Jumaat, 16 Jun 2017

Skandal 1MDB: Apa aset DOJ mahu rampas?

SKANDAL 1MDB: ADAKAH BARANG KEMAS MEWAH MILIK ISTERI MO1 BAKAL KENA RAMPAS JUGA?

Apa yang menarik dalam tindakan kali ketiga dan terbaru semalam oleh Jabatan Kehakiman AS untuk menyita beberapa lagi aset yang dipercayai berpunca daripada dana 1MDB yang diselewengkan ialah ia turut menyebut mengenai pembelian dan hadiah barang kemas mewah untuk isteri Malaysian Official 1.

Daripada wang derma AS$620 juta yang kononnya dikembalikan oleh Malaysian Official 1 kepada pemberinya, DOJ mendapati sebahagian wang tersebut turut digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu berharga AS$27.3 juta atau kira-kira RM120 juta.

Ia didakwa dibeli untuk kegunaan isteri Malaysian Official 1.

Selain itu, Jho Low didakwa menghadiahkan 27 barang kemas lain lagi bernilai RM5.5 juta atau AS$1.3 juta kepada isteri Malaysian Official 1 dalam beberapa masa yang berbeza.

Senarai barang kemas tersebut ialah:-

- 1 gelang tangan emas putih 18k bertatah berlian berharga AS$52 ribu.
- 1 gelang tangan emas 18k bertatah berlian putih berharga AS$52 ribu.
- 1 gelang tangan "rose gold" 18k bertatah berlian putih berharga AS$52 ribu.
- 2 gelang tangan emas hitam bertatah berlian perang berharga AS$99 ribu.
- 3 gelang tangan emas putih 18k bertatah berlian putih berharga AS$91,200.
- 2 gelang tangan emas 18k bertatah berlian berharga AS$60,800.
- 3 gelang tangan emas hitam bertatah berlian perang  berharga AS$76,125.
- 2 gelang tangan emas hitam 18k bertatah berlian hitam berharga AS$35,500.
- 2 gelang tangan emas putih 18k bertatah berlian putih berharga AS$92 ribu.
- 4 gelang tangan emas putih 18k bertatah berlian putih dan jed hitam berharga AS$68 ribu.
- 1 gelang tangan emas 18k bertatah berlian putih berharga AS$65 ribu.
- 1 utas rantai "rose gold"  berbatu nilam pelbagai warna berbentuk hati berharga AS$150 ribu.
- 1 utas rantai "rose gold" 18k bertatah berlian putih  berharga AS$70,714.
- 1 utas rantai emas 18k bertatah berlian putih berharga AS$55,489.
- 1 utas rantai emas putih 18k bertatah berlian putih berharga AS$40,172.
- 1 utas rantai emas putih 18k bertatah berlian putih dan hitam berharga AS$240 ribu.

Skandal 1MDB: Watak-watak baru dalam saman DOJ, ini senarainya

 Selain perincian berkaitan aset-aset dipertikai, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dalam langkah terbarunya turut mendedahkan watak-watak baru di sebalik dakwaan skandal itu.
Antara yang disebut termasuk “1MDB Officer 4” dan“1MDB-SRC Officer”.
Walaupun nama mereka tidak dinyatakan, saman DOJ semalam memberikan perincian yang dapat memberi gambaran berhubung identiti pihak itu.
1MDB Officer 4
Menurut DOJ, 1MDB Officer 4 adalah rakyat Malaysia yang berkhidmat sebagai pengarah eksekutif kewangan 1MDB, paling minimum, antara tahun 2012 hingga 2015.
Menurut jabatan itu, 1MDB Officer 4 terlibat dalam rundingan dengan Goldman Sachs pada 2012 dan menjadi orang perhubungan utama untuk pinjaman 1MDB daripada Deutsche Bank pada 2014.
Berdasarkan garis masa yang diberikan, kemungkinan besar individu itu adalah Terence Geh, yang menurut Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara masih menjadi pengarah eksekutif kewangan 1MDB pada Oktober 2015.
Sebelum ini, nama Geh muncul dalam dokumen mahkamah Singapura yang menjelaskan bagaimana dana SRC International dipindahkan kepada rakan Jho Low, Eric Tan.
Dana-dana itu disalurkan melalui Pacific Harbour Global Growth Fund AA4 – dana yang dilanggan oleh SRC International yang didakwa diselia oleh Geh.
Bagaimanapun, saman DOJ semalam memberi gambaran bahawa Geh mempunyai peranan lebih besar dalam skandal melibatkan syarikat pelaburan negara itu.
Menurut DOJ lagi, 1MDB Officer 4 terlibat mengelirukan KPMG, juruaudit syarikat itu pada 2012, berkaitan hal ehwal aset yang dipegang oleh Brazen Sky.
1MDB Officer 4 juga membantu menubuhkan Aabar-BVI, untuk urusan pemindahan bon-bon yang melibatkan 1MDB.
Rundingan lain didakwa melibatkan kelulusan pinjaman Deutsche Bank yang kemudian turut didakwa dilencongkan.
1MDB-SRC Officer
1MDB-SRC Officer juga seorang warganegara Malaysia. Tempoh minimum dia menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pengarah SRC International dari hujung 2011 hingga 2013.
“Pada 2011, sebelum berkhidmat di kedudukan itu di SRC International, 1MDB-SRC officer pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai pelaburan 1MDB,” kata DOJ.
Berdasarkan penjelasan itu, kemungkinan ia merujuk kepada Nik Faisal Ariff Kamil, yang menjadi pengarah di SRC International dan bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB.
Menurut DOJ, 1MDB-SRC Officer terlibat dalam perpindahan AS$681 juta yang didakwa diseleweng daripada dana 1MDB ke akaun Malaysian Official 1 (MO1).
Dia juga didakwa terlibat dalam pemindahan dana untuk usaha sama palsu antara 1MDB dan PetroSaudi International kepada Good Star Limited, syarikat yang dikawal oleh Low.
1MDB-SRC Officer juga dikatakan pernah berjudi bersama Low di kasino Las Vegas pada 2012.
Pihak lain yang turut bersama adalah bintang Hollywood Leonardo DiCaprio dan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz.
Jasmine Loo Ai Swan
DOJ juga menyebut nama seorang individu yang namanya dirahsiakan sebelum ini.
Dirujuk sebagai 1MDB Officer 3 sebelum ini, DOJ kini menamakannya sebagai Jasmine Loo Ai Swan. Loo adalah bekas peguam 1MDB dan pengarah eksekutif strategi kumpulan perniagaan itu.
DOJ dan mahkamah Singapura menyebut beliau diberikan kuasa menandatangani untuk akaun Tanore Corporation yang digunakan untuk memindahkan wang AS$681 juta kepada MO1.
Isteri MO1 dan lain-lain
Pihak lain dinamakan dalam latar belakang saman atau “individu relevan” adalah sama seperti saman sebelum ini.

Mereka adalah Low, 1MDB Officer 1, 1MDB Officer 2, MO1, Riza, Tan, Khadem Abdulla Al-Qubaisi, dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
Bagaimanapun, watak baru muncul dalam saman itu, iaitu isteri MO1, yang mencuri perhatian banyak pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengesahkan bahawa MO1 yang disebut dalam saman pertama DOJ merujuk kepada Najib.
Beliau bagaimanapun menegaskan Najib bukan sebahagian daripada subjek siasatan.
Dalam pemfailan semalam, DOJ mendakwa sebahagian daripada AS$620 juta yang dikatakan dipulangkan oleh MO1 kepada “penderma” digunakan untuk membeli rantai dan loket permata merah jambu 22 karat kepada isteri MO1 yang bernilai AS$27.3 juta.

