Jumaat, 26 Mei 2017

Mampukah Najib berbohong kepada 30 juta rakyat Malaysia?

KUALA LUMPUR, 25 MEI: Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang bakal menyaksikan ‘timbul-tenggelam’ nasib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sama ada akan terus mempimpin ataupun tewas.
Keputusan pilihan raya itu juga kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang akan menentukan adakah Najib boleh ‘memperdayakan’ 30 juta rakyat Malaysia dengan skandal puluhan billion ringgit penggubahan wang haram 1MDB yang menyebabkan negara dilabel sebagai ‘negara kleptokrasi golobal’.
Bagaimanapun, segala skandal Najib itu katanya cuba ditutup dan dialih dengan isu-isu berbaur perkauman.
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan mengarut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam blognya semalam.
Dakwaan palsu itu antara lain menyebut pilihan raya akan datang merupakan pertarungan antara kerajaan yang dipimpin UMNO dan kerajaan yang dipimpin DAP.
“Ini salah satu taktik dan strategi yang digunakan pemimpin dan propagandis UMNO-Barisan Nasional (BN) untuk memperdayakan rakyat Malaysia seolah-olah skandal 1MDB dan kleptokrasi tidak kena mengena dengan pilihan raya umum ke-14,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, tulisan di blog Salleh itu merupakan sebahagian ‘rancangan besar’ untuk memesongkan gambaran sebenar PRU ke-14 kepada kononnya pertembungan antara orang MElayu dan Cina; antara orang Islam dan bukan Islam.
Namun ujarnya, skandal 1MDB yang menghantui kerajaan UMNO saat ini terlalu besar dan tidak mampu lagi disorok lagi dengan apa cara sekalipun.

Jangan biarkan Malaysia terjerumus dalam radikalisme – Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR, 26 MEI: Sikap fanatik yang menjerumuskan manusia ke dalam kancah huru-hara merupakan hasil dari bibit-bibit kebencian, ketakutan, sikap tamak kelompok tertentu demi kepentingan politik dan kuasa.
Sudah tentu, jalan ekstrem itu muncul dari hilangnya pertimbangan kemanusiaan apabila sanggup menggadaikan sikap toleransi dan wasatiyyah yang merupakan tonggak keamanan negara dan masyarakat.
Malang lagi apabila sebahagian dari rakyat negara ini gagal untuk memahami konsep demokrasi yang meraikan kepelbagaian pendapat mengikut lunas-lunas Perlembagaan apabila menyalahgunakan ruang kebebasan itu dengan menabur kebencian dan fitnah.
“Di saat rakyat Malaysia bersedih dengan huru-hara di Manchester, Mindanao dan Jakarta yang dilanda pengeboman dan darurat, kita tidak boleh leka membiarkan negara ini terjerumus ke kancah politik kebencian yang mengatasnamakan bangsa dan agama,” kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan radikal sebuah akaun facebook ‘DAP Laknatullah’ yang telah mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap Ahli Majlis DAP Selayang, Edry Faizal Eddy Yusof.
Dalam ugutannya terhadap Edry, pengendali akaun tersebut memuat naik imej dengan kenyataan fitnah kononnya Edry berkata: ‘SEJARAH 13 MEI HANYA SATU DONGENG. GENERASI MUDA PATUT LUPAKAN SEJARAH 13 MEI. DAP TIADA KAITAN’.
Dalam masa yang sama pengendali akaun itu turut memuat naik statusnya: “Apakata kalau Tragedi 13 Mei berlaku lagi..?? Kali nie cari hawau anjing Democratic Action Party pastu kita lanyak dan salai dia hidup2”.
Apa yang menghairankan, walaupun laporan polis telah dibuat, akaun ‘DAP Laknatullah’ itu bukan sahaja masih aktif malah mengecam tindakan Edry membuat laporan polis.
“Adakah individu atau pihak yang bertanggungjawab mengendalikan akaun facebook ‘DAP Laknatullah’ itu dilindungi?
“Bayangkan apa akan berlaku jika wujud sebuah akaun facebook atau laman sesawang ‘UMNO Laknatullah’ yang memuat naik ancaman dan fitnah terhadap pemimpin-pemimpin UMNO termasuk ugutan bunuh terhadap mereka, apa tindakan polis jika ada laporan dibuat?

Imej SPRM tidak akan bersih selagi tidak selesai kes 1MDB, SRC International

KUALA LUMPUR, 26 MEI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menunjukkan keberkesanan dalam menjalankan tugasnya melalui penangkapan individu berprofil tinggi sejak akhir-akhir ini.
Bagaimanapun usaha membersihkan imej SPRM kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua tidak akan mencapai matlamatnya selagi dilihat ‘menjadi alat’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila skandal mega melibatkan 1MDB dan SRC International tidak diselesaikan.
Sebagai perbandingan, katanya, pihak berkuasa Singapura dalam tempoh setahun lalu telah mendakwa ramai individu yang kemudiannya didapati bersalah terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram yang dipindahkan melalui sistem perbankan negara itu.
Terbaru, katanya, seorang remisier didapati bersalah memberi suapan sebanyak S$3,000 kepada seorang penyelidik bagi menyediakan laporan positif kepada cadangan pengambilalihan Petrosaudi Oil Services Limnited (PSOSL) bernilai AS$2.4 bilion oleh 1MDB.
Manakala di Malaysia pula,  siasatan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendapati pindahan itu tidak mematuhi arahan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, selain tidak teratus serta gagal ujian urus korporat jelas Tony lagi.
“Mengapa ketika pihak berkuasa Singapura bertindak melakukan pendakwaan dan sabitan terhadap mereka yang didapati bersalah ekoran pindahan tersebut, di Malaysia pula SPRM tidak hampir sikit pun menyelesaikan siasatannya.
“Malah, Ketua Pesuruhjaya SPRM telah berkali-kali enggan mengesahkan sama ada siasatan ada dibuat terhadap pihak yang terlibat dalam skandal 1MDB yang mana telah menyusahkan rakyat Malaysia dengan bebanan hutang sebanyak RM42 bilion,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kesannya, kekerapan tangkapan yang dilakukan SPRM tidak akan mengubah tanggapan rakyat terhadap agensi itu yang dilihat berat sebelah apabila hanya mengambil tindakan terhadap “anak ikan dan bukannya jerung gergasi”.
“Lebih-lebih lagi apabila kita sedia maklum, yang mana tidak dinafikan perdana menteri, Najib Razak sendiri bahawa sekurang-kurangnya AS$731 juta yang berasal daripada 1MDB dan RM69 juta berasal daripada SRC International Sdn Bhd telah masuk ke akaun Ambank Bhd miliknya,” katanya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad sebelum ini berkata agensi itu tidak akan mengambil tindakan terhadap ahli politik yang rasuah sebelum pilihan raya umum (PRU) ekoran bimbang ia dijadikan modal berkempen. Beliau juga menepis dakwaan tindakan itu sebagai piluh kasih.
“Itu bukan pilih kasih. Cuma ambil masa sedikit. Jika kita tidak ambil tindakan terus, itu pilih kasih,” katanya seperti dilaporkan media.

Kumpulan pro PAS-UMNO keluar kata kesat depan masjid, tampar, hina bekas tentera

GEORGE TOWN, 26 MEI: Perhimpunan sekumpulan NGO pro PAS-UMNO hari ini yang bertujuan memburuk-burukkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di hadapan Masjid Simpang Enam dekat sini bertukar kecoh.
Insiden tercetus apabila kumpulan itu tidak berpuas hati dengan pegawai penerangan Ketua Menteri, Mejar Zaidi Ahmad yang cuba berkomunikasi dengan seorang bekas pemimpin pemuda PAS yang sedang memberikan ucapan.

