Khamis, 1 Jun 2017

Siapa bantah RUU 355 tak layak masuk masjid, kata PAS

Seorang pemimpin PAS Selangor menyifatkan bukan Islam yang menentang syariah tetapi mengunjungi masjid hanya mahu melihat Islam terhad di dalam masjid.
Muhammad-Najhan-sivarasaSeorang pemimpin PAS Selangor hari ini berkata mereka yang menentang rang undang-undang (RUU) presiden parti itu untuk mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah tidak layak mengunjungi masjid.
Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor, Muhammad Najhan Halim bagaimanapun tidak secara langsung merujuk kepada bantahan beberapa NGO pro-Umno terhadap wakil rakyat PKR, Sivarasa Rasiah kerana hadir di program menyerahkan sumbangan dan buka puasa di sebuah masjid di kawasan Parlimennya.
Menurut Najhan, masjid hanya berhak diimarahkan oleh mereka yang beriman kepada Islam, dan oleh mereka yang tunduk “sujud” terhadap nilai Islam sama ada dalam bidang “ekonomi, sosial, dan termasuk urusan undang-undang, politik dan pemerintahan”.
“Seorang yang bukan Islam tersebut yang jelas ketika di luar masjid, dialah yang kuat menentang Islam, menghalang usaha memartabatkan Islam, menghina Islam, memperkecilkan Islam dan undang-undangnya, mengajak dan bersekongkol dengan penentang Islam agar masyarakat Islam keliru dengan hakikat Islam yang sebenar, dialah juga kononnya hadir mengajak dan menyeru orang Islam melakukan kebaikan,” tulisnya dalam artikel diterbitkan laman berita PAS, Harakahdaily, di bawah tajuk “Antara ahli parlimen dan imarah masjid”.
“Apakah ini sandiwara? Sepatutnya mereka yang bukan Islam tidak seharusnya menentang Islam, umatnya serta urusannya kemudian datang pula ke masjid dengan menonjolkan diri bahawa mereka juga ingin bersama Islam,” katanya.
Lawatan Sivarasa baru-baru ini ke Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang dipertikaikan beberapa NGO yang mahu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bertindak.
Mereka termasuk Kesatuan Melayu Nasional (KMN), Permuafakatan Ayahanda-Ayahanda Semalaysia (Permas), Wakil Penduduk Kota Damansara dan Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor (PAMPS).
Susulan itu, Pengarah Jais Datuk Haris Kasim berkata tindakan Sivarasa memberikan ucapan di hadapan jemaah turut tidak disenangi Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dr Mahathir gesa golongan muda ambil bahagian ganti kerajaan baru

DR Mahathir Mohamad menegaskan tindakannya terus melibatkan diri dengan politik atas dasar sayangkan negara dan untuk menyedarkan golongan muda serta mengambil bahagian dalam usaha mengganti kerajaan baharu yang lebih baik.
Beliau berkata demikian dalam wawancara secara langsung di Facebook pagi ini.
"Sebab saya insaflah saya memberi tumpuan kepada negara kita. Kalau saya lepas tangan, saya dapat rehat yang banyak sekarang.
"Lagipun, ramai yang datang berjumpa meminta saya buat sesuatu. Sebab itu saya libat secara langsung untuk berbuat sesuatu," kata bekas perdana menteri yang kini berumur 92 tahun.
Beliau menjawab soalan daripada moderator rancangan itu tentang tuduhan daripada pelbagai pihak termasuk gesaan agar beliau insaf, kembali menjaga cucu dan menghabiskan usia tua di tikar sembahyang.
"Sebab saya insaflah saya campur tangan," katanya yang kini menjadi pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan berusaha bersama rakannya dalam Pakatan Harapan untuk menjatuhkan kerajaan Najib Razak.
Dalam wawancara itu juga, Dr Mahathir melahirkan harapan agar golongan muda di negara ini dapat merealisasikan impian menukar kerajaan yang ada agar tidak mewarisi negara yang hancur lebur.
"Mereka akan mewarisi negara ini. Sudah tentu mereka tidak mahu mewarisi negara yang hancur lebur.
"Sebab itu mereka perlu mengikuti perkembangan negara sekarang dan berbuat sesuatu.
"Pastikan perosak tidak boleh teruskan perintah negara selepas pilihan raya umum ke-14 nanti," katanya.

