Isnin, 12 Jun 2017

5 April 17 - Penggulungan RUU Cukai Perlancongan

6 April 17 - RUU Cukai Perlancongan - DAP Bagan

5 April 17 - RUU Cukai Perlancongan - DAP Bukit Mertajam

5 April 17 - RUU Cukai Perlancongan - DAP Seremban

6 April 17 - RUU Cukai Perlancongan - AMANAH Kuala Krai

5 April 17 - RUU Cukai Perlancongan - Pokok Sena

Samseng Bazar Ramadhan: Benarkah si pelaku samseng ini seorang imam ??!

Harap Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Jabatan Agama Islam Johor dan Majlis Agama Islam Johor dapat siasat kesahihan pengakuan beliau seorang imam yang bertindak lagak samseng & provokasi di khayalak ramai.

Penasihat & Banyak Kebersamaan..!!!

Umno & PAS banyak kebersamaan !!
Umno & PAS banyak kebersamaan !!
Umno & PAS banyak kebersamaan !!

LEBIH SAMSENG ??!

TETAPI kenapa Tun M ajak debat terus jadi bacul.. ghaib. Sembang dpn kamera boleh la..

PATUTLER...
"Umno & PAS punyai banyak kebersamaan" -PAS
 Kenapa baru skrg baru nak salahkan k'jaan persekutuan & tolak cukai pelancongan di Sarawak ?

Kenapa tidak saja bantah awal2 semasa di parlimen dahulu ??!

Adakah ini satu drama ??!

‘Cukai pelancongan bukti Umno tidak fahami Sabah, Sarawak’

Ketua Pemuda Warisan Aziz Jamman berkata kedua-dua negeri perlu bersatu dan mengajar Umno tentang hormati sensitiviti.
Azis-Jamman
PETALING JAYA: Ketua Pemuda Parti Warisan Sabah (Warisan), Azis Jamman berkata pelaksanaan cukai pelancongan bukti Umno tidak memahami sensitiviti rakyat Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata, dengan pelaksanaan cukai ini, kerajaan terlepas pandang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), menunjukkan ia tidak berniat untuk memenuhinya.
“Cukai pelancongan dilaksanakan tanpa mengambil pandangan kedua-dua negeri, seolah-olah Sabah dan Sarawak hanya penumpang yang mengikuti kehendak Umno dari Semenanjung,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Katanya, cukai ini hanya menambah beban kepada Sabah dan Sarawak, yang sudah terjejas dengan penarikan balik subsidi dan GST.
Azis juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memberi “harapan palsu” kepada rakyat Sabah dan Sarawak.
Beliau juga mempersoalkan kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz yang menyatakan hasil daripada cukai itu akan disalurkan kembali kepada negeri mengikut kutipan mereka, menunjukkan kerajaan mengamalkan pilih kasih.
“Mengapa sistem ini tidak digunakan pemimpin Umno dalam pengagihan semula hasil minyak kepada Sabah dan Sarawak sementara negeri-negeri di Semenanjung, kecuali Terengganu yang tidak menyumbang sebarang hasil minyak?
“Apabila raja Arab Saudi datang ke Malaysia, Najib menghantar pelaburan ke Johor yang tidak mempunyai minyak,” katanya.
Beliau berkata bekas timbalan menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan pernah mengatakan hasil GST akan dikembalikan kepada rakyat.
“Selepas 1 tahun, bukan sahaja kita tidak melihatnya, tetapi hasil GST digunakan untuk menyelesaikan hutang 1MDB.
“Sekarang Nazri menggunakan perkataan yang sama apabila menyatakan pendapatan (daripada cukai pelancongan) akan diberikan kepada rakyat. Bolehkah sekali lagi kita mempercayai Umno apabila ia melibatkan wang? ”

Ini bukan soal ‘jantan’, tetapi tingkah laku, kata Rahman

Abdul Rahman Dahlan berkata senioriti dan keberanian tiada kaitan dengan isu berbangkit, yang boleh diselesaikan secara santun dan berhemah.
rahman-dahlan-nazri-aziz
PETALING JAYA: Tidak lama selepas dibidas Datuk Seri Nazri Aziz berhubung isu cukai pelancongan dan kritikan terhadap seorang menteri Sarawak, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini menulis soal senioriti dan keberanian tiada kaitan dengan isu berbangkit.
“Ini bukan soal ‘jantan’ ‘betina’, ini soal santun dan hemah. Dalam Kabinet tiada istilah lama atau baru, ada masa idea PM pun boleh dibantah, apatah lagi menteri jantan yang sudah lama,” tulisnya di akaun Twitter, tanpa menamakan sesiapa.
Bagaimanapun dalam laporan Malaysiakini hari ini, Nazri dilaporkan membidas Menteri Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah kerana melibatkan BN Sarawak ke dalam pertelingkahan mereka.
Ketua Pemuda BN Sarawak Datuk Fadillah Yusof hari ini berkata Nazri tidak wajar mengeluarkan kenyataan kasar terhadap Karim.
“Ini antara saya dengan dia, mengapa nak bawa satu negeri terbabit sama? I am a jantan (man), OK?..Biar dia jawab. Jadilah lelaki dan jawab. Saya mahu Abdul Karim jawab saya. Jangan jadi pengecut dan libatkan orang lain,” balas Nazri, lapor Malaysiakini.
Rahman berkata demikian selepas Nazri yang diserang ahli politik Barisan Nasional dan pembangkang selepas menggelar Menteri Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah “setahun jagung”.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebelum ini menulis di Twitter: “Datuk Karim mungkin baru sebagai menteri Sarawak tetapi dia sudah pasti ahli politik Sarawak berpengalaman dengan bertahun-tahun pengalaman sebagai YB yang dipilih.
Nazri bagaimanapun membalas balik kenyataan Rahman dengan berkata Rahman juga menteri “baru dan tidak berpengalaman” dan tidak perlu masuk campur dalam pertelingkahannya dengan Karim.
“Dia (Rahman) adalah menteri baru. Beliau memegang satu jawatan dan ditukar kepada jawatan lain tidak lama kemudian. Jadi, saya fikir lebih baik dia tidak terlibat dan biarkan saya selesaikan perkara ini dengan Karim.

Cukai Pelancongan: Selepas Karim, Nazri serang Rahman Dahlan pula

Menteri pelancongan itu mengingatkan Rahman jangan campurtangan dan biarkannya selesaikan perkara itu sendiri dengan Karim.
nazri-aziz-rahman-dahlanDatuk Seri Nazri Aziz membidas seorang lagi menteri hari ini berikutan kekecohan mengenai kenyataannya terhadap seorang menteri Sarawak kerana mempertikaikan cukai pelancongan baharu.
Menteri pelancongan dan kebudayaan itu, yang diserang ahli politik Barisan Nasional dan pembangkang selepas menggelar Menteri Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah “setahun jagung”, hari ini menyerang menteri persekutuan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Rahman, seorang menteri di jabatan perdana menteri dan ahli Parlimen Kota Belud, sebelum ini mempertahankan Karim.
“Datuk Karim mungkin baru sebagai menteri Sarawak tetapi dia sudah pasti ahli politik Sarawak berpengalaman dengan bertahun-tahun pengalaman sebagai YB yang dipilih,” kata Rahman di Twitter.
Nazri menjawab Rahman juga menteri “baru dan tidak berpengalaman” dan tidak perlu masuk campur dalam pertelingkahannya dengan Karim.
“Dia (Rahman) adalah menteri baru. Beliau memegang satu jawatan dan ditukar kepada jawatan lain tidak lama kemudian. Jadi, saya fikir lebih baik dia tidak terlibat dan biarkan saya selesaikan perkara ini dengan Karim,” kata Nazri kepada FMT.
“Dia tidak perlu menasihati menteri kanan dan saya tidak perlukan bantuannya. Lagipun dia dari Malaysia timur, dia tidak neutral.”
Rahman berkata perang mulut antara Nazri dan Karim merumitkan usaha kerajaan menjelaskan cukai pelancongan.
“Menteri Persekutuan perlu lebih bertimbang rasa apabila berurusan dengan soalan tulen dan kebimbangan dari pemimpin Sabah dan Sarawak,” katanya.
Nazri berkata jika Karim “ahli politik berpengalaman”, beliau sepatutnya meminta penjelasan mengenai cukai pelancongan terlebih dahulu, “bukannya terus menyerang dan mengatakan kerajaan persekutuan tidak sensitif, padahal perkara itu (cukai pelancongan) sudah lama dibincangkan”.
Cukai pelancongan baru yang akan bermula pada 1 Julai ini akan menyaksikan hotel mengenakan bayaran tambahan RM2.50 hingga RM20 bagi penginapan semalaman.
Karim berkata cukai baru itu contoh kerajaan persekutuan mengenakan undang-undang cukai ke atas Sarawak tanpa berunding terlebih dahulu, dakwaan yang mengundang kemarahan Nazri.
“Anda (Karim) tidak perlu bercakap besar dalam politik. Jika anda mahu menunjukkan samseng, kita adalah samseng lagi besar,” kata Nazri.
Kenyataan itu dikutuk ahli politik kedua belah pihak di Sarawak. Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof mengecam Nazri kerana menghina Karim.

Shazni dilepas reman awal sehari


Protes di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya semalam mendesak Shazni Munir Mohd Ithnin dibebaskan dilihat sebagai faktor pelepasan awal Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional itu.
Peguam Biro Undang-undang Amanah (Kanun), Wan Anwar Wan Ibrahim berkata demikian ketika mengulas proses pelepasan Shazni daripada tahanan reman secara jaminan polis pada 3.40 petang hari ini.
Shazni bebas
"Saya turut memuji tindakan Pemuda Amanah Nasional dan rakan-rakan Pemuda Pakatan Harapan yang telah berhimpun secara aman di IPD Putrajaya pada malam tadi (11 Jun) bagi mendesak supaya Shazni dilepaskan dengan lebih awal.
"Desakan tersebut juga mungkin menjadi salah satu faktor terhadap pelepasan awal Shazni," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana telah mempertimbangkan permintaannya supaya proses siasatan dapat dilakukan pada kadar segera walaupun tempoh reman adalah selama empat hari.
"Saya telah dimaklumkan oleh pagawai penyiasat bahawa tempoh satu minggu yang diberikan adalah untuk pihak polis menyempurnakan kertas siasatan sebelum dibawa ke Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan di bawah Seksyen 341/143 Kanun Keseksaan jika perlu," katanya.
Sehubungan itu, Wan Anwar yang juga Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional mendesak supaya pihak polis turut menyiasat laporan polis yang dikemukakan Pemuda Amanah Nasional terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 30 Mei lalu.
Turut berada di IPD Putrajaya hari ini adalah Naib Presiden Amanah, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan selain isteri dan keluarga Shazni.

