Rabu, 7 Jun 2017

Skandal FGV: Isa Samad menggali kuburnya sendiri?


Tindakan Tan Sri Isa Samad menggantung Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Felda Global Venture (FGV) Ahmad Tifli Talha mesti dipandang serius.
Isa Samad FGVSetelah setahun mengemudi FGV, beliau telah memulakan pelbagai langkah penambahbaikan dan pelan strategi bagi memulihkan konglomerat besar ini sejak penyenaraiannya. FGV kembali membuat keuntungan dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017 berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Lebih serius lagi kerana Zakaria telah mendedahkan bantahan beliau terhadap pelaburan ratusan juta yang 'tidak masuk akal' dan dalam pelaburan yang tidak 'core-business' FGV. Contohnya, rancangan untuk menambah RM551 juta dalam syarikat nano karbon yang bukan 'core-business' iaitu Felda Cambridge Nanosystems Ltd, setelah itu kerugian RM117 juta adalah tidak masuk akal dakwa beliau. FGV hanya punya simpanan tunai sebanyak RM1.8 bilion sementara menanggung ansuran hutang sebanyak RM4 bilion.
Ada sesuatu tidak kena
Keberanian serta ketegasan Zakaria yang mahukan SPRM bertindak menyiasat dakwaan salah-laku bayaran atau apa jua dakwaan yang lain (discrepancies) mengisyaratkan sesuatu yang tidak kena. Beliau merakam kekecewaannya dan menyifatkan bahawa beliau adalah 'mangsa keadaan' (victim of circumstances). Terkini beliau mencabar pihak Lembaga Pengarah FGV untuk membuat pilihan antara beliau dan pengerusinya.
Zakaria tidak pula menafikan kemungkinan wujud ketidakselarasan (discrepancies) dalam bayaran dan sebagainya, yang dikesani oleh audit dalaman. Pihak FGV telah pun melibatkan sebuah badan audit luar (PwC) yang mengesahkan kewujudan ketidakselarasan yang membabitkan 'berjuta ringgit'.
Zakaria yang agak enggan untuk meletakkan jawatan pada tahap awal, menyatakan bahawa beliau sendiri telah melaporkan kepada SPRM untuk menyiasat akan kes tersebut kerana urusniaga dengan anak syarikat Felda, Delima Oil Products (DOP) dan Safitex telah berjalan lebih awal dari pelantikan beliau lagi.
Jadi tanda tanya
Kini menjadi tanda tanya besar apakah motif di sebalik kesemua tindakan Isa Samad ini, yang tidak pernah setegas dan sepantas ini. Ada sesuatu yang belum dapat dibaca lagi oleh pihak penganalisis.
Dengan mulanya siasatan ini, maka apakah ini merupakan peluang untuk SPRM melanjutkan siasatan atas segala dakwa-dakwi tentang perolehan aset-aset mewah luar negara termasuk khasnya perihal pembelian 37% saham PT Eagle High Plantations di Indonesia dengan harga RM2.9bilion, hampir 3 kali ganda harga pasaran?

