Rabu, 31 Mei 2017

PAS sembang Masjid tak sepatutnya dijadikan pentas ceramah politik

PAS menasihatkan semua pihak terutama ahli parlimen bukan Islam agar tidak menyalahgunakan masjid sebagai pentas untuk ceramah politik.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, walaupun orang bukan Islam dibenarkan untuk menziarahi masjid namun pada masa yang sama mereka perlu sopan dan menjaga tatacara dalam masjid.
“Kalau dia pergi sebagai seorang wakil rakyat bagi saya itu tak jadi masalah...(tapi) tak sepatutnyalah kalau guna untuk (tujuan) politik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.
Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan murka dan dukacita terhadap tindakan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang didakwa mencemarkan kesucian Masjid An Nur Kampung Melayu Subang apabila memberi ceramah berkaitan politik di masjid itu, Rabu lalu.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim dipetik sebagai berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya secara peribadi oleh baginda sendiri.

"Bukan saya!" kata wanita ini pada Rafizi

Jamal bertanding di DUN Sekinchan? Ini jawapan Noh

Mengapa Mahathir 'jilat' semula apa dikata? - Noh

#Kitalawan: 6 termasuk 2 ADUN dibebaskan

Bicara Srikandi: Menghayun Buaian Menggoncang Dunia

INVOKE NEWS:Pesan Najib Razak Kepada Ulamak

RDPT 1/2017: '8,000 pengundi Cina nama tiba-tiba hilang'

Bagaimana 28,000 nama tercicir, soal HARAPAN pada SPR

Adun UMNO@BN mengaku pakat dengan NGO bidas Sivarasa masuk masjid

Beliau enggan mengulas lanjut kes melibatkan pemimpin PKR itu yang dikritik Jais kerana 'berucap' di sebuah masjid di Subang.
Halimaton_sivarasa_600
PETALING JAYA: Adun Kota Damansara dari Barisan Nasional (BN) Halimaton Saadiah Bohan hari ini membuat pengakuan membuat perancangan dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) untuk membawa ke depan isu Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyampaikan ucapan di sebuah masjid.
Ketika diminta mengulas isu itu, Halimaton enggan memberikan komen, tetapi berkata:
“Saya nak biarkan NGO masuk (komen), akhir sekali baru saya cakap, sebab saya tengah rancang benda itu, lepas itu baru saya bagi komen saya,” katanya kepada FMT.
“Saya sebenarnya dah ‘plan’ dengan NGO-NGO ini supaya bawa isu ini berhari-hari, lepas itu baru saya nak komen di hujung itu nanti.”
Halimaton menang DUN Kota Damansara selepas PAS memaksa pertandingan 3 penjuru melawan penyandang kerusi itu, Dr Nasir Hashim yang menggunakan lambang PKR.
Kehadiran Sivarasa yang menemani penyelaras PKR bagi DUN Kota Damansara, Radzlan Jalaludin ke Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang mengundang kritikan beberapa NGO yang mahu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengambil tindakan.
Mereka termasuk Kesatuan Melayu Nasional (KMN), Permuafakatan Ayahanda-Ayahanda Semalaysia (Permas), Wakil Penduduk Kota Damansara dan Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor (PAMPS).
Susulan itu, Pengarah Jais Datuk Haris Kasim berkata tindakan Sivarasa memberikan ucapan di hadapan jemaah turut tidak disenangi Sultan Sharafuddin Idris Shah.
‘Ucapan ringkas, tiada politik’
Bagaimanapun, Sivarasa berkata beliau hanya menyampaikan ucapan “Salam Ramadan” kepada jemaah di samping menemani Radzlan menyampaikan sumbangan berjumlah RM71,000 kepada masjid berkenaan.
“Saya hanya buat ucapan ringkas menyampaikan salam Ramadan kepada hadirin dan menegaskan keyakinan saya kepada komitmen kerajaan Selangor terus bimbing institusi surau dan masjid di Selangor,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.
Sementara itu, Radzlan sekali lagi menegaskan Sivarasa tidak mengeluarkan ucapan berunsur politik.
“Beliau hanya beri ucapan sepatah dua kata, beliau juga sebut beliau bersama kerajaan negeri memberi komitmen sepenuhnya untuk membangunkan institusi keagamaan terutamanya masjid dan surau,” katanya.

