Isnin, 29 Mei 2017

RDPT: SUKARELAWAN INVOKE ATASI HALANGAN SPR

Assalamualaikum saudara/saudari,

Saya kini sedang menulis di dalam kandang tertuduh mahkamah Shah Alam. Saya banyak menghabiskan masa di dalam kadang tertuduh (sama ada di mahkamah Shah Alam atau Jalan Duta) sepanjang minggu ini, minggu lepas, dan minggu depan bagi menghadapi pertuduhan jenayah yang dikenakan ke atas saya.

Di luar mahkamah, sama suram ceritanya.

Buat pertama kali dalam sejarah, SPR menafikan hak rakyat Malaysia untuk mengetahui pengundi baru yang ditambah dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT).

Proses yang dikendalikan buat bertahun-tahun sebelum ini cukup ringkas:

i) Rakyat Malaysia mendaftarkan diri sebagai pengundi

ii) Pada setiap akhir suku tahunan, SPR akan mempamerkan siapakah pengundi berdaftar (untuk satu tempoh masa) bagi membolehkan draf senarai pengundi untuk disemak.

iii) Jika terdapat sebarang keraguan, rakyat berhak untuk membuat bantahan (dengan sebab yang kukuh) dan SPR bertanggungjawab untuk menyiasat dan membuat keputusan yang adil sama ada pendaftaran itu sahih, atau sebaliknya.

iv) Sehabisnya proses ini, rang daftar pemilih (selepas semakan khalayak ramai) akan diwartakan sebagai rang daftar pemilih yang muktamad.

Tapi kini semuanya telah berubah.

Untuk suku pertama 2017, SPR memutuskan untuk tidak lagi menjual salinan rang daftar pemilih (seperti tahun-tahun sebelumnya) bagi semakan persendirian. Mereka hanya membenarkan semakan dibuat oleh orang ramai di ibupejabat SPR sahaja dan rang tersebut tidak dibenarkan dibawa keluar sama sekali.

Niatnya jelas.

Dengan taktik ini, SPR harap dapat mematahkan semangat rakyat Malaysia dan rang daftar pemilih tidak lagi mudah diteliti atau disemak.

Ini hanya membenarkan elemen penipuan berlaku di mana orang-orang yang berkuasa dapat menyeludup pengundi palsu, atau memindahkan pengundi dari satu kawasan ke kawasan yang lain bagi memanipulasikan keputusan PRU14.

Akan tetapi SPR memandang rendah kebaikan dan kejujuran setiap seorang warganegara Malaysia.

Sepanjang minggu ini, berpuluh-puluh sukarelawan telah berkhemah saban hari di pejabat SPR di setiap negeri seluruh Malaysia.

Walaupun menghadapi cabaran, (mereka dinafikan akses elektrik, ada yang tidak dibenarkan untuk mengimbas), sukarelawan-sukarelawan ini menggunakan daya kreativiti mereka untuk melaksanakan kerja.

Ada yang gunakan khidmat telefon pintar dan ‘powerbank’ untuk menangkap gambar setiap halaman mukasurat rang daftar pemilih.

Ada yang memakai pengimbas tangan berkuasa bateri.

Ada yang membawa mesin pengimbas berkuasa tinggi
Ada yang membawa mesin penjana sebagai bekalan kuasa mesin fotostat
Ada juga seorang sukarelawan yang sanggup membawa bateri kereta dan mengecaskannya ke mesin pengimbas.

Setelah berhari-hari berkhemah di ibupejabat SPR seluruh negara, sukarelawan INVOKE (dengan kerjasama AMANAH dan PKR di sebahagian negeri) sudah hampir siap mengimbas semua rang daftar pemilih bagi kesemua 222 kerusi parlimen dan hampir 600 kerusi DUN.

Kami akan menyimpan semua data dalam bentuk ‘soft-copy’ dan menganalisa data ini melalui pasukan analisa kami supaya dapat mengkaji pemindahan pengundi, kebarangkalian, keraguan dan ‘trend’ mengundi.

Berbezanya PAS dulu, sekarang

Seorang pendakwah berkata, pendekatan PAS terhadap orang bukan Islam kini ternyata berbeza dan kadang-kadang membawa imej buruk kepada Islam.
Kata Wan Ji Wan Hussin, seseorang pemimpin parti politik tidak sepatutnya bertindak - sama ada melalui perkataan atau tulisan - yang mengundang fitnah.
"Dulu PAS amat terkedepan dalam dakwah. Atas alasan dakwah, PAS dahulu menggalakkan sangat orang bukan Islam mendekatkan diri dengan orang Islam, namun kini PAS berbeza.
"Dulu presiden PAS pernah kata, orang bukan Islam ada hak untuk tolak hudud atas alasan mereka tidak diwajibkan ikut ajaran Islam.
"Kini, ada pimpinan PAS tuduh orang Muslim sebagai anti-Islam sebab tidak bersetuju dengan pandangan PAS," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Wan Ji diminta mengulas tindakan sesetengah pemimpin PAS yang membuat kenyataan keras terhadap pihak yang tidak sependapat dengannya.
Hari ini Yang Dipertua PAS Gombak, Salehhuddin Nasir (gambar), yang mengemas kini Facebooknya menulis: Meluat menyampah aku tengok pemimpin DAP buka puasa sekali dengan orang Islam. Menyebok je. Masa lain buat pesta arak dan pesta onani. Haram jadah sungguh. (Kepada) orang Islam, Allah dah sebut lakum di nukum waliyadin. Sori saya tak perlu pandangan sufi tasauf di sini. DAP musuh Islam. PAN (Parti Amanah Negara - AMANAH) PKR macai DAP!!"
Kenyataan itu dipercayai dibuat ekoran tindakan sesetengah pemimpin DAP menyertai orang Islam berbuka puasa sempena Ramadan ini.
Seorang daripada pemimpin DAP yang sering menyertai acara berbuka puasa pada setiap Ramadan ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dan pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang.
Maafkan sempena Ramadan
Wan Ji berkata PAS cuma sebuah organisasi dan ia melibatkan perlakuan manusia yang sentiasa ada kelemahan.
"Justeru, tidak setuju dengan PAS tidak bermakna seseorang itu anti-Islam.
"Orang lain yang bawa Islam sebagai rahmat sekelian alam pun ada yang tak setuju dengan PAS. Contohnya, Dr Rozaimi Ramle (pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris) dalam isu RUU355," katanya.

RDPT: Pemuda PH rancang laporan polis besar-besaran terhadap SPR

Pemuda Amanah Nasional bersama Pemuda Pakatan Harapan akan membuat laporan polis besar-besaran esok bagi menggesa siasatan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak lagi mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) kepada parti politik.
Tindakan ini ekoran tidak berpuas hati terhadap sikap pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah yang terus membisu sejak demonstrasi yang diadakan seminggu yang lalu.
Pengarah pilihan raya Pemuda Amanah Nasional Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, pihaknya kesal terhadap sikap SPR yang seolah-olah sanggup diperkudakan parti pemerintah walaupun seharusnya badan itu bebas.
"SPR adalah badan kerajaan yang sepatutnya bebas dan bertanggungjawab memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi Malaysia melalui pilihan raya yang adil.
"Namun, tindakan memberhentikan pengagihan RDPT dalam bentuk buku dan cakera padat jelas menunjukkan bahawa wujud agenda untuk menyukarkan parti-parti politik pembangkang untuk mendapat akses kepada maklumat tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam perhimpunan 23 Mei lalu, Pemuda dan Wanita Pakatan Harapan bertindak mengunci pintu pagar ibu pejabat SPR di Putrajaya selepas badan itu didakwa enggan menerima bantahan mereka.
Taqiuddin juga mempersoal SPR yang menyukarkan akses kepada maklumat tersebut.
Apatah lagi, selama ini parti-parti politik pembangkang giat menjadi agen semak dan imbang kepada kesahihan maklumat pendaftar.
Persoalan timbul, mengapa hari ini akses kepada maklumat itu disukarkan oleh SPR? Apakah SPR tidak mahu pilihan raya berjalan dengan bersih?" soalnya.