SKANDAL 1MDB & FITNAH LIWAT: SATU PERSATU TEMBELANG @NajibRazak TERBONGKAR



Sarawak Report akhirnya memilih mendedahkan kebenaran di bulan Ramadan, bulan yang mulia di sisi umat Islam.
Terbaharu, portal berita sensasi itu mendedahkan bagaimana peguam iblis laknatullah, Muhammad Shafee Abdullah menerima dedak RM9.5 Juta dari akaun peribadi Najib dari hasil wang rompakan dari #1MDB.
Tarikh 11 September 2013 adalah tarikh di mana Najib membayar dedak pertama sebanyak RM4,300,000 dari akaun peribadi AmBank bernombor 2112022011906 dan sekali lagi bayaran dibuat pada 17 Februari 2014 sebanyak RM5,200,000 juga melalui akaun sama.
Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun pada 10 Februari 2015 dan jelas konspirasi ini telah lama dirancang.
Akaun tersebut telah dikenal pasti sebagai akaun yang dibiayai menggunakan wang yang DICURI oleh Najib melalui anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd yang meminjam RM4 bilion dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP), wang pencen kakitangan awam!
Ironinya, penerimaan dedak tersebut KEBETULAN diproses pada tarikh semasa kes dan pendakwaan ke atas Anwar dilakukan selepas PRU 13 (5 Mei 2013) yang diambil alih secara tiba-tiba oleh Shafee.
Persoalan sekarang, dari mana agaknya wang sebanyak itu diperolehi dan ke mana pula wang itu mengalir selepas dikreditkan?
Apakah Shafee berani menjelaskan pada umum bahawa konspirasi ke atas Anwar sebenarnya didalangi oleh Najib bagi menjatuhkan karier politiknya?

Makin Mesra: Naik kereta MB Terengganu adalah ‘politik matang’, kata pemimpin Ulama PAS

Wakil rakyat Kuala Nerus itu berkata kemesraan sama masih berterusan dengan rakan lama PAS dari Pakatan Harapan.
pas-naik-kereta-mb-terengganuSeorang pemimpin Dewan Ulama PAS yang dikritik kerana menaiki kereta bersama-sama Menteri Besar Tengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman baru-baru ini berkata ia merupakan contoh “politik matang”, istilah yang digunakan pimpinan tertinggi parti Islam itu bagi menyifatkan hubungan lebih rapat dengan Umno.
Ketua Penerangan sayap itu, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata kemesraan pemimpin PAS dan Umno hanya melibatkan kepentingan rakyat dan sikap itu sejajar dengan agenda mengelakkan permusuhan dalam semua perkara.
“Itu perbezaan PAS dalam berpolitik, kita tidak boleh ikut cara Pakatan Harapan,” katanya kepada FMT.
“Politik demokrasi mengajar kita boleh berurusan dengan kerajaan dalam perkara melibatkan maslahah rakyat,” kata ahli Parlimen Kuala Nerus itu.
Khairuddin menaiki kereta bersama Razif selepas selesai program majlis penyerahan projek pembangunan jambatan ke Pulau Sekati yang merupakan sebahagian Kuala Nerus.
“Kemesraan itu biasa, aadakah Pakatan Harapan mahu bermasam muka dan ‘bergocoh’ (bergaduh) dalam perkara bila berada dalam satu majlis dengan pemimpin kerajaan? Itu satu kebodohan yang sangat nyata,” katanya kepada FMT.
Difahamkan Razif mempelawa Khairuddin menaiki kenderaan bersama beliau selepas selesai program itu.
Aksi mesra sedemikian bukan kali pertama melibatkan kedua-dua pemimpin Umno dan PAS. Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya dari PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beberapa kali berkongsi pentas, dengan alasan ia atas kepentingan bersama umat Islam.
Khairuddin berkata walaupun PAS dan Umno dilihat sepentas, ia tetap menganggap Umno sebagai musuh politik dan lawan utama semasa plihanraya.
“Seperti mana yang ditegaskan, kita tidak akan bergabung dengan Umno, kita hanya boleh berkerjsma dengan kerajaan melibatkan perkara kebaikan rakyat.

