Khamis, 25 Mei 2017

NAJIB "MENGHINA" PAK LAH?

Dalam satu majlis perasmian Syarahan Tun Abdullah Badawi di Putrajaya hari ini, Najib Razak mengumumkan pemberian dana kerajaan sebanyak RM5 juta kepada bekas Perdana Menteri itu.

Pemberian itu diberikan kepada Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Badawi yang baru ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri itu.

"Saya ingin menghargai kesetiaan Pak Lah selama ini yang walau apa pun berlaku, beliau terus memberi sokongan padu dan berdiri teguh bersama saya, pihak kerajaan, UMNO dan Barisan Nasional serta tidak terlintas untuk mengkhianati parti, jauh sekali keluar meninggalkan UMNO.

"Saya bukan datang dengan tangan kosong. Saya ingin umumkan dana awalan RM5 juta pada legasi Pak Lah.

"Dana akan saya keluarkan tahun ini, kalau tahun hadapan ada rezeki,  saya akan tambah lagi," kata Najib dalam ucapannya.

Apakah makna ucapan Najib itu?

Maknanya Najib memberi sumbangan RM5 juta itu adalah kerana kesetiaan Pak Lah yang terus menyokong beliau, UMNO serta kerajaan yang dipimpinnya dan bukan kerana menghargai jasa serta sumbangan bekas Perdana Menteri itu kepada negara.

Bukankah sebagai bekas Perdana Menteri, sumbangan yang diberikan atas apa juga pertubuhan yang dikaitkan dengan beliau, ia seharusnya menjurus kepada jasa dan peranannya selama ini dan bukan kerana kesetiaan semasa?

Budaya Bermewah.....Boleh Percaya Ka...!!!


Banglo RM2.8 juta LGE DIGESA POLIS SIASAT !!

TETAPI..

Dakwaan banglo RM5.5 juta KPN Khalid di Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan KENAPA POLIS TAK SIASAT ??!

SUDAH WAJIB NAJIB & UMNO/BN DIBAKULSAMPAHKAN !!!

MUDAH BUKAN, jadi pemimpin yg tabiatnya perbodohkan & menipu rakyat..

Bila hasil dlm negara susut, nak selesaikannya mudah shj kenakan GST 6% ke atas semua rakyat sedangkan penerimaan BR1M tak semua yg dapat..

Bila kerajaan terpaksa bergantung pada pencukaian GST terhadap rakyat untuk mengerakkan ekonomi dan menguruskan negara,

RM 5 juta : Upah Setia Pada Najib..!!!!

BERTUAH LAH...

Pemimpin negara yg kerap tidur sampai tergadai Pulau Batu Putih di era pemerintahannya TUP-TUP diangkat disanjung malah dapat dana RM5 juta lagi utk pertubuhan legasi beliau.

Inilah Malaysia ku..

Semua Dia Lelong Pada Komunis-China..!!!

49.9% saham Proton sah milik syarikat komunis-China Geely.

Rupa-rupanya Najib lagi handal dari Tun M..

DAN LAGI.. sebelum ini Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani juga pernah kata..
"Kerajaan tidak mempunyai sebarang masalah melepaskan 51 peratus kepentingan Proton." -10/2/2017.

DAN LAGI.. Kilang pengeluar kereta Proton di Tanjung Malim akan menjadi milik Geely sekiranya Proton sah dibeli oleh syarikat China. -Sinar Harian, 8/2/2017.

PELIK TAPI BENAR !!

SEJARAH TAK PERNAH MENIPU..
Orang lain buat, Najib tukang jual..

Bila dia buat plak, semua melingkup... macam 1MDB... Lps tu nak buat plok #TN50

BAYAR PULUH2 JUTAAN RINGGIT tu pakai duit siapa ??!

DULU..
PMO bayar RM76.8 juta kpd penasihat yahudi-APCO

KINI..
PMO bayar RM1.125 juta kpd bekas pembantu Trump untuk melobi !!

Husam Musa - PAS Nak Memerintah Tapi Tak Tahu Hala Tuju

Kerja-kerja lobi, PMO bayar RM1.125j pada bekas pembantu Trump

Isu TMJ tegur, ini jawapan KJ

Mahathir cabar Jho Low..!!

Akhirnya, Mahathir jawab Nazri soal 'kutip' duit

3 exco Selangor kekal, apa reaksi Noh Omar?

Kempen 'tunggangan DAP' untuk bodek pemimpin Umno


Kempen menakut-nakutkan rakyat kepada DAP menjadi senjata kitar semula Umno dan sekutunya bertujuan menjauhkan sokongan terhadap Pakatan Harapan.
Tengku Zulpuri Shah Raja PujiMalah dakwaan kononnya parti-parti dalam Pakatan Harapan menjadi 'tunggangan DAP' jauh meleset kerana parti komponen Pakatan Harapan saling bekerjasama antara satu sama lain.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menyifatkan kempen berbau perkauman itu menyerlahkan Umno dan sekutunya kini terdesak meraih sokongan rakyat ekoran skandal mega 1MDB.
Tengku Zulpuri mengulas tulisan menteri kabinet, Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam blognya yang terus-menerus menggambarkan Pakatan Harapan kononnya diketuai DAP.
“Ini jelas ketakutan teramat sangat apa bila Umno hilang kuasa. Andaian-andaian yang di buat terlalu tipis dan terdesak.
“Pemimpin Umno masih memainkan lagu bahawa DAP akan menang majoriti kerusi tapi mereka tidak berani sebut jika parti-parti lain dalam Pakatan Harapan seperti Amanah, PKR, PPBM serta parti-parti pembangkang di Sabah dan Sarawak menang besar,” kata Adun Mentakab itu kepada Roketkini.
Katanya lagi, amat malang bagi pemimpin Umno untuk terus memainkan isu tersebut kerana ia secara langsung memberi gambaran kepada rakyat bahawa Umno sebenarnya telah merendah-rendah keupayaan dan kebijakan negarawan pemimpin Melayu seperti Tun Mahathir dan ramai lagi.
“Malah, apa yang PH buat sekarang ialah untuk memerangi rasuah dan penyelewengan yang dilakukan pemimpin Umno. Adakah itu jahat?
“Adakah pemimpin Umno tidak kisah parti mereka terus terpalit dengan pelbagai dakwaan rasuah atau mereka memang suka rasuah?” soalnya sinis.

Muhyiddin sudahpun disumpah ahli Bersatu, kata Nazri


Muhyiddin sudahpun disumpah ahli Bersatu, kata Nazri
Muhyiddin Yassin sebelum ini bersumpah yang dia tidak menerima duit 1MDB, sumpahan yang dinafikan Nazri Aziz. 
Menteri Pelancongan Mohamed Nazri Aziz mempertahankan kenyataannya tentang bekas pemimpin Umno Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang disingkirkan daripada kerajaan merupakan penerima terbesar “wang 1MDB”.
Nazri berkata, apa yang beliau tahu, semua ketua Umno bahagian menerima peruntukan daripada Perdana Menteri Najib Razak sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
“Kalau nak bersumpah lantak dialah. Dia pun dah kena sumpah dengan pemimpin Bersatu dah,” kata Nazri kepada The Malaysian Insight hari ini, merujuk kepada tindakan keluar parti dilakukan pemimpin Bersatu di Perak.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu mengulangi kenyataan yang wang dikatakan daripada 1MDB itu diberikan kepada semua ketua bahagian yang juga ahli Parlimen sebelum PRU13.
“Duit RM 2.6 bilion tu. Duit itulah yang disebut sebagai duit 1MDB. Duit ini duit perbelanjaan sebelum pilihan raya. Kita guna untuk betulkan rumah rosak.
“Duit hantar ketua kampung pergi haji. Sebagai scholarship kepada penduduk di kawasan, kalau dia tak terima, saya tak tahulah,” katanya.
Semalam Muhyiddin yang juga pengerusi Bersatu bersumpah tidak menerima satu sen pun wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didakwa Nazri.
"Saya bersumpah Wallahi, Wabillahi dan Wattallahi saya dan Shafie tak terima satu sen pun wang 1MDB,” kata Muhyiddin di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru malam tadi.
Shafie sebelum ini turut menafikan dakwaan Nazri beliau dan Muhyiddin penerima terbesar wang 1MDB.
Semasa berada dalam kerajaan, Muhyiddin dan Shafie merupakan pemimpin yang lantang mengkritik Perdana Menteri Najib Razak berhubung isu 1MDB sehingga disingkirkan.

Proton bukan projek nasional lagi..kini dah jadi "Ploton"..!!

