Jumaat, 2 Jun 2017

Anwar mahu siasatan dakwaan Shafee terima wang Najib

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara mahu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, - peguam kanan yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes liwatnya, disiasat.
Ini selepas timbul dakwaan bahawa Shafee menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak melalui dua bayaran iatu pada 11 September, 2013 dan 17 Februari, 2014.
“Dakwaan yang dibuat Sarawak Report bahawa dana berjumlah RM 9.5 juta dari syarikat SRC International telah disalur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari akaun peribadi beliau ke dalam akaun peribadi peguam Umno Tan Sri Shafee Abdullah amatlah berat.
“Perkara ini perlu disiasat pihak berkuasa pada kadar segera.
“Apakah tujuan dana besar ini disalur oleh Najib kepada akaun peribadi seorang peguam swasta yang dilantik oleh kerajaan Najib untuk mengendalikan pendakwaan terhadap saya?” soal Anwar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui PKR.
Anwar, dalam nota berkenaan turut mempersoalkan siapa lagi yang turut menerima duit dari SRC International melalui akaun peribadi Najib.
Putrajaya, dalam satu keputusan yang mengejutkan pada 22 Julai 2013, melantik Shafee untuk mengetuai pasukan pendakwaan terhadap Anwar di Mahkamah Rayuan dan bukannya berdasarkan amalan konvensional yang bergantung kepada khidmat pendakwa raya.
Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014, membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas bekas timbalan perdana menteri itu.
Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb, 2015 mengekalkan keputusan bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Malaysiakini, yang tidak menyiarkan nama Shafee, dalam laporan Sarawak Report itu semalam, telah cuba menghubunginya untuk mendapatkan ulasannya melalui pelbagai saluran tetapi tidak berjaya.

Skandal 1MDB: Najib harus jalani ujian poligraf

Memetik pepatah yang menyatakan bahawa “ikan mula mereput daripada bahagian kepala” pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seharusnya menjadi yang pertama untuk menjalani ujian poligraf alat alat uji bohong.
Beliau mencadangkan satu panel yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang bebas dan terkemuka memantau proses perdana menteri menjalani ujian itu bagi menjawab soalan berhubung 1MDB dan wang yang berada di akaun bank peribadinya.
"Adakah Najib bersedia untuk menjalani ujian polygraf oleh panel bebas dan terkemuka, khususnya mengenai Malaysia yang kini dikenali sebagai kleptokrasi global bawah kepimpinannya, skandal 1MDB dan akaun bank peribadinya?" soalnya dalam satu kenyataan media.
Lim mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa bahawa kerajaan akan meneliti cadangan penggunaan alat uji bohong atau poligraf sebagai salah satu mekanisme pencegahan untuk menangani gejala rasuah dalam perkhidmatan awam.
"Ini adalah idea yang baik, terutamanya kerana baru-baru ini dilaporkan dalam media arus perdana bahawa seluruh bahagian sebuah agensi kerajaan, yang mengumpul pendapatan untuk negara, gagal ujian polygraf.
“Ia menunjukkan bahawa sebahagian besar pegawai kanan mencuri wang dan menyalahgunakan kedudukan mereka untuk mendapatkan habuan - salah satu sebab mengapa ujian polygraf ke atas akitangan awam ditamatkan," kata pemimpin DAP.
Lim berkata Malaysia tidak boleh terus berpura-pura bahawa skandal dan isu berkaitan dana RM2.6 bilion 1MDB yang berada dalam akaun perdana menteri tidak wujud.
Beliau berkata ini kerana isu berkenaan menjadi subjek beberapa siasatan di kira-kira 10 negara, tindakan jenayah dan hukuman telah diambil terhadap beberapa bekas tokoh perbankan dan institusi kewangan.

Dr M cabar peguam negara buktikan duit 1MDB masih ada dan selamat

Ini kerana beberapa negara luar sedang giat melakukan tangkapan, menutup bank dan mengisytiharkan ada pengubahan wang haram berlaku melibatkan wang 1MDB.
mahthir_apandi-ali_600_09
 Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membuktikan duit pelaburan negara dalam 1MDB masih ada dan selamat.
Ini kerana beberapa negara luar sedang giat melakukan tangkapan, menutup bank dan mengisytiharkan ada pengubahan wang haram berlaku melibatkan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Adalah tidak masuk akal jika kerajaan menegaskan tidak ada yang salah atau tidak kena dengan 1MDB…,” kata Dr Mahathir. “Jika benar, tidak ada sebarang salah laku maka peguam negara mesti menunjukkan bukti bahawa wang itu masih ada dan adalah selamat.”
Pengerusi PPBM itu membuat cabaran itu di blognya hari ini, selepas Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) mengenakan penalti ke atas United Overseas Bank (UOB) dan Credit Suisse berhubung transaksi berkaitan 1MDB 30 Mei lalu.
Katanya, Singapura sebelum ini turut menutup 2 bank, menangkap, mendenda dan memenjarakan 7 orang, berhubung skandal itu.
Dr Mahathir turut menyorot perhatian kepada tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat mengenal pasti dan membekukan AS$1 bilion yang dipercayai daripada dana yang diselewengkan dari 1MDB.
Malah, katanya, Peguam Negara Switzerland juga menyiasat perbuatan haram melibatkan wang 1MDB.
“Laporan media seluruh dunia jelas mengatakan ada kecurian berskala besar dilakukan oleh perdana menteri, yang dirujuk sebagai ‘Malaysian Official 1’ dalam laporan DoJ,” katanya.
“Jika laporan itu berunsur fitnah dan tidak benar maka sepatutnya mereka sudah disaman perdana menteri. Tetapi tiada saman dibuat di mana-mana kawasan bidang kuasa.”
Pada 26 Januari 2016, Apandi membersihkan Perdana Menteri Najib Razak dari sebarang kesalahan berkaitan dengan dakwaan sumbangan RM2.6 bilion dan RM42 juta dari anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Umno tak guna dana Yayasan TH beri sumbangan sembang Azeez

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini berkata Umno tidak pernah menggunakan dana daripada Yayasan Tabung Haji dalam pemberian sumbangan Program Ziarah Ramadannya.

Beliau berkata parti itu serta sahabat korporatnya mengeluarkan peruntukan sendiri dalam menyampaikan sumbangan itu, dan ia dilakukan bersama-sama Yayasan Tabung Haji menerusi jalinan kerjasama.

"Tidak betul (jika) kata Umno guna Yayasan Tabung Haji. Sebenarnya kami bekerjasama yang mana yayasan keluarkan zakat berjumlah RM7 juta untuk diberikan kepada asnaf yang layak.

"Umno serta sahabat korporat menyumbang RM8 juta. Parti memilih untuk beri sumbangan melalui program ini kerana Yayasan Tabung Haji mempunyai rangkaian luas dan pengalaman selama 50 tahun dalam melaksanakan aktiviti kebajikan seperti ini," katanya.

Abdul Azeez berkata demikian semasa ditemui pada Program Ziarah Kasih Ramadan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Di majlis itu, seramai 2,000 asnaf dari kawasan Parlimen Kuantan dan Indera Mahkora menerima sumbangan itu.

Abdul Azeez berkata pada tahun ini lebih 100,000 asnaf dan golongan yang memerlukan di 50 kawasan Parlimen seluruh negara dijangka menerima sumbangan itu, dan beliau tidak menolak kemungkinan menambah jumlah itu, jika lebih banyak sahabat korporat melibatkan diri.

Beliau juga menegaskan sumbangan itu diberikan kepada mereka yang benar-benar layak tanpa mengira fahaman dan ideologi politik.

Sekam sudah berpisah dari padi, kata PPBM



Tindakan beberapa pemimpin penaja Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) dan para pengikut mereka bertindak meninggalkan parti itu disifatkan sebagai proses pembersihan umpama 'sekam yang berpisah dari padi'.
Datuk Kamarudin Md NorKetua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Md Nor berkata, tindakan keluar masuk parti adalah satu perkara biasa dalam politik apatah lagi jika ia didorong oleh agenda peribadi.
Beliau merujuk rencana yang tersiar dalam sebuah akhbar tempatan bertarikh 30 Mei bahawa Bersatu berada dalam keadaan bercerai berai (disintergrating).
"Tulisan itu dituju kepada PPBM dengan mengambil kira peristiwa perletakan jawatan 4 orang Ketua Penaja Bahagian dan saorang  Exco Srikandi Pusat dan beberapa orang ahli yang berlaku di Perak pada minggu lalu dan sebelum itu di Negeri Sembilan.
"Saya sukacita menjelaskan bahawa kedudukan PPBM Perak khususnya pada masa ini adalah masih tetap teguh dengan tahap perpaduan di kalangan 20 lagi Ketua-Ketua Penaja Bahagian adalah sangat kuat di bawah Pengerusi Badan Pimpinan Negeri.
"Dan bahagian-bahagian yang ketuanya telah meletakkan jawatan akan segera mendapat Ketua baru apabila urusan perlantikannya selesai," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menganggap peristiwa ini sebagai proses saringan untuk 'memisahkan sekam dari padi' dan berbersyukur kerana 'kumpulan sekam' itu sendiri telah bertindak untuk berpisah dan bukan Pimpinan Pusat PPBM yang terpaksa berbuat demikian.
Menurut beliau, walaupun PPBM baru ditubuhkan namun sokongan yang diterima terus meningkat terutama daripada bekas penyokong Umno.
Kamarudin menambah, PPBM kita mengaddakan program Jelajah Semarak yang telah diadakan di lima negeri dan berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong.
"Ada enam buah negeri lagi yang belum diadakan Jelajah Semarak. Ianya akan diadakan selepas bulan puasa ini," jelas beliau.
PPBM ujarnya memutuskan utk bertapak di Semenanjung sahaja dengan jumlah kawasan Parlimen sebanyak 165 buah.