Skandal 1MDB: ‘Bolehkah Najib kekal tanpa jawab 10 perenggan maut DOJ’

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang belum habis membaca keseluruhan 251 muka surat pemfailan mahkamah terbaru oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung dengan skandal 1MDB.
Walau bagaimanapun, setakat ini beliau telah menemui "10 perenggan maut" dan tertanya-tanya sama ada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membaca keseluruhannya sebelum mengisytiharkan tiada apa perkara baru dalam dokumen berkenaan.
"Saya merujuk kepada perenggan 339-348 di bawah tajuk '$681 juta dipindahkan dari akaun Tanore ke akaun milik Malaysian Official 1,” katanya dalam satu kenyataan.
Pemimpin DAP itu berkata perenggan berkenaan secara langsung mengaitkan wang RM2.6 bilion dalam akaun bank Najib dengan 1MDB tetapi digambarkan sebagai derma dari keluarga diraja Arab Saudi.
Lim juga membetulkan kenyataan Apandi berhubung rasal kesal peguam negara itu terhadap sindiran DOJ terhadap Perdana Menteri.
"Untuk maklumat Apandi, mereka bukan menyindir tetapi secara terbuka dan langsung, kerajaan kerajaan AS berkata perdana menteri telah berbohong apabila mendakwa wang RM2.6 bilion itu sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi," katanya.
"Saya belum selesai membaca semua 251 muka surat saman kleptocratik DOJ itu yang bertujuan untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion berkaitan 1MDB, tetapi saya boleh berkata, bahawa Apandi pastinya salah ketika beliau mengatakan bahawa tiada apa yang baru dalam saman itu.
"Selain daripada maklumat yang menggiurkan tentang apa yang dilakukan oleh Jho Low dengan AS$ 620 juta yang sepatutnya dikembalikan Najib kepada penderma Arab Saudi itu, Apandi harus menyoal sama ada Najib boleh terus menjadi pebagai perdana menteri jika beliau tidak mencabar sepuluh perenggan maut dalam saman itu," katanya.
Najib berulang kali menafikan dirinya menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan mendakwa pertuduhan itu dibuat oleh mereka yang mahu menggulingkannya.
Pada Januari tahun lalu, Apandi membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku.

Skandal 1MDB: Wan Azizah mahu sidang parlimen tergempar diadakan segera

Wan Azizah DOJ 1
Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesa kerajaan mengadakan sidang Parlimen  tergempar bagi membincangkan dakwaan Jabatan Keadilan Sosial (DoJ) Amerika Syarikat dalam saman sivil berhubung penyelewengan dana 1MDB.
Beliau berkata skandal 1MDB yang telah mendapat perhatian masyarakat dunia ini menjadi lebih memeranjatkan apabila timbul dakwaan terbaru bahawa sebanyak RM17 bilion telah diseleweng oleh “pegawai tertinggi negara” untuk membiayai kehidupan serba mewah.
"Memandangkan dakwaan terbaru ini melibatkan maruah negara, saya menggesa supaya sebuah sidang tergempar Parlimen diadakan sesegera mungkin bagi membincangkan dakwaan terbaru ini.
"Mengadakan sidang tergempar di luar waktu persidangan Parlimen bukanlah amalan yang luar daripada kebiasaan. Terutama sekali apabila isu yang dibincangkan itu melibatkan kepentingan rakyat dan negara," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
SIdang tergempar Parlimen pernah diadakan pada 23 Julai 2014, bagi membincangkan insiden pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 yang mengorbankan 298 nyawa.
Sebuah Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Parlimen pula telah diadakan pada 26 Januari 2016.

Skandal 1MDB: Salleh kutuk tindakan pembangkang guna kuasa asing campuri politik negara



Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan anggota dan penyokong pembangkang yang sanggup mengetepikan kedaulatan negara apabila menggunakan kuasa asing untuk mencampuri urusan politik negara.
Salleh Kruak Beliau berkata mereka yang tidak bertanggungjawab ini sanggup memanipulasi saman sivil terbaru yang dikemukakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) sebagai satu senjata politik semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin negara dan menjayakan matlamat peribadi masing-masing.
"Mereka lakukan perkara sedemikian pada Julai tahun lalu tetapi gagal dan mereka mencuba lagi pada tahun ini.
"Saya yakin sungguh mereka akan menggunakan perkara sama pada pilihan raya umum akan datang iaitu mereka membuat manipulasi menggunakan isu ini (saman sivil DoJ) untuk mencemarkan imej negara dan merosakkan nama baik perdana menteri," katanya kepada pemberita hari ini.
Salleh menegaskan bahawa pihak Peguam Negara telah berkali-kali sebelum ini menegaskan bahawa siasatan yang dibuat menunjukkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam dakwaan aktiviti pengubahan wang haram seperti yang terkandung dalam saman sivil DoJ itu dan malahan tidak wujud apa-apa bukti yang berasas untuk apa-apa tindakan mahkamah.
Salleh berkata masyarakat negara ini seharusnya faham bahawa siasatan oleh DoJ merupakan satu proses biasa di Amerika Syarikat dan ia tidak membuktikan kesahihan sesuatu dakwaan selagi perkara itu tidak diputuskan oleh mahkamah.
"Tetapi ada pihak di Malaysia ini mengambil kesempatan (atas laporan DoJ). Sudah tentu ia (tuduhan) tidak disiasat jika tidak ada dakwaan daripada orang Malaysia sendiri.

Skandal 1MDB: Kerajaan Umno@BN persoal tindakan terbaharu DOJ


Pelbagai siasatan mendapati tiadanya bukti yang menunjukkan wang dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Sebaliknya kerajaan pula mempersoalkan tindakan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat memfailkan saman terbaru bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.
Apandi AliDalam satu kenyataan hari ini, Peguam Negara berkata: “ Tidak ada bukti daripada mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang bagi pelbagai bidang kuasa yang menunjukkan wang disalahgunakan daripada 1MDB, dan tidak ada sebarang pertuduhan jenayah dibuat terhadap mana-mana individu bagi penyelewengan dana daripada 1MDB.”
Beliau juga mengambil perhatian bahawa saman kedua yang difailkan itu “ berlaku pada ulang tahun saman pertama, dan nampaknya ia merupakan tindakan ulangan.”
Beliau menyatakan rasa kecewa kerana “sekali lagi Jabatan Peguam Negara tidak dimaklumkan atau diberitahu oleh DoJ berhubung tindakannya itu”.
Mohamed Apandi berkata 1MDB telah melalui beberapa siasatan di Malaysia termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

"Selepas semakan, kami mendapati tiada jenayah dilakukan,” katanya sambil memberitahu bahawa polis Malaysia masih menjalankan penyiasatan berhubung 1MDB.
Mohamed Apandi berkata: "Kami ingin menyatakan rasa bimbang mengenai sindiran tentang salah laku jenayah yang dibuat terhadap Perdana Menteri. Tindakan sivil itu langsung tidak menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau didakwa melakukan sebarang salah laku jenayah".
Beliau berkata sehingga kini, Jabatan Peguam Negara tidak menerima sebarang permintaan daripada DoJ untuk mendapatkan apa-apa maklumat atau bukti.
"Bagaimanapun, kami mengalu-alukan apa-apa permintaan sedemikian selaras dengan komitmen kami untuk menjalinkan kerjasama antarabangsa dan memerangi pengubahan wang haram,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, berkata kerajaan bimbang dengan kegagalan DoJ untuk mendapatkan kerjasamanya atau 1MDB berhubung saman sivil terbaru itu.

Beliau berkata kerajaan juga bimbang dengan “tindakan tidak perlu dan tidak sepatutnya dalam menamakan perkara-perkara tertentu dan individu yang hanya relevan kepada manipulasi politik domestik dan campur tangan”.
‘Ini menunjukkan wujudnya motivasi yang melangkaui objektif untuk merampas aset-aset,” katanya dalam kenyataan.
Tengku Sariffuddin berkata kerajaan Malaysia akan memberikan kerjasama penuh dengan mana-mana penyiasatan yang sah terhadap mana-mana syarikat atau warganegara Malaysia mengikut protokol antarabangsa.
“PIhak berkuasa Malaysia telah melakukan banyak siasatan dan secara menyeluruh membabitkan 1MDB, termasuk oleh badan bebas dan dwipartisan seperti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara , dan didapati tiada perbuatan jenayah,” katanya.

Skandal 1MDB: Peguam Negara perlu segera dakwa Najib, gesa Pemuda Amanah


Mohd Apandi 1MDB
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali didesak perlu menyegerakan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak susulan pendedahan  terbaharu Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berkaitan dana 1MDB yang berhubungkait dengan Malaysian Official 1 (MO1).
Timbaan Ketua Pemudanya, Faiz Fadzil menjelaskan semua keterangan yang didedahkan DOJ itu sudah diketahui peguam negara sebelum ini sebagaimana hasil siasaaan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bahkan beliau turut mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bersikap lebih profesional dan diligent untuk mencampuri tindakan DoJ ini kerana ia bukan tindakan saman sivil, tetapi tindakan jenayah.
"Fakta yang didedahkan adalah berhubung salahlaku jenayah Perdana Menteri di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) dan AMLA.
"SPRM pula hendaklah menghantar semula kertas siasatan dan syor pertuduhan terhadap Perdana Menteri kepada Peguam Negara. Amatlah diharapkan agar Peguam Negara menjaga kepentingan dan maruah negara mengatasi MO1.
"Adalah amat penting untuk Peguam Negara memelihara keluhuran undang-undang," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Pendedahan yang dibuat oleh DoJ telah mendedahkan bagaimana wang AS$620juta yang dipulangkan MO1 kepada “penderma”.
" Ironinya, identiti penderma yang dimaksudkan itu juga masih kabur dan penuh tanda tanya.
Faiz Fadzil "Tindakan DoJ ini telah membantu rakyat Malaysia untuk memahami ke mana wang yang telah dipulangkan oleh MO1 atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Fakta adalah terlalu jelas seumpama mentari pagi bahawa MO1 adalah Najib Razak dimana beliau digambarkan sebagai individu yang menerima AS$681 juta (RM2.6 billion) daripada wang 1MDB yang mana jumlah tersebut disahkan Tan Sri Apandi walaupun dikatakan derma.
"Tiada menteri lain yang mengakui MO1, malahan Najib Razak juga tidak menafikannya. Tambahan pula, pengakuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa MO1 adalah Najib Razak telah mengesahkan fakta ini," jelasnya.