Skandal 1MDB: AMANAH puji tindakan S'pura

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub memuji beberapa buah negara maju seperti Amerika Syarikat, Switzerland, Jepun, Korea Selatan dan Singapura kerana mempamerkan integriti urus tadbir negara.
Ia mampu, kata beliau, menjadi contoh kepada sekalian warga dunia.
"Terbaru ialah kenyataan dan tindakan tegas kerajaan Singapura berkaitan isu 1MDB yang sekali lagi memberi keaiban besar kepada negara dan rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan.
Dua hari lepas, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengumumkan mengenakan penalti kewangan terhadap dua bak kerana terlibat dalam transaksi yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Dua bank itu ialah Credit Suisse dan United Overseas Bank (UOB).
Dalam kenyatannya, MAS berkata Credit Suisse didenda S$0.7 juta (RM2.16 juta) manakala UOB didenda S$0.9 juta (RM2.78 juta).
Bank-bank itu didakwa melanggar Notis 625 MAS – Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Membendung Pembiayaan Keganasan.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, keterlibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam skandal 1MDB berlarutan hampir 5 tahun dan mengakibatkan berlakunya malapetaka politik dan ekonomi yang sangat memalukan.
"Merobek maruah negara di mata rakyat tempatan sekaligus masyarakat antarabangsa.
"Adalah sangat membimbangkan apabila fenomena amalan dan budaya rasuah yang berlaku di negara ini berinspirasikan daripada kerajaan kleptokrasi yang dipimpin Najib sekarang ini.
"Tidak mustahil kepada penagih rasuah di negara ini akan dan telah menjadikan Najib sebagai ikon mereka," katanya.
Oleh itu, tambah beliau, demi menyelamatkan negara, rakyat dan masa depan generasi akan datang, rakyat perlu mengajar Najib dengan bahasa yang paling difahami beliau.
"Hanya dengan bahasa undi sahajalah yang rakyat berkuasa menurunkan Najib dari kerusi kuasa dan dalam nafas yang sama menamatkan era kerajaan kleptokrasi di negara," jelas Salahuddin.

Bina Negara: PM tidak boleh, penasihat boleh, kata Dr Mahathir

Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata banyak maklumat berguna boleh dikongsinya, sambil berazam terus melawan walaupun disuruh 'insaf'.
mahathir-fblivePETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi bertegas tidak berminat mahu kembali kepada jawatan yang pernah disandangnya selama 22 tahun, sambil berkata akan terus melawan walaupun ada desakan supaya beliau menghabiskan usia tua di atas tikar sembahyang.
“Setelah saya bersara, saya tak akan jadi perdana menteri lagi,” kata Dr Mahathir yang menyerahkan kuasa kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2003.
Ketika diasak, Dr Mahathir berkata beliau perlu mengambil kira rakan kongsi lain dalam Pakatan Harapan, gabungan partinya PPBM dengan PKR, DAP dan Amanah.
“Saya tak boleh belakangkan kawan-kawan dalam PH, kalau mereka mempunyai cadangan begitu, mungkin saya terpaksa menimbang,” katanya menjawab soalan pengguna Facebook pada sesi ‘live’ hari ini bersama Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman.
Menurut Dr Mahathir, pengalaman lama menjadi perdana menteri membolehkan beliau masih memainkan peranan memberikan nasihat berguna kepada kerajaan memerintah.
“Kalau saya diberi peluang memberi pendapat… saya bersedia mengambil bahagian untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi,” kata pengerusi PPBM itu.
Antara nasihat itu ialah mendapatkan pandangan pakar melalui jawatankuasa khas untuk membincangkan sesuatu isu, kaedah yang digunakannya pada kemuncak krisis ekonomi 1990-an.
“Ini cara saya guna di waktu krisis matawang,” katanya.
Pada September 1998, Dr Mahathir mengejutkan pasaran matawang dunia apabila mengumumkan langkah mengikat nilai ringgit kepada RM3.80 bagi setiap dolar Amerika Syarikat, di sebalik dakwaan ringgit Malaysia menghadapi serangan “penyangak matawang”, istilah yang digunakan olehnya terhadap tokoh perniagaan AS, George Soros.
“Itu cara saya, saya harap perdana menteri baharu akan menggunakan cara itu dan saya bersedia mengambil bahagian,” kata Dr Mahathir.