BAYAR JUTA SANA, JUTA SINI, TAPI KENAPA ADUN BN SENDIRI DIBIARKAN MUFLIS?

Speaker DUN Kelantan, Abdullah Ya'kub semalam mengisytiharkan Adun BN Nenggiri dalam kawasan Parlimen Gua Musang, Mat Yusoff Abd Ghani hilang kelayakan sebagai wakil rakyat kerana didapati telah muflis.

Ia berikutan surat pemakluman yang diterima daripada Jabatan Insolvensi Malaysia mengenai kebankrapan Mat Yusoff sejak 9 November tahun lalu.

Dengan itu, kerusi DUN Nenggiri kini diisytiharkan kosong, tetapi pilihanraya kecil tidak perlu diadakan kerana sudah melebihi tempoh tiga tahun selepas tarikh pilihanraya umum yang lalu.

Kenapa Adun BN dibiarkan muflis begitu saja tanpa dibantu oleh sesiapa?

Banyak sangatkah hutang yang ditanggungnya yang menyebabkan kemuflisan itu sehingga nasib Mat Yusoff dibiarkan begitu saja dan UMNO lebih sanggup melihat kawasan Nenggiri itu kosong daripada membantu menyelesaikannya?
Sebenarnya bukanlah amalan biasa bagi UMNO dan BN membiarkan begitu saja wakil rakyatnya yang menghadapi masalah kewangan, lebih-lebih lagi jika mengakibatkan kekosongan kerusi kerana ia melibatkan imej dan maruah parti di mata rakyat.

Tetapi, kenapa tidak ada sesiapa yang membantu Mat Yusoff?

Bukankah Najib Razak, Presiden UMNO dan Pengerusi BN disahkan mempunyai banyak wang dan didedahkan pula oleh pelbagai media sanggup membayar jutaan ringgit kepada pelbagai pihak sejak beliau menjadi Perdana Menteri?

Peguam Shafee didesak berterus terang mengenai RM9.5 juta untuk kes "Fitnah Liwat II"

Sarawak Report mendakwa beliau terima wang dari perdana menteri beberapa bulan sebelum berjaya mendapatkan pensabitan terhadap Anwar Ibrahim
Nik-NazmiPETALING JAYA: PKR mendesak Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjawab dakwaan Sarawak Report yang mengatakan peguam itu menerima RM9.5 juta dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Saya menggesa Najib dan Shafee untuk menjelaskan perkara ini dan menerangkan dengan jujur mengenai urusan wang ini,” kata Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau mengaitkan dakwaan itu kepada peranan Shafee sebagai pendakwa raya khas dalam perbicaraan liwat bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2015, dan berkata peguam veteran itu turut membuat jelajah selepas pensabitan pemimpin PKR itu.
“Perbuatan jahat untuk memburukkan lagi Anwar ini bukan sahaja menghina mahkamah, malah ia jelas menunjukkan niat beliau untuk menjatuhkan Anwar bagi pihak Najib,” kata Nik Nazmi, dan menambah Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali “mesti menjelaskan tindakan apa yang akan diambilnya”.
Sebelum ini Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata laporan polis akan dibuat terhadap peguam itu, tetapi enggan memberikan butiran.
“Saya dimaklumkan oleh peguam akan ada pihak yang akan buat laporan polis pasal tu. Kami harap polis akan siasat dengan teliti,” katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.
Pada Rabu, Sarawak Report menamakan Shafee sebagai salah seorang penerima wang daripada akaun dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Najib.

Skandal 1MDB & SRC: Kita bertuah sebab Najib sangat telus ampu MT UMNO

Pembangkang harus sedar, ketua parti bertanggungjawab mencari dana bagi memastikan segala program dapat dijalankan, kata Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
Justeru, anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata, Umno merupakan sebuah parti yang beruntung kerana mempunyai seorang presiden yang telus, iaitu Datuk Seri Najib Razak.
"Kita (Umno) beruntung kerana ketua parti kita sangat telus. Datuk Najib sudah terangkan banyak kali (dari mana dana untuk parti itu diperolehi) tetapi pembangkang ini, cakap apa pun mereka tidak akan percaya," katanya kepada Umno Online.
Anggota Dewan Undangan Negeri Lanchang di Pahang itu mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Dr Muhajid Yusof Rawa, baru-baru ini.
Dalam keyataan yang disiarkan Malaysiakini Mujahid meminta semua ketua bahagian Umno dan parti komponen BN yang menerima dana didakwa dari kantung SRC International supaya bertaubat dan memulangkan wang berkenaan kerana ia adalah milik rakyat.
SRC suatu ketika dulu ialah anak syarikat 1MDB yang ditubuhkan kerajaan.
Pengkritik mendakwa wang berkenaan disalurkan dari SRC ke akaun persendirian Najib.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sudah membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku atau penyelewengan.
Mohd Sharkar berkata seorang ketua parti memang bertanggungjawab mencari dana untuk menggerakkan sebarang aktiviti mereka.
Terbukti 'suka menipu'
Orang bawahan pula, katanya, tidak pernah bertanya dari mana dana berkenaan diperolehi.

Peningkatan kos sara hidup turut jejas negeri terkaya Malaysia


Peningkatan kos sara hidup turut jejas negeri terkaya Malaysia
Bilangan keluarga fakir dan miskin di Selangor bertambah sebanyak 2,207 menjadikan jumlahnya 46,500 keluarga pada 2016 berbanding 44,393 tahun sebelumnya.
PENINGKATAN kos sara hidup dan pemberhentian pekerja berskala besar dikenal pasti punca meningkatnya bilangan keluarga miskin di Selangor, kata Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
Menurut kenyataan dikeluarkan Mais yang dibaca semasa khutbah Jumaat di seluruh masjid di Selangor hari ini, bilangan keluarga fakir dan miskin bertambah sebanyak 2,207 menjadikan jumlahnya 46,500 keluarga pada 2016 berbanding 44,393 tahun sebelumnya.
Menurut khutbah, faktor utama adalah peningkatan kos sara hidup yang membebankan dan pemberhentian pekerja secara beramai-ramai ekoran pihak majikan ingin menurunkan kos operasi.
Ia berdasarkan laporan kutipan dan agihan zakat fitrah di Selangor pada 2016 yang berjumlah RM22.2 juta.
Pada tahun yang sama, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan sebanyak RM32 juta kepada 46,500 keluarga asnaf fakir dan miskin bagi persiapan mereka menyambut Ramadan dan Aidilfitri.
"Pada 2016 jumlah asnaf fakir dan miskin meningkat dari 44,393 keluarga kepada 46,500 keluarga.
"Peningkatan sebanyak 2,207 keluarga fakir miskin ini mendorong peningkatan bantuan dan keutamaan pengagihan zakat kepada mereka berbanding asnaf lain," kata khutbah itu.
Tahun ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor  menetapkan harga zakat fitrah bagi negeri itu ialah sebanyak RM7.00 seorang.
"Oleh itu, khatib ingin berpesan kepada sidang Jumaat sekelian, bersempena dengan keberadaan kita di bulan Ramadan yang mulia ini, lunaskanlah kewajipan zakat fitrah demi beroleh ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT dan memberi kegembiraan kepada golongan fakir dan miskin di negeri ini untuk memenuhi keperluan hidup mereka bagi menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Jemaah turut diingatkan tanggungjawab membayar jenis zakat yang ditetapkan dalam Islam seperti zakat harta, pendapatan, perniagaan dan simpanan wang.