SKANDAL 1MDB: Siapa sebenarnya penderma' pak arab' itu ??!

'Pak Arab' mana lah yg baik hati beli 27 barang kemas bagi kpd isteri #MO1 tuuu..

TAHUKAH ANDA.. dlm budaya arab mereka amat pantang/ marah jika sedekah/ derma dipulangkan semula kerana ia satu penghinaan buat mereka.

Jadi, siapa sebenarnya penderma' pak arab' itu ??!

Hingga skrg tiada satu pon pak arab mengaku sebenar-benarnya beri derma RM2.6 bilion kpd Najib TANPA asyik bertukar kenyataan. Sekejap bagi derma, kmudian kata pelaburan pula..

SKANDAL 1MDB: PAK ARAB MANA BELANJA "MEM MO1"

MASIH INGAT.. AG Apandi kata Najib dah pulangkan hampir 80% (RM2.03 bilion) drpd jumlah derma RM2.6 bilion kepada keluarga diraja Arab Saudi.

TIBA-TIBA keluarga 'Pak Arab' tu punyalah baik hati & simpati beli 27 barang kemas bagi kpd isteri #MO1..

FAKTA:
Dokumen DoJ memperincikan yang beli kesemua 27 barang kemas itu adalah JHO LOW.

PERSOALAN:
Adakah 'Pak Arab' itu JHO LOW ?

Hanya MO1 & isteri MO1 sahaja yg ketahui...

SKANDAL 1MDB: SENARAI BARANG KEMAS "MEM MO1"

"Berikut senarai 27 barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri MO1"

1 gelang tangan emas putih bertatah berlian putih 18K (sederhana) AS$52,000
1 gelang tangan emas bertatah berlian putih 18K (sederdana) AS$52,000
1 gelang tangan “rose gold” bertatah berlian putih 18K (sederhana) AS$52,000
2 gelang tangan emas hitam bertatah berlian perang (sederhana) AS$99,000
3 gelang tangan emas putih bertatah berlian putih 18K (nipis) AS$91,200
2 gelang tangan emas bertatah berlian 18K (nipis) AS$60,800
3 gelang tangan emas hitam bertatah berlian perang (nipis) AS$76,125
2 gelang tangan emas hitam bertatah berlian hitam 18K (nipis) AS$35,500
2 gelang tangan emas putih bertatah berlian putih 18K (sederhana) AS$92,000
4 gelang tangan emas putih bertatah berlian putih 18K dan jed hitam AS$68,000
1 gelang tangan emas bertatah berlian putih 18K AS$65,000
1 utas rantai “rose gold” berbatu nilam pelbagai warna berbentuk hati AS$150,000
1 utas rantai “rose gold” bertatah berlian putih 18K AS$70,714
1 utas rantai emas bertatah berlian putih 18K AS$55,489
1 utas rantai emas putih bertatah berlian putih 18K AS$40,172
1 utas rantai emas putih bertatah berlian putih dan hitam 18K AS$240,000

PETALING JAYA: Kira-kira AS$1.3 juta (RM5.5 juta) dalam dana boleh dikesan kepada penyalahgunaan pinjaman Bank Deutsche untuk membeli 27 barang kemas bagi isteri “Malaysian Official 1” (MO1) pada 2014.

Menurut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ), taikun kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low, mengatur pembelian dan pembayaran rantai serta gelang emas 18 karat dari Schwartz Inc di New York.

DoJ berkata, pereka barang kemas, Lorraine Schwartz turut dipelawa menunjukkan MO1 barang kemas itu di Hotel Bel-Air, Los Angeles pada atau sekitar 3 Januari 2014.

Low menghantar pesanan teks kepada Schwartz pada hari itu untuk mengesahkan beliau berada di sana. Di hotel, Schwartz bermakan malam bersama MO1 dan hadirin lain, sebelum dijemput ke sebuah suite untuk menunjukkan barang kemas itu.

KALAU PENDEDAHAN DARI #DOJ INI SATU FITNAH HARAP 'isteri #MO1' & kerajaan Malaysia sila SEGERA SAMAN DOJ !!

KALAU TAK SAMAN, maknanya.....

FELDA: KENAPA DIA SANGGUP BERBOHONG...???

WOWW !!!.. Benarkah purata pendapatan penduduk FELDA RM4,000..

Peneroka Felda di luar sana tu sila beri pengesahan, SAMA ADA NAJIB BERCAKAP BENAR ATAU BOHONG !!!

Kemana Hilangnya RM1.7 Bilion Duit Proton...??

Setiap tahun dana rakyat berbilion ringgit lesap entah hilang ke mana sejak di bawah pemerintahan Najib.

Tu blom kira lagi boros & ketirisan dlm pentadbiran Najib serta keluarganya..

Skandal RM9.5 Juta: Berani ker Najib & Shafee nak dedah..

DAH LEBIH 2 MINGGU Najib & Shafee terus jadi bisu di atas skandal RM9.5 juta itu tanpa sebarang kenyataan penafian apatahlagi mengaku ada..

Skandal FGV....Adik Ipar Dapat Projek..!!!

TIBA-TIBA SPRM begitu pro-aktif bongkar, tangkap & tahan pd kes2 yg libatkan penyelewengan dlm kerajaan menjelang hampirnya PRU14 kali ini..

TIBA-TIBA isu2 RM9.5 juta, 1MDB & SRC terus tenggelam..

'Kambing Hitam' mana pula yg akan jadi mangsa pada skandal FGV kali ini ??!

Samseng Bazar: Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah..

SETELAH KANTOI BOHONG & MEMFITNAH di bulan suci Ramadan, adakah pemimpin2 UMNO tersebut sanggup dan berani meminta maaf secara terbuka kepada DAP kerana menuduh mereka membantah dan mendesak pemindahan bazar Ramadan di Kluang 10 tahun lalu..??!

JUDI: Sejarah Tak Pernah Menipu..

Berdiri megahnya kilang2 arak di Malaysia serta yg merasmikannya adalah dari pemimpin2 No.1 Umno itu sendiri.

Jasamu Dikenang...

1) Kilang Guinness Stout - dirasmikan oleh bekas Presiden Umno, Tunku Abdul Rahman pada 1968.

2) Kilang Carlsberg - dirasmikan oleh bekas Presiden Umno, Tun Abdul Razak (bapak Najib) pada 1972.

JUDI: Anda sendiri tahu bukan..

SEBAB APA pusat2 judi masih berkembang biak di negara kita?

SEBAB APA kelulusan & pemberian lesen judi masih berterusan dari Kerajaan Pusat/ menteri2 Umno ??

'WANITA MISTERI VVIP' dikesan di mana-mana ceruk rantau dunia...

WALAU SEKALIPUN nilai ringgit jatuh, kos sara hidup meningkatkan.. dia tetap 'steady..'

DARI MANA DIA DAPAT DUIT..??!
DAPAT 'DERMA' JUGA KAH..??!

Skandal 1MDB: Peguam negara, apa jadi dengan siasatan polis ke atas 1MDB?