Melalui rakaman video yang dimuatnaik di laman Youtube oleh NSTonlinetv, Zaidi telah ditolak ke belakang oleh penyokong kumpulan tersebut.
Lebih mengejutkan, salah seorang penyokong kumpulan itu mula berang dan bertindak menampar Zaidi.
Dalam rakaman yang disiarkan di FreeMalaysiaToday, Zaidi sempat bertanyakan soalan.
“Dia tuduh kerajaan negeri, tu aku nak tanya fatwa apa yang dihalang?” soalnya.
Perkataan ‘bodoh punya tentera’, ‘makan dedak bab* banyak sangat’ ‘hei lembu’, ‘bangang’ kemudiannya dilontarkan kepada Zaidi ketika beliau diiringi keluar oleh seseorang yang dipercayai anggota keselamatan berpakaian preman keluar dari kawasan tersebut.
Himpunan dianjurkan oleh NGO yang menamakan diri mereka sebagai  Jaringan Muslimin Pulau Pinang itu dibuat bagi membantah kononnya wujud campurtangan kerajaan negeri dalam urusan fatwa di negeri itu.
Isu tersebut bagaimanapun telah dijawab sendiri oleh Mufti Kerajaan Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor pada Januari lalu.
Menurutnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah campur tangan atau menghalang sebarang pewartaan fatwa negeri itu.
“Saya amat berharap agar ahli-ahli politik khasnya dan masyarakat amnya dapat menghormati fatwa yang diputuskan oleh mana-mana AJK Fatwa di negara ini sama ada di peringkat Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan mahupun fatwa negeri-negeri.
“Masyarakat hendaklah memahami bahawa keputusan fatwa dibuat berdasarkan kaedah-kaedah tertentu di samping mempertimbangkan kepentingan awam dan situasi sekeliling,” jelasnya.

Pensyarah Melayu bodohkan Melayu ibarat pegar makan padi

Khalid SamadKhalid Samad
Saya telah menerima beberapa mesej Whatsapp melalui berbagai grup Whatsapp mengenai isi kandungan buku YB Hanna Yeoh, "Becoming Hanna".
Petikan-petikan yang dikemukakan bertujuan untuk membuktikan bahawa YB Hanna dan parti DAP itu sendiri ingin mengkristiankan Malaysia. Pensyarah Melayu yang bernama Dr Kamarul Zaman Yusoff mendakwa tulisan YB Hanna adalah satu pendedahan agenda DAP sebenar!
Amat sedih apabila 'cendekiawan' Melayu berusaha membodohkan Melayu. Ini yang dikatakan "harapkan pegar, pegar makan padi".
Saya yakin sebagai seorang yang berpendidikan, Dr Kamaruzaman mampu membezakan di antara keyakinan keagamaan seseorang ahli dan dasar parti politik yang disertainya. Namun dia sengaja putar-belit fakta sebenar supaya akan tercapai matlamat politik tertentu. Sedih, tetapi itulah hakikatnya.
Hanya yang terlalu bodoh akan mendakwa DAP sebagai parti politik yang beragenda mengkristiankan masyarakat Malaysia berdasarkan buku kisah hidup Hanna Yeoh! Bagaimana mungkin ada yang tak mampu membezakan agama seseorang ahli parti dan dasar parti yang disertainya boleh menjadi pensyarah universiti? Pensyarah dalam bidang politik pula!
Untuk menangkis dakwaan songsang 'profesor kangkung' ini, kita hanya perlu melihat kepada barisan kepimpinan DAP. Adakah semua pimpinan dan ahli DAP beragama Kristian? Sekiranya ya, harap beritahu saya.
YB Gobind Singh Deo ialah Kristian mazhab apa? YB Sivakumar, bekas Speaker Perak ialah seorang yang beragama Hindu. Adakah wujud mazhab Kristian yang berpegang kepada agama Hindu? Kebodohan yang menakjubkan. Amat malang kebodohan ini ditaja oleh seorang pensyarah Melayu supaya disebarkan di kalangan orang Melayu. Nak jadikan Melayu bodoh, bukan nak tambahkan Melayu dalam kepandaian.
Buku YB Hanna menceritakan mengenai dirinya sendiri, fahamannya, nilai-nili hidupnya, cita-citanya dan liku-liku hidup yang telah dilaluinya. Ia tiada kena-mengena dengan dasar perjuangan politik partinya iaitu DAP.
Biasanya kalau nak faham mengenai dasar perjuangan sebuah parti politik, maka perlembagaan parti tersebut adalah rujukannya. Mengikut profesor ini, untuk mengetahui perjuangan DAP, buku kisah hidup YB Hanna adalah rujukannya! Tidakkah ianya kelakar? Lebih kelakar lagi apabila ada yang percaya dakwaannya.
Islam tidak menghalang orang bukan Islam berpegang teguh dengan agama mereka dan mengamalkan ajaran-ajarannya. Itulah keadilan Islam. Malangnya ada yang beranggapan bahawa bukan Islam yang hidup di 'negara Islam' mesti "mengakui Islam adalah agama sebenar"!
Saya masih ingat lagi semasa bertaraf mahasiswa di universiti, ada 'ustaz-ustaz jadian' yang mendakwa itulah ajaran Islam. Saya tak hairan berdasarkan kupasannya terhadap buku YB Hanna, sekiranya profesor ini beranggapan begitu juga! Sikap dan kefahaman sebegini menjatuhkan imej Islam. Betapa ramai yang menganggap dirinya berkhidmat untuk Islam tetapi sebaliknya meruntuhkan imej Islam.

Halang Kuliah: 'Mungkin AJK masjid tak berkenan pada Ahmad Awang' - PJ Selangor

Sekatan terhadap bekas pegawai kanan Pusat Islam, Ahmad Awang, mungkin dibuat atas pertimbangan pihak pengurusan masjid dan surau kata seorang pemimpin kanan PAS hari ini.
Kata Sallehen Mukhyi, keputusan membenarkan atau mengetepikan seseorang guru agama menyampaikan pengajian terletak di tangan jawatankuasa masjid dan surau.
"Mungkin pihak masjid tidak berkenan dengan beliau," katanya kepada Malaysiakini.
Sallehen diminta mengulas status bekas naib presiden PAS itu yang mendakwa diketepikan berbelas masjid dan surau sejak bertanding melawan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2015.
Sesetengahnya sudah memberikan ruang kepada Ahmad menyampaikan kuliah berpuluh tahun.
Ahmad bagaimanapun kalah dan diketepikan daripada arus perdana PAS. Beliau bersama sejumlah pemimpin kanan parti itu kemudian menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).
Perkembangan itu dipercayai ada kaitan dengan pendirian politik Ahmad kerana sebahagian daripada anggota jawatankuasa masjid dan surau di Selangor diisi oleh ahli atau penyokong PAS.
Sallehen yang baru dilantik sebagai pesuruhjaya PAS Selangor menjelaskan terpulang kepada pihak jawatankuasa masjid atau surau membuat keputusan mengenai siapa yang dibenarkan menyampaikan kuliah di tempat mereka.
"Kita tak boleh campur tangan dalam soal pentadbiran masjid sebab ia mempunyai pentadbiran sendiri.
"Mereka berhak untuk menentukan siapa yang hendak memberikan kuliah," katanya.
Tak boleh, tak bolehlah
Mengulas lanjut, Sallehen menegaskan soal pengurusan pengajian agama di Selangor tidak dikawal oleh mana-mana parti politik.
"Sebenarnya kuliah dan pengajian agama di Selangor tidak dikawal oleh mana-mana parti dan ia dibuat terus oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
"Jadi, kalau dia mengatakan ada guru-guru agama yang berkaitan dengan Tuan Guru Hadi (menggantikannya) ini bukan perancangan di peringkat Mais.
"Mungkin kebetulan sahaja dia ada hubungan tetapi penilaian kuliah-kuliah bukan berdasarkan kepada itu tetapi daripada tauliah Mais," tegas Sallehen.
Sallehen yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak berkata adalah lebih baik Ahmad bertanya sendiri kepada pihak pentadbiran masjid dan surau berhubung perkara tersebut.
"Bukan Ahmad seorang, bahkan ramai lagi yang ada tauliah tapi disekat, jadi mereka perlu menerima hakikat dan menempatkan diri untuk disenangi oleh pihak masjid," katanya.

Mejar (B) Zaidi Ahmad kena tampar depan masjid oleh samseng walaun...!!