RUU 355 dan Enakmen Jenayah Syariah: Cukuplah rakyat dipermainkan Umno,Pas

Umno dan Pas disaran menghentikan sandiwara menuduh pihak lain kerana kegagalan pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu dan pengubalan Rang Undang-Undang 355 di Parlimen.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah mendakwa, kerajaan Umno-BN dan Pas selama ini yang telah menangguhkan sebanyak tiga kali RUU 355 di Parlimen dan menghalang Enakmen Jenayah Syariah Terengganu di bahaskan di Dun Terengganu pada tahun lalu.
"Lebih baik Kerajaan menghentikan sandiwara menuduh pihak lain yang menghalang RUU 355 di Parlimen dan juga Enakmen Jenayah Syariah Terengganu.
"Umno- BN dan Pas  yang telah menangguhkan sebanyak 3 kali RUU 355 di Parlimen . Mereka yang sama juga lah yang menghalang Enakmen Jenayah Syariah Terengganu di bahaskan di Dun Terengganu pada tahun lalu," ujarnya dalam kenyataan hari ini..
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu semalam, dilaporkan berkata, negeri itu belum bersedia melaksanakan hukum hudud sebelum kajian mendalam terhadapnya dilaksanakan.
Ahmad Razif berkata keputusan untuk melaksanakan hukum hudud juga hanya ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri dan seterusnya perlu
mendapat perkenan Sultan (Sultan Terengganu).
Beliau menjawab balas kenyataan dikeluarkan Exco Telekomunikasi dan Multi Media Terengganu, Ghazali Taib bahawa Terengganu akan tetap memperjuangkan perlaksanaan Undang-Undang Syariah 2001 di negeri itu, dan akan menjadikan Aceh, Indonesia sebagai model dalam pelaksanaan hukum hudud jika ia dilaksanakan di negeri Terengganu kelak ketika Kembara Dakwah Media Terengganu ke Acheh, pada Sabtu.
"Kenyataan YB Ghazali Taib dan YAB Datuk Seri Ahmad Razif menunjukkan lebih jelas lagi sikap dolak dalih kerajaan Umno-BN bersama dengan sahabat mereka dari Pas baik di Dun Terengganu atau di Parlimen selama ini dalam isu-isu tersebut.
"Cukuplah rakyat di kelirukan dan dipermainkan oleh Umno dan Pas," ujarnya.
Raja Kamarul Bahrin yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah berkata, usul Enakmen Jenayah Syariah Terengganu yang telah pun di luluskan oleh Dun Terengganu tahun 2002 dan diperkenan oleh Sultan juga telah digezetkan dan dikuatkuasakan Oktober 2003 pernah dibangkitkan oleh seorang wakl rakyat Dr Syed Azman Syed Nawawi dalam sidang dun diadakan pada 2016 lalu.
"Setelah 15 tahun diluluskan masih tidak ada kemajuan dicapai dari aspek kajian mendalam atau pelaksanaan nya.
"Cadangan usul YB Syed Azman untuk membahas usul tersebut anehnya telah di tolak oleh Speaker (Datuk Mohd Zuber Embong) dan tidak disokong oleh ahli-ahli Dun Pas dan Umno.

PAS: Hudud sekadar modal politik Umno menjelang PRU14

Idris Ahmad berkata, Umno tidak seperti PAS yang sentiasa konsisten untuk menambah baik undang-undang Islam seperti RUU 355.
pas-umnoPETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, Umno menjadikan perbincangan isu pelaksanaan hudud oleh kerajaan Terengganu sebagai modal politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau berkata, Umno tidak seperti PAS yang sentiasa konsisten untuk menambah baik undang-undang Islam seperti rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.
“Itu semua modal untuk hadapi pilihan raya untuk menyekat PAS (di Terengganu). Umno tak ada pendirian. Kalau nak buat, buatlah.
“PAS konsisten, bukan macam orang lain nak jadikan isu politik,” katanya kepada FMT sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang negeri itu belum bersedia melaksanakan hukum hudud sebelum kajian mendalam mengenainya dilaksanakan.
Razif yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu berkata, keputusan melaksanakan hukum hudud hanya akan ditentukan Dewan Undangan Negeri dan seterusnya perlu mendapat persetujuan Sultan Terengganu.

Pereka fesyen Kimora nafi guna dana 1MDB

Kimora Lee Simmons berkata, beliau tidak mendapat sebarang wang dari suaminya - pegawai bank yang membantu 1MDB mengumpul wang melalui jualan bon, untuk memulakan perniagaannya.
kimora-1MDBKUALA LUMPUR: Model dan pereka fesyen, Kimora Lee Simmons menafikan pernah menerima wang yang disalurkan secara haram dari 1MDB untuk membiayai perniagaannya, lapor Los Angeles Times.
Kimora berkahwin dengan Tim Leissner, bekas pegawai kanan Goldman Sachs di Asia yang mengendalikan transaksi untuk 1MDB yang kini disiasat pihak berkuasa di beberapa negara.
Page Six milik New York Post mendakwa ia “dipercayai ramai” yang Leissner membiayai pelancaran jenama Kimora Lee Simmons.
Menurut laporan itu, Goldman Sachs menerima bayaran terlalu tinggi untuk penjualan bon 1MDB dan pendakwa raya mungkin berusaha mendapatkan semula komisen itu.
Kimora memberitahu Los Angeles Times: “Saya sudah berada dalam bidang ini agak lama. Saya seorang perempuan tua, jadi saya sentiasa berdikari dan biaya sendiri.
“Saya biaya perniagaan sendiri…saya sudah berada dalam industri fesyen sejak 12 (tahun), menjadi model dan sebagainya. Jadi, semua wang saya, bukan saya mahu cakap seperti itu, ini ialah perkahwinan ke-3 saya, suami saya tiada kaitan dengan hidup profesional saya.”
Kimora berkahwin dengan Leissner pada 2014.
Katanya, koleksi jenama terbarunya itu dijual di Bloomingdale’s, Lord & Taylor, laman web sendiri dan beberapa peruncit dalam talian, selain pengedaran antarabangsa, termasuk di Singapura dan Indonesia, yang merupakan satu keutamaan.
Mengenai laporan Page Six, Kimora berkata: “Saya rasa ia merugikan perniagaan fesyen dan kepada pereka seperti saya. Saya salah seorang daripada beberapa pereka di sini yang menggunakan nama sendiri sebagai label. Saya salah seorang daripada beberapa wanita itu dan sudah tentu salah seorang daripada wanita berbangsa lain.”
Laporan New York Post menyusul laporan Bloomberg pada 28 April lalu mengenai pendakwa raya Amerika Syarikat yang menyiasat peranan Kumpulan Goldman Sachs Inc dalam mengumpul hampir AS$6 bilion untuk dana pelaburan 1MDB milik kerajaan malaysia, mempersoalkan aliran wang itu melalui akaun dikaitkan dengan Leissner.
Menurutnya, mereka menemuramah pegawai bank yang biasa dengan 1MDB mengenai rangkaian hubungan Leissner, khasnya rakyat Malaysia yang mempunyai hubungan politik.
Goldman menjual bon bernilai hampir AS$6 bilion untuk 1MDB pada 2012 dan 2013, ketika Leissner menjadi pengerusi Asia Tenggara Kumpulan Goldman Sachs. Ia mendapat keuntungan AS$593 juta atau 9% – beberapa kali ganda berbanding purata diperolehi industri itu

RDPT: Seminggu selepas demo kunci pagar SPR

Genap seminggu selepas 'demonstrasi kunci pagar' di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pembangkang hari ini mempersoalkan sikap pengerusi badan itu Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah yang terus membisu.

“Tindakan pengerusi SPR yang membisu sehingga ke hari ini juga menggambarkan peranan SPR tidak lebih dari sekadar menjadi pak turut dan menunggu sahaja untuk digerakkan oleh jari-jari pemerintah,” kata Muhammad Taqiuddin Cheman.
Pengarah pilihan raya Pemuda AMANAH itu juga mengumumkan laporan polis akan dibuat secara besar-besaran esok bagi menggesa siasatan terhadap langkah SPR yang tidak lagi mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) kepada parti politik.
“Persoalan timbul, mengapa hari ini akses kepada maklumat itu disukarkan oleh SPR?

“Apakah SPR tidak mahu pilihan raya berjalan dengan bersih?” katanya.
Dalam perhimpunan 23 Mei lalu, anggota Pemuda dan Wanita Pakatan Harapan mengunci pintu pagar ibu pejabat SPR di Putrajaya selepas badan itu didakwa enggan menerima bantahan mereka.
Mereka menuntut larangan itu ditarik balik.

ALAHAI IDRIS AHMAD.....

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad nampaknya mengeluh mengenai apa yang didakwanya sebagai pilih kasih tentang hubungan parti itu dengan UMNO berbanding pemimpin DAP berbuat perkara yang sama.

Kata beliau, jika ada pemimpin Pas bergambar atau minum teh bersama pemimpin UMNO, ia segera dituduh mereka mahu masuk UMNO. 

Tetapi, tambahnya,  jika pemimpin DAP berpegang tangan dengan pemimpin UMNO, tidak pula timbul tuduhan mereka itu bersekongkol dengan UMNO.

"Pantang lihat gambar pemimpin kerajaan Kelantan bersama dengan kerajaan pusat terus mengatakan PAS sudah bersama dengan UMNO. Jika ada pemimpin DAP, bukan sekadar minum malahan berlaga perut dan berpegang tangan pun tidak ada masalah," kata Idris lagi.

Alahai Idris...mengeluh atau buat-buat tak faham?
Perbezaan penilaian itu bukan bermakna adanya pilih kasih, tetapi beza antara kedua-duanya memang nyata.

Memang ada pemimpin DAP hadir bersama pemimpin UMNO dalam program atau majlis tertentu, tetapi ia lebih melibatkan hubungan antara kerajaan dengan kerajaan atau program berkaitan kerajaan saja.

Selalunya pula, selepas berakhir majlis itu, ia habis di situ saja. Bermakna, baik pemimpin DAP atau pemimpin UMNO yang hadir bersama itu, mereka sedar keberadaan mereka adalah semata-mata kerana tugas sebagai pemimpin kerajaan semata-mata.

Perkara yang sama juga pernah berlaku ketika Pas Kelantan dipimpin oleh Nik Aziz Nik Mat dahulu. Ketika itu, atas kapasiti sebagai Menteri Besar, beliau memang beberapa kali hadir bersama Perdana Menteri dalam program-program kerajaan.

Namun, sama seperti seperti kehadiran pemimpin DAP bersama pemimpin UMNO tadi, kehadiran Nik Aziz itu tidak pernah sekali pun dispekulasi macam-macam oleh orang ramai.

Kenapa?

Sebabnya, sama seperti pemimpin DAP itu, Nik Aziz juga tahu batas dan peranannya sebagai pemimpin kerajaan.

