Ahad, 4 Jun 2017

Najib dan Shafee berdiam diri, PH mahu ambil tindakan undang-undang


Najib dan Shafee berdiam diri, PH mahu ambil tindakan undang-undang
Wan Azizah menyifatkan Najib dan Shafee yang berdiam diri dalam dakwaan bayaran kes Anwar tidak memuaskan hati rakyat Malaysia. 
KETIKA Perdana Menteri Najib Razak dan peguam Umno Muhammad Shafee Abdullah terus berdiam diri tentang dakwaan Sarawak Report mengenai pemindahan RM9.5 juta, Pakatan Harapan sedang mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang untuk mendedahkan kebenaran.
Ketua pembangkang dan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata majlis presiden PH akan membincangkan dakwaan terbaru dilakukan Sarawak Report itu semasa pertemuan akan datang Jumaat depan, termasuklah tindakan undang-undang yang boleh diambil untuk mendedahkan kebenaran.
Katanya tindakan berdiam diri itu sangat dikesali dan tidak mencukupi untuk memuaskan hati rakyat Malaysia apatah lagi dengan “alasan remeh” yang diberikan menteri Nazri Abdul Aziz mengenai hal itu.
Alasan Nazri, katanya, tidak menjawab persoalan utama, iaitu mengapa dana SRC International berada dalam akaun peribadi Najib dan mengapa RM9.5 juta dibayar kepada Shafee.
“Tanpa jawapan jelas dan tepat daripada Najib, dakwana ini menimbulkan tandatanya apakah dana ini berkait kes fitnah 2 terhadap Anwar Ibrahim.
“Apakah ada mana-mana individu berkait dengan kes fitnah 2 yang menerima Najib serupa yang diterima Shafee? Pada masa yang sama, dakwaan ini menimbulkan persoalan sama ada Najib melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Amla) 2014?” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sarawak Report melaporkan dalam rencananya bertajuk “Najib Paid Anwar’s Prosecutor RM9.5 Million From 1MDB Sludh Fund WHY?” pada 31 Mei yang mendakwa Shafee adalah “penerima individu terbesar wang daripada akaun Najib yang mempunyai kaitan dengan 1MDB”.
Laman sesawang itu mendakwa Najib membayar Shafee RM5.2 juta pada Febuari 2014 dan RM 4.3 juta pada September 2013.
Wang itu, dakwa Sarawak Report, adalah daripada akaun bank “yang dikenalpasti menerima dana menggunakan duit yang dirompak perdana menteri melalui anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC, yang meminjam hampir RM4 bilion daripada tabung pencen penjawat awam KWAP”.
Sarawak Report berkata yang RM5.2 juta yang didakwa diterima Shafee pada Febuari 2014 dua minggu sebelum Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan tidak bersalah pada tahun 2012 dalam dakwaan liwat kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim.

Ketua Puteri Umno nasihat Dr M menang dulu PRU

Datuk Mas Ermieyati Samsudin menasihatkan Dr Mahathir agar bertanding terlebih dahulu dalam pilihan raya umum sebelum melahirkan hasrat untuk kembali menjadi perdana menteri.
mas-emeriyati
KUALA LUMPUR: Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad agar bertanding terlebih dahulu dalam pilihan raya umum akan datang sebelum melahirkan hasrat untuk kembali menjadi perdana menteri.
“Minta dia menang dulu pilihan raya,” kata beliau ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi PPBM itu.
Beliau terdahulu menghadiri Majlis Iftar di Dataran Merdeka hari ini.
Pada 1 Jun lalu, Dr Mahathir berkata, beliau tidak menolak akan mempertimbangkan untuk memegang semula jawatan perdana menteri sekiranya perkara itu dipersetujui Pakatan Harapan.
Beliau merupakan perdana menteri keempat yang menyandang jawatan itu selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003.
Bagaimanapun, buat masa ini beliau tidak berminat dengan jawatan terbabit.
Dalam pada itu, Mas Ermieyati Samsudin berkata, gesaan PAS agar Malaysia Airlines (MAS) mengharamkan hidangan arak dalam pesawat bukan perkara baharu.

KJ lebih dikenali, Nik Nazmi pula selesa dengan dasar dan manifesto


KJ lebih dikenali, Nik Nazmi pula selesa dengan dasar dan manifesto
Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi merasakan usaha kolektif lebih penting untuk memikat hati rakyat berbanding populariti individu.
PERBANDINGAN tidak dapat dielakkan, memandangkan kedua-dua mereka mewakili masa depan Malaysia serta diberikan tanggungjawab meraih undi orang muda untuk parti politik masing-masing dalam pilihan raya umum akan datang.
Dan sekiranya ini adalah pertempuran berdasarkan liputan, profile dan “like” Facebook, pastinya ia dimenangi mudah Khairy Jamaluddin, ketua Pemuda Umno dan menteri belia dan sukan yang dikenali ramai itu. Sukar sekali hari berlalu tanpa dia muncul di media atau merasmikan majlis rasmi.
Tetapi Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad tidak tergugat.
Exco Selangor itu percaya yang dia dan rakannya yang lain dalam sayap pemuda Pakatan Harapan boleh memenangi hati orang muda dengan dasar menarik yang dibentuk dan disasarkan khusus untuk mereka.
Mereka mempertaruhkan dasar yang menawarkan pilihan seperti pendidikan tinggi percuma dan perubahan dalam pembinaan rumah dan kediaman akan lebih menarik hati berbanding promosi politikus individu.
“Saya tak percaya politik personaliti. Semuanya tentang idea. Saya tak berminat dengan pertempuran personaliti tetapi dalam pertempuran idea,” kata Nik Nazmi kepada The Malaysian Insight sewaktu ditemubual.
“Jadi untuk saya, ia bukan soal menjual Nik Nazmi, tetapi menjual Keadilan dan Pakatan Harapan.”
Persoalan masih wujud samada usaha itu akan memikat rakyat kerana Khairy adalah salah seorang pemimpin paling digemari di negara ini. Dalam satu kajian dilakukan Bersatu, rakan pakatan PKR sendiri, Khairy mengalahkan ketuanya Najib Razak sebagai calon pilihan perdana menteri.
Kolektif melawan individual
Sejak dia menulis buku mengujakan yang merungkai Dasar Ekonomi Baru pada usia 28 tahun, harapan tinggi diletakkan kepada Nik Nazmi untuk menjadi wajah muda pemimpin Melayu Islam yang progresif dalam PKR.
Ketika ini, dia menyumbang bakti di Selangor di mana dia menyelaras inisiatif pendidikan seperti meluaskan program “tuisyen rakyat” negeri, dan meningkatkan pembiayaan untuk sekolah agama dan vernakular.
Dia masih berharap dengan menguruskan kerja asas dasar bakal meraih sokongan rakyat Malaysia untuk PH.