HARAPAN cari jawapan 28,000 nama pada daftar SPR

Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bagaimana 'keajaiban' berlaku membabitkan lebih 28,000 nama dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku tahun pertama 2017 di Selangor.
Anggota Parlimen Serdang, Ong Kian Ming, berkata HARAPAN inginkan penjelasan daripada SPR Selangor, bagaimana keadaan itu boleh berlaku.
"Seolah-olah SPR guna jalan belakang membawa masuk pengundi (ke kawasan tertentu).
"Mereka tak buat kenyataan rasmi mengenai pertambahan pengundi. Biasanya SPR akan buat kenyataan media dan letak senarai semua nama untuk dipamerkan.
"Tapi ini hanya diletakkan di sini (pejabat SPR Selangor)," katanya kepada media di Shah Alam.
Turut hadir, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Pilihan Raya Parti Amanah Negara (AMANAH), Dr Hatta Ramli.
Ong mendakwa sebanyak 28,416 nama anggota tentera dan keluarga mereka - termasuk 7,600 di Kuala Lumpur - ditambah pada daftar itu melalui proses tuntutan yang disediakan SPR.
Katanya, tuntutan itu dibuat mengikut Akta Pilihan Raya yang membenarkan pengundi baru - yang namanya tercicir dari daftar pemilih atau berlaku kesilapan nama/alamat - ditambah atau diperbetulkan ke senarai dikemas kini.
Bagaimanapun, kata Ong, peruntukan itu mengelirukan serta mencurigakan kerana jumlahnya yang terlalu tinggi.
"Lebih ajaib lagi, semua tuntutan ini dibuat di pejabat SPR Putrajaya," katanya.
Biasanya, kata Ong, SPR tidak mempamerkan nama yang terlibat dalam tuntutan itu kerana jumlah kesilapan atau nama yang tercicir adalah kecil.
Selain itu Ong juga membangkitkan isu penyingkiran lebih 8,000 pengundi dari RDPT suku pertama itu melalui proses bantahan.
Katanya, 88 peratus daripada mereka adalah dari Selangor dan 99 peratus yang terlibat adalah pengundi Cina.
"Sehubungan itu, selain menuntut amalan pemberian salinan digital RDPT dikembalikan seperti sebelum ini, kami mahu SPR membuktikan bahawa tanggapan kami bahawa semua angka yang meragukan ini adalah penipuan dan keajaiban adalah salah," katanya.

Benarkan kami berniaga, penjawat awam beritahu Najib

Ramai penjawat awam kini berniaga tetapi takut-takut sebab tidak distrukturkan kaedah yang betul, katanya pada forum TN50.
tn50-najib-razak-penjawat-awamPUTRAJAYA: Seorang kakitangan kerajaan hari ini mencadangkan kepada perdana menteri supaya penjawat awam diberikan peluang berniaga sebagai langkah menambahkan pendapatan mereka.
“Ia akan meningkatkan ekonomi penjawat awam dan keluarga, motivasi dan meningkatkan nama kerajaan sebagai sebuah perkhidmatan yang memberi perkhidmatan yang cemerlang,” kata Azhar Zainulrashid yang bekerja di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), menjelaskan harapannya di majlis dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Datuk Seri Najib Razak, hari ini.
“Secara tidak langsung mengurangkan dan menamatkan gejala rasuah yang menjadi barah kepada negara,” katanya.
Azhar berkata penjawat awam kini sudah melakukan inisiatif sendiri untuk menambah pendapatan, tetapi dalam keadaan “takut-takut” kerana bimbang diambil tindakan.
“Ramai penjawat awam kini berniaga tetapi takut-takut sebab tidak distrukturkan kaedah yang betul,” katanya.
“Saya bayangkan harga rumah teres pada 2050 bernilai RM2 juta hingga ke RM3 juta pada 2030 atau mungkin sudah tiada rumah di atas tanah.
“Penjawat awam berada dalam kelompok B40,” katanya “Orang kata agak kaya, tetapi tidak begitu sebab faktor komitmen.”

Maaf saya silap, Rafizi dakwa keliru 2 ‘Florence Goh’