Kenapa pula kehadiran pemimpin Pas sekarang bersama pemimpin UMNO ditafsir berbeza?

Jawabnya, lihatlah pemimpin-pemimpin Pas hari ini.

Pemimpin Pas sekarang, sebaik saja dapat bergambar bersama, minum teh bersama, berbaju merah jambu bersama, berjubah putih bersama atau ke London mencari teh tarik bersama, mereka nampaknya jadi tunduk, layu dan terkulai atas segala kemungkaran, salah laku dan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan atau melibatkan pemimpin utama UMNO.

Kit Siang: Henti gaduh dan bersatu saing dengan dunia

Pemimpin veteran DAP itu berkata, rakyat Malaysia perlu menentang politik penipuan dan kebencian dengan bersatu menetapkan haluan dan dasar pembangunan negara.
Lim-Kit-SiangLim Kit Siang hari ini menggesa rakyat berhenti menentang satu sama lain dan menetapkan semula haluan serta dasar pembangunan negara untuk bersaing dengan lebih berkesan di peringkat antarabangsa demi kemajuan Malaysia.
Ketua Parlimen DAP itu ketika berucap dalam sebuah dialog di Selangor semalam berkata, beberapa kejadian baru-baru ini menunjukkan “politik penipuan, kebencian dan agama yang tidak sihat, mengganggu serta berbahaya, ditambah pula politik kaum dan agama yang tidak bertanggungjawab”.
Antaranya “kejadian tampar” pada Dialog Transformasi Negara 2050 (TN50) di Putrajaya, awal bulan ini yang menyaksikan pelakon Sulaiman Yassin yang dikenali sebagai Mat Over, menampar penerbit filem, Datuk David Teo di depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mat Over mendakwa cara Teo bercakap “biadap”. Insiden itu menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati dengan beberapa NGO mendesak Teo memohon maaf, walaupun sudah berbuat demikian selepas ditampar.
Tidak sampai 10 hari, Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad ditampar peserta kumpulan yang membantah campur tangan kerajaan negeri itu dalam isu fatwa, ketika mereka mengadakan protes di depan sebuah masjid di George Town, pada Jumaat lalu.
Lim juga merujuk ancaman bunuh ditujukan kepada Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal Eddy Yusof berhubung laman Facebook ‘DAP Laknatullah’ serta pertandingan esei “Lim Kit Siang rasis” anjuran Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa sebagai reaksi langsung kepada beliau yang menggelarnya “bapa rasis”.
Satu lagi kejadian adalah dakwaan pensyarah Universiti Utara Malaysia, Kamarul Zaman Yusoff terhadap buku biografi Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh, “Becoming Hannah: A Personal Journey” sebagai cubaan untuk mempengaruhi umat Islam terhadap ajaran Kristian.
“Rakyat Malaysia boleh dan perlu mempamerkan kepada dunia yang rakyat berbilang kaum, agama dan budaya boleh hidup dengan aman, harmoni, bertoleransi dan saling memahami, tetapi bukan dalam ketaksuban, tidak bertoleransi atau perselisihan,” kata ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Menjelang Hari Kebangsaan ke-60, Lim menggesa “semua rakyat berfikiran rasional” supaya menolak politik perkauman dan agama untuk memastikan keharmonian serta muhibah berterusan di kalangan rakyat berbilang kaum.
“Rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, tempat mahupun politik, perlu bersatu menetapkan semula haluan dan dasar pembangunan negara untuk bersaing dengan negara lain, serta tidak bergaduh sesama sendiri sehingga menyebabkan kita semakin berpecah-belah dan ketinggalan dalam persaingan antarabangsa dari segi pembangunan dan kemajuan”.

TAMAK, NAFSU KINI GANTI RASA CINTA MELAYU – TUN MAHATHIR

1. Saya membesar di zaman perjuangan melawan Malayan Union dan membebas negara dari penjajahan British.
2. Diwaktu itu semangat kebangsaan sahaja yang mendorong saya dan kawan-kawan bergerak dan berkorban duit sendiri yang sedikit bagi menjayakan perjuangan. Tidak ada harapan untuk mendapat apa-apa balasan selain dari tebusan maruah bangsa.
3. Hari ini orang Melayu sudah banyak berubah. Bagi ramai dari kita, sudah tidak ada lagi kesayangan kepada bangsa dan negara. Semangat kebangsaan dicemuh sebagai perkauman – racist. Kita malu jika bersemangat Melayu.
4. Sekarang ini ramai yang tidak boleh menerima bahawa seseorang boleh sayang kepada bangsa dan negara sehingga sanggup korban keselesaan hidup diri sendiri.
5. Sesungguhnya saya amat sedih akan kehilangan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu, tua dan muda. Jika tidak diupah dengan duit, pangkat atau jawatan, kontrak atau sebagainya biarlah negara hancur, tidak ada apa-apa yang sanggup dibuat untuk menyelamatnya. Jauh sekali dari menghadapi sedikit risiko.
6. Apabila budaya ini mengganti semangat kebangsaan alamatnya ialah bangsa ini akan gagal dan akan hilang dari muka bumi ini.
7. Dalam sejarah manusia banyak sudah bangsa-bangsa yang sudah tidak ada lagi. Ada yang hanya tercatit dalam buku sejarah. Ada yang hilang sama sekali.
8. Apakah buku sejarah di zaman akan datang akan tertulis didalamnya, “Maka di zaman dahulu terdapat satu bangsa yang dikenali sebagai Melayu, yang sudah pun hilang, kerana semangat bangsa luput diganti dengan ketamakan nafsu”.
9. Wallahu A’lam.

Tun M: 'Jangan samakan saya dengan Najib'

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tidak boleh dibandingkan dengan bekas anak didiknya, Datuk Seri Najib Razak.
"Jangan bandingkan saya dengan Najib. Saya membenarkan banyak perkara untuk dilaksanakan walaupun terdapat orang yang mencabar saya dalam parti saya.
"Najib memecat orang. Sesiapa yang tidak bersetuju dengan beliau, akan diusir," kata Dr Mahathir dalam satu temubual bersama Financial Times.
Dr Mahathir berkata demikian selepas wartawan Financial Times yang menemubualnya cuba memberitahu bahawa beliau melakukan perkara sama ketika menjadi perdana menteri.
Dakwaan itu dinafikan Dr Mahathir.
Dr Mahathir yang merupakan pengkritik paling lantang Najib turut memberitahu bahawa beliau tidak mencuri wang negara dan berpuas hati dengan gajinya semasa menjadi perdana menteri.
"Saya gembira hidup dengan gaji saya yang mana bagi saya agak besar, lebih daripada cukup untuk keperluan saya," katanya.
Matlamat yang sama
Selain itu, perdana menteri keempat Malaysia itu juga berkata, ketika meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, negara ini dalam keadaan baik dan sedang menuju sebuah negara maju menjelang 2020.
"Sudah tentu, mereka (penggantinya) tidak dapat mencapai matlamat itu," kata Dr Mahathir lagi.
Perdana menteri didakwa terbabit dalam skandal kewangan 1MDB, dengan wang RM2.6 bilion didakwa didepositkan ke akaun peribadinya.
Bagaimanapun, perdana menteri secara konsisten menafikan dakwaan berkenaan.

Bertugas 30 Jam: Hilang nyawa doktor kurang tidur, rehat

AKIBAT terlalu penat menghabiskan waktu bekerja selama 33 jam, seorang doktor kehilangan nyawa dalam perjalanan pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) ke Kuala Terengganu untuk berjumpa tiga cahaya mata dan suaminya.
Mangsa yang dikenali sebagai Dr Nurul Huda Ahmad dikatakan baru selesai on call pada jam 5 petang  9 Mei baru-baru ini, dan dia dikatakan bertugas selama 33 jam bermula 8 Mei.
Dr Nurul Huda yang berkhidmat di HUSM tinggal di Kota Bharu pada hari bekerja  manakala suami dan anak-anaknya menetap di Kuala Terengganu. Jadi untuk memanfaatkan cutinya beliau memandu pulang kampung namun, nasib tidak menyebelahinya.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pegawai perubatan dan badan bukan kerajaan (NGO) menegaskan, kemalangan maut yang membabitkan doktor yang bertugas dalam tempoh waktu yang panjang bukanlah sesuatu yang jarang berlaku.
Kemalangan ini antara siri kemalangan maut yang melibatkan pegawai perubatan yang memandu pulang sejurus tamatnya on call selama 33 jam.
“Sebelum ini kami telah kehilangan rakan sekerja, Dr Afifah Mohd Gazi, jadi sudah tiba masanya tindakan serius di ambil bagi mengelakkan kehilangan nyawa lain menjadi taruhan.
“Berhubung kemalangan kenderaan bermotor, kita menyedari bahawa banyak faktor penyumbang. Antaranya isu kenderaan, keadaan jalan yang teruk dan gangguan lain. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menolak hakikat bahawa keletihan atau kurang tidur juga adalah salah satu faktor yang dikenal pasti dan boleh dicegah,” kata kenyataan itu.
Susulan itu pegawai perubatan dan NGO sepakat menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkepentingan agar meneliti dan mengubah polisi waktu bekerja doktor agar dapat mengurangkan kadar kemalangan kenderaan di kalangan pegawai perubatan.
Terdapat lima senarai tindakan yang dikemukakan kepada KKM antaranya ialah menubuhkan satu pasukan petugas khas daripada Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengangkutan, universiti dan NGO perubatan untuk menyiasat kejadian kemalangan kenderaan bermoto (MVA) di kalangan pekerja perubatan dan kaitan dengan waktu bekerja mereka serta menubuhkan undang-undang 'waktu bekerja selamat' atau akta bagi melindungi pekerja perubatan termasuk orang awam.
“Selain itu memupuk kesedaran dalam bentuk kempen dan penglibatan aktif dengan pekerja perubatan dan langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku keletihan dan kurang tidur, menyediakan kemudahan pengangkutan alternatif atau perkhidmatan ulang-alik dari hospital ke lokasi kediaman tertentu.
“Perkara utama ialah menyediakan 'post-call off' atau hari-off wajib untuk pekerja perubatan syif malam atau doktor on-call,” katanya.