Bebanan Syawal: Pemuda Amanah gesa kerajaan campur tangan isu kenaikan tambang bas


Pemuda Amanah Nasional menggesa kerajaan campur tangan dalam isu kenaikan tambang bas yang didakwa akan berlaku pada musim perayaan ini.
Ketuanya Mohd Sany Hamzan berkata, kerajaan harus membantah kenaikan itu kerana ia sangat menyusahkan rakyat yang sedia terbeban dengan Cukai Barangan dan Perkidmatan (GST).
tambang basApatah lagi katanya, kenaikan ini akan berlaku ketika rakyat sedang melakukan persiapan menyambut Syawal.
"Kerajaan perlu campur tangan dalam hal ini dengan menyekat dan membantah kenaikan tersebut yang sangat membebankan rakyat. Sekiranya kenaikan tersebut tidak lagi mampu dikawal, Pemuda Amanah Nasional menyarankan agar kos tersebut ditanggung oleh kerajaan.
7. Rakyat sudahpun menanggung dan membayar cukai GST, sewajarnya kerajaan mengambil kira soal itu dengan tidak sewenang-wenangnya membenarkan apa jua kenaikan yang menambahkan lagi bebanan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jumaat lalu, Utusan Malaysia melaporkan kadar tambang bas ekspres akan dinaikan sebanyak 10 peratus berbanding harga biasa bagi perjalanan ke seluruh negara bermula 22 Jun hingga 2 Julai.
Presiden Persatuan Pengusaha-pengusaha BAS Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali dilaporkan sebagai berkata, langkah itu bagi memastikan perkhidmatan bas ekspres tidak tergendala selain dapat menampung kos operasi pengendalian yang kian meningkat menjelang sambutan Aidilifitri.
Utusan melaporkan lagi, kenaikan harga tiket bas tersebut bukan hanya bergantung kepada harga minyak semasa sebaliknya ia turut dipengaruhi faktor lain berdasarkan ketetapan SPAD.
Mengulas lanjut, Sany berkata pihaknya kecewa terhadap SPAD yang gagal memainkan peranannya untuk mengawal kadar tambang sebaliknya memberi 'restu' terhadap kenaikan ini.
"SPAD sewajarnya mengambil kira pelbagai aspek sebelum membuat sebarang keputusan dan ketetapan kerana ia melibatkan kepentingan rakyat," katanya.

Cukai pelancongan untuk isi tabung kerajaan Umno@BN yang makin kering....

Wong Chen percaya lebih ramai pelancong akan menggunakan Airbnb untuk memenuhi keperluan penginapan ekoran pelaksanaan cukai pelancongan RM2.50 hingga RM20 ke atas hotel di seluruh negara.
Wong-Chen-putrajaya-kerajaan-malaysiaAhli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, cukai pelancongan untuk menjejaskan industri pelancongan kerana pelaksanaan cukai baharu itu sekadar untuk menambah pendapatan kerajaan.
Pemimpin PKR itu berkata, cukai pelancongan ialah satu lagi langkah kerajaan mendapatkan dana amat diperlukan disebabkan masalah kewangan akibat ketidakupayaan membasmi ketirisan dan rasuah.
“Saya jangka industri perhotelan akan mengalami kelembapan perniagaan selama 6 bulan hingga setahun, sebelum ia kembali pulih.
“Pelancong lebih cenderung menggunakan Airbnb yang tidak tertakluk kepada cukai itu kerana ia tidak dikawal selia kerajaan,” katanya kepada FMT hari ini.
Beliau berkata, dalam jangka panjang, kesannya tidak besar jika kadar cukai itu dikekalkan, tetapi kesan negatif akan wujud jika kadarnya dinaikkan setiap tahun.
Mengenai keputusan kerajaan Sarawak menarik balik daripada Lembaga Pelancongan Malaysia, Wong Chen berkata, masalah itu berpunca daripada kegagalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berbincang dengan semua pihak berkepentingan sebelum Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang itu.
“Ia juga petanda kerajaan Sarawak bersedia melaksanakan autonomi lebih besar dan membuat keputusan,” katanya.
Pejabat Ketua Menteri Sarawak hari ini mengumumkan negeri itu menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia berkuat kuasa serta-merta, sehari selepas menteri pelancongan membidas seorang menteri negeri kerana mempersoalkan cukai pelancongan yang bakal berkuat kuasa 1 Julai ini.
“Kerajaan negeri menganggap penyertaan wakil dalam Tourism Malaysia tidak perlu kerana ia bertindih dengan peranan dan fungsi Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak,” menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri.
Tahun lalu, wakil rakyat pembangkang mengkritik cadangan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan memperkenalkan bayaran perkhidmatan pelancongan (TSF) yang menyarankan kerajaan menumpukan perhatian untuk mengurangkan pembaziran dan rasuah terlebih dahulu.

Skandal FGV: Dato’ Zakaria vs Isa Samad


Ramadan kali ini kita dipertontonkan isu pertelingkahan dalam FGV. Arahan FGV ke atas Dato’ Zakaria Arshad selaku Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Berhad telah dijangka malah perang mulut antara beliau dan bossnya, Tan Sri Isa Samad telah pun berlaku awal.

Dari maklumat yang diperolehi, rata rata peneroka dan generasi Felda sangat tidak berpuas hati dengan keputusan penggantungan tugas Zakaria apatah lagi Zakaria anak Felda, dan khidmatnya lebih 30 tahun berbanding Isa Samad seorang tokoh yang selalu dikaitkan dengan Rasuah Pemilihan Umno 2004.

Ia berikutan ketidakserasian tokoh anak Felda itu dengan pihak atasan yang umum sangat mengenali sebagai playermaker mencatur perjalanan FGV hingga kini berdepan saat getir.
FGV dipengerusikan Tan Sri Isa Abdul Samad selepas kedudukan beliau di Felda digantikan Tan Sri Shahir Samad.
Apa yang terjadi dalam Felda hari ini membuktikan kacau bilau yang sedang berlaku dalam FGV kerana sejak setahun Zakaria menerajui kumpulan itu akhirnya beliau dicutikan serta-merta.
Perang mulut antara Zakaria dan Isa Samad menyaksikan adegan tuduh menuduh dan adanya perang antara pengikut masingmasing.
Zakaria sebelum ini menegaskan tidak akan tunduk dengan desakan ke atasnya agar melepas jawatan oleh Isa Samad melalui surat bertarikh 5 Jun.
Isu yang dibangkitkan dan dihadapkan ke atas beliau antaranya berkenaan tunggakan Safitex anak Syarikat FGV.
Namun seperti kata Pengerusi NGO Generasi, Ustaz Roslan Md Esa bahawa Zakaria mempertahankan kerana baginya Safitex mendapat kelulusan Ketua Eksekutif FGV terlebih dahulu sebelum membuat bayaran menerusi terma kredit 90 hari selepas produk dihantar.
Selain itu Safitex mempunyai pelanggan DOP selama 20 tahun dengan Isa Samad juga kini pengerusi Lembaga DOP itu, punyai rekod bersih malah disifatkan bukan syarikat asing.
Namun dalam respon balas, Isa Samad menyatakan beliau kononnya tiada kuasa membuat keputusan menyingkir Zakaria malah seolah-olah tidak bersalah dengan keadaan tersebut.
Sebaliknya pada 6 Jun, Zakaria diarahkan bercuti dan semua tanggungjawab beliau dialihkan Kepada Jawatankuasa yang dibentuk.

'I am a jantan, OK?' - Nazri Aziz

Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau tidak peduli apa yang dikatakan pemimpin BN Sarawak terhadapnya, malah enggan mempedulikan ketua pergerakan itu sendiri.
"Saya tak kisah apa Pemuda BN Sarawak kata, saya tak peduli apa Datuk Seri Fadillah Yusof kata dan saya tak peduli pasal dia," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi sebentar tadi.
Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, menteri Sarawak terlebih dulu menghina beliau dengan meminta kerajaan pusat menghormati Perjanjian Malaysia 1963 apabila mahu melaksanakan cukai pelancongan mulai Ogos ini.
Katanya, isu yang berlaku sekarang adalah antara beliau dengan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Abdul Rahman Hamzah.
Justeru, katanya, Fadillah tidak wajar diheret dalam isu berkenaan.
"Dia (Abdul Karim) menghina saya, jadi saya ada hak menghina dia balik," katanya.
Pagi tadi Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya berkata, Nazri tidak wajar mengeluarkan kenyataan kasar terhadap Abdul Karim kerana ia tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam BN.
Fadillah yang juga ketua pemuda BN Sarawak berkata tindakan melabelkan menteri Sarawak itu sebagai setahun jagung dan masih budak adalah penghinaan terhadap seseorang yang diberi kepercayaan untuk menerajui kementerian berkenaan di peringkat negeri.
Nazri juga menjelaskan maksud "setahun jagung" kepada Fadillah yang dilabelkannya kepada Abdul Karim semalam.
"Mengikut perkataan Melayu, setahun jagung maknanya tiga bulan. Dan saya bercakap benda yang betul bahawa dia setahun jagung sebab dilantik menjadi menteri kurang dari tiga bulan.
Jangan bawa satu negeri
Abdul Karim ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Asajaya sejak 2011 sebelum ini berkhidmat sebagai timbalan menteri. Beliau dilantik menjadi menteri penuh Sarawak pada 7 Mei lalu ekoran rombakan kabinet negeri.
Beliau meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan dan berpendapat ia dilakukan tanpa berunding dengan kerajaan negeri.
Bagaimanapun kata Nazri, kerajaan sudah melalui proses rundingan berhubung isu berkenaan malah dibahas di parlimen.
"Kalau Abdul Karim kata Sarawak tidak dibawa berunding, jadi apa Fadillah buat dalam kabinet? Beliau kena tahu fakta lebih baik sebab kawan dia (Abdul Karim) anggap dia tak buat kerja.
"Ada 25 orang anggota parlimen dari Sarawak di Dewan Rakyat," katanya.
Anggota Parlimen Padang Rengas itu juga menegaskan bukan hanya orang Sarawak yang boleh menjadi sensitif, sebaliknya perasaan itu turut dialami orang semenanjung.

APA BEZANYA NAZRI AZIZ DENGAN AHMAD MASLAN?

Dalam barisan kabinet, Nazri Aziz bukanlah dikenali sebagai menteri yang baik, boleh diteladani atau memiliki ciri-ciri kepimpinan terpuji, tetapi lebih dicop sebagai menteri yang samseng, celupar, kasar dan selalu memandang rendah kepada orang lain.