Menteri Umno dinasihati hormati Ramadan, tidak guna platform masjid tabur fitnah


Tengku Adnan Mansor

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor disaran agar banyak memohon keampunan dari Allah SWT dan bertaubat daripada leka menebarkan fitnah di bulan Ramadan ini.
Gesaan itu dibuat Ketua Wanita Amanah Nasional (Awan) Dr Siti Mariah Mahmud ketika mengulas tuduhan melulu Adnan di majlis penyerahan bantuan di sebuah masjid di Cheras, semalam.
"Mudahnya Menteri Wilayah ni lempar fitnah bukan saja pada lawan dia tapi juga kepada rakyat negeri Selangor.
"Sempena bulan Ramadan ni, eloklah Ku Nan banyak-banyakkan istighfar dan bertaubat dari memfitnah," tegur Dr Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.
Tengku Adnan ketika berucap pada program berbuka puasa di ruang parkir Masjid Jamek Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur sempat menempelak pemimpin pembangkang khususnya Ahli Parlimen Subang R Sivarasa yang disifatkan sebagai 'ketagih mikrofon'.
Berucap pada Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan di masjid itu, Tengku Adnan yang mengkritik pemimpin pembangkang kerana bercakap tentang politik di masjid membidas Sivarasa yang didakwa mencemarkan kesucian Masjid An Nur Kampung Melayu Subang apabila memberi ceramah berkaitan politik pada Rabu lalu.
"Saya bukan cakap politik tapi Sivarasa cakap politik. kita bawa (Timbalan Menteri Wilayah) Datuk Loga (Bala Mohan) tapi dia pun tak cakap politik (dalam masjid).
"Kita datang buka puasa, kita sembahyang dia pun balik bukan ambil mikrofon cerita dalam surau, cerita dalam masjid mengenai politik..
"Inilah puak-puak yang ketagih yang tak ada program yang tak pernah jumpa rakyat jadi dia jadi ketagih, bila ketagih mereka akan lakukan apa-apa yang boleh menghilangkan ketagihan mereka," katanya.
Adnan turut menyentuh mengenai pusat hiburan di negeri Selangor yang katanya semakin bercambah.
Sambil mendakwa telah berusaha menahan lesen-lesen hiburan dari masuk ke Wilayah Persekutuan, di majlis berbuka itu Tengku Adnan melemparkan tuduhan terhadap rakyat Selangor yang disifatkan sebagai 'ketagih pusat judi'.
"Di Wilayah Persekutuan, saya tanya dengan Datuk Bandar (Kuala Lumpur) lesen-lesen hiburan keluarga dah beku lama dah berhenti kerana kita tahu ini punca tempat perjudian...
"Apa yang berlaku di negeri Selangor?
“Itu yang Sivarasa ketagih, rakyatnya di negeri Selangor pun ketagih pusat judi ibarat cendawan tumbuh di pesisir wilayah persekutuan," katanya dengan nada sinis.
Kehadiran Sivarasa di Masjid An Nur Kampung Melayu, Subang, 24 Mei lalu bagi menyampaikan sumbangan kepada surau dan masjid di kawasan parlimen yang diwakilinya tidak disenangi sesetengah pihak termasuk Adun BN Kota Damansara Halimaton Saadiah Bohan.

Peguam Umno berdiam diri dakwaan terima dana 1MDB


Peguam Umno berdiam diri dakwaan terima dana 1MDB
Sarawak Report mendakwa memperoleh dokumen yang menunjukkan Shafee Abdullah menerima sejumlah wang dalam dua transaksi daripada akaun AmBank yang sebelum ini dikenal pasti milik perdana menteri. 
PEGUAM Umno terkemuka Shafee Abdullah tidak memberi respons kepada Sarawak Report yang mendedahkan beliau menerima RM9.5 juta yang mempunyai kaitan dengan firma pelaburan negara bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak.
Sarawak Report mendakwa memperoleh dokumen yang menunjukkan Shafee menerima sejumlah wang dalam dua transaksi daripada akaun AmBank yang sebelum ini dikenal pasti sebagai milik Najib.
Shafee, yang sering mewakili kes berprofil tinggi melibatkan ahli politik di sini, tidak membalas panggilan telefon atau pesanan yang ditinggalkan di telefon beliau oleh The Malaysian Insight.
Dilaporkan sebelum ini, dana dalam akaun Najib adalah daripada anak syarikat 1MDB, SRC International yang membuat pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) .
Pemindahan pertama dari akaun Najib kepada Shafee berjumlah RM4.3 juta dan dilakukan pada 11 September 2013. Transaksi kedua dilakukan pada 17 Februari 2014 dan berjumlah RM5.2 juta, tulis laman web pemberi maklumat itu pada Rabu.
Laman ini juga menunjukkan "screenshot" dokumen yang menunjukkan nama peguam tersebut, nombor akaun bank dan dua pemindahan.
"Pembayaran ini datang pada saat yang amat sensitif yang berkaitan dengan peguam dan Najib serta mencetuskan soalan serta-merta tentang mengapa perdana menteri membayar peguam berkenaan dengan sejumlah wang tidak sah yang sangat besar?" tulis Sarawak Report.
"Selain sumbernya yang menyalahi undang-undang terdapat juga potensi konflik amat nyata yang menarik."
Ia mencetuskan siasatan bagi pengubahan wang haram dan penipuan di Amerika Syarikat, UK, Switzerland, Singapura, Hong Kong dan Luxembourg.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman sivil mendakwa AS$1 bilion yang didakwa dicuri daripada 1MDB dan digunakan untuk membeli hartanah mewah, hotel dan karya seni di negara itu.
Siasatan juga dimulakan terhadap wang disalurkan daripada SRC International dan masuk ke dalam akaun AmBank Najib.
Dilaporkan RM42 juta yang didakwa dicuri daripada SRC International masuk ke akaun Najib antara Disember 2014 dan Februari 2015 melalui anak-anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan syarikat berasingan, Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Ku Nan sendiri tahu dia berbohong, kata Sivarasa

Pemimpin PKR menjawab menteri wilayah persekutuan itu yang menuduhnya menyampaikan ucapan politik di masjid.
sivarasa-ku-nan Sivarasa Rasiah mengecam Tengku Adnan Mansor kerana menurutnya “secara sedar” berbohong dalam kontroversi mengenai kehadirannya di sebuah masjid di Subang minggu lalu.
“Dia masih nak ulang fakta salah iaitu saya buat ceramah politik (dalam masjid). Penjelasan saya sudah jelas sebelum ini.
“Dia sendiri tahu dia bercakap sesuatu yang tidak benar,” kata ahli Parlimen PKR itu ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.
Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan itu menyindir Sivarasa sebagai “ketagih politik” kerana sanggup berceramah politik dalam rumah ibadat.
“Inilah puak ketagih yang tak ada program, yang tak pernah jumpa rakyat, dia jadi ketagih. Bila ketagih mereka lakukan apa yang boleh menghilangkan ketagihan mereka,” kata Ku Nan.
Rabu lalu, gambar Sivarasa yang kelihatan menyampaikan ceramah di dalam Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang mencetuskan rasa tidak puas hati beberapa NGO pro-Umno kerana didakwa menjadikan tempat ibadat sebagai medan politik.
Ekoran itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim berkata beliau dimaklumkan yang Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan tindakan Sivarasa.
Sivarasa kemudian menjelaskan beliau hanya menyampaikan ucapan ringkas “salam Ramadan” serta menyampaikan sumbangan kepada surau dan masjid di kawasan parlimennya.
Beliau juga berkata akan menghantar surat peribadi kepada Sultan Selangor bagi memberikan penjelasan.

Jumlah asnaf miskin meningkat kerana kos hidup

Khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini memaklumkan peningkatan kos sara hidup antara punca pertambahan jumlah asnaf fakir dan miskin di negeri itu.
Menurut mimbar, jumlah golongan asnaf fakir dan miskin di Selangor meningkat sebanyak 2,207 keluarga pada tahun 2016 menjadi 46,500 keluarga berbanding tahun sebelumnya.
"Peningkatan sebanyak 2,207 keluarga fakir miskin ini mendorong kepada peningkatan bantuan dan keutamaan pengagihan zakat kepada mereka berbanding asnaf-asnaf yang lain.
"Pertambahan jumlah asnaf fakir dan miskin di Selangor ini kerana beberapa faktor antaranya ialah peningkatan kos sara hidup yang membebankan dan berlakunya pemberhentian kakitangan secara beramai-ramai akibat daripada pihak majikan yang ingin menurunkan kos operasi," menurut teks khutbah.
Sementara itu, mimbar juga mengingatkan sidang Jumaat segera melunaskan kewajipan zakat fitrah demi beroleh ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT dan memberi kegembiraan kepada golongan fakir dan miskin.
Di samping itu, mimbar berkata sidang Jumaat juga harus memastikan segala harta yang diwajibkan zakat telah dizakatkan.
"Selain itu pastikan juga sumber pendapatan, perniagaan yang diusahakan, pengeluaran wang dari simpanan KWSP dan lain-lain juga telah selesai dizakatkan," kata mimbar dalam teks khutbah bertajuk “Zakat; Menyucikan Jiwa Menyuburkan Harta”.
Berdasarkan laporan kutipan dan agihan zakat fitrah Selangor, pada tahun 2016 sebanyak RM22.2 juta telah diperoleh daripada umat Islam yang menunaikan zakat fitrah.
Pada tahun yang sama, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah mengagihkan sebanyak RM32 juta kepada 46,500 keluarga asnaf fakir dan miskin di negeri itu
LZS juga turut menyasarkan kutipan zakat RM700 juta pada tahun ini, untuk menampung agihan sebanyak RM670 juta.