Seorang bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditampar peserta himpunan membantah campur tangan kerajaan Pulau Pinang di George Town hari ini.
Zaidi Ahmad yang kini menjadi pegawai penerangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dilaporkan cuba membuat provokasi ketika bekas ketua pemuda PAS negeri itu, Mohamed Hafiz Nordin, menyampaikan ucapan.
Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di Masjid Simpang Enam kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Portal itu melaporkan Mohamed Hafiz kini mengetuai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP).
Tindakan Zaidi itu didakwa dihalang beberapa peserta sebelum seorang daripada mereka menjadi berang dan menampar mukanya.
Bagaimanapun, kekecohan itu dikawal dengan bantuan anggota polis yang berada di tempat kejadian.
Sementara itu Zaidi berkata, dia tidak terjejas dengan insiden berkenaan malah menganggapnya sebagai perkara biasa yang perlu dilaluinya.
Bagaimanapun dia yang berpangkat major semasa menganggotai TUDM di Butterworth itu menafikan membuat provokasi semasa Mohamed Hafiz berucap.
"Saya berada di masjid itu ketika Hafiz berucap menuduh kerajaan Pulau Pinang campur tangan dalam fatwa negeri. Jadi saya bertanya kepada dia," katanya kepada Malaysiakini.
Menurut Zaidi, dia cuma ingin tahu fatwa mana yang ada campur tangan kerajaan negeri, tapi tiba-tiba dia diserang.
Tidak terganggu dengan insiden itu Zaidi cuba bertanya kepada Mohamed Hafiz itu lagi namun perhimpunan berkenaan tamat kira-kira 10 minit kemudian.
Bangkit isu dakwat SPR
Ditanya sama ada akan mengambil tindakan ke atas penyerangnya, Zaidi berkata, tiada cadangan untuk berbuat demikian.
"Dia pun orang dah tua," katanya.
Mohamed Hafiz (gambar) adalah seorang daripada pemimpin pemuda PAS Pulau Pinang yang tidak senang dengan kerjasama parti itu dengan PKR sejak sebelum pilihan raya umum ke-13 lagi.
Tempatnya digantikan oleh Mohd Yusni Mat Piah yang terlibat menjadi calon ketiga di kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh pada 2013.
Kemunculan calon PAS itu disebut-sebut menyumbang kepada kemenangan BN - yang diwakili Datuk Mahmud Zakaria.
Calon kedua di kerusi itu ialah Badrul Hisham Shaharin yang dari PKR.
Mohamed Hafiz pula terlibat dalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan selain menjadi pendakwah di masjid dan surau.
Zaidi pula dibesarkan di Kepala Batas dan menjadi perhatian ramai apabila membangkitkan isu kesahihan dakwat digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada PRU ke-13 lalu.
Khidmatnya bersama TUDM ditamatkan oleh mahkamah tentera pada 2014. Zaidi sempat menyertai PAS seketika sebelum berpindah menjadi anggota Parti Amanah Negara (AMANAH).
Zaidi kemudian mengumumkan penyertaannya ke dalam DAP.

Wan Azizah nafi Tun M tak setuju pencalonan Anwar

Kali ini Jamal bawa 'pocong' ke SPR Selangor

Proton terlepas ke tangan 'orang asing', ini komen Azmin

Lagi insiden kecoh depan masjid, Mejar Zaidi kena tampar samseng walaun..!!

Ramadhan Kareem di bandar Rasul


Di tengah malam itu
Aku terkenang Madinah Bandar Rasul
Penuh cahaya bergemerlapan
Yang dibina dari keringat dan air mata
Bagaikan kilauan mutiara di malam purnama
Tidak sedar air mata mengalir menyaksikannya.
Kutulis puisi ini untuk merakamkan
Cinta kasih sedalam-dalamnya
Kepadamu ya Rasul pemimpin umat
Masjidmu yang penuh sejarah seolah-olah berkata
Di sinilah Rasul dan para sahabat memancarkan Islam
Menebarkannya ke seluruh alam.
Aku seperti terdengar engkau berkata
Dengan penuh kasih sayang,
Selamat datang umatku, selamat datang umatku
Kasihmu kepada umat ini seperti air mengalir dari gunung
Bersih, jernih dan tenang tidak putus-putusnya.
Di Raudhatul Jannah aku berdiri di tepi makammu
Seperti tidak mahu beredar dari situ
Terkenang perjuanganmu, kepimpinanmu,
Jihadmu, tarbiyah dan dakwahmu
Bagai arus mengalir dan mengalir
Ke seluruh alam sepanjang zaman.
Azan yang berkumandang
Di Ramadhan Kareem di masjidmu
Mengingatkan aku Bilal Ibnu Rabah
Insan berkulit hitam bersuara merdu,
Bilal yang sabar dan tabah
Menjadi sahabat karibmu.
Dan aku juga terbayangkan
Engkau menyampaikan pesan di mimbarmu
Supaya umat ini mempertahankan Islam
Dengan nyawa dan harta
Jangan seorangpun yang menyerah kalah
Kerana umat ini pewarisnya hingga akhir zaman.
Bukanlah lapar dan dahaga yang menjadi derita umat
Tetapi kejahilan dan nafsu serakah
Menewaskan mereka.
Ya Rasul, kami menyahut amanatmu
Gemerlapan purnama di langit Madinah ini
Menjadi saksi
Ya Rasul yang mulia kami memohon syafaatmu.

Abd Shukur Harun

Marhaban Ya Ramadan! Tazkirah untuk sang penguasa

Salam Ramadan & Sejahtera buat semua petang Jumaat ini...
Pastinya hati dan jiwa ini keseronokan untuk mendakap kedatangan Ramadan. Ya sudah 12 bulan tidak ketemuan, rindu-rinduannya membara teramat sangat.
Namun, hati kecil ini memasang niat...
"Ya Allah Kau tunjukkanlah satu kelainan buatku pada Ramadan kali ini... Memang tabiat diri ini sentiasa inginkan mempelajari sesuatu yang baru... teringat pesanan lisan Nabi Junjungan, "Menyamakan dua hari itu sudah cukup kau tertipu."
Nah, apatah lagi 'menyamakan' Ramadan pada setiap tahun?
Tersentap seketika menekuni ayat-ayat Allah pagi Jumaat tadi dari Surah Al-Baqarah... seolah-olah membacanya buat pertama kali... bermula ayat2 As-Siyam (Puasa)...
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." (Surah Al-Baqarah: 183)
Sementara ayat di atas dan ayat-ayat berikut sudah lazim dibaca buat kesekian kalinya, Allah jadikan segala tumpuan mata-hati dan jiwa serta intelek ini kepada ayat 188 berikutnya. Tetiba persis baru diturunkan atau ditanzilkan Allah SWT buat pertama kali.
Ya, pada pagi Jumaat di ambang Ramadan ini, saya mengajak diri ini pertama-tamanya dan semua, untuk mengambil segala peringatan-penegasan dari Allah.
"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." (Surah Al-Baqarah:188)
Ayat ini semacam menerjah seolah-olah buat pertama kalinya, tentang satu kemungkaran dan dosa yakni rasuah, salahguna kuasa, curi-rompak-songlap, yang mesti dibanteras dalam diri kita ini buat menjamin pencapaian 'At-Taqwa' sebagai matlamat berpuasa.
Sejujurnya, saya mengingatkan diri ini supaya tidak 'mempolitikkan' topik ini dengan menyebut perihal 1MDB, MARA, FGV, TH, Jabatan Air Sabah atau laporan Ketua Audit Negara. Saya cuba kekalkan menulis secara ilmiah dan objektif untuk berkongsi sedikit pencerahan.
Nah, kalaulah Tarbiyah Ramadan ingin mencapai maksud dan tujuan (Maqasid) ibadah ini sebenar-benarnya yakni At-Taqwa, maka perlu difahami dan dihayati secara iltizam-bersungguh, perihal prasyarat untuk menyempurnakan konsep 'at-Taubah' (taubat).
Ringkasnya perihal taubat dalam beberapa ayat Allah yang menunjuk kepada beberapa prasyarat.
Antara lain bagi taubat setelah berlaku perbuatan dosa, dalam konteks ini; kemungkaran dan gejala rasuah, salah guna kuasa serta pecah amanah, mestilah pertama-tamanya mempastikan:
i. Mengiktiraf ('iktiraf) perlakuan dan dosa yang dilakukan.
ii. Mesti ada unsur Islah atau penambahbaikan atau koreksi (Aslahu) dan;
iii. Membuktikan (Bayyanu) dan komitmen untuk meninggalkan kemungkaran dan dosa tersebut. Jangan diulang.
Ramadan wajar mendidik jiwa-jiwa ini untuk membanteras ketamakan (greed) dan sifat tidak amanah (dishonesty) dalam menjalani kehidupan khasnya dalam tadbir-urus negara dan pemerintahan.