Skandal FGV: Najib juga perlu disiasat, kata Pemuda Amanah

fgv
Pemuda Amanah Nasional menggesa siasatan dibuat melibatkan perdana menteri, pengerusi Felda Global Venture (FGV), dan keseluruhan operasinya rentetan krisis dalam pentadbiran FGV.
Naib ketuanya Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, sebarang proses siasatan tanpa melibatkan Datuk Seri Najib Razak hanya wayang untuk mengekalkan Tan Sri Isa Samad di puncak kuasa.
"Dalam hal ini, perdana menteri selaku individu yang membawa Isa Samad ke dalam Felda perlu tampil dan mengambil tanggungjawab penuh. Beliau dilihat sebagai punca utama yang berada di belakang Isa Samad dalam mengawal perjalanan Felda selama ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut memberi contoh kerugian FGV ketika Isa menjadi pengerusinya.
"Ketika era Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FGV, telah berlaku penyelewengan di Felda Iffco Gida Sanayi, sebuah anak syarikat yang dimiliki 50% saham oleh FGV di Turki, dengan kerugian saham luar biasa sebanyak RM57 juta.
"Penyelewengan tersebut telah menyebabkan kerugian suku ketiga FGV yang berakhir 30 September 2016 melebar daripada RM33.9 juta tahun yang lalu ke RM94.86 juta.
"Bagi melengkapkan kitar kegilaan ini, Isa Samad telah mengadakan mesyuarat lembaga pengarah tergempar dan tertutup dengan mengusulkan untuk menyingkirkan Zakaria Arshad sebagai CEO FGV tanpa menjemput beliau untuk menghadiri mesyuarat.
"Pelik, tapi benar. Bagaimana CEO boleh dihalang daripada hadir mesyuarat lembaga pengarah?" katanya.
Semalam, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Zakaria Arshad dan dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Ahmad Tifli Mohd Talha, mengambil cuti susulan siasatan yang dijalankan ke atas pembayaran oleh sebuah anak syarikat.

Skandal FGV: Pengerusi FGV perlu ambil tanggungjawab penuh babit kerugian


Wan Mohd Shahrir
Tan Sri Mohd Isa Samad perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam kemelut membabitkan kerugian Felda Global Ventures Hoding Berhad (FGV) kata,Pengerusi Task Force Felda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Mohd Shahrir Wan Abd Jalil.
Beliau berkata, arahan bercuti terhadap empat pengurusan kanan FGV itu semalam, membuktikan dakwaan sebelum ini wujudnya kelemahan dalam pengurusan FGV yang telah berlaku selama ini.
"Sepatutnya Tan Sri Isa yang harus bercuti dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya mengenai kemelut dalaman FGV," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Semalam Pengerusi FGV Tan Sri Mohd Isa Samad mengarahkan empat pengurus kanannya termasuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad bercuti serta-merta bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan berhubung dakwaan salah laku urus niaga syarikat.
Selain Zakaria, tiga lagi individu terlibat ialah Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd. Talha; Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd Kamarzaman Abd Karim.

Zakaria dalam satu kenyataannya berkata beliau sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung urus niaga yang melibatkaan unit FGV, Delima Oil Products  dan beliau perlu mendepani perkara ini dengan terbuka dan mempertahankan dirinya sendiri.
Dalam situasi ini, Wan Shahrir yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MPT) Bersatu berkata, sewajarnya SPRM menjalankan siasatan kerana kesediaan Zakaria untuk berbuat demikian bagi mempertahankan kredibilitinya yang sudah berkhidmat selama 33 tahun.
"Sudah pasti SPRM perlu menyiasat. Kita mahu tahu jika urus niaga dilakukan oleh anak syarikat Delima Oil Products itu sebenarnya tidak dipersetujui oleh Zakaria sama ada beliau berpandangan ia akan merugikan Felda atau sebenarnya berlaku penyelewengan yang beliau sendiri mengetahuinya," ujarnya yang mendakwa mungkin wujud situasi di mana Zakaria 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu untuk menutup kepincangan pengurusan dalaman FGV itu sendiri.
Semalam Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad ketika mengumumkan keputusan Lembaga Pengarah FGV tersebut berkata, keempat-empat individu terbabit diarah bercuti sehingga siasatan selesai dengan syarikat tidak menetapkan sebarang tempoh.

