserap dan ia akan bahayakan negara
“Mungkin pihak lain seperti parti dan NGO akan adakan kerjasama dengan IS dan Al-Qaeda (pula) oleh sebab pihak lain ada hubungan dengan CPC,”jelasnya.
Semalam, Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Seri Ti Lian Ker membidas PERKASA kerana membisu berhubung tindakan Umno menjalin pertalian dengan CPC, tetapi sebaliknya menyelar MCA kerana berbuat demikian.
Ti turut mengingatkan PERKASA bahawa Umno menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CPC lebih awal menerusi Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 4 Ogos 2010.

Exco Wanita PPBM letak jawatan, ‘muak’ kemelut dalaman parti

Zulaiha Sidek turut menafikan kenyataan akhbar kononnya beliau akan mendedahkan salah laku Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkannya fitnah semata-mata.
zulaiha-sidek-ppbm-perak-srikandiPETALING JAYA: Exco Wanita PPBM, Zulaiha Sidek hari ini melepaskan semua jawatan dalam parti itu kerana hilang kepercayaan dan “muak” dengan pergolakan dalaman di Perak.
“Saya selaku exco Srikandi PPBM dan juga ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Batu Gajah menyatakan hasrat melepaskan kedua-dua jawatan yang disandang kepada ketua perhubungan negeri PPBM Perak, ketua bahagian dan juga ketua Srikandi Malaysia PPBM sejak 20 Mei 2017 lagi.
“Hari ini, dengan rasminya mengumumkan peletakan jawatan tersebut sebagai tanda muak dengan kemelut dan pergolakan dalaman parti.
“Tindakan ini juga sebagai menyatakan prinsip saya yang tidak gilakan jawatan, tetapi lebih mementingkan kebersatuan dan kestabilan sesebuah parti itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.
Pada 20 April lalu, seorang daripada pengasas PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman mengumumkan keluar parti dan melepaskan semua jawatan berkuat kuasa serta-merta kerana mendakwa wujud unsur negatif seperti kronisme dan sikap “gila jawatan” yang semakin menebal dalam PPBM.
Beliau juga mendakwa perjuangan PPBM terpesong dan ramai ahli hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti yang melihat ahli parti mengikut “darjat” dan “kasta”.
Mengulas lanjut, Zulaiha berkata, pihaknya kesal dengan perpecahan dan keretakan hubungan sesama ahli dalam parti itu di peringkat negeri.
“Tidak sepatutnya berlaku keretakan, perpecahan dan berpuak-puak di dalam PPBM kerana ianya tidak mencerminkan moto parti ini iaitu bersatu, bermaruah, beramanah.”
Katanya, beliau mengharapkan Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman boleh memainkan peranan penting menyelesaikan kepincangan dalam kepimpinan di Perak.
“Kerana Hamidah sahajalah yang dilihat layak menyelesaikan kemelut yang berlaku sebagaimana berjaya dan bersatunya PPBM Perak yang sebelum ini di mana PPBM sentiasa digeruni dan dihormati di bawah kepimpinan asal beliau.

5 Julai tarikh sebutan semula kes rasuah bekas exco Johor

Timbalan pendakwa raya memohon mahkamah membenarkan tarikh sebutan semula yang dicadangkan bagi memastikan segala dokumen lengkap dihantar sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan
Abdul-Latif-Bandi_law_600
JOHOR BAHRU: Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 5 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula bagi 33 pertuduhan rasuah terhadap bekas exco Johor Datuk Abd Latif Bandi dan perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd Raub melibatkan hartanah berjumlah lebih RM30.3 juta.
Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir menetapkan tarikh berkenaan selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khazrin Haffiz Khalil.
Terdahulu, Khazrin Haffiz memohon agar mahkamah membenarkan tarikh sebutan semula yang dicadangkan bagi memastikan segala dokumen yang lengkap dihantar sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan.
Abd Latif diwakili peguam Datuk Salehuddin Saidin dan 4 lagi peguam manakala Amir diwakili Asrul Z Stork dan Hazza Khalid.
Pada 19 April lalu, Abd Latif didakwa bersubahat dengan Amir menerima rasuah daripada beberapa individu bagi mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah rumah lot Bumiputera kepada pembeli awam serta pengurangan bayaran wang sumbangan Tabung Perumahan Negeri Johor bagi beberapa projek perumahan.
Amir pula dituduh menerima rasuah daripada beberapa individu sebagai upah untuknya dan Abd Latif bagi melakukan apa-apa transaksi yang sebenarnya dengan badan awam iaitu mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah rumah lot Bumiputera dan pengurangan bayaran wang sumbangan tabung berkenaan.

Rasuah: SPRM jangan tunggu PRU14, bertindak sekarang

Salahuddin AyubSalahuddin Ayub
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menasihati Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar bertindak segera membanteras rasuah dalam pelbagai peringkat lapisan masyarakat.
Beliau berkata usaha ini akan mengukuhkan kembali keyakinan rakyat terhadap SPRM dan pentas demokrasi di Malaysia akan lebih matang.
"Tindakan bagi menyekat amalan rasuah sewajarnya tidak boleh dilengahkan. Ini kerana dikhuatiri ia akan terus bernanah dalam masyarakat kita. Kes berprofil tinggi misalnya perlu ditangani dengan lebih proaktif.
"Padah jika sebaliknya ini, hari ini telah menyebabkan masyarakat tempatan dan dunia memberikan persepsi yang buruk kepada kita seperti contohnya dalam Skandal Rasuah terbesar 1MDB," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia, bahawa tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli politik sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana tidak mahu dijadikan alat atau modal kempen oleh parti-parti politik lain.
Dzulkifli juga menyatakan bahawa walaupun tindakan diambil terhadap ahli-ahli politik berkenaan, ia tidak akan menghalang mereka daripada bertanding atau memegang jawatan politik.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata tindakan SPRM perlulah adil dan saksama kepada semua pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang.
"Selebihnya biar rakyat menilai," katanya.
Dalam pada itu, beliau menyokong saranan Dzulkifli agar semua parti politik memastikan setiap calon pilihan raya yang dipilih bersih daripada sebarang jenayah rasuah dan salahguna kuasa.
"Amanah memberi komitmen untuk sedia bekerjasama dengan SPRM dalam memastikan perkara tersebut," katanya.

TIME: POPULARITI NAJIB LEBIH TERUK DARI TRUMP


Di mata media Amerika Syarikat, presiden mereka Donald Trump bukanlah seorang pemimpin yang popular di kalangan rakyat.
Kadar penerimanya dilaporkan cuma 40 peratus berbanding pemimpin-pemimpin lain dunia.
Bagaimanapun, bagi majalah berita Time yang berpangkalan di New York, ada lebih ramai lagi pemimpin yang rating mereka lebih teruk berbanding Trump.
Time menamakan salah seorangnya sebagai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.
“Tetapi secara politiknya, Najib tidak perlu begitu bimbang. Umno – parti politik yang mendominasi Malaysia lebih dari enam dekad – kukuh berada dalam genggamannya.
“Dia secara sistematik mengetepikan pencabarnya, dan seteru utamanya di luar parti dipenjarakan melalui apa yang dirujuk pengkritik sebagai pendakwaan politik.
“Siapa perlukan populariti apabila kamu ada kuasa politik atau wang ringgit dalam bank?” lapor Time.
Time turut mengaitkan Najib dengan syarikat pelaburan negara cetusan ilhamnya, 1MDB, dan kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya yang dikatakan daripada kerabat diraja Saudi.
“Dia didukung oleh peguam negara Malaysia, yang melaporkan wang itu sebagai derma yang sah dan “kebanyakannya” dipulangkan kembali.
“Justeru tidak mengejutkan jika ratingnya sebegitu rendah,” lapor Timelagi.
Time turut menamakan pemimpin lain dalam senarai itu, termasuk Presiden Venezuela Nicolas Maduro, Presiden Brazil Michel Temer, Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma dan Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras.