Selalu kedengaran beliau membangga diri  -  "saya menteri, saya lebih besar daripada dia", "saya sudah 17 tahun menjadi menteri", "saya lebih lama jadi menteri berbanding dia, " saya menteri, dia cuma timbalan menteri",  "dia tu budak mentah" dan macam-macam lagi ungkapan yang senada dengannya.

Dalam isu cukai pelancongan yang dipertikaikan oleh seorang menteri Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, Nazri sekali lagi dengan kasar membidas menteri berkenaan sebagai "menteri setahun jagung" sambil meneruskan kekasarannya, "jangan banyak cakaplah".
"Saya jadi menteri bukan setahun dua, banyak tahun dah. Dia menteri baru, menteri BN, janganlah tunjuk lagak sangat.

"Jumpa saya, awak tu menteri baru lagi, menteri setahun jagung. Jangan cakap banyaklah," demikian antara lontaran kata-kata yang keluar daripada mulut Nazri.

Nasib baik Nazri belum berbalah dengan Zahid Hamidi yang sekarang menjadi Timbalan Perdana Menteri, jika tidak barangkali akan terpacul juga bidasannya, "jangan banyak cakaplah, saya lebih lama jadi menteri daripada awak."

Dengan sikap Nazri yang selalu berbangga dengan jawatan menteri atau senioritinya itu, beliau sebenarnya tidak jauh berbeza pun dengan Ahmad Maslan yang pernah menunjukkan pencapaian akademiknya sebelum ini berikutan beberapa kali didapati "tidak cerdik" dalam mengeluarkan kenyataan.

Apakah bezanya Ahmad Maslan yang gagal menjawab hujah dengan menunjukkan kelulusan akademiknya berbanding Nazri yang juga tidak mampu menjawab persoalan daripada seorang menteri negeri Sarawak,  tetapi berbangga, "saya jadi menteri bukan setahun dua, awak tu baru setahun jagung."
Susulan kenyataan Nazri yang dianggap kasar, tidak wajar serta mencerminkan semangat BN oleh beberapa pemimpin Sarawak, kerajaan negeri dalam tindakan pantasnya kemudian bertindak menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia, berkuatkuasa serta-merta.

IPD PUTRAJAYA:Malam Solidariti Shazni Munir Bersama Pemuda Parti AMANAH

Nazri 'belasah' Syed Saddiq, kata budak 'mentah' bodoh

PAS DAN UMNO DAH SERUPO

Insiden bazar Ramadan: Gerakan kempen adu domba

Kejadian Ahli Parlimen (MP) Kluang, Liew Chin Tong, dihalau ketika mengagih-agihkan kurma di sebuah bazar Ramadan Sabtu lalu tidak wajar dilihat sekadar gangguan politik.
Sebaliknya kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ia menggambarkan usaha mengadu domba dan menyemai salah faham yang semakin giat dijalankan pihak tertentu.
Kata anggota parlimen Permatang Pauh itu, selain Liew, turut menjadi mangsa usaha mengadu domba itu ialah MP Subang, R Sivarasa, MP Seputeh, Teresa Kok dan Anggota Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh.
"Ini bukan perkembangan yang sihat untuk masyarakat majmuk di negara kita.
"Oleh itu, PKR menggesa semua pihak supaya menjaga keharmonian dan perpaduan di kalangan masyarakat serta menolak budaya perkauman dan tindakan ekstremis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 10 Jun lalu Liew serta rombongan Pakatan Harapan disekat daripada meneruskan aktiviti berkenaan oleh sekumpulan lelaki kira-kira jam 5.45 petang.
Mereka turut dimaki hamun, dikasari dan dihalau oleh sekumpulan pemuda.
Lepas peluang berdakwah
Seorang daripada lelaki itu didakwa individu sama pernah menghalang mereka memasuki bazar Ramadan Kluang itu pada 2014.
Ekoran laporan polis yang dibuat pihak berkuasa menahan dua lelaki selepas mereka menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang kira-kira jam 1.40 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham berkata hasil soal siasat seorang daripada suspek mengaku menumbuk anggota rombongan terbabit ketika dia mengedar kurma, manakala seorang lagi suspek mengaku menolak mangsa yang lain.
"Empat lagi suspek sedang dikesan dan akan ditahan tidak lama lagi bagi membantu siasatan kes ini," katanya semalam.
Dr Wan Azizah berkata Ramadan sepatutnya dimanfaatkan untuk merapatkan hubungan sesama manusia dan bukan memupuk kebencian.
"Tindakan kelompok itu jelas tidak berasaskan ajaran Islam dan sunnah Rasulullah SAW, serta tidak selaras dengan semangat Ramadan.

Skandal 1MDB: Dua bank ditutup, lapan lagi didenda dalam siasatan 1MDB di Singapura

SIASATAN dua tahun yang dilakukan Singapura atas salah laku kewangan dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyebabkan penutupan dua bank dan denda kepada lapan yang lain.
Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) mengumumkan perkara itu pada 31 Mei lepas menerusi laman sesawangnya berkata mereka sudah menyiapkan siasatan yang mengambil masa dua tahun itu, lapor Business Times.
Dua buah bank- BSI Bank dan Falcon Private Bank- dikenakan denda sehingga S$13.3 juta (RM41 juta) dan S$4.3 juta untuk lebih daripada 50 kesalahan yang dilakukan.
Bank tersebut juga diarahkan untuk menutup operasi mereka di negara yang menjadi pusat kewangan serantau itu.
Enam bank yang lain pula - DBS Bank, UBS Bank, Standard Chartered Bank, Coutts & Co, Credit Suisse dan UOB Bank- juga didenda S$11.5 juta.
MAS juga mengharamkan empat individu daripada bekerja dalam industri keselamatan kewangan Singapura.
Tim Leissner dari Goldman Sachs dikenakan arahan larangan (PO) menghalangnya daripada bekerja dalam industri kewangan Singapura selama 10 tahun.
Pengurus Cawangan Falcon Singapura Jens Fred Sturzenegger dan Yak Yew Chee dari BSI Bank dikenakan halangan seumur hidup manakala Yvonne Seah jurubank dari BSI dikenakan halangan selama 15 tahun.
Sturzenegger didapati bersalah atas pelbagai jenayah kewangan, termasuk memberi maklumat palsu kepada pihak berkuasa dalam cubaan untuk menyembunyikan pengetahuannya tentang hubungan Falcon Bank dan Low Take Jho.
Yak dan Seah pula didapati bersalah dalam pelbagai dakwaan gagal melaporkan transaksi meragukan dan memalsukan surat rujukan di BSI Bank untuk Low.
Ketiga-tiga mereka tidak dibenarkan menawarkan perkhidmatan rundingan kapital pasaran dan kewangan atau menguruskan syarikat yang terlibat dalam pasaran kapital di Singapura.
MAS juga memberikan notis pemberitahuan untuk mengeluarkan PO kepada bekas kakitangan Maybank Kim Eng Securities Kelvin Ang Keng Wee, CEO NRA Capital Kevin Scully dan bekas ketua penyelidikannya Lee Chee Wai.

Kemelut Felda makin genting, kemarahan peneroka Pahang pula makin membara

PERDANA Menteri Najib Razak perlu ambil perhatian: peneroka Felda di negerinya sendiri Pahang sedang membuak kemarahan.
Kemarahan mereka berikutan skandal terbaru yang melanda Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), syarikat yang menjanjikan kehidupan yang lebih baik untuk mereka selepas penubuhannya yang penuh onak duri pada Jun 2012.
Sebaliknya, FGV dilanda kontroversi demi kontroversi sejak itu.
“Sudah tentu saya marah,” kata Saali Talib, salah seorang daripada 360 orang peneroka Felda Gelinggi Satu apabila ditanya pandangannya tentang kemelut berterusan antara pengurusan tertinggi FGV.
“Itu duit saya yang mereka pegang dan saya harap mereka uruskan dengan baik. Dan saya rasa tak berdaya bila perkara sebegini terjadi,” kata peneroka berusia 80 tahun itu.
Saali ialah salah seorang daripada lebih 112,000 penerika yang membuat pilihan mengambil pinjaman daripada FGV untuk membeli 800 unit saham syarikat itu pada 2012.
Pandangannya dan ramai lagi peneroka yang ditemui The Malaysia Insight di Pahang jauh berbeza dengan pandangan yang diutarakan peneroka di Felda Sayong, Johor yang berterima kasih kepada kerajaan kerana mewujudkan skim itu.
Setiap bulan, RM50 akan ditolak daripada pendapatan peneroka untuk membayar pinjaman berjumlah RM3,600 yang mereka ambil untuk membeli saham mereka yang mula diniagakan di pasaran saham dengan harga permulaan RM4.55 per unit.
Harga saham syarikat itu kini ialah RM1.66 selepas kemelut kepimpinan yang menyaksikan presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zakaria Arshad dan Ketua Kewangan Kumpulan (CFO) Ahmad Tifli Mohd Talha dipaksa bercuti.
Pengerusi FGV Isa Samad mendakwa Zakaria diarahkan bercuti sementara menunggu siasatan yang dilakukan kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.
Tetapi Zakaria memutuskan untuk melawan kembali dan menafikan wujudnya salah laku dalam tindakannya. Dia mendakwa yang dia dan Isa tidak sebulu dalam pengurusan FGV dan mendakwa wujudnya korupsi peringkat tertinggi syarikat itu.
Kontroversi terbaru ini menyebabkan generasi kedua Felda seperti Nazrul Fauzan bimbang tentang masa depan syarikat itu yang bertanggungjawab membayar mereka menerusi tanaman pokok kepala sawit.
Kebimbangan yang kemelut pengurusan itu akan terus menjatuhkan harga saham syarikat dan memberi kesan kepada cara syarikat perladangan itu diuruskan.
Walaupun mereka masih lagi diuruskan Felda, syarikat itu membayar peneroka dua kali sebulan untuk hasil tuaian mereka, kata Nazrul yang berusia 31 tahun itu, menambah yang mereka boleh menerima upah antara RM3,000 sehingga RM4,000 sebulan, bergantung kepada harga minyak sawit.
Sejak tahun lepas di bawah pengurusan FGV, bayaran hanya dilakukan sebulan sekali dan ini mengurangkan separuh pendapatan mereka.

Mengapa Isa perlu letak jawatan?