Jais mula siasat penganjur, nazir masjid Kampung Melayu esok


Panel Jawatankuasa Khas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan memanggil penganjur dan nazir Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang esok (Isnin) susulan isu anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa berucap di dewan solat pada satu majlis baru-baru ini.
R Sivarasa menafikan beliau memberi ceramah politik ketika menyampaikan sumbangan untuk masjid dan surau di kawasan parlimen SubangPengarah Jais Datuk Haris Kassim berkata panel empat anggota itu diwujudkan bagi menyiasat perkara itu secara lebih terperinci seperti dititahkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat lepas.
Panel jawatankuasa itu diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid, Idris Ramli.
"Siasatan esok akan lebih tertumpu kepada mengumpul maklumat lebih terperinci berhubung apa sebenarnya berlaku pada hari berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Terdahulu, Haris mengiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam di Masjid Makmuniah, Sungai Nipah, Simpang Lima.
Ditanya sama ada panel jawatankuasa itu akan turut memanggil Sivarasa untuk memberi maklumat berkaitan, Haris berkata pihaknya akan menghubungi anggota Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat itu jika perlu.
"Jais tiada kuasa untuk memanggil beliau, bagaimanapun kita akan cuba mengatur pertemuan bersamanya untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku.
"Kalau siasatan nazir dah memadai, kita tak panggil Sivarasa, cuma kalau siasatan tak lengkap," katanya.

Wira Perkasa anjur kempen 'menapak Sivarasa secukup rasa'

Dengan memakai baju hitam dan bersongkok serta membawa bendera PERKASA, mereka dilihat  bergambar sambil memijak lakaran muka pemimpin PKR itu, sebagai simbolik kempen yang dinamakan "Menapak Sivarasa secukup rasa".
Azrul berkata tindakan itu diambil selepas mendakwa Sivarasa ingkar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang individu tidak bertauliah berucap di dalam masjid.
"Tindakan biadap Sivarasa ini mengundang murka daripada Sultan Selangor sehingga sultan menitahkan "Sivarasa, you have crossed the line" di dalam suatu majlis dua hari lepas. Hal ini dilaporkan di dalam akhbar-akhbar utama semalam.
"Wira PERKASA Malaysia menganggap tindakan Sivarasa ini adalah suatu tindakan disengajakan kerana di atas kapasitinya sebagai ahli parlimen dan seorang peguam, masakan dia tidak tahu undang-undang dan kuasa Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam di negeri ini.
"Sepatutnya dia lebih arif perkara ini dan mentaati titah daripada Sultan Selangor," Kata Azrul dalam kenyataannya.
Sultan Sharafuddin Jumaat lalu menegaskan, tindakan Sivarasa berucap di dewan solat Masjid An Nur Kampung Melayu Subang baru-baru ini sebagai 'melampau batas'.
Baginda turut melarang anggota politik daripada berceramah atau berucap dalam masjid kerana tidak mahu tindakan itu menjadi punca perpecahan umat Islam.
Sehubungan itu, Wira PERKASA mendesak kerajaan mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai langkah pencegahan agar semua orang lebih berhati-hati dalam tindakan mereka.
"Kita mahu bertanya kepada kerajaan, apakah tindakan daripada pihak kerajaan apabila sesuatu pihak itu menimbulkan kemurkaan Raja-Raja Melayu seperti dalam kes ini? Adakah tidak ada tindakan boleh diambil?

DAP bersenjata akal, PAS ada wahyu kata Nik Abduh

DAP adalah sebuah parti politik macam PAS dan parti-parti politik yang lain. Jika berkawan, ia adalah dalam ruang politik demokrasi. Jika bermusuh, maka ia juga sama. Ia amalan demokrasi sihat yang saling bersaing dengan matlamat memandu negara kepada yang terbaik.
 
Apabila hubungan PAS-DAP putus, maka ia samalah dengan putusnya hubungan politik di antara parti-parti yang berikat dan bersekutu sebelumnya. Ada persetujuan dan permuafakatan, maka termeterailah gabungan dan terhasillah kekuatan. Apabila wujud kekhilafan dan pengkhianatan, maka terputuslah jalinan dan terhasillah perpecahan dan mungkin kerugian juga.
Semua rakyat Malaysia berhak atas nama warga negara untuk menentukan masa depan negara dan memilih apa yang mereka suka. Sama sahaja, sama ada muslim atau non muslim, semenanjung atau Sabah dan Sarawak. Semua adalah warga negara yang sama dan setaraf.
Siapa pun akan mula dianggap sebagai musuh negara hanya apabila mereka menentang perlembagaan negara. Saat itu, negara boleh bertindak menghukum mereka sehingga mengharamkan sebarang gerakan atau parti politik yang menentang perlembagaan negara. Ia seperti gerakan komunis yang nyata menentang perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan negara adalah akidah negara. Seperti diri mulia dengan akidah dan sanggup mati kerana akidah dan kepercayaan, begitulah negara. Maruah dan kemuliaannya adalah pada menjunjung perlembagaannya.
Untuk mengubah perlembagaan negara, rakyat perlu melalui dua perkara utama. Pertama, majoriti terbesar di Dewan Rakyat iaitu dua pertiga. Yang kedua, mereka perlu melakukannya dengan cara yang dibenarkan. Jika tidak, segala usaha adalah salah dan tidak berperlembagaan.
Sama ada pihak kerajaan atau pembangkang, kesemuanya mesti menjunjung perlembagaan dan undang-undang negara.
PAS dan DAP berhak mematlamatkan perjuangan masing-masing. Samalah juga parti-parti lain seperti Umno, PKR, MCA dan lain-lain.
Perjuangan DAP sah
DAP dengan dominasi non-muslim sudah pasti mahu memastikan negara kekal sebagai sebuah negara sekular, bahkan menuntut lebih kebebasan dan persamaan dalam agama dan bangsa.
Mereka secara langsung menolak wujudnya sebuah negara Islam yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai dan hukum-hukum Islam.
Selama ianya dalam ruang perlembagaan, maka perjuangan DAP adalah sah dan berperlembagaan.
PAS sebagai sebuah parti politik yang berperinsipkan Islam sudah pasti mahu memartabatkan agama itu sebagai agama persekutuan dengan menjadikannya teras di dalam pembinaan negara.
PAS menolak amalan sekular yang awal dan akhirnya adalah memisahkan negara daripada agama lalu meminggirkan peranan Islam untuk kebangunan negara.
Ketika DAP berjuang dan berkempen dengan segala upaya mereka bersenjatakan akal dan deklarasi hak-hak asasi manusia yang dituhankan, PAS pula berjuang dan berkempen dengan segala upayanya bersenjatakan akal dan wahyu.
Akal adalah bumi dipijak. Wahyu pula adalah langit dijunjung.