5 tahun selepas dipecat, Hasan Ali terima lamaran PAS

Bagaimanapun Hasan berkata keinginan menyertai semula politik sudah tiada.
Hasan-Mohamed-Ali_pas_600
PETALING JAYA: Satu masa dulu dikecam kerana cuba mengadakan “kerajaan perpaduan” dengan Umno, bekas naib presiden PAS Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengakui ada pimpinan PAS yang mahu beliau kembali kepada parti Islam itu.
Bagaimanapun, Hasan dipetik Sinar Harian berkata beliau sudah tidak meminati politik.
“Saya tidak nafikan, ramai pimpinan PAS dan ahli-ahli PAS mahu saya masuk semula PAS. Tapi saya tidak bagi jawapan pasti. Pada peringkat ini, saya lebih selesa dengan apa yang saya buat,” katanya.
Hasan, bekas exco Selangor yang pernah menjawat pesuruhjaya PAS Selangor, dipecat daripada PAS pada Januari 2012.
Menurut PAS, ia susulan tindakan Hasan yang “menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS”.
Hasan pada waktu itu menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang.
Antaranya adalah mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang diterajui PAS dan turut mengecam golongan bukan ulama dalam PAS sambil menuduh parti itu menyeleweng daripada perjuangan Islam.
Selain itu, Hasan turut mempersoalkan kewajaran ahli dan penyokong PAS yang diminta hadir pada perhimpunan “Bebaskan Anwar” walaupun dipersetujui Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang dan timbalannya ketika itu, Mohamad Sabu.

PAS, Amanah persoal SPRM enggan tahan ahli politik sekarang

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, SPRM juga akan dituduh bermain politik dan menjadi alat politik kerana dilihat tidak mampu bertindak adil terhadap ahli politik.
Tuan-Ibrahim_sprm_600
KUALA LUMPUR: PAS dan parti serpihannya, Amanah hari ini mempersoalkan keengganan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan terhadap ahli politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keengganan SPRM itu menunjukkan ia tidak bebas dan membeza-bezakan rakyat biasa dengan ahli politik yang dilihat mempunyai “hak istimewa”.
“Jika polis juga mengambil pendirian sama, apakah ahli politik sekarang boleh dikira kebal untuk melakukan sebarang jenayah sebab institusi penguatkuasaan tidak mahu dituduh sebagai alat politik?
“Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad perlu faham SPRM juga akan dituduh bermain politik dan menjadi alat politik kerana dilihat tidak mampu bertindak adil,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahad lalu, Dzulkifli dilaporkan berkata, SPRM memutuskan tidak bertindak terhadap ahli politik sebelum PRU14 kerana ia mungkin digunakan sebagai bahan kempen, susulan siri tangkapan terhadap penjawat awam kebelakangan ini.
Namun, Dzulkifli mengingatkan setiap parti politik supaya memastikan calon mereka “benar-benar bersih” daripada rasuah dan salah guna kuasa, jika tidak mahu SPRM “datang mengetuk pintu rumah mereka selepas pilihan raya”.
Kenyataan Dzulkifli itu mencetuskan bantahan pelbagai pihak, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara bersama FMT semalam.
“Jadi, ahli politik kalau curi duit tidak mengapa? Cuma orang lain sahaja (dikenakan tindakan) sebab mereka tidak sertai pilihan raya?” soal bekas perdana menteri itu.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim turut mempersoalkan jika pendekatan itu akan terus menjadi dasar SPRM bagi pilihan raya lain.

RDPT: Enggan terima memorandum pejabat SPR dirantai

Pemuda Pakatan Harapan menunjukkan  pagar pejabat SPR yang dikunci oleh pihak pengurusan.-Foto oleh Wan Zahari Wan Salleh.Pemuda Pakatan Harapan menunjukkan pagar pejabat SPR yang dikunci oleh pihak pengurusan.-Foto oleh Wan Zahari Wan Salleh.
Buat pertama kali sejarah kewujudan ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, hari ini bangunan tersebut dirantai oleh peserta demonstrasi.
Tindakan itu dilakukan ekoran SPR enggan menerima memorandum bantahan Pemuda Pakatan Harapan berhubung akses kepada Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku tahun.
Terdahulu, lebih 50 demonstran termasuk dari Kelantan dan Terengganu berkumpul di perkarangan Menara SPR itu selama sejam bagi menyerahkan memorandum berkenaan.
SPR  mengambil tindakan mengunci pintu masuk ke pejabat itu untuk mengelak menerima memorandum daripada Pakatan Harapan.SPR mengambil tindakan mengunci pintu masuk ke pejabat itu untuk mengelak menerima memorandum daripada Pakatan Harapan.Menurut Ketua Pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan, keengganan SPR mengedarkan salinan daftar pemilih itu bakal disusuli dengan laporan polis minggu depan selain penyerahan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
"Kita sangat dukacita kerana demonstrasi hari ini gagal menyerahkan memorandum bantahan larangan edaran salinan RDPT kepada Pengerusi SPR.
"Kita juga akan mengusahakan perkara ini untuk mendapat perhatian dan campur tangan daripada Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja," tegasnya kepada pemberita di perkarangan ibu pejabat SPR hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Amanah Putrajaya Kamal Koh berkata, SPR harus melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Agong bagi proses pilihan raya berjalan secara bersih dan adil.
"Tindakan mengunci pagar pejabat SPR ini simbol protes rakyat meluahkan kemarahan dalam usaha kita menegakkan keadilan.

Musa Hassan tidak terlibat isu Mon Space, kata pengasas

Pelabur China 'serbu', tuntut jawapan pengasas Mon Space

‘Saya sudah bakar jambatan dengan Umno’ – Dr Mahathir

Populariti Najib lebih teruk dari Trump, lapor Time

Tun M: Penderma HARAPAN kini jadi buruan LHDN

MERANTI:Mahfuz Omar - Rakyat Jangan Melutut Kepada Najib Razak Apabila Diberi DEDAK

Jamal, Noh 'spesis terakhir' dalam Umno - Azmin

Ucapan hina wanita, ini jawapan Mahathir pada KJ

Gara-gara David Teo kena tampar, Mat Sabu dah meluat isu perkauman

ASAL UMNO@BN BOHIONG BERPISAH TIADA...!!!


"Najib membelanjakan RM1.5 bilion pada PRU13", kata Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (9/3/2016).

"BN membelanjakan lebih daripada RM1.5 bilion pada PRU13 lalu", kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (9/3/2016).