Oleh NARAZA MUDA
KAMI sebagai anak-anak generasi peneroka Felda sangat terkejut dengan kesombongan Isa Samad waktu ini untuk berundur dengan baik dari FGV. Selama beliau menjadi Pengerusi Felda sebelum disingkirkan awal tahun ini terlalu banyak skandal dan kerosakan. Skandal penyingkiran Presiden dan CEO FGV sekarang ini adalah kemuncak keangkuhan beliau menjadi Pengerusi FGV sekarang ini.
Berikut adalah catatan Skandal beliau sejak mula dilantik oleh Perdana Menteri 2011. 1. MENYINGKIR KPF DARI FELDA HOLDINGS
KPF yang menguasai 51 peratus ekuiti dalam Felda Holdings Berhad (FHB) telah ditendang keluar dari Felda apabila perwakilan bersetuju menyerahkan 112,199,999 kepada Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVH) dengan kaedah mengangkat tangan tanpa melalui penerangan dan taklimat khas berkaitan. Sejarah hitam ini berlaku pada 27 Oktober 2013 jam 10 pagi di Dewan Banquet Menara Felda.
Penyingkiran KPF dari dari menguasai FHB dengan 51 peratus pegangang saham yang sebelum ini menjadi kebanggaan peneroka Felda telah membuka mata peneroka Felda seluruh negara. FGV telah mengambil alih semua kepentingan 112,199,999 unit saham bersamaan 51 peratus dengan nilai yang sangat tidak munasabah iaitu RM2.2 bilion ataupun RM19.61 sesaham.
2. MENYINGKIR 37 PEGAWAI KANAN YANG TIDAK SETUJU PENYENARAIAN FGV
Ini yang amat malang dalam dunia Felda bilamana mereka yang amanah, setia dan sangat berintergriti memacu Felda sehingga berada di kedudukan cemerlang sehinggalah kehancuran selepas diambil alih oleh Isa.
3. TANAH LADANG SAWIT 360,000 HEKTAR
Tanah atau ladang yang selama ini menjadi pendapatan kumpulan, telah diserahkan secara pajakan kepada FGV. Pendapatan yang dijana hasil dari tanah ini mencecah RM1.2 hingga RM1.8 bilion setahun, kini sudah dikongsi dengan pemegang saham FGV seluruh dunia dan kehilangan besar kepada pendapatan Felda.
4. MENGHENTIKAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN SOSIAL KEPADA PENEROKA
Apabila pendapatan dari tanah 360,000 hektar sudah tidak menjadi milik felda, peneroka Felda tidak lagi disalurkan peruntukan RM60 juta setahun seperti sebelum ini. Ini menyebabkan banyak program sosial peneroka tidak dapat dilaksanakan.
5. PEMBELIAN ASET MEWAH DENGAN HARGA TINGGI DARI HARGA SEMASA
Selepas penyenaraian FGV, Felda dan FGV di bawah Tan Sri Isa Samad, mulai berbelanja mewah. Pembelian tanah perladangan dan perhotelan serta ambil alih Syarikat di dalam dan luar negara telah dibuat, antaranya:
• RM1.2 bilion digunakan untuk mengambil alih saham Pontian United Palntation Berhad.
• RM548 juta untuk pembelian Grand Plaza Service Apartment.
• RM86 juta pembelian Grand Borneo Hotel di Kota Kinabalu Sabah.
• RM110.3 juta mengambil alih 25 peratus saham Iris Corporation Berhad.
• RM304 juta Pembelian Hartanah di Bukit Katil Melaka
6. SKANDAL IKAN STURGEON
Projek yang bernilai RM135 juta dinamakan Projek Felda Carviartive Blue Dream Park terletak di Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. Projek yang menggunakan teknologi Korea Selatan ini didakwa mampu menghasilkan 30 metrik tan karvia setahun dan menjana pulangan RM360 juta setahun. Harga semasa telur ikan ini mencecah RM12,000 sekilogram. Laporan ketua juru audit negara mengesahkan RM47.6 juta lesap tanpa dapat dikesan.
7. SKANDAL PENJUALAN TRT-ETGO
Felda Global Vantures Holdings Berhad (FGV) menjual keseluruhan kepentingannya dalam Twin Rivers Technologies Enterprises de Transformation de Granines Oleagineuses du Quebec Inc (TRT-ETGO) dengan nilai AS$180 juta atau RM608.2 juta, isu ini terus menjadi tanya rakyat Malaysia kerana pihak FGV tidak pernah menjelaskan kedudukan keuntungan yang didakwanya mencecah RM65 juta.
Tidak ada laporan lengkap keuntungan yang didakwa FGV, sebaliknya ada sumber yang sangat boleh dipercayai mendakwa FGV mengalami kerugian besar berkait penjualan ini sehingga mencecah RM800 juta.
Pada awal julai 2015 lalu, FGV seperti mana dilaporkan Bloomberg dijangka memperolehi lebih RM1 bilion selepas berjaya menjual kilang TRT-ETGO yang telah menarik minat pembida pada harga AS$180 juta (RM686 juta) hingga AS$250 juta (RM953 juta).

Sebagai menteri kanan, bersopanlah, nasihat Karim kepada Nazri

Selepas disuruh tutup mulut, menteri pelancongan Sarawak berkata soal pelancongan negeri itu tidak dibutirkan dalam Perjanjian Malaysia dan oleh itu perlu melalui rundingan.
karim-rahman
Sehari selepas dipanggil menteri “setahun jagung” yang tidak berpengalaman, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menasihati Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz supaya lebih bersopan santun terutama pada bulan Ramadan.
“Kalau dia fikir saya jahil, saya rasa dia belum benar-benar kenal saya,” kata menteri pelancongan Sarawak itu dipetik Borneo Post hari ini.
“Tidak bersopan untuk memanggil seseorang itu jahil, lebih-lebih lagi kamu seorang menteri kanan dan ini bulan Ramadan.
“Saya tidak ambil hati. Apa yang saya lakukan adalah berdasarkan undang-undang, berdasarkan pengetahuan saya sebagai seorang peguam dan demi menjaga kepentingan Sarawak.” katanya.
Semalam, Nazri membidas Karim kerana mengkritik langkah Putrajaya memperkenalkan cukai pelancongan. Ia bakal menyaksikan hotel seluruh negara dipaksa mengenakan bayaran tambahan antara RM2.50 dan RM20 bagi penginapan semalaman.
“Awak baru setahun jagung. Jangan cakap banyaklah,” kata Nazri semalam.
Nazri baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan cukai itu berkuat kuasa 1 Julai, 3 bulan selepas beliau menyokongnya dalam perbahasan Dewan Rakyat bagi meluluskan Akta Cukai Pelancongan 2017.
Cukai itu turut dipersoalkan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang berkata banyak perkara masih kabur, dan permintaannya untuk bertemu Nazri belum dipenuhi.
Karim sebelum ini berkata Sarawak perlu dikecualikan daripada sistem cukai baharu itu, mengundang kemarahan Nazri yang berkata Sarawak tidak banyak hotel dan oleh itu hasil cukai itu boleh menguntungkan negeri itu.
“Kalau kamu mahu kira jumlah bilik yang ditempah setiap hari, 75% di Semenanjung manakala Sarawak hanya 20%. Jadi Semenanjung yang beri duit pada Sabah dan Sarawak bila ada cukai pelancongan ini,” kata Nazri
Pelancongan bukan dalam Perjanjian 1963
Karim berkata walaupun perkara berkenaan pelancongan tidak dibutirkan dalam Perjanjian Malaysia pada 1963 dulu, semua pihak dalam perjanjian itu perlu menghormati kepentingan satu sama lain.
Katanya, Putrajaya gagal berunding dengan Sarawak ketika meletakkan soal pelancongan di bawah bidang kuasa persekutuan.

Cukai Pelancongan: S'wak keluar dari Lembaga Pelancongan M'sia serta-merta...

Sarawak mengumumkan menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia berkuat kuasa serta-merta hari ini.
Dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Sarawak, keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri berpendapat penyertaan dalam lembaga itu mempunyai pertindihan tugas serta peranan dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak.
Keputusan berkenaan diumum sehari selepas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz, menggelar Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai menteri "setahun jagung".
Kenyataan Nazri itu dibuat sebagai reaksi beliau kepada gesaan Abdul Karim agar kerajaan persekutuan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan yang bakal berkuatkuasa 1 Ogos depan.
Karim turut menyebut mengenai Perjanjian Malaysia dalam meminta cukai itu ditangguhkan di Sabah dan Sarawak.
Nazri bagaimanapun berkata, Karim tidak memahami perkara itu apabila mengatakan cukai berkenaan seharusnya menjadi urusan negeri.
"Tak payahlah bangkitkan agreement tu. Kami tahulah," kata Nazri kepada pemberita ketika majlis berbuka puasa di Dataran Merdeka semalam dan dilaporkan Malaysiakini.
Sambil menegaskan bahawa cukai baru itu sebahagian daripada cukai persekutuan, Nazri berkata kerajaan membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai cukai kerajaan persekutuan bagi mengelakkan kekeliruan.
"Bila jadi cukai federal tak berbangkit soal kita rampas hak Sarawak," katanya.