Mohamed Haniff Khatri Abdulla mahu peguam negara menyatakan secara jelas sama ada beliau mahu mendakwa sesiapa berhubung skandal 1MDB.
haniff-apandi-aliPeguam Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengenai hasil siasatan polis ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata polis memulakan siasatan apabila pengasas bersama PPBM Datuk Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis pada 12 Disember 2014.
“Apa hasil siasatan polis ke atas 1MDB?” katanya menjawab kenyataan Apandi hari ini yang mengatakan polis masih sedang menyiasat perkara itu.
Bagaimanapun, laporan media 12 April lalu memetik Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai berkata kertas siasatan 1MDB sudah diserahkan ke jabatan peguam negara.
Khalid berkata siasatan itu sudah diselesaikan “beberapa masa lalu”.
Haniff meminta peguam negara untuk tidak mengelirukan orang ramai kerana “rakyat bukan budak tadika”. Apandi sepatutnya mendedahkan keputusannya mengenai siasatan 1MDB itu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dilaporkan berkata, pada 11 Jun 2015, laporan polis Khairuddin dikelaskan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah oleh penjawat awam atau ejen.
Zahid berkata kertas siasatan dirujuk kepada peguam negara pada 9 Mac 2015 untuk tindakan lanjut.
Haniff, yang mewakili Khairuddin dalam kes jenayah kerana cubaan mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara, berkata Apandi melakukan tindakan kurang bijak kerana mengulas mengenai langkah sitaan terbaru Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.
Peguam negara kecewa DoJ tidak berunding dengan pihak berkuasa Malaysia.
“Mengapa pula DoJ perlu merujuk kita apabila masyarakat antarabangsa tahu Malaysia menolak tawaran bantuan perundangan bersama malah kepada pihak berkuasa Switzerland yang menyiasat dakwaan pengubahan wang dalam 1MDB,” kata Haniff.
Beliau berkata Apandi membuat kenyataan mengarut apabila mengatakan siasatan yang dijalankan pihak berkuasa undang-undang tempatan mendapati tiada bukti yang menunjukkan wang 1MDB digelapkan.
Haniff berkata salah laku jenayah 1MDB yang didakwa itu berasal dari Malaysia dan wang dilencongkan ke beberapa agensi kewangan luar negara, termasuk Singapura.
“Sebahagian dari wang itu disalurkan semula sebagai laba haram, seperti RM2.6 bilion, kepada beberapa individu yang merupakan pesalah utama,” katanya.
Beliau berkata Malaysia perlu mengambil tindakan jenayah terhadap mereka yang bertanggungjawab dan tidak menyalahkan orang lain kerana mengambil tindakan.

Skandal 1MDB: Siasatan 1MDB masih berjalan, kata KPN

POLIS diarahkan untuk melihat “beberapa bahagian” dalam siasatan mereka berhubung syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tuduhan penyelewengan yang Amerika Syarikat (AS) dakwa digunakan untuk mendanai pelbagai pembelian, kata ketua polis negara hari ini.
Berkata siasatan itu masih berjalan, Khalid Abu Bakar memberitahu The Malaysian Insight yang polis menerima arahan baharu daripada peguam negara mengenai kes itu, baru-baru ini.
“Beliau mengarahkan kami melihat pada beberapa bahagian dalam siasatan kami. Kami masih melihat kepada bahagian berkenaan,” katanya.
Khalid berkata siasatan yang bermula tahun lalu selepas pembentangan laporan ketua audit negara kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), yang memasukkan petikan daripada laporan itu ke dalam dapatannya, kemudian dibentangkan di Parlimen pada April tahun lalu.
Laporan itu kemudiannya diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Pemimpin pembangkang Rafizi Ramli didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan kerana mendedahkan petikan daripada laporan itu kepada umum.
Dana 1MDB, syarikat diilhamkan Perdana Menteri Najib Razak, menjadi perhatian siasatan di AS dan beberapa negara lain atas tuduhan penyelewengan dana dan pengubahan wang haram.
Jabatan Kehakiman AS (DoJ) semalam memfailkan tuntutan untuk menyita aset yang didakwa dibeli menggunakan wang diambil daripada 1MDB.
Aset dimaksudkan itu termasuk hak terhadap filem “Dumb and Dumber To” yang diterbitkan oleh Riza Aziz, anak tiri Najib.
Tahun lalu, pendakwa AS memfailkan tuntutan sivil penyitaan aset terhadap lukisan, hartanah dan aset lain dimiliki beberapa individu bernilai lebih AS$1 bilion.
"Aduan hari ini mendedahkan satu lagi bab daripada banyak tahun, skim penipuan berbilion dolar, menjadikan jumlah yang dicuri dikenal pasti sebanyak AS$4.5 bilion," kata pemangku Penolong Peguam Negara AS, Kenneth Blanco dalam satu kenyataan.
Dalam respons segera, Peguam Negara Mohamed Apandi Ali berkata tuntutan DoJ yang terbaru ini hanya ulangan daripada tuntutan AS$1 bilion tahun lalu, dan kecewa kerana pihaknya tidak dimaklumkan berhubung tindakan terkini itu.

Skandal 1MDB: Parti pembangkang sokong tindakan DoJ

Wong Chen menyifatkan tindakan DoJ menunjukkan AS tidak boleh dipengaruhi dan berharap mereka akan terus bertindak secara profesional walaupun Malaysia langsung tidak mempedulikan isu 1MDB.
salahuddin-ayubPembangkang menyokong dan menyifatkan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan permohonan untuk merampas aset dikaitkan dengan penyalahgunaan dana 1MDB sebagai wajar.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, perkara itu berlaku di Amerika Syarikat dan tindakan DoJ selaras perlembagaan negara itu demi keadilan dan melindungi kepentingan kepentingan umum.
“Ia di bawah bidang kuasa Amerika Syarikat, maka untuk kepentingan umum, sepatutnya perkara itu dilakukan bila Malaysia mengambil sikap buat tak tahu,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
DoJ dalam saman sivil terbaru lebih 200 muka surat yang difailkan di sebuah mahkamah di California pada Khamis, mahu menyita pelbagai aset dan hartanah mewah, dalam usaha mendapatkan kembali AS$540 juta wang yang dikaitkan dengan dana dicuri daripada 1MDB.
Ia termasuk sebuah lukisan mewah dan hasil hak cipta 2 filem komedi Hollywood, “Dumb and Dumber To” dan “Daddy’s Home” yang diterbitkan sebuah syarikat diketuai anak tiri perdana menteri, Riza Aziz.
DoJ dalam siasatannya turut mendapati kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) berlaku dalam 1MDB melibatkan pegawai atasan dan sekutu mereka.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam reaksinya berkata, pejabatnya “belum diberikan bukti” mengenai dakwaan kecurian dana daripada 1MDB dan mengulangi kenyataannya tahun lalu yang mendapati tiada jenayah dilakukan dalam siasatan beberapa agensi tempatan terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
“Mana boleh peguam negara membiarkan perkara itu berlaku depan mata mereka, tapi mereka tak ambil apa-apa tindakan. Apa istimewa sangat 1MDB itu?” soal Salahuddin.
Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Md Noor pula menyifatkan peguam negara sebagai “memalukan”.
“Jabatan Peguam Negara apabila diminta bekerjasama tak nak. DoJ minta pun dia tak nak bagi kerjasama. Switzerland minta (kerjasama) pun dia tak bagi kerjasama.

Skandal 1MDB: Jho Low belanja AS$10j beli barang kemas untuk model, ibu

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa hartawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low dan sekutunya Eric Tan membelanjakan AS$200 juta untuk membeli kemas.
Walaupun DOJ tidak senaraikan semua pembelian yang didakwa itu, ia bagaimanapun mendakwa bahawa Low sahaja membelanjakan sekurang-kurangnya AS$9.9 juta untuk barang kemas untuk model Australia, Miranda Kerr serta untuk ibunya sendiri.
Low juga didakwa membelanjakan AS$28.6 juta untuk barang kemas untuk isteri Malaysian Official 1.
Menurut DOJ, pembelian pertama yang direkodkan oleh ahli perniagaan itu yang didakwa menggunakan wang yang berkaitan dengan 1MDB bermula sejak 2012 apabila dia membeli cincin berlian dan padanan anting-anting berlian untuk ibunya.
Bersama-sama dengan cincin pertunangan dengan "wanita yang tidak dikenali", jumlah bil Low untuk barang kemas dari Lorraine Schwartz ialah AS$2.84 juta.
Pada 5 Disember 2012, Low didakwa membayarnya menggunakan sebahagian daripada AS$1.367 bilion yang didakwa disalahgunakan dari 1MDB dalam apa yang DOJ gambarkan sebagai fasa Aabar BVI.
Ini meningkat kepada 40 peratus daripada hasil yang diperoleh melalui dua tawaran bon, didakwa telah dipindahkan kepada entiti British Virgin Islands yang dipanggil Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI).
Aabar BVI adalah salah satu daripada beberapa syarikat yang didakwa diwujudkan untuk memberi gambaran palsu bahawa ia adalah anak syarikat Abu Dhabi International Petroleum Investment Co (IPIC).
Wang untuk membayar barang kemas ibu Low ibu telah melalui Good Star Limited serta akaun bapa ahli perniagaan itu di Singapura.
Apabila pegawai Bank Singapura (BSI) bertanya tentang pemindahan itu kepada bapanya, Low menjelaskan bahawa ia adalah sebahagian daripada "tradisi keluarga" untuk memberi kepada ibu bapa hasil "penjanaan kekayaan yang baik."