TETAPI HINGGA KINI #SPR terus membisu & tak berani nak siasat dgn beri alasan tiada kuasa siasat.

NAMPAK TAK !!!

Hutang luar negara Malaysia hampir RM1 trilion (RM1,000,000,000,000)

Itu tak termasuk lagi hutang 1MDB dan sebagainya..
FAKTA Hutang Luar negara terus meningkat di era PM Najib:
Q1/ 2017 - RM897.0 bilion
Q1/ 2016 - RM814.1 bilion
Q1/ 2015 - RM767.4 bilion
Q1/ 2014 - RM700.3 bilion
Q1/ 2013 - RM611.6 bilion
Q1/ 2012 - RM559.4 bilion
Q1/ 2011 - RM263.5 bilion
Q1/ 2010 - RM246.8 bilion

JANGAN RISAU... "Saya Juga Boleh Pimpin Negara selama 22 Tahun", kata PM Najib Razak -(18/5/2015).

SPRM tidak perlu pilih kasih heret ahli politik rasuah

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Tidak semua agensi kerajaan khususnya melibatkan penguatkuasaan undang-undang terlepas dari persepsi negatif masyarakat.
Tambahan pula apabila melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sering menjadi tumpuan apabila menjalankan siasatan terhadap ahli politik dan individu-individu berprofil tinggi.
Bagi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, SPRM perlu berani dan bersifat bebas serta professional supaya agensi itu diyakini dan efektif membanteras rasuah.
Dalam kenyataannya, beliau berkata SPRM tidak perlu memberikan ‘layanan istimewa’ terhadap mana-mana ahli politik atau individu yang didakwa terlibat dalam rasuah dalam menjalankan siasatan mereka.
Beliau mengulas temu bual bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia semalam.
Dalam kenyataannya, Dzulkifli berkata pihaknya telah menetapkan tidak akan bertindak terhadap ahli-ahli politik sebelum pilihan raya kerana tidak mahu dijadikan modal kempen politik.
“Kenyataan Zulkifly tidak meyakinkan dan tidak boleh diterima.
“Mengapa SPRM perlu risau terhadap penahanan yang dilakukan mereka dijadikan modal kempen? Ini bukan masalah SPRM. Sepatutnya ahli politiklah yang perlu risau dan malu dengan  reaksi atau kecaman,” kata Naib Pengerusi DAP itu.
Disebalik kenyataan janggal Dzulkifli itu, beliau hanya menyebabkan masyarakat tertanya-tanya terhadap sebarang kemungkinan bahawa SPRM menerima tekanan politik untuk menjalankan tanggungjawab mereka.
“Saya berharap, SPRM dapat menjalankan tugas mereka tanpa rasa bimbang dan pilih kasih. Tak perlu tunggu selepas pilihan raya untuk bertindak,” katanya lagi.

Ahli politik boleh rasuah menjelang pilihan raya, soal Dr M pada SPRM

Dr Mahathir pelik dengan kenyataan SPRM yang mereka tidak akan menyasarkan ahli politik buat masa ini.
Tun-Mahathir1PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak akan bertindak ke atas ahli politik rasuah buat masa ini kerana bimbang operasi mereka digunakan sebagai bahan pilihan raya.
“Jadi ahli politik kalau curi duit tidak mengapa? Cuma orang lain sahaja (dikenakan tindakan) sebab mereka tidak sertai pilihan raya?” soal pengerusi PPBM itu dalam wawancara bersama FMT di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
“Ketua setiausaha dan yang lain tidak boleh mencurilah, ahli politik pula dibolehkan…tetapi mengapa ambil tindakan kepada ahli politik di Johor, tetapi ahli politik di tengah-tengah Kuala Lumpur (perdana menteri) tiada tindakan,” soalnya, dipercayai merujuk kepada tangkapan dan pendakwaan seorang exco Johor berhubung kes urusan tanah baru-baru ini.
“Kalau itu bukan pilih kasih, saya tidak faham apa makna pilih kasih,” kata bekas perdana menteri itu lagi.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dilaporkan berkata suruhanjaya itu memutuskan untuk tidak bertindak terhadap ahli politik sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 kerana ia mungkin digunakan sebagai bahan kempen, susulan siri tangkapan terhadap penjawat awam kebelakangan ini.
Namun Dzulkifli mengingatkan agar setiap parti memastikan calon mereka “benar-benar bersih” daripada rasuah dan salah guna kuasa.
“Sekiranya tidak dipastikan, maka jangan salahkan SPRM apabila kami datang membuat kunjungan hormat dan mengetuk pintu-pintu anda selepas pilihan raya kelak,” katanya.
“Saya tidak akan membuat kenyataan yang bersifat kosong dan populis…saya hanya mempunyai satu perkataan sahaja: tunggu,” kata Dzulkifli dalam wawancana Mingguan Malaysia pada Ahad.
Dr Mahathir bagaimanapun kecewa kerana merasakan gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam semakin meningkat, walaupun badan itu “direformasikan” menjadi suruhanjaya dengan kuasa yang lebih kuat.
“Jumlah kecurian wang kerajaan sekarang meningkat kepada jutaan ringgit. Pegawai kerajaan curi, wakil rakyat pun curi,” katanya.

PKR perlukan lebih daripada Anwar untuk PRU14

Perwakilan Kongres Nasional PKR terus menjadikan pemimpin mereka yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agenda utama, kali ini sebulat suara menobatkan beliau sebagai perdana menteri akan datang.
Malah jika seseorang itu mengetepikan fakta tentang banyak halangan undang-undang untuk mencapai matlamat ini, memastikan Anwar kekal relevan untuk parti dan negara menjadi serampang dua mata.
Untuk ramai pengundi muda, pasca reformasi yang membentuk sebahagian besar daripada pengundi pada pilihan raya umum akan datang, Anwar mungkin seorang tokoh asing dan mereka akan berasa tidak terkesan dengan agenda PKR.
Menurut profesor sosiologi politik dari Universiti Sains Malaysia, Pandian Sivamurugan berkata, PKR perlu mengambil kira orang lain sebagai calon perdana menteri, jika tidak, akan terlihat kekurangan pemimpin pembangkang.
"Mengapa tiada sebarang calon lain? Adakah untuk mengelakkan konflik dalaman di kalangan parti? Isu pengundi muda juga suatu faktor (untuk bergerak di luar Anwar).
"Penyokong Anwar akan terus menyokong beliau, tetapi yang lain akan mempersoalkan sama ada tidak ada calon lain yang layak," kata Sivamurugan.
Faktor Mahathir
Penerimaan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terhadap idea menjadi "pemanas kerusi" untuk Anwar tidak akan membangkitkan keyakinan dalam pengundi, katanya.
"Kenyataan itu boleh mencetuskan dilema, walaupun di kalangan penyokong sendiri (Pakatan Harapan)."