Orang Umno terkorban bertanya 1MDB


Antara tokoh yang telah terkorban, DIPECAT dari jawatan dan parti kerana BERTANYA soalan-soalan mengenai 1MDB di dalam pertemuan UMNO, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan di Parlimen ialah Tan Sri Muhyiddin Yasin dari Johor, Dato Panglima Shafie Apdal dari Sabah, dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dari Kedah.
NAJIB 1MDBTokoh yang DIPENJARA, DIMUFLISKAN, DIDAKWA dalam mahkamah dan DIPECAT dari menjadi ahli UMNO kerana membawa kes 1MDB untuk DISIASAT oleh pihak polis ialah Dato’ Paduka Khairuddin Abu Hasan dari Pulau Pinang;
sementara Anina Saaduddin dari Kedah yang juga telah BERTANYA dan melaporkan kepada polis perkara yang berkaitan dengan 1MDB juga telah DIPECAT dari UMNO.
Dari kalangan pemimpin di peringkat UMNO Bahagian yang sejak awal mendukung kegiatan Tun Dr. Mahathir Muhammad untuk menggantikan pemimpin kerajaan yang didapati meleset, menyeleweng, tidak amanah dan tidak berkemampuan, ialah Cikgu Kamarulazman Habibullah dari Negeri Sembilan dan Syed Saifuddin Harman dari Selangor.
Mereka telah DIPECAT dari menjadi ahli UMNO kerana mewujudkan pasukan Gerakan Ketua-Ketua Cawangan (GKCM) di peringkat Bahagian dan Negeri untuk menegur dan memberi kesedaran kepada ahli-ahli UMNO peringkat akar-umbi supaya turut menegur pemimpin.
Cikgu Kamarulazman DIBEKU jawatannya dan Syed Saifuddin TIDAK DISAMBUNG khidmat cemerlangnya kepada JASA.
Selain Datuk Seri Mukhriz yang diPECAT dari jawatan Menteri Besar Kedah, terlebih awal Datuk Seri Ahmad Said, telah DIPECAT dari jawatan Menteri Besar Terengganu kerana TIDAK MENYETUJUI konsesi minyak di Terengganu dijadikan harta cagaran untuk 1MDB mendapat pinjaman.
1MDB, yang sebelumnya bernama TIA (Trengganu Investment Authority) telah diambil-alih sahamnya dari Kerajaan Negeri Trengganu oleh Menteri Kewangan Kerajaan Persekutuan.
Datuk Seri Ahmad Said telah mengesahkan bahawa, walaupun negeri Terengganu dahulunya turut memiliki TIA tetapi, sebarang pelantikan dan keputusan atas nama TIA tidak pernah dirujuk kepada Kerajaan Terengganu.
Inilah yang menyebabkan saham TIA yang dimikili oleh kerajaan negeri Trengganu telah dijual kepada Kerajaan Pusat dan TIA ditukar nama menjadi 1MDB.
Senator Ezam Mohd Nor, dari Selangor, yang bertugas sebagai pegawai khas di Kementerian Kewangan juga telah MELETAK JAWATAN kerana kecewa dengan KEGAGALAN PROGRAM TRANSFORMASI yang dijanjikan oleh Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Beliau menyatakan:-
SEMUA YANG TUN DR. MAHATHIR KATAKAN ADALAH BETUL DAN TEPAT BELAKA. – MENTERI KEWANGAN YANG BERTANGGUNGJAWAB.
Setelah berbagai pendedahan dilakukan baik di peringkat nasional atau internasional, dan kerana merasa bertanggungjawab sebagai Menteri Kewangan Kedua, Dato’ Seri Husni Hanadzlah dari Perak telah MELETAKKAN JAWATANNYA. Beliau telah BERTANYA beberapa soalan pokok di dalam Parlimen dan kini MASIH BELUM DIPECAT dari keahlian UMNO walaupun beliau telah BERHENTI dari berbagai jawatan lain di dalam UMNO di peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat.
Berhentinya Datuk Seri Husni sebagai seorang yang berpendidikan dan berpengalaman sebagai BANKER dan MENTERI KEWANGAN II, tanpa perlu dipecat, adalah satu pukulan besar kepada Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO. Najib tidak boleh mengatakan Husni bersalah kerana: – HUSNI LEBIH FAHAM MENGENAI KEWANGAN DAN PERBANKAN DARIPADA NAJIB.
Dengan sendirinya:-
PROSES MENEBUS MARUAH BANGSA MELAYU YANG DIBANGSATKAN SUDAH BERMULA KEGELISAHAN DAN KERESAHAN HIDUP DENGAN TEKANAN BEBAN EKONOMI YANG DIHADAPI OLEH RAKYAT MALAYSIA MASAKINI SEMUANYA BERMULA DENGAN 1MDB.
INSTITUSI PUAKA BERNAMA 1MDB
Isu 1MDB telah menghantui bangsa Melayu dan negara Malaysia sejak begitu lama.
Ia telah mempopularkan negara kita dengan imej yang buruk dan bersifat bangsat. Indonesia yang mempunyai rekod memenjarakan 9 orang Menteri, 19 orang Gubenor dan 100 Ahli Parlimen mentertawakan kita kerana kita mengalahkan mereka dalam senarai negara yang rekod rasuahnya tertinggi di dunia.
KITA BERI KEUNTUNGAN BESAR KEPADA YAHUDI.
Bukan sahaja 1MDB telah meminjam RM42 bilion (atau 42,000 juta Ringgit) dari GOLDMAN SACHS sebuah BANK MILIK YAHUDI yang dilaknat Allah, tetapi juga dengan dikenakan komisyen 10% (RM4.2 billion) yang tersangat tinggi dan yang tidak pernah terdengar berlaku di dunia, dalam sejarah peminjaman wang kepada sebuah institusi milik kerajaan dan pinjamannya juga dijamin oleh kerajaan. Malahan pinjaman itu boleh diurus secara percuma oleh Bank Negara Malaysia.
KITA BAYAR ‘RIBA’ YANG TERLALU TINGGI
Pinjaman ini, yang diurus oleh pihak YAHUDI dikenakan pula RIBA pada kadar 6.5% setahun sedangkan pinjaman sedemikian, iaitu pinjaman yang dijamin oleh kerajaan, jika diuruskan oleh Bank Negara Malaysia, atau sindiket bank tempatan boleh diperolehi dengan faedah kurang dari 2 peratus.
PINJAMAN DIBUAT SECARA SEMBUNYI DARI KABINET.
Wang pinjaman ini pula dibuat TANPA DIKETAHUI oleh Kabinet tetapi dengan keputusan Menteri Kewangan, yang dilantik untuk memegang jawatan itu oleh Perdana Menteri, iaitu orang yang sama.
Apakah Perdana Menteri melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan untuk membolehkan beliau melakukan sekehendak hati beliau hanya untuk memecah amanah rakyat untuk beliau memimpin negara dengan bijak, telus dan berintegriti?
PERANAN ISTITUSI KERAJAAN DIBATASKAN.
Usaha menyembunyikan segala maklumat yang berkaitan dengan 1MDB jelas kelihatan dengan merahsiakan terus segala butiran fakta yang ditemui oleh pihak Bank Negara Malaysia, Juruaudit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah.
Pendedahan yang dibuat secara meluas oleh jabatan dan agensi kerajaan di luar negara terpaksa diketepikan dan dihalang dari tersiar dalam media perdana, walaupun ianya berkaitan dengan kepentingan Negara Malaysia. Tidakan undang-undang ke atas penjenayah berkaitan 1MDB, telah dan sedang diambil di luar negara berkaitan, kerana penjenayah-penjenayah itu telah melanggar dan mengganggu sistem kewangan negara berkenaan. Kita merahsiakan kepada masyarakat tempatan semua tindakan ke atas penjenayah-penjenayah itu seolah-oleh yang melakukan jenayah itu ialah kita sendiri.
Kerajaan Barisan Nasional tidak mengambil tindakan ke atas Sarawak Report, New York Times, Wall Street Journal dan ratusan media di luar negara khususnya Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura yang mendedahkan jenayah berkaitan 1MDB. Keengganan mengambil tindakan ini pastinya kerana bimbang jika tindakan diambil maka kisah 1MDB tidak dapat dirahsiakan lagi.
Jika yang dituduh dan dicela dalam media asing itu tidak bersalah maka mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka bukan sahaja dapat membersihkan nama negara kita tetapi juga pihak yang memfitnah kita (jika betul itu fitnah) terpaksa menanggung rugi dengan membayar denda yang sudah tentu beratus juta ringgit sesuai dengan ‘fitnah’ yang dilemparkan. Soalnya ialah, ‘Kenapa kita takut bertindak sedangkan dengan tidak bertindak kita menanggung kerugian.’
Segala Akta yang ada telah dan akan terus diguna untuk meneruskan penyembunyian ini.
Pihak Polis DiRaja Malaysia dihalanguntuk mengambil tindakan dan diperalatkan untuk menahan mereka yang diketahui membocorkan rahsia yang mendedahkan kebenaran salahlaku 1MDB; pihak Peguam Negara pula menjadi penghalang atas apa jua tindakan untuk diambil ke atas pihak yang kesalahannya berkaitan dengan 1MDB.
DIMANA LETAKNYA PERANAN RAJA?
Nasihat Majlis Raja-Raja Melayu mengenai pindaan Akta, walaupun yang menyentuh kuasa mereka juga diketepikan oleh Peguam Negara yang lantikannya berlaku hanya dengan persetujuan DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong.
Jika dalam perkara yang begitu penting dan menyentuh kepentingan dan kuasa raja pun pihak kerajaan dapat mengenepikan tanpa ambil peduli sudah tentu dalam perkara-perkara lain juga kelihatannya raja-raja Melayu tidak dapat memainkan peranan.
MELAYU MENGAMUK – BILA KERAJAAN SUDAH LATAH INILAH FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN – TIA JADI 1MDB.
Penubuhan 1MDB adalah akibat dari gagalnya rencana awal untuk meminjam wang atas nama Terengganu Investment Authority (TIA) sebuah syarikat milik kerajaan Terengganu yang ditubuhkan untuk mengendalikan dana yang diterima dari PETRONAS sebagai hasil premium konsesi minyak di Terengganu.
Untuk meminjam wang ini perlulah dicagarkan konsesi minyak Terengganu. Rancangan ini dihalang oleh Menteri Besar dan Sultan Terengganu di waktu itu. Tujuan ini telah gagal dilaksanakan sehingga menjadi sebab untuk mendapat jaminan Menteri Kewangan sebagai cagaran dan TIA diubah menjadi 1MDB sementara saham kerajaan Terengganu diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri.
Semua ini berlaku tanpa pengetahuan Kabinet, Majlis Tertinggi UMNO dan Parlimen. Semuanya di luar bajet negara.
TENTANGAN AWAL OLEH PEMBANGKANG.
Tun Dr. Mahathir berterusan menyedarkan pemimpin kerajaan untuk membetulkan pentadbiran kewangan tanpa berhasil. Di peringkat awal hanya Anggota Parlimen dari parti pembangkang yang menimbulkan perkara penyelewengan ini. Apabila keadaan semakin melaraat Tun Dr. Mahathir telah berhubungan beberapa kali dengan Dato’ Seri Najib untuk membuat teguran. Tetapi ianya seperti menyimbah air ke atas daun keladi.
HARAPAN KEPADA PEGAWAI KERAJAAN JUGA HAMPA.
Seterusnya rakyat mengharapkan Ketua-Ketua berbagai Jabatan dan agensi Kerajaan akan bertindak, dengan kuasa yang ada pada mereka untuk membetulkan keadaan. Tetapi harapan ini juga hanya tinggal harapan..
PEMIMPIN UMNO JUGA MEMBISU.
Lepas itu kita menaruh harapan kepada pemimpin-pemimpin UMNO supaya bertindak, dengan bersuara dalam Perhimpunan Agong UMNO dan dalam pemilihan pemimpin, tetapi mereka juga gagal berbuat demikian dan Perhimpunan Agong yang berpeluang menukar pemimpin juga telah ditunda sehingga selepas PRU 14. Seterusnya pemimpin UMNO di semua peringkat juga membisu seribu bahasa.
PARLIMEN JUGA LUMPUH.
Apabila penderitaan rakyat semakin bertambah maka pihak pembangkang bersetuju dengan Tun Dr. Mahathir untuk bertindak bersama supaya diadakan undi tidak percaya di dalam Parlimen, tetapi ianya telah gagal kerana dihalang oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat. Wakil-wakil rakyat juga berada dalam ‘siege’ dan ketakutan kerana ancaman terhadap habuan dan kedudukan setelah melihat apa yang boleh terjadi kepada sesiapa saja yang mengingkarinya – Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi contoh akibatnya.
SUARA RAKYAT TIDAK DIPEDULIKAN
Usaha berikut telah dibuat untuk mendapatkan pandangan rakyat dengan memperkenalkan DEKLARASI RAKYAT untuk ditandatangai oleh rakyat yang bebas dari ikatan dengan kerajaan melalui jawatan atau hutang.
RAJA TIDAK BERKUASA UNTUK BERTINDAK MENGIKUT KEHENDAK RAKYAT.
Tandatangan sekitar 1.5. juta rakyat juga tidak memberi kesan apa-apa kepada kerajaan. Pihak Majlis Raja-Raja Melayu juga telah tidak dapat berbuat apa-apa setelah DEKLARASI RAKYAT diserah kepada mereka.
AKIBAT LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG KERANA SKANDAL 1MDB.
Akibat dari skandal 1MDB dan salahguna wang hutang yang begitu banyak dan membebankan maka perkara-perkara berikut telah berlaku:-
Nama Negara di peringkat antarabangsa tercemar sehingga rakyat malu menyebut diri sebagai rakyat Malaysia kerana sering ditertawakan atau mendapat senyuman sinis dari pegawai kastam dan imigresen di lapangan-lapangan terbang negara asing. Tindakan mahkamah oleh Department of Justice di Amerika Syarikat ke atas komplot yang mendapat bahagian dari hutang 1MDB; tindakan undang-undang ke atas institusi dan individu yang melibatkan dana 1MDB di Switzerland dan tindakan undang-undang ke atas bank dan individu berkaitan 1MDB di Singapura, walaupun tidak tersiar dalam saluran media perdana dalam negara, maklumatnya tersebar keseluruh dunia.
Kos hidup rakyat meningkat kerana (a) GST, (b) Kenaikan harga minyak, (c) Kenaikan toll jalanraya, (d) Penghapusan dan pengurangan subsidi, (e) Kejatuhan nilai ringgit menyebabkan harga barang impot, termasuk bawang dan kentang meningkat naik, (d) Hilang pekerjaan kerana jumlah tenaga kerja dikurangkan, (e) Hilang pekerjaan kerana pemindahan operasi syarikat perniagaan ke Negara lain kerana operasi di Malaysia tidak menguntungkan, (f) Hilang pekerjaan kerana perniagaan dalam Negara ditutup, (g) Pengurangan biasiswa yang begitu ketara.