Muslihat SPR: Sempadan baru PRU14 - yang mana menang, kalah

Awal bulan ini, kejayaan bersejarah dalam undang-undang tercatat apabila Pegawai Outreach BERSIH 2.0, Chan Tsu Chong dan enam orang lain telah diberi kebenaran dan perintah penangguhan untuk mencabar cadangan persempadanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi negeri Melaka.
Ini bermakna proses merangka semula sempadan pilihan raya bagi negeri Melaka dihentikan sehingga kes mahkamah selesai.
Perkembangan ini menambah kepada usaha yang telah dilakukan di negeri Selangor untuk mencabar cadangan baru SPR.
Kepentingan cabaran undang-undang bagi nasib Pilihan Raya Umum Keempat belas (PRU14) tidak boleh dipandang remeh.
Dorongan SPR untuk memperkenalkan sempadan baru adalah jelas. Sempadan baru yang dirangka itu bertujuan untuk mengalih imbangan kerusi demi menjamin kemenangan yang kuat bagi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.
Dorongan politik sempadan
Menurut penyelidikan Politweet, BN boleh memenangi 11 kerusi tambahan di Dewan Undangan Negeri Selangor berdasarkan sempadan baru yang dicadangkan pada bulan September 2016.
Sebelas kerusi ini akan dimenangi bukan atas sebarang perubahan dalam undi PRU13 tetapi hanya dengan mengalihkan pengundi ke bahagian pilihan raya yang strategik bagi BN.
Begitu juga, dalam cadangan September 2016 untuk negeri Melaka, kerusi Bukit Baru yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dengan lebihan sebanyak 48 undi pada PRU13 akan dimenangi oleh BN dengan lebihan 1,600 undi jika sempadan baru dipakai.
Kerusi marginal Telok Mas yang dimenangi oleh BN dengan hanya lebihan 700 undi pada PRU13 akan menjadi kerusi selamat dengan lebihan 3,000 undi.
Lebih buruk lagi, berdasarkan cadangan September 2016, kerusi Parlimen Bukit Katil yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat pada PRU13 dengan hampir 7,000 lebihan undi kini akan dimenangi oleh BN dengan lebihan undi sebanyak 4,800.
Langkah ini amat mencurigakan kerana pada bulan Ogos 2016, sebulan sebelum cadangan itu disiarkan untuk tatapan umum, Ketua Menteri Melaka telah menggesa SPR untuk mengubah sempadan Bukit Katil agar BN akan dapat memenanginya dengan lebih mudah.
Corak yang sama muncul di seluruh negara. Di Perak, kerusi selamat Pakatan Rakyat pada PRU13, Changkat Jering dan Sungai Rapat, akan dimenangi oleh BN tanpa sebarang perubahan dalam undi. Di Kuala Lumpur, Nurul Izzah Anwar akan kehilangan kerusi Lembah Pantai.
Cabaran undang-undang
Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, SPR telah diheret ke mahkamah berkali-kali untuk menghentikan penipuan terang-terangannya yang dibuat melalui persempadanan.
Rakyat telah menunjukkan kemarahan mereka, di mana lebih daripada 1,000 bantahan dikemukakan kepada SPR antara September 2016 dan April 2017 berkenaan cadangannya.
SPR telah dibanjiri dengan kes undang-undang mengenai persempadanan.
Setakat ini, 11 kes telah difailkan di mahkamah di seluruh negara untuk mencabar kekurangan maklumat yang diberikan (ya, antara lain, SPR juga tidak mahu memberitahu pengundi apakah kesan persempadanan semula terhadap mereka), cadangan yang tidak mematuhi perlembagaan dan keengganan SPR untuk mengadakan siasatan tempatan walaupun ia dimestikan oleh undang-undang.
Setakat ini, ada beberapa hakim Mahkamah Tinggi yang berani dan bersedia untuk mengambil pendirian.
Hakim Azizul Azmi Adnan bagi kes Selangor dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera bagi kes Melaka telah memberi kebenaran untuk mendengar hujah kes dan telah menangguh tindakan lanjutan SPR dalam penggarisan semula sempadan di kedua-dua negeri.
Cabaran kerajaan Negeri Selangor kini sedang dibicarakan di mahkamah dan kita telah pun mendengar beberapa kenyataan mengejutkan daripada SPR, termasuk kemusnahan maklumat yang berkaitan dengan 136,000 alamat dalam daftar pemilih.
Saya fikir adalah adil untuk mengatakan bahawa kita boleh menjangkakan lebih banyak lagi penjelasan yang tidak masuk akal daripada SPR dengan berlangsungnya kes tersebut.
Kesan terhadap PRU14
Walaupun Perlembagaan Persekutuan memberi SPR jangkamasa sehingga dua tahun untuk menyelesaikan proses persempadanan semula, SPR seolah-olah terdesak untuk menghabiskan proses tersebut secepat mungkin. Apakah sebabnya? Kita hanya boleh mengagak sebabnya.
Jika SPR betul-betul memandang berat terhadap pematuhan perlembagaan, sebaik sahaja mahkamah membenarkan penangguhan untuk negeri Selangor, sepatutnya proses bagi seluruh semenanjung Malaysia turut berhenti.
Ini kerana perlembagaan menyatakan semenanjung Malaysia mesti dianggap sebagai satu unit apabila pemetaan bahagian pilihan raya dibuat.
Namun SPR telah memutuskan untuk meneruskan proses persempadanan semula dengan "tidak termasuk negeri Selangor".
Adalah jelas SPR mahu cadangan mereka diwartakan tanpa menghiraukan apa kata mahkamah. Ia menunjukkan penghinaan sepenuhnya terhadap kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
Perkembangan positif dalam hal ini ialah kemungkinan sempadan kerusi Parlimen dan negeri di Selangor terselamat daripada perubahan yang akan membawa kepada pilihan raya yang dimanipulasi dalam negeri yang amat sangat dimenangi oleh BN.
Bagi tempat-tempat selainnya di negara kita, kita hanya berupaya mengagak apa rancangan SPR.
Ada kemungkinan SPR akan mengambil langkah melanggar perlembagaan dengan menyampaikan cadangan akhirnya kepada Perdana Menteri tanpa melengkapkan proses untuk negeri-negeri Selangor dan Melaka.
Perdana Menteri seterusnya boleh membentangkan sempadan baru di Parlimen pada akhir bulan Julai dan mengumumkan pembubaran Parlimen menjelang Ogos. Pilihan raya umum boleh diadakan seawal bulan September.
Muslihat SPR sama

Malaysia bakal hilang 65% pekerjaan pada 2027?

OLEH AKMAL NASIR
Saya ambil maklum kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bahawa peningkatan penggunaan kemajuan teknologi dapat melihat Malaysia kehilangan 65 peratus daripada pekerjaan semasa pada tahun 2027.
1. Bagi saya, tenaga kerja mahir tempatan perlu diperkasakan dengan kemahiran untuk memanfaatkan bakat dan potensi mereka yang sepatutnya sejak dahulu.
Ketika ini hanya 28 peratus rakyat Malaysia terdiri daripada tenaga kerja berkemahiran tinggi dan jumlah itu satu angka yang agak rendah jika hendak dibandingkan dengan negara-negara maju lain yang telah mencapai tahap 40 peratus tenaga kerja mahir di kala­ngan rakyatnya.
Jumlah ini ternyata tidak selari dengan keperluan ekonomi abad ke-21 yang menekankan penguasaan kemahiran yang tinggi, penguasaan teknologi maklumat (IT), kreativiti dan inovasi.
Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 40 peratus pekerja berkemahiran tinggi daripada keseluruhan tenaga kerja sebagai usaha menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.
2. Saya melihat trend ekonomi digital dunia bergerak terlalu pantas tetapi bagi Malaysia? Pada tahun 1985, Malaysia banyak bergantung kepada pelaburan luar dan pemindahan teknologi melalui Dasar Pandang ke Timur yang diharapkan menjadi alat untuk membawa Malaysia ke status negara maju.
Manakala sebelum tahun 1985, Malaysia bergantung kepada hasil eksport komoditi. Berikutan kejatuhan harga komoditi dunia bermula pada tahun 1985, Malaysia ditransformasi kepada negara perindustrian. Namun, kajian menunjukkan syarikat multinational tidak berminat memindahkan teknologi mereka ke negara lain.
Nyata sekali pemindahan teknologi tidak berlaku mengikut seperti yang kita rancangkan. Tidak seperti Malaysia, Korea dan Taiwan tidak bergantung kepada pemindahan teknologi malah mereka sendiri belajar dan mencipta teknologinya tersendiri.
3. Jelas menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara gagal meskipun hampir ke tahun 2020. Semakin maju sesebuah negara, semakin canggih pula cara penyelewengan dan penipuan yang berlaku di dalam bidang perdagangan atau politik.
Segalanya akan gagal jika rakyat tidak rajin dan berdisiplin. Tanpa sifat seperti jujur dan amanah maka akan berlaku penipuan, di mana satu pihak cuba menjatuhkan dan merosakkan pihak yang lagi satu.
Kejayaan wawasan juga tidak hanya bergantung kepada kecanggihan teknologi atau kesempurnaan sesuatu sistem yang diamalkan.