Skandal 1MDB: Jho Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB

Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Jho Low memegang pasport Malaysia dan pasport untuk St Kitts dan Nevis di kepulauan West Indies, yang melanggar Perlembagaan Persekutuan yang tidak mengiktiraf dua kerakyatan.
Ini terkandung dalam saman ketiga Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkenaan 1MDB untuk merampas AS$540 juta lagi aset yang berkaitan dengan apa yang jabatan itu dakwa sebagai "konspirasi antarabangsa untuk mencuci dana yang disalahgunakan dari sebuah 'sovereign wealth fund' Malaysia".
Ini menjadikan jumlah tuntutan pelucuthakan yang dibuat oleh DOJ dalam kes ini meningkat kepada AS$1.7 bilion.
DOJ mendakwa Low telah menandatangani sepucuk surat dengan kepala surat firmanya Good Star Ltd untuk memudahkan pemindahan satu dana pada 19 Mac 2010.
Tanda tangan itu "sama dengan yang Low gunakan pada pasport Malaysia, Kitts dan Nevis," katanya.
St Kitts membenarkan warga asing mendapatkan kewarganegaraan sebagai balasan untuk pelaburan hartanah sekurang-kurangnya AS$400,000 atau satu sumbangan sekurang-kurangnya AS$250,000 kepada dana kepelbagaian industri gula di negeri ini.
Menurut pemfailan ketiga yang dibuat semalam, DOJ mendakwa Low mengumpulkan lebih AS1 bilion dalam hartanah menggunakan dana yang didakwa dialihkan daripada 1MDB. Ia termasuk:
- Time Warner Penthouse, New York (AS$30.55 juta);
- Oriole Mansion, Beverly Hills (AS$390.98 juta);
- unit Greene Condominium, New York (AS$13.8 juta);
- Hotel mewah L'Ermitage , Beverly Hills (AS$44.8 juta);
- Hillcrest Road mansion, Beverly Hills (AS$17.5 juta);
- Park Laurel condominium, New York (AS$23.98 juta);
- Qentas Townhouse, Belgavria, London (17 juta pound);
- Stratton penthouse dan flat Stratton, London (35 juta pound);
- Pejabat Stratton, London (42 juta pound); dan
- kepentingan dalam Hotel Park Lane, New York melalui perkongsian (jumlah harga pembelian AS$654 juta).

Skandal 1MDB: Anak tiri Najib beli hartanah, poster guna dana Aabar BVI

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa Riza Aziz - anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak -  Riza Aziz - telah membeli hartanah di luar negara dan poster filem yang mahal menggunakan dana yang didakwanya disalahgunakan dari 1MDB melalui Aabar BVI.
Selain daripada hartanah di AS, Riza juga dikatakan membeli hartanah di Belgravia, London, United Kingdom.
DOJ berkata Riza membeli hartanah itu pada Julai 2012 pada harga AS$41.79 juta daripada rakan perniagaannya Jho Low, yang membelinya dua tahun lebih awal yang didakwa menggunakan dana 1MDB melalui akaun Good Star beliau.
Dalam pemfailan ketiganya setebal 251 halaman berkaitan dengan 1MDB semalam, DOJ mendakwa Riza membayar Low untuk memperoleh Qentas Townhouse menggunakan dana yang dikesan kepada hasil lencongan hasil bon pada 2012.
Aabar BVI telah dikatakan menerima AS$1.367 bilion yang didakwa dilencong daripada bon yang dikeluarkan oleh 1MDB untuk perjanjian pembelian syarikat kuasa pada tahun 2012.
Aabar BVI didakwa telah memindahkan AS$133 juta daripada hasil bon 2012 pada 18 Jun 2012 ke akaun Riza di Red Granite Capital di BSI Bank di Singapura.
DOJ mendakwa bahawa pada atau sekitar 20 Jun 2012 - kira-kira dua hari kemudian - Riza memindahkan AS$58.5 juta dari akaunnya di Red Granite Capital kepada 'akaun Shearman IOLA' di Citibank.
Akaun Shearman IOLA, dakwanya, memindahkan AS$43 juta daripada dana yang sama yang dipegang bagi pihak Riza pada hari berikutnya kepada sebuah akaun yang disenggarakan oleh pejabat Shearman & Sterling di London untuk pembelian Qentas Townhouse daripada Low.
"Hasil daripada penjualan Qentas Townhouse telah akhirnya dipindahkan kepada Low dan digunakan untuk mengambil alih kepentingan dalam Viceroy Hotel Group," dakwanya.
Walaupun Riza menuntut pemilikan benefisial Qentas dalam penyata cukainya pada tahun 2012 penyata cukainya, penyata cukai itu menyenaraikan alamat Los Angeles untuk Qentas, dakwa DOJ.
Hartanah di London itu bukan satu-satunya yang didakwa dibeli oleh Riza daripada Rendah.

Skandal 1MDB: 'Derma' dipulangkan diguna beli rantai berlian isteri MO1 - DOJ

Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) akhirnya menyerlahkan apa yang berlaku terhadap wang AS$620 juta yang dipulangkan Malaysian Official 1 (MO1) kepada “penderma”.
Dalam saman sivil pelucuthakan terbaru, DOJ berkata sekurang-kurangnya AS$27.3 juta digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk isteri MO1.
Ia juga mendakwa “derma” yang dipulangkan itu digunakan oleh hartawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low untuk membeli gambar bernilai AS$750,000 sebagai hadiah kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.
MO1 disifatkan sebagai pegawai kanan kerajaan oleh DOJ.
Tahun lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Rahman Dahlan berkata MO1 merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak tetapi menegaskan perdana menteri bukan sebahagian daripada siasatan.
Najib telah menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.
Dalam saman tahun lalu, DOJ berkata sejumlah AS$731 juta yang didakwa diseleweng daripada 1MDB mengalir ke dalam akaun peribadi MO1.
Ini termasuk ASS$681 juta yang dipindahkan pada Mac 2013. Dokumen DOJ memetik Peguam Negara Malaysia Tan Sri Apandi Ali sebagai berkata ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi.
Kedua-dua pihak, DOJ dan Apandi, berkata AS$620 juta telah dipulangkan.
DOJ mendakwa wang yang berpunca daripada 1MDB, dan dipindahkan kepada MO1 dan kemudian dipulangkan kembali, melalui akaun bank Tanore Corporation di Singapura.
Kes di mahkamah republik itu menyebut akaun itu dikawal oleh Low.
Bagaimanapun, apa yang berlaku kepada wangg yang dipulangkan itu kekal misteri sehinggalah butiran lanjutnya dinyatakan dalam saman 251 halaman DOJ pada Khamis.
Menurut DOJ, pada Jun 2013, dua bulan sebelum wang itu dipulangkan, Low dikatakan menghubungi tukang emas permata Lorraine Schwartz berkaitan “rantai berlian merah jambu permata bentuk hati 18 carrot (sic)”.
Bulan berikutnya, Schwartz dikatakan pergi ke Monaco dengan permata merah jambu 22 karat untuk bertemu Low dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Aabar Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny di atas sebuah kapal layar.
Isteri MO1 dan kawannya – dirujuk DOJ sebagai "Malaysian Friend" turut berada di situ.
Mereka kemudian dikatakan membincangkan soal rekaan rantai itu.
Schwartz kemudian dikatakan bertemu isteri MO1 di New York pada 28 September bagi menunjukkan rekaan rantai itu.
Najib dan Rosmah berada di New York ketika persidangan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Najib berucap pada 28 September.
Sementara itu, rantai yang siap itu didakwa dihantar kepada "Malaysian Friend" di Hong Kong pada 7 Mac 2014, supaya dapat disampaikan kepada isteri MO1.
Bagaimanapun tidak jelas bila beliau secara peribadi menerimanya.
Menurut DOJ, bayaran AS$27.3 juta itu berpunca daripada wang AS$620 juta yang dipulangkan MO1 kepada Tanore pada Ogos 2013.
Pada 9 September 2013, US$58.85 juta daripada akaun Tanore didakwa disalurkan ke akaun lain – Midhurst Trading Limited – yang berdasarkan fakta perbicaraan di mahkamah Singapura Low membukanya menggunakan nama Eric Tan.
Keesokan harinya, wang AS$32.76 juta itu didakwa dipindahkan ke akaun bank DBS Singapura atas nama Blackrock.
Daripada situ, dua pindahan kawat (wire transfer) dibuat kepada Schwartz di akaun Bank of America berjumlah AS$27.3 juta.