Arab Saudi haramkan semua buku Qaradawi

Ia susulan kempen Riyadh memperhebatkan perang diplomasi ke atas Qatar atas alasan melawan 'keganasan'.
saudi-qadrawi
RIYADH: Arab Saudi semalam mengarahkan pengharaman semua buku yang ditulis oleh pakar fiqh terkenal Dr Yusuf al-Qaradawi, lapor agensi berita Anadolu dari Turki.
Surat Kementerian Pendidikan Arab Saudi yang ditanda tangani menterinya, Ahmed Bin Mohammed Al-Issa, turut mengarahkan semua judul karangan Qaradawi dikeluarkan daripada sekolah, universiti dan perpustakaan.
Ia beberapa hari selepas Riyadh, yang mengetuai kempen menentang Qatar, menamakan Qaradawi sebagai “pengganas”.
Qaradawi, ulama kelahiran Mesir, sudah sekian lama hidup dalam buangan dan menjadikan Doha sebagai pengkalannya.
Beliau menerima pengiktirafan kebanyakan negara Islam termasuk Malaysia, yang menganugerahkan kepadanya Tokoh Maal Hijrah pada 2009.
Fatwa dan karangan beliau kerap dijadikan rujukan seluruh dunia bagi merungkai isu semasa melibatkan syariah dan masalah fiqh.
Bukunya Al-Halal Wal-Haram fi Islam (Halal dan Haram Dalam Islam) menganjurkan kesederhanaan dan penggunaan akal beserta dalil sah, apabila berdepan persoalan fiqh semasa, dan diterjemahkan ke dalam hampir semua bahasa yang dituturi umat Islam sedunia.
Dengan lebih 120 buku, beliau merupakan antara sarjana Islam yang paling berpengaruh di abad ini. Pada 2009, Qaradawi disenaraikan sebagai antara 500 individu Muslim yang paling berpengaruh di dunia.

Saudi dilapor halang jemaah Qatar masuk Masjid al-Haram

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Qatar mengecam kejadian itu kerana ia mencabul hak mengamalkan agama.
Ali-Smaikh-al-Marri
Pihak berkuasa Arab Saudi menghalang jemaah Islam Qatar memasuki Masjid al-Haram, menandakan kemelaratan krisis diplomatik di rantau itu, lapor akhbar Al Sharq yang berpangkalan di Doha.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (NHRC) Qatar menerima aduan dari warganegaranya yang mendakwa jemaah Qatar dihalang memasuki Masjid al-Haram di Mekah, lapor akhbar itu semalam.
Pengerusi NHRC Ali Smaikh al-Marri dilaporkan mengecam kejadian itu kerana ia mencabul hak mengamalkan agama, seperti yang dinyatakan dalam perjanjian hak asasi manusia.
Pihak berkuasa Saudi kebiasaannya tidak menyoal etnik atau pegangan mazhab pengunjung Masjid al-Haram. Dakwaan ini terbit beberapa hari selepas Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar Isnin lepas.
Mereka menuduh Qatar menyokong terorisme, dakwaan yang Doha sifatkan berdasarkan “pembohongan”.
Baru-baru ini, UAE dan Bahrain dilaporkan memperuntukkan hukuman penjara 15 tahun dan 5 tahun, kepada mereka yang bersimpati dengan Qatar di media sosial.
Kerajaan Qatar dalam kenyataan berkata mereka menerajui serangan terhadap punca keganasan, termasuk menyediakan harapan baru kepada anak muda melalui pekerjaan dan pendidikan, di samping membiaya program kemasyarakatan untuk mencabar agenda kumpulan militan.
“Usaha kami membanteras terorisme lebih kuat berbanding ramai negara yang menandatangani kenyataan bersama itu – hakikat yang sengaja diabaikan oleh penulisnya,” kata Doha.

Adakah era pemerintahan keluarga di Raja Saud akan berakhir?

PROF MOHD NAZARI ISMAIL

Pada bulan Mei 2017, Presiden Trump telah mengumumkan kontrak penjualan senjata berjumlah USD110bilion kepada kerajaan Arab Saudi.Ramai mungkin tertanya tentang perkara tersebut kerana Trump dilihat sebagai Presiden yang anti-Islam.
Sebenarnya apa yang lebih penting untuk ditanya ialah adakah kerajaan Saudi mampu untuk berbelanja wang sebanyak itu sedangkan pada bulan September 2016 kerajaan Saudi telah mengumumkan pemotongan gaji kakitangan kerajaan nya sendiri sebagai langkah jimat cermat.
Walaupun keputusan potongan gaji tersebut telah ditarik balik pada bulan April 2017, namun beberapa keputusan berkaitan langkah jimat cermat masih akan diteruskan seperti pemotongan subsidi dan juga mengenakan cukai jualan pada tahun 2018.
Memang benar kerajaan Saudi masih mempunyai jumlah rezab yang besar yang dianggarkan berjumlah lebih kurang USD 500 bilion sekarang ini.
Namun kerajaan Saudi juga semakin bimbang kerana jumlah rezab tersebut semakin mengecil kerana pada tahun lepas jumlahnya ialah hampir USD 600 bilion.
Tambahan pula kerajaan Saudi tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menggunakan duit dari Rezab tersebut kerana ia diperlukan untuk tujuan mempertahankan nilai Riyal dan untuk membantu urusniaga perdagangan antarabangsa.
Jika Rezab ini sentiasa menurun, spekulator matawang asing mungkin akan melakukan tindakan spekulasi dengan menjual Riyal dan ini akan menjatuhkan nilai Riyal dengan lebih cepat.
Oleh itu, kerajaan Saudi terpaksa bergantung kepada pinjaman daripada pasaran kewangan antarabangsa untuk membiayai perbelanjaannya.
Pada tahun ini kerajaan Saudi telah meminjam dana dari pasaran kewangan antarabangsa berjumlah USD 9 bilion dengan menjual sukuk. Pada tahun lepas kerajaan Saudi telah meminjam sebanyak USD 17.5 bilion dengan menjual bon konvenisional (yang mengandungi unsur Riba).
Semua langkah ini adalah akibat dari masalah kewangan yang sedang dihadapi oleh kerajaan Saudi di mana belanjawan nya adalah dalam keadaan defisit sebanyak USD 53 bilion pada tahun ini.
Namun tindakan berhutang dari sumber luar ini lama kelamaaan akan menimbulkan masalah kerana hutang perlu dibayar juga pada satu hari nanti apabila instrumen hutang bon dan sukuknya matang kelak.Sementara itu bayaran interest juga mesti dibuat pada setiap tahun.
Akibat dari masalah kewangan di atas, kerajaan Saudi telah merancang untuk menjual sebahagian dari pemilikannya di dalam syarikat minyak negaranya pada tahun hadapan. Jumlah dana yang akan diperolehi nanti belum dapat dipastikan.
Namun kejatuhan harga minyak mungkin akan menjejaskan nilai syarikat Aramco. Oleh itu, langkah yang diambil tersebut tidak dapat dipastikan sama ada ia akan membantu menyelesaikan masalah kewangan kerajaan Saudi.
Baru-baru ini kerajaan Saudi mengumumkan tindakan keras terhadap negara Qatar kerana sokongan kuat Qatar kepada pertubuhan dakwah Ikhwanul Muslimin dan Hamas yang dikatakan sebagai pertubuhan pengganas.
Kerajaan Saudi juga mengutuk ulamak termasyhur dunia, Sheikh Yusuf Qaradawi dan menuduh beliau sebagai pengganas. Tindakan yang tidak masuk akal tersebut mengejutkan ramai orang Islam termasuk rakyatnya sendiri. Rakyat Saudi sebenarnya sangat kagum dengan gerakan Ikhwanul Muslimin, Hamas dan juga Sheikh Yusuf Qaradawi.