Naib presiden PKR itu bagaimanapun mahu Florence Goh yang 'sebenar' tampil memberi penjelasan.
Rafizi_Goh-Siew-Boy_600
PETALING JAYA: Rafizi Ramli hari ini mengakui beliau tersilap selepas seorang wanita menafikan dirinya pengarah sebuah syarikat yang dikaitkan dengan seorang pelobi Washington bagi pihak kerajaan Malaysia.
Naib presiden PKR itu memohon maaf kepada wanita bernama Florence Goh yang memiliki sebuah syarikat bernama CRT Insights Technologies Sdn Bhd, yang tampil menafikan beliau ada kena mengena dengan Godfrey Group Ltd.
Godfrey Group merupakan syarikat yang didakwa membayar seorang pelobi pentadbiran Donald Trump sebanyak AS$250,000 (RM1.07 juta), seperti terkandung dalam borang difailkan dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).
“Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapan ini dan memohon maaf kepada (Florence) Goh Siew Boey dan CRT Insights Technologies Sdn Bhd kerana telah menyiarkan nama mereka.
“Saya ada meminta supaya mereka tampil ke hadapan dan memberikan penerangan, maka saya hargai penjelasan yang mereka berikan bahawa mereka tidak terbabit dan saya tidak teragak-agak memohon maaf kerana mereka tidak terlibat di dalam kes ini,” kata Rafizi dalam kenyataannya, beberapa jam selepas Goh mengadakan sidang media bersama Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.
Rafizi bagaimanapun tetap berkata satu lagi wanita bernama Florence Goh, dengan nama Cina Goh Swee Gaik, yang menurutnya ada kaitan dengan sebuah NGO di Johor Bahru, perlu tampil membuat penjelasan.
“Saya mohon supaya Wee supaya turut mengaturkan satu sidang media untuk menerangkan pembabitan Florence Goh @ Goh Swee Gaik di dalam Godfrey Group Limited dan bayaran RM1.1 juta yang dibuat kepada firma pelobi Amerika Syarikat, seperti mana timbalan presiden MCA itu dengan segera mengaturkan sidang media mengenai Goh Siew Boey,” katanya.
Sebelum ini, Putrajaya menafikan mengupah mana-mana individu atau syarikat untuk melobi bagi pihaknya di Washington.

Negara kafir lebih peduli penipuan 1MDB

Wabak sumpahan 1MDB terus merebak di Singapura.
Yang terbaru, Pihak Berkuasa Mata Wang Singapura (MAS) telah mengenakan hukuman ke atas dua buah bank kerana terlibat dalam urus niaga haram berkaitan 1MDB.
Dua bank itu ialah Credit Suisse dari Switzerland dan United Overseas Bank (UOB) yang berpangkalan di Singapura sendiri. Credit Suisse didenda S$700,000 (kira-kira RM2.2 juta) manakala UOB didenda S$900,000 (RM2.9 juta).
Mereka didenda di bawah peraturan berkaitan dengan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Mencegah Pembiayaan Keganasan.
“Pemeriksaan terhadap Credit Suisse dan UOB mendedahkan beberapa perlanggaran terhadap keperluan anti-pengubahan wang haram (AML) dan kecuaian kawalan.
“Ini termasuk kelemahan meneliti pelanggan dan ketidakcukupan keselamatan terhadap kegiatan dan transaksi pelanggan-pelanggan,” kata kenyataan MAS.
Tindakan terbaru Singapura itu mengukuhkan lagi bukti jenayah kewangan yang melibatkan 1MDB dan pembabitan langsung Perdana Menteri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selaku Pengerusi Lembaga Penasihat dan Pegawai Nombor Satu (MO1) 1MDB.
Najib tak saman lagi
Najib masih belum membersihkan namanya daripada tuduhan menerima AS$680 juta (kira-kira RM2.6 bilion pada kadar tukaran 2013) wang yang dicuri daripada 1MDB.
Beliau masih belum mengemukakan saman ke atas akhbar Wall Street Journal seperti yang beliau ancam pada 5 Julai 2015 kerana mengaitkan beliau dengan kecurian duit 1MDB itu.
Sejak itu, kes kecurian dan pengalihan haram duit 1MDB telah disiasat dan diambil tindakan oleh beberapa buah bidang kuasa (jurisdiction). Selain Singapura, tindakan juga telah dan sedang dilakukan di Amerika Syarikat dan Switzerland.
Singapura telah pun membicarakan beberapa orang yang terbabit dan menjatuhkan hukuman penjara serta denda ke atas sekurang-kurangnya tiga daripada mereka dan menutup dua buah bank yang bersubahat mengubah duit haram 1MDB.
Di Amerika Syarikat pula, Jabatan Kehakiman (DoJ) dalam samannya tahun lalu mengenal pasti Jho Low dan anak kiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, sebagai penerima duit haram 1MDB di Amerika.

Pemuda Amanah Selangor pula buat laporan polis terhadap SPR

Pemuda Amanah Selangor gesa polis siasat SPR yang enggan edar rang Daftar Pemilih Tambahan kepada parti politikPemuda Amanah Selangor gesa polis siasat SPR yang enggan edar rang Daftar Pemilih Tambahan kepada parti politik
Pemuda Amanah Selangor hari ini membuat laporan polis ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keengganan mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) kepada parti-parti politik.
Menurut timbalan ketua pemudanya Danial Al-Rashid Haron, laporan itu dibuat bagi menggesa satu siasatan dibuat sama ada wujud salah guna kuasa mana-mana pihak yang mendorong kepada tindakan SPR itu.
"Tindakan SPR yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan ini juga menimbulkan kebimbangan kerana tanpa RDPT ini, pelbagai manipulasi dan penipuan terhadap daftar pemilih akan dilakukan oleh pihak yang tiak bertanggungjawab melalui SPR," katanya keapda pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat polis (IPD) Shah Alam.
Dalam perhimpunan 23 Mei lalu, Pemuda dan Wanita Pakatan Harapan bertindak mengunci pintu pagar ibu pejabat SPR di Putrajaya selepas badan itu didakwa enggan menerima bantahan mereka.