Populariti Najib lebih teruk kerana skandal 1MDB

Saya mengambil maklum laporan yang dikeluarkan oleh majalah berita Time yang berpangkalan di New York, menyatakan bahawa terdapat banyak pemimpin dunia yang rating mereka lebih teruk berbanding Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Media itu melaporkan bahawa Trump bukanlah pemimpin yang popular dalam kalangan rakyat AS. Kadar penerimaan rakyat terhadap beliau dilaporkan cuma 40 peratus berbanding pemimpin-pemimpin lain dunia.
Namun yang paling mengejutkan, Time turut menamakan salah seorang pemimpin dunia yang buruk ratingnya adalah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam laporan Time, Najib dikaitkan dengan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sarat hutang berbilion ringgit serta kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya yang dikatakan daripada kerabat diraja Arab Saudi.
Majalah itu juga melaporkan, Najib didukung oleh peguam negara Malaysia yang mengesahkan wang itu adalah derma dan sebahagian besarnya telah dipulangkan kembali. Justeru tidak mengejutkan jika rating Najib sebegitu rendah.
Bagi saya, perkara ini sangat memalukan rakyat. PM Malaysia lebih dikenali di peringkat antarabangsa melalui skandal-skandal kewangan yang teruk. Seperti tindakan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB yang menamakan pemimpin negara sebagai Malaysia Official 1 (MO1) dan dirujuk sebanyak 36 kali.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan ketika ditemubual BBC mengesahkan Malaysia Official 1 adalah Datuk Seri Najib.

Dalam skandal mega ini, saya merasakan dunia luar lebih mengetahui cerita sebenar berbanding rakyat Malaysia sendiri. Sebelum ini, Bank Standard Chartered dan Coutts dikenakan penalti S$5.2 juta dan S$2.4 juta oleh Bank Pusat Singapura kerana melanggar syarat pengubahan wang haram berkaitan dana 1MDB.

Sebelumnya, transaksi itu telah diperincikan dalam pemfailan saman sivil DOJ yang menyebut AS$700 juta telah dipindahkan daripada Good Star Limited, milik hartawan Pulau Pinang Jho Low, melalui institusi kewangan Coutts.
Dalam isu ini, timbul beberapa kemusykilan mengenai dakwaan skandal itu. Adakah cerita MO1 sekadar sensasi politik? Sehingga berjuta-juta dollar aset Jho Low dan 11 aset hartanah milik anak tiri Najib, Riza Aziz disita di AS angkara penyelewengan kewangan1MDB.
Manakala pendakwaan mahkamah berhubung kes itu dan dua buah bank yang diarahkan tutup di Singapura adakah sekadar cerita rekaan?
Saya percaya rakyat Malaysia matang menilai maklumat. Dengan terdedahnya skandal tersebut, pasti akan wujud gelombang menolak Najib dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang. Rakyat Malaysia tentunya sudah bersedia untuk melakukan perubahan demi kesejahteraan mereka dan negara.
Sejak Najib dilantik sebagai PM pada 2009, beliau dilihat gagal menjalankan tanggungjawabnya terhadap rakyat. Suara rakyat tidak didengari. Najib hanya pandai menabur janji sehingga rakyat terbeban dengan GST, kos sara hidup yang tinggi serta kenaikan harga barang dan kejatuhan nilai ringgit yang parah.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

AIKKK…DAH TAK BOLEH PULAK?