Malaysia bakal terima nasib serupa Zimbabwe

DR HASSAN ALI
Mugabe
Apa yang saya tulis di bawah ini pengalaman yang saya lalui selama 21 tahun di Zimbabwe. Mungkin banyak kekurangan dari segi 'facts and figures' tetapi dari apa yang sedang berlaku disini, banyak persamaannya dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan negara China terhadap Zimbabwe melalui syarikat milik kerajaan negara itu.
Tidak mustahil, tidak lama lagi perkara yang sama berlaku di negara kita. Nahuzubillah.China telah lama "melabur" dalam pelbagai projek infrastruktur di Zimbabwe sejak 1980 dengan nilai sebanyak AS$5bilion.
Antara puluhan projek China di Zimbabwe, yang menarik perhatian saya adalah pada tahun 2012 yang mana China "membantu" membaikpulih
rel keretapi di Zimbabwe.
Selepas 4 tahun projek keretapi itu bermula, pada hari ini, China telah berjaya mengawal 80% dari ekonomi dan pentadbiran negara Zimbabwe dan menjadikan Zimbabwe seolah-olah seperti sebuah koloninya di benua Afrika.
Matawang Yuan, bar-baru ini, juga telah di jadikan matawang rasmi di Zimbabwe apabila China mengecualikan pembayaran balik hutang sebanyak AS$40juta kepada Zimbabwe.
Ternyata penjajahan bentuk baharu bukan lagi secara ketenteaan tetapi penaklukan eonomi kuasa besar terhadap negara dunia yang lemah mengurusan ekonominya.
Rakyat Zimbabwe terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dan kelemahan pentadbiran kerajan mereka yang dipimpin oleh Presidennya Robert Mugabe.
Barang dijauhi Allah, Malaysia menjadi seperti Zimbabwe. Tapi dari apa yang sedang berlaku sekarang, musibah yang sama akan melanda kita kalau tidak melihat Zimbabwe sebagai iktibar dan belajar dari kesilapan itu.
Zimbabwe satu-satunya negara yang tidak mempunyai matawangnya sendiri yang mana Dollar Amerika mendominasi urusniaga sejak 2003.
Ketika inilah China mencurahkan pelaburannya dengan membina lapangan terbang baharu, membaikpulih lebuh raya, bandar dan perkampungan baharu berkonsepkan China sehinggakan terujud Little Beijing in Harare.
Penduduk China diseluruh Zimbabwe lebih kurang 80-90,000 orang yang hampir sama dengan penduduk asal di negara tersebut. Rakyat China yang bekerja di Zababwe dan penduduk tempatan yang bekerja dengan syarikat China dibayar dengan Remimbi atau Yuan.
Terdapat juga emas dan logam dari penduduk tempatan dibayar dengan Remimbi dan adakalanya dibayar dengan barang-barang peralatan rumah buatan China yg kualiti rendah.
Sebanya 70% rakyat Zimbabwe dikalangan petani. Mereka jemu untuk ambil peduli 'apa yang betul' dan 'apa yang salah' dilakukan oleh kerajaan mereka.
Tiba masa mengundi, mereka mengundi. Apa yang merekaperlu ialah air yang cukup bukan Mugabe. Mereka akan menikmati 'bumper harvest year' pada bulan Jun kalau cukup hujan pada awal tahun ini.
Mereka bukan tak tahu kezaliman Mugabe yang selama ini merosakkan negara, tetapi mereka dah sampai ketahap benci untuk berbuat sesuatu.

Cukai Pelancongan, Apa Tujuan ?

Oleh Zaharin Mohd Yasin
Nazri Aziz adalah kawan saya, sejak mula dilantik jadi Exco bawah 30 tahun di tahun 1978, saya dilantik oleh beliau duduk berbagai Biro Pergerakan Pemuda UMNO yang akhir Biro Antarabangsa beliau menjadi Pengerusinya sehingga tahun 1995, walau pun saya tidak ada apa-apa jawatan dalam peringkat Pemuda UMNO Bahagian.
Beliau seorang yang macam itu di zaman mudanya.. garang dan berprinsip. Masa saya diarah oleh Anwar Ibrahim untuk dibuang sebagai Setiausaha Biro Kebajikan dan Agama, dimana Pengerusi Ustaz Dato Dasuki Hj Ahmad dan masa yang sama, saya juga ahli Biro Buruh dan Undang-Undang, Ustaz Dasuki Ahmad memberhentikan saya.. tetapi Nazri Aziz mengekalkan saya dalam Bironya dan dia berkata.. 'aku punya Biro, aku punya sukalah siapa aku nak lantik'. Itulah ketegasan Nazri Aziz yang saya kenal. Dia peduli apa dengan Anwar Ibrahim masa itu Ketua Pemuda. Jika dia hari ini membelasah seorang Menteri Sarawak atas sebab tidak buat kerja rumah@homework. Itu adalah cara dia. Menteri Sarawak itu bukan sahaja setahun jagung tetapi dalam masih proses belajar bagaimana menjadi Menteri.
Soal cukai perlancungan yang dikenakan kepada Hotel bukan bertujuan untuk hasil Kerajaan Persekutuan dalam perkara membayar gaji dan pembangunan. Kutipan cukai itu bertujuan menampong kos isu-isu perkara pelancongan. Selama ini hasil kehadiran pelancong terlalu sukar digunakan untuk kemajuan pelancongan satelah masuk ke akaun wang yang disatukan oleh Kerajaan Persekutuan.
Sebilangan besar hasil pelancongan di nikmati oleh rakyat saperti kedai2 dalam komplek, pengusaha syarikat travel, restoran dan sebagainya.. semuanya tidak dikembalikan atau dapat digunakan oleh Kementerian Pelancongan kerana wang itu bernama GST dan Cukai Perkhidmatan.

CUKAI PELANCONGAN BUKTI KANTUNG NEGARA MAKIN TENAT’

Cukai pelancongan yang dikenakan terhadap penginapan di bilik hotel adalah langkah terdesak kerajaan untuk mencari dana tambahan, kata Ketua Pemuda Parti Amanah Nasional (AMANAH), Faiz Fadzil.
“Pelaksanaan cukai baru ini setelah GST (Cukai Barangan dan Perkhidmanatan) diperkenalkan dua tahun lalu menunjukkan kantung negara berada dalam keadaan tenat.
“Langkah terdesak ini berpunca daripada salah urus tadbir kerajaan sehingga pendapatan negara terjejas akibat korupsi dan ketirisan perbelanjaan selama ini,” dakwanya pada kenyataan media.
Menurut Faiz, hutang negara yang mencecah RM683.9 bilion dan bersamaan 54.46 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak mampu dipulihkan oleh kerajaan.
“Oleh sebab itu, kerajaan tiada pilihan selain daripada mengenakan cukai baru yang regresif dan terdesak ini,” katanya pada kenyataan media.
Pada 6 Jun lalu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan cukai pelancongan berkuatkuasa 1 Ogos yang akan menyaksikan pelanggan, termasuk rakyat tempatan perlu membayar sehingga RM20 bagi penginapan sebuah bilik hotel semalaman.
Nazri berkata, pelaksanaan cukai pelancongan membolehkan kerajaan mengutip sehingga RM654 juta jika kadar penginapan adalah pada 60 peratus.
Mengulas lanjut, Faiz berkata cukai pelancongan yang diperkenalkan kerajaan berupaya menjejaskan industri perhotelan dan pelancongan kerana caj yang dikenakan terlalu tinggi.
Memetik Laporan Tahunan Program Transformasi Negara, beliau berkata resit pelancongan tahun 2015 merosot sebanyak empat peratus kepada RM69.1 bilion berbanding RM72 bilion bagi tahun 2014.
Katanya, keadaan itu pasti menjejaskan industri pelancongan yang akan memberi kesan kepada peluang pekerjaan dan perniagaan yang bergantung kepada industri ini.
“Dengan bayaran tambahan ini, dibimbangi industri pelancongan akan lebih terkesan,” katanya.

Pemuda BN Sarawak pertahan Karim, kecam Nazri kasar

Fadillah Yusof berkata, tindakan Nazri Aziz membidas Karim tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam BN kerana memperlekehkan sesama pemimpin dalam parti komponen.
Fadillah-Yusof-nazri-aziz-sarawakPETALING JAYA: Pemuda BN Sarawak hari ini mempertahankan menteri pelancongan negeri itu dengan mengecam tindakan Datuk Seri Nazri Aziz melabelkan Datuk Karim Abdul Rahman Hamzah sebagai menteri “setahun jagung” yang tidak berpengalaman.
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan kenyataan menteri pelancongan dan kebudayaan itu sebagai kasar dan tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam BN kerana memperlekehkan sesama pemimpin dalam parti komponen.
“Tindakan melabelkan menteri Sarawak itu sebagai ‘setahun jagung’ dan masih budak lagi adalah satu penghinaan terhadap Datuk Karim yang telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan negeri untuk menerajui kementerian berkenaan di peringkat negeri,” kata menteri kerja raya itu dalam kenyataan hari ini.
“Sebagai sebuah keluarga besar dalam BN, apa juga isu terutama menyentuh sensitiviti rakyat di mana-mana peringkat seharusnya ditangani secara musyawarah dalam semangat BN dan bukannya menerusi kenyataan umum atau hebahan media kerana ia boleh mencetuskan kemarahan nitizen.”
Semalam, Nazri membidas Karim kerana mengkritik langkah Putrajaya memperkenalkan cukai pelancongan yang turut dipersoalkan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dengan berkata, banyak perkara masih kabur dan permintaannya untuk bertemu Nazri belum dipenuhi.
“Awak baru setahun jagung. Jangan cakap banyaklah,” kata Nazri semalam.
Karim sebelum ini berkata, pelaksanaan cukai pelancongan itu ialah contoh Putrajaya mengenakan undang-undang cukai ke atas Sarawak tanpa rundingan.
Kenyataan itu mengundang kemarahan Nazri yang berkata, Sarawak tidak mempunyai banyak hotel, oleh itu hasil cukai itu boleh menguntungkan negeri berkenaan.
Hari ini, Karim menasihati Nazri lebih bersopan santun terutama pada bulan Ramadan dan soal pelancongan Sarawak tidak dibutirkan dalam Perjanjian Malaysia, oleh itu sebarang pelaksanaan perlu melalui rundingan.
Fadillah berkata, Pemuda BN Sarawak berpendirian semangat saling menghormati dan permuafakatan antara pemimpin dalam parti komponen harus diutamakan dengan sebarang perbezaan pendapat perlu diselesaikan dalam saluran parti yang harmoni.
Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata, tindakan melabelkan pemimpin parti komponen BN sebagai samseng tidak wajar kerana ia adalah satu penghinaan kepada individu terbabit, selain boleh menjejaskan imej parti kerana samseng bukan budaya BN.

