Selasa, 30 Mei 2017

Lawak: PAS Nak Jadi King-Maker?

Skandal 1MDB: Pemantau Switzerland tegur Credit Suisse

Finma menghantar satu teguran bertulis kepada bank ke-2 terbesar di Switzerland itu berhubung kelemahan dalam proses pengubahan wang haram.
finma-credit
ZURICH: Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) mengeluarkan surat teguran kepada Credit Suisse, susulan “siasatan terperinci” terhadap urus niaga bank ke-2 terbesar di negara itu dengan 1MDB.
“Ketika siasatan dijalankan, tidak wujud sebarang tindakan melanggar undang-undang seliaan,” kata seorang jurucakap Finma dalam kenyataan yang dihantar melalui e-mel.
“Bagaimanapun, Finma menghantar satu teguran bertulis kepada bank itu berhubung kelemahan dalam proses pengubahan wang haram.”
Tiada maklumat lanjut diberikan.
Hari ini, Pihak Berkuasa Kewangan Singapura mengenakan penalti kewangan ke atas United Overseas Bank (UOB) dan Credit Suisse berhubung transaksi berkaitan 1MDB, selepas mendapati kedua-dua bank itu melanggar beberapa keperluan anti pengubahan wang haram (AML) dan kesilapan kawalan.

Sebelum cerita TN50 jawab kepincangan ekonomi babit peluang pekerjaan, kos sara hidup

(Dari kiri)  Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.(Dari kiri) Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mahu Khairy Jamaluddin memberikan jawaban kepada tindakan Datuk Seri Mohd Najib Razak yang didakwa gagal mengatasi masalah pertumbuhan ekonomi  yang terbukti  tidak sampai manfaatnya kepada rakyat.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau akan terus "mengacau" menteri belia dan sukan itu untuk mendapatkan jawabannya sebelum Khairy mahu mengadakan jelajah berkaitan Transformasi Nasional 2050 (TN50) di seluruh negara.
"Saya akan terus mengacau Khairy untuk menjawab soalan-soalan ini sebelum beliau sibuk  mahu menjelajah negara menjual mimpi pada tahun 2050.
"Kalau beliau boleh memilih untuk tidak menjawab soalan dari Malaysiakini dengan kasar, beliau tidak boleh terus mendiamkan diri mengelak soalan-soalan saya mengenai isu pekerjaan dan kos sara hidup.
"Saya masih menunggu jawapan daripada Khairy Jamaluddin mengenai peluang untuk berdialog dengan 300 orang pimpinan pembangkang dalam sesi TN50 untuk saya tanyakan soalan yang paling mudah: apa tindakan Datuk Seri Najib sekarang untuk mengatasi masalah pertumbuhan ekonomi yang tidak sampai manfaatnya kepada rakyat?," soalnya dalam kenyataan hari ini.
Rafizi dalam tulisan di blognya, mendakwa rakyat negara ini masih lagi merasai beban sara hidup walaupun pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.6% suku pertama 2017 diumum kerajaan baru-baru ini.
Beliau berkata, rakyat dapat menilai bukan semua pertumbuhan ekonomi negara mampu membawa kebaikan kepada ekonomi rakyat.
"Jika ekonomi Malaysia dikatakan begitu baik seperti angka pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) yang diumumkan, mengapa ramai rakyat yang menghadapi kekangan kewangan dalam menjalani kehidupan seharian.
"Ada yang hasil ekonominya dipusatkan di kalangan beberapa pihak sahaja, ada yang ekonomi berkembang kerana lebih banyak pekerjaan bergaji murah yang diwujudkan.
"Secara mudahnya, pertumbuhan KDNK negara merujuk kepada ukuran bagaimana ekonomi negara menghasilkan lebih banyak barangan dan perkhidmatan. Ini boleh dicapai dengan dua cara – menambah pekerjaan atau menambah produktiviti," ujarnya dalam kenyataannya hari ini.
Rafizi mendakwa di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, pertumbuhan KDNK lebih didorong oleh produktiviti. Walau bagaimana pun, semasa pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak (2011-2015), ujarnya, pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti menurun (dari 59.07% kepada 34.80% daripada jumlah pertumbuhan KDNK).
Manakala pertumbuhan yang didorong pertambahan pekerjaan meningkat dengan ketara (daripada 40.93% kepada 65.2% daripada jumlah pertumbuhan KDNK).
"Ini bermakna jika pihak majikan mengambil lebih ramai pekerja, mereka bukannya meningkatkan produktiviti pekerja untuk menghasilkan lebih banyak barangan atau perkhidmatan (seterusnya meningkatkan pertumbuhan KDNK).

Kajian: Hampir 60% warga kota terbeban kos sara hidup

Sekitar 59.7 peratus penduduk di ibu negara terbeban ekoran peningkatan kos sara hidup, menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).
Memetik laporan yang disediakan oleh Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri dari Fakulti Ekologi Manusia UPM, 52.6 peratus lagi warga kota juga terbeban yang hutang yang menimbun.
"Daripada dapatan kajian, jelas menunjukkan bahawa majoriti isi rumah miskin bandar menyatakan bahawa mereka terkesan dengan beban hutang yang ditanggung dan peningkatan kos sara hidup membebankan mereka.
"Majoriti responden bergantung kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebagai simpanan untuk persaraan manakala tiga bentuk pinjaman utama ialah sewa beli kenderaan, perumahan dan pinjaman peribadi," kata laporan itu.
Laporan tersebut disiarkan dalam makalah Ringgit edisi April 2017 yang diterbitkan secara bersama oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Bank Negara Malaysia.
Kajian berkenaan melibatkan seramai 1,009 isi rumah miskin bandar dan pemilihan responden kajian dilakukan menggunakan kaedah persampelan sistematik yang melibatkan 5 buah kawasan perumahan awam dan rakyat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, menurut laporan itu lagi, sebanyak 45 peratus responden sahaja yang mempunyai rumah dengan lebih satu perdua menyatakan bahawa pendapatan yang diterima hanya cukup untuk memenuhi keperluan asas sahaja.
Katanya, sebilangan besar responden juga didapati mempunyai nilai aset yang kurang berbanding dengan jumlah hutang.
"Majoriti responden mempunyai pelbagai bentuk masalah kewangan, seperti lewat membayar bil, berada dalam keadaan murung disebabkan masalah kewangan dan tidak mempunyai perlindungan risiko.
"Sebahagian besar juga tidak mempunyai tunai sekiranya berlaku kecemasan, terpaksa berhutang sebelum mendapat gaji, pinjam wang daripada ceti atau ah long serta pernah diisytiharkan muflis," tambahnya.
Mengenai strategi menghadapi kenaikan kos sara hidup, katanya, empat cara utama yang dinyatakan responden adalah menyediakan bajet, bekerja lebih masa, membeli barang mengikut keperluan dan berjimat cermat.

Bertaubatlah Umno, pulangkan duit rakyat

Pada Ramadan yang mulia ini, saya menggesa agar ketua-ketua bahagian Umno dan parti BN yang menerima wang daripada Datuk Seri Najib Razak agar memulangkan kembali wang tersebut keranan itu adalah duit rakyat Malaysia.
Pendedahan demi pendedahan menunjukkan pelbagai salah guna duit rakyat telah dilakukan oleh Umno dan BN secara terancang untuk memastikan mereka terus kekal berkuasa dan merompak wang rakyat.
Pada awal Mei lalu, Rafizi Ramli membuat pendedahan yang jelas mengenai penerima wang daripada akaun peribadi Najib dan mereka yang telah disebut tidak menafikannya.
Berdasarkan dokumen itu, ada lapan urus niaga yang boleh dikenal pasti terus bahawa penerimanya adalah bahagian-bahagian Umno sendiri, parti dalam BN atau individu yang merupakan pemegang jawatan dalam Umno.
Rafizi menyenaraikan penerima-penerima wang SRC International (yang bermula dari wang pencen rakyat) seperti yang terkandung dalam dokumen SPRMInsider yang berkait dengan Umno:
  • Pada 22 Julai 2014, BN Bandar Tun Razak dilaporkan menerima RM170,000 dari akaun peribadi Najib
  • Pada 22 Julai 2014, Umno (saya andaikan ini ibu pejabat Umno) dilaporkan menerima RM1.5 juta dari akaun Najib
  • Pada 24 Julai 2014 Umno Pulau Pinang dilaporkan menerima RM1 juta dari akaun peribadi Najib
  • Pada 26 Ogos 2014, Umno (saya andaikan ini ibu pejabat Umno) dilaporkan menerima RM5 juta dari akaun Najib
Wang ini datangnya dari syarikat SRC yang dipindahkan ke dalam beberapa syarikat lain sebelum sampai ke akaun peribadi Najib.
Pada Februari 2015, ada beberapa bayaran lagi dibuat kepada parti komponen BN atau tokoh/bahagian Umno seperti berikut:
  • Pada 17 Februari 2015 parti UPKO dilaporkan menerima RM1 juta dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib. Nama naib presidennya, Datuk Dr Marcus Mojigoh disenaraikan sebagai individu yang bertanggungjawab
  • Pada 17 Februari 2015, seorang bernama Asmadi Talib dilaporkan menerima RM50,000 dari akaun peribadi Najib. Semakan mendapati Ketua Umno Padang Serai, Kedah adalah seseorang yang bernama Asmadi Talib
  • Pada 26 Februari 2015 Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dilaporkan menerima RM1 juta dari akaun Najib
  • Pada 3 Mac 2015, Umno Bahagian Johor Bahru dilaporkan menerima RM300,000 dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib
Pembayaran pada Februari 2015 adalah lebih sensitif kerana pada Disember 2014, anak-anak syarikat Putra Perdana Berhad memasukkan wang sejumlah RM140 juta ke akaun SRC bagi menggantikan wang yang telah diambil beberapa bulan sebelum itu.
Pada Disember 2014 juga, Tabung Haji telah menyuntik sebanyak RM193.5 juta wang ke dalam kumpulan Putra Perdana Berhad.
Ini menimbulkan tanda tanya besar sama ada wang yang dipindahkan dari SRC ke akaun Najib selepas Disember 2014 adalah sebenarnya dana dari Tabung Haji, yang kemudiannya dilaporkan digunakan untuk membayar parti komponen BN seperti UPKO dan tokoh-tokoh/bahagian Umno yang lain.
Jumlah yang dipindahkan dari akaun Najib kepada tokoh-tokoh Umno, Umno sendiri dan parti-parti BN adalah sebanyak RM10,020,000 seperti senarai di atas.
Pada Ramadan yang mulia ini, saya mengajak rakan-rakan seislam dalam Umno khususnya, dan mereka yang beragama Islam lain agar memulangkan kembali wang ini kepada SRC, terutamanaya UPKO yang berkemungkinan besar menerima wang Tabung Haji untuk perbelanjaannya; jika mereka tidak dapat membuktikan mereka tidak menerima wang ini seperti yang didedahkan.