PRU14: SIAPA CALON KETUA PEMBANGKANG SELEPAS UMNO TUMBANG?


Meskipun Pakatan Harapan masih perlu berunding untuk menentukan siapa calon Perdana Menteri sebaik gabungan itu mengambil alih kerajaan selepas PRU 14 nanti, hakikat yang nyata ialah mereka tidak ketandusan pemimpin yang layak.
Sementara menunggu Anwar Ibrahim dibebaskan daripada penjara, calon yang layak tidak sukar dicari. Ada Tun Mahathir Mohamad, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Muhyiddin Yassin, Azmin Ali, malah Mohamad Sabu tidak kurang layaknya juga.
Ia berbeza dengan UMNO dan BN yang hanya bergantung semata-mata kepada Najib Razak. Walaupun Najib dibelenggu skandal kewangan paling buruk di muka bumi ketika ini, mereka tiada pilihan selain perlu terus mempertahankannya.
Tidak ada yang berani menaikkan nama lain selain Najib sebagai bakal Perdana Menteri. Jika Zahid Hamidi mahu dinaikkan, puak Hishammuddin akan membantah dan jika Hishammuddin pula dinaikkan, penyokong Zahid pasti akan “melompat”.
Kiranya nama Khairy Jamaluddin cuba-cuba mahu disebut, tidak kurang yang akan membantah berikutan rekod lamanya semasa menjadi “ketua budak tingkat 4” kepada Tun Abdullah Badawi yang menyebabkan sebahagian besar masalah UMNO dan negara hari ini adalah berpunca daripadanya.
Mahu tidak mahu, seburuk mana pun Najib di mata rakyat dan dunia, UMNO dan BN tidak ada pilihan.
Malah, dengan kecenderungan rakyat menolak UMNO dan BN terus membuak-buak, mereka seolah-olah reda untuk kalah dan hilang kuasa bersama-sama dengan Najib.
Apa jadi setelah kalah nanti?
Siapa bakal Ketua Pembangkang daripada BN ketika itu?
Masihkah Najib dipercayai untuk memikul tugas sebagai Ketua Pembangkang atau beliau akan lebih dipersalahkan sebagai punca utama kepada kekalahan?
Najib sendiri bagaimana, adakah beliau masih bernafsu untuk berjuang demi agama dan bangsa atau lebih dulu akan berpindah ke luar negara bersama keluarganya?
Atau Zahid Hamidi, Hishammuddin mahu pun KJ sedia memikul peranan Ketua Pembangkang itu?
Jika di antara bertiga itu menjadi Ketua Pembangkang, mampukah mereka menghidupkan kembali peluang UMNO dan BN untuk berkuasa dalam pilihanraya yang seterusnya?
Mampukah mereka dalam keadaan tiada lagi kuasa untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan yang di dalamnya terbaris tokoh-tokoh hebat seperti Tun Mahathir, Anwar, Muhyiddin, Lim Kit Siang, Mukhriz, Azmin, Mohamad Sabu, Tony Pua, Rafizi Ramli, Salahuddin Ayub, Nurul Izzah dan ramai lagi?

RM9.5 Juta: Perdana Menteri Perlu Jawab Dakwaan Sarawak Report

Pendedahan laman web Sarawak Report pada 31 Mei yang mendakwa wang berjumlah RM 9.5 juta dari syarikat SRC International telah disalur Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak ke dalam akaun peribadi peguam UMNO Tan Sri Shafee Abdullah amatlah berat dan menimbulkan pelbagai persoalan.

Namun saya kesal kerana sehingga ke hari ini Dato' Sri Najib dan Tan Sri Shafee masih belum menjawab dakwaan tersebut.

Setakat ini, rakyat Malaysia hanya mendengar alasan remeh yang diberi menteri Dato' Seri Nazri Aziz. Ini amat tidak memadai, kerana persoalan pokok tidak terjawab, iaitu mengapa dana dari SRC International ini berada di dalam akaun peribadi Dato' Sri Najib dan mengapa RM 9.5 juta dipindahkan ke dalam akaun peribadi Tan Sri Shafee.

Tanpa jawapan jelas dan tepat dari Najib, dakwaan ini menimbulkan tandatanya apakah dana ini berkait kes Fitnah 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan apakah ada mana-mana individu berkait dengan kes Fitnah 2 yang menerima wang dari Najib serupa yang diterima Shafee.

Pada masa yang sama, dakwaan ini menimbulkan persoalan sama ada Najib telah melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA 2014).

Oleh itu, saya dan pimpinan Pakatan Harapan akan membincangkan isu ini pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 9hb Jun, termasuk langkah-langkah perundangan yang boleh diambil untuk memastikan kebenaran akan muncul juga akhirnya.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN

Sungguh tinggi darjat ilmu agama pemimpin PAS..


Apakah sebenarnya hubungan PAS-UMNO hari ini ??!

Jika pemimpin bukan Islam pembangkang bersama2 berbuka puasa dgn warga Islam satu negara jadi kecoh media massa pung pang pung pang 24/7..

Tetapi bila terkena batang hidung mereka, kenapa PAS & UMNO jadi bisu??..

Inilah Tanahairku...


SIAPA ARAH SHAFEE ABDULLAH AMBIL ALIH PERANAN KELUARGA HUSSEIN NAJADI? DAN SIAPAKAH TANIA SCIVETTI DI MATA SHAFEE?

