Isnin, 5 Jun 2017

SAMPAI BILA NAJIB BOLEH TERUS MEMBISU?

Semakin hari semakin banyak desakan agar Najib Razak tampil menjelaskan mengenai bayaran sebanyak RM9.5 juta daripada akaun bank peribadinya kepada peguam Shafee Abdullah yang dilantik mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat 2 membabitkan Anwar Ibrahim.

Selain kenyataan demi kenyataan oleh pemimpin politik, laporan polis mengenai perkara itu turut  bertambah hari demi hari.

Malangnya, sementara Najib sebagai pemberi dan Shafee sebagai penerima terus diam membisu, agensi-agensi penguatkuasa seperti polis, SPRM, Bank Negara dan LHDN pun turut membisu sama.

Bagi Najib, jika dakwaan Sarawak Report itu tidak benar dan palsu, mengapa setelah menjangkau hari kelima sejak pendedahan itu dibuat, beliau masih lagi mendiamkan diri sedangkan ia hanya memerlukan jawapan mudah  "ya" atau "tidak" saja daripadanya?

Bagi Shafee pula, sebagai peguam kanan yang terkenal, kenapa beliau masih senyap tanpa sebarang reaksi sedangkan lebih senang baginya mengeluarkan  surat saman jika didapati dakwaan Sarawak Report itu tidak benar atau berupa fitnah semata-mata?

Bagi Bank Negara, adakah mereka tahu mengenai pembayaran yang dibuat daripada akaun peribadi Najib kepada Shafee pada September 2013 dan Februari 2014 itu?

Bagi LHDN, adakah cukai telah dibayar berkenaan wang tersebut dan jika tiada cukai dikenakan, apakah pula sebab-sebabnya?

Bagi polis dan SPRM, adakah pembayaran itu dalam pengetahuan dan penyiasatan mereka sebelum ini dan setelah ia terdedah sekarang ini serta disusuli dengan banyak laporan polis mengenainya, adakah mereka sedia melakukan siasatan semula?

Tetapi, kenapa semua pihak masih mendiamkan diri?

Ekoran Shafee terima RM9.5 juta dari Najib, Siasatan Segera Perlu Dijalankan

Pendedahan Sarawak Report bahawa Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak telah menyalurkan sejumlah RM9.5 juta ke akaun peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah sebelum kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan amat mengejutkan semua pihak.
Saya melihat budaya 'zipped-mouth' telah menjadi budaya politik Najib dan UMNO, mana-mana kes yang melibatkan rasuah dan salah gunakuasa mereka, mereka akan senyap seribu bahasa.
Bayaran jutaan ringgit tersebut menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap integriti pihak Pendakwaan dan kebebasan badan Kehakiman kerana Tan Sri Shafee adalah peguam yang dilantik Peguam Negara terdahulu bagi mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuan pertuduhan liwat 2.0 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana beliau telah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 5 tahun.
Isu yang sebegini serius harus disiasat pihak Polis kerana Tan Sri Shafee mempunyai percanggahan kepentingan dalam kes tersebut dan ia menimbulkan spekulasi negatif kerana dibimbangi boleh mencemar ketelusan dan keadilan keputusan rayuan tersebut.
Saya pada bersetuju dengan Faiz Fadzil bahawa Bar Council perlu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Tan Sri Shafee berhubung dakwaan ini bagi membersihkan nama baik profesion ulung ini. Menjunjung prinsip bahawa keadilan perlu dilihat dilaksanakan, peluang untuk Tan Sri Shafee untuk memberikan penjelasan yang positif dan konkrit harus diberikan.
Bukti bertulis yang didedahkan Peguam Negara pada 27 Januari 2016 bahawa Perdana Menteri telah menerima wang daripada SRC International adalah kes prima facie wujudnya salahlaku jenayah pecah amanah oleh Perdana Menteri.

Rafizi akan dedahkan lebih banyak bayaran dibuat daripada akaun PM

LEBIH banyak pendedahan berkaitan dakwaan Perdana Menteri Najib Razak membayar peguam daripada akaun peribadinya beberapa tahun lepas, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini.
Ahli Parlimen Pandan juga mendakwa Najib membayar peguam yang terlibat dalam kes melibatkan pemimpin pembangkang pada 2011, katanya dalam kenyataan itu.
Rafizi mendakwa wang itu datang daripada akaun sama milik Najib, yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana didakwa mempunyai kaitan dengan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Bukanlah satu perkara yang baru atau mengejutkan bagaimana Dato’ Seri Najib boleh menggunakan dana 1MDB yang masuk ke akaun peribadi beliau untuk digunakan membayar peguam yang menguruskan kes Najib (Razak) yang melibatkan musuh politik beliau.”
Dia akan mengadakan sidang media tentang pendedahan itu akan dilakukan pada 1.30 petang esok. Sesi itu akan disiarkan secara langsung melalui akaun Facebooknya.
Najib dan akaun peribadinya menjadi tumpuan ramai selepas Sarawak Report melaporkan dalam artikelnya “Najib Paid Anwar’s Prosecutor RM 9.5 Million From 1MDB Slush Fund WHY?” pada 31 Mei yang Shafee Abdullah ialah “individu yang menerima wang terbanyak daripada akaun yang berkaitan 1MDB”.
Dilaporkan yang Najib membayar Shafee RM5.1 juta pada Febuari 2014 dan RM 4.3 juta pada September 2013.
Laman sesawang itu melaporkan yang wang tersebut datang daripada akaun bank “yang dikenalpasti dibiayai daripada wang yang dicuri perdana menteri daripada anak syarikat 1MDB, SRC, yang meminjam sejumlah RM4 bilion daripada tabung persaraan penjawat awam, KWAP”.
Sarawak Report turut menyebut yang RM5.2 juta didakwa diterima Shafee pada Febuari 2014 dua minggu sebelum Mahkamah Rayuan membatalkan hukuman tidak bersalah ketua pembangkang Anwar Ibrahim kerana kesalahan liwat.
Shafee dilantik sebagai pendakwaraya awam sewaktu proses rayuan untuk membatalkan hukuman tidak bersalah ketua umum PKR itu atas dakwaan liwat pada 2014.
Najib dan Shafee masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan selepas laporan Sarawak Report itu diterbitkan. Shafee juga gagal dihubungi untuk diminta penjelasan.
“Saya memerhatikan bagaimana Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak memberi sebarang maklum balas apabila laman Sarawak Report menyiarkan laporan bagaimana sejumlah wang RM9.5 juta telah dibayar kepada peguam Tan Sri Shafee Abdullah dari akaun peribadi beliau (Najib), yang disyaki menerima dana 1MDB dan syarikat-syarikat berkait dengannya.
“Sementara pendedahan itu akan terus mendapat liputan meluas, saya merasakan Dato’ Seri Najib akan berdiam diri dengan harapan berita-berita itu akan mati begitu sahaja.” kata Rafizi lagi.
Rafizi turut menyentuh tentang satu lagi dakwaan penerimaan dana yang berlaku pada 2011.
“Beliau mungkin lupa bahawa sebelum pembayaran sebanyak RM9.5 juta itu dibuat dalam bulan September 2013 dan Februari 2014, Dato’ Seri Najib pernah membayar peguam-peguam beliau dari akaun peribadi (yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM kerana dituduh menerima dana dari 1MDB) dalam tahun 2011 lagi.” tambahnya.

RM9.5 Juta: Kita lihat kemudian, kata bos SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini tidak dapat menyatakan sama ada dakwaan pembayaran RM9.5 juta kepada peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan disiasat.
"Kita lihat bagaimana kemudian, tindakan bagaimana, saya difahamkan laporan kes telah dibuat di pihak polis, PDRM," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad ketika ditemui di Putrajaya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada suruhanjaya itu akan menyiasat dakwaan yang dibuat oleh laman pembocor maklumat, Sarawak Report.
Laman web itu mendakwa Shafee menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam dua bahagian iaitu pada 11 September 2013 dan pada 17 Februari 2014.
Sarawak Report mendakwa wang tersebut berasal daripada SRC International Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang dimiliki Kementerian Kewangan.
Malaysiakini tidak boleh secara bebas mengesahkan dakwaan itu kerana Najib dan Shafee masih belum memberikan sebarang maklum balas mereka.
Usaha berulang kali Malaysiakini untuk menghubungi Najib dan Shafee juga tidak berjaya.
PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah membuat laporan polis terhadap Shafee, manakala Majlis Peguam menggesa pihak polis menyiasat perkara itu.
Sementara itu, Dzulkifli dan timbalannya Datuk Azam Baki ditanya mengenai kelewatan dalam siasatan SPRM berhubung kes SRC International.
"SRC kita jawab kemudian. Anything? Itu saja, all right, thank you, terima kasih," katanyai sebelum beredar meninggalkan acara mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di sebuah bazar Ramadan.
Manakala Azam pula ketika ditanya menjawab "Yang itu kena tanya ketua pesuruhjaya."
Pada Januari tahun lalu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, tiada dakwaan dikenakan terhadap Najib berdasarkan siasatan dijalankan SPRM terhadap isu derma RM2.6 bilion dan dana SRC International sebanyak RM42 juta yang masuk ke akaun perdana menteri itu.

K'jaan tak tergesa-gesa jual tanah TRX sembang Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak mahu tergesa-gesa dalam membuat keputusan untuk menjual hartanah di Tun Razak Exchange (TRX).
Menurut Najib lagi apa yang lebih penting ketika ini adalah untuk mendapatkan tawaran terbaik dalam penjualan hartanah tersebut memandangkan ia akan melibatkan pelbagai institusi kewangan.
"Saya sangat gembira (dengan perkembangan TRX). Ia sekarang berjalan mengikut jadual dan kita tidak berada dalam keadaan tergesa-gesa untuk menjual hartanahnya.
"Kita mahu dapatkan tawaran yang terbaik kerana seperti yang anda tahu, banyak institusi kewangan sekarang berminat (dengan TRX).
"(Kerana) tempat ini akan menjadi kawasan pusat perniagaan seterusnya bagi Kuala Lumpur. Tempat ini juga akan menjadi satu pembangunan dengan 10 ekar taman bandar yang sangat-sangat menarik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sesi lawatan di TRX, Jalan Tun Razak hari ini. Selain itu, beliau berkata lagi, dengan pembangunan TRX itu juga, ia akan meningkatkan nilai dan gaya hidup di kawasan berkenaan.
"Kita akan menjadi pusat kewangan di rantau ini. Seperti yang anda tahu, CCB (China Construction Bank) telah umum untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat mereka dan kini berunding untuk membina menara mereka.
"Jadi saya harap institusi lain akan mengikuti mereka (CCB), mungkin ada hotel enam bintang di sini," kata Najib yang menegaskan bahawa TRX juga akan menjadi satu pusat tarikan kebudayaan serta hiburan dan bukan bangunan komersial semata-mata.
Terletak di persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Sultan Ismail, TRX yang dirancang menjadi sebuah daerah kewangan antarabangsa sebelum ini turut dikaitkan dengan skandal 1MDB.