Di satu sudut kota yang dibinanya, Dr Mahathir terus gigih

Dari kamar pejabatnya, ‘Bapa Pemodenan Malaysia’ meneruskan perjuangannya sambil mempertahankan legasinya yang kian terancam.
mahathir-news-1PUTRAJAYA: Ketika beliau mula-mula melancarkan kritikan terhadap Datuk Seri Najib Razak dulu, ramai merasakan ia hanyalah Tun Dr Mahathir Mohamad yang tipikal – sentiasa tidak berpuas hati dengan penggantinya dan mahu negara dibangunkan mengikut caranya sendiri.
Bukankah beliau menyingkirkan 2 timbalannya – Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim – dan menjadi tokoh utama dalam desakan agar Tun Abdullah Badawi meletakkan jawatan.
Jadi mengapa pula Najib harus mendapat pengecualian?
Namun selepas beberapa lama, ramai yang melihat perbezaannya – rasa tidak puas hatinya terhadap Najib melangkaui penggantinya sebelum ini.
Pertembungannya dengan Najib tidak semudah dengan yang sebelumnya. Tidak seperti Pak Lah, Najib melawan kembali dengan segala kelebihan yang ada padanya selaku perdana menteri.
Untuk melawan kembali, Dr Mahathir bukan setakat keluar Umno malah mengasaskan PPBM, serta berdamai dengan mereka yang dahulunya menjadi musuh ketat dengan menyertai Pakatan Harapan.
“Saya nak negara kita ditadbir orang berkebolehan, dan bukan penipu dan pencuri,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama FMT di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam.
Boleh dikatakan Dr Mahathir kini “terperosok” di pejabatnya itu, di satu sudut terpencil di Putrajaya – kota yang dibinanya sendiri. Di situlah beliau merancang strategi untuk menyingkirkan Najib daripada Seri Perdana – dahulu dikenali sebagai “mahligai Mahathir”.
Pada masa sama, satu demi satu legasi yang dibinanya sepanjang 22 tahun mentadbir negara cuba dihapuskan.
Kini tiada lagi perlumbaan Formula One di Litar Antarabangsa Sepang dan Wawasan 2020 – yang sekian lama menghuni imaginasi mereka yang membesar pada era 1990-an – digantikan dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Beliau disingkirkan daripada pejabatnya di Menara Kembar KLCC – sebuah lagi legasinya – apabila dipecat daripada jawatan sebagai penasihat Petronas, dan tidak lama selepas itu meletakkan jawatan sebagai penasihat Proton.
Antara Pak Lah dan Najib
Dr Mahathir sebelum ini pernah meminta maaf dan mengaku “tersilap” memilih pengganti dalam meneruskan pentadbiran negara, merujuk kepada Pak Lah dan juga Najib.
Antara yang menjadi punca pertelagahan dan simbol pertembungan adalah keengganan Pak Lah meneruskan projek jambatan bengkok yang menghubungkan Malaysia dan Singapura. Najib juga enggan meneruskan projek itu.
Ia tidak sekadar itu.

Siti Hasmah penyatu Anwar, Wan Azizah

Walaupun antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 'sejarah' tersendiri, namun bagi isteri masing-masing, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mereka berdua mempunyai kisah yang cukup istimewa.
Tidak ramai yang tahu, kisah istimewa disebalik mereka ialah apabila kakak kepada Siti Hasmah, Allahyarham Datuk Paduka Saleha Mohd Ali menjadi orang tengah yang menyatukan Anwar dan Wan Azizah.
Bibit cinta antara Anwar dan Wan Azizah tercetus apabila Anwar sering melawat suami Saleha yang ketika itu dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL).
"Dia (Wan Azizah) ibarat adik kepada saya, tetapi sebenarnya dia lebih rapat dengan kakak saya kerana kakak menjadi orang tengah antara Azizah dan Anwar.
"Anwar sahabat (kepada) kakak, Saleha, dan kerap melawat suami Saleha, abang Zain yang sakit di HBKL. Azizah sebagai seorang doktor di HBKL kerap juga menjaga kakak dan abang Zain.
"Disitulah Anwar telah lihat Azizah dan berkenan dengannya. Kakak dan Osman Awang akhirnya mewakili Anwar pergi meminang Azizah di rumah ibu bapa Azizah.
"Hasil pertemuan di HBKL ini membawa Anwar dan Azizah diijabkabulkan," cerita Siti Hasmah dalam temubual khas bersama majalah Keluarga.
Dalam majalah Keluarga edisi khas Hari Ibu, Siti Hasmah turut digandingkan bersama Wan Azizah.
Tips Kak Wan
Sementara itu, dalam temubual bersama Wan Azizah pula, anggota Parlimen Permatang Pauh itu turut berkongsi tips dan rahsia kekal sihat di usia 65 tahun.
Menceritakan tentang amalan yang dilakukannya, Wan Azizah memberitahu beliau amat menitik beratkan penampilan dan personaliti memandangkan Anwar sebelum ini pernah berseloroh mengenai perkara berkenaan.
"Jagalah personaliti. Dulu suami saya pernah dalam nada seloroh kepada saya, katanya kalau saya gemuk dia kahwin lain. Jadi saya percaya setiap suami mahukan isteri yang pandai menjaga penampilan.

Puteri Umno ejek Dr Mahathir sokong Anwar

Mas Ermieyati berkata Dr Mahathir yang memenjarakan Anwar pada 1999.
Mas-Ermieyati-Samsudin
PUTRAJAYA: Ketua Puteri Umno Mas Ermieyati Samsudin mengejek sokongan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada petisyen PKR menggesa pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun atas tuduhan liwat.
Mas Ermieyati berkata tindakan Dr Mahathir menandatangani petisyen “Free Anwar” pada kongres tahunan PKR hujung minggu lalu patut “dipersoalkan”.
Beliau menggesa Dr Mahathir yang keluar Umno untuk menjadi pengerusi PPBM melihat kembali tindakannya semasa beliau memegang jawatan tertinggi.
“Tindakannya Mahathir menyokong Anwar boleh dipersoalkan padahal dia yang bertanggungjawab ‘memenjarakan’ Anwar (pada 1999).
“Mahathir sekarang tidak sama seperti beliau menjadi perdana menteri dulu. Beliau yang memasukkan Anwar ke dalam penjara (selepas bekas Anwar disabitkan dalam kes yang dikenali sebagai Liwat 1).
“Bagaimana kita nak pandang tinggi individu seperti ini? Orang ramai boleh menilai sendiri,” katanya pada sidang media mengumumkan pelancaran Iftar@KL 2017.
Terdahulu, Dr Mahathir menghadiri kongres itu bersama-sama dengan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir. PPBM adalah ahli Pakatan Harapan (PH) yang turut dianggotai PKR, DAP dan Amanah.
Semua pemimpin PH pada kongres itu memegang plakad yang tertulis “Anwar PM Ke-7”, kecuali Dr Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz.

Mahathir sentiasa benci Anwar?

Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) dan Tun Dr Mahathir Mohamad  (kiri)  telah berkongsi aspirasi yang sama, harapan dan matlamat yang sama,iaitu untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan Datuk Seri Mohd  Najib Razak .Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) telah berkongsi aspirasi yang sama, harapan dan matlamat yang sama,iaitu untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan Datuk Seri Mohd Najib Razak .
Walaupun keduanya bermula sebagai mentor dan mentee, permusuhan terbesar antara dua tokoh politik adalah diantara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, situasi ini bermula sejak pemecatan Anwar oleh Mahathir dari jawatan timbalan perdana menteri Malaysia pada tahun 1998.
Pada era reformasi, sehingga turunnya Mahathir dari kerusi Perdana Menteri, perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah mengesa Mahathir untuk letak jawatan. Itulah fokus serangan parti yang diasaskan selepas pemecatan Anwar pada ketika itu.
PKR percaya bahawa Anwar adalah mangsa fitnah politik kotor Mahathir terhadap Anwar, dalam membawa keadilan kepada Anwar, PKR bersama parti pembangkang lain berjaya mobilise ratusan ribu rakyat Malaysia untuk menekan Mahathir untuk berundur sehingga akhirnya Mahathir menyatakan hasrat beliau untuk berundur pada Jun 2002, setelah dipujuk dan dirayu pemimpin Umno Mahathir kekal sebagai PM selama lebih setahun dan kemudiannya menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2003.
Disebalik segala serangan itu, Mahathir pula sentiasa menegaskan kepercayaan beliau bahawa Anwar bersalah dan sering kali ungkapkan bahawa Anwar adalah manusia yang tidak bermoral, bahkan sehingga 2017 Mahathir tidak pernah menarik balik kenyataan ini bahkan sentiasa membayangkan kepada umum bahawa beliau masih percaya bahawa Anwar adalah insan yang tidak bermoral dan tanpa akhlak.
Permusuhan keduanya bagai tiada titik noktah, namun satu lembaran baru dibuka pada akhir tahun 2016, setelah hampir 19 tahun berseteru dan bermusuhan,Mahathir tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan kepada bekas timbalan beliau Anwar, yang memfailkan saman menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Pun begitu, apabila ditanya soal Anwar diluar kontek saman Anwar tersebut, Mahathir masih mengulangi pandangan buruk beliau terhadap Anwar, dan masih beranggapan Anwar adalah manusia yang tidak bermoral.
Ini menunjukkan, Mahathir masih benci dan anti Anwar, dari dulu hingga sekarang.
Namun, dengan kebencian yang jelas Mahathir terhadap Anwar, cukup menarik apabila semalam di Konvensyen PKR, individu yang bermusuhan dengan Anwar itu, telah menandatangani kempen BEBAS ANWAR yang mendesak pembebasan Dato Seri Anwar Ibrahim dari hukuman penjara yang beliau jalani dari perbicaraan penuh konspirasi Liwat II.
Mahathir telah letak ketepi kebencian beliau terhadap Anwar, dan sanggup hadir pada konvensyen "Parti Anwar", manusia yang waras perlu tanya diri sendiri, mengapa Mahathir bertindak sedemikian?
Mahathir percaya beliau tidak akan mampu menewaskan BN secara bersendirian, beliau yakin hanya melalui kerjasama politik dengan parti parti pembangkang, peluang untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional lebih cerah dan mampu dicapai.

MAHATHIR: DAKWA SOKONG TAPI SEBENARNYA MUSUH


SHAH ALAM – “Mereka yang mendakwa mereka sokong saya (dan mahu Tan Sri Muhyiddin disingkir dari Bersatu) sebenarnya adalah musuh saya yang berjuang untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” demikian ujar Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut beliau, golongan yang memasang niat untuk menjatuhkan Muhyiddin sebagai presiden parti dan berpura-pura menyokongnya hanya mahu melihat Bersatu kecundang dan berpecah sebelum PRU.
“Kononnya Muhyiddin patut disingkir sebagai presiden parti. Kononnya dia mengguna saya untuk kepentingan dirinya. Kononnya dia ingin dapat jawatan tertentu baginya.
“Banyaklah kerja yang dibuat oleh Muhyiddin untuk menjayakan Bersatu, jauh lebih dari orang yang bercadang menyingkirnya.
“Jika hari ini dia disingkir, parti akan berpecah kerana ramai ahli parti yang menyokongnya. Maka akan gagallah usaha memenangi PRU14,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya lagi, golongan tersebut juga sebenarnya mahu melihat beliau gagal dan Najib berjaya.
“Terdapat ramai yang mendakwa saya sokong mereka. Nama saya diguna untuk memberi kekuatan kepada apa yang hendak dilakukan oleh mereka. Ini termasuk kempen untuk menggagalkan usaha saya untuk mengalahkan kerajaan pimpinan Najib.
“Tindakan mereka secara langsung atau tidak langsung akan memesongkan tumpuan ahli Bersatu daripada menjatuhkan Najib kepada masalah buatan mereka.
“Jika mereka teruskan usaha ini saya bersetuju mereka dikeluarkan dari parti. Penyokong Najib tidak ada tempat dalam Bersatu,” katanya lagi.

MENANG PRU 14 DULU ATAU NAMAKAN CALON PM DULU?

Tiba-tiba saja Pakatan Harapan bagai dilanda angin perpecahan berikutan munculnya semula isu siapa calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi pilihanraya akan datang.

Isunya bukan kerana Pakatan Harapan tidak bersetuju nama Anwar Ibrahim dicalonkan, tetapi siapakah calon Perdana Menteri interim atau peralihan sementara Ketua Umum PKR itu dibebaskan dari penjara?

Kongres PKR Ahad lalu bukan setakat menamakan Anwa sebagai Perdana Menteri ke 7,  bahkan meletakkan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri peralihan sementara menunggu suaminya dibebaskan dan kemudian diusahakan baginya pengampunan Diraja.

Menunggu Anwar dibebaskan dan adanya seseorang yang lain perlu menduduki jawatan itu terlebih dahulu, bermakna Anwar bukanlah calon Perdana Menteri ke 7, sebaliknya adalah giliran yang ke 8. Perdana Menteri interim itulah yang ke 7 sebenarnya.

Sesiapa pun boleh menamakan sesiapa saja sebagai calon Perdana Menteri interim untuk Pakatan Harapan, namun pemilihan haruslah bersandarkan kepada kemampuan untuk menerajui kemenangan dengan kebolehan paling mantap menyerlahkan keyakinan rakyat serta menimbulkan "kegerunan"  kepada Najib Razak yang bakal ditumbangkan.

Jika salah pilihan calon, bukan saja Pakatan Harapan tidak mungkin menang, bahkan hasrat untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri juga tidak mungkin kesampaian.

Maka, jika benar ingin menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, kemenangan Pakatan Harapan mesti digapai terlebih dahulu, bukan sekadar menonjolkan namanya di plakad semata-mata.

Meskipun pelbagai nama turut dijadikan sebutan seperti Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali, selain Dr Wan Azizah sendiri, perkara itu hakikatnya sudah pun dipersetujui dalam Pakatan Harapan untuk dibincangkan terlebih dahulu sebelum diumumkan.

Banyak khabar mengatakan ia bakal diumumkan sebelum PRU 14 diadakan. Bagaimanapun sehingga  ini perbincangan belum lagi mencapai apa-apa kata putus mengenainya. Tidak pasti sama ada akhirnya ia dapat dimuktamad dan diumumkan atau sebaliknya.

Selain itu, disebut juga oleh beberapa pemimpin sebelum ini bahawa dalam Pakatan Harapan tidak ada mana-mana parti boleh mendakwa sebagai  "big brother" atau "abang besar" yang boleh menentu dan membuat keputusan dalam segala hal. Semua perkara dikhabarkan perlu dibincangkan dan dipersetujui terlebih dahulu.