Pascal Najadi (gambar) mendedahkan kepada Sarawak Report bahawa seorang peguam ketika itu berpangkat Datuk telah hadir ke Hospital KL semasa jenazah ayahnya, Ahmad Hussein Najadi bekas pengasas AmBank yang ditembak mati secara misteri, dan mengambil alih semua urusan melibatkan pemeriksaan dan pengurusan jenazah.
Beliau yang kelihatan agak gementar waktu itu memberitahu pihak keluarga si mati bahawa beliau telah diminta untuk mengambil alih semua urusan berkaitan jenazah walaupun pihak keluarga si mati tidak mengenali beliau dan tidak pernah melantik beliau bagi pihak keluarga.
Malah peguam tersebut tidak mengendahkan rayuan ahli keluarga supaya upacara pengebumian ditangguhkan dahulu sementara menunggu kedatangan anggota keluarga yang jauh.
Peguam tersebut mahu jenazah dikebumikan petang itu juga seolah-olah beliau berkuasa penuh mengendalikan urusan jenazah dengan membuat arahan-arahan kepada pihak-pihak yang terlibat di dalam kes tersebut.
Lebih mengejutkan, menurut Pascal Najadi, peguam tersebut dilaporkan menerima sejumlah wang besar dari akaun peribadi Najib Razak yang dilaporkan menerima wang dari dana #1MDB.
Pascal menyebut bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak benar-benar menyiasat kes pembunuhan ayahnya.
Pascal Najadi turut memaklumkan bahawa beliau pernah dihubungi oleh Tania Scivetti, yang mempunyai firma guaman mensasarkan kes-kes berprofil tinggi melibatkan warga asing yang didakwa di Malaysia.
Tania menawarkan kepadanya untuk menguruskan keperluan guaman berkenaan kes pembunuhan ayahnya dan dia bersetuju.
Tania kemudiannya bertindak menukar semua kunci pejabat ayah Pascal dan kemudian menghilangkan begitu sahaja tanpa khabar berita. Segala panggilan dan pesanan kepadanya dari beliau tidak berbalas.
Kemudian barulah Pascal menyedari bahawa Tania adalah isteri peguam tersebut yang mana perkahwinan mereka didaftarkan secara sivil di London kerana Tania bukan beragama Islam.
Pascsl Najadi mencabar peguam berkenaan mendedahkan apa peranan beliau semasa hari pengkebumian ayahnya dan kenapa beliau tidak menghantar sebarang bil kepada keluarganya sekiranya khidmat beliau diminta oleh pihak keluarga.
Nota: Lihat aliran wang dari SRC International seperti dalam gambar di bawah bagi memahami bagaimana dedak disalurkan kepada Shafee dan penerima lain.

NFC: Ladang ada, mana lembunya?

Timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub mendesak kerajaan menjelaskan status National Feedlot Corporation (NFC) yang ditubuhkan untuk menjadi sebuah syarikat pengedar daging lembu kepada seluruh negara.
Salahuddin Ayub dan Aminolhuda melawat ladang Fidlot di Segamat Johor
Timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub mendesak kerajaan menjelaskan status National Feedlot Corporation (NFC) yang ditubuhkan untuk menjadi sebuah syarikat pengedar daging lembu kepada seluruh negara.
"Selepas skandal yang berlaku membabitkan syarikat tersebut, ternyata ia seperti suatu pembaziran yang nyata," katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan bersama Amanah Johor ke ladang di Segamat yang dikatakan ladang untuk ternakan lembu bagi syarikat NFC.
Namun katanya, ia cukup mendukacitakan kerana apa yang disaksikan hanya sebuah padang rumput hijau yang luas dan lembu yang hanya wujud dalam bilangan kecil saja, jauh tidak mampu untuk dijadikan sebagai pengedar ke seluruh negara.
"Ini adalah suatu perkara yang cukup memalukan dan ia jelas memanipulasikan keadaan bagi mengaut keuntungan hanya bagi individu tertentu yang jelas telah menipu rakyat dengan meletakkan projek yang kononnya akan menjadi projek untuk membantu meringankan beban rakyat," katanya.
Menurut beliau, tindakan yang dilakukan ini adalah jelas menunjukkan pihak kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) mempersendakan rakyat Malaysia seluruhnya dan ia suatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku bagi sebuah kerajaan yang membawa slogan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'.

Dasar Pemisah: Amaran JPA buang kakitangan prestasi rendah...ekonomi kerajaan BN kritikal..!!

Ketua pengarah JPA berkata, walaupun proses pembuangan perkhidmatan awam jauh lebih kompleks dan tidak boleh dipandang ringan, kerajaan melihat prestasi kerja yang tidak baik sebagai isu serius.
seman-jpa
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Zainal Rahim Seman memberi amaran pihaknya akan mengambil tindakan terhadap kakitangan awam yang berprestasi rendah di bawah Dasar Pemisah yang akan dikuatkuasakan Januari tahun depan.
Beliau berkata, dasar itu direka sebagai mekanisme periksa dan imbang bagi perkhidmatan awam dan telah diilhamkan pada tahun lepas.
“Pada hari ini (kita ada pendekatan) mengambil dan membuang kakitangan dalam sektor kerajaan,” kata beliau.
Zainal berkata, walaupun proses pembuangan adalah jauh lebih kompleks dan tidak boleh dipandang ringan, kerajaan melihat prestasi kerja yang tidak baik sebagai isu yang serius.
Minggu lalu, laporan media menyebut JPA mengenal pasti kira-kira 5,000 kakitangan yang digambarkan sebagai “mereka yang tidak berprestasi” di bawah Dasar Pemisah, yang membolehkan mereka ditamatkan perkhidmatan selepas mereka gagal memperbaiki kedudukan mereka selepas tempoh pemantauan selama 6 bulan.
“Kakitangan terbabit dikehendaki menjalani program pemulihan, selepas itu tindakan akan diambil jika mereka masih tidak meningkatkan prestasi mereka,” kata Zainal.

Skandal Najib jadi liabiliti, negara gagal teruskan dasar berkecuali

Pelbagai skandal terpalit terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bebanan hutang negara tinggi menyebabkan Malaysia hari ini gagal menegakkan pendirian tradisinya sebagai negara berkecuali seperti di era lima Perdana Menteri sebelumnya.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Tian Chua, berkata, hal ini berikutan banyak keputusan Najib melibatkan isu luar negara sebelum ini dilihat mengkompromikan kepentingan negara demi tunduk kepada kehendak negara kuasa besar dunia.
“Sepatutnya kita bertindak lebih bebas dan berdaulat tetapi oleh kerana skandal Najib sudah tentu kita nampak banyak perkara dia mengambil pendirian yang mengkompromikan kepentingan negara.
“Dari segi perniagaan juga sudah tentu kerana kita banyak berhutang. Saya tak kata dia pro China kerana menjadi pro China bukanlah kehendak dia sendiri tetapi disebabkan negara telah berhutang banyak.
“Beliau terpaksa meminjam secara besar-besaran daripada China dan itu faktor menjadikan dia terpaksa tunduk kehendak China,” kata Tian Chua ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.
Jelasnya sebelum itu, pendirian tidak konsisten juga dapat dilihat dalam isu melibatkan satu lagi kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) apabila Malaysia bersetuju menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) sebelum ini.
“Walaupun kita sudah menyatakan akan ada keburukkan tetapi dia mengambil pendirian pro AS membuka pasaran kita kepada Amerika dan bila dia hadapi masalah dengan Amerika ekoran Trump batalkan TPPA dia tarik diri pula.
“Jelas, ini semua keputusan tidak konsisten. Sebagai negara berkecuali kita tidak boleh pro mana-mana pihak atau negara,” kata Tian Chua lagi.
Katanya, semua masalah ini berpunca daripada skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan Najib itu dan kemudiannya menjadi senjata negara asing bagi menundukkan Najib dan juga punca kepada masalah bebanan hutang negara semakin tinggi.