2 wakil rakyat ‘bodoh’ tampil pertikai Zuraida

Siapa lebih pandai, soal ahli Parlimen Sungai Siput yang menjual AP miliknya untuk membayar staf dan sukarelawan.
rafizi-jeyakumarPETALING JAYA: Dua pemimpin pembangkang hari ini tampil sebagai wakil rakyat “bodoh” yang tidak membeli kereta menggunakan permit import (AP) yang diberikan kepada mereka sebagai wakil rakyat.
Ia selepas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mempertahankan beberapa kenderaan mewah yang dimilikinya.
“Saya sebagai ahli Parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu,” kata ahli Parlimen Ampang itu dipetik Sinar Harian, menjawab dakwaan beliau memiliki pelbagai kereta mewah.
Susulan itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang juga ahli Parlimen Pandan memuat naik sindiran tajam dalam mengumumkan dirinya tidak menggunakan AP.
“Saya adalah antara ahli Parlimen yang bodoh kerana tak pakai AP. Sekian dimaklumkan,” katanya dalam muat naik di Twitter.
‘Jual AP lebih pandai’
Seorang lagi wakil rakyat yang dihubungi FMT berkata seseorang wakil rakyat “lebih pandai” sekiranya tidak mengambil manfaat daripada AP.

KESEDIHAN TUN MAHATHIR DAN MALAYSIA JUAL SATU, CHINA DAPAT DUA

Tidak sukar memahami kesedihan Tun Mahathir Mohamad berikutan penjualan saham Proton sebanyak 49.9 peratus kepada sebuah syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd kerana syarikat kereta nasional itu adalah ibarat 'anaknya'  yang selama ini diasuh dan dibesarkan, tetapi kini sudah pun berpindah milik ke tangan asing.

Bekas Perdana Menteri itu turut membayangkan, dengan Proton pun boleh dijual kepada China, ia adalah permulaan kepada penjualan lebih besar aset-aset yang lain semata-mata untuk menyelamatkan negara daripada hutang yang bertimbun.

"Tiada cara lain bagi kita untuk mendapatkan berbilion ringgit untuk membayar hutang. Satu-satunya cara adalah dengan menjual aset-aset yang ada.

"Dan akhirnya kita akan kehilangan negara kita, sebuah negara hebat, tetapi dimiliki orang lain," kata Tun Mahathir dalam tulisan di blognya semalam.

Beliau seterusnya tidak menafikan Proton mampu terbang lebih tinggi menyaingi Rolls Royce atau Bentley serta dijual ke seluruh dunia selepas pemilikan Geely ini, tetapi ia tidak lebih umpama kita berbangga dengan Singapura yang pernah menjadi sebahagian daripada Malaysia suatu ketika dahulu, tetapi sekarang bukan lagi menjadi milik kita.

Bagi Tun Mahathir, penjualan banyak aset dan pemberian tanah dan kontrak kepada syarikat-syarikat China adalah kerana negara yang dipimpin Najib Razak sekarang terbelenggu dengan hutang meninggi yang tidak mampu lagi untuk dilangsaikan.

Selagi Najib terus dengan gayanya yang boros dan suka berhutang itu, Malaysia mungkin sukar mengelakkan daripada terus menjual, menjual dan menjual.

Hari ini Proton yang hilang, esok lusa entah apa lagi atau mungkin sudah ada senarai harta-harta yang sedang menunggu masa saja untuk bertukar hak miliknya.

Sebab itu, diakhir tulisan di blognya, Tun Mahathir terlihat amat sedih dan seperti merintih pilu, "Saya memang lembik. Saya menangis walaupun rakyat Malaysia tidak menitiskan air mata. 'Anak'  saya hilang. Dan tidak lama lagi negara saya. Sila maafkan saya."

Siapa di sebalik syarikat Godfrey bayar RM1 juta kepada pelobi Trump?

Wong Chen mahu Putrajaya tampil menjelaskan sama ada syarikat itu milik kerajaan.
wong-chen_whita-house_6001
KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin kanan PKR hari ini mahu kerajaan menjelaskan hubungannya dengan sebuah syarikat yang membayar AS$250,000 (RM1.07 juta) kepada seorang bekas pegawai kempen Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, seperti didedah dalam dokumen difailkan dengan pihak berkuasa negara itu baru-baru ini.
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen yang juga mengetuai biro pelaburan PKR, mahu tahu sama ada Godfrey Group Ltd yang dinamakan oleh seorang pelobi dalam pengisytiharannya kepada Jabatan Kehakiman AS (DoJ), dimiliki kerajaan Malaysia.
Sekiranya ya, Wong Chen berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan siapa meluluskan pembayaran itu, dan sekiranya tidak, beliau perlu menjelaskan mengapa kerajaan membayar kepada pelobi.
“Apa agenda tersembunyi tindakan itu? Apakah faedah yang diterima Godfrey daripada kerajaan persekutuan?” soalnya, sambil menambah beliau berharap wang tersebut bukan bertujuan mempengaruhi Washington dalam tindakan DoJ terhadap 1MDB.
Portal berita AS The Daily Beast melaporkan syarikat The 45 Group milik Healy Baumgardner-Nardone, yang pernah menyertai pasukan kempen Trump, mengisytiharkan menerima RM1.07 juta daripada sebuah syarikat beralamat di Johor Bahru dan juga Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Pengisytiharan itu wajib di bawah Akta Pendaftaran Ejen Asing, di mana sesiapa yang terlibat melobi penjawat awam AS perlu mendedahkan butiran kepada DoJ.

Zombie dan hantu lain temani Jamal protes di SPR

Ia sebagai simbolik kepada dakwaannya mengenai kemasukan 'pengundi hantu' ke kerusi Sekinchan yang disandang DAP.
jamal_zombi
SHAH ALAM: Datuk Seri Jamal Md Yunos kembali dengan gimik protes terbarunya hari ini, kali ini ditemani hantu kubur ala-zombie di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor untuk membantah apa yang didakwanya kemasukan “pengundi hantu” ke kerusi DUN Sekinchan.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu mendakwa, pemindahan nama pengundi Sekinchan, yang dikuasai Adun DAP Ng Suee Lim, bermula sejak pilihan raya umum ke-11 (PRU11) pada 2004.
“Bagaimana mereka memindahkan pengundi ini ke kawasan yang mereka lihat mereka mampu untuk menang.
jamal_zombi123“Contohnya, kawasan yang mana majoriti kemenangan BN berjumlah 200 hingga 300 ataupun bawah 1,000 bermula PRU11, PRU12 dan secara besar-besaran pada PRU13,” katanya selepas menyerahkan memorandum bantahan.
Jamal yang juga pemimpin Gerakan Merah mendakwa kawasan Ng, yang merupakan Adun 3 penggal, bertambah jumlah pengundinya bermula PRU11.
“PRU11 menang hanya berapa ratus, PRU12 menang lebih 300, dan PRU13 beliau memperoleh majoriti 2,200.
“Dan kalau dilihat daripada 14,000 pengundi di Sekinchan tersebut, hampir 10,000 pengundi Cina. Hanya ada 5,800 yang benar-benar tinggal di Sekinchan, penduduk Sekinchan, orang di Sekinchan. Selebihnya daripada luar,” katanya.

Dan pemenang pertandingan esei ‘Kit Siang rasis’ adalah…

Raja Petra dan akhbar pro-Umno Utusan Malaysia antara 29 peserta memenangi hadiah berjumlah RM50,000.
musawin1
SHAH ALAM: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa hari ini mengumumkan 29 peserta yang memenangi RM50,000 dalam pertandingan menulis karangan anjurannya mengenai pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Pertandingan esei itu bertemakan Kit Siang, untuk menjawab soalan “Rasis, anti-Islam, 51 tahun diktator, adakah benar?”
Pertandingan itu merangkumi 4 kategori iaitu penulisan artikel, penulisan blog, video dan infografik, disertai 1,200 peserta.
Antara pemenang pertandingan tersebut termasuklah penulis blog pro-Umno, Raja Petra Kamarudin, dan akhbar parti itu, Utusan Malaysia.
Sebuah video rakaman lama ucapan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa DAP rasis turut tersenarai memenangi pertandingan tersebut.
Bagaimanapun, hadiah utama berjumlah RM10,000 dimenangi kumpulan penulis yang enggan mendedahkan namanya, yang menghantar artikel bertajuk “DAP Bahaya Kepada Melayu-Islam Di Malaysia”.
Keputusan itu diumumkan oleh Datuk Yazid Othman yang mempengerusikan panel 10 hakim hari ini.
musawin123
Antara senarai penulisan yang menang ialah:
“Bahaya DAP kepada Melayu-Islam di Malaysia” (siri 16 artikel)
Penulis: Tidak ingin dinamakan.
“Lim Kit Siang – Pasimisme dan Kediktatoran Politik”
Penulis: Mohamed Firdaus Zainal
“Puad Zakarshi: Tindak-Tanduk memang rasis”
Penulis: Amizul Tunizar Termizi, Utusan Malaysia
“Dasar-dasar Kit Siang inikah yang orang Cina mahu?”
Penulis: Facebook “Anti Semua Salah Umno ASSU”
“Easy to Prove Kit Siang is Anti-Islam, Anti-Malay, Anti-Monarchy”
Penulis: Raja Petra Kamarudin

Anak ke-4 Anwar akan disoal siasat polis


Nurul Ilham AnwarNurul Ilham Anwar
Anak keempat bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Ilham Anwar akan disoal siasat pihak polis ekoran kehadirannya dalam Kempen Bebaskan Anwar (FAC) dua tahun lalu.
Menurut kenyataan ibu pejabat PKR, Nurul Ilham akan dirakam percakapan mengenai kehadiran beliau di perhimpunan nyalaan lilin menyokong pembebasan Anwar  yang berlangsung pada 15 Feb 2015.
Rakaman percakapan itu akan dibuat di ibu pejabat PKR pada jam  4 petang ini.
Nurul Ilham juga akan disoal siasat oleh anggota polis dari IPD Klang Utara.
Dijangka hadir mengiringi beliau ialah peguam G Manivanan yang juga Ahli Parlimen Kapar.