Tidak hairan kalau ada penggiat media sosial yang memprotes atau berjenaka mengenai penjualan kawalan Proton kepada syarikat China, memberi nama baru kepada projek kereta nasional itu.
Mereka memanggilnya “Ploton” iaitu sebutan yang zalim di kalangan sesetengah penutur bahasa Cina. Dengan penjualan kawalannya kepada Zhejiang Geely Holding Group, berakhirlah status Proton sebagai projek nasional atau kebangsaan.
Proton bukan lagi projek pendayaan ekonomi tetapi hanyalah sebuah perniagaan biasa. Jadi adalah wajar status nasionalnya ditarik balik. Apatah lagi majoriti sahamnya kini milik orang asing.
Semalam, DRB-Hicom, pemilik utama Proton, mencapai persetujuan untuk menjual 49.9 peratus saham Proton kepada syarikat negara China itu. Sebagai tambahan, Geely juga akan membeli 51 peratus saham pengeluar kereta sports British, Lotus.
Zhejiang Geely Holding Group kini memiliki Geely Automobile Hong Kong dan Volvo Car Group, Sweden.
Kalau kita masih ingat dan peduli, projek kereta nasional ini dilancarkan pada tahun 1983 dan mengeluarkan kereta pertamanya – Proton Saga – pada tahun 1985.
Sebagai projek pendayaan ekonomi, ia telah mencetuskan beratus ribu peluang pekerjaan dan melatih pekerja mahir dalam industri automotif.
Buruan bukan Proton tetapi Lotus
Pada satu ketika ia menjadi kereta paling laris di Malaysia sebelum kerajaan membuka pasaran tempatan kepada kereta import murah.
Adalah tidak mustahil selepas penjualan kepada Geely, Proton akan melalui proses rasionalisasi yang mungkin melibatkan pemberhentian pekerja seperti yang berlaku dengan banyak syarikat yang bertukar tangan.
Banyak penganalisis dan pemerhati pasaran berpendapat yang menjadi buruan syarikat China itu bukanlah jenama Proton tetapi Lotus.
Setelah membeli jenama berprestij Volvo adalah logik bagi Geely mengidamkan kereta sports seperti Lotus. Tidak menghairankan kalau selepas ini kereta Proton rekaan tempatan akan diganti dengan model dari negeri China.
Dengan pembelian Proton itu, pemodal China kini mengusai dua syarikat tempatan dalam industri bersangkutan pemotoran. Disember lalu, syarikat penapisan minyak China, Shandong Hengyuan Petrochemical Co, membeli 51 peratus saham kilang penapis Shell di Port Dickson dengan harga ASS$66.3 juta (kira-kira RM300 juta).
Kedua-kedua pembelian ini adalah sebahagian kecil sahaja daripada senarai membeli-belah China di Malaysia yang termasuk pembinaan pelabuhan, hartanah, landasan kereta api dan pemberian hutang.
Penjualan harta negara secara besar-besaran kepada China tidak langsung menghairankan kalau kita faham dasar dan kedudukan ekonomi Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pertama, di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) rekaan Datuk Seri Idris Jala, kerajaan komited kepada pembebasan ekonomi dan pasaran bebas. Ertinya siapa yang ada duit bebas menguasai ekonomi negara.
Negara dilanda wabak

Rafizi sekolahkan Najib mengenai GST

Saya ingin menyekolahkan Datuk Seri Najib Razak yang baru-baru ini memomok janji Pakatan Harapan untuk memansuhkan GST dengan alasan tanpa GST Perbendaharaan akan hilang RM42 bilion setahun.
Sebenarnya saya telah ulas dengan mendalam dan disokong dengan angka-angka mengenai perkara ini di dalam buku “Panduan Bina Semula Negara” yang saya tulis dan dilancarkan baru-baru ini.
Cara untuk menguruskan Perbendaharaan tanpa mengenakan GST ada dihuraikan di dalam Bab 4 bertajuk “Mengurus Perbendaharaan Negara”.
Punca yang menyebabkan kerajaan perseketuan kesempitan sumber kewangan ialah kerana kerajaan terus berbelanja melebihi pendapatan sepanjang dekad lalu dan dekad ini sehingga mewujudkan hutang yang besar (yang digunakan untuk menampung defisit apabila perbelanjaan melebihi pendapatan setiap tahun).
Sebab itu pengurusan perbendaharaan negara tidak hanya berkisar kepada menambah pendapatan, tetapi yang sama penting ialah mengawal perbelanjaan untuk mengurangkan keperluan pendapatan bagi membiayai perbelanjaan tersebut.
Apabila perbelanjaan yang membazir dihentikan dan ketirisan dikawal, penjimatan dari perbelanjaan itu adalah lebih dari mencukupi untuk menampung kekurangan hasil kutipan GST yang dihapuskan.
Oleh itu, untuk pengetahuan Najib, tiga kaedah yang akan digunakan oleh Pakatan Harapan untuk menampung perbelanjaan negara setelah GST dihapuskan dihuraikan seperti berikut:
Kaedah 1: Banteras rasuah, kurangkan ketirisan
Saya sedar akan ada orang yang memperlekehkan hujah ini dengan alasan pembangkang hanya tahu menyebut kes-kes rasuah sebagai bukti ketirisan, tetapi tidak tentu wang dari kes-kes rasuah itu boleh dikembalikan.
Akhirnya, jika GST dihapuskan (kata mereka), kerajaan tetap akan kekurangan dana yang akan menjejaskan operasi kerajaan.
Sebenarnya saya dan rakan-rakan di National Oversight and Whistleblowers (NOW) telah membuat satu kajian akademik yang menggunakan kaedah statistik dan matematik untuk menganggarkan berapa penjimatan yang realistik setiap tahun sekiranya pembaziran dan ketirisan dapat dikawal.
Untuk mengetahui berapa kuantum penjimatan yang realistik, kami perlu menganggarkan terlebih dahulu tahap pembaziran dan ketirisan kerajaan.
Kaedah yang kami bangunkan diterbitkan di dalam satu buku terbitan NOW yang bertajuk “Indeks Pembaziran Kerajaan” yang diterbitkan tahun lalu.
Indeks Pembaziran Kerajaan (IPK) adalah satu peratusan yang memberi anggaran peratusan perbelanjaan kerajaan yang sebenarnya adalah ketirisan dan pembaziran, berdasarkan data-data rasmi kerajaan.
IPK dibangunkan dengan kaedah berikut:
i. Segala maklumat pembaziran, ketirisan dan kerugian yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2014 dikatalogkan mengikut jenis dan jumlah
ii. Setiap kes pembaziran itu disemak dengan membandingkan jumlah kerugian yang dikenalpasti dengan jumlah peruntukan yang dikendalikan oleh jabatan/kementerian tersebut
iii. Kaedah statistik digunakan untuk menganggarkan saiz peruntukan yang terdedah kepada ketirisan dan penyelewengan mengikut jabatan/kementerian
iv. Kaedah statistik digunakan untuk menganggarkan peratusan ketirisan dan kerugian mengikut kementerian dan dijumlahkan bagi keseluruhan kerajaan
Berdasarkan data-data yang terkandung di dalam Laporan Ketua Audit, keputusan IPK menunjukkan anggaran pembaziran purata bagi tahun 2014 ialah 15.5 peratus daripada perbelanjaan kerajaan yang tidak melibatkan gaji atau kenaan tetap yang seumpama dengannya.
Bila IPK pada paras 15.5 peratus ini dipadankan dengan anggaran jumlah perbelanjaan kerajaan persekutuan (yang tidak melibatkan gaji atau kenaan tetap) bagi 2017 yang dianggarkan berjumlah RM136 bilion, ada potensi jumlah penjimatan sebanyak RM21 bilion.
Kaedah 2: Pentadbiran kewangan telus mengurangkan bayaran faedah tahunan
Satu lagi potensi penjimatan perbelanjaan yang boleh dicapai dengan mudah ialah belanja tahunan membayar faedah di atas hutang-hutang yang dipinjam oleh kerajaan persekutuan.
Setakat April 2017, jumlah hutang kerajaan persekutuan seperti yang disiarkan oleh Perbendaharaan adalah sebanyak RM649 bilion.

Wang & Pangkat: Putus tahaluf tiada kaitan dengan pentadbiran negeri, dakwa Pas Selangor


Sallehen MukhyiKeputusan Pas untuk memutuskan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR  tidak berkait dengan urustadbir kerajaan negeri tetapi hanya berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya yang akan datang, dakwa Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Sallehen berkata keputusan menamatkan kerjasam politik dengan PKR juga bukan bermakna putus silaturrahim, putus setiakawan, putus hubungan kerjasama dalam melakukan kebaikan.
Ahli Dewan Negeri (Adun) Sabak itu juga mendakwa, Pas negeri 'teguh dan setia' bersama semua Menteri Besar yang diperkenankan Sultan Selangor sama ada ketika Selangor dipimpin oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahupun Datuk Seri Mohammad Azmin Ali.
"Pas Selangor percaya bahawa kesetiaan dan keyakinan terhadap pemimpin yang diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan adalah asas penting untuk mempastikan kestabilan politik dapat dipelihara dengan baik dan waktu yang sama keprcayaan rakyat dapat dilaksanakan dengan jayanya," katanya.
Beliau menambah, tiga Exco dan 10 wakil rakyat Pas negeri akan terus bekerja bersungguh-sungguh dan meneruskan kesetiaan dan khidmat cemerlang mereka.
"Apa yang penting bagi kami, kepentingan rakyat dan kestabilan politik adalah keutamaan yang tiada tukar gantinya," ujar beliau.
Pas katanya akan terus menggunakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dalam menghadapi situasi yang mendatang.

Pakar ekonomi risau banyak industri tempatan dibeli pelabur asing

Jomo berkata negara akan mengalami 'deindustrialisasi' atau pengurangan kekuatan industri yang tidak baik untuk pertumbuhan dan pembangunan negara
Jomo-Kwame-pelaburPETALING JAYA: Pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram risau melihat ekonomi negara terutamanya sektor perindustrian dan pembuatan makin mengecil akibat diambil alih pelabur asing.
Beliau berkata keadaan ini menyebabkan negara mengalami “deindustrialisasi” atau pengurangan kekuatan industri yang menurutnya tidak baik untuk pertumbuhan dan pembangunan negara.
Beliau mengulas pengumuman penjualan 49.9% saham Proton oleh DRB-HICOM kepada syarikat China, Zhejiang Geely Holding Holding Group Co Ltd (Geely).
“Saya sangat risau dengan masa depan negara dengan melihat apa berlaku kepada sektor perindustrian. Apa yang terjadi kepada Proton adalah sebahagian daripadanya.
“Akhirnya apakah manfaat (penjualan pemilikan Malaysia) kepada rakyat? Pada kebanyakan masa, kita melayan (pelabur asing) lebih baik daripada pelabur tempatan sendiri,” katanya ketika ditemui selepas program anjuran Bersih semalam.
Namun, beliau berkata terlalu awal untuk menyatakan apakah pengambilalihan Proton itu akan membawa kebaikan atau keburukan kepada syarikat automotif tersebut.
“Ia boleh jadi bagus tetapi ia bergantung kepada perancangan Geely. Jika ia mahu menggunakan Proton sebagai platform menembusi pasaran antarabangsa, Proton mungkin akan menjadi lebih berdaya saing – sesuatu yang gagal dicapai sebelum ini,” katanya.
“Banyak kemungkinan boleh berlaku. Tidak banyak maklumat tentangnya… Saya ingin tahu apa perancangan Geely terhadap Proton dan mengapa ia tidak dibuat secara usaha sama,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai penolong setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi hal ehwal ekonomi.
Dalam perkembangan semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kecewa apabila Proton kini “bukan lagi kereta nasional”.
“Kita harus tanya, apa lagi nak dijual?” soal pengerusi PPBM itu selepas program ceramah di Kampung Baru malam tadi.