Mahu tunggu pesawat terhempas baru haramkan arak, soal PAS

Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pemikiran 'menanti insiden berlaku terlebih dahulu' ialah pemikiran bahaya, apatah lagi larangan arak ialah perintah jelas dalam Al-Quran.
Ahmad-Fadhli-mas PAS sekali lagi mendesak Malaysia Airlines dan kerajaan mengharamkan alkohol daripada menu syarikat penerbangan itu.
Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, berapa banyak insiden penumpang mabuk atau adakah Malaysia Airlines mahu menunggu sehingga pesawatnya terhempas disebabkan penumpang sedemikian untuk sedar mengenai keperluan mengharamkan arak dalam pesawat.
Beliau turut merujuk laporan sebuah mahkamah di London dimaklumkan mengenai kejadian pada Januari lalu, di mana seorang penumpang yang mabuk dalam pesawat Malaysia Airlines berang selepas anak kapal berhenti menghidang alkohol kepadanya.
“Penumpang tersebut, Maxine Williams yang mabuk selama 10 jam dalam penerbangan ke London itu melemparkan kata-kata bersifat perkauman dan cuba menyerang pramugari Malaysia Airlines, Teoh Ming Lee, dengan kata-kata makian dan mencarut,” katanya dalam kenyataan semalam.
Pada 31 Mei lalu, penerbangan MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik selepas seorang penumpang warga Sri Lanka meluru ke kokpit pesawat.
Manodh Marks, 25, yang dilaporkan mempunyai masalah mental berjaya dikawal anak kapal, selepas mengancam mahu meletupkan pesawat itu dengan bom yang kemudiannya didapati hanya sebuah speaker.
Marks kemudiannya didakwa di Merlbourne mengikut Akta Jenayah Penerbangan Commonwealth 1991 kerana secara semberono membahayakan keselamatan pesawat, membuat ancaman atau keterangan palsu dan mengancam untuk memusnahkan, merosakkan dan membahayakan keselamatan pesawat atau membunuh atau mencederakan penumpangnya.
Susulan itu, Pemuda PAS menggesa kerajaan segera mengharamkan arak daripada menu semua penerbangan Malaysia Airlines.
Bagaimanapun, gesaan PAS itu disifatkan Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) sebagai mengarut.

Penduduk Kelantan terus bergelut demi kelangsungan hidup


Penduduk Kelantan terus bergelut demi kelangsungan hidup
Hussin lebih senang turun ke sungai untuk menebar jala bagi mencari rezeki untuk keluarga. 
KEADAAN parti politik dan ekonomi perlulah seiring. Di Kelantan, tempat di mana berpusatnya PAS, faktor itu mungkin ada signifikannya dalam pilihan raya umum akan datang.
Kota Baru menyajikan gambaran sebuah bandar sibuk dengan deretan kedai yang padat serta jalanraya dipenuhi kenderaan, namun hakikatnya, di kebanyakan kampung, banyak rumah yang usang, hanya beberapa rumah dibina lebih tinggi selepas banjir, laluannya sempit dan kotor, dan kehidupan adalah sesuatu yang sukar bagi kebanyakan mereka.
Situasi lembap di Kelantan adalah kesimpulan terbaik bagi Adonai, seorang pesara yang ditemui di pelabuhan nelayan Tok Bali. Dia menjinjing beg berisi sekilo setengah ikan kembung hampir rosak, berharga RM10 bagi enam ekor kucing peliharaannya, sementara menunggu si isteri, seorang pesara guru, membeli lauk untuk mereka sendiri.
Ditanya mengenai taraf hidup di Kota Baru, Adonai memberi jawapan klise: "Pergi ke kedai bawa RM50 untuk beli beras dan minyak dan dapatlah sedikit baki".
Dia tidak ingin memanjangkan bicara politik Kelantan, dengan sopan menegaskan tidak berminat berpolitik, tidak mengikut perkembangan politik, gembira dengan aktiviti berkebunnya.
Pendirian diplomatiknya terserlah jua apabila mengesahkan empat anak beserta keluarga mereka sudah pun berhijrah ke Kuala Lumpur demi masa hadapan.
Ini menjelaskan: "Orang muda mahu kehidupan lebih baik. Di Kelantan... kalau kepentingan agama, kemewahan...(sambil membiarkan ayatnya tergantung).
Hussain, juga seorang pesara kakitangan awam, menghabiskan sebahagian masanya di sebelah pagi dengan berkaki ayam berpalit lumpur sedalam pergelangan kaki di tebing Sungai Kelantan, di Kok Majid, Tumpat, menebar jala mencari lauk untuk hidangan tengah hari untuk dia dan tiga cucunya.
Dia juga mendakwa tidak terlibat dalam politik, dan berasa secara umumnya harga tidak banyak berbeza, ada yang naik, ada yang turun. Ia mungkin menjelaskan Mungkin ini diperjelaskan kepuasan hatinya menjalani hari persaraannya yang mudah.
Sungai itulah yang memberi makan dia dan keluarganya, tetapi tangkapan hari itu cuma beberapa ekor udang dan ikan kecil, dibongkar keluar dari perut sungai berwarna coklat teh tarik, jauh berbeza daripada tahun terdahulu. Jawapannya kepada aliran Sungai Kelantan yang berlumpur? "Politik. Balak."
Ironinya, dia turut memetik ungkapan yang sama seperti yang tidak sempat diluahkan David Teo kepada perdana menteri sebelum ditampar: "Sekali air pasang, sekali pantai berubah." Membayangkan pemimpin PAS baru akan membawa PAS yang berbeza.