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA

Pelobi: Shahrir, Jazlan akui kenal Florence Goh, tidak tahu kaitan Godfrey Group

Rafizi mendesak 2 pemimpin Umno menjelaskan kaitan mereka dengan Florence Goh, yang didakwa menandatangani kontrak bagi pihak Godfrey Group Limited.
shahrir-jazlan
KUALA LUMPUR: Tan Sri Shahrir Samad dan Datuk Nur Jazlan Mohamed akui mereka mengenali Florence Goh, individu yang sebelum ini didakwa Rafizi Ramli menandatangani kontrak melobi bagi pihak Godfrey Group Limited.
Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin Umno itu berkata mereka cuma mengenali Florence sebagai individu yang terbabit dalam aktiviti amal.
Ahli Parlimen Pandan dari PKR itu sebelum ini meminta mereka membuat kenyataan sama ada mereka mempunyai kaitan dengan usaha menggunakan Godfrey Group untuk membayar AS$250,000 (RM1.07 juta) kepada bekas pegawai kempen Presiden Donald Trump untuk melobi kepentingan negara.
“Saya tidak menyedari kaitannya dengan Godfrey Group dan saya juga tidak tahu mengenai Godfrey Group,” kata Shahrir lapor Malay Mail Online hari ini.
“Saya tidak tahu aktiviti peribadi beliau,” kata Nur Jazlan menurut laporan sama.
Shahrir merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru, sementara Nur Jazlan pula Ahli Parlimen Pulai.
Rafizi merujuk kepada laporan mengatakan Florence adalah presiden badan bukan kerajaan Care United Johor Bahru dan penasihat NGO itu ialah Shahrir. Rafizi kemudian melampirkan beberapa keping gambar menunjukkan Shahrir atau Jazlan bersama Florence di beberapa majlis penyampaian hadiah anjuran NGO tersebut.
“Seperti biasa Rafizi membuat dakwaan seperti ini tanpa bukti dan tidak peduli kesannya kepada nama baik orang yang didakwa. Jabatan perdana menteri sudah membuat penafian mengenai perkara ini,” kata Shahrir.

TAK PUAS HATI PUNCA PERTIKAI MUHYIDDIN

 Bersatu Terengganu kesal dengan tindakan pihak tertentu mempersoalkan kewibawaan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengaitkan Muhyiddin dengan kepincangan yang berlaku dalam Bersatu di peringkat kebangsaan dan Perak.
Pengerusi Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris menegaskan, pihaknya mengutuk dan menolak sebarang perbuatan mensabotaj kepimpinan serta menyokong penuh kepimpinan Muhyiddin dan juga timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bagi membawa parti ke arah yang lebih teguh dan cemerlang.
Beliau mendakwa, pihak yang mendatangkan suasana tidak selesa dalam parti adalah pemimpin di peringkat negeri dan bahagian tertentu yang tidak berpuas hati disebabkan tuntutan mereka bersifat peribadi tidak dilayan.
“Sewajarnya kita sebagai ahli dan pemimpin bawahan menghormati dan memahami arah dan matlamat kepimpinan atasan, bukan mengkritik secara terbuka.
“Sebarang pendapat atau pandangan kedua perlu dikemukakan dan dibincangkan pada mesyuarat dalaman parti, bukan mengkritik secara terbuka dan menggunakan media bagi mencari populariti diri,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Razali berkata sebagai mengulas mengenai Ketua Pendaftar Bersatu Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar kononnya seluruh bahagian Bersatu Perak membuat desakan supaya Muhyiddin meletakkan jawatan ekoran kepincangan di peringkat kebangsaan dan Perak.
Azrul Suhadi juga didakwa turut menyatakan Muhyiddin tidak pernah ikhlas kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, penyokong dan pendokong parti.
Mengulas lanjut, Razali menolak dakwaan berhubung sikap tidak ikhlas Muhyiddin sambil menyifatkan ia bertujuan memecahbelahkan parti dengan sengaja.
Jelasnya, berdasarkan kenyataan ditunjukkan oleh 3M atau Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz, ternyata ketiga-tiganya menunjukkan semangat setia kawan dan persefahaman padu dalam meningkatkan maruah dan perjuangan parti.

Kenapa selepas 2 tahun GST dilaksanakan harga barang terus menaik ??!

DAH MESYUARAT 4 TAHUN YANG LALU, masih lagi tak mampu nak tangani kenaikan harga barang ??!

'Tax-payer' rakyat bayar gaji kamu, kamu buat apa ??!

AHMAD MASLAN KATA.. "Harga barang boleh turun dengan GST"

Penambakan Haram..???

Projek belum dapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar TETAPI dah mula kerja penambakan ??!

Salah kerajaan DAP juga kah??!

BERANIKAH kementerian nak ambil tindakan di bawah Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 jika sabit kesalahan pesalah boleh dikenakan denda RM500,000 atau menghadapi lima tahun penjara ??!

Habis lah AMENOooo...Siapakah dia..??


Serupa Tapi Tak Sama..


Ulamak yang lebih menjaga jubah dari kebenaran, kisah Ibnu Taimiyyah dan Qazan.

Prof Aziz Bari: Merakyatkan Perlembagaan & Politik Malaysia Terkini

Jangan sampai bekas ahli bergabung, dedah kelemahan PPBM - Kamarulazman

PAS tidak puas hati, KDN hanya 'cubit' The Star

Shahrir Samad Penasihat NGO Pelobi

Seminggu berlalu, wakil PKR Kelantan belum letak jawatan - Exco PAS Kelantan

RDPT: Pemuda AMANAH lapor SPR kepada polis

MEMANG PATUT TUAN IBRAHIM MENEGUR PEMIMPIN BAWAHAN...

Bukan merupakan kebiasaan bagi pimpinan utama Pas menegur pemimpin bawahan mereka yang didapati mengeluarkan ucapan dan kata-kata yang melampau atau menyinggung pihak lawan.

Selalunya, perbuatan itu didiamkan begitu saja.

Tetapi, Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini memangku jawatan Presiden Pas berikutan Hadi Awang sedang menerima rawatan pemulihan kerana pembedahan injap jantung, telah melakukan sebaliknya dan bertindak terpuji susulan tulisan YDP Pas Gombak, Salehuddin Nasir yang dilihat tidak wajar sama-sekali berkaitan majlis berbuka puasa melibatkan pemimpin DAP.

Pemimpin Pas kawasan itu bukan saja menulis secara tidak wajar, melulu dan emosi, malah juga melakukan fitnah dengan mengaitkan DAP dengan pesta arak dan majlis onani yang sebenarnya bukan anjuran parti itu.
Membaca tulisannya itu pasti ramai yang geleng kepala kerana imej beliau sebagai pemimpin Islam yang selalu tampil berkopiah dan nampak sopan, sedangkan budak-budak rock atau orang biasa yang pakai topi pun tidak menulis seburuk itu bahasa dan tuduhannya kepada pihak lain.

Ketika pemimpin-pemimpin Pas lain masih berdiam diri dan "berat mulut"  untuk menegur, Tuan Ibrahim dengan berani tampil menegur serta menasihati pimpinan bawahan atau sesiapa dalam parti itu agar menjaga tulisan mereka.