Saya sudah biasa, kata ahli Parlimen Kluang


Saya sudah biasa, kata ahli Parlimen Kluang
Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan kumpulannya sempat habis mengagihkan kurma kepada pengunjung dan peniaga di bazar Ramadan Taman Intan, Kluang sebelum dihalau keluar hari ini. 
SEHARI selepas diserang, diganggu dan dihalau keluar dari bazar Ramadan di Kluang, wakil rakyat DAP Liew Chin Tong berdepan satu lagi situasi hampir serupa di bazar lain di kawasannya itu, hari ini.
Ahli Parlimen Kluang itu dan kumpulannya ke bazar Ramadan Taman Intan untuk mengagihkan kurma kepada pengunjung dan peniaga apabila seorang veteran tentera, yang mendakwa bertanggungjawab di bazar itu, mengarahkan Liew keluar kerana tidak ada kebenaran berada di situ.
Walaupun keadaan tidak sekasar semalam, Liew dan kumpulannya terus berlalu tanpa membantah selepas mereka selesai mengagihkan paket kurma yang terakhir.
“Orang itu marah. Dia kata kami tidak beritahu dia yang kami nak datang tetapi saya beritahu rakan kami dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah beritahu dia. Kami tidak mahu gaduh, jadi kami pergi,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Timbalan Ketua Persatuan Veteran Tentera Kluang Abdul Gafur Basiron berkata tingkah laku Liew tidak beradab kerana beliau “merempuh” masuk ke kawasan bazar tanpa memaklumkan ahli jawatankuasa di situ.
Gafur berkata tugasnya ialah memastikan keselamatan semua yang berada di situ terjamin dan kehadiran Liew mungkin mencetuskan ketegangan.
“Macam mana kalau sesuatu berlaku ketika dia edar kurma? Peniaga di sini veteran tentera dan kita tidak tahu macam mana reaksi mereka.
“Jika Liew beritahu kami awal, kami boleh bantu tetapi sikap mereka hari ini tidak boleh diterima. Saya kecewa,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Katanya, Liew turut dihalau tahun lepas ketika beliau dan rakannya bukan saja edar kurma tetapi turut menyampaikan risalah politik di bazar sama.
“Saya ketua di sini. Dia tidak hormat saya. Dia macam pencuri curi masuk ikut pintu belakang,” kata Gafur.
Bercakap kepada The Malaysian Insight selepas itu, Liew berkata insiden semalam dan hari ini antara cabaran yang terpaksa dihadapinya dalam berkhidmat kepada masyarakat Kluang.
Semalam, dua lelaki menghalang Liew dan kumpulannya memasuki bahagian kering di bazar Ramadan di bandar Kluang.
Salah seorang daripada mereka cuba mengasari staf Liew apabila mahu merampas kamera miliknya. Dalam pergelutan itu, Liew tercedera di dahinya.

Nazri akui cukai pelancongan kerana kerajaan Umno@BN kurang dana

Nazri Aziz berkata, peruntukan kerajaan untuk Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berkurangan secara mendadak sejak beberapa tahun ini, ekoran kejatuhan harga minyak dan gas asli dunia.
Nazri-AziziPETALING JAYA: Datuk Seri Nazri Aziz mengakui cukai pelancongan perlu dilaksanakan kerana Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sudah “tiada wang”.
Beliau yang dipetik China Press berkata, kementeriannya perlu mencari sumber pendapatan baharu dan berterusan untuk membiayai kegiatannya kerana peruntukan kementerian itu berkurangan secara mendadak beberapa tahun ini, ekoran kejatuhan harga minyak dan gas asli dunia.
“Kita imbas kembali peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pada 2014 amat besar, tetapi ia dikurangkan dengan banyak pada 2015 dan 2016.
“Ia bukan bermakna pelancongan tidak menjadi keutamaan kerajaan, tetapi ada keutamaan yang lebih penting seperti kemajuan luar bandar, pendidikan, kesihatan dan pertahanan negara.
“Jadi, kita perlu fikirkan 1 kaedah mencari wang dan ia perlu menjadi sumber kewangan berterusan, oleh itu kami memperkenalkan cukai pelancongan,” katanya dipetik China Press pada program Jom Iftar@KL di Dataran Merdeka semalam.
Ketika berbahas di Dewan Rakyat pada April lalu untuk meluluskan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2017, Nazri dilaporkan berkata, cukai pelancongan boleh memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta, jika kadar penginapan bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60%.
Jumaat lalu, beliau berkata, cukai itu akan dikuatkuasakan pada 1 Julai ini di semua hotel dan rumah penginapan berdaftar dengan bayaran tambahan RM2.50 hingga RM20 dikenakan bagi penginapan semalaman.
Mengulas lanjut, Nazri berkata, kutipan cukai pelancongan bukan perkara baru, kerana Thailand, Singapura dan Indonesia sudah lama melaksanakannya, apatah lagi kos sara hidup mereka lebih tinggi dari Malaysia.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu hairan kenapa ramai yang membantah cadangan kementeriannya, sedangkan Pulau Pinang dan Melaka ketika mengutip cukai itu tiada orang mempertikaikannya.

500 ahli Umno serah borang PKR pada Ratu Naga


 Syarul Ema Rena


Sebanyak 500 ahli Umno Melaka sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam sebuah majlis pelancaran jentera "Tukau Melaka" di Kampung Kuala Ina, Pulau Sebang, Alor Gajah Melaka semalam.
Bagi Exco Wanita PKR Syarul Ema Rina atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga berkata, menerusi siri jelajah jentera pilihan raya di sekitar Alor Gajah beliau berjaya membawa kepada kemasukan 500 ahli baru dikalangan bekas ahli Umno pelbagai golongan  sertai PKR dalam mengerakkan jentera Tukau Melaka.
"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin kerana memberi kerpercayaan melantik saya sebagai Exco Wanita Pusat untuk saya berbakti pada masyarakat di Melaka," ujarnya.
Dalam majlis diadakan itu bekas Exco Pemuda Umno Negeri Mohd Jailani Khamis yang juga peguam peribadi Tan Sri Mohamad Ali Rustam telah menyerahkan borang keahlian itu kepada Syarul Ema Rena untuk diserahkan secara rasmi kepada Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Shamsul Iskandar dalam ucapannya berkata, pengalamannya mengadakan ceramah di negeri itu bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim sering diganggu Jailani dan kumpulannya.
Dalam majlis itu, Shamsul Iskandar menyarungkan 'vest' PKR kepada bekas musuh politiknya Mohd Jailani yang mendakwa sudah bertaubat daripada terus bersama Umno kerana tidak mahu bersekongkol dengan budaya rasuah parti itu.
"Kami tidak mahu lagi bersama jemaah yang kotor dan penuh korupsi," kata Mohd Jailani ketika ditanya punca beliau berubah fikiran untuk menyertai PKR.
Majlis anjuran Wanita Pusat yang berlansung tiga hari di bawah Parlimen Alor Gajah itu turut memberi sumbangan kepada 100 golongan asnaf seperti dodol, kurma dan bubur lambuk.

Perlekeh Melayu, pemimpin negara boleh buat saya marah, kata Mat Over


 Sulaiman Yassin
Orang Melayu perlu menanamkan semangat cintakan bangsa dan mempertahankan negara daripada anasir yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum dan parti politik dalam negara, kata pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Over melahirkan sedikit kekesalan dengan situasi masa kini apabila ramai generasi muda ujarnya, tidak mengambil berat untuk peka dengan politik semasa dan menggunakan hak masing-masing sebagai pengundi.
"Kita merangkak dari bawah untuk bina negara ini,sebab itu jika ada orang memperlekehkan orang Melayu dan pemimpin negara saya marah.
"Jangan cakap pasal Melayu tetapi tiada semangat kemelayuan. Jangan nanti negara tergadai kita pula yang menyesal kemudian hari.
"Generasi sekarang banyak terdedah dengan media sosial yang menyebabkan mereka lalai. Mereka tidak sedar jika lalai,negara ini akan tergadai.
"Mereka tiada tumpuan untuk sentiasa peka dengan perkembangan politik masa kini. Mereka mungkin sukar untuk memahami kerana segala-galanya sudah tersedia, berbeza pada zaman saya dahulu, sukarnya untuk hidup, ke sekolah berjalan kaki berbatu-batu," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau  ditemui pada  Majlis Berbuka Puasa Anak Terengganu di Perantauan bersama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan pimpinan Negeri di Putrajaya pada Sabtu.
Dalam majlis diadakan itu beliau dijemput sebagai pengacara majlis yang turut dihadiri lebih kurang 10,000 perantau anak Terengganu.
Sulaiman Yassin
Sulaiman,65, mula dikenali dan menjadi popular sebagai artis setelah membawa watak Mat Over dalam sitcom 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada era 80-an.
Namun insiden yang berlaku dalam Program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni (Budayawan) pada 16 Mei lalu,menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan penyokong parti apabila  Mat Over  meluru 'menampar' penerbit Filem dan Drama Datuk David Teo di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

PAS OH PAS

Apa masalah Pas sebenarnya?
Adakah Pas masih keliru tentang keperluan menukar kerajaan yang sedang dipimpin Najib Razak sekarang ini, meskipun jika kita bertanya kepada 10 rakyat, tujuh atau lapan daripadanya tidak lagi berkenan dengan UMNO dan BN?
Kalau Pas merasakan menukar kerajaan belum tentu membawa kebaikan, apakah jaminan bahawa mengekalkan lagi kerajaan yang sedang dipimpin oleh Najib yang dikenali sebagai kleptokrasi ini tidak membawa lebih banyak keburukan kepada rakyat dan negara?
Antara keburukan yang sudah nyata dengan kebaikan yang belum pasti, yang mana patut ditolak dahulu?
Jika benar menukar kerajaan belum tentu membawa kebaikan, kenapa Pas sendiri tidak mengumumkan secara terbuka sokongannya kepada UMNO dan BN yang sedang bergelut untuk mempertahankan kerajaannya daripada dijatuhkan?
Bukankah lebih baik dan “lebih jantan” jika Pas nyatakan saja sokongan terbuka atau umumkan bergabung terus dengan UMNO jika merasakan menukar kerajaan tidak membawa kebaikan?

Kenapa Pas perlu berselindung di sebalik blok ketiga dan Gagasan Sejahtera jika benar kerajaan yang ada lebih diyakini boleh membawa kebaikan?
Kenapa agaknya sejak bersendirian ini, Pas semakin caca-marba, tidak ketahuan dan tidak menentu hala tujunya?
Pas oh Pas…mengapa begitu malang nasibmu?

PENTING!!! Perkembangan Terbaru Najib Razak & 1MDB!

Samseng Politik: Ali Itik, Mustakim antara yang dikenal pasti

Baru jadi menteri S'wak dah jadi samseng sindir Nazri

PAS & Langkah Langkah SUMBANGNYA Semakin Menjadi Jadi !!!

Dr Rozaime Bagi Tahu Zamihan: Jangan Taksub Kepada Mazhab

Istilah Wahabi Yang Disalah Faham-Ust Dr Rozaimi Ramle