Kata Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah, semua pihak terutama Ahli Parlimen bukan Islam tidak seharusnya menyalahgunakan masjid sebagai pentas untuk ceramah politik.
“Kalau dia pergi sebagai seorang wakil rakyat bagi saya itu tak jadi masalah…(tapi) tak sepatutnyalah kalau guna untuk (tujuan) politik,” katanya.
Aikkk…tak boleh pulak?
Bukankah sejak berpuluh tahun lamanya sebelum ini Pas sudah menggunakan masjid sebagai pentas untuk ceramah politik, termasuk khutbah Jumaat di negeri-negeri tertentu juga dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan politik dan menyerang kerajaan?
Untuk menghalalkan tindakan itu, Pas sebaliknya selalu berkata bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.
Kenapa pula sekarang Pas kata masjid tidak boleh digunakan untuk ceramah politik?
Sudah tukar ke?
Bagaimana pula dengan masjid dan surau yang masih dikuasai Pas di negeri-negeri tertentu sekarang ini, adakah mereka sudah benar-benar berhenti menggunakannya sebagai pentas politik?
Atau cakap lain, tapi buat lain?

Pas kembali ke perigi buta, kata Mahfuz


Mahfuz OmarMahfuz Omar"Saya gembira bercampur duka. Tetapi nampaknya keputusan itu seakan mahu menarik Pas kembali terjun ke dalam perigi buta," kata Datuk Mahfuz Omar, ahli parlimen Pokok Sena dari Pas ekoran keputusan partinya yang akan kekal dalam kerajaan negeri Selangor.
"Saya teruja, gembira dan bangga kerana Pas terus kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor," kata Mahfuz dalam kenyataan medianya.
Keputusan itu bukan sahaja semata-mata mengekalkan 3 Exco tetapi secara langsung turut mengekalkan lebih dari 5 ribu ahli Pasyang menjawat pelbagai jawatan lantikan politik sejak parti itu bersama dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
"Ini suatu yang sudah tentu membuatkan lebih 5 ribu ahli Pas yang terlibat 'menarik nafas lega' kerana banyak manfaat dan faedah yang mereka perolehi sejak tertubuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat dahulu," katanya.
Beliau yakin, Datuk Iskandar Samad Naib Presiden Pas telah berjaya mempengaruhi keputusan untuk tidak menarik diri dari pentadbiran kerajaan Selangor.
Ia dibuat walaupun pernah dituduh oleh Dewan Ulamak Pas Selangor yang menyindir kenyataan Adun dan Ahli Parlimen Pas dengan menulis, "bila berhadapan dengan ujian di dalam jamaah kita nampak dengan mata kepala kita sendiri."
"Selama ni kita bicara menerusi kitab-kitab haraki sahaja.. sekarang kita lihat dan saksi dengan realiti," kata Mahfuz memetik kenyataan Najhan Halim, ketua penerangan Dewan Ulama Pas Selangor.
Antara yang disenarai Najhan dalam 10 perkara ekoran kenyataan wakil rakyat Pas Selangor itu adalah seperti berikut:
1. Sayang jawatan
2. Takut kalah
3. Hilang jatidiri
4. Jawatan dalam kerajaan lebih tinggi daripada jawatan dalam jamaah
5. Hilang bergantung kepada Allah. Lebih kepada manusia
6. Kepentingan jamaah tak lagi diutamakan
7. Terlalu sayang kepada nikmat harta ghanimah bimbang terlepas
8.Tak yakin dengan janji Allah
9. Banyak alasan diberi daripada taat dan patuh serta wala
10. Mencari peluang dunia dilebihkan daripada habuan akhirat.
Menurut Mahfuz, kenyataan Najhan itu telah dibalas oleh Iskandar yang merupakan Pesuruhjaya Pas Selangor ketika itu dalam posting di facebooknya pada Julai 2016 dengan menyatakan "golongan ini (ulamak) umpama masih berada dalam 'perigi buta' sejak PRU tahun 2008 kerana tidak melihat banyaknya manfaat yang PAS dapat".
Bagi beliau, kenyataan Iskandar ini memperlihatkan keputusan Pas seakan mahu menarik Pas kembali terjun ke dalam 'perigi buta' (telaga buruk).