BERSATU tembus semua kubu kuat Umno

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kini telah menembusi semua kubu kuat Umno-BN apabila berjaya menubuhkan bahagiannya sendiri di kawasan-kawasan berkenaan, kata Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kesemua kawasan itu termasuk 54 kerusi parlimen yang memiliki tanah rancangan Felda dan sejak dahulu menjadi kubu kuat Umno, kata anggota parlimen Pagoh itu.
Muhyiddin berkata, walaupun terdapat perpecahan dalam kalangan pengundi Melayu, kedudukan BERSATU pada masa ini jauh lebih baik berbanding parti-parti dalam Pakatan Harapan, PAS dan malah Umno.
"Jadi, sebab itu strategi yang kita susun sekarang ini untuk fokus ke kawasan-kawasan kubu Umno dan kita telah tembus hampir semua kawasan sebab semua kawasan sudah ada bahagian," katanya dalam temubual yang disiarkan di Facebook.
Mengulas lanjut, belas timbalan perdana menteri itu berkata BERSATU kini sedang melaksanakan strategi bagi menarik penyertaan bukan sahaja daripada Melayu di dalam Umno tetapi juga daripada PAS.
Katanya, perpecahan yang berlaku dalam Umno dan PAS apabila sebahagian besar ahlinya tidak sehaluan dengan parti terbabit, kini memberikan kelebihan kepada BERSATU.
"Ahli-ahli PAS menyeberang untuk menyertai parti pimpinan kita kerana mereka agak kecewa dengan apa yang berlaku dalam PAS sendiri.

Skandal 1MDB: KWAP tidak bimbang bayaran balik pinjaman RM 4 bilion anak syarikat 1MDB


KWAP tidak bimbang bayaran balik pinjaman RM 4 bilion anak syarikat 1MDB
CEO KWAP Wan Kamaruzaman mengatakan yang KWAP tidak bimbang akan kemampuan SRC International membayar balik pinjaman RM4 bilion yang diberikan. 
KUMPULAN Dana Persaraan Penjawat Awam, KWAP, yakin pinjaman bernilai RM4 bilion yang diberikan kepada SRC International, anak syarikat sarat hutang 1Malaysian Development Berhad (1MDB) akan dibayar kembali.
Anak syarikat itu, masih membayar secara berkala faedah pinjaman kepada KWAP setiap enam bulan, kata Ketua Pegawai Eksekutif KWAP Wan Kamaruzaman Wan Ahmad.
SRC International dijadualkan akan mula membayar teras pinjaman itu September tahun ini, Wan Kamaruzaman memberitahu wartawan hari ini.
“Mereka masih membayar (pinjaman) jadi tiada masalah dan pinjaman itu dijamin kerajaan. Jadi kami tidak bimbang yang mereka (membayar) kerana mereka masih melakukan bayaran faedah pinjaman secara berkala setiap 6 bulan.
“Mereka akan mula membayar pinjaman teras tahun ini, September nanti,” kata Kamaruzaman selepas pelancaran pejabat baru KWAP bersama-sama Perdana Menteri Najib Razak, yang mempengerusikan lembaga penasihat 1MDB.

Tiada kuasa haramkan arak dalam penerbangan, kata menteri MCA

Keputusan itu bersifat perniagaan dan terletak di bawah bidang kuasa syarikat penerbangan itu, kata Liow Tiong Lai.
Liow-Tiong-Lai-alcoholPETALING JAYA: Kementerian pengangkutan tidak berkuasa untuk mengharamkan hidangan arak dalam penerbangan Malaysia Airlines, kata Menteri Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata keputusan itu bersifat komersial maka terletak di bawah bidang kuasa syarikat penerbangan.
“Memang tidak ada sekatan (untuk mengharamkan hidangan arak dalam pesawat MAS). Ini adalah keputusan komersial, bukan di bawah kerajaan. Ia adalah keputusan perniagaan,” katanya kepada FMT hari ini.
Beliau menambah kementerian juga tidak mempunyai peraturan atau garis panduan mengenai arak dalam penerbangan.
“Semua di bawah syarikat penerbangan. Kementerian tidak ada apa-apa peraturan sedia ada. Ini perkara komersial. Tidak ada guide line dalam perkara ini.” katanya.
Beliau diminta mengulas gesaan daripada PAS yang mahu arak diharamkan daripada menu penerbangan Malaysia Airlines, selepas seorang penumpang bermasalah memaksa penerbangan MH128 ke Kuala Lumpur 31 Mei lalu berpatah balik ke Melbourne selepas lelaki itu cuba memasuki kokpit.
Laporan awal mendakwa penumpang itu mabuk dengan memetik Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ab Aziz Kaprawi. Polis Australia bagaimanapun mengesahkan penumpang warga Sri Lanka berusia 25 tahun itu mempunyai masalah kesihatan mental.

Kakitangan Star didakwa terima rasuah daripada CEO FGVH

Seorang penolong pengurus akhbar The Star hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini menerima rasuah RM20,000.
M Youganesparan dituduh menerima wang itu daripada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH), Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah di The Intermark Hotel, Jalan Tun Razak kira-kirajam 9.15 malam pada 30 Mei tahun ini.
Menurut laporan berita, penolong pengurus berusia 54 tahun itu dari jabatan editorial The Star itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Madihah Harullah hari ini.
Wang itu didakwa sebagai habuan untuk tertuduh "membantu" Mohd Emir, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Youganesparan didakwa mengikut di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama dengan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan atau mana yang lebih lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim meminta supaya tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh.
"Bagaimanapun, jika mahkamah mahu menawarkan jaminan, ia hendaklah tidak kurang daripada RM50,000 dengan seorang penjamin," kata beliau yang dipetik oleh akhbar New Straits Times.
Peguam Youganesparan, G Shankar merayu jaminan dikurangkan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin dengan RM30,000 dan seorang penjamin serta memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya.

Amanah cadang Kota Bharu jadi model hubungan harmoni antara kaum

Datuk Wan Rahim bersongkok Amanah menyampaikan sumbangan kepada 200 asnaf di majlis sinar Ramadan Bunut Payong pagi tadi
Keharmonian hubungan antara kaum sejak turun temurun di Kota Bharu, Kelantan perlu dipromosikan sebagai model yang boleh diguna di seluruh negara.
Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata perkara ini salah satu tawaran apabila pentadbiran negara diterajui gabungan baru, Pakatan Harapan, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
"Kota Bharu, seperti tempat-tempat lain di Malaysia memiliki komposisi penduduk pelbagai agama dan keturunan.
"Namun di sini kita hidup saling menghormati dan menjalin persahabatan dan perpaduan," katanya ketika merasmikan majlis sinar Ramadan anjuran jawatakuasa Dun (JDUN) Bunut Payong pagi ini.
Negara katanya dikejutkan dengan percubaan pihak tertentu yang membangkitkan isu yang cuba membawa pertelagahan kaum dan agama.
"Peristiwa jemaah lepas solat jumaat pukul pemandu bukan Islam dengan kon dan kini dihebohkan konon tidak boleh orang bukan Islam berbuka puasa dengan masyarakat Islam adalah fenomena menyedihkan.
"Insya Allah ini tidak berlaku di Kota Bharu dan kita mahu budaya Kota Bharu ini jadi amalan seluruh negara," katnya.
Beliau menjelaskan pihak gabungan empat parti iaitu PKR, DAP, Amanah, dan Bersatu yang kini dinamakan Harapan, sedang menyiapkan tawaran bagi meringankan beban rakyat.
"Di peringkat negeri Kelantan kita telah mengadakan siri mesyuarat khas mengenai perkara ini.
"Tawaran-tawaran ini berkaitan semua caj yang akan dikaji semua selepas kita ambil alih kerajaan," katanya.
Selain tekanan GST dan pelbagai penghapusan subsidi terutama minyak oleh kerajaan pusat katanya, rakyat turut tertekan dengan kenaikan mendadak pelbagai perkhidmatan di peringkat negeri.
"Kenaikan mendadak caj dan hasil dalam pentadbiran tanah kini cukup dirasai rakyat sama ada yang berada di luar bandar mahupun di bandar.

Batal atau kami akan demo besar-besaran depan gereja ugut PAS

PAS Melaka mempertikaikan mengapa acara seperti itu diadakan di Melaka sedangkan penganjur tahu isu Israel sensitif di negara ini.
VIDEO INSIDE
Kamaruddin-SidekPAS Melaka memberi kata dua kepada penganjur satu perhimpunan gereja di Melaka untuk membatalkan acara itu sekiranya tidak mahu berdepan dengan tunjuk perasaan besar-besaran.
Pesuruhjaya Kamaruddin Sidek berkata acara itu jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan boleh mengugat keharmonian negara.
“Kenapa mereka pilih Melaka? Dengan komposisi kaum 64% Islam dan Kristian tak sampai 4%, dan program itu dibuat di bulan Ramadan. Kemudian mereka tahu kita dengan Israel ini agak sensitif, tetapi mereka cuba menimbulkan suasana tak harmoni,” katanya.
Susulan itu, PAS Melaka diketuai Kamaruddin membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah, Banda Kaba dan meminta kerajaan mengambil tindakan tegas untuk membatalkan penganjuran program yang dijadualkan berlangsung 15-18 Jun ini.
“Kita sudah tanya kerajaan negeri dan disahkan penganjuran itu tidak sah dan tidak dapat kebenaran,” kata Kamaruddin.
“Sekiranya program itu diteruskan, jadi kita tidak teragak-agak akan buat demonstrasi besar-besaran atas dasar isu agama bukan politik.
“Kita akan buat demonstrasi itu sebelum penganjuran itu bermula bagi tujuan supaya mereka batalkan. Kita akan buat depan gereja.”