Skandal 1MDB: DOJ tak sebut lagi 'Putera Saudi'

Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat tidak lagi menggunakan rujukan “Putera Saudi” dalam saman sivil pelucuthakan 1MDB terbarunya, berbanding pemfailan tahun lalu.
Sebaliknya, pemilik akaun Bank Riyad itu dirujuk sebagai “Saudi Associate 1” dan “Saudi Associate 2”, yang dinyatakan sebagai seorang warganegara Saudi yang bersekutu, hartawan Low Taek Jho dan sekutunya Eric Tan Kim Loong.
Akaun Saudi itu didakwa digunakan untuk memindahkan dana daripada 1MDB kepada Malaysian Official 1 – pegawai kanan kerajaan Malaysia yang dikatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri.
Najib sudah berulang kali menafikan sebarang salah laku.
Pemfailan terkini itu dibuat pada 7 Jun untuk mendapatkan pelucuthakan sivil sebuah emper di London yang sepatutnya diperoleh Low menggunakan dana 1MDB.
Ini susulan beberapa siri saman pelucuthakan sivil serupa difailkan pada Julai tahun lepas, untuk merampas hak harta intelek filem The Wolf of Wall Street, sebuah pesawat, lukisan-lukisan dan harta tanah yang didakwa DOJ kononnya diperoleh secara salah.
Dalam pemfailan mahkamah DOJ itu dibuat pada 20 Julai 2016, pemegang akaun di Bank Riyad itu dirujuk sebagai seorang putera Saudi yang bersama mengasaskan PetroSaudi International bersama ketua pegawai eksekutif (CEO).
Laporan media sebelum ini menamakan Putera Turki Abdullah Abdel Aziz dan bekas pegawai bank Tarek Obaid sebagai pengasas bersama PetroSaudi. Tarek kini menjadi CEO PetroSaudi.
DOJ mendakwa akaun bank itu digunakan untuk memindahkan US$20 juta kepada akaun AmBank Malaysian Official 1 pada 2011 dan US$681 juta lagi pada Mac 2013.
Setakat ini, masih tidak jelas siapa Saudi Associates 1 dan Saudi Associates 2 dan kenapa perubahan itu dibuat serta sama salah seorang daripada pemilik kod nama itu masih merujuk kepada putera Saudi itu.
Sementara itu, pemfailan terbaru DOJ juga menyebut lukisan Claude Monet yang lain berbanding pemfailannya pada 2016.
DOJ kini mahu merampas lukisan cat minyak atas kanvas bertajuk “Nympheas” yang bersaiz 88.5 × 100 sentimeter, berbanding “Nympheas avec Reflets de Hautes Herbes” bersaiz 130 × 200 sentimeter yang disebut sebelum ini.
Perubahan itu susulan laporan Wall Street Journal.

Skandal 1MDB: Kapal layar, berlian dan banyak lagi...kata DOJ

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, malam semalam mengumumkan kejayaan yang paling ketara sejak 21 Julai tahun lalu, apabila penyiasat negara itu secara terbuka mengumumkan skandal 1MDB dan mengisytiharkan bahawa rakyat Malaysia telah ditipu pada skala besar-besaran.
Ketika itu, penyiasat AS berkata lebih AS$3 bilion didakwa diselewengkan dari 1MDB dan berusaha untuk merampas semula kira-kira AS1 bilion aset haram berkenaan.
Dalam pemfailan yang ketiga dan terbaru, malam tadi, DOJ kini meletakkan angka yang didakwa diselewengkan pada AS$4.5 bilion dan sedang berusaha untuk merampas AS$1.7 bilion aset yang kononnya diperolehi melalui dana yang dicuri daripada 1MDB.
Antara senarai barangan yang cuba disita itu adalah sebuah kapal layar, barangan kemas termasuk berlian dan karya seni.
"Aduan hari ini mendedahkan satu lagi bab skim penipuan berbilion dolar, menjadikan jumlah yang dikenal pasti hasil dicuri adalah AS$4.5 bilion," kata Pemangku Penolong Peguam Negara Kenneth A Blanco dalam satu persidangan media.
"Wang bagi membiayai gaya hidup mewah konspirator bersama itu menjejas dan merugikan rakyat Malaysia.
"Kami tidak akan teragak-agak dalam komitmen untuk memastikan Amerika Syarikat tidak menjadi tempat yang selamat untuk individu yang korup dan kleptokrat menyembunyikan kekayaan atau wang haram mereka dan bahawa aset berkenaan akan dirampas dan dikembalikan kepada mangsa dari mana ia dicuri," katanya.
Pemfailan pertama bagi pelucuthakan aset bernilai AS$1 bilion dibuat pada 21 Julai tahun lalu, manakala pemfailan kedua bagi merampas aset AS$100 juta dibuat pada minggu lalu.
Sementara itu, dalam pemfailan ketiga, DOJ berharap untuk menyita aset bernilai AS$540 juta yang menjadikan ini tindakan yang terbesar yang dibawa oleh Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi DOJ.
Pemangku Peguam Negara AS Sandra R Brown berkata, berbilion-bilion dollar yang sepatutnya digunakan untuk rakyat Malaysia telah sebaliknya digunakan oleh sekumpulan kecil individu untuk memuaskan tamak haloba mereka.
Antara aset tambahan, yang didakwa diperolehi dengan menggunakan dana 1MDB yang dicuri dan mahu dirampas oleh DOJ itu adalah termasuk:
  • Kapal layar Equanimity;
  • 2.5 juta saham di Palantir Technologies, sebuah syarikat perisian;
  • Semua hak-hak dan kepentingan dalam Kumpulan Electrum, sebuah syarikat pengurus pelaburan;
  • Hak untuk filem "Dumb and Dumber" yang dihasilkan oleh Red Granite Pictures;
  • Hak untuk filem "Home Daddy" yang dihasilkan oleh Red Granite Pictures;
  • Poster ‘single frame 3-sheet colour lithograph’ oleh artis Jerman Heinz Schulz Neudamnn bagi filem senyap "Metropolis" pada 1927;
  • Semua hak-hak dan kepentingan dalam Fly Wheel Sports, rangkaian kelab kecergasan;
  • Sebentuk berlian 11.72 karat berbentuk jantung;
  • Sebentuk loket berlian 8.88 karat merah jambu yang dilitupi berlian 11-karat.
  • Set barangan kemas emas putih dan berlian 18 karat, termasuk kalung berlian, anting-anting berlian, gelang berlian, dan cincin berlian;
  • Sepasang anting-anting berlian dan sebentuk cincin berlian yang sepadan, yang terdiri daripada berlian 7.53-karat flawless jenis berlian 2A, sebutir berlian jenis 3.05-karat flawless jenis 2A dan sebutir berlian 3.08-karat flawless jenis 2A.
  • Sebuah lukisan bertajuk "Nature Morte au Crane de Taureau" oleh Pablo Picasso;
  • Sebuah kolaj bertajuk "Redman One" oleh Jean-Michel Basquiat;
  • Lukisan bertajuk“Boy with the Toy Hand Grenade” oleh Diane Arbus;

Skandal 1MDB: DOJ perinci cubaan 1MDB tutup tembelang 'unit dana'

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, dalam memfailkan penyitaan aset ketiga dan terbarunya yang diumumkan malam tadi, mendedahkan fasa terdahulu tidak mendedahkan bahawa lebih dana 1MDB sebenarnya diselewengkan.
Dalam pemfailan setebal 251 muka surat itu, DOJ menerangkan dalam bahagian keempat yang disebut  sebagai fasa "Pilihan Belian Semula" bagaimana wang AS$850 juta yang diperolehi melalui dua pinjaman berjumlah AS$1.225 bilion diselewengkan.
1MDB, melalui anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Limited membuat  pinjaman AS$250 juta dan AS$975 juta dari Deutsche Bank.
Dana tersebut, seperti dalam fasa sebelumnya, sebahagiannya digunakan untuk kepentingan individu tertentu termasuk eksekutif 1MDB dan Aabar Investments PJS serta para pegawai Malaysia selain saudara-mara mereka.
Bagaimanapun, perbezaan ketara adalah sejumlah besar dana digunakan untuk menutup kelemahan anak syarikat 1MDB, Brazen Sky Limited yang mendakwa memiliki 'unit dana' bernilai AS$2.318 bilion dalam Bridge Global Absolute Return Fund (Bridge Global Fund) yang diuruskan oleh Bridge Partners Investment Management Limited. Namun, ini disifatkan DOJ sebagai 'agak tidak bernilai'.
Ini dicapai dengan mengitar semula pinjaman Deutsche Bank menerusi rangkaian transaksi yang dibuat agar kelihatan seolah-olah Brazen Sky telah beransur-ansur menebus unit dana dengan wang tunai, tetapi sebenarnya, menggunakan dana yang sama.
Sebelum melihat cubaan skim yang begitu rumit dan kompleks ini untuk menutup unit dana itu, harus difahami bahawa pemfailan DOJ yang pertama telah menggariskan tiga fasa lain berhubung dakwaan bagaimanadana 1MDB itu disalurkan.
Salah satu daripadanya adalah fasa di mana Good Star dengan 1MDB melabur AS$1.83 bilion dalam usahasama palsu dengan PetroSaudi International dan AS$1.03 bilion daripada jumlah tersebut  disalurkan kepada jutawan Pulau Pinang Jho Low dari Good Star Limited.
1MDB kemudian mengisytiharkan bahwa ia telah menjual pelaburan itu dan menerima AS$2.318 bilion dalam bentuk saham, termasuk keuntungan besar AS$488 juta daripada pelaburan asal.
Ia kemudiannya melaburkan dana tersebut dalam "unit dana" yang diuruskan oleh Bridge Partners Investment Management Limited.
Pada hakikatnya, "unit dana" itu tidak boleh bernilai AS$ 2.318 bilion memandangkan sekurang-kurangnya AS$1.03 bilion telah diselewengkan dan keuntungan tambahan AS$488 juta juga tidak wujud. Justeru, unit dana tersebut bernilai tidak lebih daripada AS$ 800 juta, atau mungkin kurang ataupun langsung tidak bernilai.
Jika demikian, bagaimana pula Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, dalam satu kenyataan pada 12 Okt 2015, mengumumkan bahawa 1MDB telah menebus AS$1.39 juta daripada AS$2.3 bilion "unit dana" yang dipegang oleh Brazen Sky Limited?