Malah, beliau juga menjarakkan diri dengan mengatakan tulisan sebegitu rupa tidak menepati dasar parti atau mewakili pendirian parti.

Jika diselak sejarah yang tidak terlalu lama, tindakan pemimpin Pas peringkat bawahan yang bertindak keterlaluan, emosi dan tidak menjaga adab,  bukanlah sesuatu yang asing sebenarnya.

Sebelum ini, ada di antara mereka yang mengatakan Dr. Wan Azizah Wan Ismail, jika tidak menyokong usul Akta 355, kiranya meninggal dunia nanti,  sudah layak dikebumi di jirat Cina.

Minggu lalu, seorang bekas pemimpin Pas yang mengetuai sebuah NGO telah mengadakan demonstrasi melarang Ketua Menteri Pulau Pinang menghadiri majlis berbuka puasa, kecuali jika memeluk Islam terlebih dahulu.

Dalam demonstrasi yang sama juga telah berlaku kejadian tampar yang melibatkan seorang pegawai kepada Lim Guan Eng.
Namun, jika diselak sejarah bertahun-tahun sejak kewujudan Pas, tindakan keterlaluan, tidak wajad dan emosi bukanlah sesuatu yang asing sebenarnya. 

Geely akan bebaskan Proton dari subsidi kerajaan sembang AP Umno..!!!

Pemberian subsidi Proton yang mencecah berbilion-bilion ringgit sejak 30 tahun lepas tidak boleh diteruskan selama-lamanya.
ahmad-fauzi-zahari-geely-proton2KUALA LUMPUR: Pakatan strategik antara Proton Holdings Bhd (Proton) bersama Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) dari China, akan membebaskan pengeluar kereta nasional itu daripada subsidi berterusan kerajaan yang turut menggunakan wang pembayar cukai, kata seorang ahli Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata subsidi mencecah berbilion-bilion ringgit sejak penubuhan Proton pada 30 tahun lepas bukan sesuatu yang dapat diteruskan selama-lamanya.
Sehubungan itu, pakatan dengan syarikat automotif besar global seperti Geely sebenarnya turut disertai pelbagai prospek menarik demi pertumbuhan masa depan Proton.
“Asean mempunyai 600 juta penduduk manakala angka jualan kereta China pula sebanyak 28 juta setahun. Jika Proton, menerusi Geely mampu memperoleh 1% pasaran China, maka ini bermakna Proton dapat mengeluarkan 280,000 unit kereta tambahan,” katanya kepada Bernama.
Ahmad Fauzi berkata pengeluaran tahunan Proton ketika ini yang membabitkan kira-kira 74,000 unit kereta hanya mewakili 20% daripada kapasiti sebenar kilang di Tanjung Malim, Perak.
Pada Rabu lepas, Proton Holdings Bhd sebagai pemilik Proton memeterai perjanjian dengan Zhejiang Geely Holdings Co Ltd yang menyaksikan Geely memiliki 49.9% pegangan manakala Proton mengekalkan pegangan majoriti sebanyak 50.1%.
Ahli Parlimen itu turut berkongsi keterujaannya terhadap masa depan Proton kerana pakatan dengan Geely juga menandakan sejumlah 60,000 pekerjaan langsung dan tidak langsung serta kira-kira 200,000 vendor, pengedar dan pembekalnya mampu dipertahankan.
Malah, usaha menyelamatkan pekerjaan itu sememangnya menjadi keutamaan kerajaan yang menyuntik dana ke dalam Proton sejak bertahun-tahun lamanya, dan penjualan kepentingan dalam Proton wajar dilihat sebagai keputusan perniagaan yang bukannya atas alasan lain.
“Saya menyokong pandangan Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Ghani yang berharap demi kemajuan pada masa depan, tiada lagi subsidi seterusnya untuk Proton dan ia mampu berdikari tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan.

Aziz Bari: PAS hari ini parti hipokrit yang pentingkan jawatan

Hipokrasi PAS hari ini ketara jika dibandingkan kepada pimpinan PAS dahulu, yang sedia melepaskan jawatan demi prinsip.
aziz-pas
Prof Abdul Aziz Bari berkata keengganan PAS melepaskan jawatan dalam kerajaan Selangor walaupun selepas memutuskan hubungan dengan rakan gabungan menjelmakan peribadi sebenar mereka.
Ia hanya menunjukkan PAS pentingkan kedudukan, katanya dalam temubual yang disiarkan secara langsung di Facebook DAP malam tadi.
“Saya tidak terkejut oleh kerana kita bukan hanya bercakap mengenai 3 orang exco tetapi sekitar anggaran 500-600 orang pimpinan PAS yang terlibat dalam syarikat milik kerajaan, majlis tempatan dan ketua kampung.
“Ini sebenarnya pendapatan yang agak lumayan jadi mereka tidak sanggup melepaskan jawatan.
“Ini menunjukkan warna sebenar PAS. Mereka bukan bercakap soal agama tetapi soal kedudukan.”
Aziz berkata “hipokrasi” PAS hari ini ketara jika dibandingkan kepada pimpinan parti terdahulu, yang sedia melepaskan jawatan demi prinsip.
Beliau menyorot perhatian ke 1977, apabila bekas presiden PAS Tan Sri Asri Muda meletak jawatan dari jemaah menteri persekutuan kerana membantah pengisytiharaan darurat di Kelantan.
“Asri lebih tegas dengan prinsipnya…sanggup meninggalkan jawatan menteri persekutuan bersama Datuk Hassan Adli Arshad dan Datuk Mustafa Ali dan ada juga beberapa pengerusi badan berkanun.”
Perintah darurat diumumkan apabila bekas menteri besar Datuk Mohamad Nasir dari PAS enggan meletak jawatan selepas tewas dalam undi tidak percaya di dewan undangan negeri.
Ia berlaku ketika PAS berada dalam Barisan Nasional, yang menyertainya pada 1973.
“Tetapi inilah PAS (hari ini). Mereka yang merobohkan pakatan, tetapi tak malu-malu untuk duduk di situ (dalam kerajaan). Mereka kata ‘mandat rakyat’. Mandat apa? Ini bukan soal mandat.
“Dalam prinsip Westminster soal mandat tidak relevan sebab kerajaan dibentuk oleh parti yang terima sokongan majoriti dan mereka tolak parti yang terima majoriti itu.
“Kalau terima soal mandat pun, tidakkah kemenangan PAS pada PRU-13 yang lalu itu disebabkan manifesto Pakatan Rakyat. Jadi mereka sudah tolak manifesto itu, jadi apa asas moral untuk mereka kekal dalam kerajaan negeri? Ini yang saya katakan hipokrasi.”
Awal bulan ini PAS secara rasmi memutuskan kerjasama dengan PKR, apabila Majlis Syura Ulama memutuskan langkah itu perlu demi mempertahankan agenda Islam PAS.
PAS menuduh PKR melanggar syarat kerjasama, gagal menyokong PAS dalam agenda Islam, dan menentangnya pada pilihan raya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar tahun lalu.
Walaupun PKR mengarahkan semua lantikan politik parti berundur dari kerajaan Kelatan, PAS memutuskan 3 exco mereka kekal di Selangor sehingga pilihan raya umum akan datang.
Tiga exco berkenaan ialah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad; Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi; Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi serta Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Rafizi cabar Khairy jawab soalan, bukan sibuk jual mimpi