KENAPA BERDUKA
"Rakyat, ahli, penyokong Pas dan saya sendiri berduka kerana Pas sedang berhadapan dengan kesan dari kesilapan memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR dan kekal didalam Kerajaan Selangor dengan berketuakan Menteri Besar dari parti PKR yang didakwa menentang agenda Islam Pas," katanya.
Di samping itu Pas juga, katanya, telah mengisytiharkan perang pada PRU ke 14 akan datang untuk menentang Pakatan Harapan termasuk di negeri Selangor yang mana PKR, Amanah, PPBM dan DAP adalah ahli gabungan pakatan didalamnya.

RDPT: Jadi, mengapa SPR sediakan draf daftar pemilih sebelum ini, tanya peguam

Mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan salinan draf daftar pemilih pada masa lalu, jika ia tidak dikehendaki oleh undang-undang untuk berbuat demikian?
Ini adalah soalan yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen AMANAH, yang juga seorang peguam, Hanipa Maidin, dalam reaksinya terhadap justifikasi SPR untuk berhenti menyediakan draf daftar pemilih kepada parti politik.
"Jika pendirian anda adalah bahawa anda tidak dikehendaki oleh undang-undang untuk menyediakannya, maka mengapa anda berbuat demikian sebelum ini?" tanya Hanipa.
Beliau juga menegaskan bagaimana ia telah menjadi konvensyen bagi SPR untuk menyediakan draf daftar pemilih.
Katanya, jika undang-undang senyap mengenai hak bagi mereka untuk mendapatkan draf daftar pemilih dari SPR, maka begitu jugalah mengenai larangan bagi SPR untuk berbuat demikian.
Sementara itu, memetik Perkara 114 (2) Perlembagaan Persekutuan, Hanipa menegaskan bagaimana anggota SPR mesti menikmati keyakinan orang ramai yang termasuk menjalankan pilihan raya yang bebas dan adil.
"SPR mempunyai tanggungjawab perlembagaan untuk menjalankan pilihan raya yang bebas dan adil. Memberi draf daftar pemilih kepada parti politik untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya adalah sebahagian daripada pilihan raya yang bebas dan adil.
"Jika anda mahu menikmati keyakinan orang ramai, anda bukan sahaja perlu mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil, anda perlu dilihat menjalankan pilihan raya yang bebas dan adil," katanya.
Menurut Hanipa, perlembagaan oleh itu memberi mandat kepada SPR untuk menyediakan draf daftar pemilih kerana ia adalah satu-satunya cara untuk mencabarnya. Seksyen 9A Akta Pilihan Raya menyatakan bahawa daftar pemilih itu tidak boleh dicabar sebaik sahaja ia diwartakan.
"Anda mempunyai daftar pemilih, jika anda menolak untuk berkongsi dengan pihak-pihak yang berkepentingan, ini adalah sama seperti menjalankan satu pilihan raya yang tidak adil," katanya.
Peguam Andrew Khoo juga mempersoalkan mengapa SPR telah berhenti menyediakan draf daftar pemilih apabila ia telah berbuat demikian pada masa lalu.
"Lebih banyak maklumat adalah lebih baik daripada maklumat yang kurang.
"Jika dilihat pada amalan terdahulu di mana mereka boleh memberi salinan kepada parti politik, maka saya tidak nampak mengapa, demi kepentingan ketelusan, mereka kini mengatakan mereka tidak diwajibkan di segi undang-undang untuk berbuat demikian," katanya.
Sebaliknya, pengerusi bersama jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam, Firdaus Husni mengakui bahawa undang-undang tidak mengkehendaki SPR menyediakan salinan draf daftar pemilih.
Beliau memetik Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 yang memperuntukkan bahawa satu semakan daftar pemilih dibuka untuk diperiksa pada waktu tertentu di pejabat pendaftar dan tempat-tempat yang ditentukan.
"Jadi ya, undang-undang tidak secara nyata menyebut bahawa salinan itu perlu disediakan.
"Walau apa pun, untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil, ia adalah amalan yang baik untuk membolehkan akses kepada orang awam untuk memperoleh keyakinan orang ramai dan mengekalkan integriti dalam proses pilihan raya khususnya mengenai daftar pemilih," katanya.
Sementara itu, bekas Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu Malaysiakini bahawa SPR adalah "betul" dalam menyatakan bahawa ia tidak diperlukan untuk menyediakan salinan draf tersebut.
Seorang pakar undang-undang mengenai undang-undang pilihan raya yang enggan namanya disiarkan bersetuju dengan menekankan tiada apa-apa di bawah peraturan pilihan raya atau undang-undang yang memerlukan SPR untuk menyediakan salinan draf daftar pemilih.
"Hanya ada peruntukan bagi SPR untuk menyediakan yang telah diwartakan."