Apabila buli membawa kepada bunuh diri…

Dr Goh Cheng Leong berkata, ada kes-kes yang jelas di mana membuli membawa kepada pelajar untuk membunuh diri.
dr-goh-buliPETALING JAYA: Seorang ahli psikologi memberi amaran kepada ibu bapa, guru dan penjaga, mangsa yang dibuli boleh berakhir dengan membunuh diri jika mereka tidak mendapat sokongan diperlukan dan jika perbuatan itu berterusan untuk tempoh yang lama.
“Buli, sama ada ia berlaku di persekitaran sekolah atau rumah, menjejaskan harga diri mangsa dengan amat mendalam,” kata Dekan Fakulti Sains Tingkah Laku, HELP University Dr Goh Cheng Leong.
Bercakap kepada FMT, beliau berkata, ada kes-kes yang jelas di mana membuli membawa kepada pelajar untuk membunuh diri.
Goh memberi amaran ini susulan laporan akhbar bulan lalu, seorang murid Tahun 6 terselamat selepas jatuh dari tingkat 3 bangunan sekolah rendah di Klang.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Alzafny Ahmad, penyiasat ada menemui kerusi di tingkat 3 di koridor yang bersebelahan dengan bilik darjah murid itu.
Polis percaya dia memanjat kerusi itu sebelum terjun.
Alzafny juga dipetik sebagai berkata, murid terbabit ada memberitahu ayahnya yang dia tidak mahu pergi ke sekolah kerana dia tidak dapat bersama-sama dengan pelajar-pelajar yang lain.
Goh berkata, perbuatan membuli cenderung menjadikan mangsa berakhir dengan perasaan sunyi.
“Buli mengasingkan mangsa dan membuat mereka berasa sangat terasing. Ini boleh menyebabkan mereka membunuh diri, terutamanya jika tahap penderitaan adalah tinggi dan mereka berasa tidak berdaya.”
Ditanya mengenai sebab-sebab sesetengah pelajar menjadi pembuli, Goh berkata: “Terdapat banyak faktor yang berbeza.”
“Pembuli yang berbeza mempunyai sebab-sebab yang berbeza untuk menjadi pembuli.”
“Mungkin benar mereka mempunyai persekitaran yang sukar, sama ada di sekolah atau di rumah atau mereka dibuli oleh diri mereka sendiri.”
“Tetapi apa pun, saya fikir adalah penting, pembuli sebagai individu, mengambil tanggungjawab memilih untuk bertindak dengan cara yang mereka lakukan apabila mereka tidak perlu berbuat demikian.”

Jom kita ubah dari BN kepada PH untuk selamatkan negara

Oleh Md Zulaimi Kazin
Isu kematian akibat didera pelajar UPNM telah menjadi perhatian hangat Netizen. Selang beberapa hari seorang pemuda juga menemui ajal akibat dipukul di Pusat Membelibelah Alor Star... sebelum itu juga pihak pengurusan MARA membuat tindakan tegas memecat beberapa pelajarnya setelah didapati salah kerana mendera.. sudah tentulah mereka yg terpilih dari pelajar2 cemerlang.


Tidak boleh tidak kita kena semak dan kaji sistem pendidikan kita berjaya melahirkan warga negara yg menjadi impian kita atau melahirkan warga yg lebih individulistik. Dulu sibuk membicarakan falsafah pendidikan negara melahirkan insan kamil tapi hakikatnya kita melahirkan warga yg hanya pentingkan diri sendiri.
Bila bercakap pasal kenegaraan berapa orang boleh berbicara secara positif bentuk nagara macam mana yg kita inginkan, banyak yg akan kata selagi boleh cari makan tak perlu kisah apa nak jadi dengan negara.
Bila kita bicara soal alam sekitar, penggondolan hutan dan pencemaran sungai sebagai sumber air, berapa ramai yg sanggup luang masa membaca atau mendengar isu ini.... bila bekalan air tak ada mula bising panggil media, kenapa pemggondolan dan pencemaran alam sekitar kita tak panggil media buat bantahan... ini semua lahir dari sikap kepentingan diri sahaja.
Bila kita sentuh bab ekonomi dan keadaan makin meruncing ada yang akan jawab kami masih boleh bekerja lagi dan boleh isi minyak kereta lagi tanpa mereka fikirkan berapa ramai yg kena berhenti kerja dan peluang pekerjaan utk pelajar2 universiti makin tipis...juga isu ini tak akan berputar dalam kotak pemikiran orang yg lahir dari sistem pendidilan hari ini yg hanya melahirkan rakyat kepentingan diri sahaja.
Ya... penekanan soal nilai budi, akhlak dan juga cintakan negara tidak begitu kuat. Soal kebocoran sempadan dengan kemasukan PATI tidak ramai warga yg membicarakanya. Kemasukan warga luar dgn pass pelancung boleh berniaga berleluasa juga tak masuk dlm kotak pemikiran sebahagian besar rakyat Malaysia sedangkan berapa byk wang kita mengakir keluar setiap bulan. Juga lebih parah lagi bila aktiviti rasuah dan penggubahan wang haram seolah berlesen di negara kita juga menggambarkan semangat cintakan negara tidak lahir dr hati nurani setiap rakyat Malaysia.
Kalau benar kalian adalah warga yang sayangkan Malaysia jom kita ubah dari BN kpd PH

Apa guna negara kompetetif jika niaga pun guna ‘kabel’ dan kroni

OLEH Dr. Azman Ismail
Saya ambil maklum mengenai fakta yang digembar-gemburkan oleh kerajaan Umno BN mengenai kejayaan Malaysia di kedudukan nombor 24 daripada 63 negara yang mempunyai ekonomi paling berdaya saing (meskipun kedudukan Malaysia semakin merosot berbanding rekod tahun 2016: 19 daripada 61 negara).
Saya berpendapat pertumbuhan produktiviti yang semakin lembab menyebabkan tahap kompetitif semakin menurun. Ini disebabkan oleh kegagalan kerajaan dalam menggesa kenaikan gaji asas pada peringkat awam dan swasta serta kurangnya insentif dana pembangunan dan penyelidikan (R&D) untuk membantu pihak swasta meningkatkan tahap penggunaan teknologi dan mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.
Lebih malang lagi, Malaysia di antara negara yang dikenali dengan amalan rasuah, penglibatan ‘orang dalam’ dan kronisme. Bagaimana rakyat hendak amalkan perniagaan kompetitif jika perolehan tender juga memerlukan ahli politik kerajaan dalam mendapatkan projek?
Tanyalah kepada mana-mana kakitangan kerajaan yang menguruskan tender kerajaan, berkemungkinan besar mereka ada pengalaman ditawarkan hadiah atau wang suap oleh pihak-pihak tertentu.
Tanyalah kepada orang yang terlibat dalam bidaan tender, mereka juga akan mengatakan bahawa membina perhubungan dengan ahli politik kerajaan adalah kunci mendapatkan projek.
Bukan lagi rahsia bahawa untuk dapat projek Kerajaan di Malaysia,mantranya ialah “not what you know but whom you know” ( bukan apa yang seseorang itu tahu,tetapi siapa yang seseorang itu kenal ).
Ini tidak termasuk lagi amalan ‘Ali Baba’ yang menggunakan nama orang lain untuk memperkembangkan dan mengoperasikan perniagaan tertentu. Berapa ramai pendatang asing yang menggunakan nama orang tempatan untuk membuka perniagaan tersendiri?
Berapa ramai orang bukan bumiputera yang membeli tanah lot bumiputera dengan menggunakan nama orang bumiputera? Adakah kerajaan Umno BN berusaha bersungguh sungguh dalam mengatasi hal ini?
Malaysia bukanlah negara yang kompetitif jika mengamalkan campur tangan pihak kerajaan untuk menguntungkan individu tertentu.