Yuran Shafee: Kerajaan Umno@BN Bohong Kepada Parlimen?

Oleh A Kadir Jasin
PADA mulanya saya tidak bercadang mengulas dakwaan terbaru yang super sensasi oleh Sarawak Report (SR) bahawa peguam (Tan Sri) Muhammad Shafee Abdullah terima yuran RM9.5 juta kerana menjadi pendakwa raya sementara kes rayuan liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

SR mendakwa duit yang dipercayai dicuri daripada 1MDB itu dibayar kepada Shafee oleh Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.
Tapi seorang pengulas yang memakai pengenalan “anonymous” telah menghantar komen dalam posting bertajuk “Negara Kafir Lebih Peduli Penipuan 1MDB” dan mengherdik saya agar tidak lagi menulis mengenai 1MDB.

Saya sering kebingungan. Aneh seribu kali aneh. Ramai penyokong Najib, Umno dan kerajaan yang masuk blog ini mengulas menggunakan “anonymous” yang mereka tahu saya tidak akan siar.

Saya hairan mengapa mereka takut guna nama sendiri atau nama samaran. Logiknya, bila sokong Najib, Umno dan kerajaan mereka tidak perlu berasa takut. Yang patut takut adalah pembahas anti-Najib, Umno dan kerajaan.

Mungkin penyokong Najib ini malu dengan tahap perbahasan mereka yang hambar atau mereka tidak ikhlas menyokong Najib.

Boleh jadi sesetengah daripada mereka adalah penulis dedak yang terpaksa menghantar komen setakat memenuhi kuota dedak mereka.

Pada 1 Jun, portal  berita UK itu melaporkan yang Shafee terima dua pembayaran daripada akaun peribadi Najib di AmBank nombor 2112022011906. Satu pada 11 September 2013 sebanyak RM4.3 juta dan satu lagi pada 17 Februari 2014 berjumlah RM5.2 juta.

Parlimen Dibohongi?

Persoalannya sekarang ialah bukan sahaja Shafee dibayar yuran yang begitu besar sebagai pendakwa raya helikopter tetapi kemungkinan kerajaan telah berbohong kepada Parlimen mengenainya.

Pada 11 Mac, 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Datuk) Nancy Shukri memberitahu Parlimen kerajaan hanya membayar RM1,000 kepada Shafee untuk mengetuai kumpulan pendakwaan kes itu.

Jangan politikkan agama, Wan Ji tegur PAS mahu sekat acara gereja

Beliau berkata PAS sepatutnya bersemuka dengan penganjur jika tidak setuju dengan perhimpunan yang bakal diadakan di Melaka itu.
wan-jiKUALA LUMPUR: Seruan PAS supaya tindakan diambil ke atas sebuah perhimpunan gereja di Melaka atas alasan ia berkait dengan agenda Zionis adalah bermotifkan politik dalam usaha meraih simpati masyarakat Melayu Islam, kata Ketua Biro Agama PKR, Wan Ji Wan Hussin.
“Sebab PAS adalah parti politik jadi ia akan timbulkan isu-isu yang mendapat simpati rakyat,” katanya.
“Agama adalah agama, jangan dipolitikkan.”
Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan hari ini mempersoalkan sebuah program bernama “Nations of the Golden Gate alligning with Jerusalem’s Jubilee”, yang akan diadakan bermula 15 Jun di sebuah gereja di Melaka.
Beliau menyifatkan penganjuran acara itu satu bentuk provokasi daripada golongan Kristian Zionis.
“Mutakhir ini musuh Islam mula main kasar dan makin berani. Sekarang mereka sasarkan Malaysia. Mereka mahu buat sarang di sini. Ayuh bangkit ummah sebelum terlambat,” tulisnya dalam Facebook.
“Jangan cabar sensitiviti umat Islam. Jangan cemarkan tanah Melayu ini dengan aktiviti Kristian Zionis ini,” katanya, merujuk kelompok di kalangan segelintir penganut Kristian yang menganggap umat Yahudi ditakdirkan untuk “kembali” ke tanah suci di Baitul Maqdis sebelum dunia menyambut kedatangan semula Nabi Isa bagi menyelamatkan manusia.
Wan Ji berkata tindakan menggesa umat Islam bertindak akan hanya memburukkan hubungan Islam dan bukan Islam, sebaliknya berkata PAS sepatutnya bersemuka dengan pihak penganjur menerusi dialog.
“Sekiranya PAS tak setuju, saya mencadangkan supaya PAS buat dialog, wacana yang lebih sihat di situ boleh hilang prejudis antara orang Kristian terhadap orang Islam, orang Islam terhadap Kristian.

Trump dan ‘pembela agama’ di Malaysia adalah kembar


 
Selain menyemarakkan kebencian dan permusuhan, penyokong Trump dan kumpulan yang mengaku pembela agama Islam' di Malaysia sebenarnya tidak mempunyai idea bernas untuk pembaikan masyarakat.
Pembela-agamaOleh Rozhan Othman
Ketika Presiden Doland Trump cuba mengenakan sekatan kemasukan orang dari beberapa negara Islam ke Amerika Syarikat, orang Islam di Malaysia turut merasa marah dengan tindakan itu.
Demikian juga, sentimen Islamofobia yang dimainkan Trump membuatkan ramai orang Islam resah.
Laporan dari berbagai sumber menunjukkan peningkatan jenayah kebencian yang mensasarkan orang Islam sejak Trump menjadi presiden. Ini termasuklah pembakaran beberapa buah masjid di AS.
Jika orang Islam di Malaysia marah dengan perkembangan di Amerika Syarikat, eloklah mereka turut menilai perkembangan di tanah air sendiri.
Sebenarnya keadaan di kalangan orang Islam sendiri di negara kita tidaklah banyak berbeza. Semakin banyak NGO dan juga parti politik yang mendakwa membela Islam yang menggunakan sentimen xenofobia serta sinofobia (takut pada orang Cina) dan fobia terhadap agama lain.
Ada di antara golongan ini mengutarakan pendirian bahawa bangsa lain adalah pendatang dan lebih suka jika mereka diusir ke negara asal mereka. Ada di antara golongan ini memomokkan seolah-olah kedudukan Islam akan terancam jika berlaku perubahan kepimpinan dan pemerintahan di negara ini.
Seperti Trump, NGO dan parti politik “pembela agama” ini menggunakan kebencian dan ketakutan sebagai mesej teras mereka. Bahasa yang mereka gunakan bertujuan menyemarakkan permusuhan.
Caci-cerca, ugut-mengugut serta kecam-mengecam adalah gaya utama mereka. Sesiapa yang tidak bersetuju dengan mereka akan dilabel sebagai “liberal”,
pengkhianat, munafiq dan musuh.
Sebenarnya konsep “ketuanan” yang dibawa para “pembela agama” ini tidaklah berbeza dengan konsep “America first” yang dibawa Trump. Gaya serta pendekatan mereka pun hampir sama.
Jika kita perhatikan dengan teliti, kita dapat lihat bahawa Trump dan “pembela agama” ini seolah-olah saudara kembar. Bezanya mereka memakai kopiah, serban dan jubah sedangkan Trump memakai tali leher dan jaket.
Jika Trump suka meraba-raba wanita, golongan “pembela agama” ini lebih cenderung untuk melempang orang dan mengeluarkan “fatwa”.
Tidak keterlaluan jika kita kata Trump sebenarnya mengikut atau meniru gelagat kembar mereka dari kalangan “pembela agama” atau tindakan Trump merupakan reaksi balas dendam.
Jika orang Islam di Malaysia merasa marah dan resah dengan tindak-tanduk Trump, bagaimana pula mereka boleh menyepikan diri bila golongan seagama mereka bertindak sedemikian?
Adakah mereka menganggap sesuatu pemesongan salah hanya bila dilakukan Trump tetapi tidak merasakan ia salah bila dilakukan rakan seagama mereka sendiri?
Jika mereka boleh melihat betapa terpesong pendirian serta tindak-tanduk Trump, adakah mereka tidak dapat melihat pemesongan yang dilakukan oleh golongan “pembela agama” ini?
Jenis Islam dibawa ‘pembela agama’

Gagal tubuh parti politik Ezam nekad perangi rasuah di pentas NGO


Mohamad Ezam Mohd Noor 5
Bekas Senator Datuk Mohd Ezam Mohd Nor akhirnya menyatakan pendirian untuk meneruskan usaha memerangi rasuah menerusi platform NGO di negara ini bukan lagi platform politik.
Beliau yang agak sedikit terkilan parti baharu Generasi Baharu gagal ditubuhkan, apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak meluluskan penukaran nama baharu kepada Parti Bebas Rasuah.
"Setelah meninggalkan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) saya dan beberapa rakan menyertai parti baharu setelah ditawarkan oleh pimpinan parti tersebut untuk mengambil alih kepimpinan parti dan merubahnya menjadi parti yang khusus melawan rasuah dengan menukar nama menjadi Parti Bebas Rasuah.
"Malangnya pihak berkuasa (RoS) masih tidak meluluskan penukaran dilakukan dan rakan-rakan perlu kembali berjuang menerusi badan NGO sedia ada
"Ini kerana saya hanya setuju jika parti itu tumpu kepada isu rasuah," ujarnya dalam kenyataan.
Justeru Ezam yang kini selaku Pengerusi Hisbah berkata, tumpuannya di Hisbah kini dalam usaha menyiapan sebuah buku dan beberapa risalah khusus mengenai Islam dan rasuah.
"Buku dan risalah ini kita akan sebarkan bersama Persatuan Anak Peneroka (Anak) yang memfokuskan kepada isu Felda.
"Ia sudah melalui proses diperingkat akhir dan dijangka siap pada Julai ini," ujarnya.
Justeru kata Ezam lagi, agenda besar perjuangannya bersama Hisbah untuk merubah pentadbiran negara yang sudah kebejatan rasuah.
"Pandangan saya rasuah merupakan kemungkaran terbesar hari ini kerana telah mengakibatkan kerosakan besar dan keperitan hidup kepada jutaan rakyat biasa," ujarnya.
Sebagai rekod Ezam ,49, sebelum ini lantang menentang pentadbiran Dr Mahathir sejak era reformasi pada 1998 selepas mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipecat sebagai timbalan perdana menteri.
Orang kanan Anwar itu meninggalkan PKR dan menyertai Umno pada Mei 2008 untuk bersama-sama berkempen menentang pembangkang.