Watak "big brother" hanya ada dalam BN dan Pakatan Harapan dikatakan ingin tampil berbeza di hati rakyat jelata.

Lantaran itu, Kongres PKR yang menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri dan Dr Wan Azizah sebagai Perdana Menteri interim seperti tidak kena dengan dengan irama dan lagu yang selalu dinyanyikan.

Dalam soal ini, Pakatan Harapan mesti kembali ke meja perundingan untuk memuktamadkan siapa calon Perdana Menteri selepas Najib ditumbangkan. Jika ada konsensus, namakanlah pemimpin berkenaan secara terbuka dan tanpa-tanpa ragu.

Tetapi, jika tidak ada konsensus, bukan kerana ketiadaan calon yang sesuai atau layak untuk ditonjolkan, tetapi disebabkan lebih daripada seorang yang difikirkan bersesuaian, Pakatan Harapan tidak harus menjadikan isu itu sebagai keutamaan.

Mereka mesti kembali kepada perkara pokok iaitu memastikan kemenangan dan hasrat menumbangkan Najib, UMNO dan BN benar-benar menjadi kenyataan. Calon Perdana Menteri boleh dipilih dan dirundingkan kemudian sebagaimana memilih Menteri Besar selepas Pakatan Rakyat menang di Selangor dan Perak sebelum ini.

PENDIRIAN JELAS TUN MAHATHIR TENTANG KEWUJUDAN GOLONGAN ‘HAMLAU’ DALAM BERSATU


1. Terdapat ramai yang mendakwa saya sokong mereka. Nama saya diguna untuk memberi kekuatan kepada apa yang hendak dilakukan oleh mereka. Ini termasuk kempen untuk menggagalkan usaha saya untuk mengalahkan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib.
2. Tindakan mereka secara langsung atau tidak langsung akan memesongkan tumpuan ahli Parti Peribumi Bersatu Malaysia daripada menjatuhkan Najib kepada masalah buatan mereka. Kononnya ketua bahagian yang diberi watikah tidak baik, tidak mendapat sokongan ahli parti dan rakyat. Kononnya ini semua disebabkan ada pemimpin tertentu.
3. Sekarang ia sudah naik ke tahap menolak kepimpinan tertinggi parti. Kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin patut disingkir sebagai presiden parti. Kononnya dia mengguna saya untuk kepentingan dirinya. Kononnya dia ingin dapat jawatan tertentu baginya.
4. Kita semua tahu bahawa amatlah sukar untuk memujuk pemimpin UMNO, terutama yang memegang jawatan dalam Kerajaan, menjadi Menteri terutamanya meninggalkan UMNO. Kalau meninggalkan pun atau menjadi bekas menteri, tidak sanggup mereka menyertai gerakan melawan UMNO. Sudah tentu mereka tidak berani mendekat diri dengan parti seperti PPBM yang secara lantang mendesak supaya Najib disingkir.
5. Tetapi Muhyiddin memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana menjadi Timbalan Presiden UMNO. Jika Najib turun kerana apa-apa sebab Muhyiddinlah yang akan jadi Perdana Menteri.
6. Baginya dan bagi Shafie Apdal membenar diri disingkir dari jawatan-jawatan menjadi korban yang amat besar. Umum tahu yang Muhyiddin mengkritik Najib semasa masih menjadi Timbalan Perdana Menteri. Akhirnya dia disingkir.
7. Setelah disingkir, tidak seperti orang lain yang kehilangan jawatan, Muhyiddin tidak jauhkan diri dari saya. Sebaliknya beliau bersedia untuk bersama menubuh Parti Pribumi Bersatu dan menjadi Presidennya. Beliau menerima cadangan saya supaya saya menjadi Pengerusi Parti, kedudukan yang dipandang lebih tinggi darinya.
8. Banyaklah kerja yang dibuat oleh beliau untuk menjayakan Parti Pribumi Bersatu, jauh lebih dari orang yang bercadang menyingkirnya.
9. Jika hari ini ia disingkir, parti akan berpecah kerana ramai ahli parti yang menyokongnya. Maka akan gagallah usaha memenangi PRU 14.
10. Saya percaya mereka yang mencadang tindakan ini berhasrat untuk menggagalkan perjuangan parti PPBM. Sekaligus mereka ingin lihat saya gagal dan Najib berjaya.