BN DAFTAR HANTU, SPR TUTUP MATA

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sepatutnya berfungsi sebagai satu badan yang bebas meletakkan keutamaan kepada tanggungjawab yang diamanahkan oleh Yang Dipertuan Agung. Tetapi, pada hari ini, nama SPR telah tercemar kerana kerja-kerja kotor yang dilakukanya dengan bekerjasama dengan parti pemerintah.
SPR telah menderhaka kepada rakyat dan Perlembagaan Persekutuan kerana bersekongkol dengan Barisan Nasional melakukan pelbagai perkara yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.
SPR telah menjatuhkan maruah negara kerana memdaftarkan ribuan pengundi hantu di kawasan-kawasan tertentu seperti di DUN Hutan Melintang, Perak. Saya pasti pihak SPR mengetahui dalang yang melakukan kerja-kerja kotor ini. Tetapi, SPR sengaja membenarkan pihak-pihak tertentu untuk berbuat demikian.  Adakah ini disebabkan oleh rasuah atau arahan daripada pihak atasan? Nampak sangat bahawa SPR mengikut telunjuk pemimpin-pemimpin Barisan Nasional.
Pengerusi SPR seharusnya berasa malu dengan kerja-kerja kotor yang dilakukan oleh agensi ini. Tetapi, beliau tidak akan berbuat apa-apa dan  terus membenarkan agensinya menjilat kasut pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Saya rasa kesian melihat pekerja-pekerja bawahan SPR yang diperalatkan oleh kerajaan untuk kepentingan politik mereka.
Seluruh rakyat negara kita mengetahui tentang kerja-kerja jahat yang dilakukan oleh SPR dalam pendaftaran pengundi, pensempadanan semula dan proses perjalanan pilihanraya. Kita rasa kecewa kerana SPR telah melakukan kezaliman yang besar iaitu melawan kehendak rakyat jelata.
BERSIH dalam beberapa demontrasi telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia telah muak dengan cara pengendalian pilihanraya oleh SPR. Saya ingin tahu apakah tindakan SPR terhadap pengundi-pengundi hantu dan orang-orang yang terlibat dalam mendaftarkan mereka.
Saya juga telah menyerahkan bantahan terhadap 12 pengundi hantu di DUN Jelapang, Parlimen Batu Gajah di SPR Perak pada 22/5/2017. Kita lihat apakah tindakan SPR terhadap mereka nanti. Jangan kecewakan rakyat lagi.

BENARKAH FLORENCE GOH HANYA "BAYANGAN" KEPADA SUAMINYA?

Akhirnya seseorang yang bernama Florence Goh muncul mendedahkan dirinya yang sebenar. Beliau yang nama penuhnya Florence Goh Siew Boy menafikan dirinya ada kaitan dengan Godfrey Group Limited yang didakwa membayar lebih RM1 kepada pelobi di Amerika Syarikat bagi pihak kerajaan Malaysia.