Rasuah bukan punca utama hutang tinggi sembang Idris

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron hari ini menolak dakwaan kononnya gejala rasuah merupakan antara punca utama hutang kerajaan negeri pada tahap yang tinggi.
Beliau berkata hutang negeri berpunca daripada kerajaan negeri perlu melaksanakan tanggungjawab menyediakan keperluan prasarana kepada rakyat dan tidak mempunyai punca keberhasilan bagi menanggung sesuatu projek.
"Banyak lagi punca-punca lain termasuk perlu menanggung projek bekalan air, infrastruktur sukan, industri kecil dan sederhana, perumahan awam kos rendah.
"Pelbagai lagi projek yang membabitkan pembangunan prasarana atau infrastruktur yang terpaksa dilakukan melalui sumber pinjaman daripada kerajaan persekutuan," katanya ketika menjawab soalan Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Melaka hari ini.
Khoo bertanya sama ada kerajaan negeri setuju bahawa satu daripada punca utama hutang negeri berada pada tahap tinggi adalah kerana rasuah.
Idris berkata kerajaan negeri sememangnya akan memperuntukkan bayaran balik pinjaman berdasarkan kepada status kewangan negeri.
Sementara itu, beliau berpendapat gejala rasuah yang berlaku adalah berpunca daripada kurangnya didikan moral mengenai kefahaman nilai-nilai sejagat dan didikan agama seseorang individu dengan melakukan kerja di luar garis panduan.
Beliau berkata individu yang terlibat dengan gejala rasuah mempunyai niat untuk menganiaya dan menyalahgunakan kuasa mereka.
"Mereka melakukan sesuatu yang di luar norma kehidupan dan lazimnya mereka yang melakukan perkara bertentangan ini merupakan orang yang gemar melanggar undang-undang negeri dan peraturan-peraturan jabatan demi kepentingan dan keuntungan diri sendiri," katanya.

'Shalom Jerusalem' di Melaka buat Umno, PAS berang kononya...!!!

Penganjuran program tiga hari “Jerusalem's Jubilee” di Melaka bermula 15 Jun nanti menimbulkan kemarahan Umno dan PAS.
Mengumumkan akan membuat laporan polis, Pemuda Umno Bukit Katil hari ini mempersoalkan kenapa Malaysia dipilih untuk sambutan ke-50 kemenangan Israel menjarah Palestin.
“Kami Pemuda Umno menolak sekeras-kerasnya sambutan ini diadakan di Malaysia terutamanya di bumi Melaka ini!
“Malaysia tidak mengiktiraf Negara Yahudi”, kata Ketuanya, Rohazam Bakar kepada Umno-Online hari ini.
Isu itu pada mulanya ditimbulkan oleh Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan yang memuat naik poster program itu di Facebook, yang antaranya bertulis perkataan 'Shalom Jerusalem' dengan gambar menorah.
Menorah, selain Bintang Daud menjadi lambang popular Yahudi di seluruh dunia.
"Sejarah luka penderitaan umat Islam angkara kekejaman Israel tidak mungkin boleh dilupakan.

“Kini, sengaja dicetus provokasi melampau terhadap umat Islam dengan menganjurkan Jerusalem's Jubilee di bumi Malaysia,” kata Nasrudin.

Beliau juga berkata “budaya Yahudi” sebegitu tidak selayaknya dibenarkan bertapak di tanah air kita.
“Kerajaan perlu tegas bertindak. Jangan cabar sensitiviti umat Islam. Jangan cemarkan tanah Melayu ini dengan aktiviti Kristian Zionis ini,” katanya.
Nama sebuah gereja di Melaka dinyatakan dalam poster itu.
Malaysiakini telah beberapa kali cuba menghubungi rumah ibadat itu melalui panggilan telefon tetapi tidak berjawab.

PRU14: Pakatan Harapan akan tentukan siapa PM, kata Anwar

PETALING JAYA: Calon perdana menteri Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 menjadi perbualan kebelakangan ini, tetapi bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia perlu diputuskan secara konsensus.

Mengulas kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata beliau sedia kembali memimpin negara jika diminta berbuat demikian, Anwar berkata keputusan tidak terletak di tangan bekas perdana menteri itu.
“Ia bukan keputusan beliau, sebaliknya Pakatan Harapan,” katanya lapor Malaysia ketika ditemui di suatu pendengaran mahkamah di Shah Alam hari ini.
“Seseorang tidak menjadi menawarkan diri begitu saja sebaliknya perlu ada kesepakatan.”
Dr Mahathir, yang berkhidmat sebagai perdana menteri dari 1981 hingga 2003, diuar-uarkan sesetengah pihak sebagai orang terbaik untuk memimpin negara jika PH mengambil alih.
Bekas perdana menteri Datuk Zaid Ibrahim berkaa ia akan memastikan kestabilian politik sekiranya berlaku perubahan kerajaaan.
Dr Mahathir pada awalnya menolak kemungkinan itu atas alasan umur dan tidak berminat memegang jawatan itu dalam temubual dengan FMT.
Pengerusi PPBM menambah isu calon perdana menteri tidak perlu dibincangkan jika pembangkang gagal memenangi pilihan raya umum.
Bagaimanapun, dalam sesi siaran langsung Facebook minggu lepas, beliau sedia mempertimbangkan langkah itu jika diminta.

Bustari Yusof, sekutu penting dan berkuasa dalam pentadbiran Najib


Bustari Yusof, sekutu penting pentadbiran Najib
Bustari Yusof, dikatakan menjadi rakan Najib Razak menerusi Rosmah Mansor, isteri perdana menteri. 
PERANAN ahli perniagaan Sarawak Bustari Yusof sebagai orang kanan Perdana Menteri Najib Razak diperhatikan selepas timbul laporan mengatakan beliau “menasihati” Lim Kang Hoo supaya jangan buat kecoh selepas terkuburnya projek hartanah berbilion dolar Bandar Malaysia.
Bustari, 65, dihantar oleh Najib untuk bertemu Lim yang juga pemilik Iskandar Waterfront Holdings, susulan pembatalan urus niaga bernilai RM7.42 bilion untuk membangunkan Bandar Malaysia seluas 197 hektar, hab pengangkutan ultra moden di pusat bandar.
Menurut laporan Straits Times hari ini, Bustari memberitahu Lim yang mencabar keputusan Putrajaya hanya akan memadamkan peluangnya memperoleh kontrak kerajaan pada masa depan.
Ahli perniagaan yang tidak menonjol itu, digambarkan sebagai rakan golf Najib, dan juga abang kepada Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof. Kedua-duanya digambarkan sebagai “ejen utama” perdana menteri di negeri Borneo.
“Dia boleh dianggap sebagai salah seorang rakan rapat PM. Mereka sering main golf bersama dan Bustari selalu bercuti bersama keluarga Najib,” kata seorang ketua eksekutif sebuah bank dikawal kerajaan, dipetik sebagai berkata.
Syarikat milik Bustari, Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd ialah rakan kongsi projek Lebuh raya Pan Borneo yang bernilai RM27 bilion.
The Star dalam laporannya pada 4 Julai, 2015 berkata LBU bakal memperoleh RM1.3 bilion hasil daripada lebuh raya itu.

RM9.5 Juta: 4 persoalan berkaitan Shafee Abdullah

Pemuda PKR (AMK) membuat laporan polis terhadap dakwaan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima wang bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, berjumlah RM9.5 juta daripada perdana menteri.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan terbaru laman pendedah maklumat Sarawak Report itu dan berkata Shafee harus “berehat” daripada kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
N Surendran, peguam Anwar, sebelum ini berkata mereka akan membincangkan tindakan lanjut, susulan dakwaan itu.
Shafee adalah peguam yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam sabitan kes liwat melibatkan bekas ketua pembangkang.
Nik Nazmi hadir bersama Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dan Ketua Biro Agama AMK Wan Ji Wan Hussin ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur sekitar jam 11.00 pagi dan keluar sejam kemudian.

Sarawak Report mendakwa Najib membayar wang yang banyak itu pada 11 September 2013 dan 17 Februari 2014.
Menteri kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bagaimanapun berkata laman itu “tiada kewibawaan” dan beliau justeru tidak percaya terhadap dakwaan itu.
Portal pro-Najib MyKMU menyifatkan dakwaan itu sebagai pembohongan kerana tiada keperluan untuk Najib membayar kepada pendakwa raya apabila keputusan dibuat oleh hakim.
Sementara itu, Nik Nazmi yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia dalam laporannya mengemukakan empat persoalan berkaitan dakwaan itu, jika benar berlaku transaksi:
  • Tujuan pembayaran RM 9.5 juta dari Najib kepada Shafee.
  • Apa hubungan Najib dan Shafee sehinggakan jumlah yang begitu besar dibayar.
  • Adakah pembayaran itu berkaitan dengan kes liwat Anwar.
  • Siapa lagi yang menerima pembayaran daripada duit SRC melalui akaun peribadi Najib.
Terus membisu?

Pas Johor bakal bertanding semua kerusi pada PRU14

JOHOR BAHRU - Pas Johor bakal cipta sejarah tersendiri apabila bertanding kerusi terbanyak di negeri ini sepanjang sepanjang PRU.
Pesuruhjayanya, Abdullah Hussin berkata, mereka mengisytiharkan untuk bertanding di 17 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dun pada PRU14 nanti.
Pas “Kita telah buat perbincangan untuk bertanding sebanyak itu di kerusi Parlimen dan Dun, sekali gus mencipta sejarah kerana bertanding kerusi terbanyak sepanjang PRU berbadning lapan kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dun pada PRU lepas.
“Calon-calon yang akan bertanding pula terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ulama, profesional, aktivis masyarakat dan sebagainya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Pas Johor, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, mereka tidak akan dedah senarai kerusi yang disasarkan dan calon yang bertanding.
Abdullah yang juga Adun Puteri Wangsa berkata, Pas Johor telah bersedia menghadapi PRU dan hanya menunggu wisel sahaja.
“Walau pun kita (Pas) dalam keadaan bersendirian dan tidak bekerjasama dengan parti lain, namun kita mempunyai pertimbangan untuk tidak bertanding di semua 26 kerusi Parlimen dan 56 Dun.
“Kita sedar, apabila bersendirian, kita kena usaha lebih kuat dan persediaan semaksimum telah dilakukan,” katanya  katanya yang turut beri bayangan ada calon heavyweight Pas akan bertanding di negeri ini.