Rafizi mendakwa, pertumbuhan KDNK era Najib lebih didorong pertambahan pekerjaan berkemahiran rendah dan bukannya produktiviti negara.
rafizi-khairyRafizi Ramli mencabar Khairy Jamaluddin menjelaskan kenapa rakyat tidak menikmati manfaat daripada perkembangan ekonomi Malaysia, bukannya sibuk menjelajah negara menjual mimpi untuk Transformasi Negara 2050 (TN50).
Naib presiden PKR itu dalam kenyataan hari ini berkata, beliau masih menunggu jawapan ketua Pemuda BN dan Umno itu untuk berdialog dengan 300 pemimpin pembangkang pada Dialog TN50.
“Beliau tidak boleh terus mendiamkan diri mengelak soalan-soalan saya mengenai isu pekerjaan dan kos sara hidup.
“Saya masih menunggu jawapan Khairy Jamaluddin mengenai peluang berdialog dengan 300 pimpinan pembangkang dalam sesi TN50 untuk saya tanya soalan paling mudah – apa tindakan Datuk Seri Najib Razak untuk mengatasi masalah pertumbuhan ekonomi yang tidak sampai manfaatnya kepada rakyat?” soalnya.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merujuk kepada bagaimana ekonomi menghasilkan lebih banyak barangan dan perkhidmatan dan ia boleh dicapai melalui 2 cara, iaitu pertambahan pekerjaan atau produktiviti.
“…bukan semua pertumbuhan mengalirkan kebaikan ekonomi kepada rakyat. Ada yang dipusatkan di kalangan beberapa pihak, ada kerana lebih banyak pekerjaan bergaji murah yang diwujudkan.
“Oleh itu, walaupun saiz ekonomi dilihat semakin meningkat, tetapi ia turut dikongsi bersama lebih ramai orang yang kebanyakannya pekerja asing.”
Persekutuan Majikan Malaysia menganggarkan negara mempunyai kira-kira 6 juta pekerja asing berdaftar dan tidak berdaftar pada 2016.
Rafizi mengulas kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Muhammad Ibrahim pada 19 Mei lalu, yang berkata pertumbuhan KDNK itu berpunca daripada permintaan domestik dan perbelanjaan swasta yang kukuh.
Muhammad dilaporkan berkata, permintaan domestik meningkat kepada 7.7% dan perbelanjaan swasta pula meningkat 8.2%, selain perbelanjaan sektor awam kian pulih.
Rafizi berkata, pertumbuhan KDNK negara jika didorong produktiviti, setiap pekerja akan mendapat imbuhan lebih besar kerana jumlah pekerja tidak perlu ditambah secara mendadak dan hasil ekonomi dikongsi dengan lebih adil.
Bagaimanapun katanya, kadar kenaikan imbuhan pekerja merosot daripada 5.3% pada 2011 kepada 3.8% pada 2015.
“Sebab itu pertumbuhan perlu diperhalusi sama ada ia hanya dipacu pertambahan pekerja yang dibayar gaji murah, atau daripada kerja bernilai tinggi dengan gaji lebih tinggi.”
Beliau membuat perbandingan antara pertumbuhan KDNK di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih didorong produktiviti berbanding Najib (2011 hingga 2015) yang didorong pertambahan pekerjaan, berdasarkan Laporan Produktiviti Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

2 pemimpin Umno ada kaitan dengan wakil Godfrey Group.??

Ahli Parlimen Pandan itu melampirkan beberapa keping gambar menunjukkan 2 pemimpin Umno bersama seorang individu yang didakwa menandatangani kontrak melobi bagi pihak Godrey Group
rafizi-shahrir-jazlanRafizi Ramli hari ini meminta 2 pemimpin Umno membuat kenyataan sama ada mereka mempunyai kaitan dengan usaha menggunakan Godfrey Group Limited untuk membayar AS$250,000 (RM1.07 juta) kepada bekas pegawai kempen Presiden Donald Trump untuk melobi kepentingan negara.
Ahli Parlimen Pandan itu dalam kenyataannya mendakwa Tan Sri Shahrir Samad dan Datuk Seri Nur Jazlan Mohamad mengenali individu bernama Florence Goh, yang sebelum ini didakwa Rafizi menandatangani kontrak melobi bagi pihak Godfrey Group.
Rafizi kemudian melampirkan beberapa keping gambar menunjukkan Shahrir atau Jazlan bersama Florence di beberapa program perasmian di Johor Bahru.
Rafizi juga mendakwa Florence adalah presiden badan bukan kerajaan Care United Johor Baharu, dan mendakwa penasihat NGO itu ialah Shahrir.
“Saya menyeru Shahrir dan Jazlan membuat kenyataan kerana rakyat berhak tahu apakah kaitan Goh dengan pimpinan Umno sehingga dia boleh mengaku mewakili kerajaan berurusan dengan pelobi di Amerika Syarikat (AS)?
“Jika dia benar-benar menggunakan nama Malaysia seperti dalam penafian pejabat perdana menteri, maka Nur Jazlan sebagai timbalan menteri dalam negeri sepatutnya menjadi orang pertama mengarahkan tindakan undang-undang diambil terhadap Goh,” katanya.
Portal berita AS The Daily Beast melaporkan syarikat The 45 Group milik Healy Baumgardner-Nardone yang pernah menyertai pasukan kempen Trump mengisytihar menerima RM1.07 juta daripada sebuah syarikat beralamat di Johor Bahru dan juga pejabat perdana menteri di Putrajaya.
Pengisytiharan itu wajib di bawah Akta Pendaftaran Ejen Asing di mana sesiapa yang terlibat melobi penjawat awam AS perlu mendedahkan butiran kepada Jabatan Kehakiman AS (DoJ).
Menurut borang rasmi yang difailkan Nardone, bayaran itu dibuat pada 9 Mei 2017.

'Vendor Proton bimbang periuk nasi bakal terjejas lagi'

Para vendor Proton melahirkan rasa bimbang tentang pengambil alihan 49.9 peratus kepentingan Proton Holdings Bhd oleh China Geely Automobile Holding Ltd yang boleh menjejaskan 'periuk nasi' banyak pembekal kereta nasional itu.
Industri, yang menyaksikan penurunan jualan kereta Proton dalam tempoh lima tahun yang lalu sehingga memaksa beberapa vendor menutup perniagaan mungkin berdepan kesan negatif seterusnya apabila Geely membawa masuk vendor dan rakan kongsi strategiknya sendiri.
"Lima tahun yang lalu, Proton menjual 12,000 unit kereta sebulan, tetapi kini tinggal 5,000 unit hingga 6,000 unit kereta sebulan.
"Beberapa vendor terpaksa menutup kedai kerana mereka terjejas oleh kejatuhan mendadak jumlah jualan (kereta Proton)," jelas vendor.
Vendor tersebut enggan namanya disiarkan atas alasan tidak mahu menjejaskan hubungan perniagaan dengan Proton.
Beberapa vendor berkata, pada masa ini, tanpa terma dan syarat perjanjian antara Geely dan pemilik Proton DRB Hicom Bhd didedahkan, mereka tidak pasti sama ada Proton akan menyusun semula rantaian bekalan kereta.
Bagaimanapun, para vendor percaya sebahagian daripada mereka akan dinyahkan daripada rantaian bekalan Proton kerana Geely boleh memilih vendor yang ditentukan dari China dan negara-negara lain.
"Apabila Geely datang, pasti mereka akan datang dengan teknologi dan vendor dan rakan-rakan perniagaan pilihan mereka," kata vendor lain kepada Malaysiakini.
Jelas beliau, negara menerima pakai teknologi automotif berasaskan Jepun manakala Geely memiliki teknologi tersendiri, sekali gus menyebabkan beberapa vendor tempatan untuk dipinggirkan di masa depan.
"Perlahan-lahan, kita akan mula mengurangkan pengaruh Jepun. Vendor mungkin terjejas, tetapi ini tidak semestinya tidak baik kerana mereka boleh memilih untuk membabitkan dengan rakan strategik," katanya.
Bagaimanapun, beliau berharap Proton boleh mengenakan kuota untuk menjaga vendor tempatan dalam perniagaan.

Yayasan Tabung Haji, Umno peruntuk RM15 juta untuk 50 Parlimen...!!!

Yayasan Tabung Haji (TH) dan UMNO memperuntukkan RM15 juta untuk melaksanakan program Ziarah Kasih Ramadan di 50 kawasan Parlimen terpilih bersempena bulan Ramadan tahun ini.
Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata program itu adalah bagi membantu golongan kurang berkemampuan seperti golongan asnaf, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal.
"Bermula 1 Ramadan, kita telah melaksanakan program ini di empat kawasan Parlimen iaitu Kuala Selangor, Kuala Langat, Gombak dan hari ini di Shah Alam.
"Sehingga hari ini, seramai 6,500 penerima telah menerima sumbangan berjumlah RM1.2 juta dan ini merupakan tanda keprihatinan TH dan UMNO dalam usaha meringankan beban hidup rakyat," katanya.
Abdul Azeez yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM300,000 kepada 1,500 penerima termasuk 750 golongan asnaf di Masjid Raja Tun Uda di Shah Alam, hari ini.
Menurutnya selepas Selangor, program Ziarah Kasih Ramadan akan diteruskan ke negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak.
"Sasaran kita bukan hanya untuk rakyat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Kalau sebelum ini TH hanya bertumpu kepada satu-satu tempat tetapi kali ini kita nak ramaikan lagi penerima bantuan," katanya.