Dari Mana Najib Dapat Duit Bayar RM9.5 juta pada Shafee...??

BONGKAR PANAS!!

Dokumen dari pemberi maklumat menunjukkan bukti bahawa sejumlah RM9.5 juta telah disalurkan kepada Shafee Abdullah menerusi akaun Ambank 2112022011906 yang dimiliki Najib Razak.
Jumlah tersebut diasingkan kepada dua pembayaran, iaitu RM4.3 juta pada 11 September 2013 dan selebihnya RM5.2 juta pada 17 Februari 2014.
KRONOLOGI:
5 Mei 2013: PRU13 Pakatan Rakyat menang 52% undi popular.
22 Julai 2013: Shafee dilantik sebagai Timbalan Pendakwaraya mewakili Saiful Bukhari.
11 September 2013: RM4.3 juta dibayar oleh Najib kepada Shafee.
17 Februari 2014: RM5.2 juta dibayar oleh Najib kepada Shafee.
27 Februari 2014: Anwar dimaklumkan pendengaran kesnya diawalkan dari 7 April 2014 ke 7 Mac 2014.
7 Mac 2014: Mahkamah Rayuan mendengar rayuan timbalan pendakwaraya, membuat keputusan untuk tidak mengekalkan keputusan tidak bersalah Mahkamah Tinggi. Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun.
29 Oktober 2014: Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan terakhir Anwar.
10 Februari 2015: Mahkamah Persekutuan membuat keputusan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan, Anwar dipenjarakan 5 tahun.
17 Februari 2015: Shafee membuat roadshow kes Anwar bersama Khairy Jamaluddin.

"Kalau Mahkamah bebas, saya bebas," -Anwar Ibrahim.
 #BebasAnwar #BebasRakyat

Martabat umat Melayu menurut Hamka

Oleh:SIDDIQ FADZIL

HAMKA adalah putera besar Alam Melayu yang tampil pada saat umat mengalami kegawatan menangani pelbagai persoalan berat yang diakibatkan oleh penjajahan dan proses pembaratan. Sebagai ilmuwan, pemikir Hamka memberikan perhatian yang serius terhadap isu kemelayuan dan keislaman dalam konteks permasalahan tersebut.
Menyelami jiwa dan minda Hamka menerusi karya-karya tulisannya, kita dapat menemukan kesegaran roh keislamannya dan kekentalan semangat kemelayuannya. Kedua-dua unsur tersebut menyatu secara harmonis membentuk wataknya. Dengan ungkapan lain, Melayu Hamka adalah kemelayuan yang telah menyerap roh keislaman sepenuhnya.
Dalam menerima hakikat persempadanan politik yang memecahkan kepulauan Melayu kepada negara Indonesia dan Tanah Melayu (Malaysia), namun sebagai seorang yang mempunyai kesedaran sejarah dan budaya, serta semangat ukhuwah yang mendalam, Hamka tetap tidak dapat melepaskan dirinya daripada ikatan kemelayuan yang serumpun seagama, serantau sebudaya.
Sebagai seorang Melayu, Hamka mencintai seluruh bumi Melayu tanpa membezakan antara yang bernama Sumatera atau yang bernama Tanah Melayu.
Demikian mendalamnya cinta Hamka terhadap umat dan bumi Melayu sehingga ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, beliau ikut menyambutnya dengan penuh rasa terharu.
Untuk memahami kepeloporan Hamka dalam perjuangan Melayu, kita perlu pula memahami definisinya tentang orang Melayu, Hamka tidak menanggapi Melayu dalam pengertian sempit etnik yang dicirikan oleh darah dan daerah. Menurutnya, sudah tidak ada lagi orang yang benar-benar berdarah Melayu murni. Untuk mendefinisikan Melayu, beliau mengambil kriteria yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w ketika mendefinisikan Arab iaitu siapa sahaja yang berbahasa Arab. Demikian pulalah Hamka mentakrifkan Melayu, iaitu setiap orang yang berbahasa Melayu - berfikir, merasa, menangis dan ketawa, tidur dan bangun dalam bahasa Melayu. Pentakrifan bangsa berasaskan bahasa bertepatan pula dengan pepatah Melayu ``bahasa menunjukkan bangsa''. Memang bahasa adalah cerminan jiwa dan pancaran budi. Kerana itu terdapat pula ungkapan ``bahasa jiwa bangsa'' di samping rangkaian kata ``budi bahasa''.
Selain mencirikan bangsa, bahasa Melayu juga memainkan peranan utama sebagai pemersatu rumpun Melayu yang terpisah-pisah dalam ribuan pulau dan ratusan dialek bahasa.
Bahasa yang mampu menjadi wahana perpaduan itu menurut Hamka harus bahasa yang murni, iaitu bahasa Melayu yang tidak terlalu banyak menyerap kalimat-kalimat Jawa, Sanskrit atau yang selainnya. Meskipun namanya sudah menjadi bahasa Indonesia, tetapi pada hakikatnya ia adalah bahasa Melayu.
Bertolak daripada hakikat itulah Hamka memperjuangkan bahasa Melayu dan memelihara kemurniannya dengan penuh rasa cemburu. Bukan beliau tidak menyedari bahawa bahasa harus dinamik, maju dan berkembang, dan untuk itu ia harus bersedia meminjam dan menyerap kata-kata asing seperlunya. Yang beliau tentang ialah keinginan untuk mencabut bahasa Indonesia dari akarnya iaitu bahasa Melayu.
Sementara itu berlaku pula proses peminggiran tulisan jawi akibat himpitan tulisan rumi. Ini terjadi di Indonesia dan kemudian diikuti oleh Malaysia. Penggantian jawi dengan rumi adalah sebahagian daripada proses pembaratan dan pendangkalan Islam yang tentu sahaja didalangi oleh penjajah. Dalam konteks Malaysia ini dilakukan menerusi strategi pemberian citra yang segar kepada tulisan rumi sebagai lambang kecerdasan, dan citra sebaliknya untuk tulisan jawi.
Selain bahasa, ciri kemelayuan yang lebih penting lagi ialah Islam. Hamka menyedari adanya kelompok rumpun Melayu yang tidak beragama Islam, namun beliau tetap melihat bahawa nama Melayu memang tidak dapat dipisahkan daripada Islam berasaskan hakikat bahawa kebanyakan orang Melayu adalah Muslim. Keislaman umat Melayu Muslim itulah yang selamanya menjadi tumpuan perhatian dan keprihatinan Hamka. Baginya, Islamlah yang menjadi teras kekuatan mereka dan sekali gus menjadi faktor pemersatu yang mendasari semangat kebangsaan.
Hamka adalah ilmuwan-pemikir Melayu yang menyaksikan gelora kebangkitan umat menentang penjajahan, merebut kemerdekaan dan membangun kemajuan. Hamka jelas ikut terhimbau lalu berusaha menanganinya dalam konteks umat Melayu.
Antara yang diberikan perhatian oleh Hamka ialah masalah jiwa hamba dan pemikiran anak jajahan. Kerana itu dalam menghargai kemerdekaan tanah air, beliau memperingatkan kemerdekaan yang lebih asasi iaitu kemerdekaan jiwa. Kemerdekaan jiwa yang beliau maksudkan ialah kekuatan iman dan budi. Kerana itu kemerdekaan negara harus dimanfaatkan sebagai wahana mengangkat martabat umat.
Dalam rangka memperkasa umat dan membina jiwa merdeka itulah Hamka melihat Islam (ajaran tauhid) sebagai ``sumber tenaga kemerdekaan jiwa yang sebenarnya.'' Bagaimanapun, ada kekesalan yang disuarakan oleh Hamka apabila beliau menyatakan, ``Cuma sayang, kerana kesedaran di dalam menegakkan agamanya tidak tegas dan jelas, kaum Muslimin yang gagah berani itu kebanyakan hanya dipergunakan tenaganya guna membina kekuasaan orang lain. Setelah orang lain berkuasa, kaum Muslimin itu disingkirkan dan dilarang keras atau dihambat-hambat agar jangan sampai menuntut haknya yang suci'' (Hamka, 1971;205).