Isu sensasi, remeh alih perhatian rakyat daripada skandal 1MDB

BELIAU satu-satunya pemimpin PAS yang nampaknya tidak rela melupakan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau isu lain yang mempengaruhi Malaysia.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mengungkapkannya secara ringkas apabila berkata isu remeh dan sensasi termasuk tangkapan berprofil tinggi dan insiden "tampar" digunakan untuk mengalih perhatian orang ramai daripada pelbagai isu seperti skandal hutang 1MDB dan kenaikan kos sara hidup.
"Dengan teknik ini, Barisan Nasional (BN) berharap rakyat dapat melupakan isu seperti 1MDB dan kenaikan kos sara hidup dan memberi tumpuan kepada program-program seperti TN50, drama-drama politik yang tidak henti seperti insiden tampar dan juga tangkapan-tangkapan berprofil tinggi para penjawat awam," tulis beliau di lidah rasmi PAS, Harakah.
"BN akan mencuba apa sahaja, tapi realitinya, perubahan politik ini tidak dapat dielakkan lagi, hanya masa sahaja belum diketahui," kata Tuan Ibrahim.
Pandangan beliau berbeza dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH) dan sebaliknya dilihat lebih dekat dengan Umno dan Perdana Menteri Najib Razak mengenai beberapa isu termasuk undang-undang Syariah Islam yang lebih ketat dan Rohingya.
Bagaimanapun, kedua-duanya menafikan sebarang pakatan tetapi berkata akan bekerjasama dalam isu melibatkan umat Islam.
Namun, Tuan Ibrahim berkata masalah negara memerlukan anjakan atau perubahan politik yang serius, sambil menambah kegawatan ekonomi berpunca daripada kegagalan kerajaan menguruskan khazanah negara dan penyelewengannya kini terbongkar.
Beliau menegaskan salah guna kuasa dalam kerajaan kini didedahkan pihak Umno dan Kabinet yang secara terbuka mengkritik perdana menteri.
"Kritikan-kritikan bekas pimpinan tertinggi BN seperti Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Shafie Afdal, Ling Liong Sik di dalam isu 1MDB sehingga ada yang keluar dan dipecat dari parti sehingga wujudnya parti-parti baru adalah perkembangan politik yang semakin mendebarkan," kata Tuan Ibrahim.
Timbalan presiden PAS berkata terdapat gesaan hebat terhadap perdana menteri berundur daripada jawatannya.
"Keadaan ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. BN dijangka tidak lagi mampu bertahan," katanya.
Tuan Ibrahim berkata peningkatan kesedaran di kalangan belia dan gesaan terhadap perubahan semakin kuat tetapi persoalannya adalah jenis perubahan diperlukan.
"Apakah kita hanya menukarkan kepimpinan negara bersama sistem sekular atau megubah tapak dan sistem negara ini secara total?" soalnya dan berkata PAS perlu membawa rakyat kembali kepada sistem Islam.

Melayu akan hilang, amaran Dr M

Bekas perdana menteri itu berkata, bangsa Melayu akan gagal dan hilang di muka bumi kerana mereka sudah hilang semangat kebangsaan.
MahathirKata-kata “Tak Melayu hilang di dunia” tidak mencerminkan nasib Melayu di zaman ini, kalau dilihat dari kaca mata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Apakah buku sejarah di zaman akan datang akan tertulis di dalamnya, ‘Maka di zaman dahulu terdapat satu bangsa yang dikenali sebagai Melayu, yang sudah pun hilang, kerana semangat bangsa luput diganti dengan ketamakan nafsu’,” tulisnya dalam catatan blog terkini.
Pengerusi PPBM itu berkata, bangsa Melayu akan gagal dan hilang di muka bumi kerana mereka sudah hilang semangat kebangsaan.
“Sesungguhnya saya amat sedih akan kehilangan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu, tua dan muda.
“Jika tidak diupah dengan duit, pangkat atau jawatan, kontrak atau sebagainya biarlah negara hancur, tidak ada apa-apa yang sanggup dibuat untuk menyelamatnya. Jauh sekali dari menghadapi sedikit risiko.”
Beliau membandingkan orang Melayu zaman ini dengan zamannya yang sanggup mengorbankan wang dan kehidupan sendiri demi memperjuangkan kebebasan negara serta menebus maruah bangsa tanpa mengharapkan sebarang balasan.
“Hari ini orang Melayu sudah banyak berubah. Bagi ramai daripada kita, sudah tidak ada lagi kesayangan kepada bangsa dan negara. Semangat kebangsaan dicemuh sebagai perkauman – racist. Kita malu jika bersemangat Melayu.”

Alat komunikasi rosak atau aset pertahanan lemah?

Tragedi kehilangan bot KD Perdana dan sembilan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) baru-baru ini mengundang persoalan terhadap tahap keselamatan peralatan penting pada aset negara.
Anggota Parlimen Lumut, Mohamad Imran Abd Hamid, berkata punca awal yang dikenal pasti menyebabkan bot itu terputus hubungan dengan kapal induknya ialah kerana kerosakan alat komunikasi, selain kehabisan bekalan minyak.
"Saya ingin bertanya, bagaimanakah alat komunikasi yang merupakan perkara paling penting dalam sesebuah bot boleh tidak berfungsi? Apakah puncanya? Apakah tiada pemeriksaan secara berkala dilakukan terhadap bot atau kapal selama ini?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamad Imran yang juga bekas pegawai kanan TLDM mengulas insiden pada 20 Mei lalu membabitkan sebuah bot KD Perdana yang terputus hubungan dengan kapal induk ketika mereka terlibat dalam operasi mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili, Johor.
TLDM dalam kenyataannya hari itu berkata bot berkenaan diketuai seorang pegawai dan lapan anggota laskar kanan ke bawah melaksanakan rondaan maritim rutin di kawasan perairan negara.
Bot itu kemudian ditemui pasukan pencari dan penyelamat di 90 batu nautika dari timur Kuantan, Pahang pada 22 Mei lalu.
Pada 23 Mei Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, berkata kerosakan alat komunikasi dan kehabisan bekalan minyak merupakan antara punca awal dikenal pasti penyebab bot itu terputus hubungan.
Bagaimanapun beliau berkata masih terlalu awal untuk membuat rumusan mengenainya.
Mohamad Imran berkata insiden berkenaan tidak boleh dipandang enteng oleh kerajaan kerana ia melibatkan keselamatan anggota yang menjaga perairan negara.
Katanya, kerajaan sepatutnya membekalkan peralatan yang lebih moden dan canggih untuk kegunaan Anggota Tentera Malaysia agar kerja menjaga dan melindungi negara ini dapat dilakukan dengan baik dan sempurna.

Melayu tak sanggup berkorban, nasionalisme semakin hilang, kata Dr Mahathir

KAUM Melayu hari ini hilang semangat nasionalisme, memilih kebendaan berbanding cinta terhadap bangsa dan negara, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Melayu kini "malu" dilihat sebagai nasionalis kerana khuatir digelar sebagai rasis, kata Dr Mahathir dalam posting terbaru beliau di blognya chedet.cc hari ini.
"Saya membesar di zaman perjuangan melawan Malayan Union dan membebas negara dari penjajahan British," katanya.
"Diwaktu itu semangat kebangsaan sahaja yang mendorong saya dan kawan-kawan bergerak dan berkorban duit sendiri yang sedikit bagi menjayakan perjuangan. Tidak ada harapan untuk mendapat apa-apa balasan selain dari tebusan maruah bangsa."
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata ramai orang Melayu hari ini tidak bersedia mengorbankan keselesaan sendiri demi mempertahankan bangsa dan negara mereka.
"Sesungguhnya saya amat sedih akan kehilangan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu, tua dan muda.
"Jika tidak diupah dengan duit, pangkat atau jawatan, kontrak atau sebagainya biarlah negara hancur, tidak ada apa-apa yang sanggup dibuat untuk menyelamatnya. Jauh sekali dari menghadapi sedikit risiko," kata Dr Mahathir yang pernah mentadbir negara selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.
Beliau berkata apabila budaya rakus menggantikan rasa nasionalisme, bangsa Melayu akan gagal dan hilang.
"Dalam sejarah manusia banyak sudah bangsa-bangsa yang sudah tidak ada lagi. Ada yang hanya tercatit dalam buku sejarah. Ada yang hilang sama sekali.
"Apakah buku sejarah di zaman akan datang akan tertulis didalamnya, 'Maka di zaman dahulu terdapat satu bangsa yang dikenali sebagai melayu, yang sudah pun hilang, kerana semangat bangsa luput diganti dengan ketamakan nafsu'?"
Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia itu muncul sebagai pengkritik tegar Perdana Menteri Najib Razak. Beliau mula berkempen sejak dua tahun lalu untuk menurunkan Najib daripada jawatannya.

Dendam Negara Bangsa

Oleh: Zulkifli Salleh

Dalam bukunya, The Revenge of Geography: What the Map Tells Us About Coming Conflicts and the Battle Against Fate, Robert D. Kaplan meneliti wawasan, penemuan, dan teori ahli geografi dan pemikir geopolitik agung yang terbaharu atau masa lalu, untuk memandang pangsi kritikal dalam sejarah semula dan kemudian memandang ke hadapan pada arena global yang berkembang.