Amanah hormat keputusan Sultan Selangor, tetapi bimbang PAS sabotaj melalui jawatan lantikan politik.....

Amanah desak penubuhan sekretariat PH di Selangor dengan segera bagi menghalang agenda PAS di negeri itu.
Abbas-Azmi_selangor_exco_600
SHAH ALAM: Amanah bimbang ‘kemesraan’ PAS dan Umno akan mempengaruhi pentadbiran kerajaan Selangor yang diterajui Pakatan Harapan (PH) selepas keputusan Sultan Selangor semalam, bersetuju mengekalkan 3 exco parti Islam itu dalam pentadbiran.
Ketua Pemuda Amanah Selangor, Abbas Azmi percaya tindakan mengekalkan 3 exco itu dilihat sebagai strategi PAS untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Melainkan ada agenda tertentu. Kami hormat keputusan Sultan Selangor yang mahu kerajaan sekarang kekal. Tetapi kami tetap khuatir PAS boleh sabotaj kerajaan negeri. Umno ini ada niat nak kembali rampas Selangor.
“Istilah yang sesuai ialah ‘duri dalam daging’ atau ‘musuh dalam selimut’. Bagaimana sudah bercerai, tetapi tidak mahu berpisah tempat tinggal,” katanya.
Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersetuju mengekalkan 3 exco daripada PAS dalam pentadbiran Selangor sehingga PRU14.
Menurutnya, kedudukan exco itu dikekalkan demi kestabilan pentadbiran negeri dan kepentingan rakyat.
Tiga exco PAS di Selangor ialah Zaidy Abdul Talib yang memegang portfolio Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menyandang portfolio Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi.

Tindakan sekat Ahmad beri kuliah tak demokratik

Tindakan pentabdiran sesetengah masjid dan surau menyekat bekas pegawai kanan Pusat Islam, Ahmad Awang, dianggap tidak demokratik oleh Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor.
Ketuanya, Abbas Azmi, berkata tindakan itu juga seolah-olah mereka mempersoalkan keilmuan dan kredibiliti Ahmad.
"Bagi kami ia adalah tindakan tidak demokratik untuk menyekat seorang insan bernama Ahmad Awang yang terbukti kredibilitinya sebagai seorang pendakwah serta bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia," katanya pada sidang media di pejabat AMANAH Selangor di Shah Alam, hari ini.
Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Ahmad memberitahu berbelas masjid dan surau mengetepikan namanya daripada senarai penceramah tetap sejak kira-kira dua tahun lalu.
Malah kata Ahmad, ada tempat tertentu enggan lagi memberi ruang kepadanya mengajar selepas lebih 20 tahun menyumbang pengetahuannya di situ.
Isu itu berlaku selepas Ahmad menerima pencalonan untuk bertanding jawatan presiden PAS pada pemilihan parti itu pada 2015.

Banteras rasuah, ketirisan boleh tampung perbelanjaan negara




Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menjelaskan bagaimana usaha membanteras rasuah dan ketirisan mampu menampung perbendaharaan negara walaupun setelah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dihapuskan.
Beliau menjawab dakwaan sesetengah pihak bahawa wang dari kes-kes rasuah dan ketirisan tidak boleh dikembalikan dan apabila GST dihapuskan, kerajaan tetap akan kekurangan dana yang akan menjejaskan operasi kerajaan.
"Sebenarnya saya dan rakan-rakan di National Oversight and Whistleblowers (NOW) telah membuat satu kajian akademik yang menggunakan kaedah statistik dan matematik untuk menganggarkan berapa penjimatan yang realistik setiap tahun sekiranya pembaziran dan ketirisan dapat dikawal.
"Untuk mengetahui berapa kuantum penjimatan yang realistik, kami perlu menganggarkan terlebih dahulu tahap pembaziran dan ketirisan kerajaan.
"Kaedah yang kami bangunkan diterbitkan di dalam satu buku terbitan NOW yang bertajuk “Indeks Pembaziran Kerajaan” yang diterbitkan tahun lalu," jelas beliau.
Menurut Rafizi, Indeks Pembaziran Kerajaan (IPK) adalah satu peratusan ketirisan dan pembaziran perbelanjaan kerajaan berdasarkan data-data rasmi.
Dalam proses ini, segala maklumat pembaziran, ketirisan dan kerugian yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara di dalam Laporan Ketua Audit Negara dikatalogkan mengikut jenis dan jumlah.
Setiap kes pembaziran ini, ujarnya disemak dengan membandingkan jumlah kerugian yang dikenal pasti dengan jumlah peruntukan yang dikendalikan oleh jabatan atau kementerian tersebut.
Beliau menambah, kaedah statistik digunakan untuk menganggarkan saiz peruntukan yang terdedah kepada ketirisan dan penyelewengan mengikut jabatan/kementerian dan kemudiannya dijumlahkan bagi mendapat angka keseluruhan.
"Berdasarkan data-data yang terkandung di dalam Laporan Ketua Audit, keputusan IPK menunjukkan anggaran pembaziran purata bagi tahun 2014 ialah 15.5% dari perbelanjaan kerajaan yang tidak melibatkan gaji atau kenaan tetap yang seumpama dengannya.
"Bila IPK pada paras 15.5% ini dipadankan dengan anggaran jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan (yang tidak melibatkan gaji atau kenaan tetap) bagi 2017 yang dianggarkan berjumlah RM136 bilion, ada potensi jumlah penjimatan sebanyak RM21 bilion," ujarnya.

Separuh hasil kutipan GST untuk bayar faedah hutang kerajaan Umno@Bn

Bajet Negara 2017Bajet Negara 2017
Dianggarkan RM29 bilion terpaksa dibelanjakan kerajaan BN untuk membayar faedah hutang bagi tahun 2017 dan ia melebihi separuh wang hasil cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikutip kerajaan.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, setakat April 2017 jumlah hutang Kerajaan Persekutuan seperti yang disiarkan oleh Perbendaharaan adalah sebanyak RM649 bilion.
Dari jumlah itu, katanya bentuk hutang terbesar negara adalah kertas hutang kerajaan Malaysia (MGS) pada jumlah RM357 bilion, diikuti dengan kertas hutang terbitan pelaburan kerajaan (GIIs) sebanyak RM235 bilion.
"Hutang-hutang dalam bentuk kertas hutang yang diterbitkan ini perlu ditebus oleh Kerajaan Malaysia bila sampai tarikh matangnya. Sementara menunggu matang, Kerajaan Malaysia perlu membayar faedah tahunan (selalu disebut sebagai 'coupon rate') mengikut kadar yang diurusniagakan di pasaran hutang," ujarnya dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya, lebih stabil sesebuah kerajaan dan lebih tinggi reputasi kewangannya, maka pelabur sanggup untuk mendapat bayaran bunga yang lebih rendah demi memegang kertas hutang tersebut.
"Jika kerajaan itu tidak dihormati dan dicurigai, pelabur tidak ada keyakinan dan kadar faedahnya pun didagangkan tinggi," jelas beliau.
Oleh sebab itu, katanya reputasi antarabangsa kerajaan Malaysia di mata pelabur adalah sangat penting kerana ia menentukan jumlah bayaran faedah yang perlu dibayar dan ditanggung oleh rakyat Malaysia.

Mana malu Zahid pada 1MDB?

Tindakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersikap terbuka dan tidak malu dengan penahanan ramai anggota polis kerana disyaki terlibat rasuah membuka tanda tanya baru, kata seorang pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH).
Menurut Dr Siti Mariah Mahmud, adakah timbalan perdana menteri itu juga "tidak malu" dengan beberapa pendedahan atau skandal lain yang melibatkan kerajaan negara ini.
Kata ketua Wanita AMANAH itu, tiada guna Ahmad Zahid menonjolkan kehebatan dirinya di depan media serta kakitangan awam dengan pengakuannya mengenai tangkapan anggota polis jika skandal berprofil tinggi lain disenyapkan.
"Memang Ahmad Zahid tidak malu mengakui bilis-bilis dari kalangan penjawat awam seperti anggota polis ditangkap kerana rasuah, tetapi rakyat lebih malu dengan pendedahan korupsi melibatkan golongan atasan seperti skandal 1MDB itu.
"Ahmad Zahid tidak boleh menggunakan hujah lemah kononnya pendedahan skandal tersebut hanyalah sebuah konspirasi asing untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Abdul Razak," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Semalam media tempatan melaporkan, Ahmad Zahid yang mengetuai Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui beliau tidak malu untuk mengambil tindakan dan enggan berkompromi terhadap mana-mana kakitangan di bawah kementeriannya yang disyaki melakukan rasuah.
Rakyat biar ada rasa malu
Kenyataan itu merujuk kepada tangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap sejumlah anggota polis termasuk pegawai kanan akhir-akhir ini.
Perkembangan itu juga mendorong Polis Diraja Malaysia melakukan rombakan dalaman secara besar-besaran.
Dr Siti Mariah berkata rakyat malu apabila KDN gagal mengawal kehadiran pekerja asing di negara ini sehingga jumlahnya dilaporkan mengatasi populasi masyarakat berbangsa India pada tahun lalu.
Jika tidak dikawal, katanya, jumlah pekerja asing itu mungkin akan menjadi lebih ramai berbanding penduduk Melayu pada 2040.

‘Reputasi SPRM terus tercemar selagi tiada tindakan ke atas 1MDB, SRC’

Di sebalik tangkapan demi tangkapan yang dilakukannya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal menangkis reputasinya sebagai alat politik kerana gagal bertindak ke atas skandal 1MDB dan SRC International, kata ahli parlimen DAP Tony Pua.
"SPRM memaparkan imej garang dalam membuat tangkapan demi tangkapan ke atas puluhan pegawai kerajaan yang korup, bermula dari pengarah syarikat utiliti, pegawai zakat kepada pegawai kanan polis di seluruh negara.
"Bagaimanapun, semua usaha ini gagal menangkis imejnya yang tercemar dan tercalar kerana menjadi alat politik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan kegagalannya menyentuh apa-apa berhubung dua skandal terbesar yang melanda Malaysia hari ini, iaiatu 1MDB dan SRC International," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau membandingkan ini dengan Singapura, di mana pihak berkuasa republik itu, dalam tempoh satu tahun, telah mendakwa dan menjatuhkan hukuman terhadap pelbagai pihak yang terlibat dalam pengubahan wang melalui sistem perbankan negara tersebut.
Sabitan terbaru di Singapura, katanya adalah terhadap rseorang emisier yang menawarkan habuan S$3,000 kepada seorang penganalisis kewangan bagi menghasilkan laporan penilaian yang baik kepada cadangan pengambilalihan Petrosaudi Oil Services Limited (PSOSL) bernilai AS$2.4 bilion oleh 1MDB.
Malah di Malaysia, beliau berkata, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah memberi amaran bahawa transaksi itu sebagai sangat tidak teratur dan gagal semua ujian tadbir urus korporat dan penelitian teliti.
"Mengapa ketika pihak berkuasa Singapura telah menyelesaikan pendakwaan dan sabitan terhadap mereka yang didapati bersalah terlibat dalam penipuan itu, tetapi di Malaysia, SPRM masih jauh daripada menyelesaikan siasatannya?
"Malah, Ketua Pesuruhjaya SPRM (Datuk Dzulkifli Ahmad) secara konsisten enggan mengesahkan jika terdapat sebarang siasatan terhadap pihak yang terlibat dalam skandal 1MDB, yang telah membebankan pembayar cukai Malaysia dengan liabiliti kewangan sebanyak RM42 bilion," katanya.
Ini adalah sebab mengapa rakyat selama-lamanya akan melihat SPRM sebagai "agensi berat sebelah" yang hanya akan bertindak terhadap "anak ikan dan bukannya jerung gergasi", katanya.
Justeru, menurut Pua, tidak kira berapa banyak tangkapan yang dibuat ke atas anggota dan pegawai polis dan agensi-agensi lain, tanggapan rakyat tetap tidak berubah.

Proton, di mana sejarah industri berat Malaysia berakhir


Proton, di mana sejarah industri berat Malaysia berakhir
Proton dan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co menandatangani perjanjian kerjasama pada minggu ini. 
WALAU bagaimana sekalipun anda melihatnya, tidak dapat dielakkan pembuat kereta negara Proton Holdings terpaksa mencari rakan kongsi dari luar negara, dan menjual pegangannya. Bukannya ia tidak pernah mencuba selama ini, tetapi akhirnya kini ia berjaya.
Jualan pegangan 49.9% kepada syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co minggu ini akan mengakhiri pencarian panjang untuk mendapatkan rakan kongsi – daripada pembuat kereta terkemuka Barat seperti Volkswagen di Jerman hinggalah ke PSA Group di Perancis.
Tetapi jualan pegangan itu secara jelasnya menjana perasaan berbaur bagi individu yang membawa penggalakan industri berat Malaysia – Dr Mahathir Mohamad – menggelarnya sebagai “penjualan hebat”.
Tetapi, pihak lain melihat langkah syarikat tersenarai dalam bursa awam itu sebagai tidak dapat dielakkan bagi membolehkan ia terus hidup, dan tidak dapat tidak, berakhirnya satu era di Malaysia.
Industri berat
Bagi Dr Mahathir, harapan terakhirnya dalam industri berat sedang berkecai. Perwaja Steel gagal dan kini Proton pula.
Ahli politik itu memegang tampuk kuasa pada 1981 dan menjelang 1983, beliau menjadikan industri berat sebagai asas dasar ekonominya. Besi dan kemudiannya, membuat kereta daripada besi, akan mengubah Malaysia daripada ekonomi pertanian dan pemasangan kepada ekonomi industri lebih besar.
Ia juga cara untuk menyekat kereta import dan menjual kereta lebih murah kepada rakyat Malaysia. Dilancarkan pada 19855, model pertama Proton Saga dijual pada harga bawah RM18,000 dan dengan bangganya menjadi kereta pertama negara menyeberangi satu lagi projek mega Dr Mahathir – Jambatan Pulau Pinang, pada tahun sama.
Tetapi, teknologi asing memainkan peranan besar dalam kereta negara. Proton Saga berdasarkan kepada casis Lancer Fiore Mitsubishi Motors, dan syarikat Jepun itu menyediakan komponen besar untuk banyak lagi model Proton selepas itu.
Hanya pada penghujung 1990-an Proton mampu membangunkan kereta baharu sendiri.
Vendor
Satu aspek penggalakan industri berat Malaysia dan perniagaan Proton ialah untuk membangunkan vendor tempatan. Banyak aksesori pihak ketiga dan komponen kereta lain dibuat di Malaysia walaupun kualitinya dicurigai dan menyebabkan banyak aduan.
Sebahagiannya terus menjadi sebahagian jaringan vendor tetapi berdepan hutang apabila stok tidak terjual, sama banyak seperti kereta Proton yang tersadai apabila jualan menurun susulan pengeluaran pembuatan kereta negara kedua, Perodua pada 1990-an.
Adakah vendor akan mendapat bantuan daripada pemerolehan Geely? Atau mereka juga akan menangis seperti Dr Mahathir yang menggambarkan penjualan “anaknya” itu kepada orang asing tidak memberi manfaat kepada rakyat Malaysia?
Hakikatnya ialah Malaysia masih memegang saham majoriti dalam Proton dan ada sebahagian akan akhirnya menerima bayaran tetapi mereka tidak boleh menjangkakan urus niaga yang berpihak kepada mereka.
Hanya yang paling kuat akan bertahan. Tidak boleh mengharapkan belas ihsan daripada pemegang saham baharu yang membina perniagaan mereka selepas Proton ditubuhkan, tetapi lebih berjaya daripada pembuat kereta Malaysia itu.
Industri kereta Malaysia
Proton memang berisiko, dan dilihat sebagai projek sia-sia. Jualan kereta penumpang di Malaysia adalah terbesar di Asia Tenggara dengan kira-kira 600,000 dijual setiap tahun.