Anak bangsawan tak faham jerih bekas tentera - Nik Nazmi

Benarkah kerajaan mengambil berat mengenai nasib dan kebajikan pesara tentera - itu pertanyaan dikemukakan Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini.
Katanya, walaupun Putrajaya menyatakan kerajaan tidak melupakan jasa dan pengorbanan bekas anggota tentera, kelewatan pembayaran caruman - selama berbulan-bulan - kepada mereka pada 2016 menunjukkan sebaliknya.
Pembayaran caruman bulanan itu, kata Nik Nazmi, perlu dilakukan mengikut jadual ditetapkan, terutama apabila mengambil kira pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dibayar gaji lumayan untuk menjaga kebajikan bekas tentera.
Namun, katanya, dua tokoh "bangsawan" yang terbabit dalam hal ehwal tentera negara mungkin tidak memahami jerih hidup bekas tentera negara ini.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang lahir dalam keluarga bangsawan mungkin tidak memahami jerih perih veteran tentera," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nik Nazmi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia memberitahu memang menjadi tanggungjawab menteri pertahanan untuk menyelesaikan sebarang masalah pentadbiran antara LTAT dan Jabatan Urusan Gaji Angkatan Tentera yang boleh melambatkan pembayaran.
"Selain itu, isu veteran tentera juga harus dikaji dengan penuh teliti oleh pihak berwajib kerana masih ramai lagi antara mereka yang tampil mengadu mengenai masalah dihadapi.
Masalah yang berpanjangan akan meresahkan bukan sahaja pesara tentera tetapi juga anggota yang sedang berkhidmat, serta orang awam," katanya.
Kegagalan menyelesaikan itu itu segera, kata Nik Nazmi, hanya akan memberi gambaran salah kepada anggota yang sedang berkhidmat.

Ekonomi didakwa berkembang tapi gaji rakyat menguncup


Rafizi Ramli


Pertumbuhan gaji sebenar rakyat negara ini (selepas ditolak inflasi) bagi 2017 dijangka jatuh pada kadar terendah di rantau Asia (bagi ekonomi yang setanding dengan Malaysia) iaitu sekitar 2.30% manakala kadar inflasi pada bulan April lalu berada pada tahap 5.1%  iaitu tertinggi dalam tempoh 8 tahun.
Fakta ini mendorong Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menuntut penjelasan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang juga menteri bertanggung jawab tentang kempen Transformasi Nasional 2050 (TN50) untuk memberikan jawapan.
"Kalau beliau boleh memilih untuk tidak menjawab soalan dari Malaysiakini dengan kasar, beliau tidak boleh terus mendiamkan diri mengelak soalan-soalan saya mengenai isu pekerjaan dan kos sara hidup," ujar Naib Presiden PKR itu.
Menurut Rafizi, Kerajaan BN pada dua minggu lalu menguar-uarkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.6% bagi suku pertama 2017 sebagai bukti kejayaan pentadbiran.
Malah tambah beliau, ada jurucakap kerajaan yang mendakwa segala skandal yang bersabit 1MDB hanyalah dakyah politik kerana tidak mempunyai kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Bagaimanapun ramai yang bertanya beliau mengapa keadaan ekonomi yang baik tidak dirasai rakyat meskipun Malaysia dilapor mencatat kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setiap tahun.
"Jika ekonomi Malaysia dikatakan begitu baik seperti angka pertumbuhan KDNK yang diumumkan, mengapa ramai rakyat yang menghadapi kekangan kewangan dalam menjalani kehidupan seharian," ujarnya.
Menurut Rafizi, bukan semua pertumbuhan ekonomi mengalirkan kebaikan kepada rakyat kerana ada hasil ekonomi dipusatkan di kalangan beberapa pihak sahaja manakala ekonomi yang berkembang kadang kala disebabkan kewujudan banyak pekerjaan bergaji murah.
"Secara mudahnya, pertumbuhan KDNK negara merujuk kepada ukuran bagaimana ekonomi negara menghasilkan lebih banyak barangan dan perkhidmatan. Ini boleh dicapai dengan dua cara – menambah pekerjaan atau menambah produktiviti," jelas beliau.
Ujar Rafizi, majikan boleh mengambil lebih ramai pekerja untuk menghasilkan lebih banyak barangan dan perkhidmatan tetapi pekerja dibayar gaji yang sama kerana melakukan kerja yang serupa.
Di masa yang sama, tambah beliau majikan boleh menggunakan teknologi atau menamba hbaik proses untuk menghasilkan lebih banyak barangan atau perkhidmatan dengan bilangan pekerja yang sama atau kurang; tetapi pekerja kini melakukan kerja yang bernilai lebih tinggi dan wajar dibayar lebih tinggi.
"Di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, pertumbuhan KDNK lebih didorong oleh produktiviti. Walau bagaimana pun, semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak (2011-2015), pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti menurun (dari 59.07% kepada 34.80% daripada jumlah pertumbuhan KDNK) manakala pertumbuhan yang didorong pertambahan pekerjaan meningkat dengan ketara (daripada 40.93% kepada 65.2% daripada jumlah pertumbuhan KDNK).

Tak balik selagi SPR tak terima bantahan

Tak balik selagi SPR tak terima bantahan
Kesavan berbaring di hadapan pejabat SPR Negeri tadi.
IPOH - "Saya tak akan balik. Selagi mereka tidak terima borang bantahan ini, saya tak nak balik."
Itu reaksi Adun Hutan Melintang, S Kesavan hari ini apabila borang bantahan terhadap pengundi meragukan di kawasan Dunnya, tidak diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Beliau yang hadir ke Pejabat SPR Perak bersama pimpinan pembangkang lain berkeras agar borang bantahan berkenaan diterima meskipun menyedari tempoh bantahan telah tamat.
Kesavan berkata, dirinya serta beberapa pimpinan pembangkang akan terus berada di hadapan pejabat berkenaan sehinggalah borang bantahan berkenaan diterima dan disiasat sepenuhnya.
"Saya datang ke sini bagi menyatakan bantahan terhadap pertambahan pengundi di kawasan. Saya datang bersama bukti, tapi kecewa kerana SPR menolak bantahan ini.
"Oleh itu, saya akan terus berada di sini sehinggalah mereka menerima borang bantahan ini, jika perlu sampai malam pun tidak mengapa," katanya.
Hadir sama, Adun Buntong, S.Sivasubramaniam, A.Sivanesan (Sungkai) dan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar.
Kesavan berkata, siasatan yang dilakukannya mendapati banyak berlaku pertambahan pengundi meragukan di kawasan Dun Hutan Melintang terutama berkaitan alamat rumah.
"Biarpun sudah tamat tempoh kita mahu SPR siasat perkara ini.
"Kalau perkara ini dibenarkan, bermakna semua orang boleh tukar alamat. Semua boleh buatlah," katanya.
Dalam 'lawatannnya' itu, Kesavan turut membawa tikar dan bantal sebagai simbolik akan tetap berada di Pejabat SPR Negeri.
Sehingga jam 5 petang tadi, kelibat Kesavan bersama pimpinan pembangkang masih berada di situ.

Kebanjiran pengundi import dan tentera, BN terdesak?

OLEH DATO’ SERI DR SANTHARA
Saya mengambil serius isu kebanjiran pengundi luar atau pengundi import khususnya di kawasan Segamat, Johor.
Datuk Seri Dr SantharaTerdapat dakwaan bahawa satu Depot Pangkalan Peluru kini dalam proses pembinaan di Segamat. Hal ini memungkinkan pertambahan 1500 sehingga 2000 pengundi tentera baru.

Saya difahamkan bahawa tentera ini hanya tinggal di dalam khemah sebagai penempatan sementara buat masa ini sementara menanti kem baru yang dalam proses pembinaan siap sepenuhnya.
Saya inginkan pengesahan daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), adakah nama anggota-anggota yang di tempatkan di depot tersebut hanya akan dimasukkan sebelum atau selepas kem tersebut siap sepenuhnya?
Andaikata nama anggota tentera telah dimasukkan sebagai pengundi di Parlimen Segamat, ianya harus dikeluarkan daripada warta pengundi baru.
Tindakan SPR untuk tidak membekalkan salinan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) sukuan pertama terhadap mana-mana parti politik telah menimbulkan keraguan dan kepercayaan saya terhadap SPR.
Malah terdapat juga dakwaan bahawa bahagian-bahagian MIC di Johor (kawasan MIC tidak bertanding) diarahkan untuk menukar alamat dan tempat mengundi ke Segamat. Dikatakan juga mereka ini dibayar sebanyak RM100 sehingga RM500 setiap seorang untuk menukar alamat.
Adakah perpindahan kawasan mengundi mereka ini satu taktik yang akan menguntungkan BN?
KEADILAN Johor turut membantah terhadap ahli MIC di mana alamat rumah mereka di Taman Astaka Jaya dan Taman Yayasan terdapat seramai 42 pengundi pada dua alamat dan bantahan daripada kami telah diterima yang akhirnya 40 pengundi telah dikeluarkan.
Saya menuntut Pengerusi MIC, Datuk Seri Dr. Subramaniam selaku Ahli Parlimen Segamat untuk menjawab dakwaan ini jika benar. Saya berharap beliau akan bersikap profesional dan telus dalam menjawab isu ini.
Kita bangsa Johor inginkan ketelusan dalam sistem pilihan raya di negara ini untuk melihat Malaysia menjadi lebih baik daripada sekarang.