Nama sama, orangnya lain, Florence Goh beritahu Rafizi

Wanita yang dinamakan Rafizi sebagai pengarah sebuah syarikat yang didakwa membuat bayaran RM1 juta kepada pelobi Washington hari ini tampil menafikannya.
Florence-Goh
PUTRAJAYA: Wanita yang dikaitkan Rafizi Ramli dengan Godfrey Group Ltd, syarikat yang dikatakan membayar RM1.07 juta kepada seorang pelobi Washington, berkata ia merupakan kesilapan identiti di pihak naib presiden PKR itu.
“Saya bukan individu itu dan saya tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya seorang ahli perniagaan,” kata Florence Goh yang memperkenalkan dirinya sebagai pemilik CRT Insights Technologies Sdn Bhd.
Goh, yang ditemani Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata tuduhan Rafizi mengancam keluarga dan perniagaannya.
“Saya berharap pihak berkuasa akan membantu saya kerana saya tidak bersalah,” katanya.
Wee berkata Rafizi dalam kenyataannya menggunakan nama Cina wanita itu, Goh Siew Boey, syarikat miliknya bersama butiran pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Bagaimanapun, menurut dokumen SSM yang ditunjukkan Rafizi, alamat syarikat CRT Insights didaftarkan Jalan Molek 2/1.
“Rafizi perlu periksa fakwa sebelum membuat tuduhan melulu,” kata Wee.
Wee menunjukkan dokumen SSM yang menunjukkan nama Florence Goh tetapi dengan nama Cina lain.
“Sebagai ahli Parlimen, beliau boleh mendedahkan apa-apa sahaja, tetapi janganlah mangsakan mereka yang tidak berdosa,” kata Wee.
Goh hari ini menuntut permohonan maaf daripada Rafizi yang juga wakil rakyat Pandan.
Menurutnya, selepas Rafizi mengaitkannya dengan Godfrey, beliau dihubungi rakan niaganya dari luar negara bertanyakan sama ada dakwaan itu benar.
“Saya sepatutnya menyambut ulang tahun ke-10 syarikat saya apabila masalah ini timbul,” katanya yang turut tidak menolak memfailkan saman.

Wanita nafi dakwaan Rafizi terlibat jadi pelobi Najib di AS

SEORANG wanita mendakwa Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli tersilap menamakan dirinya dengan seseorang yang didakwa mengetuai firma untuk melobi kerajaan Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden Donald Trump bagi pihak Putrajaya.
Pengarah syarikat teknologi maklumat CRT Insights Technologies Sdn Bhd, Florence Goh Siew Boey berkata beliau bukan Florence Goh yang dinamakan Rafizi sebagai pengarah Godfrey Group Ltd.
"Sekiranya Rafizi tidak membersihkan nama saya dan syarikat, tindakan undang-undang adalah salah satu pilihan yang saya ada," kata Goh pada sidang media ditemani Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dr Wee Ka Siong di Putrajaya hari ini.
"Saya bukanlah Florence Goh. Saya mahu Rafizi memohon maaf secara terbuka. Saya berniaga dalam sektor IT, semua urusan saya secara atas talian, apa dilakukannya menjejaskan reputasi saya dan keluarga.”
Pada satu sidang media minggu lalu, Rafizi mendedahkan Putrajaya menggunakan khidmat syarikat Godfrey United Ltd yang berpangkalan di AS untuk melobi pentadbiran Trump bagi pihak Putrajaya.
Pada sidang media itu, Rafizi turut mengedarkan carian syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) CRT Insights Technologies Sdn Bhd, bagi menguatkan lagi dakwaannya.
Goh membuat laporan polis pada 29 Mei di Johor terhadap naib presiden PKR itu kerana menamakan dirinya dan syarikat itu sebagai pelobi pentadbiran Trump bagi pihak Najib.
"Saya mahu membersihkan nama saya daripada pertuduhan ini. Saya mahu Rafizi memohon maaf berhubung perkara ini.
"Dia buat kenyataan umum dan terbitkan nama dan syarikat saya, ia menjejaskan perniagaan saya," kata Goh.
Katanya, beliau terpaksa memohon bantuan kerajaan kerana tidak tahu apa lagi yang harus lakukan selepas mengetahui perkara itu.
"Saya sudah cuba menghubungi Rafizi melalui mesej di Facebook dan telefon pejabat Invoke tetapi gagal," katanya.
Sementara itu, Wee yang menemani Goh pada sidang media sama menggesa Rafizi menyemak terlebih dulu sebelum mendedahkan sesuatu perkara.
"Sebagai wakil rakyat beliau berhak nak bongkar apa saja, tapi semaklah betul-betul," kata Wee yang juga timbalan presiden MCA.
Rafizi baru-baru ini mendedahkan dokumen baharu yang difailkan di AS didakwa membuktikan firma berpangkalan di Washington, 45 Group, diupah untuk melobi bagi pihak Putrajaya.