Skandal FGV: Zakaria serah dokumen, beri keterangan di ibu pejabat SPRM


Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Datuk Zakaria Arshad tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya petang ini bagi  memberi keterangan berhubung dakwaan salah urus niaga dalam syarikat.
Beliau tiba diperkarangan ibu pejabt Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 220 petang tadi.
Datuk Zakaria Arshad Beliau yang ditemui memaklumkan dipanggil SPRM untuk memberi keterangan mengenai dakwaan berkenaan.
“Saya juga akan menyerahkan beberapa dokumen kepada SPRM berhubung dakwaan berkenaan," katanya.
Beliau juga sedia memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan dan dakwaan yang dikemukakan terhadapnya itu.
Semalam, Zakaria bersama tiga yang lain dipaksa bercuti serta merta berkuat kuasa serta-merta oleh lembaga pengarah syarikat.
Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha juga dipaksa bercuti serta-merta.
Zakaria dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan beliau bersedia untuk disiasat dan mengesyorkan SPRM datang menyiasat FGV supaya senang membuktikan jika ada apa-apa perkara yang tidak baik berlaku dalam syarikat berkenaan.

Skandal FGV: ‘Kebenaran akan menjelma’

CEO Kumpulan Felda Global Ventures itu berkata peristiwa yang menimpa tidak pernah berlaku dalam sejarah Felda.
zakaria-2
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad, yang diarahkan bercuti menyifatkan peristiwa yang berlaku sekarang sebagai tidak pernah berlaku dalam sejarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan syarikat itu.
“Berita hari ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Felda dan FGV. Kebenaran akan menjelma akhirnya.
“Kepada rakan sekerja FGV dan warga Felda, Saya mohon maaf kerana terpaksa meninggalkan pejabat secara tiba-tiba, saya tidak berkesempatan bertemu anda semua,” katanya dalam catatan beliau di laman Twitter.
zakaria-3
Zakaria dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 April tahun lepas.
FGV memaklumkan kepada Bursa Malaysia yang Zakaria akan bercuti sementara menunggu hasil siasatan pelbagai urus niaga yang dijalankan oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd.
Selain daripada Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd Kamarzaman Karim, dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar juga diminta bercuti.
Semasa dihubungi stesen televisyen tempatan dalam segmen temu bual sebelumnya, Zakaria berkata beliau bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung urus niaga yang melibatkan unit FGV, Delima Oil Products.
“Malahan, semasa ditanya sebelum ini, saya meminta SPRM supaya datang ke FGV dan menyiasat keseluruhan FGV, termasuk kes ini (Delima Oil) bagi membolehkan kami bagi menghapuskan segala keraguan,” katanya.
Zakaria juga berkata beliau ada menjangkakan kemungkinan lembaga meminta beliau bercuti, tetapi tidak menjangka sampai seperti ini kerana ia adalah isu kecil.
“Saya perlu mendepani perkara ini dengan terbuka dan mempertahankan diri saya sendiri,” katanya.

Skandal FGV: Pas cadang Isa juga bercuti, Shahrir pangku tugas

Isa Samad FGV
Pas menyarankan pengerusi Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) Tan Sri Mohd Isa Samad turut bercuti bagi memastikan siasatan yang telus dapat dijalankan terhadap penyelewengan dalaman FGV serta-merta.
Timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Abdul Samad boleh dilantik sebagai pemangku Isa.
Semalam, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Zakaria Arshad dan dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Ahmad Tifli Mohd Talha, mengambil cuti susulan siasatan yang dijalankan ke atas pembayaran oleh sebuah anak syarikat.
"Banyak masalah Felda hari ini kebanyakannya datang daripada FGV dan pengurusan Isa.
"Sekiranya Zakaria perlu bercuti, Isa lagi perlu bercuti untuk memastikan siasatan yang telus dapat dijalankan terhadap dakwaan kedua-dua pihak dan penyelewengan dalaman FGV dengan serta-merta," katanya dalam kenyataan.
Beliau juga berkata, tindakan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Isa sebagai pengerusi FGV menyebabkan pengerusi Felda yang baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad sukar melaksanakan langkah-langkah memulihkan Felda.
""Pas meramalkan Shahrir dan Isa bakal bertembung, dan ini akan satu persaingan politik yang tidak perlu di dalam Felda yang bakal merugikan Felda dan khasnya peneroka.
"Sepatutnya Isa perlu dibuang terus daripada Felda. Pertembungan antara Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad tidaklah menghairankan, malah sudah dijangka," katanya lagi.