Satu rumah 22 pengundi berdaftar di Dun Hutan Melintang..SPR buat apa..??

Satu rumah 22 pengundi berdaftar di Dun Hutan Melintang
Khairul Ekhsan menunjukkan laporan polis serta gambar quarters yang turut menempatkan pengundi baharu di Dun Hutan Melintang.
BAGAN DATUK - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa menjalankan siasatan terperinci mengenai pertambahan pengundi baharu secara mendadak di Dun Hutan Melintang.
Naib Ketua Cabang PKR, Khairul Ekhsan Sukarmun berkata, Rang Daftar Pemilik Tambahan Suku Pertama 2017 yang dipamerkan SPR di Pejabat Pos Hutan Melintang pada 9 Mei lalu amat mencurigakan.
"Selepas Rang Daftar Pemilik Tambahan Suku Pertama 2017 dipamerkan saya telah diminta oleh Adun Hutan Melintang S. Kesavan untuk melakukan culaan (kenal pasti) di beberapa daerah mengundi dalam Dun ini.
"Ini kerana berlaku pertambahan mendadak pengundi baharu di Dun Hutan Melintang sebanyak 2,800 dan ia amat mencurigakan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabat PKR Hutan Melintang.
Menurut Khairul Ekhsan, dia kemudiannya melakukan siasatan di daerah mengundi Sungai Dulang yang merupakan lokaliti perumahan dan hasil pemeriksaan amat memeranjatkannya.
"Untuk daerah mengundi Sungai Dulang Rang Daftar Pemilik Tambahan Suku Pertama 2017 menunjukkan terdapat 70 pengundi baharu dan yang bertukar alamat.
"Apa yang memeranjatkan saya adalah terdapat dua buah rumah awam bernombor 48D menempatkan seramai 22 pengundi dan 51D seramai 16 pengundi dalam satu kediaman," katanya.

PELIKNYA PARTI AGAMA: MULA2 BERKONGSI PENTAS DAN BERKONGSI KERETA, LEPAS INI BERKONGSILAH PULA KAWASAN PILIHANRAYA!

Hubungan antara pemimpin Pas dengan UMNO nampaknya maju setapak lagi di mana daripada berkongsi pentas, duduk semeja dan berbaju sedondon sama warna, kini mereka sudah boleh berkongsi kereta pula.
Tambahan lagi berkongsi kereta bukan dilakukan pemimpin biasa-biasa, tetapi yang bertaraf ulama.
Kejadian pertama berkongsi kereta itu berlaku antara Menteri Besar Terengganu, Ahmad Raziif Abdul Rahman dengan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Dr. Khairuddin Aman Razali, baru-baru ini.
Kata Dr. Khairuddin, naik kereta bersama-sama itu merupakan contoh politik matang yang diamalkan Pas sekarang ini.
“Itu perbezaan PAS dalam berpolitik, kita tidak boleh ikut cara Pakatan Harapan.
“Politik demokrasi mengajar kita untuk boleh berurusan dengan kerajaan dalam perkara melibatkan maslahah rakyat,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Sebenarnya, memanglah baik dan molek Pas berbaik-baik daripada terus memaki-hamun, mengeji dan menggelar macam-macam seperti dulu kepada pemimpin UMNO dan kerajaan, tetapi janganlah berpura-pura di mana sementara mereka menjalin hubungan yang semakin baik itu, dalam ceramah di kampung-kampung tetap juga mengatakan mahu melawan UMNO.

Bagaimana mahu berlawan lagi dengan UMNO jika sudah boleh berkongsi menaiki kereta?
Bagaimana juga Pas mahu mengalahkan UMNO dan mengambil alih pentadbiran di Terengganu jika pemimpinnya sendiri sudah seronok dapat naik kereta dengan Menteri Besar daripada parti yang kononnya mahu dikalahkan?
Adakah itu politik matang dan sejahtera?
Maka, terlanjur sudah boleh berkongsi kereta ini, ada baiknya Pas terus saja berkongsi segala-galanya dengan UMNO.
Lepas ini, mulakanlah rundingan untuk berkongsi dan berbagi-bagi kawasan pilihanraya pula.
Itu barulah namanya benar-benar mengamalkan politik matang dan sejahtera.

TUN M PENYELAMAT KITA...

Berikut adalah jawapan Tun Mahathir Mohamad tentang kemungkinan beliau bakal menjadi Perdana Menteri semula lantaran kebelakangan ini isu tersebut menjadi perbualan ramai dan diperkatakan di mana-mana.

Beliau memberikan jawapan itu ketika menjawab soalan dalam program #HangpaTanyaChedetJawab versi 2 yang disiarkan secara langsung melalui laman Facebooknya, semalam.

"Saya tidak boleh belakangkan kawan-kawan saya dalam Pakatan Harapan. Kalau mereka mempunyai cadangan yang seperti itu dan ini pula dipersetujui, mungkin saya terpaksa pertimbang.

"Tetapi pada waktu ini, saya tidak bersetuju untuk jadi Perdana Menteri. Saya telah menyatakan setelah saya bersara, saya tidak akan menjadi Perdana Menteri semula,” tegasnya.

Ditanya apakah peranan yang bakal dimainkan beliau sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 dan berjaya membentuk kerajaan, Mahathir menyatakan kesediaannya untuk menjadi penasihat.

"Saya cuma berharap parti memerintah bertanyakan kepada saya berkenaan isu-isu tertentu kerana saya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, saya ada banyak pengalaman berguna.

“Kalau pun ada kerajaan-kerajaan yang didirikan selepas PRU14, kalau saya diberi peluang untuk beri pendapat, kalau ada soalan-soalan memerlukan perbincangan, saya bersedia ambil bahagian dalam perbincangan untuk mencari penyelesaian," katanya lagi.

Apakah makna paling mudah untuk kita fahami daripada jawapan Tun Mahathir itu?

Pertama, beliau tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri semula setelah Najib Razak disingkirkan.

Kedua, keputusan melantik Perdana Menteri setelah Pakatan Harapan memenangi PRU 14 mesti dilakukan melalui perbincangan dalam gabungan itu dan akhirnya satu keputusan konsensus hendaklah dicapai.

Bukan semua Islam pengganas, tidak semua kafir anti-Islam


Menghukum kesemua umat Islam sebagai pengganas adalah tidak tepat dan tidak adil, manakala menghukum semua bukan Islam sebagai 'musuh Islam' dan 'anti-Islam' juga tidak tepat dan tidak adil.
Sekumpulan warga Amerika Syarikat beragama Islam menunjukkan soldariti mereka terhadap tiga hero tragedi Portland.Sehubungan itu, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad menasihati rakyat negara ini agar mengambil iktibar daripada tragedi yang berlaku di Portland, Oregan, Amerika Syarikat apabila dua lelaki bukan Islam terbunuh dan seorang lagi cedera parah akibat diserang kerana mempertahankan kehormatan dua wanita muslim.
"Walaupun imej Islam, khususnya di Amerika, begitu terpalit dengan tindakan golongan 'pengganas Islam', tiga lelaki ini menyedari bahawa pengganas yang mengganas atas nama Islam, kononnya, tidak mewakili semua orang Islam. Dan dua wanita berkenaan, walaupun beragama Islam, tidak wajar diherdik dan dicaci sebegitu rupa.
"Tindakan mereka bertiga, yang mampu membezakan pengganas dari umat Islam secara amnya, harus dicontohi semua," ujar beliau.
Dalam kejadian di Portland, Oregon pada Jumaat, 26 Mei lalu, tiga  lelaki bukan Islam yang berusaha melindungi dua wanita Islam daripada diganggu seorang lelaki dalam sebuah tren penumpang telah ditikam.
Lelaki yang menimbulkan ketegangan dan menikam ketiga-tiga lelaki tersebut kemudian melarikan diri dan akihirnya ditahan polis.
Suspek akan dihadapkan ke mahkamah di bawah tuduhan membunuh.
Tragedi yang berlaku di Portland mendapat liputan meluas media Amerika Syarikat.
Dua lelaki yang mati ditikam dikenali sebagai Rick Best, seorang bekas tentera Amerika yang telah beristeri dengan 4 anak dan Namkai Meche, 23, seorang graduan.
Lelaki ketiga, Micah Fletcher, 21, pekerja di sebuah kedai pizza  sedang dirawat di hospital dengan kecederaan parah.
Menurut Khalid, hasil tindakan berani tiga lelaki bukan Islam itu, dua wanita Islam berkenaan terselamat dari gangguan dan ancaman.
"Mereka bertiga tidak mengenali dua wanita Islam itu. Mereka bukan beragama Islam dan mungkin juga tidak sebangsa, namun mereka sanggup membela kehormatan dua wanita Islam tersebut," ujarnya.
Beliau memberi contoh bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. telah menunjukkan bagaimana bukan Islam boleh bersikap adil dan melindungi umat Islam.
"Raja Najasyi di Habsyah yang beragama Kristian telah menjadi tempat berlindungnya umat Islam dalam peristiwa Hijrah pertama.
"Malahan dewasa ini, berapa ramai umat Islam telah berhijrah mendapat perlindungan di negara-negara Eropah dan Amerika? Dalam banyak keadaan, mereka berhijrah melarikan diri dari pemimpin zalim yang beragama Islam," tegas beliau.
Menurutnya, sikap menghukum keseluruhan bukan Islam sebagai 'musuh Islam' dan menanam kebencian terhadap mereka adalah punca berlakunya tindakan keganasan.
Turut dihukum, tambah beliau adalah mereka yang dikatakan 'berlembut' dengan bukan Islam yang dilihat menggadai kepentingan agama.