Saya rasa sedih: Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa sedih terhadap penjualan 49.9 peratus ekuiti Proton Holdings Bhd kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely Holding).
Dalam tulisan terbaru di blognya Chedet.cc, beliau berkata, beliau sedih kerana buah fikirannya telah dijual kepada syarikat asing, meskipun menyatakan Proton akan berjaya pada masa akan datang.
“Mungkin ada rakyat Malaysia yang berbangga (dengan prospek Proton pada masa akan datang). Tetapi, saya tidak akan berbangga dengan kejayaan Proton selepas ini.
“Saya tidak akan bangga dengan perkara yang tidak lagi dimiliki negara saya. Sekiranya negara kita dijual kepada orang asing yang kaya, saya yakin negara akan membangun juga. Fikirlah,” katanya sinis.
Pengerusi Bersatu itu berkata, segelintir rakyat sudah tentu gembira kerana Proton yang dahulunya dilabel sebagai kereta ‘menjengkelkan’ akhirnya berjaya dijual untuk mengecap kejayaan dalam tempoh beberapa tahun lagi.
“Selepas ini, kereta Proton bakal dikomersialkan. Dengan adanya duit serta teknologi hebat, ia akan setanding Rolls Royce dan Bentley, lantas akan dijual di seluruh dunia,” katanya.
Mahathir berkata, meskipun negara bakal memiliki lebuh raya serba canggih, projek kereta api berkapasiti tinggi, lambakan bangunan pencakar langit dan sebagainya, beliau tidak gembira kerana kesemua pembangunan ini akan dilakukan oleh pemaju asing.
Jelasnya, semua perbuatan ini dilakukan dengan tujuan mengumpul berbilion ringgit bagi menyelesaikan segala hutang negara ketika ini.
“Ini yang sedang dilakukan oleh Malaysia ketika ini, (iaitu) menjual negara, seperti menjual Proton,” tegasnya.
Kelmarin, DRB Hicom telah memeterai perjanjian dengan Geely Holding yang akan menjadi rakan strategik kepada Proton.
Dua syarikat itu dijangka memeterai perjanjian muktamad Julai depan.

Bekas ketua JSJ bebas tuduhan gagal isytihar komisen RM1 juta

Chin Wah sebelum ini dituduh gagal mengistiharkan perolehan komisen berjumlah hampir RM1 juta, 4 tahun lepas.
Ku-Chin-Wah_sprm
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini membebaskan bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah atas tuduhan gagal mengisytiharkan perolehan komisen berjumlah hampir RM1 juta, 4 tahun lepas.
Hakim Sohaini Alias berkata pihak pembelaan menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadap Ku.
“Mahkamah memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan pertuduhan dikenakan terhadap tertuduh.
“Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan dari pendakwaan,” katanya.
Ku, 59, didakwa gagal mematuhi terma Notis Pendakwa Raya mengikut Sekyen 49 (1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 bertarikh 23 Disember 2014 di mana beliau gagal untuk mengisytiharkan segala punca perolehan dalam surat akuan bersumpah bertarikh 8 Januari 2014.
Beliau yang kini berkhidmat di Bahagian Urus Setia JSJ di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya antara 23 Disember 2013 hingga 21 Januari 2014.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 49 (3) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Saya pakai kereta mewah sebab saya wakil rakyat, kata Zuraida

Ahli Parlimen Ampang itu berkata beliau 'bodoh' sekiranya tidak menggunakan peruntukan AP atas namanya.
zuraidahPETALING JAYA: Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menegaskan semua kenderaan mewah yang dibelinya adalah atas kapasiti beliau sebagai ahli Parlimen Ampang yang diperuntukkan permit import (AP).
“Saya sebagai ahli Parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu,” katanya dipetik Sinar Harian.
Beliau mengakui gemar memilih barang berkualiti termasuk kereta import.
“Sebelum terlibat dalam politik pun saya sudah bawa kereta berkualiti. Dalam kehidupan, saya sentiasa utamakan barangan tahan lama,” katanya.
Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan beberapa pihak yang mengaitkan Zuraida mempunyai kekayaan luar biasa dan memiliki pelbagai kereta mewah.
Beliau juga dikaitkan dengan Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly yang ditahan dan didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membuat pengisytiharan palsu mengenai kekayaannya.
Zuraida mencabar mana-mana individu yang mengaitkannya dengan isu rasuah membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Selepas dikritik PPBM, Rafizi alu-alukan audit kajian Invoke

Naib presiden PKR itu berkata semua temubual bersama responden direkodkan dan boleh diperiksa.
rafizi-invokePETALING JAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata beliau tidak mahu memanjangkan perdebatan mengenai keputusan kaji selidik Invoke Malaysia baru-baru ini yang menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan penyokong pembangkang untuk jawatan perdana menteri.
Beliau mengulas persoalan yang dibangkitkan seorang pemimpin PPBM mengenai kaedah kaji selidiknya kerana ia kekurangan butiran lengkap dan kadar responden yang terlalu sedikit berbanding dengan mereka yang ditemubual.
“Tidak produktif untuk memanjangkan perselisihan mengenai kaji selidik itu. Jadi, saya tidak akan membuat isu mengenainya,” kata Rafizi ketika dihubungi FMT semalam.
“Sesiapa pun boleh mentafsir. Saya hanya membentangkan hasil penemuan.”
Beliau turut mempertahankan kaji selidik itu adalah bebas dan tidak kena mengena dengan partinya.
“Kaji selidik Invoke itu bukan PKR dan kita boleh audit kerana temubual direkodkan.
Menurut kaji selidik Invoke yang diumumkan Rabu lalu, daripada 18,000 yang memberi respon, 31% didapati mahu mengekalkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, sementara 34.6% memilih 9 calon pembangkang termasuk Rafizi.
Antara 9 calon itu, Anwar menerima sokongan 23.5%, diikuti Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan undian 17.6%, Dr Mahathir (16.5%) dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (12.6%).
Bagaimanapun Pengerusi Biro Dasar dan Strategik PPBM Datuk Rais Hussin semalam berkata kaji selidik itu menimbulkan beberapa keraguan, termasuk asas memilih sejumlah 2.8 juta orang untuk disoal melalui telefon.
“Apakah asas menelefon 2.8 juta orang pengundi? Perlu difahami saiz sampel yang besar tidak semestinya menghasilkan anggaran parameter yang tepat. Tanpa alasan yang dapat dipertahankan, bilangan ini dilihat sekadar permainan angka dan tanggapan non-saintifik, iaitu saiz sampel yang besar mencerminkan keputusan yang berkualiti tinggi,” kata Rais.
Rais berkata kajian Rafizi itu perlu diperakukan sekumpulan pakar bebas.
“Tanpa proses ini, keputusan, kesimpulan, dan cadangan yang dikemukakan mudah dipersoalkan. Proses tersebut pastinya membantu supaya kajian tersebut berjaya mencapai tahap tentu sah dan kebolehpercayaan yang munasabah,” katanya.