Kiamat Melayu sudah tiba

Kiamat sesuatu bangsa atau masyarakat adalah proses yang perlahan dan berlaku secara beransur-ansur. Tiada gempa yang dirasakan dan tiada gunung-ganang yang musnah.
down
Oleh Rozhan Othman
Istilah “Kiamat Melayu” mula digunakan pada 1980an menjelang tahun keramat 1990 kerana tahun itu tamatnya pelaksanaan DEB (DEB).
Wujud tanggapan bahawa dengan tamatnya DEB, masa depan orang Melayu akan gelap malah ada yang kata orang Melayu akan musnah, dan mereka menjadi lebih mundur dan terasing di bumi kelahiran mereka.
Namun, berbagai peruntukan dalam DEB tetap dikekalkan selepas 1990. Kelebihan dan keistimewaan yang diberi kepada orang Melayu tetap diteruskan.
Ini perlu kerana 2 sebab utama.
Pertama, sasaran yang ditetapkan di bawah DEB masih belum tercapai. Oleh itu, segala peruntukan di bawah DEB perlu diteruskan untuk membolehkan matlamat yang dihasratkan di bawah dasar ini dicapai.
Kedua, golongan elit yang meraih berbagai faedah dan keuntungan daripada dasar ini sudah ketagih dengan nikmat dan peruntukan di bawah DEB.
Tidak mungkin mereka akan membiarkan kesemua itu lupus begitu sahaja. Mereka dan keluarga mereka menjadi kaya kerana peruntukan ini. Mereka memerlukan peruntukan di bawah DEB untuk terus menambahkan kekayaan mereka dan anak pinak mereka.
Jika 1990 dianggap “Kiamat Melayu” kerana berakhirnya sebuah dasar ekonomi, kini sentimen Kiamat Melayu dimainkan semula.
Walau pun istilah Kiamat Melayu tidak digunakan, tanggapan yang diwujudkan ialah kedudukan dan ketuanan Melayu dikatakan akan musnah jika Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan. Seperti 1980-an, fenomena Kiamat Melayu sekali lagi digunakan untuk mempertahankan kepentingan golongan elit ini agar terus berkuasa.
Kepercayaan pada kiamat merupakan sebahagian Rukun Iman dalam Islam. Kiamat yang dibayangkan Al-Quran ialah peristiwa yang menggerunkan dan berlaku secara mendadak. Kemusnahan pada seluruh alam berlaku dalam masa yang singkat.
Namun, kiamat sesuatu bangsa atau masyarakat adalah proses yang perlahan dan berlaku secara beransur-ansur. Tiada gempa yang dirasakan dan tiada gunung-ganang yang musnah.
Kebanyakan orang tidak menyedari ia berlaku sehinggalah sampai pada tahap yang parah.
Demikian juga, Kiamat Melayu juga merupakan satu proses yang perlahan dan beransur-ansur.
Ibn Khaldun menggunakan istilah “kemerosotan dinasti” untuk menerangkan bagaimana sebuah masyarakat melalui proses yang perlahan ini. Ia bermula apabila pemerintah bertindak zalim dan mementingkan diri dan golongan mereka.
Faktor utama yang mendorong mereka mementingkan diri ialah keinginan habuan duniawi. Jika kejayaan pemerintah sebelum itu adalah kerana sokongan dari suku dan kabilah mereka, sikap mementingkan diri mereka menyisihkan mereka dari suku dan kabilah mereka. Akhirnya kekuatan mereka terungkai dan dinasti mereka tumbang.
Fenomena kiamat sesuatu bangsa juga dapat kita lihat hari ini. Zimbabwe melalui krisis ekonomi yang lama. Pada 1980-an ketika Zimbabwe baru merdeka daripada Britain, kadar inflasi berada pada tahap 5% dan kadar pengganguran ialah 10%.
Rakyat Zimbabwe memberi kepercayaan kepada Robert Mugabe untuk memerintah negara mereka. Kini inflasi di Zimbabwe melebih 200% dan kadar pengganguran sudah melebihi 90%.
Keadaan yang sama juga wujud di Venezuela. Hugo Chavez memulakan dasar populis dan pada mulanya dilihat sebagai mengutamakan rakyat. Dasar ini diteruskan oleh Presiden Maduro.
Namun, ekonomi Venezuela merudum kerana pergantungannya pada minyak. Apabila harga minyak jatuh, pendapatan negara juga jatuh. Ditambah lagi dengan dasar ekonomi yang gagal merangsang pertumbuhan. Inflasi meningkat melebihi 300% pada tahun lepas.
Kedua-kedua negara juga mengalami kejatuhan nilai mata wang. Selain daripada dasar ekonomi yang lemah, masalah penyelewengan kuasa dan rasuah berleluasa di kedua-dua negara.
Walaupun keadaan di Zimbabwe dan Venezuela tidak sama dengan di Malaysia, beberapa masalah yang wujud di sana turut wujud di sini.
Kejatuhan nilai ringgit sejak 2014 masih belum pulih. Masalah rasuah masih berleluasa.
Sesiapa yang membaca laporan Ketua Audit Negara Malaysia dan laporan Ketua Audit Negara Zimbabwe akan mendapati banyak persamaan dalam masalah ditemui dalam kedua-dua kerajaan.
Walaupun inflasi di Malaysia dikatakan rendah, rakyat semakin rasa terbeban dengan kos sara hidup yang melambung mendadak.
Tanda kiamat bangsa Melayu
Kiamat Melayu sebenarnya sudah lama bermula. Kesannya pada mulanya tidak ketara. Di antara tanda Kiamat Melayu yang telah dan sedang berlaku termasuklah perkara berikut.
Pertama ialah kemerosotan asas moral orang Melayu, terutama sekali di kalangan pemimpin dan mereka yang sepatutnya berkhidmat untuk masyarakat.
Lihat sahaja mereka yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Hampir kesemuanya Melayu. Jika istilah Ali Baba terkenal di China sebagai sebuah syarikat bertaraf global, di Malaysia ia sinonim dengan peniaga Melayu yang pemalas yang menjual kontrak mereka kepada orang lain.
Kedua, akibat runtuhnya asas moral orang Melayu, berbagai masalah sosial timbul. Orang Melayu merupakan golongan yang paling ramai menagih dadah dan menghidap HIV. Masalah penceraian di kalangan pasangan Melayu semakin meningkat.
Pada masa sama, kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu biarpun DEB dilaksanakan sekian lama. Kadar pengangguran di kalangan graduan Melayu juga tinggi.

'Beritahu orang Pekan, 25 sen dari rakyat Selangor' - Azmin


Azmin Ali PKRAzmin Ali PKR
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan negeri itu menjadi penyumbang terbesar pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"Selangor sumbang 25 peratus kepada negara. Setiap RM1 dalam poket, ingat 25 sen datang dari rakyat Selangor.
"Pergi Pekan tanya orang Pekan tengok berapa poket dia. Ada seringgit, 25 sen dari Selangor. Pergi Bagan Datuk, beritahu 25 sen datang dari rakyat Selangor," ujarnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merangkap Presiden Umno merupakan Ahli Parlimen Pekan manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga Naib Presiden Umno adalah Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Azmin berkata demikian dalam Pidato Pakatan Harapan 'Negara Ini Kita Bina Bersama' di Dewan Sri Siantan, Selayang malam tadi.
Orang ramai memenuhi Dewan Sri Siantan Selayang dalam ceramah Pakatan Harapan malam tadiOrang ramai memenuhi Dewan Sri Siantan Selayang dalam ceramah Pakatan Harapan malam tadi
Menurut Timbalan Presiden PKR itu, Selangor masih stabil dan muncul sebagai negeri paling maju di Malaysia walaupun "diasak dan dibuli".
"Walaupun Selangor diserang tiap-tiap jam 8 malam seolah-olah di Malaysia ini hanya ada satu negeri sahaja - Selangor, rizab kita sudah mencecah RM4 bilion.
"Terlalu banyak. Saya tidak tahu buat apa dah," ujarnya secara berseloroh dalam program yang turut dihadiri Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Mahathir Mohamad dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.
Azmin turut memaklumkan kerajaan negeri pimpinannya telah membantu ribuan peniaga kecil melalui modal perniagaan tanpa faedah selain sudah tiga tahun memberi penjawat awam bonus dua bulan setengah gaji berbanding Putrajaya yang memberi RM500 sahaja.
Walau bagaimanapun, beliau sama sekali tidak menyentuh tentang Pilihan Raya Umum ke-14 termasuk situasi semasa hubungan dengan Pas dan kebarangkalian tinggi berlakunya pertandingan tiga penjuru.

Tak mustahil Anwar jadi PM ke-7

Kongres Nasional Tahunan PKR ke-12 berakhir pada Ahad 21 Mei 2017 dengan nada penuh semangat mengangkat agenda reformasi, selari dengan temanya “Membawa Harapan, Membina Malaysia Adil dan Saksama”.
Tahniah kepada perwakilan yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan amat baik!
Di sebalik pelbagai insiden yang boleh memesongkan parti daripada agenda perjuangannya namun analisis akhir mengisyaratkan parti tetap utuh di atas landasan asalnya iaitu berjuang di atas nilai-nilai demokrasi, hak asasi manusia dengan berteraskan prinsip keadilan, kebenaran dan kesaksamaan.
Menurut Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, parti memikul harapan rakyat dan mendapat sokongan yang padu kerana iltizam perjuangan demi menegakkan keadilan untuk semua; untuk mendaulatkan ketuanan rakyat melalui proses demokrasi.
Itulah yang diperjuangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tercetusnya reformasi. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Anwar mencetuskan kesan terbesar anjakan perjuangan pengislahan atau perubahan kepada negara yang lebih baik, tanpa menafikan usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak yang lain.
Pengorbanan Anwar, PKR
Dalam ucapan dasarnya, Wan Azizah menyifatkan pengorbanan yang terpaksa diambil telah membuahkan hasil.