Kenaikan harga barang: Kegagalan agensi satu malapetaka


04-01-tinjauan-harga-barang-shuaibOLEH: MOHD SANY HAMZAN
Selepas perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kenaikan harga barangan bukan lagi satu perkara yang janggal. Ia semakin menjadi-jadi apabila menjelang musim perayaan termasuklah memasuki bulan Ramadan.
Ramadan tahun ini adalah merupakan tahun paling sengsara buat rakyat khususnya berpendapatan rendah dan sederhana. Kos hidup di negara ini semakin meningkat naik dan harga barangan tidak lagi mampu dikawal oleh kerajaan melalui agensinya.
Menjelang Ramadan baru-baru, rakyat di semua peringkat merintih tentang kenaikan harga barangan terutama barangan keperluan asas. Antara yang naik termasuklah harga barangan basah seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya.
Keluhan ini turut disuarakan oleh para peniaga khususnya di bazar Ramadan yang menjadi kelompok paling terkesan akibat kegagalan kerajaan mengawal harga barang. Kenaikan kos ini memaksa para peniaga menaikkan harga jualan yang pastinya memberikan kesan besar kepada para pembeli.
Para peniaga tidak lagi mampu untuk mengekalkan harga asal kerana terpaksa menanggung dan menampung kos yang semakin meningkat. Mereka perlu memikirkan keuntungan yang diperoleh selari dengan modal yang dikeluarkan.
Hakikatnya, apa yang berlaku ketika ini mendapati Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) seolah-olah tiada fungsinya. Kementerian ini gagal untuk menjalankan tugasnya bagi memastikan harga barangan selari dengan harga yang ditetapkan.
KPDNKK lebih cenderung untuk menyalahkan pemborong tanpa menginsafi kelemahan yang ada pada mereka menyebabkan perkara ini berlaku. KPDNKK sewajarnya membuktikan mereka adalah lebih berkuasa daripada semua termasuklah para pemborong.

PKR Kelantan akan letak jawatan lantikan politik dalam kerajaan PAS

Abdul Aziz Abdul KadirAbdul Aziz Abdul Kadir
PKR Kelantan akan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada kerajaan negeri secepat mungkin, kata Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir.

"Dalam (proses) mengumpul, mahu dapatkan tanda tangan ni," katanya kepada Antarapos.

Abdul Aziz minggu lalu berkata, kesemua wakil pimpinan PKR akan menyerahkan surat peletakan jawatan mereka kepada kerajaan negeri secara serentak.

"Secepat yang mungkin (akan dihantar)," katanya, namun memaklumkan pihaknya belum menentukan tarikh untuk urusan penyerahan surat berkenaan dilakukan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang mengesahkan kerajaan negeri masih belum menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada wakil pimpinan PKR negeri itu.
Che Abdullah berkata, urusan pentadbiran kerajaan negeri sehingga kini tetap berjalan seperti biasa walaupun Pas telah menamatkan kerjsama politik dengan PKR.

Malah Adun Wakaf Bharu itu mengulangi pendirian kerajaan negeri yang masih mengalu-alukan penyertaan wakil pimpinan PKR untuk meneruskan khidmat mereka.

Mengulas mengenai perkara itu, Abdul Aziz bertegas pihaknya tidak akan berganjak dengan keputusan sebagaimana yang diputuskan oleh Biro Politik PKR sebelum ini.

"Kita memang tak bincang di Kelantan, memang kita hanya mengikut apa yang diarahkan oleh (PKR) pusat saja," kata beliau lagi.