Dr Mahathir tangisi kehilangan ‘anaknya’


Dr Mahathir tangisi kehilangan ‘anaknya’
Dr Mahathir Mohamad kesal kerana di penghujung hayatnya terpaksa menyaksikan banyak aset negara dijual kepada orang asing untuk menyelesaikan hutang negara.
DENGAN nada pahit Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam penjualan "anaknya", Proton, menganggapnya "permulaan penjualan lebih besar" untuk menyelamatkan negara ini daripada hutang.
Dalam satu artikel di chedet.cc, Dr Mahathir berkata beliau sedih Proton yang lahir daripada ideanya dijual bagi membayar hutang negara.
"Ia mungkin permulaan penjualan lebih besar. Proses ini tidak dapat disekat.
"Tiada cara lain bagi kita untuk mendapatkan berbilion ringgit untuk membayar hutang kita. Satu-satunya cara adalah dengan menjual aset kita.
"Dan akhirnya kita akan kehilangan negara kita, sebuah negara hebat, tetapi dimiliki orang lain," katanya.
Proton ditubuhkan pada 1983 semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri.
Dr Mahathir, yang kini pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di blok pembangkang, mengkritik Putrajaya yang kemasukan pelabur dan "wang" dari China, menurutnya akan menjejaskan kedaulatan Malaysia.
Tindakan itu secara meluas dianggap sebagai cara Putarajaya untuk membayar hutangnya bernilai berbilion ringgit akibat skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Dr Mahathir berkata, walaupun sangat bersedih dengan penjualan Proton, beliau menjangka rakyat Malaysia gembira menghapuskan "kereta yang menjengkelkan" itu.
Penjualan itu, kata beliau dengan sinis, akan memastikan kejayaan komersial Proton dengan kereta keluarannya terjual di seluruh dunia dengan jenamanya.
Beliau menyamakan penjualan Proton itu dengan  Singapura, bekas negeri di Tanah Melayu yang meninggalkan persekutuan pada 1965.
"Ia akan menjadi seperti Singapura. Rakyat Malaysia berbangga dengan negara dengan bandar hebat ini.
"Jika ia belum dijual, ia mungkin dibangunkan seperti Kuala Kedah atau Kuala Perlis. Kemudian kita tidak boleh berbangga dengan Singapura.
"Sekarang kita boleh berbangga dengan Proton. Dengan wang dan teknologi unggul ia akan bersaing dengan Rolls Royce dan Bentley," katanya.
Tetapi katanya, beliau tidak boleh berbangga dengan kejayaan yang bukan miliknya atau Malaysia.
"Bila difikirkan semula, jika negara kita dijual kepada orang lain, kepada orang-orang yang sangat kaya dari negara lain, saya pasti negara kita akan menjadi maju juga.
"Ia juga mampu menjadi sebuah negara maju melebihi jangkaan Wawasan 2020. Ia akan menjadi sebuah negara  hebat dengan lebuh raya besar, kereta api berkelajuan tinggi, bangunan pencakar langit, bandar baru yang bersinar dengan lanskap indah.

Dr Jomo: ‘Jangan perkecilkan pengundi luar bandar’

Zaman pengundi luar bandar 'kurang mendapat maklumat' sudah berlalu, sebuah forum diberitahu.
bersih-forumPETALING JAYA: Pengundi luar bandar sering dianggap halangan utama pembangkang menewaskan Barisan Nasional (BN) pada setiap pilihan raya, ekoran persepsi mereka penyokong kuat kerajaan.
Malah mereka disifatkan tidak peduli masalah yang melanda negara seperti rasuah dan dakwaan salah laku pilihan raya, dan masih menjadikan media kerajaan sebagai sumber utama mendapatkan maklumat.
Semua ini mungkin benar suatu ketika dahulu, tetapi bagaimana dengan sekarang?
“Hanya kerana orang tidak bersuara, tidak bermakna mereka menerimanya,” kata pakar ekonomi tempatan Jomo Kwame Sundram dalam forum “Reformasi Sistem Pilihan Raya Sebelum PRU ke-14” anjuran Bersih 2.0 semalam.
Beliau yang pernah berkhidmat sebagai penasihat ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tanggapan itu salah kerana keadaan di luar bandar sudah banyak berubah.
“Saya di luar negara hampir 12 tahun. Satu perkara yang saya sedar selepas pulang, tidak pernah berlaku sebelum itu ramai orang terutama masyarakat Melayu yang bukan sahaja jijik, malah malu dengan kadar rasuah di negara ini,” kata Jomo.
Katanya, penduduk luar bandar menerima kesan langsung ekonomi termasuk kenaikan kos sara hidup
“Misalnya harga kelapa sawit tidak tinggi. Dua tahun lepas, ketika El Nino melanda, ia memberi kesan kepada bekalan air di sawah. Pesawah padi menerima kesan buruk,” katanya.
Peguam Syahredzan Johan pula berkata dengan peluasan jaringan Internet serta aplikasi telefon pintar seperti Whatsapp, ia meruntuhkan tembok pemisah antara penduduk bandar dan luar bandar dari segi capaian maklumat.
“Jangan buat silap dengan menganggap mereka di luar bandar tidak boleh mengakses maklumat,” katanya.
Beliau berkata mungkin pengundi luar bandar berbeza.
“Bagi kita mungkin 1MDB adalah isu paling penting, tetapi bagi mereka hal lain, misalnya soal pendapatan (bread and butter).”
Felda dan faktor Mahathir
Felda merupakan satu lagi kawasan luar bandar yang dianggap kubu kuat BN. Pada PRU ke-13, BN memenangi 54 daripada 60 kerusi Parlimen yang terletak di kawasan Felda.
Namun bagi Jomo, kawasan itu juga sedang mengalami perubahan sokongan atas faktor Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berada di pihak pembangkang.
“Jika anda ke Felda, dan Mahathir mengadakan program di sana, anda boleh jamin sekurang-kurangnya 5,000 akan hadir,” katanya kepada kira-kira 20 hadirin.

Pentadbiran Dato’ Seri Najib Bayar RM1 Juta Kepada Bekas Pembantu Kempen Presiden Trump Untuk Melobi Kerajaan Amerika Syarikat

Saya merujuk kepada satu berita yang disiarkan oleh laman Daily Beast, sebuah portal berita dari Amerika Syarikat yang bersabit dengan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Semalam, laman itu menyiarkan sebuah berita mengenai bagaimana Kerajaan Malaysia (melalui sebuah syarikat) telah membayar bekas pembantu kempen Presiden Donald Trump yang bernama Healy Baumgardner-Nardone untuk menjalankan kerja-kerja melobi.
Berita penuh boleh dibaca di http://www.thedailybeast.com/articles/2017/05/24/ex-trump-aide-becomes-lobbyist-brags-about-white-house-ties?via=newsletter&source=DDAfternoon


Undang-undang Amerika Syarikat menetapkan bahawa sesiapa yang mahu melobi penjawat awam di negara itu bagi pihak negara asing perlu mengisytiharkan kerja-kerja melobi termasuk butiran-butiran berikut:
1. Bagi pihak siapa kerja-kerja melobi itu dibuat
2. Untuk tujuan apa kerja-kerja melobi itu dibuat
3. Berapa bayaran yang dibuat oleh kerajaan asing bagi kerja-kerja melobi itu
Pengisytiharan itu dibuat melalui satu borang rasmi yang mesti difailkan dengan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (Department of Justice) di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Ejen Asing (Foreign Agents Registration Act). Saya sertakan borang pengisytiharan rasmi yang difailkan oleh Healy Baumgardner-Nardone bagi kerja-kerja melobi yang dibayar oleh Kerajaan Malaysia.
Semakan butir-butir pengisytiharan menunjukkan perkara-perkara berikut:
1. Pengisytiharan itu difailkan pada 19 Mei 2017 iaitu seminggu yang lalu
2. Pada muka surat 3, dinyatakan bahawa firma lobi itu mewakili Kerajaan Malaysia (yang berurusan) melalui sebuah syarikat bernama The Godfrey Group Limited
3. Alamat perhubungan dengan Kerajaan Malaysia disenaraikan di Godfrey Group Limited, 43, Jalan Molek 2/3, Taman Molek, Johor Bahru dan Pejabat Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya
4. Aktiviti melobi yang dibuat merujuk kepada usaha memperkukuhkan hubungan di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Amerika Syarikat
5. Pada 9 Mei 2017, Godfrey Group Limited membayar wang berjumlah USD250,000 (bersamaan RM1.125 juta) kepada firma lobi milik Healy Baumgardner-Nardone untuk kerja-kerja melobi
Saya telah dengan segera membuat satu carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengenalpasti siapa di belakang syarikat The Godfrey Group Limited yang bertindak bagi pihak Kerajaan Malaysia ini.
Malangnya, tidak ada sebuah syarikat pun yang disenaraikan sebagai The Godfrey Group Limited di dalam rekod SSM. Rekod yang paling hampir dengan nama Godfrey adalah sebuah perniagaan milik peribadi bernama Godfrey Enterprise yang mempunyai alamat yang hampir sama dengan alamat yang disenaraikan di dalam borang pengisytiharan yang difailkan di Amerika Syarikat. Alamat Godfrey Enterprise ialah 32, Jalan Molek 1/6, Taman Molek iaitu berhampiran dengan alamat yang di dalam borang iaitu 43, Jalan Molek 2/3, Taman Molek.
Saya sertakan carian SSM bagi Godfrey Enterprise untuk rujukan umum.