Menurutnya, walaupun berdepan dengan kekejaman, kezaliman dan kekerasan pemerintah selain keperitan hidup selama hampir dua dekad lamanya namun PKR berjaya memecahkan tembok ketakutan dan perkauman serta membawa takrif agama yang luas dan syumul iaitu agama sebagai rahmat ke seluruh alam, rahmatan lil ‘alamin.
Beliau lantas merakamkan penghargaan atas pengorbanan yang dibuat oleh pelbagai pihak. Antaranya ialah pengamal media terutamanya media sosial, otai-otai reformis dan pejuang-pejuang serta aktivis PKR dan sudah tentunya Anwar yang meringkuk di Penjara Sungai Buloh akibat pemangsaan politik.
Malah di penghujung ucapan Dr Wan Azizah, beliau mengatakan, “…saya selalu berpegang kepada satu kepercayaan, dan satu keyakinan bahawa Saudara Anwar ke penjara kerana membela rakyat, maka rakyatlah yang akan membela dan membebaskan Anwar dengan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).”
Lantaran itu, terdapat suatu kelainan ‘aura’ dalam kongres kali ini. Sementara ucapan-ucapan perbahasan atau penggulungan turut menyentuh soal kepentingan menggilap idealisme perjuangan, mengangkat agenda rakyat serta membuat persiapan untuk PRU14, namun suatu yang jelas terserlah pada awal dan akhir kongres ialah keyakinan untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia yang ke-7.
Sepanduk 'Anwar PM ke-7'
Sepanduk 'Anwar PM ke-7' dijulang oleh semua perwakilan pada detik-detik penting. Apakah ia mustahil dan tidak logik?
Ia bukan suatu yang mustahil. Ia bukan bertujuan mencetuskan polemik. Ia bukan bertujuan menyinggung perasaan. Ia bukan bertujuan syok sendiri. Ia adalah hak parti dalam Kongresnya sendiri.
Agenda pembelaan rakyat, permuafakatan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan persiapan pilihan raya tetap menjadi agenda utama. Namun ia memerlukan penjelasan dan pencerahan. Mengapa dan bagaimana Anwar boleh jadi PM ke-7?
Sebelum menjawab persoalan itu, untuk tujuan keadilan, saya juga ingin kemukakan beberapa pandangan balas terhadap cadangan Anwar sebagai PM ke-7.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menjawab dengan mengatakan ia terpulang kepada rakyat sama ada mahu melantik Anwar sebagai PM ke-7 atau sebaliknya manakala Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengatakan perkara itu akan dibincangkan dalam HARAPAN sebelum sebarang keputusan dibuat.
Namun beliau bersetuju sebaik-baiknya calon PM diumumkan sebelum pilihan raya.
Sementara itu, mantan menteri di jabatan perdana menteri yang kini bersama DAP, Datuk Zaid Ibrahim pula berkata tindakan PKR untuk mahukan Anwar sebagai PM itu mudah difahami kerana PKR adalah parti Anwar namun beliau menyelar kenaikan sepanduk “Anwar PM ke-7” kerana disifatkannya angkuh dan tidak menghormati kehadiran sekutu terbaru HARAPAN daripada BERSATU.
Selain itu, ada yang lebih kritikal (dan mungkin pragmatik) pula menyoal bagaimana seorang yang dipenjarakan dan hilang kelayakan daripada bertanding dalam pilihan raya untuk bertahun lamanya selepas hukuman penjara boleh menjadi PM?
Berlatarkan pandangan balas tadi, sekarang kita kembali kepada persoalan mengapa dan bagaimana Anwar boleh menjadi PM ke-7. Jawapannya terkandung dalam ucapan penggulungan oleh beberapa pimpinan tertinggi PKR, khususnya oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Ucapan Rafizi Ramli

Demonstrasi bantah SPR enggan edar RDPT hari ini


Pakatan Harapan dan masyarakat sivil bimbang keputusan menghentikan pengedaran senarai RDPT sebagai helah politik bagi membantu Umno-BN terus mengekalkan kuasaPakatan Harapan dan masyarakat sivil bimbang keputusan menghentikan pengedaran senarai RDPT sebagai helah politik bagi membantu Umno-BN terus mengekalkan kuasa
Demonstrasi membantah keengganan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengedarkan salinan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku tahun kepada parti politik akan berlangsung di Putrajaya hari ini.
Dijangkakan bermula 11 pagi di Pejabat SPR, himpunan anjuran Pemuda Pakatan Harapan dengan sokongan NGO dan mahasiswa itu menggesa supaya akses kepada senarai pemilih terkini diedar bagi mengelak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dimanipulasi.
Salinan RDPT dianggap penting kepada parti politik sebagai sumber rujukan untuk proses semakan bakal pengundi bagi mengelak kes pengundi meragukan.
Sebelum ini, SPR mengedarkan RDPT kepada parti politik dan pihak yang berkepentingan bagi memaklumkan urusan semakan sedang dijalankan.
Bagaimanapun, Mesyuarat SPR ke-773 pada 28 Mac lalu telah memutuskan agar RDPT dalam bentuk buku dan cakera padat tidak lagi diedarkan kepada parti-parti politik mulai Pameran RDPT Suku Tahun Pertama 2017.
Sehubungan itu, Pakatan Harapan dan masyarakat sivil bimbang keputusan menghentikan pengedaran senarai RDPT sebagai helah politik bagi membantu Umno-BN terus mengekalkan kuasa.
Shazni Munir Mohd IthninShazni Munir Mohd IthninMengulas penganjuran demonstrasi hari ini, Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, tindakan itu penting sebagai usaha menuntut PRU14 dilaksanakan secara bersih dan adil.
"Kalau bukan hari ini kita tidak lantang melawan sikap SPR yang tidak melancarkan proses pilihan raya, selepas mengundi nanti baru hendak bersuara tidak banyak gunanya lagi.
"Oleh itu, semua rakyat yang sedar tentang hak mereka dan tidak mahu PRU14 berjalan kotor perlu bangkit menuntut senarai RDPT diedarkan," tegasnya.
Beliau berkata, sikap SPR yang menghadkan proses semak dan imbang terhadap senarai pengundi jelas menyukarkan Pakatan Harapan.
"Sebaliknya, SPR telah memberi ruang yang luas kepada Barisan Nasional memanipulasi senarai tersebut sekaligus memberikan keuntungan politik kepada parti pemerintah.

SELAYANG:Ir.Izham Hashim - Tumbangkan Najib Razak & BN,Malaysia Kita Bina Semula

SELAYANG:Saifuddin Nasution - Tumbangkan Najib Razak & BN,Negara Ini Kita Bina semula

SELAYANG:Azmin Ali - Jatuhkan Najib Razak & BN,Negara Ini Kita Bina Semula

SELAYANG:Mat Sabu - Tumbangkan Najib Razak & BN,Negara Ini Kita Bina Semula

SELAYANG:Tun Mahathir - Jatuhkan Najib Razak & BN,Negara Ini Kita Bina Semula

SELAYANG:Tony Pua - Tumbangkan Najib Razak & BN,Negara Ini Kita Bina semula

BN Akan Kalah Pada PRU14 | Mahathir

Kalau kalah PRU14, tiada siapa boleh jadi PM, kata Dr Mahathir

Ceramah 'kutuk' Najib boleh tapi debat Mahathir tak bagi, bidas Nazri

Bekas IGP diberi masa 24 jam jawab isu Mon Space