Berikutan itu dan setelah menyedari kesilapannya, Rafizi Ramli turut memohon maaf atas kesilapan mengaitkan wanita tersebut dengan Godfrey.

Namun demikian, Rafizi tetap meminta Florence Goh yang sebenar yang merupakan pemilik Godfrey agar segera tampil kepada khalayak menjelaskan mengenai isu yang timbul sekarang ini. 

Beliau seterusnya turut menghargai sekiranya Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong dapat mengaturkan sidang akhbar untuk kemunculan Florence Goh yang sebenar itu, sebagaimana beliau mengadakan sidang akhbar bersama Florence Goh Siew Boy, padi tadi.

Dalam erti kata lain, sebenarnya terdapat dua atau lebih daripada seorang yang bernama Florence Goh yang beralamat di Jalan Molek, Johor Bahru. Kesilapan Rafizi bukan bermakna Florence Goh itu tidak wujud atau butiran dakwaannya tidak benar.

Rafizi hanya tersilap mengaitkan orang yang salah dengan Godfrey, tetapi hakikatnya wanita yang bernama Florence Goh yang namanya diletakkan dalam borang Jabatan Kehakiman AS itu memang benar-benar wujud.

Siapakah dia Florence Goh sebenar yang ada kaitan dengan Godfrey itu?

Dua Ahli Parlimen di Johor, Shahrir Samad dan Nur Jazlan secara terbuka mengakui mengenali Florenca Goh yang banyak terlibat dalam aktiviti amal, cuma mereka tidak mengetahui kaitannya dengan Godfrey yang didakwa membayar kepada pelobi di Amerika Syarikat itu.

Malah, Nur Jazlan sebagaimana dipetik dalam sebuah portal mengatakan beliau sudah terlibat dengan aktiviti amal bersama Florenco Goh sejak kira-kira 10 tahun yang lalu.

Dalam hubungan ini, saya ada menerima email daripada seorang kenalan yang pernah aktif di peringkat Pemuda UMNO Malaysia serta diketahui mempunyai ramai kawan-kawan yang berjawatan dalam UMNO dan juga kerajaan.

Sekiranya kandungan email itu benar,  ia bukan saja mengesahkan lagi kewujudan Florence Goh yang  dikaitkan dengan Godfrey, tetapi juga menyebut bahawa wanita tersebut hanyalah "penama"  atau "bayangan" dalam syarikat itu di mana yang sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan orang atasan ialah suaminya yang dipercayai bernama Jaya Sudhir.

Logo rasmi Pakatan Harapan akan diumum Jumaat depan



Majlis  Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat hari ini dijangka akan mengumumkan logo baharu  pakatan pembangkang itu  pada 9 Jun ini, sebagaimana dimaklumkan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat hari ini,  juga bersetuju untuk mengunakan logo baharu itu dengan menggunakan singkatan nama 'Harapan' bukan Pakatan Harapan.
"Kita akan umum 9 Jun ini hari Jumaat dan sepakat guna 'Harapan'," ujar beliau ringkas ketika ditemui media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya petang ini.
Hari ini media dimaklumkan satu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan diadakan dan jamuan berbuka puasa, solat terawih dengan  kehadiran pimpinan Pakatan Harapan dan jemputan.
Bagaimanapun sidang media yang dijadual akan diadakan pada jam 6.30 petang itu, dibatalkan dan media meluru untuk mendapatkan komen berkaitan pertemuan pimpinan  Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam mesyuarat diadakan sebelumnya.
Pada 16 Mei lalu Majlis Setiausaha Pakatan Harapan  mengumumkan sebanyak 10 logo telah disenarai pendek daripada 330 penyertaan untuk dipaparkan di laman rasmi Pakatan Harapan.
Dimaklumkan juga dalam mesyuarat hari ini selain logo, beberapa isu turut dibincangkan.
Daripada 10 logo disenarai pendek itu pimpinan Pakatan Harapan telah memiih hanya satu logo dan ia tidak akan dipaparkan  untuk mendapatkan sekali lagi komen balas khalayak.