Mengikut rekod, Godfrey Enterprise dimiliki oleh seorang yang bernama Lim Boon Hoo yang berusia 70 tahun. Tidak ada bukti setakat ini yang menunjukkan Lim Boon Hoo adalah seorang ahli politik atau ada hubungan dengan Kerajaan Malaysia.
Carian di Google Earth dan Google Map juga menunjukkan alamat 43, Jalan Molek 2/3, Taman Molek seperti yang difailkan di dalam pengisytiharan bagi pihak Kerajaan Malaysia itu adalah alamat biasa yang tidak ada sebarang kaitan dengan jabatan kerajaan:

Dana Kutipan GST Boleh Ditampung Kerajaan Pakatan Harapan Melalui Tiga Kaedah

Saya ingin menyekolahkan Dato’ Seri Najib Razak yang baru-baru ini memomok janji Pakatan Harapan untuk memansuhkan GST dengan alasan tanpa GST Perbendaharaan akan hilang RM42 bilion setahun.
Sebenarnya saya telah ulas dengan mendalam dan disokong dengan angka-angka mengenai perkara ini di dalam buku “Panduan Bina Semula Negara” yang saya tulis dan dilancarkan baru-baru ini. Cara untuk menguruskan Perbendaharaan tanpa mengenakan GST ada dihuraikan di dalam Bab 4 bertajuk “Mengurus Perbendaharaan Negara”.

Punca yang menyebabkan Kerajaan Perseketuan kesempitan sumber kewangan ialah kerana kerajaan terus berbelanja melebihi pendapatan sepanjang dekad lalu dan dekad ini sehingga mewujudkan hutang yang besar (yang digunakan untuk menampung defisit apabila perbelanjaan melebihi pendapatan setiap tahun).
Sebab itu pengurusan perbendaharaan negara tidak hanya berkisar kepada menambah pendapatan, tetapi yang sama penting ialah mengawal perbelanjaan untuk mengurangkan keperluan pendapatan bagi membiayai perbelanjaan tersebut.
Apabila perbelanjaan yang membazir dihentikan dan ketirisan dikawal, penjimatan dari perbelanjaan itu adalah lebih dari mencukupi untuk menampung kekurangan hasil kutipan GST yang dihapuskan.
Oleh itu, untuk pengetahuan Dato’ Seri Najib, tiga kaedah yang akan digunakan oleh Pakatan Harapan untuk menampung perbelanjaan negara setelah GST dihapuskan dihuraikan seperti berikut:
Kaedah 1: Membanteras Rasuah, Mengurangkan Ketirisan
Saya sedar akan ada orang yang memperlekehkan hujah ini dengan alasan pembangkang hanya tahu menyebut kes-kes rasuah sebagai bukti ketirisan, tetapi tidak tentu wang dari kes-kes rasuah itu boleh dikembalikan. Akhirnya, jika GST dihapuskan (kata mereka), kerajaan tetap akan kekurangan dana yang akan menjejaskan operasi kerajaan.
Sebenarnya saya dan rakan-rakan di National Oversight and Whistleblowers (NOW) telah membuat satu kajian akademik yang menggunakan kaedah statistik dan matematik untuk menganggarkan berapa penjimatan yang realistik setiap tahun sekiranya pembaziran dan ketirisan dapat dikawal.
Untuk mengetahui berapa kuantum penjimatan yang realistik, kami perlu menganggarkan terlebih dahulu tahap pembaziran dan ketirisan kerajaan.
Kaedah yang kami bangunkan diterbitkan di dalam satu buku terbitan NOW yang bertajuk “Indeks Pembaziran Kerajaan” yang diterbitkan tahun lalu.
Indeks Pembaziran Kerajaan (IPK) adalah satu peratusan yang memberi anggaran peratusan perbelanjaan kerajaan yang sebenarnya adalah ketirisan dan pembaziran, berdasarkan data-data rasmi kerajaan.
IPK dibangunkan dengan kaedah berikut:
i. Segala maklumat pembaziran, ketirisan dan kerugian yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2014 dikatalogkan mengikut jenis dan jumlah
ii. Setiap kes pembaziran itu disemak dengan membandingkan jumlah kerugian yang dikenalpasti dengan jumlah peruntukan yang dikendalikan oleh jabatan/kementerian tersebut
iii. Kaedah statistik digunakan untuk menganggarkan saiz peruntukan yang terdedah kepada ketirisan dan penyelewengan mengikut jabatan/kementerian
iv. Kaedah statistik digunakan untuk menganggarkan peratusan ketirisan dan kerugian mengikut kementerian dan dijumlahkan bagi keseluruhan kerajaan
Berdasarkan data-data yang terkandung di dalam Laporan Ketua Audit, keputusan IPK menunjukkan anggaran pembaziran purata bagi tahun 2014 ialah 15.5% dari perbelanjaan kerajaan yang tidak melibatkan gaji atau kenaan tetap yang seumpama dengannya.
Bila IPK pada paras 15.5% ini dipadankan dengan anggaran jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan (yang tidak melibatkan gaji atau kenaan tetap) bagi 2017 yang dianggarkan berjumlah RM136 bilion, ada potensi jumlah penjimatan sebanyak RM21 bilion.
Kaedah 2: Pentadbiran Kewangan Yang Telus Mengurangkan Bayaran Faedah Tahunan
Satu lagi potensi penjimatan perbelanjaan yang boleh dicapai dengan mudah ialah belanja tahunan membayar faedah di atas hutang-hutang yang dipinjam oleh Kerajaan Persekutuan.
Setakat April 2017, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan seperti yang disiarkan oleh Perbendaharaan adalah sebanyak RM649 bilion. Dari jumlah itu, bentuk hutang terbesar ialah kertas hutang Kerajaan Malaysia (“Malaysian Government Securities” atau MGS) pada jumlah RM357 bilion, diikuti dengan kertas hutang Terbitan Pelaburan Kerajaan (“Government Investment Issues” atau GIIs) sebanyak RM235 bilion.
Hutang-hutang dalam bentuk kertas hutang yang diterbitkan ini perlu ditebus oleh Kerajaan Malaysia bila sampai tarikh matangnya. Sementara menunggu matang, Kerajaan Malaysia perlu membayar faedah tahunan (selalu disebut sebagai “coupon rate”) mengikut kadar yang diurusniagakan di pasaran hutang.
Seperti juga saham yang dijual beli, kertas-kertas hutang yang diterbitkan kerajaan juga boleh dijual beli. Bagi jual beli saham, lebih baik saham itu, maka lebih tinggi harga yang ditawarkan untuk membeli saham tersebut.
Keadaannya terbalik bagi kertas hutang.
Lebih stabil sesebuah kerajaan dan lebih tinggi reputasi kewangannya, maka pelabur sanggup untuk mendapat bayaran bunga yang lebih rendah demi memegang kertas hutang tersebut. Jika kerajaan itu tidak dihormati dan dicurigai, pelabur tidak ada keyakinan dan kadar faedahnya pun didagangkan tinggi.
Oleh sebab itulah, reputasi antarabangsa Kerajaan Malaysia di mata pelabur adalah sangat penting kerana ia menentukan jumlah bayaran faedah yang perlu dibayar dan ditanggung oleh rakyat Malaysia.
Skandal 1MDB yang merosakkan nama baik Malaysia telah menyebabkan pelabur-pelabur mahukan pulangan yang lebih tinggi bagi setiap ringgit kertas hutang yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia.
Sebab itulah belanja membayar faedah hutang bagi tahun 2017 dianggarkan berjumlah RM29 billion, iaitu lebih dari separuh wang hasil GST yang dikutip terpaksa digunakan untuk membayar faedah.
Saya yakin jika reputasi kewangan Kerajaan Malaysia dipulihkan, pentadbiran baru boleh meyakinkan pasaran dan pelabur. Keyakinan pelabur itu akan diterjemahkan ke dalam kadar faedah ke atas kertas-kerta hutang yang diterbitkan yang lebih rendah. Saya tidak terkejut kadar faedah itu boleh turun sehingga 1% berbanding kadar sedia ada yang diterjemahkan kepada penjimatan sebanyak RM6.5 bilion setahun.