Jumlah pengundi Dun tidak seimbang hasil manipulasi SPR


Adly ZahariPengerusi Amanah Melaka, Adly Zahari menyifatkan sistem pilihan raya pada masa ini berat sebelah seperti dapat dilihat pada cadangan persempadanan semula.
Menurutnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menepati tuntutan rakyat untuk proses pilihan raya yang bersih dan adil apabila agihan pemilih di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak seimbang.
"Sebenarnya, sistem pilihan raya kita tidak adil. Dia (SPR) tidak menepati kehendak perlembagaan dan kehendak satu rakyat satu undi.
"Kita menang di Ayer Keroh dengan lebih 18,000 pengundi sedangkan Umno menang di Tanjung Bidara dengan kira-kira 6,000 pengundi sahaja.
"Satu Dun kita hampir sama dengan tiga Dun Umno itu. Punyalah Umno mahu menipu. Tapi bila kita bawa ke mahkamah, peguam kita, Ambiga tunjukkan Dun tidak seimbang dimanipulasi oleh SPR.
"Akhirnya hakim pada Jumaat lalu (12 Mei) berpihak kepada kita tangguhkan cadangan persempadanan baru itu," ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam ceramah Pakatan Harapan di Padang Temu yang turut dihadiri pemimpin PKR, DAP dan Bersatu baru-baru ini.
Mahkamah Tinggi Melaka pada 12 Mei lalu membenarkan permohonan penangguhan persempadanan semula yang dicadangkan SPR untuk kedua-dua kawasan parlimen dan negeri di Melaka.
Sehubungan itu, Adly memberitahu Melaka antara negeri yang berjaya menangguhkan cadangan persempadanan semula menjadikan persempadanan di negeri itu kekal seperti pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
"Kita buat sementara boleh menang hasil perjuangan rakyat. Ini usaha dan keberanian tujuh pengundi di Melaka termasuk wanita yang berani saman SPR.
"Kita menang saman tersebut buat masa ini. Tak patut kita penakut sebab rakyat biasa berani pertahankan (hak). Kita kukuhkan Pakatan Harapan, kita lawan Umno-BN pada pilihan raya ke-14 akan datang," tegasnya.
Tujuh plaintif memfailkan permohonan penangguhan persempadanan semula pada 4 April lalu dengan diwakili oleh peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.
Mereka adalah Chan Tsu Chong, Neo Lih Xin, Azura Talib, Lim Kah Sheng, Norhizam Hassan Baktee, Amir Khairudin dan Amran Atan.
Mengulas tentang situasi Pas pada masa ini yang dijangka menjadi penyebab pertembungan tiga penjuru, Adly menyifatkan parti yang memusuhi Pakatan Harapan itu tidak mempunyai kekuatan lantaran sudah mengambil sikap bersendirian.

UNGKU AZIZ: TRAGEDI PEMIKIRAN MELAYU


KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam.
Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit.
Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.
Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class.
Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah.
Itu pengaruh penjajah.
Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu.
Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya.
Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa?
Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik.
Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh.
Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu.
Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran.
Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi.
Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London. Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan.
Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul.
Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun.
Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu.
Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.
Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya bertanggungjawab tentang pandangan ini.
Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British.

Bukan sahaja rakyat, MB & Exco pun terima balasan syurga neraka - Husam


Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa menyelar sikap pemimpin kerajaan negeri Kelantan diterajui Pas yang cenderung menggunakan syurga dan neraka sebagai modal politik.
Berceramah di Panchor, Pengkalan Chepa malam tadi, beliau mempersoal sama ada balasan syurga dan neraka hanya terpakai ke atas rakyat sebaliknya golongan pemimpin Pas mendapat ganjaran syurga semata-mata.
Husam Musa"Lepas demo (pemimpin Pas) boleh empat tahun (mentadbir kerajaan negeri), mana syurga, neraka? Atas rakyat saja syurga neraka? Exco tak kena syurga neraka? Menteri Besar tak payah syurga neraka? Syurga saja? Mana boleh begitu.
"Tidak boleh lepas pilihan raya, mu (rakyat) kena sokong aku (Pas) sebab bawa perjuangan Islam, kalau tak sokong masuk neraka, kalau sokong aku, masuk syurga.
"Kalau balak jual murah patut jual mahal - masuk neraka. Kalau kita buat projek, tindas rakyat, rakyat mengadu hal kita tak dengar - masuk neraka," bidasnya di Gertak Poknik Loh.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu turut mempertikai sejauhmana usaha Pas di Kelantan "memprogramkan kuasa" sejak empat tahun lalu iaitu selepas memperoleh sekali lagi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
"Lepas Menteri Besar menang, exco dilantik, Timbalan Menteri Besar dilantik, tok-tok wakil mengambil tempat dalam dewan, apa program kerajaan (negeri)?
"Masa empat tahun berlalu. Apa kerajaan buat? Bila sudah menang, apa program keIslaman kalau sungguh Pas perjuangkan Islam?" soalnya dalam ceramah yang turut dihadiri Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Husam yang juga Penasihat Amanah Kelantan selanjutnya menyenaraikan tindakan sebagai pemerintah yang sebenarnya berlandaskan Islam.
"Islam ini luas. Cuci sampah, bersih dan indahkan, majukan negeri itu Islam. Tolong budak-budak boleh kerja - Islam. Bagi bantuan pada budak yang mahu berniaga - Islam.
"Tolong orang susah tengah harga getah murah ni - Islam. Cakap betul - Islam. Buat rumah untuk rakyat - Islam. Jadi, janganlah kita tiba pilihan raya kalau tidak sokong parti Islam (Pas), masuk neraka. Kalau sokong masuk syurga," tegasnya lagi.
Sehubungan itu, kata Husam dalam ceramah bertemakan 'Pemimpin Kaya Rakyat Tergadai', rakyat pada masa ini mempunyai pilihan untuk mengundi selain Pas dan tentunya Umno-BN.
"Sekarang ini ada pilihan. Umno-BN mengenakan pelbagai kesusahan kepada rakyat, bawa lari wang rakyat, semua orang tahu.

Wang & Kuasa: Presiden Pas junjung kasih, MP Pas anggap PKR berjiwa besar



Pas menjunjung kasih perkenan diberikan Sultan Selangor untuk mengekalkan tiga Exco parti itu dalam kerajaan negeri sehingga tarikh pilihan raya umum akan datang dan yakin 13 ahli dewan undangan negeri (Adun) parti itu akan meneruskan amanah menjaga kestabilan negeri dan berkhidmat untuk rakyat.
Dalam satu kenyataan media semalam, presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) setelah menjalani pembedahan pintasan koronori menyanjung tinggi perkenan Sultan Selangor itu.
"Sesungguhnya limpah perkenan DYMM Tuanku amat disanjung tinggi untuk memastikan kestabilan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor demi menjaga kebajikan dan kemakmuran rakyat.
"Patik sepenuhnya meyakini bahawa ketiga-tiga ahli MMKN Selangor dan 10 orang Adun daripada Pas tidak pernah luntur semangat untuk menjunjung kepercayaan DYMM Tuanku dan meneruskan amanah bagi menjaga kestabilan Kerajaan Negeri Selangor dan berkhidmat untuk rakyat dengan adil dan saksama," ujar Abdul Hadi.
Mengulas isu yang sama, ahli parlimen Pas Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengucapkan tahniah dan syabas kepada PKR kerana  memberi mandat kepada Datuk Seri Azmin Ali selaku menteri besar Selangor untuk mengekalkan 3 Exco kerajaan negeri dari Pas.
"Keputusan PKR membuktikan jiwa besar pimpinan PKR terhadap Pas dan tetap menerima Pas walaupun dituduh menentang agenda Islam yang diperjuangkan oleh Pas selama ini,"katanya.
Keputusan itu juga, tambah beliau secara tidak langsung membina persepsi bahawa PKR adalah parti yang lebih mementingkan rakyat dan negeri Selangor serta jauh dari dilihat sebagai 'kaki gaduh' yang sesuka hati memecat serta memutuskan hubungan dengan pihak dan parti yang tidak sehaluan.
"PKR dilihat terbuka menerima Pas yang sebelum ini  mengisytihar PKR sebagai musuh yang akan ditentang pada PRU14 nanti," katanya.
Menurut Mahfuz, umum mengetahui yang memutuskan hubungan kerjasama politik adalah Pas manakala yang mendapat keuntungan politik ialah PKR.
"Tahniah PKR dan syabas YAB Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Besar Selangor atas kebijaksanaan berpolitik," ujarnya.

SPR pamer senarai tuntutan daftar pemilih suku pertama 2017

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mempamerkan senarai tuntutan daftar pemilih bagi tempoh suku tahun pertama 2017 di semua Pejabat Pendaftar Pemilih Negeri (Pejabat Pilihan Raya Negeri) di seluruh negara selama seminggu mulai semalam hingga 31 Mei.
SPR berkata perkara itu adalah selaras dengan peruntukan Peraturan 14(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
Menurut SPR ia melaksanakan urusan Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun Pertama 2017 (ST1/2017) pada 9 Mei hingga 22 Mei lepas selaras dengan peruntukan Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, di 960 tempat-tempat pameran di seluruh negara.
"Sehubungan dengan itu, SPR menyeru kepada semua pemilih yang telah mengemukakan tuntutan tersebut supaya membuat semakan nama mereka di Pejabat Pendaftar Pemilih Negeri yang berkenaan,"kata SPR dalam satu kenyataan semalam.
Sebarang pertanyaan mengenai pameran Senarai Tuntutan bagi ST 1/2017 itu boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR melalui nombor telefon 03-88927018 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri, katanya.

Muhammad Taib - Buang Najib Razak & BN,Malaysia Perlukan Pemimpin Yang Baru

Abdullah Sani - Menghitung Hari Najib Razak Bakal Disumbatkan Ke Dalam Penjara

Husam Musa - Pemimpin Kaya Rakyat Tergadai