Ahmad Awang: Saya lawan Hadi atas desakan akar umbi PAS

Ia kerana ahli PAS menganggap hanya golongan bergelar ulama boleh mencabar Hadi.
Ahmad-Awang-hadiiBekas pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata tindakannya mencabar kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berada dalam PAS dulu adalah atas desakan akar umbi parti, lapor Sinar Harian.
Penasihat umum Amanah itu berkata beberapa perwakilan tidak berpuas hati dengan Hadi dalam beberapa isu seperti pendiriannya dalam Langkah Kajang dan keputusan PAS memutuskan hubungan dengan DAP.
Ahmad mencabar Hadi untuk jawatan presiden pada muktamar tahun 2015, tetapi tewas, menerima 233 berbanding Hadi yang menerima 928 undi.
“Kebanyakan pemimpin kata kalau bukan ulama, tak payah calonkan untuk tentang Hadi dan disebabkan itu mereka datang berjumpa saya,” kata Ahmad yang pernah memimpin Persatuan Ulama Malaysia.
Beliau berkata sebelum bertanding menentang Hadi, beliau sudah 5 tahun meninggalkan pimpinan parti dan sedang berusaha mendirikan rumah anak yatim di Bagan Serai.
Ahmad berkata tujuan bertanding pada masa itu untuk memberi kejutan kepada Hadi supaya presiden PAS itu boleh kembali kepada asal dan bermuhasabah diri.
“Saya rapat dengannya dulu, malah turut panggil dia (Hadi) ‘Ayah Chik’ dan sudah tentu kalau saya bertanding, mesti dia akan fikir ada benda yang tidak kena.”

Makin Bahagia: Selepas sambut TPM, MP Pas naik kenderaan dengan MB Terengganu


Ahli parlimen Pas Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menaiki kenderaan bersama Datuk Razif Abdul Rahman selepas dipelawa menteri besar Terengganu ituAhli parlimen Pas Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menaiki kenderaan bersama Datuk Razif Abdul Rahman selepas dipelawa menteri besar Terengganu itu
Selepas aksi mesra dengan timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 28 Mei lalu, keesokannya pula ketua penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dilihat menaiki kenderaan bersama menteri besar Terengganu.
Difahamkan, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman mempelawa Khairuddin yang juga ahli parlimen Kuala Nerus menaiki kenderaan bersama beliau selepas selesai program majlis penyerahan projek pembangunan jambatan di atas sungai Terengganu ke Pulau Sekati.
Khairuddin bersama sama Razif ketika menguji jambatan baru Pulau Sekati Kuala TerengganuKhairuddin bersama sama Razif ketika menguji jambatan baru Pulau Sekati Kuala Terengganu
Khairuddin dengan segera menerima pelawaan tersebut, menurut portal pru14.tv.
Pada 28 Mei lalu, pesuruhjaya Pas Terengganu yang baharu Datuk Husien Awang turut menyambut kehadiran Zahid ke Terengganu dan berbuka puasa bersama-sama di program penerapan nilai-nilai murni bersama timbalan perdana menteri di Masjid Tok Jembal, Seberang Takir yang merupakan tempat Razif sendiri.
Pesuruhjaya Pas Terengganu Datuk Husien Awang (baju melayu kelabu) bersama-sama Ahli Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razli dan Adun Bukit Tunggal Dr Alias Razak dalam majlis berbuka puasa bersama timbalan perdana menteri Datuk Seri Zahid Hamidi Pesuruhjaya Pas Terengganu Datuk Husien Awang (baju melayu kelabu) bersama-sama Ahli Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razli dan Adun Bukit Tunggal Dr Alias Razak dalam majlis berbuka puasa bersama timbalan perdana menteri Datuk Seri Zahid Hamidi
Perkembangan ini dilihat membuka lembaran baharu kepada politik Terengganu khususnya ke arah kerjasama Pas-Umno menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) selepas Pas tidak mahu bersama-sama Pakatan Harapan.
Umno pula dilihat senang dengan perkembangan ini dan menyambut baik jika Pas ingin bekerjasama dengan parti itu.

'Pembayar cukai tidak akan tanggung beban Proton'..tapi rakyat kena tanggung hutang 1MDB...!!!.

Kerajaan tidak lagi berminat dengan pemilikan dalam Proton, akui Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani.
Johari berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua bahawa perjanjian DRB-Hicom dengan syarikat pembuat kereta China, Geely Automobile Group Holdings pada dasarnya adalah tindakan pelucutan aset.
Pua, yang juga adalah setiausaha publisiti kebangsaan DAP, berhujah bahawa jika Geely dan DRB-Hicom memilih untuk tidak terus melabur dan memajukan Proton, hasilnya, mereka akan gagal membayar semula pinjaman mudah RM1.5 bilion yang diberikan oleh kerajaan.
Maka, katanya, Proton akan sekali lagi menjadi miliki kerajaan.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Johari berkata: "Kami akan memastikan supaya pinjaman RM1.5 bilion itu dibayar sepenuhnya.
"Perjanjian itu juga memerlukan saham RCCPS (redeemable convertible cumulative preference shares) sebanyak RM300 juta ditebus dengan serta-merta selepas perjanjian muktamad. Baki RM1.2 bilion akan diperoleh sepenuhnya daripada pelbagai aset.
"Kerajaan tidak lagi berminat untuk memiliki Proton," katanya.
Johari juga mendedahkan bahawa berdasarkan perjanjian antara Geely dan Proton, pilihan untuk penukaran tidak lagi menjadi pilihan.
Beliau juga mengesahkan bahawa terdapat satu klausa dalam perjanjian itu yang menyatakan demikian.