Salah tadbir lain terabai kerana fokus melampau 1MDB - Dr Jomo

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, skandal 1MDB mendominasi berita bukan saja di dalam, malah di luar negara.
Namun bagi pakar ekonomi Dr Jomo K Sundaram, ada aspek lain yang perlu diberi perhatian di sebalik tumpuan pada isu syarikat pelaburan milik negara itu.
Kata Jomo, perhatian yang keterlaluan pada 1MDB membuka ruang kepada isu besar lain untuk tidak dipedulikan sangat.
Sebagai contoh, kata bekas penolong setiausaha agung PBB untuk hal ehwal pembangunan ekonomi itu, kejatuhan harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
"Peneroka Felda digalakkan membeli saham dalam syarikat dinamakan FGV ini. Mereka mengeluarkan wang untuknya dan sekarang nilai saham itu lebih sedikit saja daripada apa yang mereka bayar dulu.
"Mereka diperdaya. Dengan pilihan raya semakin hampir mereka diberi jaminan semula bahawa mereka tidak akan hilang wang dan sebagainya, tapi jelas ini adalah salah satu contoh salah laku.
"Sama ada anda menggelarnya rasuah atau bukan, kita kaji kemudian," katanya pada suatu forum di Petaling Jaya malam tadi.
Beliau yang kini menduduki Kerusi Tun Hussein Onn di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia bercakap di majlis forum "Reformasi Daftarr Pilihan Raya Sebelum PU14" dianjurkan BERSIH di pejabat Malaysiakini.
Sebagai seorang daripada panel forum, Jomo ditanya pandangannya mengenai keadaan rasuah di Malaysia.
Kata Jomo, jika dalam keadaan seluruh sistem sudah dianggap korup, apa yang sah atau halal tidak semestinya bebas daripada rasuah sebaliknya alaman yang diterima umum.
"Jadi garis pemisah untuk anda menentukan sesuatu itu korup atau tidak sangat sukar untuk ditentukan kerana ia (sesuatu amalan itu) mungkin diterima secara sempurna mengikut undang-undang.
"Bekas presiden Afrika Selatan, Thabo Mbeki - sebagai contoh - menerbitkan satu laporan tiga tahun lalu mengenai aliran dana haram.
"Haram tidak semestinya bermakna ia melanggar undang-undang tetapi sesuatu yang berada di luar penerimaan masyarakat," katanya.

PMO bayar AS$250k kepada bekas pembantu Trump untuk melobi

Susulan laporan di sebuah portal berita berpangkalan di Amerika Syarikat, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli melakukan semakan untuk menentukan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan khidmat bekas pembantu Presiden Donald Trump untuk tujuan melobi.
Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa rekod Jabatan Keadailan (DOJ) menunjukkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) kononnya mengupah Healy Baumgardner-Nardone dengan bayaran AS$ 250,000 (RM1.125 juta) pada 19 Mei.
Undang-undang Amerika Syarikat menetapkan bahawa sesiapa yang mahu melobi penjawat awam di negara itu bagi pihak negara asing perlu mengemukakan maklumat berkenaan kepada DOJ. Rafizi membekalkan salinan lobi Baumgardner kepada media.
Mengikut dokumen itu, Baumgardner dikehendaki menawarkan khidmat hubungan kerajaan dan perhubungan awam untuk pelanggannya.
Rafizi berkata perkhidmatan Baumgardner itu mendorong kepada persoalan mengapa kerajaan Malaysia perlu melantik seseorang yang dahulunya adalah sebahagian daripada kakitangan Trump untuk melobi kerajaan Amerika Syarikat.
“Kes yang mana yang perlu menggunakan seorang pelobi berbayar?
“Saya mendesak Najib menjelaskan kepada rakyat sama ada kerja-kerja lobi yang membabitkan pembayaran berjuta ringgit itu turut melibatkan kes-kes yang beliau mempunyai kepentingan peribadi.
“Ini termasuk dakwaan penyelewengan melibatkan dana 1MDB terhadap anak tiri beliau dan Jho Low,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Sementara itu, Rafizi juga menggesa Najib untuk mendedahkan siapa di sebalik "Godfrey Group Limited", yang disenaraikan sebagai perantara untuk pejabat perdana menteri.
Menurut dokumen DOJ itu, Godfrey Group beralamat di Taman Molek, Johor Bahru.
Rafizi berkata semakan dengan Suruhanjaya Sekuriti mendedahkan bahawa rekod paling hampir dengan nama itu adalah Godfrey Enterprise, yang didaftarkan atas nama Lim Boon Hoo yang juga mempunyai alamat sama di Taman Molek.
“Tidak ada bukti setakat ini yang menunjukkan Lim Boon Hoo adalah seorang ahli politik atau ada hubungan dengan kerajaan Malaysia,” katanya.
Malaysiakini telah menghubungi setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad untuk mendapatkan ulasannya.

Rang DPT 1/2017: Pemuda PAS beri 48 jam kepada SPR

Rafizi Ramli,Pendedahan Kerajaan Malaysia Guna Pelobi Pengaruhi Kerajaan Amerika Syarikat & GST!

Nasib Ahmad selepas lawan Hadi

Beliau pernah dimangsakan oleh pihak tertentu semasa BN mentadbir Selangor, namun apa yang berlaku ketika ini dirasakannya lebih teruk.
Hanya kerana menyatakan pandangan yang berbeza dengan pucuk pimpinan parti suatu ketika dulu, satu demi satu kuliahnya ditamatkan.
Beliau ialah Penasihat Umum Parti Amanah Negara (AMANAH), Ahmad Awang.
Ahmad bukanlah nama asing dalam PAS. Selain pernah mendapat kepercayaan menjadi pesuruhjaya di Perak, beliau juga berkhidmat sebagai naib presiden parti itu sebelum perjalanan politiknya mula menjadi 'gelap' apabila mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dua tahun lalu.
Pada pemilihan jawatankuasa pusat di Kuala Selangor pada 2015, bukan saja Ahmad 'hanyut' daripada arus perdana PAS, malah hampir semua pemimpin yang tidak sealiran dengan Abdul Hadi dikalahkan.
Turut tersingkir bekas anggota parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu.
Bersama beberapa pemimpin lain mereka kemudian menubuhkan AMANAH.
Bercakap kepada Malaysiakini, Ahmad berkata setakat ini berbelas masjid dan surau mengetepikan namanya daripada senarai penceramah tetap.
Malah katanya, ada tempat tertentu enggan lagi memberi ruang kepadanya mengajar selepas lebih 20 tahun menyumbang pengetahuannya di situ.
"Kebanyakan mereka tidak memaklumkan penamatan kuliah saya secara rasmi. Ada yang melalui mesej, ada melalui telefon malah ada juga yang berdalih," katanya.
Misalnya, cerita Ahmad, sebuah tempat di Selangor, beliau tidak diberikan ruang untuk menyampaikan kuliah bulanan atas alasan "bertembung dengan penceramah lain" pada tarikh yang sepatutnya.
Ia berlanjutan sebanyak tiga kali. Apabila disiasat, rupa-rupanya sejak awal lagi nama Ahmad diketepikan dan digantikan dengan penceramah lain.
"Itu berlaku sebelum saya keluar PAS lagi," katanya.
Ada yang bersimpati
Lebih menarik, katanya, ada orang memberitahu slot kuliahnya digantikan oleh ahli keluarga terdekat Abdul Hadi sendiri.
Katanya, tindakan masjid dan surau tertentu mengetepikannya itu seakan-akan dibuat sebagai suatu dasar parti apabila beliau bertanding untuk menjadi presiden PAS.
"Apabila saya keluar PAS, keadaan menjadi lebih buruk. Bagi sesetengah anggota parti itu, keluar PAS seolah-olah kita keluar Islam.
"Sesiapa yang menyertai parti lain akan dilayan seperti orang bukan Islam," katanya.
Lebih parah, kata Ahmad, ada pihak tertentu dalam PAS yang berasakan darah orang yang keluar parti itu seolah-olah halal.

Kekal Exco: Pas menjunjung kasih, ucap terima kasih kepada PKR

SHAH ALAM - Pas menjunjung kasih dan menghargai kepercayaan Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta berterima kasih atas pendirian yang telah dibuat oleh PKR berhubung pengekalan penyertaan Pas dalam pentadbiran Selangor.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, sepertimana yang pihaknya telah pertegaskan sebelum ini, bahawa keputusan untuk putus tahaluf politik adalah yang berkaitan dengan persediaan menghadapai pilihanraya yang akan datang dan tidak berkait dengan urustadbir kerajaan negeri.
Pas "Pas Selangor juga mengambil pendirian bahawa putus tahaluf bukan bermakna putus silaturrahim, putus setiakawan, putus hubungan kerjasama dalam melakukan kebaikan (Taawun). bahkan  akan terus memperkukuhkannya.
"Pas Selangor melalui 3 Exco dan 10 wakil rakyatnya akan terus bekerja bersungguh-sungguh dan meneruskan kesetiaan dan khidmat cemerlang mereka  bersama dengan Menteri Besar dan kesemua exco dan wakil rakyat kerajaan Negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Sallehen lagi "apa yang penting bagi kami, kepentingan rakyat dan kestabilan politik adalah keutamaan yang tiada tukar gantinya." Mengulas lanjut, Sallehen berkata, menyedari terhadap demografi masyarakat negeri Selangor, Pas akan terus menggunakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dalam menghadapi situasi yang mendatang.
"Berpolitik secara santun, berpolitik secara hujjah bukan sumpah seranah, berpolitik secara rasional dan bukan emosional adalah antara keperluan bagi memastikan kestabilan kerajaan tercapai," katanya.