Beliau menjejak sejarah tompok panas dunia dengan mengkaji cuaca, topografi dan kedekatan dengan bumi yang bertempur.

Geografi, hujah beliau, ialah latar belakang kepada sejarah manusia itu sendiri. Meskipun herotan kartografi, geografi mampu mendedahkan hasrat jangka panjang kerajaan. Hujah beliau, China akhirnya lebih penting daripada Brazil kerana lokasi geografi.

Meskipun Kaplan dalam bukunya itu langsung tidak menyebut negara bangsa, "geografi" yang dimaksudkan itu sebahagian negara bangsa, iaitu wilayah. Dalam "kata akhir", beliau mencatatkan pertikaian yang berterusan dan sengit antara China dengan negara lain di Asia di Laut China Selatan dan Laut China Timur. Pertikaian ini yang membentuk semula politik Asia bukan tentang idea atau ideologi, sebaliknya tentang kawalan terang-terangan ruang berharga pada peta.

Dalam On the Edge of the New Century yang mengandungi wawancaranya dengan Antonio Polito, Eric Hobsbawm membezakan dua maksud istilah negara bangsa. Dalam pengertian tradisional, istilah ini diertikan sebagai negara wilayah yang di situlah orang banyak, iaitu bangsa yang memegang kuasa kedaulatan hidup. Inilah makna negara bangsa yang muncul daripada Revolusi Perancis, dan sebahagiannya daripada Revolusi Amerika.

 Secara perbandingan, hujah Hobsbawm, terdapat satu lagi maksud yang diterima pakai untuk istilah tersebut yang paling terbaharu dan mengandungi idea bahawa setiap negara wilayah dimiliki oleh orang tertentu, dan ditakrifkan mengikut etnik, linguistik, dan ciri budaya tertentu, dan ciri inilah yang membentuk bangsa. Menurut idea ini, hanya satu bangsa hidup dalam negara bangsa, dan yang lain ialah minoriti yang hidup di tempat yang sama, tetapi bukan sebahagian daripada bangsa.

Sebagai akibat rempuhan globalisasi dan Iedakan teknologi maklumat, negara bangsa dijangkakan akan runtuh atau dalam kata Kenichi Ohmea, "dunia tanpa sempadan" dan "berakhirnya negara bangsa". Namun begitu, jangkaan atau ramalan itu tidak menjadi kenyataan, bahkan sejak akhir-akhirnya ini, di Eropah terutamanya, negara bangsa kembali, daripada "Brexit" di United Kingdom kepada kebangkitan gerakan pemisahan, antaranya di Scotland dan Catalonia. Keputusan "Brexit" itu menandakan dendam bangsa.

Sesetengah negara di Eropah, seperti Perancis, Belanda dan United Kingdom, menyaksikan kebangkitan puak populis yang mendapat suntikan semangat daripada kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada November 2016.

Eropah kini mendapati dirinya dalam nazak krisis politik terburuk sejak Perang Dunia Kedua. Di seluruh benua itu, parti politik tradisional hilang daya tarikan mereka, kerana populis, iaitu gerakan Euroskeptical, berjaya menarik sokongan meluas. Hari demi hari, harapan untuk perpaduan Eropah kelihatan semakin pudar. Krisis euro mendedahkan talian rosak yang mendalam antara Jerman dengan negara selatan Eropah yang menanggung beban hutang, termasuk Greece dan Portugal.

Jerman dan Itali bertelingkah tentang isu, seperti kawalan sempadan dan kawal selia perbankan.
Pada 23 Jun 2016, United Kingdom menjadi negara pertama dalam sejarah mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah, memberikan tamparan hebat kepada blok itu. Pada masa yang sama, tatkala politik dalamannya tidak terkawal, Eropah kini menghadapi bahaya luaran baharu. Di timur, Rusia yang berdendam menceroboh Ukraine dan mengilhakkan Crimea. Ke selatan Eropah, keruntuhan beberapa buah negara memaksa berjuta-juta migran ke arah utara dan mewujudkan tapak pembiakan untuk pengganas Islam.

Huru-hara tersebut, menurut pemerhatian Jakub Grygiel yang menulis dalam Foreign Affairs September/ Oktober 2016, menekankan harga pengabaian perjuangan geopolitik yang mengelilingi Eropah. Namun begitu, Kesatuan Eropah, dilumpuhkan oleh krisis euro dan perpecahan tentang cara untuk membahagi-bahagikan pelarian, tidak lagi kelihatan cukup kuat untuk menangani kacau-bilau domestiknya atau ancaman keselamatan di sempadannya. Para pemimpin negara di seluruh benua itu telah pun beralih kepada memandang ke dalam, merumuskan bahawa cara terbaik untuk melindungi negara mereka menerusi lebih banyak kedaulatan, bukannya kurang. Banyak pengundi kelihatan bersetuju.

Dalam "The Return of Europe's Nation-States:' Grygiel menegaskan bahawa kepulangan kepada nasionalisme agresif boleh berbahaya, bukan sahaja untuk benua itu, tetapi juga kepada dunia. Namun begitu, Eropah yang bersifat mendesak negara bangsa baharu lebih kepada Kesatuan Eropah yang hari ini tidak bercantum, tidak berkesan dan tidak popular. Wujud alasan baik untuk percaya bahawa negara Eropah akan melakukan kerja yang lebih baik untuk mengawal Rusia, mengurus krisis migran, dan melawan keganasan secara bersendirian daripada dilakukan di bawah naungan Kesatuan Eropah.

Hujah Grygiel, disedari atau tidak, ahli politik Eropah yang memperjuangkan sempadan terbuka gagal memberikan keutamaan kepada warganegara mereka sendiri berbanding dengan orang asing. Niat pemimpin ini mungkin mulia, tetapi jika negara gagal mengehadkan perlindungannya kepada kumpulan orang tertentu, iaitu warganya, maka kerajaan menanggung risiko kehilangan kesahan. Sememangnya, ukuran utama kejayaan negara ialah baiknya kerajaan dapat melindungi rakyat dan sempadannya daripada ancaman luaran, yang mungkin jiran mereka yang berseteru, keganasan, atau migrasi massa.

Pengerusi Yayasan 1Malaysia mahu SPRM buka semula kes 1MDB

Usaha membanteras rasuah lebih boleh dipercayai orang ramai sekiranya tindakan diambil dalam isu 1MDB.
chandra-macc-3
PETALING JAYA: Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar berkata kesungguhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi rasuah patut dipuji tetapi berkata ia akan lebih bermakna sekiranya siasatannya terhadap skandal 1MDB dibuka semula.
“Sekiranya usaha SPRM benar-benar mahu memberi makna terhadap usahanya membanteras rasuah, ia perlu membuka semula kes 1MDB. Ia perlu menyiasat bukti yang timbul di luar negara kita. Di mana perlu, ia perlu mengesyorkan peguam negara untuk melakukan pendakwaan,” kata Chandra dalam penulisannya.
Yayasan 1Malaysia merupakan initiatif yang dilancarkan beberapa minggu selepas Datuk Seri Najib Razak menggantikan Tun Abdullah Badawi pada 2009.
Antara matlamatnya ialah menggalakkan masyarakat Malaysia pelbagai kaum bersatu padu dan mengamati gagasan 1Malaysia yang pertama kali dibawa Najib.
Pentadbiran Najib sebelum ini terpalit dalam skandal 1MDB, termasuk dakwaan beliau menerima berbilion ringgit daripada entiti berkaitan syarikat milik Kementerian Kewangan itu. Dakwaan itu dinafikan Najib.
Awal tahun lalu, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan berkait wang RM2.6 bilion yang diterima dalam akaun peribadinya, dan mengetepikan siasatan berhubung 1MDB.

CUKUPLAH RAKYAT DI PERMAINKAN OLEH UMNO DAN PAS.

1 )      Exco Telekomunikasi dan Multi Media Terengganu, Ghazali Taib ketika acara Kembara Dakwah Media Terengganu ke Acheh,  telah menyatakan yang Terengganu "tetap memperjuangkan perlaksanaan Undang-Undang Syariah di negeri itu". Beliau juga berkata "Terengganu akan menjadikan Acheh, Indonesia sebagai model dalam pelaksanaan hukum hudud."  Sebagai reaksi keatas kenyataan tersebut Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif pula telah menyatakan "Terengganu belum bersedia melaksanakan hukum hudud sebelum kajian mendalam terhadapnya dilaksanakan". 


  2 )     Pada sidang Dewan Undangan Negeri- DUN, Terengganu 2016 tahun lepas Usul oleh seorang  Ahli PAS, YB Dr Syed Azman, telah bertanya tentang kemajuan dan perjalanan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu yang telah di luluskan oleh  DUN Terengganu dan di perkenankan oleh Sultan Terengganu pada tahun 2002 lagi. Setelah 15 tahun diluluskan masih tidak ada kemajuan dicapai dari aspek kajian mendalam atau pelaksanaan nya. Cadangan usul YB Syed Azman untuk membahas usul tersebut anehnya telah di tolak oleh Speaker dan tidak di sokong oleh  ahli-ahli DUN PAS dan juga UMNO. Itulah anehnya situasi di Terengganu di mana 31 dari 32 ahli DUN Terengganu terdiri oleh ahli-ahli PAS dan UMNO. Hanya seorang  ahli DUN yang selama ini dituduh "penghalang pelaksanaan undang-undang Syariah" dari Pakatan Harapan- PH- dari PKR. Apa dan siapakah sebenarnya "penghalang" pelaksanaan undang-undang syariah ini ? Tidak mungkin seorang  wakil tunggal PH mampu menggagalkannya di DUN Terengganu !