Penunjuk ekonomi Malaysia beri amaran


Penunjuk ekonomi Malaysia beri amaran
Jika baki akaun semasa negara defisit bagi tempoh lebih panjang, ia akan menjejaskan semuanya daripada gaji rakyat hinggalah harga barang makanan. 
DARIPADA semua statistik yang menunjukkan keadaan ekonomi Malaysia, satu penunjuk menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar ekonomi yang berkata ia boleh menimbulkan kesusahan bagi setiap rakyat negara ini dalam tempoh jangka panjang.
Baki akaun semasa ialah termometer kepada ekonomi negara dan jika ia menjadi defisit bagi tempoh lanjutan, ia boleh menjejaskan semuanya daripada gaji hinggalah harga sayur.
Baki akaun semasa Malaysia masih menunjukkan “surplus” atau lebihan tetapi berita buruknya ialah ia menurun secara berterusan dari 2014.
Pakar ekonomi Ali Salman berkata surplus itu turun dengan lebih separuh atau 57.75% daripada suku keempat 2016 kepada suku pertama tahun ini.
Jika penurunan itu tidak ditangani, ia akan membawa kepada pertumbuhan ekononi lembap dan bakal menipiskan wang poket rakyat biasa. Pakar ekonomi berkata antara kesan akibat penurunan surplus ialah:
* Kesukaran dalam menyediakan peluang pekerjaan atau sumber pendapatan yang baharu bagi rakyat menyebabkan kuasa beli mereka berkurangan.
* Keyakinan pelabur kepada negara akan berkurang menyebabkan nilai ringgit semakin lemah.
* Ringgit yang lemah menyebabkan makanan dan barangan import semakin mahal dan harga di pasar raya meningkat.
* Paling teruk ialah semua faktor di atas boleh bergabung dan memburukkan lagi keadaan sehingga membawa kepada pertumbuhan keseluruhan lebih lembab.
“Ia boleh menyebabkan satu kitaran ganas di mana pertumbuhan ekonomi yang lembap membawa kepada peningkatan inflasi. Akhirnya akan berlaku pergolakkan sosial,”kata pakar ekonomi Ramon Navaratnam.
Surplus berkurangan
Menurut laman web Investopedia, akaun semasa negara terdiri daripada baki perdagangannya (eksport tolak import), pendapatan dari luar negara dan pindahan semasa bersih yang termasuk wang dihantar pulang oleh pekerja warga asing.
Ali yang juga ketua penyelidik di Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) berkata akaun semasa mengandungi empat komponen – akaun barangan, akaun perkhidmatan, pendapatan primer dan pendapatan sekunder. (nota pada Sri ini istilah jabatan statistik)
“Baki akaun semasa berkurangan hampir 57.75% dari suku keempat 2016 kepada suku pertama 2017, dengan jumlah keseluruhan kerugian RM7.2 bilion,” katanya.
Menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER),  akaun semasa negara masih menunjukkan surplus RM48 bilion untuk 2014. Surplus ini menurun kepada RM34 bilion pada 2015 dan RM25 bilion pada 2016.
Pengarah Eksekutif MIER Prof Zakariah Rashid berkata punca utama penurunan itu ialah permintaan dunia yang lemah terhadap eksport Malaysia, industri maritim tidak kompetitif dan lambakan pekerja warga asing tidak mahir.
“Harga komoditi minyak sawit, gas asli dan minyak mentah yang lemah di pasaran dunia dan industri pembuatan yang semakin tidak kompetitif akhirnya melemahkan pencapaian eksport,” katanya.
Ini dapat dilihat menerusi penurunan di dalam akaun barangan dan akaun perkhidmatan negara, kata Ali.
Ali berkata akaun barangan menurun 18.93% daripada suku sebelumnya, sementara akaun perkhidmatan jatuh 15.29%.
Pendapatan primer negara juga turun 7.19% berbanding suku sebelum ini yang sudah pun sedia defisit.
Trend membimbangkan

PAS tegur ahli persoal DAP sertai majlis buka puasa

Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ahli dan pimpinan perlu bertindak sejajar dengan pendekatan politik 'matang dan sejahtera'.
tuan-ibrahim-tuan-man-guan-eng-2KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan ahli dan pimpinannya supaya berhati-hati ketika meluahkan pandangan mereka melalui media sosial, selepas catatan Facebook seorang ketua PAS cawangan yang mengecam pimpinan DAP yang turut serta dalam majlis berbuka puasa.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menjauhkan diri dari pandangan Yang Dipertua PAS Gombak Salehhuddin Nasir yang “meluat menyampah” melihat pemimpin DAP berbuka puasa dengan orang Islam.
“Masa lain buat pesta arak dan pesta onani. Haram jadah sungguh,” tulis Salehhuddin.
Sebaliknya, Tuan Ibrahim berkata PAS merupakan gerakan dakwah dan perlu mendekatkan masyarakat bukan Islam “walau mereka tidak menerima Islam sebagai agama”.
“Aktiviti berbuka puasa tidak perlu dipolitikkan mahupun digunakan untuk tujuan politik. Sebaiknya aktiviti digunakan sebagai medan merapatkan hubungan antara kaum dan meningkatkan pemahaman antara agama,” katanya dalam kenyataan.

Buku, filem skandal 1MDB sedang disiapkan

SKANDAL 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan berlalu pergi. Sebuah buku dan filem mengenai syarikat pelaburan Malaysia yang sarat hutang hingga hampir RM42 bilion dan penyelewengan wang itu sedang disiapkan oleh dua kumpulan.
Antara dinamakan di dalam buku dan dokumentari itu termasuk Perdana Menteri Najib Razak yang juga bekas ahli lembaga penasihat 1MDB, ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, bekas ketua eksekutif Shahrol Halmi, Hazem Abdul Rahman dan presiden terkini 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
Yang lain termasuk pengarah syarikat Arab Saudi, PetroSaudi Tarek Obaid dan eksekutif Aabar dari Abu Dhabi, Khadem Al Qubaisi dan Mohammed Al Husseiny, syarikat yang pernah menjadi rakan kongsi dengan 1MDB dalam beberapa kerjasama.
Tom Wright dari Wall Street Journal (WSJ) yang banyak membuat laporan pendedahan mengenai 1MDB, sedang menyiapkan buku berkenaan sejak tahun lepas di mana dia menjanjikan akan ada “banyak lagi pendedahan”.
Syarikat penerbitan British, Salt Lick Films memulakan produksi dokumentari mengenai 1MDB dua tahun lalu dan menjalankan urus niaga penerbitan bersama dengan satu lagi syarikat, Roast Beef Productions dengan tarikh akhir tayangan perdana pada tahun ini.
Tidak diketahui adakah pengarang Sarawak Report Claire Rewcastle Brown terbabit dalam dokumentari itu tetapi dia yang melaporkan mengenai kerja produksi itu pada Mac lalu di portalnya yang membuat pendedahan mengenai 1MDB sejak 2015.
Sumber berkata penerbit dokumentari itu menemu bual beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis mengenai skandal 1MDB yang kali pertama diketahui umum apabila syarikat pelaburan itu tidak melaksanakan bayaran bonnya.
Ahli politik pembangkang daripada DAP, Tony Pua dan Rafizi Ramli dari PKR antara yang terawal mendedahkan hutang 1MDB sebelum ia mendapat perhatian Sarawak Report dan WSJ.
WSJ menang Anugerah Scoop di Anugerah Persatuan Penerbit di Asia (SOPA) 2016 menerusi laporan “Skandal 1MDB Malaysia” yang mendorong kepada pelancaran siasatan antarabangsa terhadap syarikat pelaburan negara itu dan juga liputan media seluruh dunia.
Wright, yang juga pengarang meja ekonomi edisi Asia memenangi Anugerah Wartawan SOPA 2016.
Pendedahan 1MDB juga meletakkan WSJ sebagai finalis bagi Kategori Laporan Antarabangsa dalam Anugerah Pulitzer di Amerika Syarikat, iaitu salah satu daripada beberapa pihak berkuasa yang menyiasat jejak laluan wang 1MDB.
Jabatan Kehakiman AS (DoJ) memfailkan tuntutan pada Julai 2016 memohon untuk menyita aset bernilai kira-kira AS$1 bilion yang didakwa dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB, menjadikan ia kes terbesar di bawah Inisiatif Perolehan Aset Kleptokrasi (KARI).
Kes 1MDB dilihat sebagai rampasan terbesar unit kleptokrasi itu di mana pendakwa AS memperincikan beberapa transaksi kewangan mengelilingi dunia dalam 136 halaman aduan. Kes itu masih belum selesai.
Pihak berkuasa di negara jiran Singapura juga memulakan siasatan kes berkaitan 1MDB, termasuk mendakwa beberapa warganegaranya atas kesalahan yang ada kaitan dengan syarikat pelaburan itu. Seorang warga asing turut didakwa dalam siasatan negara itu terhadap 1MDB.