Mahathir cabar Low: Apa nak takut, AG ada

Dengan nada sinis, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohmad mencabar ahli perniagaan Jho Low yang dikaitkan dengan skandal 1MDB untuk kembali ke Malaysia.
Beliau berkata tidak ada apa yang perlu ditakutkan oleh Low kerana Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan memastikan beliau tidak ditangkap.
“Ini kawan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak), sekarang ini tidak berani datang ke Malaysia.
“Apa nak takut, AG (peguam negara) ada, awak tidak akan ditangkap.
“Tapi kalau awak sampai sini, kami akan godam. Macam apa tu, dia tempeleng,” katanya pada ceramah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Kuala Lumpur malam semalam.
Mahathir sering-kali membidas Mohamed Apandi yang bertindak ‘membersihkan’ Najib daripada sebarang salah laku dalam skandal 1MDB dan menutup segala siasatan ke atas perdana menteri.
Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, adalah seorang ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang dan tokoh utama yang dikaitkan dalam skandal 1MDB. Beliau juga mempunyai hubungan yang akrab dengan keluarga Najib.
Dalam perkembangan lain, Mahathir juga mengulas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang mahu beliau mendedahkan jumlah keseluruhan dana pilihan raya sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri.itu kepadanya "mencuri wang".
“Nazri nak tuduh sy curi duit, tuduh la, kalau boleh buat laporan polis tentang duit saya curi.
“Segala hadiah, termasuk 26 kereta dihadiah semasa saya jadi perdana menteri, saya bagi balik kepada kerajaan.
“Pergilah ke (Galeria Perdana) Langkawi, boleh lihat apa saya bagi balik. Nilainya lebih satu juta ringgit, atau lebih, saya tak ambil.
“Orang lain belum dapat hadiah, sapu dulu,” katanya merujuk kepada Galeria Perdana yang menyimpan dan mempamer pelbagai anugerah, cenderahati dan hadiah yang diterima Mahathir semasa pentadbirannya sebagai perdana menteri.

Srikandi Perak tidak terjejas ekoran peletakan jawatan Exco dan ketua bahagian

Rina Mohd HarunRina Mohd Harun
Peletakan jawatan Exco dan ketua bahagian Srikandi di Perak tidak akan menjejaskan perjalanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri itu,kata Ketua Srikandi Rina Mohd Harun.
Beliau berkata kedua-dua ketua bahagian itu sudahpun memaklumkan kepada pengurusan parti untuk meletakkan jawatan mereka sebelum sidang media dilakukan.
"Zulaika dilantik pada April lalu ketika kita tubuhkan barisan jawatankuasa Exco di peringkat pusat.
"Beliau telah menghantar surat peletakan jawatan kepada saya pada 20 Mei lalu.
"Atas sebab beliau tidak dapat memberikan komitmen kepada tanggungjwab yang diberikan sebagai Exco Srikandi," ujarnya ketika diminta mengulas mengenai peletakan jawatan dua ketua bahagian Srikandi di negeri itu.
Ketua Srikandi Penaja Bahagian Batu Gajah, Zulaiha Sidiq dan Ketua Srikandi Penaja Bahagian Gopeng, Aflatuniah Md Noraini mengumumkan meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta pada Selasa.
Rina ditemui selepas siri Jelajah Semarak di padang Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru malam tadi yang dihadiri Pengerusi Tun  Dr Mahathir Mohamad, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Turut hadir Tun Siti Hasmah Mohd Ali, barisan kepimpinan Bersatu Wilayah Persekutuan dan Negeri.
Menjelaskan mengenai Ketua Srikandi Bahagian Gopeng dakwa Rina, Aflatuniah juga tidak pernah hadir dalam mesyuarat bahagian-bahagian di negeri itu sebelum mengambil keputusan meletakkan jawatannya.
"Mereka (Zulaiha dan Aflatuniah) tidak pernah hadirkan diri dalam mana-mana program di Perak.
"Kali pertama kami adakan perjumpaan Srikandi negeri pada 20 April lalu Zulaiha tidak hadir dan disusuli dengan perjumpaan dengan semua ketua-ketua bahagian Srikandi Aflatuniah juga tidak hadir," terangnya.
Peletakan jawatan kedua-dua ketua bahagian Srikandi dilaporkan kerana kecewa dengan pergolakan berlaku antara ahli Bersatu ketika ini yang gagal diatasi sama ada di peringkat pusat atau negeri.
Zulaiha berkata peletakan jawatan yang dibuat turut melibatkan kedudukannya selaku Exco Srikandi Bersatu Malaysia dan ia dibuat secara rela hati tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Sementara itu, Aflatuniah ketika ditemui media pula enggan mengulas lanjut berkaitan keputusannya meletak jawatan.
Ditanya adakah dengan keputusan dua ketua bahagian itu akan menjejaskan Srikandi, Rina menegaskan Srikandi berada dalam keadaan terkawal dan di peringkat pusat cuba menangani masalah yang ditimbulkan oleh pimpinan negeri itu.
"Isu yang dikatakan mereka dalam pengetahuan parti yang melibatkan isu kepimpinan parti.
"Parti telah menguruskan dengan berhemah menangani isu yang ditimbulkan oleh sebahagian ahli parti.
"Sebagai exco dia (Zulaiha) mahu meletakkan jawatan itu dia punya pilihan.
"Insyallah tidak jejaskan Srikandi keseluruhannya," ujarnya yang kini akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk mencari penganti Exco Pusat dan jawatan ketua bahagian Batu Gajah dan Gopeng itu.

Rasuah: Lagi pegawai kanan polis Melaka ditahan reman

"Tun M, mana baki duit dulu?" - Nazri

Mungkin Shafie sejak lahir dah kaya, kata Nazri

'Jangan hulur, jangan kawtim, jangan settle' - SPRM

Anwar antara calon PM, kata Mahathir

Mahathir sedih, tanya "Apa lagi nak jual?"

'Bukan masuk dalam poket, Nazri tak reti bahasa' - TSMY

PAS tak lagi mahu 'bom' Umno

PAS kini mengambil pendekatan lebih lunak dalam gerakan mereka berdepan dengan Umno.
Berbanding menyerang dan bersikap keras terhadap pertubuhan politik terbabit, PAS kini menukar kaedah penentangannya dengan menggunakan cara lebih lembut.
Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata cara yang keras bukan tindakan yang sesuai untuk mendekati Umno.
“Dulu kita gemar 'bom' dulu isu panas yang dikaitkan dengan Umno BN, namun sekarang kita sedar itu bukan cara yang benar.
"Kerana itulah pada masa sekarang kita ingin cuba dekat dengan mereka supaya menerima pembawaan atau seruan kita sedikit demi sedikit," katanya seperti lapor akhbar Berita Harian hari ini.
Kenyataan itu dibuat hanya beberapa minggu selepas PAS membuat keputusan secara rasmi - pada 11 Mei lalu - menamatkan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR.
PAS sudah terlebih awal tidak bekerjasama dengan dua lagi parti pembangkang utama di negara ini - DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam langkah yang akhirnya menguburkan Pakatan Rakyat.
Pada masa sama PAS bertegas tidak bekerjasama dengan Umno dalam politik seperti dituduh beberapa pihak.
Apa guna Umno tumbang
Parti itu turut mengumumkan akan meletakkan calon di kira-kira 100 kerusi parlimen pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Antara kawasan disasarkan ialah kerusi yang kini diwakili PKR.
Kata Idris pendekatan lunak itu selaras dengan kaedah diajar Islam dalam al-Quran melalui kisah dua orang nabi ketika berdakwah kepada Firaun.
"Dalam al-Quran ada diceritakan bagaimana Nabi Musa dan Nabi Harun diperintahkan Allah supaya berdakwah kepada Firaun yang dikenali dengan kezalimannya melalui ungkapan atau perkataan yang baik,” beliau dipetik sebagai berkata pada suatu majlis di Kuala Kangsar.

Mahathir akui Anwar antara calon PM HARAPAN

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara calon perdana menteri Pakatan Harapan.
Beliau mengulas kajian oleh Invoke yang mendapati bahawa Anwar menjadi pilihan utama sebagai calon perdana menteri di kalangan penyokong pembangkang.
Mahathir bagaimanapun menekankan bahawa Pakatan Harapan mesti terdahulu memenangi pilihan raya umum ke-14.
“Kalau tak menang siapa pun tak boleh jadi 9perdana menteri. Yang utama (kita) menang.
“Kalau nak jadi calon sesiapa pun boleh jadi,” katanya kepada wartawan selepas ceramah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Kuala Lumpur malam semalam.
Disoal sama ada calon perdana menteri Pakatan Harapan akan diumumkan sebelum pilihan raya, Mahathir berkata mereka boleh berbuat demikian selepas pakatan itu menang.
“Bila menang boleh buat la, Tak menang bubuh nama (seperti) syok sendiri,” katanya.
HARAPAN dilaporkan berada dalam dilema mengenai siapa pilihan mereka sebagai calon perdana menteri.
Pada kongres kebangsaan PKR Ahad lalu, pemimpin PKR, DAP dan AMANAH menaikkan sepanduk ‘Anwar PM ke-7'.
Mahathir dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hadir pada kongres itu, bagaimanapun tidak berbuat demikian.
Kejar hingga lubang cacing
Dalam perkembangan lain, Timbalan Pengerusi BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang turut hadir pada program malam semalam, berkata siasatan ke atas skandal membabitkan 1MDB akan dijalankan sekiranya Pakatan Harapan berkuasa.
“Siapa didapati bersalah, kita humban dalam penjara, tak kira perdana menteri (sekalipun) ke,” katanya.
Kenyataannya disokong oleh Muhyiddin yang berkata satu suruhanjaya akan ditubuhkan untuk menyiasat dana pelaburan negara itu.
“Pertama kita buat, tubuh suruhanjaya siasat lubang cacing, kalau Najib terlibat sama, (akan) dibawa ke muka pengadilan. Kalau (beliau) salah, masuk penjara.
“Kalau (isteri Perdana Menteri Datin Seri) Rosmah (Mansor), (anaknya) Reza (Aziz), (ahli perniagaan) Jho Low pun terlibat. Semua kita tangkap
“Bukan pasal kita jahat, (tetapi) pasal ini hak rakyat,” katanya.
Turut bersetuju dengan tindakan itu, Mahathir berkata mereka akan mencari dalang yang bertanggungjawab di sebalik skandal itu.
“Bila dapat balik negara (kita) akan pulihkan keadaan, akan hapuskan GST (cukai barangan dan perkhidmatan), lepas itu (kita) akan kejar ke lubang cacing.
“Rambut pendek, (atau) panjang, kita tarik keluar (dari) lubang cacing. Mereka akan dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