PAS sukar takluk kembali Terengganu...


PAS sukar takluk kembali Terengganu, kata penganalisis
Pengundi Cina beralih arah, perpecahan dalaman PAS serta hubungan PAS dan Umno yang makin kukuh boleh menjadi faktor kegagalan PAS menakluk Terengganu.
KEYAKINAN PAS untuk menawan Terengganu pada PRU14 akan terhalang disebabkan satu fakta,  sejumlah ketara undi Cina akan beralih arah dan menyebabkan kekalahan mereka di beberapa kerusi, kata penganalisis.
Penganalisis meramalkan, sukar bagi PAS untuk mengekalkan 8 daripada 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu pada PRU14 disebabkan perpecahan dalaman dan sekiranya kaum Cina tidak memberikan sokongan.
“Terdapat beberapa kerusi DUN PAS berada dalam keadaan goyah seperti Tepuh, Teluk Pasu, Alor Limbat, Bukit Payung, Rantau Abang, Sura dan Paka disebabkan perpecahan dalaman PAS serta (hubungan dengan) Umno semakin bersatu.
“DUN Chukai sukar dipertahankan jika pengundi Cina menarik kembali sokongan kepada PAS,” kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Baka.
DUN Chukai mempunyai peratusan pengundi Cina yang agak tinggi iaitu sekitar 17 peratus. Selain Chukai, DUN Bandar yang kini disandang PKR mempunyai peratusan pengundi Cina yang tinggi iaitu 37 peratus.
PAS dijangka akan bertanding di DUN Bandar disebabkan kerjasama politik mereka dengan PKR sudah terputus.
Pada PRU13 lepas, Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi 17 daripada 32 kerusi DUN. Sementara PAS menang 14 dan PKR menang 1 kerusi DUN di Terengganu.
Isnin lalu, The Malaysian Insight melaporkan pemimpin akar umbi PAS yakin dapat menawan kembali Terengganu sekalipun berlaku pertembungan tiga penjuru.
Faktor utama keyakinan pemimpin akar umbi PAS ialah perbalahan dalaman kronik di kalangan pemimpin Umno negeri dan ketidakupayaan Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman untuk menggembalikan perpaduan.
Hisommudin bagaimanapun berkata, Ahmad Razif kini semakin berjaya melunakkan kemarahan penyokong bekas menteri besar Ahmad Said dan berkemungkinan besar mampu merapatkan barisan kepimpinan Umno Terengganu.
“Sekiranya Umno mengekalkan Ahmad Razif mengetuai pilihan raya, elemen protes sudah dikendurkan dan berjaya mengumpulkan kekuatan Umno di beberapa kawasan yang tewas tipis kepada PAS.
“Hasrat PAS untuk menawan DUN Terengganu adalah mencabar tambahan lagi dengan PAS bersendirian dalam politik sekarang,” katanya.
Beberapa DUN PAS di Terengganu dalam keadaan goyah, kata penganalisis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 30 Mei, 2017.
Beberapa DUN PAS di Terengganu dalam keadaan goyah, kata penganalisis.
Jalan sukar PAS rampas kerusi Umno
Hisommudin menambah, kejayaan PAS memenangi 14 kerusi DUN pada PRU13 lalu disebabkan kempen bersama Pakatan Rakyat (PR) dan beberapa faktor mikro yang lain.
“Ketika itu juga tiada lagi pecahan dalaman PAS. Sekarang, situasi berbeza kerana PAS kehilangan semua faktor di atas,” katanya.

PELOBI US: FLORENCE GOH PERLU TAMPIL DEDAH SIAPA DIRINYA YANG SEBENAR

Siapa sebenarnya Florence Goh yang syarikat miliknya, Godfrey Group Limited didedahkan menandatangai dan membayar lebih RM1 juta kepada bekas pegawai kempen Donald Trump untuk melobi bagi pihak Malaysia dengan negara kuasa besar itu?

Meskipun Pejabat Perdana Menteri ada menafikan sebarang penglibatan beliau dan kaitanya dengan apa yang didedahkan itu, tetapi bukti-bukti yang ditampilkan berkaitan bayaran dan salinan borang yang dikemukakan kepada Jabatan Kehakiman AS memperlihatkan bahawa penafian semata-mata tidak lagi memadai.