SKANDAL 1MDB: SINGAPURA DENDA 2 BANK LAGI

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) mengenakan penalti kewangan ke atas United Overseas Bank (UOB) dan Credit Suisse berhubung transaksi berkaitan 1MDB.
Akhbar Singapura, The Straits Times hari ini melaporkan pemeriksaan selama 2 tahun ke atas UOB dan Credit Suisse mendapati kedua-dua bank itu melanggar beberapa keperluan anti pengubahan wang haram (AML) dan kesilapan kawalan.
uob-singapore-mas
Ia termasuk kelemahan dalam melaksanakan pematuhan piawaian ke atas pelanggan dan kawalan tidak mencukupi ke atas transaksi serta aktiviti pelanggan. MAS bagaimanapun tidak mengesan kelemahan kawalan menyeluruh dalam kedua-dua bank itu.
Sehubungan itu, UOB dikenakan penalti kewangan berjumlah S$900,000 dan Credit Suisse pula didenda S$700,000 kerana melanggar Notis 626 MAS – Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Menentang Pembiayaan Keganasan.
Pengurusan 2 bank itu turut diarah mengambil tindakan disiplin sewajarnya ke atas kakitangan terbabit, selain melantik badan bebas untuk menilai dan mengesahkan pelaksanaan langkah pembaikan secara berkesan.
UOB dan Credit Suisse sedang mengambil langkah untuk menangani kelemahan yang dikenal pasti dan meningkatkan kawalan AML mereka.
Dalam pada itu, The Straits Times turut melaporkan MAS mengeluarkan perintah larangan (PO) kepada 3 individu dan notis untuk melaksanakan tindakan kawal selia sama ke atas 3 individu lain.
Susulan pengumuman pada 13 Mac lalu, PO seumur hidup dikeluarkan kepada pengurus Falcon Private Bank Ltd cawangan Singapura, Jens Fred Sturzenegger dan kakitangan BSI Bank, Yak Yew Chee, manakala PO selama 15 tahun dikenakan terhadap Seah Mei Ying yang juga pekerja BSI Bank, berkuat kuasa semalam.
Sturzenegger didapati bersalah melakukan jenayah kewangan, termasuk memberi maklumat palsu kepada pihak berkuasa dalam usaha menyembunyikan hubungan Falcon Bank dengan jutawan Malaysia, Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low.
Yak dan Seah pula didapati gagal melaporkan urus niaga mencurigakan dan memalsukan surat rujukan di BSI Bank bagi pihak Jho Low.

PRU14: 'Trend migrasi pengundi banyak ke Selangor, P Pinang'

Menjelang pilihan raya umum ke-14, ahli Parlimen DAP menekankan Selangor dan Pulau Pinang mendaftar kadar migrasi bersih tertinggi dalam tempoh lima tahun yang lalu.
Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming dalam kenyataan berkata, antara tempoh 2015 hingga 2016, Selangor mengalami migrasi bersih seramai 19,400 orang manakala Pulau Pinang pula membabitkan 12,000 orang.
Migrasi bersih merujuk kepada perbezaan antara bilangan mereka yang berpindah masuk dan keluar dari kawasan tertentu sepanjang setahun.
Ia berdasarkan Laporan Tinjauan Migrasi Jabatan Perangkaan 2016 yang dikeluarkan pada Jumaat lepas.
"Kesediaan orang untuk berpindah ke Selangor dan Pulau Pinang bukanlah satu fenomena jangka pendek.
"Memetik data dari 2011 hingga 2016 dalam laporan berkenaan, penghijrahan bersih bagi Selangor dan Pulau Pinang (dalam tempoh lima tahun) adalah 125,400 dan 49,800 yang menjadikan kedua-dua negeri teratas dari segi migrasi bersih," kata Ong lagi.

RDPT: Pemuda Amanah lapor polis serentak ke atas SPR


Pemuda Amanah membuat laporan polis terhadap SPR di ibu pejabat polis Dang Wangi hari iniPemuda Amanah membuat laporan polis terhadap SPR di ibu pejabat polis Dang Wangi hari ini
Pemuda Amanah hari ini membuat laporan polis serentak di seluruh negara ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT).
Menurut Ketua Pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan tindakan selanjutnya pada 6 Jun ini dengan penyerahan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkaitan keengganan SPR mengedarkan salinan RDPT.
"Kita juga akan menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-raja sebagai badan tertinggi untuk rakyat mengadukan kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan SPR kepada parti-parti politik terutama kepada Pakatan Harapan," katanya pada sidang media sebentar tadi.
Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan, Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan memberitahu 70 peratus iaitu 246,000 pemilih berdaftar daripada kira-kira 300,000 pengundi adalah pengundi baru.
" Selebihnya, melibatkan pertukaran alamat. Ini perkembangan yang mencemaskan pihak tertentu.
"Keadaan ini ada kaitan dengan tindakan SPR tidak mengedarkan salinan RDPT kepada parti politik terutama Pakatan Harapan," ujarnya pada media masa sama di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di ibu negara.
Menurutnya, pertambahan 28,000 pengundi lagi sebagai luar biasa dan mencurigakan serta mungkin berlaku campur tangan pihak tertentu.
"Pada 26 Mei lalu iaitu sebulan selepas SPR umumkan tidak edar salinan RDPT, mereka keluarkan senarai semakan untuk suku pertama tahun ini dengan menambahkan lagi 28,000 nama pemilih.
"Ini tidak pernah berlaku. Alasan mereka kesilapan di pihak SPR yang gagal memasukkan senarai terbabit dalam senarai RDPT dalam suku pertama.
"Mereka (SPR) mengakui kesilapan mereka. Ini satu keaiban. SPR yang berpengalaman dalam pilihan raya boleh terlepas 28,000 nama (pemilih)?" bidasnya.
Beliau berkata, keciciran senarai tersebut membabitkan anggota beruniform dan pasangan masing-masing.
"Daripada jumlah itu, 7,000 daripadanya adalah di Wilayah Persekutuan iaitu satu per empat daripada jumlah pemilih yang didaftarkan kemudian itu.
"Besar kesannya bukan kecil. Kalau di Titiwangsa sahaja yang Umno hanya menang 866 majoriti yang amat tipis boleh mengekakan kemenangan.
"Mereka (Umno-BN) boleh merampas Lembah Pantai dengan 7,000 pemilih.
"Setiawangsa juga antara Parlimen di Wilayah Persekutuan yang mempunyai jumlah pengundi dari badan beruniform yang tinggi," dedahnya lagi.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis bertindak segera terhadap laporan polis yang dibuat Pemuda Amanah hari ini.

Nafi ramai ahlinya sertai Amanah, Pas sedia tawan parlimen PKR Selayang

Menafikan ramai ahlinya keluar parti, Pas Selayang memberitahu tidak sampai 10 ahli yang aktif menyertai Amanah kawasan itu.
Mohd Farhan MadzlanMohd Farhan MadzlanKetua Penerangan Pas Kawasan Selayang, Farhan Madzlan berkata, tindakan beberapa ahli partinya yang dianggap bermasalah memilih Amanah juga adalah lebih baik.
"Bahkan hanya seorang dua ahli yang banyak bercakap dan terkenal bermasalah sahaja yang telah meninggalkan Pas dan menyertai Pan (panggilan lazim ahli Pas terhadap Parti Amanah Negara).
"Bagi saya, keluar lebih baik tanpa ada niat untuk menghalau mereka," ujarnya mengulas kenyataan Timbalan Ketua Amanah Selayang, Wan Anwar Wan Ibrahim tentang kira-kira 70 peratus ahli Pas yang aktif di kawasan itu bertindak keluar parti.
Wan Anwar merangkap Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional dalam laporan Malaysia Dateline, 27 Mei lalu memberitahu ramai tenaga dan penggerak strategik dalam Pas Selayang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu telah beralih kepada Amanah sama ada di peringkat pilihan raya, strategi, Wanita mahupun Pemuda.
Mengulas lanjut, Farhan menganggap dakwaan Wan Anwar itu sebagai "mengarut dan tidak berasas" sebaliknya menyarankan peguam berkenaan fokus kepada ahli Amanah sendiri.
"Dia tidak pernah menjadi ahli Pas dan tidak tahu dari mana asal usulnya. Tiba-tiba sibuk cerita tentang parti yang dia pun tidak tahu menahu tentang hal ehwalnya.
"Saya kira lebih baik sibuk tentang ahli partinya dari menyibuk dengan parti orang lain. Rasanya rakyat di Selayang lebih mengetahui fakta dari auta yang diuar-uarkan," tempelaknya dalam satu kenyataan di laman web rasmi, Pas.
Beliau sebaliknya mendakwa keaktifan ahli Pas di seluruh peringkat dari kawasan hingga cawangan terbukti berdasarkan gerak kerja mereka setiap hari mempertahankan kemenangan Pas di Dewan Undangan Negeri (Dun) Taman Templer dan Selayang amnya.
"Ditambah juga dengan penubuhan cawangan-cawangan baru dan pemerkasaan cawangan-cawangan sedia ada bagi persiapan untuk menghadapi PRU-14 (Pilihan Raya Umum ke-14) nanti.
"Saya rasa Pan ini terlalu 'kemaruk' untuk mempengaruhi pengundi-pengundi dengan dakyah tanpa asas dan bukti. Saya berharap Pan Selayang tumpu kepada kerja anda dari sibuk mencari publisiti murahan yang dusta dan jijik," selar Farhan.

Rakyat kena hadam Proton ‘berimej China’ lebih mahal?