3 )     YB Ghazali Taib telah membuat kenyataan pelaksanaan undang-undang Syariah ,termasuk hudud, di Terengganu untuk kepentingan politiknya menjelang PRU 14 yang makin hampir. Datuk Seri Ahmad Razif pula sebagai Menteri  Besar pula menafikan nya sementara UMNO Negeri Terengganu bersama PAS telah tidak menyokong usul berkenaan untuk dibahas isu tersebut yang dibawa oleh  Syed Azman pada tahun lepas di DUN Terengganu.                       


4 ) Kalau di Parlimen Malaysia RUU 355 dikatakan "di gagalkan" oleh  Pakatan Harapan - PH, yang mengusai hanya 88 dari 222 kerusi Parlimen, siapa pula yang menggagalkan  Enakmen Jenayah Syariah Terengganu di DUN Terengganu kalau tidak UMNO dan PAS yang menguasai 31 dari 32  kerusi Dewan Negeri ? Cadangan tersebut tidak di benarkan di bahas pun oleh  kedua-dua PAS dan UMNO !


5 )    Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, lebih baik Kerajaan menghentikan sandiwara menuduh pihak lain yang menghalang RUU 355 di Parlimen dan juga Enakmen Jenayah Syariah Terengganu. Pihak Kerajaan UMNO- BN dan PAS lah yang telah menangguhkan sebanyak 3 kali RUU 355 di Parlimen . Mereka yang sama juga lah yang menghalang Enakmen Jenayah Syariah Terengganu di bahaskan di DUN Terengganu pada tahun lepas. Insiden kenyataan YB Ghazali Taib dan YAB Datuk Seri Ahmad Razif menunjukkan lebih jelas lagi sikap dolak dalih  kerajaan UMNO- BN bersama dengan sahabat mereka dari PAS baik di DUN Terengganu atau di Parlimen selama ini dalam isu-isu tersebut. Cukuplah rakyat di kelirukan dan dipermainkan oleh UMNO dan PAS.                       


Raja Bahrin Shah.
Ahli Parlimen- Kuala Terengganu.

Hebat Malaysia: Peniaga warung diarah beri penjelasan nasi campur dicaj RM32

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Terengganu berkata, peniaga itu boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun, jika didapati mengaut keuntungan berlebihan.
nasi-32Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Terengganu mengeluarkan surat amaran kepada seorang peniaga warung di Kemaman untuk menjelaskan isu nasi campur berharga RM32.
Pengarahnya, Azlan Abdul Samat yang dipetik China Press dan Sin Chew Daily berkata, mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, peniaga itu boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun, jika didapati mengaut keuntungan berlebihan.
Katanya, penguat kuasa dari Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan cawangan Kemaman menjalankan siasatan ke atas kedai terbabit pada Rabu lalu, susulan aduan seorang pengguna yang tersebar di media sosial.
Beliau berkata, selain diberikan surat amaran, 3 jenis lauk turut disita kerana tidak mempunyai tanda harga.
Minggu lalu, pengadu yang juga seorang bapa tunggal dicaj RM32 untuk sepinggan nasi yang berlauk seekor udang besar, 2 keping sotong dan sedikit kangkung.
Beliau kemudiannya memuat naik gambar nasi campur itu ke Facebooknya dan ramai pengguna media sosial turut mengkritik peniaga terbabit mengenakan harga tidak masuk akal.
Pengadu kemudiannya dilaporkan mahu menyaman apabila peniaga terbabit mempertahankan diri dengan mendakwanya menyorokkan sekeping lagi sotong di dalam nasinya dan saiz udang galah gred A kelihatan lebih kecil daripada saiz sebenar dalam gambar yang disebarkan.

KENAPA DANA AS$700 #1MDB MASUK AKAUN AMBANK NAJIB..??

KENAPA Najib takut sgt nak jawap persoalan rakyat SEHINGGA KINI TIADA JAWAPAN..

"KENAPA DANA AS$700 #1MDB MASUK AKAUN AMBANK NAJIB..??"

"KENAPA NAJIB TAK NAFI DANA AS$700 MASUK KE AKAUN BELIAU..??"

Yg dijawabnya hanyalah.. Dia nafi guna utk peribadi.. Langsung tak menjawab persoalan. LAIN DISOAL LAIN JAWABNYA..

Sama juga sblom ini Najib diutarakan persoalan dari Tun M.. SIAPA ARAH SIRUL BUNUH ALTANTUYA ??.. Jawab Najib.. "Saya telah sumpah 3 kali bhw saya tak pernah kernal Altantuya.."

Adakah pemimpin UMNO kebal dari undang-undang?

ADAKAH INI SATU TAKTIK utk alih tumpuan masyarakat umum terutamanya orang Melayu terhadap skandal jenayah kewangan terbesar dunia 1MDB, KWAP dan SRC International yg melibatkan berpuluh2 billion wang negara yg dlesapkan oleh penyangak2 dlm negara kita ??!

Adalah dimaklumkan buku tersebut melanggar undang2 kerana tidak meletakkan nama penerbit dan pencetak sebagaimana dikehendaki oleh Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Bila Kompenan BN Hina Islam..Semua Pakat Tutup Mulut..!!!

Akhbar biadap milik MCA cetuskan kemarahan Umat Islam di hari pertama Bulan Ramadan.

Banyak gambar boleh letak, tapi sengaja dia cari pasal letak gambar jemaah sedang sujud tunaikan solat di bawah tajuk muka hadapan.. "Malaysian Terrorist Leader"

Jika rakan sebantal Umno buat, senyap sunyi berita..

Cubalah klu ini berlaku pada DAP....

KJ YANG KELIRU

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, jabatan agama Islam tidak perlu mengawasi dan menangkap mereka yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan.
Menulis di Twitternya, kata beliau lagi, walaupun umat Islam diminta mematuhi lima rukun Islam termasuk berpuasa pada Ramadan, tidak ada peruntukan bagi pihak berkuasa untuk mengawasi mereka yang tidak berpuasa.
“Wajib anda patuhi rukun yang lima, tidak wajib untuk orang tangkap kamu kerana tidak melakukannya,” kata Khairy sambil  menambah sumber penguatkuasaan sepatutnya digunakan untuk membantu mereka yang miskin dan memerlukan.
Tambah KJ lagi, daripada jabatan agama membelanjakan wang terhadap pegawai penguatkuasaan mencari mereka yang ponteng puasa, gunakanlah untuk membantu golongan asnaf dan membuat perkara yang baik.
Sekali baca nampak macam betul apa yang diluahkan KJ ini, tetapi jelas bahawa beliau keliru sebenarnya.
Jabatan agama memang tidak mengabaikan peranannya membantu golongan asnaf atau membuat perkara-perkara yang baik, bahkan ia boleh dikatakan berterusan dilakukan.
Dalam soal menangkap mereka yang ponteng puasa, ia dijalankan kerana mereka yang terbabit didapati makan di khalayak ramai atau di tempat yang terbuka, bukannya dengan cara melakukan serbuan ke pejabat, rumah, bilik hotel atau sebagainya.
Malah tidak pernah lagi kita mendengar pegawai penguatkuasa menyerbu rumah persendirian, pejabat kerajaan atau swasta, bilik hotel atau tempat-tempat persendirian yang lain untuk mencari mereka yang ponteng puasa.
Tangkapan hanya dilakukan kerana mereka makan di tempat yang terbuka.

Geely bayar ‘murah’ dapat Proton yang terima RM1.35 bilion

Beliau bagaimanapun tidak bersetuju kereta kebangsaan dapat memberikan nilai tambah kepada ekonomi negara.
tony-pua-geely
Walaupun setuju yang pembuat kereta asing seperti Geely dapat mewujudkan pemindahan teknologi, peluang pekerjaan dan industri berdaya saing yang menjana keuntungan untuk ekonomi negara, DAP berkata masih tidak jelas apa pulangan yang bakal diberikan gergasi otomobil China itu.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata selain daripada RM170 juta bagi membeli kepentingan 49.9% dalam Proton, masih kabur bagaimana jumlah pelaburan yang bakal dibawa masuk Geely bagi memajukan Proton.
Sebaliknya, Pua berkata Proton bakal menerima suntikan dana terakhir daripada kerajaan sebanyak RM1.35 bilion.
“Maksudnya, Geely sebenarnya sekadar membayar RM170 juta bagi memperolehi kepentingan 49% dalam sebuah syarikat bakal menerima suntikan tunai daripada kerajaan sebanyak RM1.35 billion!” kata Pua dalam kenyataannya.
Minggu lalu, DRB-Hicom mencapai persetujuan untuk menjual 49.9% pegangan dalam Proton Holdings kepada Zhejiang Geely Holding Group – yang sebelum ini mengambil alih Volvo dari Sweden – termasuk membolehkan Geely memiliki kepentingan 51% dalam pembuat kereta Britain, Lotus.
Proton yang ditubuhkan pada 1983 sebagai syarikat otomobil pertama negara dihimpit masalah kewangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun mendapat sokongan dan bantuan kerajaan.
Pada 2001, Proton menguasai bahagian pasaran sebanyak 53%, tetapi ia merosot kepada 14% tahun lalu, di sebalik populariti kereta import dan aduan mengenai mutu kereta Proton.
Pengasas Proton, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan orang paling lantang membantah kemasukan syarikat China itu, kerana menganggap Proton kebanggaan Malaysia.
Pua bagaimanapun tidak setuju dengan hujah Dr Mahathir.
“Sebuah ‘kereta kebangsaan’ tidak menambah nilai ekonomi sesebuah negara sekiranya ia tidak dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang cukup dan industri yang berdaya saing,” katanya.
Sebaliknya, Pua berkata ukuran bagi menilai penglibatan Geely ialah sejauh mana rancangannya memajukan industri kereta di Malaysia.
“Kami masih tidak pasti sama ada Geely mahu menggunakan sepenuhnya apa yang selalu disebuh sebagai kemampuan Proton mengeluarkan lebih banyak kereta, tidak kira ia jenama Proton, Geely atau Volvo,” katanya.