SKANDAL 1MDB: MALAYSIA AKAN TERUS DIMALUKAN DUNIA SELAGI NAJIB MASIH ADA DI SERI PERDANA

Selepas memfailkan saman sivil untuk merampas harta bernilai AS$1 bilion pada Julai 2016 lalu dan minggu lepas pula di London yang melibatkan penthouse dan pejabat bernilai lebih AS$100 juta, Jabatan Kehakiman AS atau DOJ bergerak selangkah lagi dengan pemfailan terbaru melibatkan sejumlah lagi aset bernilai AS$540 juta.
Sama seperti dua tindakan sebelumnya, jumlah AS$540 juta ini juga dipercayai berpunca daripada dana pelaburan 1MDB yang diselewengkan.

Jika dicampur semuanya, ia menjadikan jumlah keseluruhan harta dan aset yang bakal dikejar oleh DOJ ialah berjumlah AS$1.7 bilion atau dalam nilai mata wang Malaysia melebihi RM7,000 juta.

Wowww...wowww...wowww....

Berapa banyak rumah PPRT, biasiswa pelajar ke IPT dan bantuan orang miskin dapat dimanfaatkan dengan wang RM7,000 juta itu?
Jumlah seluruhnya dana 1MDB yang dipercayai diselewengkan, menurut siasatan DOJ ialah berjumlah AS$4.5 bilion atau hampir RM20,000 juta.

Antara yang disingkap oleh DOJ dalam tindakan terbaru ini ialah bagaimana sebahagian daripada sejumlah AS$620 juta derma yang diterima Najib Razak dan kemudian didakwa dipulangkan kepada pemberinya, kerabat Diraja Arab Saudi, telah dibelanjakan untuk membeli rantai dan loket berlian untuk isteri Malaysian Official 1 bernilai lebih AS$27 juta.
Siapa Malaysian Official 1 dan siapa pula isterinya yang bertuah yang dapat menghias diri dengan kerlipan barang kemas berharga jutaan ringgit itu?

Kata Rahman Dahlan sebelum ini, Malaysian Official 1 ialah Najib tetapi katanya Perdana Menteri bukan sebahagian daripada siasatan DOJ.

Pelik juga ya...bagaimana duit derma yang sudah dipulangkan masih boleh dibelanjakan untuk membeli barang kemas untuk isteri Malaysian Official 1?

Boleh sesiapa tolong beri jawapan?

Pembelian lain yang termasuk dalam siasatan DOJ ialah, kondo mewah, kapal terbang, kapal layar, karya seni, lukisan, poster, barang  kemas untuk dihadiahkan kepada model antarabangsa, gambar untuk Leonardo Dicaprio, barang kemas untuk ibu Jho Low, kapal layar dan macam-macam lagi.
Sebagaimana yang pernah dititipkan sebelum ini, apa lagi tindakan seterusnya daripada DOJ?

Berita terbaru ini tentunya sekali lagi menjadikan Malaysia sebagai sebutan di seluruh dunia. Kita sekali lagi terkenal di mata dunia dalam konteks yang salah dan tidak sepatutnya.

Sampai bila ini akan terus berlaku?

Sudah tentunya jawabnya ialah selagi Najib ada di Seri Perdana dan menyingkirkan beliau adalah kewajipan mutlak untuk benar-benar menyelamatkan negara.

Jika tidak, Malaysia akan terus dimalukan sampai bila-bila.

Skandal 1MDB: Tindakan terbaharu AS ‘ada niat lain’, kata pejabat Najib

Setiausaha akhbar perdana menteri mempersoalkan motif di sebalik tindakan terbaharu mahu merampas aset bernilai RM2.3 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB.
Tengku-Sarifuddin
PUTRAJAYA: Pejabat Perdana Menteri hari ini mempersoalkan niat di sebalik langkah terbaharu pihak berkuasa Amerika Syarikat memohon untuk merampas aset bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang dikaitkan dengan wang yang didakwa dilarikan daripada syarikat milik kerajaan 1MDB.
Jurucakap Datuk Seri Najib Razak turut menyelar dokumen yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ) semalam kerana menamakan “beberapa perkara dan individu”, menyifatkannya “tidak perlu”.
“Ia menunjukkan wujud motivasi melangkaui matlamat merampas aset,” kata Setiausaha Akhbar perdana menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad.
“Proses keadilan tidak tercapai menerusi usaha meraih tajuk berita,” katanya selepas laporan media antarabangsa memetik dokumen lebih 200 muka surat yang difailkan DoJ di sebuah mahkamah di California.
Dalam permohonannya, DoJ mengumumkan mahu merampas sebuah lukisan mewah, hasil keuntungan 2 filem Hollywood, kapal layar dan pelbagai hartanah dan barangan untuk mendapatkan balik sejumlah AS$540 juta (RM2.3 bilion) wang yang dikaitkan dengan dana yang dicuri daripada 1MDB.
Ia merupakan sebahagian daripada tindakan susulan berpandukan siasatannya tahun lalu yang mendapati kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) dana 1MDB, melibatkan pegawai atasan dan sekutu mereka.

Skandal 1MDB: Tiada bukti sokong dakwaan DOJ sembang 1MDB

Tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan yang dibuat oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mengenai penyelewengan dana berkaitan1MDB, kata firma pelaburan negara itu, hari ini.
"1MDB menyatakan bahawa tuntutan mahkamah sivil itu tidak mengandungi sebarang lampiran bukti atau kenyataan saksi untuk menyokong dakwaan yang dibuat oleh DOJ," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Firma pelaburan negara itu juga menyatakan bahawa ia bukan pihak yang dinamakan dalam saman pelucuthakan berkenaan, dan tidak juga cuba dihubungi oleh DOJ.
1MDB juga berkata ia akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa negara asing itu, "tertakluk kepada protokol antarabangsa yang mengawal perkara-perkara seumpamanya dan nasihat daripada pihak berkuasa yang sah di negara ini”.
DOJ malam tadi membuat kejutan, dengan mengumumkan saman pelucuthakan sivil terbarunya untuk merampas AS$540 juta dalam aset yang dibeli dengan dana didakwa diselewengkan daripada 1MDB.
Pemfailan pertama bagi pelucuthakan aset bernilai AS$1 bilion dibuat pada 21 Julai tahun lalu, dengan penyiasat AS berkata, rakyat Malaysia telah ditipu pada skala besar-besaran.
Ketika itu, mereka mengumumkan lebih AS$3 bilion didakwa diselewengkan daripada 1MDB dan berusaha untuk merampas kira-kira AS$1 bilion aset haram.
Dalam satu kenyataan malam tadi, iaitu yang ketiga dan terbaru, DOJ meletakkan angka yang didakwa diselewengkan itu pada AS$ 4.5 bilion dan sedang berusaha untuk merampas AS$1.7 bilion dalam aset yang dipercayai diperolehi dengan menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB.