‘Proton Saga, (Bukan) Kejayaan Malaysia’, tangisan Dr M

Dr Mahathir berkata beliau menangis melihat Proton yang diilhamkannya kini di tangan orang asing.
mahathirproton_600121
PETALING JAYA: Satu masa dulu lagu “Proton Saga Kejayaan Malaysia” berkumandang setiap kali kereta itu ditayangkan di televisyen dan radio bagi meraikan kereta nasional pertama oleh Malaysia yang dilancarkan pada 1985.
Tetapi selepas semalam, kereta nasional itu tidak lagi menjadi “kejayaan Malaysia”, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, pengasas perusahaan otomobil nasional itu, dalam penulisan blognya hari ini.
Beliau membandingkan kejayaan Proton, yang kini dimiliki separuh oleh Kumpulan Geely Holding dari China, umpama kejayaan Singapura kini, yang satu masa dulu sebahagian daripada Malaysia.
Menurutnya, walaupun Singapura maju, rakyat Malaysia tidak boleh berbangga dengan negara itu kerana ia bukan kejayaan Malaysia.
“Kini dengan wang dan teknologi lebih hebat, ia (Proton) akan bersaing dengan Rolls Royce dan Bentley.
“Tetapi saya tidak boleh berbangga dengan kejayaannya. Saya tidak boleh berbangga mengenai sesuatu yang bukan milik saya atau negara saya. Mungkin rakyat Malaysia yang lain, tapi bukan saya,” katanya sehari selepas pengumuman Geely membeli 49.9% saham Proton Holdings daripada DRB-Hicom.
Proton yang ditubuhkan pada 1983 mengeluarkan model pertama Proton Saga pada 1985, dan dijual laris di sebalik galakan kerajaan dan promosi agresif sebagai “kejayaan Malaysia”.
Pada 2001, Proton menguasai bahagian pasaran sebanyak 53%, tetapi ia merosot kepada 14% tahun lalu, di sebalik populariti kereta import dan aduan mengenai mutu kereta Proton.
‘Hari akhir saya yang sedih’
Dr Mahathir, 92, berkata di “hari-hari akhirnya” sekarang, beliau sedih melihat Malaysia dijual sedikit demi sedikit kepada pihak asing bagi membebaskan negara daripada hutang.

Pakar bimbang dana asing kepada parti politik jual masa depan negara

Bekas penasihat PBB berkata pilihan raya boleh dijual beli sekiranya dana kempen dari negara asing dibenarkan.
forum
PETALING JAYA: Pemberian sumbangan asing berbilion dolar kepada parti politik dalam kempen pilihan raya umum perlu diambil serius, kata pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram.
“Kita perlu memandang serius sumbangan yang dibuat pihak asing, yang mencecah berbilion ringgit, kepada ahli politik. Mereka menyumbang bukan kerana menyokong ahli politik itu, tetapi tentu ada sesuatu di sebaliknya,” kata Jomo, yang pernah berkhidmat sebagai penolong setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi hal ehwal ekonomi.
Beliau dipercayai merujuk wang RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam akaun peribadinya.
Akhbar The Wall Street Journal pada 2015 memetik kertas penyiasatan tempatan mengenai 1MDB berkata wang tersebut merupakan dana berkait syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Bagaimanapun, Najib berkata ia merupakan sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi bagi membantu Umno dalam kempen pilihan raya umum 2013.
“Apa keperluan golongan diraja tertentu memberikan berbilion ringgit kepada ahli politik?” soalnya pada forum “Reformasi Sistem Pilihan Raya Sebelum PRU ke-14” anjuran Bersih 2.0 yang diadakan di pejabat portal Malaysiakini malam tadi.
“Tanggungjawab kita untuk memastikan pilihan raya kita tidak dijual beli. Kita berhadapan risiko menjual masa depan negara,” kata Jomo.
forum-2
Seorang lagi ahli panel, peguam Syahredzan Johan mencadangkan suatu undang-undang diwujudkan bagi menyatakan secara jelas peranan kerajaan sementara bermula dengan terbubarnya Parlimen sehingga terbentuk kerajaan baharu.
Beliau berkata, kerajaan sementara tidak memiliki mandat rakyat dan oleh itu tidak berhak mengumumkan projek baharu ketika pilihan raya.

Skandal 1MDB: Singapura denda bekas pedagang saham kerana rasuah

Kelvin Ang bertindak sebagai orang tengah antara perunding kewangan NRA Capital dan Yeo Jiawei - pegawai bank Singapura dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan berhubung kes itu Disember lalu.
1mdb-singapore-3
SINGAPURA: Seorang bekas pedagang saham didenda di Singapura pada Rabu atas peranannya dalam skandal pengubahan wang haram antarabangsa membabitkan 1MDB.
Singapura yang merupakan pusat kewangan serantau terkenal dengan pendirian tegas terhadap rasuah, adalah negara pertama yang menjatuhkan sabitan jenayah berkaitan siasatan 1MDB.
Dakwaan sejumlah besar wang disalah guna daripada dana kerajaan Malaysia itu mencetuskan skandal mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang menafikan beliau terbabit dalam sebarang salah laku.
Kelvin Ang Wee Keng didenda S$9,000 (AS$6,477) kerana merasuh seorang penganalisis penyelidikan untuk mempercepatkan laporan penilaian PetroSaudi – sebuah syarikat minyak yang mempunyai urus niaga dengan sayap pelaburan strategik kerajaan Malaysia itu.
Firma yang berpangkalan di Riyadh itu memeterai usaha sama bernilai AS$1 bilion dengan 1MDB pada 2009.
Dokumen mahkamah menunjukkan Ang bertindak sebagai orang tengah antara Yeo Jiawei, pegawai bank Singapura yang dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan berhubung kes itu pada Disember lalu dan perunding kewangan NRA Capital.
Pada 2013, Yeo memberitahu Ang yang beliau amat memerlukan laporan penilaian itu untuk menunjukkan PetroSaudi bernilai AS$2.4 bilion. Ang bersetuju berbuat demikian dengan syarat beliau akan mendapat komisen dan menghubungi NRA.
Ang yang bekerja untuk Maybank Kim Eng Securities, tetapi berurusan dengan Yeo, adalah antara individu yang dihukum kerana terbabit dalam skandal 1MDB.

Enam dekad perintah P. Pinang, apa UMNO-BN buat untuk rakyat?

GEORGE TOWN, 24 MEI: Tidak dapat disangkal lagi rakyat Pulau Pinang menikmati banyak manfaat sejak Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri dengan pelbagai dasar pro-rakyat sejak tahun 2008.
Malah, Ahli Majlis di Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Syerleena Abdul Rashid berkata, pencapaian kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP dalam membantu golongan sasaran berpendapatan rendah mengatasi rekod enam dekad pemerintahan UMNO-Barisan Nasional (BN).
Sebagai contoh, katanya, program Agenda Ekonomi Saksama (AES) yang diperkenalkan sejak 2009 telah memberi manfaat kepada 1,037 keluarga Melayu di negeri itu.
“Program AES merupakan inisiatif membasmi kemiskinan dalam kalangan keluarga miskin tegar bagi menjamin setiap keluarga memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM790 sebulan.
“Kerajaan negeri akan ‘top-up’ atau tambah nilai perbezaannya setiap bulan sehingga ia genap RM790,” katanya yang juga Penolong Publisiti DAP Pulau Pinang kepada Roketkini.
Ia, katanya, tidak termasuk program bantuan Penghargaan Kerajaan Negeri seperti Warga Emas, Ibu Emas serta Projek Titian Saksama Rakyat yang disalurkan kepada mereka yang layak tanpa mengira kaum dan agama.
“Banyak lagi contoh yang membuktikan kerajaan negeri pulau pinang berjaya melaksanakan dasar yang pro-rakyat dan bermanfaat.
“Persoalannya sekarang, selama enam dekad Pulau Pinang di bawah pentadbiran UMNO-BN, apakah inisiatif yang diambil oleh mereka untuk meringankan beban rakyat?
“Kalau kita lihat di peringkat persekutuan, melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menonjolkan betapa keringnya hati mereka terhadap keperitan yang dihadapi rakyat,” katanya, sekaligus menempelak fitnah sesetengah pihak terhadap Pakatan Harapan.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Pengarah Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang menuduh kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Harapan gagal menunaikan manifesto pilihan raya umum (PRU).

Apa lagi nak dijual, soal Dr Mahathir selepas Geely ambil Proton

Bekas perdana menteri yang menjadi pelopor perusahaan otomobil tempatan sekali lagi mempertahankan kualiti kereta buatan Malaysia itu.
mahathir-proton
KUALA LUMPUR: Langkah menjual kepentingan 49.9% dalam Proton Holdings kepada sebuah syarikat kereta China semalam menandakan kehilangan ikon negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, orang yang mengasaskan industri kereta itu pada awal 1980-an.
“Kita harus tanya, apa lagi nak dijual?” soal pengerusi PPBM itu selepas program ceramah di Kampung Baru, malam tadi.
“Kita sudah jual Proton kepada orang asing. Ini kereta nasional, dijual kepada orang asing dan tidak lagi ia menjadi kereta nasional, ia kini kereta asing.
“Kita kehilangan satu daripada ikon negara kita,” katanya.
Semalam, DRB-Hicom mengumumkan menjual 49.9% sahamnya dalam Proton kepada Kumpulan Geely Holding yang merupakan pemilik Volvo Car Group dari Sweden.
Proton yang ditubuhkan pada 1983 sebagai syarikat otomobil pertama negara, bergelut sejak beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun mendapat sokongan dan bantuan kerajaan.
Pada 2001, Proton menguasai bahagian pasaran sebanyak 53%, tetapi ia merosot kepada 14% tahun lalu, di sebalik populariti kereta import dan aduan mengenai mutu kereta Proton.
Dr Mahathir bagaimanapun mempertahankan kualiti kereta Proton.
“Ya, ada yang berkata tingkap tak naik, bila tekan butang, tak naik. Itu cerita lama.
“Sekarang, pergilah tekan butang, ia naik turun. Kalau 10 kali tekan, 10 kali naik-turun.
“Ya, memang ada kelemahan, tetapi kelemahan sudah kita atasi,” katanya.
“Tuan puan, cubalah, kalau tak nak beli pun pergi cuba. Proton Saga, Proton Persona, Perdana, 3 buah kereta yang dikeluarkan serentak dalam satu tahun. Kalau dahulu kita keluarkan sebuah model dalam 3 tahun, kali ini kita mampu keluarkan 3 model dalam satu tahun.