Tidak mustahil harga kenderaan keluaran Proton Holdings Bhd khususnya membabitkan model baru di pasaran tempatan akan menjadi lebih mahal bagi memastikan keuntungan kepada Zhejiang Geely Holding Group Co (Geely) dari China.
Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, tidak mustahil Geely meletakkan syarat tertentu kepada Proton antaranya menaikkan harga bagi membolehkan syarikat itu dapat menikmati keuntungan dalam satu tempoh ditetapkan.
“Ketika media melaporkan Geely menarik diri, saya melihat ia hanya usaha mereka bermain tarik tali dan ternyata benar apabila kerajaan menaikkan duti eksais lima peratus untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) bagi memikat syarikat terbabit.
“Hanya selepas itu barulah Geely setuju membeli 49 peratus kepentingan Proton, sekali gus mengumumkan akan mengeluarkan SUV Boyue NL3 untuk dikeluarkan di Malaysia bagi pasaran serantau,” katanya kepada SelangorKini.
Beliau berkata, keadaan itu membolehkan Proton memperolehi keuntungan berganda menerusi pengecualian duti eksais dan kenaikan harga kenderaan seperti dijangka.
dr_rosli_yaakob_Dr Rosli berkata, sebagai pemilik saham baru, Geely sudah pasti mahukan pulangan segera ke atas pelaburannya di dalam Proton.
Selain itu, katanya, kesediaan Geely menyediakan reka bentuk, teknologi dan landasan pasaran kenderaan jenama Proton di peringkat antarabangsa mempunyai kos tersendiri.
“Rakyat kena terima hakikat selepas ini Proton berimej baru iaitu ‘imej China’ dengan harga lebih mahal dan bukan lagi sebagai kenderaan nasional yang walaupun bermasalah tetapi tetap dibanggakan terutama di awal pengeluarannya.
“Di sudut lain pula, kita perlu lihat teknologi China yang disuntik ke dalam Proton adakah kemungkinan lebih bagus kerana sebelum ini memang susah jumpa kenderaan buatan China tersadai di tepi jalan,” katanya.

KL bakal jadi bandar orang kaya, pekerja asing sahaja?

Ia susulan pendedahan Jabatan Perangkaan yang menunjukkan bandar raya itu terus menunjukkan aliran keluar penduduknya.
ong-warga-asing
Seorang pemimpin DAP memberi amaran Kuala Lumpur bakal hanya didiami oleh golongan kaya dan pekerja asing, sekiranya trend penghijrahan penduduk ibu kota ke negeri lain berterusan seperti yang didedahkan dalam Laporan Penyiasatan Migrasi 2016 minggu lepas.
Laporan yang menunjukkan kadar penghijrahan dalaman rakyat Malaysia itu mendapati Kuala Lumpur dan Perak merupakan antara wilayah paling tinggi penduduknya berhijrah ke tempat lain.
statistik-2
Ia juga menunjukkan Selangor dan Pulau Pinang paling banyak menerima penduduk dari negeri lain.
“Jika trend ini berterusan, Kuala Lumpur bakal menjadi bandar raya yang hanya didiami golongan kaya dan ekspatriat di samping pekerja asing yang miskin,” kata Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming.
Walaupun laporan Jabatan Perangkaan Malaysia itu tidak memberikan punca penghijrahan secara terperinci, Ong mengandaikan penduduk Kuala Lumpur mungkin bergelut denan harga hartanah yang melambung dan lebih tertarik kepada dasar kerajaan negeri Selangor.
Ong berkata hakikat yang Selangor dan Pulau Pinang terus menjadi penerima terbesar rakyat Malaysia yang berpindah dalam negara menunjukkan mereka yakin dengan pentadbiran negeri itu.
Statistik menunjukkan dalam tempoh 7 tahun antara 2009 dan 2016, Selangor dan Pulau Pinang menerima penghijrah tempatan paling ramai.

HARGA IKAN NAIK LAGI?


Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menasihati orang ramai supaya tidak panik dengan kenaikan harga ikan sepanjang Ramadan ini dan menjelang perayaan Aidilfitri.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Jabatan Perikanan pada Selasa bagi membincangkan bagaimana untuk menstabilkan harga ikan khususnya di pasar tani.
“Saya menerima maklum balas daripada nelayan terutama di perairan Selat Melaka, walaupun cuaca baik, namun lautan bergelora menyebabkan tangkapan ikan terjejas.
“Dari segi pendaratan ikan, mengikut data Mac hingga September sepatutnya hasil tangkapan meningkat. Tetapi hari ini, bila nelayan di tengah laut, terdapat angin kencang yang tidak menentu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai kepada 601 nelayan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Batu Pahat di sini pada Isnin.
Anggota Parlimen Kuala Selangor itu berkata, beliau meminta Nekmat supaya bersiap siaga bagi menghadapi situasi harga ikan yang tidak menentu memandangkan terdapat trend permintaan ikan yang tinggi daripada pengguna.

ZAID: BEKAS DIKTATOR BOLEH JATUHKAN DIKTATOR


Perubahan pendirian politik Tun Dr Mahathir Mohamad terus dibahaskan, terutamanya apabila terdapat tinjauan menunjukkan beliau masih menjadi pilihan ramai untuk menjadi perdana menteri sekali lagi jika BN berjaya ditumbangkan.
Antara yang menyokong perkara itu adalah bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim yang kini menyertai DAP.
Zaid menegaskan perkara itu di Twitter ketika mengulas rangkuman komen pembaca di Malaysiakini di ruangan “Your Say” berkaitan dukungan pembaca portal ini terhadap Mahathir, melebihi pemimpin pembangkang lain.
Artikel yang diterbitkan pagi tadi itu bertajuk “Must we elect an ex-dictator to lead us again?” (Patutkah kita pilih bekas diktator untuk pimpin kita lagi).
‘Tidak. Kita pilih bekas diktator kerana hanya dia yang tahu macam mana hendak kalahkan diktator sedia ada,” jawab Zaid.
No we elect an ex dictator because he is the only who knows how to beat the current dictator https://twitter.com/malaysiakini/status/869007232452538368 
Bagaimanapun, tidak semua setuju dengan beliau.
Seorang pengguna Twitter Mark Faris melihat perkara itu hanya akan mewujudkan kesinambungan kitaran diktator.
@zaidibrahim Problem with that approach, is that the cycle of dictators only continues. I’m done relying on lesser evils.
@zaidibrahim @yindian5 Are Malaysian destined to be trampled by a succession of dictators? Are we that meek?
 Selama 22 tahun pentadbirannya, Mahathir sering berdepan dakwaan memimpin negara ini secara kuku besi, menekan akhbar, bidang kehakiman dan institusi-institusi penting dalam negara.
Kerajaannya juga berdepan dakwaan kronisme dan nepotisme.
Mahathir, seperti musuh politiknya sekarang Datuk Seri Najib Razak, menafikan dakwaan menggunakan dana awam untuk kepentinghan peribadi.
Dalam tinjauan enam hari bermula 19 Mei itu, seramai 8,926 (69.9 peratus) daripada 12,777 pengundi memilih Mahathir sebagai calon perdana menteri pembangkang.
Hanya 25.6 peratustidak bersetuju.
Sebahagian kecil pengundi tidak kisah dan tidak pasti.

Muslim korup dan bukan Islam, siapa lebih baik?