Skandal 1MDB: BERSIH sekali lagi tuntut Najib letak jawatan

Gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH mengulangi gesaan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan susulan dakwaan terbaru yang terkandung dalam saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung penyelewengan dana 1MDB.
Dalam satu kenyataan media, BERSIH menyatakan rasa terkejut dengan dakwaan sekitar penyelewengan dana 1MDB.
"BERSIH sekali lagi menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri untuk memberi laluan kepada siasatan bebas ke atas 1MDB dan pemulihan kebebasan institusi negara.
"Rakyat Malaysia tidak seharusnya berhenti menuntut kebertanggungjawaban dan ketelusan daripada pegawai awam.
“Dengan pilihan raya umum ke-14 semakin hampir, kita mesti menjadikan suara rakyat didengar dalam gesaan menamatkan rasuah dan penipuan di semua institusi awam," kata jawatankuasa pemandu BERSIH hari ini.
Menurut BERSIH, pemfailan DOJ itu juga mencemarkan reputasi Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang pada Januari tahun lalu, membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.
"Ia secara langsung bercanggah dengan kenyataan Apandi yang menyatakan 1MDB adalah satu-satunya sumber dana AS$681 juta dipindahkan kepada Najib.
"Dakwaan ini adalah tuduhan berat ke atas institusi awam Malaysia," kata BERSIH.
Jawatankuasa pemandu juga menyatakan bahawa reaksi daripada Pejabat Perdana Menteri, Apandi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar cuma sekadar menuduh DOJ menyindir Najib, memanipulasi dan campur tangan dalam politik tempatan dan keengganan mereka untuk bekerjasama.
"Bagaimanapun, tiada bukti diberikan supaya menyanggah saman mahkamah setebal 251 muka surat itu.
"Tidak ada keterangan untuk menyangkal dakwaan tersebut dan kemasukan dana ini yang digunakan untuk memanipulasi keputusan pilihan raya umum ke-13 melalui kegiatan rasuah dan politik wang," katanya.
BERSIH juga mendakwa bahawa perkembangan ini mengingatkan rakyat mengenai penyingkiranTan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai menteri serta tindakan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), yang menyiasat dakwaan itu pada tahun 2015.
"Sejak itu, rakyat Malaysia tidak pernah diberikan penjelasan oleh institusi negara sendiri mengenai mana hilangnya dana tersebut.
"Tujuh tahun sudah berlalu sejak isu 1MDB pertama kali dibangkitkan di Parlimen, tetapi hakikatnya kebenaran masih disembunyikan daripada rakyat.

Skandal 1MDB: Wisma Putra digesa buktikan kerakyatan Jho Low


Low Taek Jho

Wisma Putra  perlu  mengambil tanggungjawab untuk memastikan dakwaan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) yang mendedahkan ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu Jho Low memegang dua kewarganegaraan Malaysia dan Pulau West Indise St Kitts dan Nevis.
"Dakwaan DOJ daripada dokumen kerajaan Amerika Syarikat itu perlu dibuktikan tidak hanya bersandarkan kepada desas-desus.
"Wisma Putra kini perlu memikul tanggungjawab untuk memeriksa dakwaan ini.
" Wisma Putra sama ada mempunyai perlu menangkis Washington mengunakan saluran diplomatik jika Jho Low hanya mempunyai kewarganegaraan Malaysia sahaja atau membuat laporan polis terhadap Jho Low jika Perlembagaan Persekutuan Sesungguhnya telah dilanggar," ujarnya  Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini pada Mac 2016 lalu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kelana Jaya Eong Chen, dipetik berkata, mengesahkan Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho tidak mempunyai dua kerakyatan dan kerajaan katanya lagi, tidak menerima sebarang aduan bahawa Jho Low mempunyai dua kerakyatan.
Sebaliknya hari ini DoJ mendedahkan Jho mempunyai dua kerakyatan Malaysia dan Pulau West Indise St Kitts dan Nevis.
Ini terkandung dalam saman ketiga DoJ berkenaan 1MDB untuk merampas AS$540 juta lagi aset yang berkaitan dengan apa yang jabatan itu dakwa sebagai "konspirasi antarabangsa untuk mencuci dana yang disalahgunakan dari sebuah 'sovereign wealth fund' Malaysia".
Ini menjadikan jumlah tuntutan pelucuthakan yang dibuat oleh DOJ dalam kes ini meningkat kepada AS$1.7 bilion.
DOJ mendakwa Low telah menandatangani sepucuk surat dengan kepala surat firmanya Good Star Ltd untuk memudahkan pemindahan satu dana pada 19 Mac 2010.
Tanda tangan itu "sama dengan yang Low gunakan pada pasport Malaysia, Kitts dan Nevis," katanya.
St Kitts membenarkan warga asing mendapatkan kewarganegaraan sebagai balasan untuk pelaburan hartanah sekurang-kurangnya AS$400,000 atau satu sumbangan sekurang-kurangnya AS$250,000 kepada dana kepelbagaian industri gula di negeri ini.
Dalam hal ini Lip Eng turut menegaskan, Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan pernah mengesahkan bahawa Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut dalam saman DoJ sebagai perdana menteri Najib Razak.
Justeru ujarnya lagi, kini Abdul Rahman juga telah mengesahkan bahawa dalam saman DoJ yang mendakwa isteri MO1,sebagai Rosmah Mansor?
Dalam temu bual dengan BBC pada September lalu, menteri yang pengarah komunikasi strategik PM jabatan merangkap BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, mengesahkan bahawa Rasmi Malaysia 1 (MO1) disebut dalam pelbagai saman DOJ berhubung dengan 1MDB adalah PM kita Najib Abdul Razak .

Skandal 1MDB: Reaksi Apandi terhadap saman DoJ setebal 140 muka, " Tiada bukti"

Beliau mempertahankan pendiriannya tahun lalu yang tidak ada kesalahan jenayah dilakukan, sambil mengkritik usaha mengaitkan PM.
apandi-ali-department-of-justice-1Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mempersoalkan saman terkini Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) melalui dokumen lebih 140 muka surat yang difailkan di sebuah mahkamah AS semalam, dengan berkata pejabatnya masih “belum diberikan bukti” mengenai dakwaan kecurian dana daripada 1MDB.
“Kami sangat khuatir dengan usaha mengaitkan perdana menteri dengan salah laku jenayah.
“Tidak pernah dalam permohonan sivil itu perdana menteri dinamakan sebagai defendan atau didakwa untuk kesalahan jenayah,” katanya dalam kenyataan.
Apandi mengulangi kenyataannya tahun lalu yang mendapati tiada jenayah dilakukan dalam siasatan beberapa agensi tempatan terhadap 1MDB.
“1MDB adalah sebuah syarikat Malaysia yang disiasat dalam Malaysia, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketua audit negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara,” katanya.
“Semakan kami mendapati tiada jenayah dilakukan. Pada masa ini penyiasatan masih dijalankan Polis Diraja Malaysia terhadap 1MDB.”
Semalam, DoJ memfailkan permohonan merampas lebih banyak aset termasuk sebuah lukisan mewah dan hasil hak cipta 2 filem komedi Hollywood, untuk mendapatkan balik sejumlah AS$540 juta (RM2.3 bilion) wang yang dikaitkan dengan dana yang dicuri daripada 1MDB.
Permohonan terbaharu itu berkait dengan dakwaan kecurian dana 1MDB, syarikat yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
DoJ dalam siasatannya mendapati kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) berlaku dalam 1MDB melibatkan pegawai atasan dan sekutu mereka.
Antara aset yang menjadi sasaran dalam permohonan difailkan di mahkamah California semalam ialah hak cipta kepada 2 filem komedi, “Dumb and Dumber To” yang dibintangi Jim Carrey, dan “Daddy’s Home” lakonan Will Ferrell, filem terbitan syarikat anak tiri Najib, Riza Aziz, yang didakwa menggunakan berjuta-juta dolar wang milik 1MDB.

AG expresses concern at DOJ's insinuations of 'wrongdoing' made against PM

Skandal 1MDB: 'Polis Malaysia tak campur tangan saman sivil DOJ' - KPN

Skandal 1MDB: Tiada bukti sokong dakwaan DOJ, kata 1MDB

Skandal 1MDB: Jho Low pegang dua pasport? Ini kata DOJ

Skandal 1MDB: Jho Low beli 'The Equanimity' dengan dana 1MDB

Skandal 1MDB: Jho Low belanja barang kemas untuk model, ibu - DOJ

Skandal 1MDB: Riza didakwa beli hartanah guna dana dari Aabar BVI - DOJ

Skandal 1MDB: DiCaprio pulang Oscar

'Projek ECRL pencetus perubahan penduduk Pantai Timur' sembang Najib

Skandal FGV: Idris Jala sudah siapkan laporan FGV - Najib

Generasi ke-2 Felda dakwa Isa jadi beban pada FGV