Goh lega Rafizi mengaku silap identiti, mahu ianya berakhir

Florence Goh Siew Boey lega kerana naib presiden PKR Rafizi Ramli telah mengakui tersilap mendakwanya sebagai pelobi AS, dan mahu mengakhiri perkara itu yang membuat dirinya menjadi tumpuan media.
"Terima kasih kepada Rafizi Ramli (kerana) cepat mengakui, dan bersetuju untuk mengambil tanggungjawab penuh (atas) kesilapan ini dan meminta maaf (terhadap) dakwaan salah ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Siew Boey berkata sama ada Rafizi telah menamakannya secara sengaja atau tidak, tetapi kerosakan telah pun berlaku.
Selepas permohonan maaf itu, katanya, keadaan telah menjadi tenang dan beliau benar-benar berharap perkara seumpama itu tidak akan berlaku lagi selepas ini.
'Tiada kaitan dengan Godfrey'
Siew Boey juga mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia di bawah tanggungjawab Wee, yang telah membantunya.
Katanya, beliau amat berterima terhadap sidang akhbar yang diadakan oleh Wee untuk membersihkan namanya.
Rafizi sebelum ini telah tersilap mngenal pasti Siew Boey sebagai "Florence Goh" yang merupakan pengarah Godfrey Group Ltd, sebuah syarikat yang terlibat dalam kontrak melobi untuk Malaysia di Amerika Syarikat.
Rafizi kemudian berkata beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapan itu, dan memohon maaf kepada Siew Boey dan CRT Insights Technologies kerana menyiarkan nama mereka.

Pemimpin Pakatan kunjung bazar Ramadan seluruh negara dengan misi harmoni

Ia usaha membawa mesej keamanan dalam melawan sikap ekstremisme kaum dan agama.
lim-kit-siang-bazaarDalam usaha mempromosikan keharmonian agama dan kaum, pemimpin Pakatan Harapan sedang mengadakan kunjungan ke bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini.
Salah satu kunjungan itu dilakukan oleh pemimpin veteran DAP dan wakil rakyat Gelang Patah, Lim Kit Siang semalam, yang melawat sebuah Pasar Ramadan di Johor Bahru.
“Kunjungan saya ke bazar Ramadan sejak permulaan Ramadan menguatkan keyakinan saya bahawa rakyat Malaysia di luar sana tidak kira latar belakang kaum, agama dan politik menghargai dan mahu akan keamanan, tolak ansur, persefahaman dan sifat saling menghormati,” katanya.
Kenyataan itu di sebalik beberapa kenyataan provokatif melibatkan bukan Islam dan DAP, termasuk seruan beberapa peserta protes di Pulau Pinang pada Jumaat lepas untuk menghalang Ketua Menteri Lim Guan Eng daripada turut serta dalam majlis berbuka puasa.
Ia menyusul selepas dakwaan seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia yang DAP menyebar agenda Kristian.
Minggu ini, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memulakan siasatan ke atas sebuah masjid di Subang, selepas beberapa NGO pro-Umno membidas kehadiran Ahli Parlimen PKR, Sivarasa Rasiah untuk program penyerahan sumbangan dan buka puasa.
lim-kit-siang-bazaar2Lim berkata usaha pemimpin PKR, Amanah, PPBM dan DAP berkunjung ke bazar Ramadan adalah cara terbaik melawan “perancangan jahat oleh elemen tidak bertanggungjawab” yang mahu Malaysia berpecah belah atas dasar kaum dan agama.
“Malaysia mampu menjadi negara kelas dunia sekiranya kita menggunakan nilai terbaik daripada kepelbagaian kaum, agama, bahasa dan budaya di Malaysia.
“Tetapi Malaysia akan gagal sekiranya kita benarkan suara pelampau dan tidak toleran bermaharajalela dalam kehidupan kita,” kata Lim.

Hanya bahasa undi mampu ajar Najib dan BN



Hanya 'bahasa undi' sahaja yang mampu menurunkan Datuk Seri Najib Razak dan BN dari kerusi kuasa seterusnya menamatkan era kerajaan kleptokrasi di negara ini, kata timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Usaha ini, katanya perlu dilakukan bagi menyelamatkan negara dan rakyat dan masa depan generasi akan datang.
Salahuddin Ayub"Kita merasa begitu bangga menyaksikan beberapa buah negara maju seperti Amerika Syarikat, Switzerland, Jepun, Korea Selatan dan Singapura mempamerkan akhlak integriti urustadbir negara mereka yang mampu menjadi contoh kepada sekalian warga dunia," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Salahuddin merujuk tindakan tegas kerajaan Singapura berkaitan isu 1MDB yang sekali lagi memberi keaiban besar kepada negara dan rakyat Malaysia.
Menurutnya, Pengarah Urusan Berkuasa Kewangan Republik Singapura Ravi Menom mendedahkan terdapat 8 bank di republik itu yang telah terlibat dengan skandal 1MDB dan didenda hampir SD30 juta.
Namun penglibatan Najib dalam skandal mega 1MDB, ujar beliau telah berlarutan hampir 5 tahun dan mengakibatkan berlakunya malapetaka politik dan ekonomi yang sangat memalukan.
"Ianya merobek maruah negara di mata rakyat tempatan sekaligus masyarakat antarabangsa," kesal beliau.
Menurut Salahuddin, adalah sangat membimbangkan apabila fenomena amalan dan budaya rasuah yang berlaku di negara ini berinspirasikan kerajaan kleptokrasi yang dipimpin oleh Perdana Menteri.
"Tidak mustahil kepada penagih rasuah di negara ini akan dan telah menjadikan Najib sebagai ikon mereka," katanya.

NAMA TAK KAFIR TAPI BODOH MACAM TAPIR

Someone sent this to me. I dont know who this writer is (Dean Kadeer) or if it is a real person but the points are interesting.
Ana dah malas nak cerita pasal benda lapuk ni, tapi sebab otak Melayu masih kat celah jub_r, so ana ulang lagi sekali.
Lagipun ana prihatin dgn isu nama anak yang kedengaran macam nama “kafir”, ramai Melayu yang sentap bila tengok nama anak orang Melayu macam mat saleh, lalu dikeluarkan fatwa nama sebegitu “tak sesuai”, tak Islamik kononnya. Puii..!!
Pelik betul otak orang Melayu ni. Bodoh sebesar Alam. Katanya Jesus tu Nabi Isa, dalam Bible namanya Jesus, dalam Quran namanya Isa. Perkataan Jesus pun berasal dari Hebrew, ada yang sebut Yeshua. Kalau Melayu pakai nama Jesus, takkan jadi kapir pulak. Kebanyakan nabi dalam Quran ada nama “kafir” mereka dalam Bible. Moses jadi Musa, Harun jadi Aaron, Ibrahim jadi Abraham, Jacob jadi Yaakob, Ishak jadi Isaac. Kalau Melayu letak nama anak Isaac Newton, tak Islamik ke? (campuran nama Nabi dan tokoh fizik – tak bagus lagi?)
Nama sahabat nabi iaitu Umar Al Khattab sewaktu dia kafir ialah Umar. Selepas convert masuk Islam, dia tak tukar nama jadi Najib atau Tengku Adnan. Dia tetap guna nama Umar. Nama Abu Bakar As Siddiq sewaktu kafir ialah Abdul Ka’bah, selepas masuk Islam namanya ditukar menjadi Abdullah. Gelaran Abu Bakar diberi oleh nabi kerana maksud Abu Bakar ialah “bersegera” (masuk Islam).
Dua contoh nama tersebut ana tunjuk sebab mereka sahabat yang rapat dengan Nabi Muhammad. Umar tak tukar pun nama untuk nampak Islamik walaupun sudah Islam, walhal Umar kaki bunuh orang sewaktu kafir. Dia tetap pakai nama Arab kafir. Tak salah pulak. Nabi tak bising pun. Sikit pun tak jadi isu.
Nama Abu Bakar pulak sewaktu kafir dah “Islamik”sungguh iaitu Abdul Ka’bah tapi kenapa tukar jadi Abdullah? Patutnya teruskan guna nama Abdul Ka’bah, tempat suci orang Islam.
Morale of the story, nabi tak ambik pot pun nama Umar yang tak bertukar tu. Sepatutnya nabi suruh Umar guna nama “Muhammad Ibrahim” atau nama lain yang lebih Islamik (kononnya). Nama Abdul Ka’bah ditukar jadi Abdullah mungkin sesuai atas sifat dan jatidiri Abu Bakar sewaktu itu, bukan sebab nama Abdul Ka’bah tak Islamik. Nama Kaabah takkan tak Islamik kot?