LANTIKAN POLITIK: MENGAPA BOLEH JADI BEGINI?

Walaupun Biro Politik PKR pada 16 Mei lalu telah membuat keputusan semua lantikan politik daripada parti itu dalam kerajaan Kelantan perlu meletakkan jawatan dengan serta-merta susulun keputusan Pas memutuskan hubungan dengan PKR, dilaporkan belum ada yang berbuat demikian sehingga ini.
Ia disahkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob yang berkata, “Mereka tidak letak apa-apa jawatan dan setakat ini berjalan seperti biasa.”
Kenapa boleh jadi begini?
Mengapa arahan Biro Politik PKR tidak dihormati oleh ahli-ahlinya sendiri?
Dilaporkan juga Adun PKR Guchil, Mohamad Roslan Puteh memberitahu, sehingga ini semua lantikan politik itu belum meletakkan jawatan kerana masih berlaku rundingan di antara kerajaan negeri dengan PKR pusat berhubung perkara itu.
Rundingan apa lagi?
Perlu apa berunding lagi sedangkan Biro Politik PKR sudah membuat arahan yang jelas mengenainya dan Pas pula sudah memutuskan hubungan dengan PKR?
Apakah dalam hal ini Biro Politik PKR perlu membuat arahan sekali lagi atau  di mata rakyat, PKR pun akhirnya dilihat tidak jauh berbeza dengan Pas juga?

Di bawah Dr Mahathir dulu, rakyat bangga, kata Kit Siang

Pemimpin veteran yang pernah dipenjarakan di bawah ISA ketika pentadbiran Dr Mahathir berkata walaupun banyak tidak dipersetujui, rakyat ketika itu masih bangga dengan nama Malaysia.
lim-kit-siang_mahathir_600_1Lim Kit Siang berkata walaupun beliau pengkritik kuat Tun Dr Mahathir Mohamad dulu, Malaysia semasa 22 tahun pentadbirannya berada pada tahap lebih membanggakan berbanding sekarang.
“Kita tidak boleh menafikan yang ketika zaman Mahathir, rakyat Malaysia berbangga di seluruh dunia, dan ia amat berbeza dengan sekarang, di mana rakyat Malaysia apabila berada di luar negara malu mengaku mereka warga Malaysia kerana bimbang diejek berasal daripada negara yang menjadi ‘kleptokrasi global’,” kata ahli Parlimen Gelang Patah itu pada majlis dialog di Muar, semalam.
Kleptokrasi, iaitu pentadbiran oleh golongan yang merompak harta negara, merupakan istilah digunakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dalam laporannya tahun lalu berhubung siasatan mengenai tuduhan kecurian wang 1MDB.
Lim, yang pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di bawah pentadbiran Dr Mahathir berkata tidak semua yang dilakukan bekas perdana menteri itu betul, “tetapi di zaman Mahathir, ada semangat Malaysia Boleh”, katanya merujuk slogan yang kerap digunakan ketika itu.
“Semangat ‘berani cuba dan boleh’ itu tiada lagi di Malaysia. Tetapi ia kini wujud di China, semangat ‘China boleh’,” katanya yang pernah berperanan sebagai ketua pembangkang Dewan Rakyat.
Lim turut berkata kejatuhan Malaysia dilihat lagi dalam Laporan Daya Saing Dunia (WCY) 2017 oleh Institut Pembangunan Pengurusan, di mana Malaysia jatuh daripada tempat ke-19 kepada 24.
“Ia merupakan ranking terendah Malaysia dalam 5 tahun dan negara tidak boleh selesa yang ia kekal berdaya saing di tempat ke-2 selepas Singapura di kalangan Asean.”

'Masjidil Haram pun tak tanya parti' - Muhyiddin

“Saya teringat baru-baru ini saya pergi ke umrah, orang banyak di Mekah. Tak ada pun orang jaga depan pintu Kaabah atau pun Masjid al-Haram yang tanya: awak Umno atau PAS? Di situ dari seluruh dunia apa-apa parti pun datang untuk menunaikan ibadah" kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkongsi pengalamannya sambil menyatakan rasa kecewa apabila beliau dilarang menggunakan pekarangan Masjid An-Nur di Pekan Kundang Ulu, Pagoh untuk majlis berbuka puasa serta menyampaikan sumbangan beras oleh anggota jawatankuasa masjid baru-baru ini.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu terpaksa meneruskan program tersebut di pekarangan rumah persendirian yang jaraknya lebih kurang 200 meter dari Masjid An-Nur.
Dalam ucapannya kepada kira-kira 200 hadirin semalam, Muhyiddin meluahkan kekecewaan terhadapan sekatan itu yang mencatatkan sejarah buat pertama kali sejak beliau menjadi wakil rakyat.
“Saya agak rasa kecewa kerana dulu selalunya buat di halaman depan masjid dan tuan rumah tiada sekatan dan halangan dalam kawasan-kawasan masjid...
"Pertama kali agak rasa terkejut kerana sekatan yang dikenakan walaupun saya masih lagi ahli prlimen Pagoh,” katanya.
Beliau berkata, tiada satu masjid yang tidak mendapat bantuannya sepanjang beliau berkhidmat kepada kawasan Pagoh.
Malu orang kutuk DAP
Berbeza dengan pengalamannya di kawasan itu, Muhyiddin sebaliknya memuji kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP yang membuka masjid tanpa mengira mana-mana fahaman politik.
Beliau menceritakan pengalamannya di suatu majlis berbuka puasa di Masjid Pulau Betong, Balik Pulau.
“Dalam majlis itu timbalan yang dipertua Majis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari DAP turut hadir.
“Timbalan yang dipertua Maipp dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri tiada mengenakan sekat. Umno boleh pakai walaupun mereka itu parti pembangkang di Pulau Pinang, namun untuk perpaduan ummah, masjid dibenarkan.
“Jadi saya rasa malu juga, orang kata DAP menentang Islam, tapi di Pulau Pinang DAP memberi ruang yang luas seperti rumah ibadat dapat digunakan untuk memupuk perpaduan ummah tak kiranya orang Islam dan juga ada hadirinnya orang bukan Islam,” katanya.
Sebanyak 45 masjid di kawasan parlimen Pagoh menghantar wakil untuk menerima sumbangan daripada Muhyiddin.