'Budak hingusan' ini takkan duduk diam, kata Syed Saddiq

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, komen yang mengatakannya biadab tidak akan melemahkan keazaman untuk berjuang demi negara.
"Ini bukan kali pertama saya dipanggil "budak hingusan. Dulu pun Umno-BN panggil saya "budak hingusan".
"Datuk Seri Nazri Aziz panggil saya budak hingusan sebab mengkritik Datuk Seri Najib (Razak). Pemimpin MCA panggil saya "budak hingusan" kerana mengutuk hipokrisinya. Pemuda Umno panggil saya budak hingusan kerana menerima cabarannnya untuk berdebat.
"Tetapi, bila saya ajak mereka untuk bersemuka, berdialog atau pun berdebat, sampai sekarang mereka mendiamkan diri. Kalau betul saya ni "budak hingusan", patahkan hujah saya. Mari berdialog. Tidak perlu untuk berselindung di sebalik faktor umur," katanya dalam kenyataan.
Semalam, Penyelaras Gerakan Deklarasi Rakyat, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Syed Saddiq bersikap biadab apabila menggesa naib presiden parti itu, Datuk Hamidah Othman meletakkan jawatan.
Menyifatkan Syed Saddiq sebagai "budak hingusan" dalam politik , Khairuddin berkata cabar-mencabar tidak akan dapat menyelesaikan masalah dan kemelut yang melanda BERSATU.
"Reaksi budak hingusan Syed Saddiq ini akan membuatkan lebih ramai rakyat jelata bertambah menyampah dengan parti BERSATU nanti.
"Cabar mencabar bukan caranya untuk selesaikan kemelut terkini dalam PPBM (BERSATU). Budak hingusan ini jangan terlalu angkuh kerana dia terlibat dalam politik hanya setahun jagung saja," kata Khairuddin lagi.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, beliau tidak akan duduk senyap apabila melihat salah laku.

Kemesraan UMNO-PAS di Terengganu Terserlah....

Aksi mesra Zahid dan Khairuddin makin menguatkan tanggapan umum tentang kerjasama Umno-Pas menjelang PRU14.Aksi mesra Zahid dan Khairuddin makin menguatkan tanggapan umum tentang kerjasama Umno-Pas menjelang PRU14.
Bagai sahabat lama, aksi mesra Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memeluk Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali tular di media sosial sejak malam tadi.
Timbalan Perdana Menteri yang berjubah dan berkopiah putih itu bersama segerombolan rombongannya dalam kunjungan Naib Presiden Umno berkenaan ke Terengganu sempena Ramadan ini.
Khairuddin merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus yang berpakaian warna perang dan berkopiah hitam itu pula dilihat tersengih apabila dipeluk Zahid.
Terengganu dilapor menjadi negeri pertama kunjungan Zahid untuk berbuka puasa selepas mengumumkan akan ke setiap negeri bagi majlis iftar bersama rakyat.
Bernama melaporkan Zahid semalam hadir pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) peringkat negeri dan berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari kawasam Kuala Nerus di Masjid Tok Jembal, Kuala Nerus.
Beliau kemudiannya menunaikan solat Isyak dan Terawih di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar, di Kuala Terengganu.
Foto pemimpin Umno dan Pas yang dikongsi pengguna Facebook itu mengukuhkan lagi tanggapan umum tentang hubungan dan kerjasama politik antara kedua-dua parti tersebut menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pas pula tuduh Pakatan Harapan talian hayat Umno-BN


Idris Ahmad Idris Ahmad Lantang menyerang Pakatan Harapan, Naib Presiden Pas Idris Ahmad menuduh gabungan Amanah, PKR, DAP dan Bersatu itu pula sebagai penyambung Umno-BN untuk terus berkuasa.
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, Pas sudah menentang Umno selama 66 tahun sejak BN dikenali sebagai Perikatan lagi.
"13 kali PRU di negara ini, cuma sekali sahaja Pas tidak lawan Umno, iaitu pada tahun 1974. Sekarang pemimpin Pakatan Harapan menuduh Pas hendak bersama BN di dalam PRU 14.
"Hakikatnya mereka yang melawan kerusi tradisi Pas yang melawan Umno. Mereka yang menjadi talian hayat Umno BN. Ini jenis politik apa yang kita hendak namakan," soalnya.
Beliau juga menganggap dakwaan Pas sebagai punca jika BN memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai paling melucukan.
Tanggapan Pas menyertai Umno yang kerap disebut dalam program Pakatan Harapan, ujarnya, merupakan modal lapuk.
"Inilah modal lapuk. Apabila mereka berceramah sahaja. Selepas Assalamualaikum, 'Pas hendak masuk Umno'. Inilah tag line yang paling popular.
"Paling kelakar sekali menuduh Pas, sekiranya BN menang PRU14, semuanya berpunca daripada Pas kerana Pas tidak mahu sertai Pakatan Harapan.
"Belum menang sudah tidak demokratik. Kalau menang nanti apa hendak jadi dengan negara ini," bidas Idris lagi dipetik daripada tulisannya yang disiar penuh di laman web rasmi Pas, Harakahdaily.

PAS yakin mampu rampas Terengganu semula pada PRU14


PAS yakin mampu rampas Terengganu semula pada PRU14
PAS percaya keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 akan menyaksikan ia memenangi 18 daripada 32 kerusi, dan mengambil alih pentadbiran negeri buat kali pertama sejak 1999. 
TERDAPAT desas-desus yang sedang berlegar di Terengganu dan ia datang daripada kem PAS.
Parti Islam itu percaya apabila keputusan bagi negeri pantai timur dikira pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), ia akan menyaksikan PAS memenangi 18 daripada 32 kerusi, dan mengambil alih pentadbiran negeri buat kali pertama sejak 1999.
Faktor utama bagi pandangan optimis ini: Perbalahan dalaman kronik di kalangan pemimpin Umno negeri dan ketidakupayaan Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman untuk menjalinkan perpaduan.
Ia menjejaskan aktiviti parti di peringkat kampung, di mana semakin kurang aktiviti diadakan.
Malah, khabar dari Putrajaya ialah Timbalan Menteri Komunikasi Jailani Johari dan ahli Parlimen Hulu Terengganu mungkin diturunkan ke kerusi negeri dan dikenal pasti sebagai menteri besar akan datang bagi mengetuai Umno negeri.
Pemimpin akar umbi PAS juga percaya semangat parti membawa pindaan undang-undang syariah berjaya menarik lebih ramai penyokong dalam satu daripada negeri paling konservatif di Malaysia itu.
Rang undang-undang untuk mengukuhkan kod keseksaan Islam atau lebih dikenali sebagai RUU355 tidak mungkin diluluskan Parlimen tetapi Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan ahli Parlimen PAS lain diberikan peluang membentangkan usul itu.
PAS menggunakan kesempatan peristiwa itu sebagai bukti sejauh mana ia mampu menjadi satu kuasa politik di Malaysia, dan bagaimana ia berjaya membantu menjayakan agenda Islam di negara ini.
Ahli politik PAS ditemuramah The Malaysian Insight berkata pengundi Melayu di Terengganu hanya mengundi PAS atau Umno, dan dengan Umno kini lemah, memberikan jalan mudah kepada parti Islam itu.
Mereka memperlecehkan ancaman PKR atau Amanah.
"Lihat dalam pilihan raya umum lalu (2013), calon PKR yang bertanding hanya mendapat beberapa puluh undi apabila bertanding melawan PAS dan BN (Barisan Nasional) dalam kawasan itu," kata Zakaria Abdul Rahman, AJK cawangan PAS di Marang kepada The Malaysian Insight.
Pada PRU13, PAS memutuskan untuk meletakkan juga calon mereka di tiga kerusi PKR walaupun ia diputuskan untuk PKR dalam rundingan dengan rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat.
Ia menyebabkan pertandingan tiga penjuru antara PAS, BN dan PKR berlaku di kerusi DUN Seberang Takir, Kota Putera dan Bukit Besi. Keputusan menyaksikan calon PKR kalah teruk dan hilang deposit mereka.
Calon PKR di DUN Seberang Takir hanya mendapat 73 undi, Kota Putera (60) manakala Bukit Besi (52).
"Itulah yang akan berlaku kepada calon ketiga sama ada daripada PKR, Amanah atau Bersatu jika masuk bertanding di negeri ini dalam pertandingan tiga penjuru apabila PAS tidak menyokong mereka," kata Zakaria yang bertugas di bilik gerakan PAS sejak beberapa pilihan raya umum lalu.
Beliau menjangkakan PAS Terengganu akan memenangi 18 daripada 32 kerusi yang ditawarkan di negeri itu.