Muhyiddin dilarang anjur majlis berbuka puasa

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan mengadakan majlis berbuka puasa serta menyampaikan sumbangan beras yang sepatutnya diadakan di Masjid An-Nur, Pekan Kundang Ulu, Tangkak.
Menurut Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pagoh, Datuk Tahir Mohd Taat berkata, larangan itu disampaikan melalui surat yang difaks ke pejabat pusat komuniti Parlimen Pagoh pada pagi tadi oleh Pejabat Kadi Daerah Tangkak.
"Betul surat tu. Pagi tadi difaks. Kita sebenarnya buat majlis itu atas nama Tan Sri Muhyiddin (Yassin) sebagai anggota parlimen bukan parti.
"Ini bukan ceramah politik, kita cuma nak sampaikan sumbangan dan ia dibuat di perkarangan masjid bukan di dalam," katanya kepada Malaysiakini.
Muhyiddin dijadualkan menyampaikan sumbangan beras kepada masjid serta madrasah di Parlimen Pagoh di perkarangan Masjid An-Nur pada Sabtu ini.
Dalam surat bertarikh 31 Mei yang ditanda tangani oleh Kadi Daerah Tangkak, Mohd Nasri Rahman memberitahu, keputusan tidak membenarkan majlis itu dibuat berikutan anggota jawatan kuasa Masjid An-Nur tidak bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Muhyiddin.
Menurut surat berkenaan, perkara berkenaan dibuat bagi menghormati kepentingan semua pihak.
"Setelah mengambil kira pandangan kepimpinan daerah dan juga keputusan AJK Masjid An-Nur Pekan Kundang Ulu, Tangkak, pihak kami bersependapat tidak dapat memberi persetujuan dalam memberi kebenaran menganjurkan majlis tersebut di atas menghormati kepentingan semua pihak," petik surat tersebut.
Selain itu, Tahir juga memberitahu, beliau yang merupakan individu bertanggungjawab membuat permohonan untuk mengadakan majlis berkenaan melahirkan rasa kecewa dan terperanjat dengan keputusan tersebut.
"Sudah tentu saya terperanjat dan kecewa dengfan kejadian ini. Nampak macam ada permainan tertentu.

Menteri Umno cerita pasal Najib, Sivarasa di Masjid Jamek Shah Alam

Menteri Umno itu memuji perdana menteri kerana mempercepatkan pemberian BR1M, dan sempat membidas Sivarasa yang didakwa berpolitik dalam masjid.
ku-nan-1
]Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam ucapannya di Masjid Jamek Shah Alam, Jalan Tun Razak hari ini menyentuh mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ahli Parlimen PKR Sivarasa Rasiah.
Menteri Wilayah Persekutuan di situ untuk berbuka puasa bersama hadirin dan menyerahkan sumbangan sempena program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan yang diadakan di kawasan masjid. Turut hadir, timbalannya Datuk Dr Loga Bala Mohan.
ku-nan-2
“Lihat perdana menteri semalam umumkan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) untuk ringankan beban rakyat berbelanja pada bulan ini. Ini pemimpin yang kita ada – selalu fikir masalah rakyat,” katanya.
“Saya bukan cakap politik. Sivarasa cakap politik,” tambahnya. Beliau menyifatkan Ahli Parlimen PKR itu sebagai ahli politik yang ketagih berpolitik.
“Inilah puak ketagih yang tak ada program, yang tak pernah jumpa rakyat dia jadi ketagih. Bila ketagih mereka lakukan apa yang boleh menghilangkan ketagihan mereka.”
Sivarasa didakwa mencemarkan kesucian Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang apabila memberi ceramah berkaitan politik di masjid itu, Rabu lalu.
Ahli Parlimen Subang itu bagaimanapun menafikan beliau memberi ceramah, sebaliknya menyatakan hanya menyampaikan ucapan ringkas mengenai komitmen kerajaan Selangor untuk terus membimbing institusi surau dan masjid di negeri berkenaan.
Sivarasa berkata beliau berada di situ untuk acara penyampaian sumbangan RM71,000 kepada wakil surau dan masjid dalam kawasannya atas kapasiti wakil rakyat.
Sementara itu, Tengku Adnan turut menyentuh mengenai situasi penyalahgunaan lesen hiburan keluarga oleh pengusaha perjudian haram.
“Di Wilayah Persekutuan saya tanya dengan datuk bandar…lesen hiburan keluarga dah beku lama. Kita tahu ini punca tempat perjudian.
“Apa yang berlaku di negeri Selangor? Rakyat Selangor pun ketagih pusat judi,” katanya.

Putar belit fakta bukan kebebasan akademik, Kanun selar pensyarah pro-Pas


Wan Anwar Wan Ibrahim 

Kebebasan akademik adalah kebebasan untuk menyatakan pendapat berasaskan keilmuan dan bidang akademik yang diajar bukannya kebebasan untuk memutar belit fakta, tegas Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang Amanah (Kanun), Wan Anwar Wan Ibrahim.
Menurutnya, kebebasan bersuara yang merupakan kebebasan asasi seperti diperuntukkan dalam Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan bersifat tidak mutlak dan terikat dengan undang-undang.
"Contoh kebebasan akademik yang disekat adalah seperti yang berlaku kepada Prof Dr Azmi Sharom yang didakwa di Mahkamah Sesyen di bawah Akta Hasutan 1948 kerana artikelnya yang bertajuk "Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told" (Ambil jalan krisis Perak, selesaikan segera kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu) pada 14 Ogos 2014," ujarnya.
Beliau mengulas kenyataan terbaharu pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff di Facebook pada 31 Mei lalu yang mendakwa Naib Presiden Amanah, Dr Mujahid Yusof sebagai lambang hipokrasi kerana bertindak tidak selari dengan tujuan parti itu ditubuhkan.
"Kanun tidak bercadang untuk menjawab bagi pihak Dr Mujahid atas segala putar belit fakta yang dibuat olehnya kerana Kanun percaya Dr Mujahid mampu dan berkebolehan membalas putar belit itu sendiri.
"Kanun hanya ingin membetulkan kefahaman Dr Kamarul terhadap konsep kebebasan bersuara di dalam Perlembagaan Persekutuan dan sikap 'double standard' Dr Kamarul antara Amanah dan Pas," ujarnya dalam satu kenyataan.
Dr Kamarul dalam catatannya di media sosial itu turut menyatakan hairan apabila didapatinya Dr Mujahid tidak konsisten dengan tujuan penubuhan Amanah.
Sehubungan itu, Wan Anwar yang juga Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional berpendapat Dr Mujahid berhak untuk menyaman Dr Kamarul jika beliau berpendapat Dr Kamarul telah melampaui batasan fitnah.
"Kadang-kala tindakan undang-undang perlu diambil ke atas mana-mana insan yang berterusan melemparkan fitnah. Hanya tindakan undang-undang sedemikian yang mampu menghentikan perbuatan fitnah itu.
"Kanun menyatakan bahawa antara sekatan dalam kebebasan bersuara adalah sekatan daripada membuat fitnah (libel and defamation).
"Sekiranya seseorang itu melemparkan kata-kata tidak benar yang menjatuhkan reputasi seseorang yang lain di mata orang awam maka ianya akan menjadi suatu fitnah," jelas peguam itu lagi.
Beliau turut menyifatkan Dr Kamarul sendiri tidak mengamalkan apa yang disebutkan apabila memberitahu tergelak melihat bahasa yang Dr Mujahid gunakan sebagai betapa 'progresif' dan 'terbuka'nya Dr Mujahid.