Tidak mudah bekerja dengan Dr Mahathir, akui ketua Pemuda PKR

NIK Nazmi Nik Ahmad mengalami kesukaran berkata-kata pada akhir temubual selama sejam selepas semua soalan yang dilemparkan kepadanya dijawab dengan mudah.
Ketua Pemuda PKR itu dengan yakin menjelaskan bagaimana Pakatan Harapan (PH) akan menangani inisiatif TN50 yang perkenalkan Barisan Nasional (BN) atau bagaimana beliau menandingi ketua Pemuda BN yang popular, Khairy Jamaluddin.
Tetapi apabila beliau menerangkan bagaimana bekerja dengan musuh yang kini menjadi sekutunya Dr Mahathir Mohamad, kata-katanya menjadi lebih berhati-hati.
Sejarahnya sebagai aktivis reformasi dan bekas pembantu kepada bekas ketua pembangkang Anwar Ibrahim menjadikan ia sukar untuk beliau berkata sudah melupakan segala-galanya dan kini mampu bekerja dengan Dr Mahathir.
Kesukaran ini mencerminkan jurang besar keyakinan aktivis reformasi tegar sepertinya yang terpaksa berubah beberapa bulan lalu demi mengukuhkan pembangkang bagi mengalahkan BN dalam pilihan raya akan datang.
Selepas perpisahan menyakitkan daripada rakan sekutu lama, PAS, semua parti dalam PH – PKR, DAP dan Amanah – terpaksa mengetepikan semua perasaan tidak puas hati bertahun yang lalu untuk bekerja dengan Dr Mahathir dan bekas ahli politik Umno lain yang kini memimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya hanya boleh bayangkan bagaimana bagi pihak Anwar, keluarganya dan semua orang yang menderita lebih teruk lagi," katanya kepada The Malaysian Insight.
Nik Nazmi aktif dalam pergerakan pro-reformasi "Mahasiswa lawan Mahathir" pada 2001.
Beliau menjadi pembantu sepenuh masa Anwar pada 2006, apabila ahli politik itu mula memulakan semula kerjayanya selepas dibebaskan pada 2004.
Ketika itu, Dr Mahathir, penyokong BN dan mentor kepada Najib Razak, terus menyerang secara terbuka Anwar, PKR dan pembangkang.
Permusuhan Dr Mahathir terhadap Anwar dan seluruh pembangkang hanya berhenti apabila beliau menubuhkan Bersatu pada Ogos tahun lepas dan mengumumkan ia akan menyertai PH.
Kini Dr Mahathir adalah sebahagian PH, Nik Nazmi dan orang lain yang sepertinya dipaksa menerima bekas musuh sebagai sekutu yang amat diperlukan.
Dalam temubual dengan The Malaysian Insight, Nik Nazmi bercakap tentang proses mendamaikan dirinya dengan hakikat beliau kini perlu bekerjasama dengan Dr Mahathir.
Dan sama ada akhirnya, ahli politik pembangkang tegar sepertinya boleh mempercayai Dr Mahathir akan melakukan perkara yang betul jika mereka berjaya menguasai kerajaan.
Berikut adalah petikan temubual itu:
S: Bagaimana rasanya menjadi seorang aktivis menentang Dr Mahathir dan kini Adun Selangor kepada Dr Mahathir?
J: Pembetulan, Adun Selangor yang bekerjasama dengan Dr Mahathir. Itu masa lalu dan kami kini sedang menghadapi perjuangan lebih besar terhadap Najib.

Kerajaan Teknokrat Pas akan 'pandu' negara - Tuan Ibrahim


Tuan Ibrahim Tuan Man
Tanggapan yang selalu tersilap ialah menganggap Pas hanyalah sebuah parti politik.
Pas sebenarnya lebih dari itu. Pas pada asasnya ialah satu gerakan dakwah dan tarbiyah ummah yang bertujuan mengajak kembali kepada ketauhidan dan menjauhi syirik.
Selain itu, Pas juga mengajak ummah untuk menentang perhambaan kepada harta, pangkat kebesaran dan menentang perhambaan kepada manusia dan sistem ciptaan manusia.
Politik membentuk sebahagian dari asas perjuangan Pas.
Penyertaan Pas dalam pilihan raya tidak sama matlamatnya dengan parti politik lain.
Dalam apa juga keadaan, Pas berusaha menzahirkan Islam di dalam semua aspek kehidupan, termasuklah politik.
Pas terus bekerja menyampaikan risalah dakwah kepada seluruh sendi masyarakat. Dakwah bukan hanya mengajak kepada Islam sebagai aqidah tetapi seluruh sendinya.
Jika kita menggunakan kebersihan awam dan tandas awam di negara Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama Islam sebagai piawai, begitulah jauhnya lagi amalan Islam dipraktikkan di Malaysia.
Ini menjadikan persoalan-persoalan seperti kebajikan, kebersihan, keselamatan pekerja, pembelaan golongan tertindas, tadbir urus kerajaan, sistem kenegaraan sebagai medan dakwah yang sangat luas.
Bukankah semua ini adalah manhaj Islam sebagai penyelamat ummah?
Pembinaan tarbiyah ummah bermula seawal kelahiran. Semua medan besar dakwah ini tidak terikat dengan pilihan raya.
Kerana itu, ahli dan pimpinan Pas yang memahami perjuangan besar Pas sebagai satu gerakan dakwah, tidak akan terbelenggu dengan dogma bahawa kalau tewas maka habislah perjuangan.
Selain dakwah, Pas juga berusaha untuk memperbaiki diri.
Pas juga berusaha untuk menentang kemungkaran, menukar parti yang korup, rasuah dan pelbagai kelemahan yang ada dengan Islam sebagai pemandu.
Pas bekerja keras bagi mencapai kemenangan setiap kerusi yang dipertandingkan. Kerana itu, Pas berdaftar sebagai sebuah parti politik. Bukan semacam jamaah dakwah lain.
Kerana mendapatkan kekuasaan adalah sebahagian dari kesempurnaan penghayatan Islam. Kuasa ialah alat bukannya matlamat akhir perjuangan Pas.
Inilah yang membezakan kita dengan parti politik lain.
Mereka yang hanya berfikir mengenai kerusi pilihan raya akan meroyan apabila hanya memikirkan soal menang kalah perjuangan berdasarkan pilihan raya sahaja.
Aspek kemenangan pilihan raya hanyalah sebahagian daripada wasilah perjuangan Pas yang luas.
Penetapan tiga tonggak utama perjuangan iaitu dakwah, tarbiyah dan siasah membuktikan jauhnya pandangan politik Pas.
Di saat kita memburu kemenangan pilihan raya, kita wajib memperkasakan kesemua dimensi perjuangan iaitu dakwah dan tarbiyyah.