Bukan sahaja sempit dan songsang serta tidak logik, pandangan Muslim korup lebih baik bertentangan dengan syarak dan contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah.
muslim
Oleh Rozhan Othman
Kebencian boleh menjadi satu fenomena kolektif bila ia dipupuk melalui kepercayaan atau ideologi yang dianuti ramai orang. Apabila ini berlaku, mudahlah golongan itu melakukan tindakan ganas terhadap mereka yang menjadi sasaran kebencian mereka.
Inilah yang berlaku di Jerman di bawah pemerintahan Hitler. Ini juga fenomena yang membolehkan golongan Zionis mengusir dan menindas orang Palestin.
Demikian juga ketika perang di Bosnia Herzegovina. Kebencian kolektif membolehkan askar Serbia membunuh umat Islam Bosnia secara beramai-ramai.
Bibit-bibit fenomena kebencian secara kolektif turut dapat kita lihat di Malaysia.
Ada golongan yang mencanang kebencian untuk menjustifikasi tindakan mereka bercumbuan dengan kelompok yang sebelum ini musuh mereka. Mereka menjadikan “ancaman” golongan bukan Islam sebagai rasional tindakan mereka.
Di antara hujah yang digunakan ialah bahawa Muslim yang korup adalah lebih baik dari orang bukan Islam. Orang Islam dikatakan perlu bersatu sesama Islam walaupun ini bererti menyokong umat Islam yang korup. Secara tidak langsung, ia menjadikan golongan bukan Islam sebagai objek permusuhan.
Apa kata syarak
Adalah wajar sikap ini diteliti daripada kacamata syarak. Adakah benar orang Islam yang korup patut disokong? Dan adakah benar semua orang bukan Islam memusuhi Islam?
Pertama, berkelakuan korup adalah sebahagian daripada fasad yang dibenci Islam. Melakukan fasad ialah lawan kepada islah atau kebaikan dan kebajikan yang dianjurkan Islam.
Terdapat banyak hadis yang mengecam pemimpin yang fasad. Di antaranya:
Abu Ja’la (Ma’qil) bin Jasar r.a berkata: “Saya telah mendengar Rasulullah bersabda: ‘Tiada seorang yang diamanahkan oleh Allah memimpin rakyat kemudian ketika ia mati ia masih menipu rakyatnya, melainkan pasti Allah mengharamkan baginya syurga’.” (Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah lagi hadis, Rasulullah bersabda: “Ada 2 golongan manusia, bila mereka baik manusia menjadi baik, bila mereka rosak manusia menjadi rosak: mereka adalah ulama dan umara (pemerintah).” (Abu Na’im dalam al-Hulyah).
Abdullah ibn Mubarak juga menyebut: “Golongan yang berkuasa terdiri dari 2 golongan, itu, umara (pemerintah) dan ulama. Bila mereka saleh, manusia akan menjadi saleh. Bila mereka fasad, manusia akan menjadi fasad.”
Daripada dalil di atas, kefasadan bukanlah suatu yang dipandang ringan dalam Islam. Sebaliknya, ia dilihat sebagai satu yang akan membawa kepada kemusnahan yang lebih besar pada ummah.
Dalil di atas juga menunjukkan golongan ulama juga boleh menjadi fasad. Bila kedua-duanya golongan itu iaitu pemimpin dan ulama itu fasad, maka akan musnahlah umat.
Melayu dan tali barut British
Sejarah Tanah Melayu sendiri menunjukkan bagaimana tanah air mudah digadai dan jatuh kepada penjajah apabila pemimpin fasad. Kemasukan British di Perak adalah di atas jemputan pemimpin-pemimpin Melayu sendiri.
Pemimpin Melayu ini mementingkan kedudukan mereka dan sanggup membawa masuk kuasa asing untuk menjamin kedudukan mereka. British tidak perlu membawa angkatan tentera yang besar untuk memasuki Tanah Melayu.
Demikian juga, di antara sebab tercetusnya Perang Saudara Selangor (1867-1874) ialah apabila pemimpin Melayu di Klang memberi hak mengutip cukai kepada 2 orang saudagar Negeri-Negeri Selat, iaitu, W.H. Read dan Tan Kim Cheng (orang asing).
Ini menimbulkan kemarahan pemimpin Melayu lain dan akhirnya mencetuskan perang saudara.
Ketika Perang Naning pula, tentera British ditewaskan oleh orang Naning pada Perang Naning Pertama (1831). Namun, ketika British melancarkan Perang Naning Kedua (1832), mereka mendapatkan sokongan orang Rembau yang diketuai Syed Shaaban. Naning akhirnya tewas selepas digempur tentera sekutu Rembau-British.
Peristiwa di atas menunjukkan, apabila orang Islam dipimpin oleh pemimpin yang tidak beramanah, mementingkan diri dan kedudukan sendiri, dan bersifat fasad, ia akan membawa kepada malapetaka yang lebih besar.
Malah pemimpin sebeginilah yang akhirnya menggadaikan ummat dan kedaulatan tanah air kepada musuh dari luar.
Sejarah Tanah Melayu berkali-kali menunjukkan pemimpin yang fasad akhirnya menyebabkan malapetaka yang lebih besar.
Pandangan bahawa “Muslim yang korup lebih baik daripada bukan Islam” mengandaikan semua orang bukan Islam adalah sama.
Pandangan Nabi tentang bukan Islam

Exco Agama kecam tindakan demonstrasi Jaringan Muslimin Pulau Pinang

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim mengecam tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dikenali Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) yang bertindak memburuk-burukkan Ketua Menteri Pulau Pinang ketika demonstrasi selepas solat Jumaat, 26 Mei lalu di hadapan Masjid Simpang Enam dekat sini.
Abdul Malik berkata, tindakan tersebut adalah ekoran dakwaan mereka kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang mencampuri urusan fatwa negeri.
“Sudah berkali-kali isu ini diperjelaskan termasuk Mufti (Mufti Pulau Pinang, Dato’ Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor) telah tampil memberikan penjelasan berhubung isu ini.
“(Dan) saya amat kesal serta mengecam tindakan mereka yang melontarkan tohmahan termasuk menghalang Ketua Menteri untuk menghadiri majlis berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.
“Sedangkan seperti kelaziman sejak tahun 2008, Ketua Menteri, Y.A.B. (Tuan) Lim Guan Eng akan menghadiri majlis berbuka puasa, malah, menyampaikan beberapa bantuan untuk perkembangan hal ehwal Islam ketika menghadiri majlis bersama rakyat itu,” ujarnya kepada pemberita di Komtar tengah hari tadi.
Menurut Abdul Malik, tindakan Pengerusi JMPP dikenali Hafiz Nordin yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, jauh menyimpang daripada ajaran Islam.
“Melarang seseorang yang bukan Islam menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama orang Islam bukanlah ajaran Islam.
“(Dan) bagi pihak Kerajaan Negeri, kita akan teruskan usaha meningkatkan kefahaman agama di Pulau Pinang serta menolak sikap pelampau agama sebegitu,” jelasnya.
Sementara itu, Penasihat Strategik Kepada Ketua Menteri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut membidas tindakan kumpulan tersebut yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.
“Kita (Pakatan Harapan) cuba mewujudkan hubungan yang baik dalam rangka keharmonian agama yang mencintakan kedamaian.
“Hal yang berlaku baru-baru ini jelas bercanggah. Ajaran Islam ini mudah, tetapi boleh sahaja dikelirukan oleh penganutnya yang obses terhadap sesuatu perkara.
“Saya percaya, di Pulau Pinang usaha ke arah keharmonian antara pelbagai kaum telah lama dilaksanakan dan akan diteruskan demi memberikan perspektif yang benar berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah ,” ujarnya.

PAS ‘meluat’ tengok pemimpin DAP berbuka puasa dengan orang Islam

PKR dan Amanah membidas kenyataan seorang pemimpin akar umbi PAS mengenai pemimpin DAP berbuka puasa dengan orang Islam
wan-ji--6
PAS sekarang berbeza daripada parti Islam dahulu yang amat terkedapan dalam berdakwah, dan mengalakkan orang bukan Islam mendekati orang Islam.
Begitu kata Ketua Biro Agama Pemuda PKR Wan Ji Wan Hussin kepada Malaysiakini semasa menjawab catatan Yang Dipertua PAS Gombak Salehhuddin Nasir di Facebook.
Semalam, Salehhuddin berkata beliau “meluat menyampah” melihat pemimpin DAP berbuka puasa dengan orang Islam.
“Masa lain buat pesta arak dan pesta onani. Haram jadah sungguh. Kepada orang Islam, Allah dah sebut ‘lakum di nukum waliyadin’.
“Maaf, saya tak perlu pandangan sufi tasawuf di sini. DAP musuh Islam. Amanah dan PKR ‘macai’ DAP,” katanya.
Wan Ji berkat penulisan Sallehhuddin menunjukkan pendekatan PAS terhadap orang bukan Islam sudah berubah.
“Dulu presiden PAS pernah kata, orang bukan Islam ada hak untuk tolak hudud atas alasan mereka tidak diwajibkan ikut ajaran Islam.
“Kini, ada pimpinan PAS tuduh orang Islam sebagai anti-Islam sebab tidak bersetuju dengan pandangan PAS,” katanya lapor portal itu.
Tetapi beliau menambah mereka yang tidak bersetuju dengan parti itu tidak bermakna menentang Islam kerana PAS hanya sebuah organisasi yang tidak mewakili Islam.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin menyarankan kenyataan sebegitu dimaafkan, terutama semasa Ramadan.

HAMIDAH OSMAN MASUK PARTI EZAM?

Naib Presiden Bersatu, Hamidah Osman dipercayai akan meninggalkan parti itu dalam waktu terdekat ini untuk menyertai Parti Bebas Rasuah pimpinan Ezam Mohd Nor.

Hamidah yang kini bermasalah dengan Bersatu dan semalam didesak oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meletakkan jawatan kerana didakwa menjadi dalang dalam isu perpecahan parti itu di peringkat negeri Perak, dikatakan tiada pilihan lain selain menyertai Parti Bebas Rasuah untuk meneruskan perjuangan politiknya.

Walaupun Hamidah didakwa sudah sekian lama memendam rasa dengan Bersatu atas beberapa perkara, cabaran Syed Saddiq semalam dikatakan menjadi antara punca beliau mempercepatkan tindakannya itu.

Sebelum ini, sudah terdapat rakan-rakannya yang mencadangkan beliau berbuat demikian, tetapi mereka mahu Hamidah meninggalkan Bersatu setelah Parti Bebas Rasuah diterima sebagai anggota baru Pakatan Harapan.
Namun, kini hasrat itu terpaksa dipercepatkan kerana terus kekal dalam Bersatu pun tidak bermakna apa-apa lagi baginya.

Hamidah dikatakan tidak akan akan memilih untuk kembali kepada UMNO kerana masih ingin bersama-sama dengan Tun Mahathir Mohamad dalam perjuangan menyingkirkan Najib Razak, UMNO dan BN.

Hamidah dipercayai hanya bermasalah dengan Muhyiddin Yassin yang merupakan Presiden Bersatu dan dengan menyertai Parti Bebas Rasuah, wadah saja yang berbeza baginya tetapi matlamatnya tetap sama sebagaimana sebelum ini.