Pemuda PKR lapor polis, minta Shafee berehat jadi peguam

PKR mahu polis menyiasat hubungan antara Najib dengan peguam terkemuka itu.
nik-nazmi-pkrKUALA LUMPUR: PKR hari ini membuat laporan polis terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah susulan dakwaan peguam itu menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata laporan itu dibuat supaya pihak polis segera membuat siasatan.
Beliau pada masa sama mendesak Shafee berehat serta-merta daripada menjalankan tugas seorang peguam, termasuk dalam kesnya mewakili Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM100 juta.
“Saya rasa itu tindakan terbaik sebab kalau dia tidak berhenti pun, dia dah banyak kali cuti sakit, jadi mungkin lagi baik dia berehat sementara siasatan dilaksanakan,” katanya, sambil berkata Shafee perlu memberi laluan kepada peguam lain mewakili Khairy.
Portal Sarawak Report baru-baru ini melaporkan Shafee, peguam yang dilantik khas bagi mengetuai pasukan pendakwaraya alam kes liwat Anwar yang berakhir dengan hukuman penjara 5 tahun pada Februari 2015, menerima wang daripada akaun Ambank dimiliki Datuk Seri Najib Razak.
Portal itu turut menerbitkan gambar pengesahan yang menunjukkan 2 transaksi berjumlah RM9.5 juta, satu daripadanya pada Februari 2014, 2 minggu sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Anwar, daripada tidak bersalah kepada bersalah.
Kerajaan sebelum ini berkata Shafee dibayar hanya RM1,000 atas khidmatnya dalam kes Anwar.
Pada 2015, The Wall Street Journal memetik kertas penyiasat Malaysia sebagai berkata Najib menerima sejumlah RM2.6 bilion daripada wang berkait 1MDB. Perdana menteri bagaimanapun menafikan dakwaan itu, sebaliknya berkata wang itu merupakan sumbangan keluarga diraja Arab Saudi bagi membantu kempen Umno pada pilihan raya umum 2013.

Buat apa Najib bayar pendakwa kes Anwar?

Sebuah portal pro-Umno cuba menangkis dakwaan Sarawak Report bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak membayar peguam terkemuka Tan Sri Shafee Abdullah sebanyak RM9.5 juta.
Dakwaan, yang mencadangkan bahawa wang berkenaan berasal dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, menimbulkan kepercayaan kewujudan konspirasi politik terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di kalangan penyongkong pembangkang.
Shafee bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes Anwar yang dituduh meliwat bekas pembantu apabila perkara itu dibawa ke mahkamah rayuan dan persekutuan.
Walau bagaimanapun, portal MyKMU.net menyifatkan dakwaan Sarawak Report sebagai "pembohongan paling teruk sekali” terhadap Najib dan 1MDB.
“Jadah apa Najib nak bayar pendakwaraya (untuk memastikan Anwar didapati bersalah) bila hakim yang buat keputusan dan memang pun kerja pendakwaraya untuk memastikan tertuduh bersalah?
“Kiri kanan, depan belakang nampak bodoh tapi sebab Pakatan (dan Mahathir) memang bodoh, apa dia peduli. Kita rakyat, jangan ikut bodoh sekali,” kata penulisnya.
Portal itu mendakwa bahawa tuduhan terbaru mendedahkan bahawa Pakatan Harapan dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohmad telah kehabisan modal untuk digunakan terhadap Najib, selain daripada 1MDB.
“Mahathir kata duit 1MDB dah lesap tapi yang dok bayar sana sini sepert dituduhi tu guna duit mana pulak?
“Jadi menjelang PRU14 yang tak lama lagi, jangan hairanlah kalau tajuk cerita ‘guna wang 1MDB’ ini akan bertambah banyak.
“Sehingga kalau Najib beli makan kucing pun puak ini akan cuba kaitkan dengan duit 1MDB jugak – pun jangan terperanjat kalau ada juga biol-biol Pakatan di luar sana yang percaya,” kata Mykmu.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas mahkamah persekutuan mengekalkan sabitan kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhary Azlan.
Bekas ketua pembangkang yang kini meringkuk di penjara itu mendakwa, seperti pertuduhan sama yang pertama sepanjang tempoh Dr Mahathir sebagai perdana menteri, telah direkayasa oleh pesaing politiknya.
Pihak berkuasa menafikan tuduhan berkenaan.
Jumaat lalu, Anwar menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan Sarawak Report.
“Apakah tujuan dana besar ini disalur oleh Najib kepada akaun peribadi seorang peguam swasta yang dilantik oleh kerajaan Najib untuk mengendalikan pendakwaan terhadap saya?” soal Anwar.

Kerajaan gagal bentuk solidariti sosial wujudnya golongan pelampau



Kelemahan kerajaan dalam membina solidariti sosial sejak negara mencapai kemerdekaan menjadikan sebahagian struktur pembinaan negara bangsa menjadi lemah dan wujudnya golongan pelampau ditengah kumpulan masyarakat hari ini.
Mahmood Zuhdi Ab MajidPerkara ini dijelaskan oleh Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab. Majid sebagai merujuk kepada kewujudan satu golongan yang menentang kepada kontrak sosial, perlembagaan negara dan rukun negara yang telah dimeterai ketika negara mencapai kemerdekaan dan selepas berlakunya trajedi 13 Mei 1969.
"Kumpulan ekstrimisme (pelampau) itu tidak boleh ditangani secara tuntas kerana kerajaan lupa mahu 'matikan' semangat ektrimisme itu dari awal kemerdekaan.
"Ketika itu kerajaan yang baharu merdeka selesa untuk tidak memberi tumpuan kepada pembinaan masyarakat (ketamadunan manusia) berbanding kebendaan (ketamadunan fizikal) untuk membina negara yang baru mencapai kemerdekaan.
"Sebenarnya ia satu keaiban yang berlaku semasa kita membina negara yang berbilang bangsa, budaya dan agama ini kerana gagal membetuk solidariti sosial," ujarnya dalam temubual dengan Malaysia Dateline.
Dr Mahmood Zuhdi berkata, beberapa peristiwa yang berlaku kebelakangan ini membabitkan isu berkaitan agama,kaum dan perpecahan parti-parti politik teras telah memburukkan lagi lingkaran solidariti sosial itu.
Sejak kemerdekaan ujarnya, kebanyakan dasar-dasar kerajaan bersifat 'one off ' program tanpa dilestarikan.
Dalam membina solidariti sosial itu,ujarnya lagi,  kerajaan kurang berjaya merancang dasar jangka panjang berbanding aspek pembangunan fizikal negara yang dilihat hebat.
Beliau menegaskan, kepincangan ketika membina sturuktur solidariti sosial itu menjadi punca kepada kewujudan golongan pelampau dalam masyarakat yang mengambil peluang menjadikan platform politik dan agama sebagai senjata memecahbelahkan masyarakat.
Ia termasuklah dengan mengugat keharmonian kaum, menghasut, menyebarkan fitnah, mempertikai kedudukan raja berpelembagaan, hak istimewa orang Melayu, menyalahguna hak kebebasan bersuara, penyebaran ajaran sesat dan terbabit dengan kumpulan militan agama.
Beliau melihat situasi itu sebagai satu kegagalan di pihak kerajaan dalam usaha mengawal dan menangani kemelut yang berlarutan di negara ini.
"Pertama Kerajaan perlu membendung keadaan yang berlaku ini dengan menegaskan bahawa rupa bangsa dalam negara ini berteraskan perlembagaan negara dan  menepati acuan Malaysia.
"Kerajaan telah membangunkan negara ini diluar daripada kekuatan yang ada dikalangan orang Melayu terutama dari sudut penguasaan ekonomi orang Melayu yang lemah, akhirnya timbul hasad dengki dan curiga mencurigai sesama kaum.
"Keduanya, kesilapan juga berlaku membabitkan krisis kepimpinan oleh parti yang memerintah. Saya melihat ketika krisis itu berlaku,satu pihak telah mengapi-apikan untuk menjatuhkan kerajaan dengan kebangkitan rakyat melalui pentas politik.

Malaysia perlu menang perang ideologi tangani ancaman keganasan



Malaysia perlu juga memenangi perang ideologi untuk menangani ancaman keganasan dan tidak semata-mata bergantung kepada keupayaan peralatan atau pasukan keselamatan sahaja, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Merujuk kepada insiden serangan pengganas baru-baru ini di Kabul, Manchester, Marawi, Manila, Jakarta dan London, Najib berkata ia adalah ancaman serius dan amat menyedihkan.
Beliau berkata walaupun kejadian seumpama itu tidak berlaku di negara ini namun ancaman keganasan masih perlu ditangani.
"Alhamdulillah, setakat ini tidak berlaku di negara kita tetapi kita nak memerangi ancaman ini, bukanlah dengan alat, bala tentera, polis, kuasa-kuasa penangkapan sahaja.
"Tetapi lebih kepada kita mahu memenangi perang ideologi adalah untuk memahami apakah Islam itu sebenarnya, apakah tuntutan Islam pada kita," katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana Putra hari ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas hadir pertama kali ke perhimpunan bulanan JPM itu sejak pelantikannya pada April lalu.
Memetik ayat al-Quran dalam Surah Al-Baqarah, Najib meminta agar peringatan Allah S.W.T. diambil sebagai panduan untuk menjadikan Malaysia aman dan sentiasa mendapat rahmat agar dapat menjalankan tugas bagi membangunkan Malaysia demi kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata Malaysia tidak memerlukan golongan yang berpura-pura melakukan kebaikan tetapi membawa kerosakan.

Beribu kakitangan boleh hilang kerja jika RHB, Ambank bergabung

Pakar ekonomi berkata walaupun ekonomi negara dalam proses pemulihan namun ia tidak pada kadar yang boleh menjana peluang pekerjaan yang mencukupi.
Yeah-Kim-Leng-hoo-kee-ping3
 Dua pakar ekonomi memberi amaran penggabungan yang bakal berlaku antara RHB Bank Berhad dan AMMB Holdings Berhad atau AmBank akan menyaksikan beribu-ribu kakitangan hilang pekerjaan.
Profesor Ekonomi di Sunway University Business School, Dr Yeah Kim Leng berkata pemberhentian kerja di bawah iklim ekonomi semasa akan menimbulkan masalah kepada mereka yang diberhentikan kerja.
“Walaupun ekonomi negara dalam proses pemulihan namun ia tidak pada kadar yang boleh menjana peluang pekerjaan yang mencukupi. Akan ada cabaran pekerjaan,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, Yeah dan Prof Hoo Kee Ping yang juga pengarang beberapa buku ekonomi berkata kebanyakan pekerja yang terjejas boleh dilatih dan ditugaskan untuk bekerja di bahagian jualan dan operasi perbankan atas talian.
Hoo berkata juruwang dan pengendali kaunter lain terdiri daripada pekerja bank.
“Tetapi terdapat keperluan tenaga jualan dalam bank. Kebanyakan bank sekarang melatih juruwang mereka untuk melakukan jualan,” katanya.
Beliau menggesa kedua-dua bank berkenaan melatih pekerja mereka yang terjejas melakukan tugas jualan atau menawarkan mereka skim pengasingan sukarela yang akan memberikan peluang kepada mereka untuk belajar kemahiran baru.
Beliau juga berkata pekerja boleh dilatih untuk bekerja dalam sektor pertumbuhan baru yang mempunyai potensi yang kuat seperti teknologi kewangan (FinTech), perbankan atas talian, pengurusan kekayaan dan pelaburan insurans perbankan.
Khamis lalu, RHB dan AmBank mengumumkan Bank Negara Malaysia meluluskan hasrat mereka untuk memulakan perbincangan bagi tujuan penggabungan.
Sumber dipetik Reuters berkata RHB akan menjadi pemeroleh dalam penggabungan berpotensi itu yang dianggarkan bernilai kira-kira AS$9 bilion (RM38.59 bilion).
Reuters menambah kedua-dua bank tersebut mempunyai sejumlah 25,000 pekerja apabila bergabung.
Hoo berkata bank berkenaan sudah menutup beberapa cawangan perbankan atas talian dan menumpukan kepada sumber ke atas FinTech.

Ayat-ayat tahyul Nik Abduh

 
Saya bersetuju dengan pandangan umum Nik Abduh Nik Aziz yang disiarkan di Malaysiakini semalam, bahawa dalam lunas demokrasi, parti DAP dan PAS bebas bersaing bagi memandu negara kepada yang terbaik.


Beliau turut menyatakan bahawa semua warga negara adalah sama dan setaraf. Siapa pun akan mula dianggap sebagai musuh negara hanya apabila mereka menentang perlembagaan negara.
Saya juga bersetuju dengan pandangan ini.
Namun yang membezakan niat politik PAS dengan DAP ialah kehendak PAS untuk mengubah atau meminda perlembagaan persekutuan. Malah menurut Nik Abduh:
“Untuk mengubah perlembagaan negara, rakyat perlu melalui dua perkara utama. Pertama, majoriti terbesar di Dewan Rakyat iaitu dua pertiga. Yang kedua, mereka perlu melakukannya dengan cara yang dibenarkan. Jika tidak, segala usaha adalah salah dan tidak berperlembagaan.”
Jelas, bahawa Nik Abduh mahu usaha untuk meminda (ubah) perlembagaan harus mengikut cara yang dibenarkan oleh undang-undang. Maka, DAP sebagai parti yang juga menghormati undang-undang, tidak boleh menyatakan sebaliknya.
Keadilan
Hujah Nik Abduh lagi:
“DAP dengan dominasi non-Muslim sudah pasti mahu memastikan negara kekal sebagai sebuah negara sekular, bahkan menuntut lebih kebebasan dan persamaan dalam agama dan bangsa.”
“ Mereka secara langsung menolak wujudnya sebuah negara Islam yang terlaksana dalamnya nilai-nilai dan hukum-hukum Islam.”
Bagi saya hujah ini secara halus cuba untuk mengolah pandangan buruk rakyat terhadap perjuangan suci DAP.
Pertama Nik Abduh mengatakan “...bahkan menuntut lebih kebebasan dan persamaan dalam agama dan bangsa”.
Susunan ayat ini sangat molek. Tetapi ia menyimpang sebenarnya.
DAP adalah sebuah parti yang menuntut keadilan dalam konteks undang-undang dan dasar sosial terhadap perkara yang menyentuh sensitiviti kaum, budaya atau agama.
Perkataan “keadilan” ini ditiadakan oleh Nik Abduh dan diganti dengan “menuntut kebebasan dan persamaan agama”.
Bagi mereka yang mahir permainan bahasa, perkataan kebebasan dan persamaan cukup tajam kesannya kepada orang Melayu.
Inilah penyimpangan Nik Abduh yang bertujuan membawa kepada salah faham dan persepsi negatif rakyat khususnya orang Melayu dan Islam kepada DAP.
Apakah salah seseorang atau parti politik menuntut keadilan? Keadilan bagi semua kaum, agama dan budaya, salah dan berdosakah?
Nik Abduh mengatakan DAP menuntut 'persamaan agama’ ini sama sekali tahyul, kerana DAP bukan parti berasaskan mana-mana agama atau kaum.
Buat apa DAP menuntut sesuatu yang berasaskan kaum dan agama, yang bukan/tidak menjadi dasar dan matlamat partinya? Tak masuk akal.
DAP mahu keadilan. Keadilan adalah prinsip asas kehidupan manusia. Bukankah Islam datang untuk menegakkan keadilan?
Apa guna kebebasan jika tidak ada keadilan, apa guna persamaan jika tidak ada keadilan. Masalah ekonomi dan kemiskinan juga berpunca dari prinsip keadilan.
Nik Abduh pasti lebih alim jika mahu titipkan surah berkaitan dengan keadilan yang dibawa dan dituntut oleh Islam dan al-Quran. Kenapa tak tulis? Kenapa tak berlaku adil dalam memberi hujahnya?
Akal dan wahyu
Pandangan kedua Nik Abduh juga sama, beliau cuba mengolah kepada sesuatu yang bukan perkara sebenarnya, tahyul.

Mahkamah Syariah tolak permohonan qazaf Anwar


Mahkamah Rayuan Syariah hari ini menolak permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Panel tiga hakim syarie berkata mereka bersetuju dengan hujah-hujah ilmiah bahawa zina turut meliputi liwat.
Namun, menurut mereka, mahkamah terikat dengan enakmen jenayah syariah Selangor, yang mentakrifkan zina hanya sebagai persetubuhan antara seorang lelaki dengan seorang wanita.
Justeru, mereka memutuskan permohonan qazaf itu tidak dapat diluluskan.
Ini adalah alasan sama yang diberikan apabila Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Oktober lalu membatalkan permohonan qazaf pertama Anwar terhadap Shafee.
Menurut peguam yang mewakili Anwar, Fadhlina Saddiq keberanian mahkamah rayuan membuat keputusan mencadangkan seksyen 36 berkaitan Qazaf itu dipinda kerana kebanjiran kes tuduhan palsu terhadap masyarakat yang berleluasa.
"Sepatutnya kes ini boleh dirujuk di mahkamah syariah.
"Apa yang berlaku kes ini tidak dapat dipertuduh di mahkamah syariah kerana maksud Qazaf itu sendiri.
"Sayangnya mahkamah terikat dan masyarakat difahamkan keputusan ini sangat penting kerana menjadi satu kayu ukur yang baik untuk membuat pindaan dan perlu diambil pertimbangan badan perundangan di negeri-negeri," ujarnya ketika ditemui media di lobi mahkamah pagi ini.
Jelasnya lagi penjelasan mahkamah rayuan lebih tepat daripada mahkamah tinggi.

PH mungkin hilang Bersatu jika pertikaian kepimpinan tak selesai


PH mungkin hilang Bersatu jika pertikaian kepimpinan tak selesai
Pemimpin Bersatu yakin jika PH menonjolkan Dr Mahathir Mohamad melawan Najib Razak pada PRU14, mudah bagi mereka mendapatkan sokongan orang Melayu terutama penyokong Umno.
ISU siapa yang patut mengetuai Pakatan Harapan (PH), dan mungkin Malaysia yang masih belum mencapai kata sepakat menyebabkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mungkin meninggalkan gabungan pembangkang itu.
Jika isu kepimpinan masih tidak dapat diselesaikan ketika pemimpin PKR, DAP, Amanah dan Bersatu bertemu Jumaat ini, ada kemungkinan besar parti politik diasaskan Dr Mahathir Mohamad itu akan bertanding pada PRU14 secara bersendirian.
Penganalisis politik berkata jika perpecahan itu berlaku, PH tidak akan terkubur kerana kedua-dua pihak masih boleh bersama dalam pakatan pilihan raya.
Tetapi isu lebih besar ialah tanggapan negatif ketidakmampuan mereka menyelesaikan isu utama dalam pilihan raya Malaysia, terutama dengan anggaran 15% pengundi Melayu atas pagar dan 22% pengundi bukan Melayu.
Pertikaian utamanya ialah adakah Anwar Ibrahim patut menjadi pilihan gabungan itu sebagai perdana menteri jika pembangkang berjaya menyingkirkan Barisan Nasional (BN).
Sesetengah pemimpin pembangkang percaya sukar untuk menjual Anwar sebagai perdana menteri akan datang, memandangkan beliau menjalani hukuman penjara kerana meliwat dan memerlukan pengampunan diraja.
Terlalu banyak jika dalam keadaan itu, menyebabkan mereka lebih suka jika calonnya ialah Dr Mahathir atau Muhyiddin Yassin.
Sumber Bersatu memberitahu The Malaysian Insight parti diketuai bekas perdana menteri Dr Mahathir itu bersedia keluar daripada pakatan pembangkang jika ahlinya gagal bersetuju dengan barisan kepimpinan pada mesyuarat majlis presiden PH pada 9 Jun.
“Bersatu sangat jelas, kami mahu jatuhkan Perdana Menteri Najib Razak dan BN pada PRU14. Lihatlah bagaimana pengerusi kami Dr Mahathir bekerja. Kita jangan lupa umur dia 92.
“Jadi kalau kita tak dapat selesaikan isu ini pada mesyuarat 9 Jun, lebih baik kami tinggalkan PH. Kalau kalah PRU14 pun, sekurang-kurangnya penyokong lihat kami serius dan bersungguh-sungguh melawan BN,” katanya kepada The Malaysian Insight dengan syarat tidak dinamakan.
Jika ini berlaku, harapan PH untuk menawan Putrajaya semakin tipis kerana penyertaan Bersatu dalam gabungan itu diharapkan dapat memberikan sejumlah undi Melayu yang tidak dapat diperoleh pada PRU13 sebelum ini untuk mengalahkan BN.
Sumber itu berkata pimpinan Bersatu berpendapat, sesetengah kumpulan dalam PKR tidak serius untuk mengalahkan BN pada PRU14 dan cuba mensabotaj PH apabila menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri ketujuh.
“Ini kerana jika PH menang PRU14, Anwar tidak mungkin dapat jadi PM ketujuh dan seseorang perlu menjawat jawatan PM itu sebelum Anwar.
“Satu-satunya cara untuk memastikan Anwar dapat jadi PM ialah memastikan PH kalah pada PRU14 dan tunggu sehingga PRU15 baru bekerja untuk menang,” katanya.
The Malaysian Insight difahamkan Bersatu juga tidak dapat menerima Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengerusi PH kerana ahli Parlimen Permatang Pauh itu hanyalah “pemanas kerusi” kepada suaminya, Anwar.
Mereka berkata ini akan menyukarkan Bersatu meyakinkan penyokong mereka di akar umbi terutamanya ahli Umno untuk mengundi PH pada PRU14.
The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan PH masih belum menghantar pendaftaran mereka kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) kerana berlaku pertikaian berhubung senarai keanggotaan Majlis Presiden.
Senarai keanggotaan Majlis Presiden menjadi isu paling hangat di kalangan parti dalam PH kerana ia dianggap “Kabinet Bayangan” atau “Pasukan Impian” bagi gabungan pembangkang sebagai alternatif BN.
Bagi sesetengah pemimpin PH pula, senarai keanggotaan Majlis Presiden hanyalah satu formaliti untuk dihantar kepada RoS dan pimpinan sebenar hanya akan diumumkan selepas menang PRU14.
Satu lagi sumber memberitahu The Malaysian Insight sesetengah pemimpin PH tidak mahu Dr Mahathir dan Bersatu terlalu menonjol kerana ini akan menimbulkan persepsi gabungan itu sudah diambil alih.

Saudi dan negara Arab lain putus hubungan dengan Qatar

Riyadh berkata ia bagi melindungi daripada 'keganasan' dan 'ekstremisme' dan mahu negara rakan menurut jejaknya.
saudi-bahrain-qatarDUBAI: Arab Saudi hari ini memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar termasuk segala hubungan laut dan udara.
Dilaporkan ia merupakan satu langkah yang wajar bagi melindungi kerajaan daripada keganasan dan ekstremisme.
Reuters memetik sumber rasmi berkata Arab Saudi memutuskan diplomatik dan hubungan konsular dengan Qatar untuk “meneruskan pelaksanaan hak kedaulatan yang dijamin undang-undang antarabangsa dan melindungi keselamatan negara daripada bahaya keganasan dan kumpulan pelampau”.
Arab Saudi juga menggesa semua negara sekutu dan syarikat untuk berbuat demikian.
Sementara itu, Bahrain dalam satu kenyataan turut memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, dan mendakwa negara Teluk Arab itu menyokong keganasan dan mencampuri urusan dalaman Bahrain.
Bahrain, juga memberikan 14 hari bagi rakyatnya yang berada di Qatar untuk meninggalkan negara itu.
UAE dan Mesir juga mengikuti langkah sama rakan sekutunya memutuskan hubungan dengan Qatar, mendakwa negara Teluk Arab itu menyokong organisasi “pengganas” termasuk Ikhwanul Muslimin, lapor agensi berita Mesir.

Najib amat berbangga dapat berucap di sidang bersama Trump

Penghormatan itu hanya diberikan kepada 5 negara, katanya.
najib-riyadPUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Malaysia merupakan antara 5 daripada 51 negara yang diberikan penghormatan untuk berucap pada sidang bersama Presiden Donald Trump baru-baru ini.
Najib menceritakan pengalamannya menghadiri Sidang Kemuncak bersama Pemimpin Islam Dunia dan Trump di Riyadh, Mei lalu di mana Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud memberi peluang kepada beliau untuk menyampaikan ucaptama bagi pihak Malaysia, lapor Bernama.
Najib merupakan antara pemimpin termasuk Raja Salman dan Trump yang berucap pada persidangan bersejarah mengenai keselamatan dan usaha memerangi keganasan.
Najib hari ini berkata Malaysia dapat melahirkan momentum yang perlu diteruskan demi untuk kejayaan negara pada masa akan datang.
“Saya nak momentum ini. Kita telah melahirkan momentum ini, jadi kita perlu terus membina (kejayaan) melalui momentum ini,” katanya dipetik Bernama pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana Putra, Putrajaya.
Menurutnya, Malaysia perlu memenangi perang ideologi terhadap keganasan dan tidak hanya bergantung kepada peralatan atau pasukan keselamatan.
“Tetapi lebih kepada kita mahu memenangi perang ideologi adalah untuk memahami apakah Islam itu sebenarnya, apakah tuntutan Islam pada kita,” katanya.

Najib harap Trump gugurkan kes 1MDB?

Kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyelar tindakan Presiden Donald Trump yang menarik diri daripada menghadiri Perjanjian Paris pada 1 Jun lalu menimbulkan tanda tanya, kepada Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.
Katanya, ketika pemimpin dunia menzahirkan rasa kesal dan bimbang terhadap tindakan Washinton yang tidak mempedulikan usaha negara antarabangsa cuba mengawal iklim dunia, Najib hanya membisu.
“Adakah sikap berdiam diri Najib dalam perkara ini bertujuan supaya tidak menyinggung Presiden Trump agar Jabatan Keadilan (DOJ) yang menggugurkan kes skandal 1MDB dan tidak menangkap individu yang terlibat termasuk Jho Low?” katanya yang dipetik portal Roketkini.
Menurut pemimpin DAP itu, penarikan diri Amerika Syarikat daripada perjanjian yang dimeterai oleh 195 negara itu telah mendapat kritikan pemimpin dunia.
Ini kerana Amerika Syarikat adalah penyumbang kepada perubahan suhu dunia memandangkan negara itu adalah pengeluar kedua terbesar gas-gas rumah hijau.
Antara pemimpin dunia yang membidas Trump, termasuk, Canselor German, Angela Merkel dan Presiden Perancis Emmanuel Macron sementara Russia dan China mengekalkan komitmen mereka terhadap perjanjian itu.
“Saya amat bersetuju dan memuji kenyataan yang dibuat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menlahirkan rasa sedih yang mendalam terhadap kenyataan Amerika Syarikat.
“Tetapi sehingga sekarang Najib hanya diam dan tidak memberikan sebarang kenyataannya sedangkan Malaysia merupakan antara 30 negara yang telah membuat pengumuman bersama di Konvensyen One Belt One Road (Satu Kawasan Satu Laluan) di China Mei lalu,” katanya.
Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dalam saman sivil tahun lalu mendakwa lebih AS$3.5 bilion dana 1MDB telah diselewengkan.
Dana itu didakwa disalurkan kepada beberapa individu termasuk anak tiri Najib - Riza Aziz dan seorang individu yang dirujuk sebagai "Malaysian Official 1".
Setakat ini, ini DOJ telah memfailkan 16 saman untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion, yang didakwa dibeli dengan wang yang diselewengkan.

Dakwaan Shafee terima RM9.5 juta mudah disiasat, Tuan Ibrahim beritahu SPRM

Nama perdana menteri akan hanya dapat dibersihkan sekiranya SPRM dan pelbagai institusi lain tampil ke depan.
ibrahim-2
PAS tidak mengharapkan seorang peguam terkemuka yang dituduh menerima wang sejumlah RM9.5 juta daripada akaun bank perdana menteri untuk menjawab dakwaan terhadapnya, sebaliknya berkata ia boleh disahkan dengan mudah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Perkara ini sangat mudah disiasat kerana ia melibatkan transaksi pada jumlah yang besar iaitu RM9.5 juta antara dua individu,” kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Sekiranya tuduhan itu benar, jawapannya ya, sekiranya tuduhan itu tidak benar, jawapannya tidak.”
Portal Sarawak Report baru-baru ini melaporkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang dilantik khas bagi mengetuai pasukan pendakwaraya alam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berakhir dengan hukuman penjara 5 tahun pada Februari 2015, menerima wang daripada akaun Ambank dimiliki Datuk Seri Najib Razak.
Portal itu turut menerbitkan gambar pengesahan yang menunjukkan 2 transaksi berjumlah RM9.5 juta, satu daripadanya pada Februari 2014, 2 minggu sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Anwar, daripada tidak bersalah kepada bersalah.
Ia bukan tuduhan pertama mengenai aliran wang kepada beberapa pihak membabitkan Najib. Sebelum ini, beberapa inividu termasuk bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa, turut dinamakan sebagai penerima wang itu, yang dikaitkan dengan syarikat bermasalah 1MDB.
Pada 2015, The Wall Street Journal memetik kertas penyiasat Malaysia sebagai berkata Najib menerima sejumlah RM2.6 bilion daripada wang berkait 1MDB. Perdana menteri bagaimanapun menafikan dakwaan itu, sebaliknya berkata wang itu merupakan sumbangan keluarga diraja Arab Saudi bagi membantu kempen Umno pada pilihan raya umum 2013.

“Tawaran” PAKATAN mampu atasi TN50 BN

Nik NazmiPakatan Harapan (PAKATAN) bakal memperkenalkan Tawaran Anak Muda (Tawaran) dalam tempoh dua bulan lagi khusus untuk memberdaya belia di negara ini, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata, perkara itu akan diumumkan bersama manisfesto PAKATAN untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan diyakini mampu mengatasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Katanya, Tawaran lebih menyeluruh merangkumi cadangan dasar seperti pendidikan percuma untuk semua dan perubahan kepada dasar perumahan memudahkan golongan belia memiliki kediaman sendiri.
“TN50 berkata Bangsa Malaysia bakal menjadi kenyataan pada 2050 tetapi PAKATAN menawarkan Bangsa Malaysia sekarang, dalam 2017 atau 2018.
“Tiada keperluan menunggu sehingga 2050 kerana kami akan melakukannya sekarang jika dipilih, bersama pendidikan, perumahan dan pekerjaan yang lebih baik,” katanya dipetik MalaysianInsight.
Pada masa sama, Nik Nazmi yang juga Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi yakin rakyat akan menerima kekuatan dimiliki Tawaran berbanding TN50.
“Tawaran juga memasukkan usul untuk menjadikannya lebih berkemampuan bagi peminat bola sepak menonton perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris dan Sepanyol La Liga.
“Manifesto biasa mempunyai dasar pendidikan, pekerjaan dan perumahan jadi kami akan mengambil komponen belia serta menjadikan ia pakej dalam Tawaran untuk diberi kepada Pemuda PAKATAN,” katanya.
Terdahulu, Barisan Nasional (BN) memulakan inisiatif TN50 untuk mendapatkan idea golongan muda berkenaan dasar diingini mereka dalam tempoh tiga dekad akan datang selepas 2020.

Muhyiddin Yassin-Strategi Harapan Lawan PAS & UMNO,Nasihat Kepada Anak Muda

Apa Kata Ustaz Azhar Idrus Tentang Mahathir & Najib?

Mahathir jadi PM? Ini kata Anwar

TSMY: 'Masjidil Haram pun tak tanya parti'

UMNO GELABAH, GOYAH & BIMBANG DITOLAK OLEH ORANG MELAYU...

Apabila  UMNO menganjurkan pertandingan dan menerbitkan buku “DAP Bahaya Kepada Melayu-Islam di Malaysia”, apakah DAP perlu bertindak  balas dengan menerbitkan  pula buku memperkatakan parti berasaskan Melyu-Islam sebagai bahaya kepada orang Cina serta bukan Islam di Malaysia?
Apakah dengan berbalas-balas penganjuran menulis buku dan menerbitkan artikel dan buku perkauman seperti dilakukan oleh UMNO akan menyumbangkan kepada perpaduan di negara ini?

Rasanya DAP dan Lim Kit Siang tidak akan terikut-ikut dengan rentak UMNO itu.

Namun persoalan ialah, apa sudah jadi dengan parti politik khususnya UMNO akhir-akhir ini?
Malang sekali yang menerbitkan artikel dan buku perkauman ini ialah UMNO, iaitu parti komponen utama Barisan Nasional (BN) yang sepatutnya menjadi ‘pengawal dan pengimbang’ kepada masalah polarisasi kaum dan etnik di negara ini.
Sejak merdeka dan ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, UMNO membuktikan ia parti yang memainkan peranan ke arah mempertahankan perpaduan kaum di negara ini apabila mengemukakan pelan  penubuhan BN menggantikan Perikatan.
Namun kini?
Jelas UMNO, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa serta pasukannya termasuk Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Tan Sri Noh Omar sangat berbangga dengan hasil usaha yang dilihat terkebelakang itu.
Apakah ini menggambarkan dan sebagai isyarat bahawa UMNO dan BN sangat bimbang dengan sokongan rakyat terhadap pembangkang sehingga gelabah di peringkat gaban yang memaksa mereka menerbitkan dokumen bersifat perkauman sedemikian?

Apakah UMNO begitu goyah dengan pengaruh pembangkang apalagi selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dilihat akan menggantikan peranan UMNO dalam menegakkan kepentingan Melayu dan Islam?

Apakah bimbang kerjasama antara parti pembangkang menyebabkan UMNO semakin hilang arah dan gelabah tidak tentu pasal?
Persoalannya, apakah kejayaan menganjurkan pertandingan dan menerbitkan buku seperti ini akan menggembirakan orang Melayu dan Islam untuk mereka membenci DAP serta pemimpin parti yang dilabelkan sebagai anti-Melayu dan Islam’?
Kenapa mesti UMNO membangkitkan kebencian sedemikian pada ketika ia sepatutnya membuktikan kepada semua orang Melayu dan orang Cina mengenai sumbangan dan jasa UMNO selepas 71 tahun ditubuhkan?
Apakah pemimpin UMNO merasakan ia tidak lagi mampu melakukan tugas meyakin dan menarik sokongan orang Melayu dan perasaan hormat rakyat bangsa lain kepada parti itu?
Apakah cara menghentam DAP dan pemimpinnya akan menyebabkan orang Melayuseratus peratus  akan menyokong UMNO dalam pilihan raya akan datang?
Juga dengan berbuat demikian, apakah orang Cina akan semakin yakin dengan BN dan menambahkan sokongan kepada MCA dan Gerakan gara-gara menghentam DAP dan pemimpinnya sebagai ‘rasis’ dengan begitu teruk sekali?
MCA dan Gerajkan Bantah RUU355
Meletakkan DAP dan pemimpinnya sebagai musuh Melayu dan Islam adalah perbuatan melampau. Kalaupun mahu enarik sokongan dan mengharapkan rakyat mengundi UMNO dan BN pada pilihan raya umum ke-14 nanti, sewajarnya jangan sampai begitu jauh bermain dengan isu perkauman dan keagamaan.
Penerangan UMNO nampak seperti bankrap idea.
Bagaikan tiada cara lain sudah dari segi tindakan untuk memujuk orang Melayu-Islam agar menyokongnya dan tiada cara lain lagi selain mengecop  DAP sebagai musuh ‘Islam dan Melayu’.
Pendekatan ini ada risikonya. Ia berisiko  bukan kepada sokongan politik kepada UMNO dan BN semata-mata tetapi akan menyebabkan semakin renggangnya orang Cina dengan masyarakat Melayu, khususnya dengan penyokong UMNO.
Apakah perbuatan merenggangkan antara kaum dan agama ini sebagai pra-syarat kepada negara maju dan perjuangan UMNO ke arah Transformasi Nasional 2050?
Atau TN50 itu untuk masyarakat Melayu dan UMNO semata-mata?
Jangan lupa bahawa DAP mempunyai pengaruh yang kuat di Pantai Barat, kalaupun tidak di Pantai Timur dan perbuatan UMNO ini akan menyebabkan polarisasi kaum yang bertambah buruk di negeri-negeri berkenaan.

Pantang Melayu ‘tertipu’ buat kali ke-2

Tatkala sedang singgah membeli sedikit kuih bagi berbuka puasa baru-baru ini, saya terserempak dengan kenalan – bukan kawan saya sebenarnya – tetapi ‘rakan’ politik arwah ayah suatu ketika dahulu.
Seperkenalan bersama arwah ayah, beliau merupakan ahli Umno yang boleh dikategorikan sebagai ‘totok’ di bawah teraju Tun Dr Mahathir Mohamad manakala ayah dalam DAP dengan keahlian ‘diwarisi’ oleh saya selaku anaknya selepas pemergiannya.
Perbualan kami yang setakat biasa-biasa pada mulanya – sekadar bertanya khabar – bertukar kepada isu politik semasa dengan antara kami memahami bahawa beliau kini bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan saya pula ‘totok’ DAP.
Katanya yang kini saya anggarkan berusia dalam lingkungan 70an, beliau mengakui bahawa sebelum ini begitu taksub, percaya dan terpengaruh dengan momokan Mahathir suatu ketika dahulu bahawa DAP adalah parti politik yang anti-Islam, anti-Melayu dan apa jua sewaktu dengannya.
Namun, kini setelah Mahathir sendiri mengakui DAP bukanlah parti politik sedemikian dan selepas mengalaminya sendiri dengan melihat serta bergaul dalam komuniti DAP bertahun lamanya, beliau sudah tahu, faham dan tersedar hakikat sebenarnya.
“Sebenarnya DAP bukan parti perkauman Cina. Ia adalah parti berbilang kaum walaupun majoriti ahlinya Cina. Terdapat Melayu, India dan suku kaum Sabah, Sarawak dalam DAP.
“Ada wakil rakyat DAP yang terdiri daripada orang Melayu dan India. Pemimpin besar DAP dahulu ialah Karpal Singh,” memetik catatan Mahathir dalam blognya.
Justeru, katanya, strategi Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk ‘meniru dan mengulangi’ strategi Mahathir itu dengan menjadikan DAP sebagai ‘mangsa’ politik tidak akan berjaya kerana orang Melayu tidak bodoh, tidak akan tertipu dengan dakyah sedemikian lagi.
Ini kerana, jelasnya, orang Melayu telah menyedari dan memperakui kata-kata Mahathir bahawa DAP bukan parti cauvinis dan tidak pernah menunjukkan sebarang sentimen anti-Islam, anti-Melayu seperti yang dimomokkan dalam akhbar-akhbar perdana milik Umno.
Lagipun, beliau sendiri nampak dan berbual dengan beberapa pemimpin DAP yang parti itu sebenarnya bukan bermatlamat untuk hapuskan hak-hak keistimewaan Melayu, agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), menutup Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan sebagainya.
Janji tersebut sekaligus dibuktikan dengan prestasi pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sejak 2008 yang tidak pernah langsung menunjukkan sebarang usaha atau sentimen anti-Islam dan anti-Melayu.
Malah, Pulau Pinang di bawah teraju pimpinan DAP selama hampir dua penggal setakat ini menambah peruntukan belanjawan bagi pembangunan Islam di Pulau Pinang melibatkan Sekolah Agama Rakyat, masjid dan badan serta institusi Islam lain dari tahun ke tahun berbanding negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN.
Malahan, para tahfiz Al-Quran turut diberi imbuhan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang.
Yang tampak jelas ialah DAP mahu menjadikan Malaysia negara lebih baik dengan melaksanakan agenda anti-rasuah dan mendedahkan dalang sebenar bergelar MO1 di sebalik kemelut yang memburukkan nama baik Malaysia di persada antarabangsa.
Yang tampak ketara ialah DAP cuba untuk meningkatkan ekonomi negara tanpa membebankan rakyat dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selain mengawal kadar inflasi agar rakyat biasa mampu menjalani kehidupan tanpa kemurungan dan meningkatkan peluang untuk berjaya dari generasi ke generasi.
Justeru, DAP hari ini nampaknya semakin berpotensi untuk menerima lebih banyak undi masyarakat Melayu pada pilihan raya umum ke-14, atau setidak-tidaknya, menjadi parti yang boleh dirapati semasa berkempen tanpa perasaan syak atau was-was lagi.