Skandal FGV: CEO cuba hentikan pelaburan tak masuk akal "lembaga"

Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad yang digantung hari ini, berkata beliau cuba menghalang pelaburan ratusan juta yang dibuat oleh lembaga pengarah syarikat tersebut yang disifatkannya sebagai "tidak masuk akal".
Antara pelaburan itu, katanya, adalah rancangan bernilai 100 juta pound sterling (kira-kira RM551 juta) untuk pengembangan Felda Cambridge Nanosystems Ltd , sebuah syarikat nano karbon, yang kerugian RM117 juta dalam tempoh tiga hingga empat tahun lepas.
"Sekarang mereka (lembaga FGV) mahu mengembangkannya, mereka memerlukan 100 juta pound lagi. Bagi saya ini adalah tidak masuk akal, kami sebuah syarikat perladangan," beliau dipetik sebagai berkata oleh The Star.
Pelaburan lain, kata Zakaria, adalah rancangan untuk menghabiskan RM300 juta bagi membeli 30 peratus pegangan dalam sebuah kilang krimer, yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan bukan teras.
Zakaria juga melahirkan rasa tidak puas hati mengenai amalan rundingan terus.
"Terdapat contoh-contoh lain, rundingan langsung, kontrak langsung ... Saya telah diberi kepercayaan untuk menguruskan syarikat tetapi apabila saya mahu menguatkuasakan dengan tegas, maka ini apa yang berlaku," katanya.

Skandal FGV: Zakaria luah perasaan di laman twitter


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad, yang diarahkan bercuti menyifatkan peristiwa yang berlaku sekarang sebagai tidak pernah berlaku dalam sejarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan syarikat itu.
“Berita hari ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Felda dan FGV. Kebenaran akan menjelma akhirnya.
Datuk Zakaria Arshad “Kepada rakan sekerja FGV dan warga FELDA, Saya mohon maaf kerana terpaksa meninggalkan pejabat secara tiba-tiba, saya tidak berkesempatan bertemu anda semua,” katanya dalam catatan beliau di laman Twitter.
Zakaria dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 April tahun lepas.
FGV telah memaklumkan kepada Bursa Malaysia yang Zakaria akan bercuti sementara menunggu hasil siasatan pelbagai urus niaga yang dijalankan oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd.
Selain daripada Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd Kamarzaman Karim, dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar juga diminta bercuti.
Semasa dihubungi stesen televisyen tempatan dalam segmen temu bual sebelumnya, Zakaria berkata beliau bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung urus niaga yang melibatkan unit FGV, Delima Oil Products.
"Malahan, semasa ditanya sebelum ini, saya meminta SPRM supaya datang ke FGV dan menyiasat keseluruhan FGV, termasuk kes ini (Delima Oil) bagi membolehkan kami bagi menghapuskan segala keraguan," katanya.
Zakaria juga berkata beliau ada menjangkakan kemungkinan lembaga meminta beliau bercuti, tetapi tidak menjangka sampai seperti ini kerana ia adalah isu kecil.
“Saya perlu mendepani perkara ini dengan terbuka dan mempertahankan diri saya sendiri,” katanya.

Nurul: Bekerjasama Dengan Tun Mahathir Demi Agenda REFORMASI!!!

Skandal FGV: "Saya hadapilah," kata CEO

Rafizi mahu Shahrir campur tangan, kekalkan CEO FGV

Skandal FGV: Zakaria dipaksa bercuti serta merta

Skandal FGV: Zakaria tak tunduk desakan lepas jawatan

Skandal FGV: Sidang media khas Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad

Rafizi Ramli - Isu PANAS Penggantungan CEO FGV Dato' Zakaria Arshad