Malah, pendedahan terbaru oleh Rafizi Ramli bahawa dua Ahli Parlimen, Shahrir Samad dan Nur Jazlan Mohamed didapati pernah hadir dalam program NGO yang diterajui oleh Florence Goh dan berada bersama-sama dengannya, tentu saja menimbulkan lebih banyak persoalan lagi.

Ia bukan saja membuktikan Florence Goh itu benar-benar wujud, tetapi juga menunjukkan beliau memang selalu bergaul dengan orang-orang atasan dan agak dikenali ramai.

Shahrir dan Nur Jazlan turut mengakui mereka memang mengenali Florence Goh sebagai individu yang banyak terlibat dengan aktiviti amal, namun tidak menyedari atau mengetahui kaitannya dengan Godfrey.

Jadi, siapa Florence Goh ini?

Adakah beliau kenalan rapat Najib Razak dan mempunyai hubungan tertentu dengan Perdana Menteri?
Bagaimana Florenca Goh dan Godfrey boleh membayar bagi pihak kerajaan Malaysia kepada pelobi di AS jika beliau tidak mengenali Najib?

Atau adakah orang-orang tertentu di Pejabat Perdana Menteri yang mempunyai hubungan rapat dengan wanita misteri itu?

Melayu kami berjaya atas usaha sendiri, Singapura beritahu Utusan

Pesuruhjaya Singapura menjawab tuduhan akhbar itu yang berkata dasar meritokrasi adalah helah mengenepikan masyarakat Melayu negara itu.
menon-singapore
PETALING JAYA: Singapura menolak kritikan Utusan Malaysia mengenai layanan sama rata kepada rakyatnya, selepas akhbar pro-Umno itu mempersoalkan dasar meritokrasi republik itu yang menurutnya adalah helah melemahkan kuasa politik penduduk Melayu di negara itu.
Dalam jawapan balas kepada ruang analisis Mingguan Malaysia di bawah nama samaran “Awang Selamat”, Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Vanu Gopala Menon mempertikaikan tuduhan akhbar itu, sebaliknya berkata komuniti Melayu di Singapura mencapai pelbagai kemajuan di bawah dasar sama rata.
“Meritokrasi merupakan tiang utama dalam sistem pentadbiran Singapura. Rakyat kami tidak kira bangsa, bahasa dan agama, menerima akses sama rata, dan dasar kami ditentukan bagi mencapai tujuan itu.
“Masyarakat Melayu Singapura mencapai pelbagai kemajuan sosial dan ekonomi dalam 5 dekad lalu, bukan kerana diberikan keistimewaan, tetapi atas usaha mereka sendiri dalam sebuah masyarakat adil dan saksama,” kata Menon dalam suratnya kepada Utusan Malaysia.
Tambahnya, Singapura juga melarang keras rakyatnya termasuk media daripada “memainkan isu kaum, bahasa dan agama untuk memecah belahkan masyarakat kami”.
Ahad lalu, “Awang” – nama samaran sidang pengarang Utusan Malaysia -mengalu-alukan langkah melantik presiden dari kalangan masyarakat Melayu di republik itu, tetapi berkata dasar meritokrasi tidak menguntungkan mereka.
Merujuk kritikan beberapa ahli politik republik itu terhadap langkah tersebut, akhbar itu mendakwa usaha Perdana Menteri Lee Hsien Loong melantik presiden Melayu adalah demi menarik sokongan kepada parti pemerintah.
“Awang hanya senyum kerana meritokrasi sentiasa dijadikan helah mendiskriminasi Melayu di republik itu.
“Semua orang tahu meritokrasi juga terdedah kepada manipulasi. Ramai masih ingat bagaimana parti pemerintah, People’s Action Party (PAP) sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sokongan masyarakat Melayu pada awal pembentukan negara itu. Selain jawatan Presiden, jumlah anggota Kabinet juga signifikan dan banyak elemen lain yang meyakinkan,” katanya.
“Namun apabila masa berlalu Melayu kian lemah dan tersisih daripada koridor kuasa. Maka inilah yang Hsien Loong mahu sedikit sebanyak perbetulkan, yang Awang hargai.”
‘Presiden untuk semua’
Bagaimanapun, Menon berkata walaupun pindaan dibuat terhadap perlembagaan Singapura bagi memastikan presiden dilantik daripada pelbagai kaum, seseorang calon itu masih perlu memenuhi syarat kelayakan.

Mohd Amar PAS: Puak PAN (AMANAH) Serupa Lembu,Husam Musa=Ayam Jantan,MB Kelantan=Ayam Betina.....

KENAPA AKU TINGGALKAN PAS SERTAI AMANAH - Peguam Hisham Fauzi

Abang Mat: Perangai Pelik Dalam Parti Lama Saya