Dana 2.6B: Wallahi, saya tak terima sesen pun daripada Najib, kata Muhyiddin

Bekas timbalan presiden Umno itu menganggap dakwaan Nazri Aziz 'fitnah sefitnah-fitnahnya'.
muhyiddin-live
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dengan tegas menafikan dakwaan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz yang berkata bekas timbalan presiden Umno itu pernah menerima dana daripada wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri.
“Fitnah sefitnah-fitnahnya. Wallahi, wabillahi, watallahi, saya tak terima satu sen pun,” kata Muhyiddin di program ceramah di Kampung Baru, malam tadi.
Nazri sebelum ini mendakwa Muhyiddin dan bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, pernah menerima peruntukan daripada wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.
Najib dan pemimpin Umno sebelum ini berkata wang itu merupakan sumbangan kerajaan Arab Saudi kepada parti itu untuk kempen pilihan raya umum 2013, menafikan dakwaan ia berkait entiti 1MDB seperti dipetik The Wall Street Journal (WSJ) berdasarkan kertas siasatan terhadap syarikat itu.
Muhyiddin dan Shafie dipecat daripada kabinet pada 2015 selepas kedua-dua mereka lantang mempersoalkan isu 1MDB susulan pendedahan WSJ itu.
Nazri berkata beliau menerima sejumlah RM500,000 daripada Najib bagi membantu pembaikan rumah di kawasan Parlimennya di Padang Rengas.
“Nazri kata saya dapat duit. Mana ada duit, dah tak ada modal lagi dah,” kata Muhyiddin semalam.
Sebelum ini, Shafie yang kini mengetuai Parti Warisan Sabah turut menafikan dakwaan Nazri.

Tun Mahathir ajak Gen Y mengundi, singkir ‘kerajaan kleptokrat’ Najib

KUALA LUMPUR, 24 MEI: ‘Semuanya sama’. Mungkin itu tanggapan sebahagian rakyat Malaysia khususnya golongan muda atau Gen Y terhadap politik.
Akibatnya, sebahagiannya mengambil keputusan memilih untuk tidak mengundi kerana berasakan politik itu membosankan.
Namun, keputusan untuk tidak mengundi hanya boleh menyebabkan situasi ekonomi dan politik negara menjadi mundur dan tidak stabil.
“Najib boleh menang bukan kerana rakyat sokong dia. Najib boleh menang kerana rakyat sudah bosan dan “sinikal” terhadap politik.
“Bosan! Mereka tidak undi. Tak undi samalah dengan undi Najib. Najib menang; semua kalah,” kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dalam tulisannya di blog beliau baru-baru ini.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menegaskan, perubahan dalam negara ini hanya boleh tercapai dengan gandingan orang muda dan ‘lama’.
Oleh yang demikian, penglibatan golongan muda atau Gen Y dalam politik amat penting demi masa depan negara yang lebih baik.
“Untuk kemenangan gandingan antara tua dan muda diperlukan. Yang tua mesti faham pemikiran yang muda. Yang muda mesti ambil kira keusangan minda yang tua dengan perjuangan lama mereka,” kata Dr Mahathir lagi.
Menurut beliau, tanpa penglibatan golongan muda, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus menang.
“Yang tua akan undi – undi untuk muka lama – undi untuk perjuangan yang lama.
“Tetapi undi yang tua sahaja tidak mencukupi. Bermakna mereka akan kalah. Bermakna penerima dedak akan menang. Bermakna cash akan terus jadi King,” katanya lagi.

Calon PM ditentukan selepas PH menang PRU14, kata Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir ketika berucap pada siri Jelajah Semarak yang diadakan malam tadi.Tun Dr Mahathir ketika berucap pada siri Jelajah Semarak yang diadakan malam tadi.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan calon Perdana Menteri hanya boleh ditentukan sekiranya Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke-14, walaupun dalam Kongres PKR pada Ahad lalu mengangkat plakad "Anwar PM ke-7".
Namun Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata,  hasrat PKR itu akan terkubur sekiranya Pakatan Harapan gagal menumbangkan Umno-BN.
"Dia (Anwar) salah seorang calon... dia belum tentu lagi.
"Kalau tak menang, siapapun tidak boleh jadi perdana menteri. Apa yang utama kita menang," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Ditanya lagi, walaupun jika hanya  mencadangkan seorang perdana menteri interim, bekas presiden Umno itu hanya menganggukkan kepala.
Ini kerana perdana menteri interim dicadangkan bagi menyakinkan rakyat dalam menghadapi pilihan raya akan datang  kerana Anwar sedang dipenjarakan.
Beliau diminta pandangan ketika berjalan  menuju ke kenderaannya selepas menghadiri siri ceramah Semarak bagi peringkat Wilayah Persekutuan yang diadakan di padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru malam tadi, yang turut dihadiri Presiden Bersatu,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Ditanya berkaitan kajiselidik yang diumumkan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli semalam, yang dilakukan Invoke Malaysia, Dr Mahathir berkata, Pakatan Harapan tidak wajar "syok sendiri."
"Bila menang boleh buatlah, kalau belum menang nak bubuh nama sendiri itu syok sendiri," ujarnya.
Semalam Rafizi mendedahkan dapatan kajiselidik Invoke Malaysia menunjukkan Anwar mendapat sokongan paling banyak, iaitu 23.5%, diikuti Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan undian 17.6%.

Najib Razak antara lima pemimpin dunia paling tak popular

GELANG PATAH, 24 MEI: “Rakyat Malaysia tidak tahu mahu ketawa atau menangis!” itu reaksi Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang apabila mendapat khabar bahawa Datuk Seri Najib Razak ‘duduk sebaris’ dengan Donald Trump sebagai pemimpin dunia paling tidak popular.
Majalah berita antarabangsa TIME dalam satu artikel semalam menyenaraikan Perdana Menteri Malaysia itu sebagai antara lima pemimpin dunia yang kurang popular berbanding Presiden Amerika Syarikat berkenaan.
Ironinya, pada hari sama penerbitan artikel itu, Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengumumkan kerajaan pimpinannya sebagai kononnya kerajaan nombor satu di dunia semasa pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Bagaimanapun, kata Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, tahap populariti Najib Razak itu bukanlah perkara yang begitu mengejutkan kerana Presiden UMNO itu memang telah dibuktikan kurang disenangi rakyat melalui pelbagai tinjauan tempatan mahupun antarabangsa.
Sebagai contoh, katanya pada Februari tahun ini, hasil tinjauan kumpulan pemikir kerajaan negeri Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati Najib Razak merupakan perdana menteri paling tidak popular dalam sejarah negara.
“Dapatan itu juga selari dengan tinjauan yang lain, seperti tinjau Edelman Trust Barometer 2017 yang mendapati bahawa tahap kepercayaan rakyat Malaysia terhadap institusi penting, termasuk kerajaan, telah menurun.
“Jadi, siapa yang rakyat Malaysia akan percaya? – Najib atau tinjauan-tinjauan antarabangsa dan tempatan berkenaan?” katanya.
Artikel TIME menyebut ‘global kleptokrasi’ dan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bagi merampas lebih AS$1 bilion dana yang diselewengkan daripada syarikat pelaburan bermasalah negara, 1MDB sebagai punca populariti merudum Najib Razak.

Ahli Politik Rasuah: Kesal SPRM tidak ambil tindakan


Teresa Kok

SEMUA pihak tidak boleh menerima penjelasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak mahu bertindak terhadap ahli politik sebelum PRU14.
Menurut Naib Presiden DAP, Teresa Kok, keputusan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan SPRM kerana ia tidak mampu meyakinkan orang ramai ketelusan badan berkenaan.
"Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mungkin telah mengabaikan kenyataannya itu yang boleh menjejaskan imej SPRM sendiri.
"Tindakan dibuat menyebabkan orang lain beranggapan kenapa ahli politik boleh menerima 'layanan istimewa' seperti itu?" kata Teresa menerusi kenyataannya yang disiar dalam GuangMing Daily.
Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, SPRM perlu berani dan bersifat bebas serta profesional supaya agensi itu diyakini dan efektif membanteras rasuah.
"Kenyataan Dzulkifli hanya menyebabkan masyarakat tertanya-tanya sebarang kemungkinan bahawa SPRM menerima tekanan politik untuk menjalankan tanggungjawab mereka.
“Saya harap SPRM dapat menjalankan tugas tanpa rasa bimbang dan pilih kasih. Tak perlu tunggu selepas pilihan raya untuk bertindak,” katanya.
Dzulkifli sebelum ini dilaporkan berkata, suruhanjaya itu memutuskan tidak bertindak terhadap ahli politik sebelum PRU14 kerana ia mungkin digunakan sebagai bahan kempen, susulan siri tangkapan terhadap penjawat awam sejak akhir-akhir ini.
Namun, Dzulkifli mengingatkan agar setiap parti memastikan calon mereka benar-benar bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa.