Sabtu, 17 Jun 2017

Saksi kes wang perlindungan di Melaka ‘hilang’, kata SPRM

PENYIASATAN kes memberi perlindungan kepada perniagaan haram terbesar di Melaka yang melibatkan polis dan kumpulan penjenayah mungkin terbantut selepas pendedahan kehilangan beberapa saksi utamanya, hari ini.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkifli Ahmad berkata semua saksi sama ada bersembunyi atau meninggalkan negara ini.
"Siasatan masih berjalan tetapi terdapat beberapa saksi tidak dapat dikesan kerana mereka sudah melarikan diri dan tidak lagi berada dalam negara," katanya selepas merasmikan program Sahabat SPRM di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur petang ini.
Dzulkifli mengesyaki semua saksi mungkin bersembunyi selepas SPRM beralih arah kepada individu yang dipercayai terlibat dalam sindiket yang memberi perlindungan kepada rumah urut dan pusat perjudian haram di Melaka.
Bulan lepas badan anti-rasuah menangkap ketua polis daerah Melaka Tengah dan Jasin kerana didakwa terbabit dalam memberi perlindungan kegiatan haram.
Beberapa pegawai kanan dari daerah dan negeri ibu pejabat polis turut ditahan dalam operasi itu. SPRM juga merampas sejumlah besar wang tunai dalam beberapa akaun bank milik suspek.
Turut ditahan adalah orang awam bernama "Gopi" yang didakwa Sarawak Report mempunyai hubungan telefon langsung dengan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar. Khalid mengakui mengenali Gopi dan suspek juga pernah ke rumahnya.
Mengulas mengenai itu, Dzulkifli berkata, ia hanya dakwaan laporan dalam talian.
Beliau berkata SPRM akan menjalankan siasatan sendiri dan tidak menolak kemungkinan Khalid akan disoal.
"Ia bergantung kepada siasatan kami. Sama ada terdapat keperluan (untuk memanggil beliau atau tidak) kita akan lihat," kata Dzulkifli.
Berikutan operasi SPRM di Melaka, Khalid mengarahkan rombakan besar-besaran di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.
Pegawai polis yang ditangkap dan kemudian dibebaskan dengan jaminan serta-merta dipindahkan ke ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman manakala pegawai baru dihantar untuk menggantikan mereka di Melaka.

Skandal 1MDB: 'Trump sendiri tak dapat kawal DOJ tetapi HARAPAN boleh?'

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan dakwaan pembangkang cuba mendapatkan campur tangan Amerika Syarikat (AS) dalam politik Malaysia, di tengah-tengah saman terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) negara itu yang mengatakan sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion yang disalahgunakan dari 1MDB.
Menjawab tuduhan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak, Fahmi menegaskan bahawa walaupun Presiden AS, Donald Trump tidak dapat mengawal DOJ.
"Saya tidak pasti sama ada beliau sedar tetapi, kali terakhir saya periksa, Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak dapat mengawal DOJ.
"Malah Presiden Amerika Syarikat sendiri tidak mengawal DOJ," kata beliau dalam kenyataan, hari ini.
Semalam, Trump menyerang Timbalan Peguam Negara DOJ, Rod Rosenstein kerana menyiasat beliau susulan pemecatan Ketua FBI, James Comey.
Fahmi berkata, Salleh perlu berhenti memfitnah pembangkang.
Sebaliknya, jelas beliau, Salleh perlu menjelaskan mengapa Putrajaya tidak menyampaikan nota bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur atau memanggil duta AS ke Malaysia untuk penjelasan jika apa yang terkandung dalam pemfailan DOJ itu tidak benar.

Anwar mahu PH kekal konsensus, manfaatkan Dr M

Usul PPBM merombak struktur PH dengan pimpinan utama parti itu menguasai jawatan pengerusi dan presiden dalam struktur baharu dikhuatiri akan menjadikannya mirip BN.
anwar-mahathirPETALING JAYA: Dilihat sebagai usaha mengimbangi ‘kegusaran’ dalam Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pakatan pembangkang itu mengekalkan tradisi konsensus dan pada masa yang sama “memanfaatkan kedudukan dan peranan Tun Dr Mahathir Mohamad.”
Dalam kenyataan media dikeluarkan hari ini, Anwar berkata, PH perlu mengekalkan tradisi konsensus seperti mana pengalaman Pakatan Rakyat sebelum ini.
Anwar, Ketua Umum PKR berkata, semua ketua parti mempunyai kedudukan yang sama dengan presiden atau pengerusi masing-masing hanya sebagai penyelaras manakala segala persiapan atau agenda mesyuarat dikendali oleh Sekretariat Bersama mewakili semua parti.
PH menggantikan Pakatan Rakyat yang terkubur 2 tahun lalu. Dua bulan lalu, PH menerima PPBM sebagai anggota gabungan yang keempat.
Anwar juga berkata, usul PPBM untuk merombak struktur PH dengan pimpinan utama parti tersebut menguasai jawatan pengerusi dan presiden dalam struktur baharu dikhuatiri akan merombak kerangka pakatan itu menjadikannya mirip Barisan Nasional.
“Maka kesediaan semua pihak dalam PH untuk meneliti semula dan meminda cadangan tersebut dengan mengekalkan muafakat asal Pakatan Harapan adalah dialukan,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelang pengumuman rasmi mengenai struktur PH.
Pada Jun lalu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PH sudah mempersetujui senarai kepimpinannya yang akan diumumkan dan didaftarkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) selewat-lewatnya minggu depan.
Katanya, senarai itu disepakati kepimpinan keempat-empat parti komponen gabungan itu.
Beliau yang juga presiden PKR yakin barisan kepimpinan yang akan menerajui PH mampu membawa perubahan kepada politik negara.
Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan bapanya dilantik sebagai pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi presiden dan Anwar sekadar penasihat PH berdasarkan senarai struktur organisasi PH yang tersebar.
Dalam kenyataan media hari ini, Anwar berkata, dengan hasrat merangkul semua kekuatan dalam 1 pasukan mantap menentang Umno-BN adalah dirasakan wajar memastikan penyertaan semua pimpinan secara berkesan.
“Ini termasuk memanfaatkan kedudukan dan peranan Tun Mahathir. Agak kurang bijak untuk membuat sebarang andaian sebelum semua pimpinan parti menyatakan sikap dan usul tersebut dimuktamadkan,” kata beliau yang merupakan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno semasa kepimpinan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.
Anwar berkata, sepertimana yang disepakati Pakatan Rakyat dan kini PH, “kita menggagaskan pembaharuan dan mengusung idea politk baru.”
“Kita berpaksikan prinsip luhur Perlembagaan termasuk kedudukan Islam, hak keistimewaan Melayu-Bumiputera, bahasa, dan Raja-raja Melayu.

Anwar tidak mahu tawar diri jadi calon PM

Kata Anwar, adalah diharapkan agar segala tenaga dan ikhtiar Pakatan Harapan tertumpu nada pengukuhan jentera dan menarik dukungan rakyat
anwar-pmPETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan untuk tidak mahu menawarkan diri beliau sebagai calon perdana menteri jika Pakatan Harapan (PH) menguasai Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Sebaliknya kata beliau, keperluan pada masa sekarang adalah memberi tumpuan sepenuhnya menghadapi PRU14.
“Dan terkait dengan gesaan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada PRU, maka saya memilih untuk tidak menawarkan diri selaku calon perdana menteri.
“Pergeseran sedemikian melelahkan kerana keputusan adalah di tangan rakyat dalam PRU.
“Adalah diharapkan agar segala tenaga dan ikhtiar kita tertumpu nada pengukuhan jentera dan menarik dukungan rakyat,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan lewat petang ini.
Sebelum ini, PKR dan 2 lagi komponen PH menamakan Anwar, yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun, sebagai bakal perdana menteri barisan pembangkang jika menewaskan Barisan Nasional (BN).
Kenyataan Anwar ini dilihat sebagai meredakan perasaan tidak senang yang didakwa wujud ekoran pendirian tidak sepakat di kalangan gabungan PH mengenai calon perdana menteri pakatan itu.
Awal bulan ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kesediaan beliau kembali berkhidmat sebagai perdana menteri jika gabungan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya.
Bagaimanapun menurut Pengerusi PPBM itu, beliau memerlukan sokongan penuh pemimpin dalam PH yang kini dianggotai oleh PKR, DAP, Amanah dan PPBM.
Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003 berkata, beliau sanggup kembali berkhidmat “untuk seketika” jika tidak ada pilihan lain.
“Jika tidak ada calon, saya mungkin cuba, tetapi hanya dengan syarat semua orang setuju,” kata beliau yang berusia 92 tahun.

Skandal 1MDB: DOJ tak pohon maklumat 1MDB dari SPRM - Dzulkifli

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menerima sebarang pemohonan bagi maklumat berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat yang memfailkan saman terbaharu bagi mendapatkan aset-aset didakwa diselewengkan daripada syarikat tersebut.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, sehingga hari ini, pihaknya tidak menerima sebarang pemohonan mahupun makluman dari pihak DoJ .
"Selain SPRM, saya difahamkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara juga tidak dimaklumkan mengenai perkara itu. Ini kali kedua pihak DoJ bertindak sedemikian," katanya ketika merujuk kepada langkah terbaru DOJ itu.
Sebelum itu, Dzulkifli melancarkan Program Sahabat SPRM di sebuah pusat membeli belah.
Ketika ditanya pemberita mengenai siasatan terhadap 1MDB, beliau berkata perkara itu berada di bawah bidang kuasa PDRM.
"Apa-apa yang berkaitan dengan 1MDB kita serahkan kepada polis dan siasatan masih lagi dijalankan, kita tidak mahu 'overlaps' (bertindih) kerja," katanya.

Skandal 1MDB: Akhbar bahasa Melayu, Inggeris 'benam' isu sebenar DOJ-1MDB

Rakyat Malaysia yang masih tidak mengakses berita dalam talian mungkin tidak sedar mengenai dakwaan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB, jika hanya bergantung kepada muka hadapan akhbar-akhbar berbahasa Inggeris dan Melayu utama hari ini.
Sebaliknya, akhbar arus perdana berbahasa Inggeris dan Melayu pagi ini menumpukan kepada tragedi kematian remaja dibuli, T Nhaveen dan kematian dua juruterbang TUDM Diraja Malaysia.
Utusan Malaysia, bagaimanapun, memperuntukkan sedikit ruang halaman depan untuk penafian terhadap dakwaan DOJ.
Muka hadapan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, China Press dan Nanyang Siang Pau semuanya menumpukan kepada dakwaan DOJ.
Sementara itu, jika anda menyelak akhbar berbahasa Inggeris dan Melayu, anda akan dapati artikel mengenai Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali; Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak dan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang semuanya menepis dakwaan DOJ.
Beberapa akhbar juga memaparkan berita penafian 1MDB, manakala New Straits Times, Utusan Malaysia dan Berita Harian menyajikan laporan tambahan mengenai laporan polis oleh NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengenai perkara itu.
Membaca artikel berkenaan, bagaimanapun, tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai apa sebenarnya yang didakwa DOJ.

SKANDAL 1MDB: BELI RANTAI BERLIAN, MO1 GUNA DANA RAKYAT UNTUK 'HIASKAN' ISTERINYA


Rakyat Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan pendedahan yang dibuat oleh Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) yang akhirnya menyerlahkan apa yang berlaku terhadap wang AS$620 juta yang dipulangkan Malaysian Official 1 (MO1) kepada “penderma”.
Dalam saman sivil pelucuthakan terbaru, DOJ berkata sekurang-kurangnya AS$27.3 juta digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk isteri MO1.
Ia juga mendakwa “derma” yang dipulangkan itu digunakan oleh hartawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low untuk membeli gambar bernilai AS$750,000 sebagai hadiah kepada pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio.
1. Semakin lama pendedahan yang dilakukan DOJ semakin menarik minat negara luar, sedangkan MO1 yang didakwa dalam kes saman sivil seolah-olah mendiamkan diri daripada dipersalahkan dan tidak berperasaan.
Dalam saman tahun lalu, DOJ berkata sejumlah AS$731 juta yang didakwa diseleweng daripada 1MDB mengalir ke dalam akaun peribadi MO1.
Tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata MO1 merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak tetapi menegaskan Perdana Menteri bukan sebahagian daripada siasatan itu.
2. Dakwaan yang dibuat DOJ ini telah menjadikan kes 1MDB sebagai 'drama' yang hebat sehingga melibatkan negara-negara luar sedangkan, negara Malaysia masih menafikan dakwaan yang dibuat DOJ dan mempertahankan MO1 yang sebenar yang ada dalam negara kita.
Pihak berkuasa juga diam seribu bahasa tanpa berbuat apa-apa tindakan lanjut.
3. Dalam saman tahun lalu, DOJ berkata sejumlah AS$731 juta yang didakwa diseleweng daripada 1MDB mengalir ke dalam akaun peribadi MO1. Ini termasuk ASS$681 juta yang dipindahkan pada Mac 2013.
Bagi saya, perkara ini sangat memalukan buat rakyat Malaysia, mereka semakin tertekan dengan permasalahan ekonomi seperti kos sara hidup, sedangkan duit rakyat sewenang-wenangnya dibelanjakan.
4. DOJ mempunyai fakta yang terperinci mengenai aliran tunai wang tersebut. Sebahagian daripada wang tersebut dinyatakan dalam bentuk pembelian barang perhiasan khas untuk isteri MO1.
Bagi saya, ini sesuatu yang amat memalukan apabila pihak luar sibuk menjalankan siasatan terhadap Malaysia namun tiada sebarang kerjasama yang dapat diberikan daripada pihak kerajaan kita.
Malah peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali terus menerus menafikan kenyataan itu dengan berkata ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Skandal 1MDB: Jangan beri alasan tiada bukti, Muhyiddin ingatkan Peguam Negara

Presiden PPBM berkata, sekiraya peguam negara seorang yang bermaruah, beliau mesti bertindak memulakan proses pendakwaan dengan segera susulan tindakan perundangan DoJ.
Muhyiddin-Yassin-apandi-aliPETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bertindak atas “dasar prinsip dan maruah” ekoran tindakan perundangan kedua diambil Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat untuk melucut hak sejumlah aset yang dibeli, dipercayai menggunakan dana 1MDB.
“Jangan beri alasan tiada bukti. Saya tahu agensi penyiasat telah mengumpulkan bukti yang cukup untuk mendakwa (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak),” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari.
Presiden PPBM itu berkata, sekiraya peguam negara seorang yang bermaruah, beliau mesti bertindak memulakan proses pendakwaan dengan segera susulan tindakan DoJ.
“Saya ingin mengingatkan peguam negara. Jangan halang proses keadilan kerana tanggungjawab kamu adalah untuk melaksanakan keadilan. Ingat, Allah s.w.t sentiasa memerhatikan segala tindak tanduk kamu!” katanya.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, sudah sampai masanya rakyat mengadili Najib dan kerajaan Barisan Nasional.
“Rakyat adalah hakim negara. Sekiranya peguam negara gagal melaksanakan tanggungjawabnya untuk mendakwa Najib, saya percaya Najib akan ‘didakwa’ di gelanggang mahkamah rakyat dalam pilihan raya umum ke-14.
“Insya-Allah, Najib dan kerajaan pimpinannya akan diadili dan dijatuhi hukuman yang sewajarnya oleh rakyat nanti,” kata beliau merujuk kepada kenyataan peguam negara semalam.
Kata Muhyiddin, beliau hairan kerana Jabatan Peguam Negara Malaysia sebagai institusi yang sepatutnya melindungi kepentingan negara lumpuh untuk bertindak dari segi undang-undang sedangkan DoJ telah memfailkan saman untuk merampas aset yang diperolehi menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB?
“Jika wang telah dicuri, maka tentulah ada orang yang mencurinya,” kata beliau yang digugurkan dari Kabinet 2 tahun lalu susulan tindakannya membangkitkan isu 1MDB.
Kata Muhyidddin, beliau tidak dapat bayangkan Najib masih boleh berdiri sebagai perdana menteri setelah segala aspek didedahkan satu persatu.
Semalam, Apandi mempersoalkan saman terkini DoJ melalui dokumen lebih 140 muka surat yang difailkan di sebuah mahkamah AS kelmarin, dengan berkata pejabatnya masih “belum diberikan bukti” mengenai dakwaan kecurian dana daripada 1MDB.
“Kami sangat khuatir dengan usaha mengaitkan perdana menteri dengan salah laku jenayah.
“Tidak pernah dalam permohonan sivil itu perdana menteri dinamakan sebagai defendan atau didakwa untuk kesalahan jenayah,” katanya.
Apandi mengulangi kenyataannya tahun lalu yang mendapati tiada jenayah dilakukan dalam siasatan beberapa agensi tempatan terhadap 1MDB.

Skandal 1MDB: Jelaskan siapa 'isteri MO1', kata Bee Yin

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta menjelaskan individu yang dikenal pasti oleh Jabatan Keadilan (DOJ) sebagai "isteri Malaysian Official 1 (MO1)".
Semalam, DOJ dalam pemfailan pelucuthakan sivil saman yang terkini mendakwa sekurang-kurangnya AS $27.3 juta digunakan untuk membeli loket berlian merah jambu 22 karat dan rantai leher untuk "isteri MO1."
ADUN Damansara Utama dari DAP, Yeo Bee Yin dalam kenyataan hari ini berkata, Rosmah perlu menjelaskan siapa individu yang tidak dinamakan itu.
"Oleh kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengakui bahawa MO1 adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (seperti yang dilaporkan The Star pada 1 September 2016), maka tidak sukar untuk meneka "isteri MO1".
"Pada majlis semalam, Rosmah meminta rakyat Malaysia tidak mempercayai fitnah yang disebarkan oleh media sosial.
"Daripada menepis dakwaan DOJ, Rosmah harus beritahu rakyat Malaysia jika beliau adalah 'isteri MO1' yang disebut dalam saman DOJ itu," kata Yeo.
Semalam, Rosmah mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak mudah mempercayai fitnah yang sengaja diadakan bagi menjatuhkan pemimpin, organisasi mahupun negara.
Kata beliau, ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan sosial media bagi tujuan itu.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pula semalam menafikan dakwaan terkini itu dengan menegaskan tiada salah laku dalam 1MDB.
Mengulas lanjut, Yeo berkata, jumlah dana yang digunakan untuk membeli barang kemas "isteri MO1" melebihi daripada peruntukan Program Permata 2017.

Skandal 1MDB: 'Isteri MO1' diminta lantik peguam



Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta melantik peguam untuk mencelah prosiding saman 'civil forfeiture' oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat untuk mencabar kesahihan fakta yang didedahkan.
Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman sivil terbaru berkaitan dana 1MDB yang diseleweng yang turut menyebut tentang isteri Malaysian Official 1 (MO1).
Faiz Fadzil Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman mengesahkan bahawa MO1 yang dinamakan dalam saman pertama DoJ pada tahun lalu adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam kenyataan terbarunya Khamis lalu, DOJ mendakwa sebahagian daripada wang AS$620 juta yang didakwa oleh Malaysian Official One (MO1) yang kononnya telah dipulangkan kepada "penderma" beliau telah digunakan untuk membeli loket berlian 22 karat dan rantai leher untuk isteri MO1 pada harga kira-kira AS$27.3 juta.
DOJ juga menuduh ahli perniagaan Jho Low membeli 27 rantai leher emas 18 karat lain dan gelang tangan untuk isteri MO1, bernilai sebanyak AS$1.3 juta.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional Faiz Fadzil (gambar) berkata, Rosmah tidak boleh hanya menyatakan dakwaan ini sebagai fitnah tanpa membuat apa-apa tindakan.
"Sementara prosiding ini berjalan, Rosmah Mansor juga perlulah memulangkan kesemua barang kenas yang diterimanya bagi membantu penyiasatan sepertimana yang dilakukan oleh pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio yang memulangkan Oscar yang dimenangi Marlon Brando," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Rosmah mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak mudah mempercayai fitnah yang sengaja diadakan bagi menjatuhkan pemimpin, organisasi mahupun negara.
Kata beliau, ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan media sosial bagi tujuan itu.

Skandal 1MDB: Muhyiddin tunggu isteri MO1 pulangkan barang kemas

Muhyiddin Yassin 1MDB
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru isteri perdana menteri memulangkan barangan kemas bernilai RM128 juta yang dibeli menggunakan wang 1MDB seperti didedahkan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.
Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman sivil terbaru berkaitan dana 1MDB yang diseleweng yang turut menyebut tentang isteri Malaysian Official 1 (MO1).
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman mengesahkan bahawa MO1 yang dinamakan dalam saman pertama DoJ pada tahun lalu adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam kenyataan terbarunya Khamis lalu, DOJ mendakwa sebahagian daripada wang AS$620 juta yang didakwa oleh Malaysian Official One (MO1) yang kononnya telah dipulangkan kepada "penderma" beliau telah digunakan untuk membeli loket berlian 22 karat dan rantai leher untuk isteri MO1 pada harga kira-kira AS$27.3 juta.
DOJ juga menuduh ahli perniagaan Jho Low membeli 27 rantai leher emas 18 karat lain dan gelang tangan untuk isteri MO1, bernilai sebanyak AS$1.3 juta.
Muhyiddin berkata, dalam keadaan perbelanjaan kerajaan dipotong kerana kekangan kewangan yang meruncing, wang sebanyak itu boleh digunakan untuk pelbagai program kebajikan rakyat.
Beliau memberi contoh tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) yang pernah menerima peruntukan sebanyak RM400 juta pada tahun 2009 tetapi pada tahun ini hanya RM100 juta diperuntukkan kepada KWAPM untuk diagihkan kepada lebih 1 juta pelajar miskin di seluruh negara.
"Alangkah baiknya jika Datin Seri Rosmah Mansor dapat memulangkan barangan kemas tersebut kepada kerajaan. Dengan pemulangan itu, kerajaan akan mendapat pertambahan dana sebanyak RM128 juta yang boleh dimasukkan ke dalam tabung KWAPM untuk manfaat pelajar-pelajar miskin di seluruh negara.
"Saya menyebutkan perkara ini bukan dengan niat untuk menyindir. Tetapi untuk menunjukkan bagaimana kehilangan wang 1MDB memberi kesan kepada rakyat jelata. Betapa banyak manfaat yang sepatutnya dikecapi oleh rakyat telah hilang begitu sahaja oleh kerana penyelewengan yang dilakukan oleh seorang perdana menteri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Rosmah mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak mudah mempercayai fitnah yang sengaja diadakan bagi menjatuhkan pemimpin, organisasi mahupun negara.
Kata beliau, ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan sosial media bagi tujuan itu.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, laporan DoJ yang menyebut sebanyak RM20 bilion wang 1MDB telah dicuri oleh Najib, tidak termasuk RM52 bilion hutang dan tanggungan 1MDB yang kini menjadi tanggungan kerajaan adalah wang rakyat yang sepatunya digunakan untuk kepentingan rakyat.
"Bayangkan wang sebanyak RM20 bilion yang ‘hilang’ itu sepatutnya boleh digunakan untuk membina 500 buah sekolah dengan purata kos RM40 juta sebuah atau 800 buah klinik kesihatan dengan purata kos RM25 juta sebuah.

Isu 1MDB-DOJ: Biar polis siasat, kata SPRM

Skandal 1MDB: DAP hentam dakwaan ‘khianat’ isu saman DoJ

Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh berkata menteri Umno Salleh Said Keruak sepatutnya minta perdana menteri menjawab dakwaan Amerika Syarikat dan bukannnya menuding jari pada pembangkang.
gobind-salleh-3
 Gobind Singh menghentam menteri Umno Datuk Seri Salleh kerana menuduh pembangkang khianat berkenaan tindakan terbaru Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.
Ahli Parlimen Puchong itu menyifatkan respon Salleh kepada saman sivil DoJ yang difailkan di Los Angeles awal minggu ini untuk mendapatkan semula AS$540 juta (RM2.3 bilion) aset yang dibeli dari dana yang didakwa digelapkan dari 1MDB sebagai tidak masuk asal, kerana “ia bukan khianat sama sekali”.
“Bukan pembangkang yang temui RM2.6 bilion dalam akaun peribadi mereka dan bukan pembangkang yang membelanjakan wang membeli bermacam benda serata dunia yang membawa kepada tindakan DoJ.
“Jadi, mengapa tuding jari pada pembangkang? Beliau sepatutnya minta perdana menteri menjawab dakwaan itu,” kata Gobind, merujuk kepada RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak pada Mac 2013, yang kemudian diisytiharkan sebagai sumbangan dari ahli keluarga diraja Arab Saudi.
Semalam, Salleh dalam catatan blog menyerang pembangkang berkenaan tindakan DoJ, mengatakan ia perbuatan khianat, dan pelakunya akan ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri di zaman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Gobind mencemuh Salleh kerana tidak memahami sistem kehakiman Amerika Syarikat dan kerana mendakwa “DoJ sekadar bertindak atas aduan yang diterima dan menyatakan secara jelas aduan sitaan sivil itu mengandungi tuduhan yang tidak terbukti sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya”.
“Itu perkara biasa. Ini bermakna dokumen itu menyatakan perincian dan butiran yang menunjukkan perkara yang akan menyokong tuntutan di mahkamah nanti,” kata Gobind.
“Perincian dan butiran berkenaan pada pandangan kasar juga sudah cukup untuk memulakan penyiasatan di Malaysia dan itu yang kita katakan perlu dilakukan sekarang.”
Gobind menambah menteri itu jelas sekali “tidak faham”.
Pada Khamis, DoJ memfailkan tindakan kedua di California, AS, untuk mendapatkan semula aset termasuk karya seni, barangan kemas dan hak filem yang dipercayai dibayar dengan dana yang disalurkan dari 1MDB.

Skandal 1MDB: Tidak perlu sidang tergempar, kata Azalina

Cadangan pembangkang untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan saman sivil terbaru dikemukakan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), adalah tidak perlu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini kerana isu berkenaan adalah kesinambungan saman sivil yang lama dan perkara itu pernah dijawab dalam persidangan Parlimen yang lepas.
Tambahan pula, beliau berkata pembangkang turut mempunyai pelbagai platform lain pada sidang Parlimen bagi mengutarakan pelbagai isu.
"(Dan) sekarang ini kita ada lebih daripada sesi soal jawab. KIta ada 'Second Chamber' yang berlaku pada hari Selasa dan Khamis dan kemudian kita ada Waktu Pertanyaan Menteri yang juga memberi peluang kepada mereka untuk tanya apa-apa soalan.
"Jadi bagi saya, apa gunanya sidang tergempar kalau mereka ada banyak platform untuk menimbulkan apa-apa isu dan mereka tidak pernah berhenti daripada menimbulkan apa-apa isu," kata Azalina kepada pemberita selepas program bersahur dan beramah mesra bersama anggota keselamatan di Pos Tanjung Sepang, dekat Kota Tinggi pagi tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam yang menuntut sidang tergempar Parlimen diadakan segera dan meminta agar usul berkenaan dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu, Azalina berkata perdana menteri dijangka mengumumkan pengwujudan mahkamah jenayah seksual yang serupa di setiap negeri semasa perasmian mahkamah jenayah seksual pertama di Putrajaya minggu depan.

Peguam Rosmah buru 'penfitnah' media sosial..!!

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengarahkan peguamnya untuk memantau media sosial berkaitan "serangan dan tuduhan palsu" terhadap beliau.
Menurut firma undang-undang NoorHajran Mohd Noor, peguam mereka "memantau semua catatan dalam mana-mana platform media sosial dan sebarang bentuk penerbitan lain berkaitan serangan palsu dan berniat jahat" terhadap anak guamnya itu.
"Baru-baru ini, lebih banyak serangan yang berniat jahat dan tidak berasas muncul dan dibuat terhadap Rosmah Mansor di blog dan media sosial.
"Serangan ini adalah tuduhan palsu yang dibuat tanpa sebarang bukti dan/atau asas, dilakukan dengan niat jahat semata-mata untuk memburuk-burukkan nama baik Rosmah atas dakwaan salah laku yang menjejaskan reputasi beliau," kata firma itu dalam kenyataan, hari ini.
NoorHajran Mohd Noor berkata, mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan undang-undang tanpa sebarang notis.
Semalam, Rosmah mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak mudah mempercayai fitnah yang sengaja diadakan bagi menjatuhkan pemimpin, organisasi mahupun negara.
Katanya, ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan sosial media bagi tujuan itu.
“Bagi melebar luas anasir-anasir kotor mereka, media sosial telah dijadikan senjata utama mereka untuk mengelirukan serta mempengaruhi minda dan fikiran rakyat.
“Natijahnya orang yang difitnah terus menjadi mangsa dan masyarakat akan dimomokkan dengan perkara tidak benar,” kata Rosmah sebelum memberi sumbangan Hari Raya di Kementerian Pertahanan Malaysia.

Skandal 1MDB: PAS berdoa agar pihak berkuasa berani bongkar isu 1MDB

Kenyataan pertama dari pimpinan tertinggi PAS selepas lebih 24 jam dokumen terbaharu DoJ itu menjadi perbualan hangat di kedua-dua belah garisan politik.
tuan-ibrahim-dojs-1mdb
PAS hari ini melahirkan kepercayaan pihak berkuasa tempatan lebih berkemampuan daripada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat untuk menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kerana itu, parti Islam mendoakan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara dan jabatan audit negara diberi keberanian untuk membongkar isu itu.
“Malangnya mereka kini terpaksa mengharungi penghinaan demi penghinaan oleh DoJ kerana mereka sedang berhadapan halangan-halangan yang tidak boleh disebut,” kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Cukuplah hidup dalam keadaan tangan dan kaki digari dan mata sekadar dapat terbeliak membiarkan kemungkaran yang besar berlalu.”
Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini, susulan tindakan terbaru DoJ untuk merampas pelbagai aset mewah bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang didakwa dibiayai wang dilesapkan daripada 1MDB.
Awal semalam, DOJ memfailkan permohonan merampas aset yang didakwa diperolehi menerusi dana yang diseleweng daripada 1MDB, antaranya lukisan, kapal layar dan barang kemas.
Dokumen lebih 200 mukasurat turut menyenaraikan 27 barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri “Malaysian Official 1” (MO1) berjumlah AS$1.3 juta (RM5.5 juta) daripada taikun kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, atau Jho Low, yang kini dipercayai berada di China.
Dokumen yang dikeluarkan DoJ minggu ini merupakan rentetan daripada kertas siasatan yang diumumkan pada Julai tahun lalu, di mana pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) membuat permohonan menyita aset yang dikaitkan dengan wang 1MDB berjumlah lebih AS$1 bilion.
“Sekali lagi, maruah pimpinan negara terutamanya BN dan pihak berkuasa Malaysia yang menyiasat isu 1MDB ditampar oleh DoJ di hadapan seluruh dunia,” kata Tuan Ibrahim.
“Mengapa DoJ dapat menyiasat dan membongkar pengaliran tunai 1MDB dengan sebegitu teliti manakala siasatan 1MDB di dalam negara pula tidak menampakkan apa-apa hasil?”

Skandal 1MDB: Peguam Negara patut baca sampai habis saman sivil DOJ sebelum beri komen

Teka-teki terbesar melibatkan ‘kehilangan’ berbilion ringgit dana awam yang dicuri dari 1MDB sekali lagi menggegarkan Putrajaya.
Ia berlaku apabila Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dalam saman sivil terbarunya mahu bertindak untuk merampas aset bernilai AS$540 juta yang dikaitkan dengan kecurian wang syarikat tersebut yang telah dibelanja secara mewah.
Tindakan DOJ itu telah mengundang pelbagai reaksi pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali ketika mengulas perkara itu bagaimanapun mengulangi jawapan sebelumnya, “Kami mendapati bahawa tidak ada jenayah dilakukan” dan tidak ada yang baru ditemui.
“Adakah Apandi telah meneliti ‘perenggan-perenggan panas’ dalam saman sivil terbaru DOJ untuk menyita aset 1MDB yang mempunyai kaitan dengan skandal derma RM2.6 bilion kepada 1MDB, dan jika sudah diteliti, mengapa dia berkata tiada yang baru?
“Saya merujuk kepada perenggan 339 hinga 348 dalam bahagian “AS$681 juta telah dipindahkan dari akaun Tanore kepada akaun yang dimiliki Malaysian Official 1,” kata ketua parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya.
Dalam saman sivil terbaru itu, DOJ mendedahkan pihaknya mahu menyita aset dan hartanah mewah untuk mendapatkan semula AS$540 juta wang yang diselewengkan.
Ia termasuk lukisan dan hasil hak cipta dua filem Hollywood, “Dumb and Dumber Two” dan “Daddy’s Home” yang diterbitkan syarikat diketuai anak tiri perdana menteri, Riza Aziz.

Pemaafan Dr Mahathir - Anwar mecemaskan Najib

Oleh Mohd Sayuti Omar
TANPA menyebut, perkara paling ditakuti Najib Razak untuk mengumumkan pilihan raya ke-14 ialah kombinasi antara Dr Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim. Persepakatan dua orang ini menjadi suatu subjek yang menjadikan Najib termimpi-mimpi melihat nasibnya dalam pilihan raya kelak. Perkembangan kolaborasi dan pemaafan kedua insan inilah kini sedang diamati Najib.


Kalau suatu masa dahulu Umno bimbang kepada Pas dan DAP yang menjadi musuh tradisinya, tetapi kini tidak lagi. Pas sudah dapat dijinakkan oleh Najib, bahkan menjadi rakan mendokong beliau. Tinggal lagi ialah DAP, yang masih menguasai undi orang Cina yang mustahil untuk Najib memberaikannya.

Mungkin kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) tidak begitu membimbangkan Najib kerana kekuatan Amanah tidak setara dengan Pas. Begitu juga dengan wujudnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Namun kemunculan dan kesediaan Dr Mahathir untuk berjabat salam dengan Anwar benar-benar meresah dan mencemaskannya. Situasi inilah menganggui tidurnya kini. Momentum terbentuk oleh dua tokoh ini menjadikan Najib ragu-ragu untuk memanggil pilihan raya, atau tidak.

Zaman keintiman mereka
sangat menyenangkan rakyat. 
Kenapa tidak, tanpa melihat kepada kuasa sebagai PM, dan kuasa wang, orang berpengaruh di Malaysia hari ini adalah Anwar dan Dr Mahathir. Bukannya Najib. Kekuataan Najib ada pada kuasa dan wang. Tanpa kedua kuasa itu Najib tiada sesiapa pun hatta oleh orang "sinting" pedulikan dia. Penggabungan tenaga kedua mereka - Dr Mahathir - Anwar, seperti menghidupkan semula zaman kehebatan dan kegemilangan Umno 15 tahun lampau yang lenguh difikir pembangkang untuk menghancurkannya.

Sejarah telah membuktikan gandingan Dr Mahathir - Anwar bermula tahun 1982 hingga 1998 cukup kuat. Ia memberi suatu suasana yang cukup mendamaikan Umno alias kerajaan (BN) dan juga rakyat. Gabungan mereka adalah umpama gabungan aur dengan tebing saling dokong mendokong persis gandingan Tuanku Abdul Rahman degan Razak Hussein.

Dr Mahathir sendiri seakan terlepas dari segala masalah dan kebimbangan dengan adanya Anwar di sisinya sebagai pembantu. Pemergian Musa Hitam yang sebelum ini menjadi kembar siamnya, terubat dengan kehadiran Anwar.

Dan Anwar sendiri pula seperti dibayangi oleh Dr Mahatahir untuk mengambil alih kekuasaan Malaysia. Itulah apa yang didodoai dan dinyanyikan dalam melihat gabungan mereka. Negara juga berada di tahap kemajuan yang membanggakan. Sedikit demi sedikit hasil pembangunan negara mereka berdua negara dikenali dan dihormati dunia. Malaysia berada di tahap teratas di kalangan negara-negara sedang membangun. Pembangunan material dan kemanusian berjalan serentak.

Kekuatan dan keagungan Umno dan kerajan BN pimpinan mereka berdua, terbukti pada beberapa siri pilihan raya umum (Piraum) sepanjang mereka kemas berdakapan bersama. Pilihan raya 1986, 1990, 1995 memberi gambaran kekuatan dan kemantapan kerajaan. Terutamanya Dr Mahathir sendiri walaupun menghadapi tentangan daripada Tengku Razaleigh Hamzah (1987), tidak dapat dinafikan ia selamat kerana adanya "perselingkuhan politik" Anwar .

Ternyata tanpa gadingan mereka berdua, Umno selepas itu goyah, sakit dan terusan sakit. Pilihan raya selepas hubungan mereka berberai memberi kesan besar kepada Umno sehingga ia menyebabkan Umno hampir runtuh. Ia bermula pada Piraum -- pilihan raya umum tahun 1999 dan 2004, yang memuncak pada 2008 apabila lima buah negeri telah jatuh ke tangan pembangkang -- Pakatan Rakyat.

Kejatuhan UBN itu terheret ke Piraum ke-13, 2013. Akibat perenggangan mereka, Umno dan BN kehilangan majoriti di parlimen dan berada dalam kesakitan hingga kini.

Apa yang dapat ditafsirkan, kegagalan UBN itu adalah kerana kekuatan dan pengaruh yang ada kepada Anwar. Manakala kemenangan tipis UBN ketika itu, adalah kerana Dr Mahathir masih berfungsi untuk membawa kemenangan kepada Umno. Dr Mahatir masih menggunakan pengaruh, track record dan kradibilitinya sebagai bekas PM untuk menjaminkan kerajaan UBN kekal.

Kelemahan Umno untuk menguasai undi orang Melayu seperti sebelum ini adalah kerana kuasa atau undi orang Melayu telah terbahagi dua di antara Dr Mahathir dan Anwar apabila mereka bercerai. Kekuataan undi Melayu kira-kira 60% untuk Umno itu terbahagi dua separuh kepada Dr Mahathir dan separuh lagi Anwar. Ternyata perpecahan keduanya membawa azab buat Umno.

Itu realitinya. Nah, kali ini mereka bergabung semula. Apakah kekuatan yang dibangunkan semasa bersama dalam Umno 16 tahun dahulu tidak muncul kembali? Mungkin kerana faktor usia dan masa pengaruh mereka merosot, tetapi masih unggul sebagai orang berpengaruh. Ia dapat dilihat kepada sambutan kepada ucapan dan juga ulasan-ulasan politik yang mereka berikan. Serangan malam siang terhadap Dr Mahathir oleh media massa PB menjelaskan ketakutan itu.

Rakyat akan dapat melihat kenyataan ini pada Piraum akan datang. Tindakan pertama kali Dr Mahathir dalam sejarah hidupnya menentang bekas partinya sangat menarik. Kini dia serius bertindak menjadi musuh kepada partinya. Situasi dan perkembangan inilah yang sedang ditunggu ramai. Inilah juga kemuncak kepada politik Melayu khasnya dan Malaysia amnya. Orang ramai kini juga sedang bernostagia dengan kehebatan keduanya memimpin negara sebelum ini.

Pujut: Keputusan mahkamah cemar legasi ketua menteri Sarawak


Keputusan mahkamah cemar legasi ketua menteri, kata pemimpin DAP
Mahkamah Tinggi Kuching hari ini mengembalikan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai Adun Pujut selepas DUN Sarawak melucutkan haknya pada bulan lalu. 
DAP hari ini mengumumkan kemenangan moral susulan Mahkamah Tinggi Kuching hari ini menolak keputusan speaker Sarawak yang melucutkan hak Dr Ting Tiong Choon dan mengembalikan kelayakannya sebagai Adun Pujut.
Parti pembangkang itu berkata keputusan berkenaan juga memberi kesan buruk kepada Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg, yang mula memegang jawatan itu pada 13 Januari lalu.
“Insiden memalukan ini di mana speaker DUN menyalahgunakan kuasanya, berlaku pada persidangan pertama Abang Johari sebagai ketua menteri Sarawak,” kata Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.
“Penyalahgunaan itu tidak akan berlaku jika beliau tidak membenarkannya. Keputusan hari ini akan menjadi sejarah kekal mencemar legasi Abang Johari. Ia akan menjadi stigma sepanjang karier politiknya sebagai ketua menteri,” katanya.
Mahkamah Tinggi hari ini membuat keputusan bercanggah dengan keputusan DUN melucutkan hak Dr Ting pada 12 Mei. Usul itu dibentangkan Menteri Kewangan Kedua Wong Soon Koh dan dibenarkan untuk diundi oleh Speaker Mohamad Asfia Awang Nassar.
Hakim Douglas Christo Primus Sikayun dalam keputusannya berkata Dr Ting bukan orang yang tidak layak dan berhak kekal sebagai Adun yang dipilih.
“Tidak ada kekosongan bagi kerusi Pujut,” katanya yang turut menganugerahkan RM100,000 kepada plaintif.
“Mesej ini jelas untuk speaker Dewan yang dia tidak boleh berlagak seperti Tuhan. Sebaik saja keluar dari DUN, dia tidak berada di atas undang-undang.
“Saya rasa hakim mengambil masa lama untuk memikirkan cara Asfia mengendalikan perkara itu. Dia tidak mematuhi peraturan keadilan dan tafsirannya terhadap artikel itu salah. Secara asasnya keputusan hari ini menunjukkan kebodohannya,” kata Chong.
Dr Ting berkata kemenangan hari ini untuk DAP dan proses demokrasi.

Jangan jadi alat Israel dan Amerika

OLEH MOHAMAD SABU
Ayat al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 120, mengingatkan kita tentang ikrar orang yahudi zionis bahawa mereka tidak sesekali akan reda sehinggalah orang Islam mengikut jalan-jalan hidup mereka.

Israel diwujudkan ditengah-tengah negara Arab dengan fahaman zionis. Mereka wujud 1947 dengan merampas tanah dan mengusir penduduk Palestin dan diiktiraf kewujudannya oleh PBB pada tahum 1948. Negara-negara Arab tidak pernah sepakat untuk mengadapi zionis Israel sekalipun mereka membaca al-Quran tetapi tidak ambil peduli amaran dan pengajaran di dalamnya.
Pergeseran Arab Saudi, UAE, Mesir, Bahrain dan negara lain yang cuba memboikot Qatar dengan memutuskan hubungan diplomatik adalah berpunca dari adu domba yang dirancang Amerika dan zionis.

Kenapa orang Arab dan orang Islam tidak insaf terhadap apa yang pernah berlaku. Cukuplah kita salahkan orang lain sebaliknya orang Islam sendiri hendaklah pergi ke meja rundingan bagi mencari jalan penyelesaian.
Dahulu negara-negara Arab ini pernah bersatu di bawah Amerika Syarikat dan Israel bagi menyerang Iraq dan sekarang apakah ulangan kedua akan berlaku terhadap Qatar?
Negara arab dan bukan Arab yang lain seperti Turki dan Pakistan jangan pula berdiam diri. Kita perlu mencari jalan kembali ke meja rundingan. Jangan biarkan negara Arab yang kaya ini menjadi kuda tunggangan kepada Amerika dan Israel. Malangnya mereka sendiri tanpa segan silu mengaku lebih menjadi sahabat kepada Amerika dan Israel dari negara Islam lain.
Usaha pelbagai pihak untuk membawa Qatar dan Arab Saudi ke meja rundingan perlu disokong. Jangan biarkan sepanjang zaman zionis Israel dan Amerika menguasai Timur Tengah dan meletakkan orang Islam dihina dan malang atas pertelingkahan mereka.

Putrajaya tetap tenang, tak peduli usaha AS bangkitkan semula skandal 1MBD

SATU lagi hari yang biasa di pejabat.
Sekurang-kurangnya itulah gambaran yang Perdana Menteri Najib Razak beri hari ini, beberapa jam selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) melancarkan peluru berpandu terkini ke arah Putrajaya.
Rakannya mengatakan PM tidak terganggu dengan pendedahan terkini mengenai rasuah dan salah guna kuasa berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan senarai aset semakin bertambah yang kerajaan AS sedang usahakan untuk dirampas sebagai sebahagian daripada penyiasatan dana 1MDB. Kapal layar. Berlian. Lukisan. Hak filem. Pangsapuri.
Dengan pembangkang di ambang kejatuhan, parti politiknya teguh berada di pihaknya dan aspek negatif daripada saga 1MDB sudah pun menjadi faktor bagi rating penerimaan terhadapnya, Najib nampaknya hanya menganggap saman terkini DoJ hanyalah satu lagi gangguan.
Tetapi The Malaysian Insight percaya tindakan DoJ akan:
1) Mengetengahkan semula skandal 1MDB kepada situasi yang tidak diingini pentadbiran Najib: di muka depan akhbar, portal dalam talian dan platform media sosial.
Pendek kata, semua dakwaan ini kecurian, rasuah akan dinyatakan sekali lagi.
Pembangkang Malaysia dilanda masalah pasti akan menggunakan bahan daripada DoJ ini dan cuba mengaitkan semula hubungan antara individu yang dinamakan dalam saman itu dan PM.
2) Akan menyebabkan tidak puas hati sekali lagi di kalangan Umno mengenai ketidakupayaan atau keengganan kerajaan menyalahkan pegawai 1MDB atau Low Taek Jho atau individu lain yang dinamakan dalam saman DoJ itu.
Pada masa lalu, terdapat tekanan daripada penyokong Najib agar kerajaan menghukum beberapa individu bagi salah laku 1MDB, mempercayai ia akan menyelamatkan PM daripada kesan seterusnya episod ini.
3) Akan membunuh sebarang spekulasi yang pentadbiran Trump tidak berminat dengan isu di luar AS akan menyebabkan peningkatan siasatan DoJ untuk merampas aset bernilai berbilion ringgit.
Fakta DOJ dan FBI seolah-olah menjalankan siasatan kes itu selari dan pemfailan terbaru menunjukkan kedua-dua agensi memberi tumpuan pada kes ini, walaupun dengan rejim baru dalam Washington.
4) Merancakkan pelbagai penyiasatan seluruh dunia dengan isu 1MDB, dari Switzerland hingga Singapura. Kecuali di Malaysia, di mana polis masih belum memberikan sebarang kemajuan kepada pihak pendakwaan untuk mengambil tindakan.
Mungkin ada kekurangan tindakan di Malaysia tetapi seluruh dunia tidak setenang Najib.
Akhirnya, terpulang kepada rakyat Malaysia untuk mempertimbangkan apa yang betul dan salah mengenai keseluruhan hal ini. Dan memutuskan apa yang mereka mahu lakukan dengannya.

Skandal 1MDB: Pihak berkuasa Malaysia lebih mampu berbanding DoJ tapi...!!! - PAS


Pas percaya pihak berkuasa tempatan lebih berkemampuan daripada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat untuk menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Namun timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, malangnya mereka kini sedang berhadapan 'halangan-halangan yang tidak boleh disebut'.
Department of justice 1mdb"Pasukan polis negara umpamanya yang kerjanya sebegitu cemerlang dalam mengesan aktiviti kehadiran para pengganas sudah tentunya mampu mengendalikan kes 1MDB.

"SPRM yang begitu rancak mengesan kegiatan rasuah antara penjawat awam walau kecil jumlahnya sudah pasti dapat membongkar segala yang berlaku di dalam 1MDB.
"Begitu juga dengan kemampuan Ketua Audit Negara dan Gabenor Bank Negara yang sudah diperakui ramai," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru beliau berdoa agar pihak berkuasa tempatan diberikan keberanian untuk membongkar isu 1MDB.
"Cukuplah hidup dalam keadaan tangan dan kaki digari dan mata sekadar dapat terbeliak membiarkan kemungkaran yang besar berlalu manakala telinga terpaksa mendengar arahan untuk mengendalikan kemungkaran yang kecil," katanya.
DoJ dalam usaha untuk merampas pelbagai aset mewah bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang didakwa dibiayai wang dilesapkan daripada 1MDB.
Awal semalam, DoJ memfailkan permohonan merampas aset yang didakwa diperolehi menerusi dana yang diseleweng daripada 1MDB, antaranya lukisan, kapal layar dan barang kemas.
Dokumen lebih 200 mukasurat turut menyenaraikan 27 barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri “Malaysian Official 1” (MO1) berjumlah AS$1.3 juta (RM5.5 juta) daripada taikun kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, atau Jho Low, yang kini dipercayai berada di China.
Dokumen yang dikeluarkan DoJ minggu ini merupakan rentetan daripada kertas siasatan yang diumumkan pada Julai tahun lalu dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) membuat permohonan menyita aset yang dikaitkan dengan wang 1MDB berjumlah lebih AS$1 bilion.
Tuan Ibrahim juga berkata, kerajaan Malaysia perlu lebih cekap dan berupaya bertindak sendiri untuk mengelakkan sebarang campur tangan Amerika.
"Tapi apabila kita sendiri melengah-lengahkan siasatan, maka ruang campurtangan itu terbuka luas.

"Walaupun kes DoJ masih di peringkat tuduhan, nasibnya kini bergantung pada kesetiaan Jho Low. Jika DoJ menawarkan satu jalan keluar untuk Jho Low dengan syarat beliau membongkar siapa di belakangnya, kemungkinan besar Jho Low akan mengambilnya dan ketika itu, segalanya akan terungkai," katanya.

SKANDAL 1MDB:KERAJAAN DAN NAJIB WAJAR AMBIL TINDAKAN UNDANG PADA DOJ ATAU TINDAKAN DIPLOMATIK KEATAS AMERIKA SYARIKAT.

1. Laporan tuntutan baru yang di keluarkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) terhadap aset-aset yang dibeli menggunakan wang 1MDB ada sangat berat dan mencalarkan nama Malaysia dan PM Najib.Pendedahan tersebut meliputi pembelian kapal layar,rantai tangan,harta intelektual (filem) dan sebagainya yang   berjumlah AS$540 milion bersamaan RM2.3 bilion.Pendedahan baru oleh DoJ mengaitkan pembelian barang kemas untuk Isteri MO1.Menteri di JPM telah memperakui Najib adalah MO1.

2. Pendedahan sebelum ini individu  MO1 telah menerima wang AS$681 juta (RM2.6 billion) daripada wang 1MDB dan jumlah tersebut diperakui Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali cuma dikatakan wang tersebut adalag  derma dari Raja Arab.Pendedahan yang terbaru mendedahkan sebanyak AS$27.3 juta digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk isteri MO1 Najib Razak.Wang tersebut juga digunakan untuk membeli  gambar bernilai AS$750,000 sebagai hadiah kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.

 Yang ketiga dan terbaru, DoJ meletakkan angka yang didakwa diselewengkan itu sebanyak AS$4.5 bilion dan sedang berusaha untuk merampas AS$1.7 bilion dalam aset yang dipercayai diperolehi dengan menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB.

3. Apa pun respon yang berlaku di Malaysia hanya sekadar menyatakan ini adalah 'campur tangan Amerika' seperti kenyataan menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Salkeh Said Keruak. Manakala Peguam Negara dan PMO menyatakan tiada bukti yang mensabitkan PM Najib.Namun  'counter statement' begini tidak berupaya membersihkan nama Malaysia dan PM Najib yang telah menjadi bahan ketawa antarabangsa serta dihina

Sebaliknya maklumbalas sedemikian menambahkan lagi wajah buruk Malaysia yang telah busuk akibat 'disolek' oleh tindak tanduk kerajaan serta institusi penguatkuasaan yang bertindak menjadi 'jaguh pelindung jenayah dan penjenayah' dikalangan pemimpin politik pemerintah.

4. Saya mencabar kerajaan PM Najib, pertamanya jangan tunggu lama untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap DoJ yang dikatakan mengeluarkan laporan berkaitan wang 1MDB yang berunsur fitnah terhadap Kerajaan Malaysia dan PM Najib.Ini sangat penting untuk membersihkan nama Malaysia dan  mengembalikan keyakinan dunia serta memulihkan ekonomi negara.

Sebagai langkah awal kerajaan perlu menghantar wakil dari Jabatan Peguam Negara untuk menyemak dokumen-dokumen pendedahan DoJ serta  prosiding perundangan di Amerika Syarikat untuk tindakan undang-undang terhadap fitnah DoJ ke atas Malaysia dan PM Najib.

Adik-beradik Singapura, adik-beradik Malaysia..!!!

Apakah dakwaan 2 adik perdana menteri Singapura boleh juga diguna pakai dan diulangi di Malaysia?
lee-family-1
Oleh Yunus Tasim
Apa yang berlaku dalam keluarga mendiang Lee Kuan Yew tentunya menarik banyak perhatian.
Persengkataan keluarga tidak dapat dibendung dalam lingkungan keluarga. Adik-beradik perdana menteri Singapura, Lee Hsien Loong sudah jadikan persengkataan keluarga itu dalam lapangan awam yang boleh dibaca oleh semua orang, dalam dan luar negeri.
Sebenarnya persengkataan keluarga adalah perkara biasa. Ia kerap berlaku kepada keluarga beberapa hartawan ternama di Singapura dan Malaysia, sering kali kerana merebut harta pusaka setelah kematian orang yang membina empayar kekayaan tersebut.
Tapi yang ini berbeza. Bezanya kerana berlaku kepada keluarga Lee Kuan Yew (LKY), pengasas republik Singapura.
LKY terkenal sebagai seorang yang tegas dan berdisiplin. Tidak hairanlah anak-anaknya juga seperti dia.
Ketiga-tiga mereka menjadi. Yang sulung, Lee Hsien Loong mewarisi bakat ayahnya memimpin Singapura sebagai perdana menteri ketiga selepas Goh Chok Tong.
Anak perempuannya Lee Wei Ling seorang doktor, manakala Lee Hsien Yang pula seorang ahli perniagaan dan pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Singapura.
Tapi itu bukan persoalannya. Bukan merebut harta pusaka. Dan tentunya ramai nak tahu harta peninggalan LKY kalau mereka bersengketa kerana harta.
Mereka bersengketa hanya kerana wasiat terhadap rumah kediaman LKY. Rumah banglo sederhana besar yang terletak di 38 Oxley Road di tengah bandar raya Singapura, didiami mendiang LKY dan keluarga sejak 1940-an sebelum beliau menjadi perdana menteri.
LKY menjadikan ianya satu wasiat untuk rumah itu dirobohkan setelah ketiadaan beliau kerana tidak mahu rumah itu dijadikan tugu atau monumen untuk beliau.
Dan 2 anaknya, Hsien Yang dan Wei Ling telah sedia melaksanakan wasiat tersebut, tetapi dihalang. Hsien Loong mempunyai keinginan sendiri dan tidak setuju rumah itu dirobohkan malah mahu dijadikan salah satu bahan sejarah untuk memperingati jasa mendiang LKY dan legasinya.
Hal keluarga jadi isu negara
Di sinilah persengketaan bermula. Dan sudah pasti perbincangan demi perbicangan dilakukan sesama keluarga. Kerana kebuntuan itu, adik-adik PM itu meluahkan kekecewaan mereka di Facebook. Bagi kita, itu soal keluarga, biarpun Hsien Loong cuba menjadikannya soal negara.
Dan soal keluarga sebenarnya soal kecil dan orang besar seperti Hsien Loong pasti boleh menyelesaikannya.

Skandal 1MDB: Saman terbaru DoJ ancam pakatan Umno-PAS

TINDAKAN terbaru Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) mengemukakan saman untuk merampas aset mungkin mengancam penyatuan tidak rasmi Umno dan PAS, apabila ahli akar umbi parti Islam itu semakin meluat dengan tuduhan rasuah mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak dalam skandal 1MDB.
DoJ memulakan tindakan untuk merampas aset bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang dikatakan dibeli dengan wang dicuri daripada dana pelaburan negara 1MDB, menjadikan jumlah yang disalahgunakan AS$4.5 bilion.
PAS yang secara rasmi memutuskan hubungan dengan parti pembangkang lain, PKR dan DAP, mula mempunyai hubungan rapat dengan Umno, membina pakatan tidak rasmi yang akan memberikan parti pemerintah kelebihan yang diperlukan pada pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, susulan tuntutan saman terbaru DoJ itu, beberapa pemimpin akar umbi PAS tidak menunjukkan sokongan kepada Najib, sebaliknya meluahkan kemarahan kepada pihak berkuasa Malaysia yang tidak bertindak menyiasat tuduhan yang menggemparkan itu.
Kebanyakan pemimpin akar umbi parti Islam itu yang dihubungi The Malaysian Insight mahu DoJ menyelesaikan siasatan dengan segera dalam isu 1MDB supaya kebenaran dapat diketahui rakyat Malaysia dan kes berlanjutan ini dapat diselesaikan.
“Satu tamparan hebat bagi kerajaan Malaysia kerana peguam negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tak buat apa-apa.
“Malulah satu dunia ambil tindakan seperti AS dan Singapura, tapi kita masih tidak buat apa-apa,” kata Adun Sungai Abong Dr Sheikh Ibrahim Salleh ketika mengulas tindakan terbaru DoJ itu.
Adun PAS Johor itu turut memuji tindakan pemerintah AS yang dikatakannya sebagai “menyelamatkan wang rakyat Malaysia”.
“Satu dunia tahu benda ini. Kita patut berterima kasih kepada kerajaan AS kerana selamatkan wang 1MDB, wang rakyat Malaysia.
“Saya tidak setuju dengan orang yang mengutuk kerajaan AS dalam hal ini,” katanya.
Adun Meru Dr Abdul Rani Othman berkata Najib perlu melakukan sesuatu bagi membersihkan nama Malaysia.
Pemimpin PAS di Selangor itu berkata jika Najib tidak melakukan apa-apa, berkemungkinan besar rakyat akan menghukumnya pada PRU14 akan datang.

Skandal 1MDB: Putrajaya perlu buktikan saman DoJ palsu, bukan sekadar penafian kosong

AHLI politik Pakatan Harapan (PH) mendesak Putrajaya membuktikan yang pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) salah susulan tuntutan saman sivil ketiga difailkan Jabatan Kehakiman (DoJ) berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Desakan itu susulan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Pejabat Peguam Negara tetap berkata pihak berkuasa tempatan mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan dalam syarikat pelaburan negara itu.
PMO dan Pejabat Peguam Negara melahirkan rasa kesal berhubung tuntutan yang difailkan DoJ bertujuan untuk merampas aset bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang dikatakan dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MBD.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata penafian itu “lawak” kerana mereka tidak menangani fakta yang dibangkitkan dalam tuntutan itu.
“Mudah saja, Pejabat Peguam Negara dan PMO perlu sahkan fakta ringkas adakah Najib terima lebih AS$731 juta dana daripada 1MDB.
“Atau adakah (isteri Najib) Datin Seri Rosmah Mansor membeli berlian merah jambu bernilai AS$27 juta,” katanya yang juga setiausaha publisiti DAP.
“Jika mereka tidak buat begitu, maka nafikan, keluarkan bukti dan tamatkan perkara itu.”
Pua, yang lantang mengkritik 1MDB semalam berkata tuntutan saman itu membuktikan teorinya mengenai satu lagi penipuan 1MDB berkaitan pelaburan AS$2.3 bilion yang didakwa syarikat itu dipegang Brazen Sky di BSI Bank.
“Pelaburan yang dikatakan AS$2.3 bilion dipegang Brazen Sky itu tidak ada apa-apa tetapi hanya kertas tidak bernilai,” katanya.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata sekarang ada dua naratif yang bercanggah mengenai 1MDB, satu daripada pihak berkuasa Malaysia dan satu lagi pendakwa raya di AS, Singapura dan Switzerland.
Sementara pihak berkuasa Malaysia terus berkata tiada jenayah berlaku dalam 1MDB, mahkamah di Singapura dan Switzerland mendenda dan memenjarakan pegawai bank yang terlibat dalam pergerakan wang dikatakan daripada 1MDB.
“Memandangkan DoJ mengemukakan saman ketiga, peguam negara sepatutnya menghantar delegasi untuk bekerjasama dengan DoJ serta-merta bagi membuktikan secara undang-undang sama ada pendakwaan terhadap 1MDB ini benar atau palsu,” kata Fahmi.
Tuntutan saman DoJ semalam bertujuan untuk merampas antara lain kapal layar bernilai RM704 juta, Equanimity, dimiliki oleh Jho Low, dan hak terhadap filem komedi “Dumb and Dumber To” yang diterbitkan oleh Red Granite, syarikat penerbitan milik Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Najib razak.

Skandal 1MDB: AS mula tindakan rampas rantai berlian isteri MO1, hak filem Riza

JABATAN Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memulakan tindakan untuk merampas aset bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang dikatakan dibeli dengan wang dicuri daripada dana pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menjadikan jumlah yang disalahgunakan kepada AS$4.5 bilion.
Dalam pemfailkan saman sivil ketiga dan terbaharu bagi pelucutan hak, DoJ ingin menyita antara lain, kapal layar Equanimity bernilai AS$165 juta (RM704 juta) dimiliki Jho Low, dan hak filem komedi "Dumb and Dumber To" dihasilkan Red Granite, syarikat penerbitan dimiliki bersama oleh Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Najib Razak.
DoJ juga mengatakan dalam samannya, sekurang-kurangnya AS$27 juta digunakan oleh Low untuk membeli rantai berlian merah jambu 22 karat untuk isteri "Malaysian Official No.1".
"Kenyataan hari ini mendedahkan satu lagi bab daripada banyak tahun, skim penipuan berbilion dolar, menjadikan jumlah yang dicuri dikenal pasti sebanyak AS$4.5 bilion," kata Pemangku Penolong Peguam Negara AS, Kenneth Blanco dalam satu kenyataan.
"Wang ini membiayai gaya hidup mewah yang didakwa menjadi konspirator bersama bagi segala perbelanjaan dan kerugian rakyat Malaysia."
Dalam dokumen mahkamah yang difailkan semalam di Los Angeles, pendakwa persekutuan berkata pada 2014, ahli perniagaan Malaysia Jho Low mencuri AS$850 juta daripada dana yang dipinjam daripada sindiket bank, kononnya bertujuan membayar semula bon yang diterbitkan dalam fasa sebelum skim penyelewengan itu.
Bagaimanapun, wang itu dibelanjakan untuk membeli Equanimity.
Konspirator juga membeli AS$3.2 juta karya Picasso dan AS$9.2 juta Basquiat, menurut DoJ. Low menafikan salah laku itu.
Ini susulan saman rampasan aset awam tahun lepas terhadap aset bernilai AS$1 bilion yang didakwa DoJ.
Beberapa hartanah itu juga dimiliki Low, individu disiasat AS yang dikatakan menjadi tumpuan atas dakwaan transaksi penipuan dengan 1MDB.
Peguam Negara Mohamed Apandi Ali mengakui dimaklumkan saman terkini dan pada masa sama meluahkan kekecewaan di atas kegagalan pendakwa raya AS tidak memberi pemberitahuan awal kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai pemfailan saman itu.
Beliau juga berkata AGC masih belum diberi sebarang bukti menunjukkan wang itu dicuri daripada 1MDB daripada mana-mana siasatan yang dilakukan di seluruh dunia terhadap firma pelaburan negara itu.

Skandal 1MDB: DoJ berhak rampas aset berkait 1MDB, kata Dr Mahathir

DR Mahathir Mohamad berkata Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) berhak mengambil tindakan undang-undang merampas aset dipercayai dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB bernilai AS$540 juta, kerana jenayah itu dilakukan di Amerika Syarikat (AS).
Dalam satu temu bual selama sejam dengan pengguna Facebook hari ini, Dr Mahathir menggambarkan rakyat Malaysia yang membeli aset dan hartanah dengan jumlah besar adalah sebahagian daripada skim pengubahan wang haram.
“Bila orang curi duit atau dapat duit banyak daripada contohnya perniagaan dadah, mereka perlu bersihkan duit itu seolah-olah mereka dapat secara halal.
“Macam mana dia buat, dia pergi ke negara lain dia beli harta. Jadi duit itu sudah jadi harta. Itu boleh mengelakkan dia mempunyai duit yang banyak. Itulah yang dia buat, beli harta banyak yang mahal-mahal di Amerika.
“Jadi Amerika berhak bertindak. Ini jenayah di Amerika bukan jenayah di Malaysia,” katanya.
Sebahagian aset yang dirampas dalam tuntutan DoJ termasuk lukisan Picasso yang diberikan kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio dan hak terhadap dua filem.
Rampasan itu adalah sebahagian daripada siasatan kes DoJ berhubung konspirasi pengubahan wang haram dipercayai daripada dana 1MDB, yang ditubuhkan Perdana Menteri Najib Razak pada 2009 untuk mempromosikan pembangunan ekonomi.
Bagaimanapun, Najib menafikan melakukan sebarang salah laku.
“Jika ada jenayah dalam kerajaan, itu tanggungjawab whistleblower (pemberi maklumat) untuk laporkan perkara itu. Jika tidak penipuan akan terus berlaku. SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tidak dapat bertindak jika whistleblower tidak beri maklumat.
“Jabatan Kehakiman bertindak kerana jenayah itu berlaku di Amerika, membabitkan wang Amerika, bank Amerika dan hartanah Amerika,” kata Dr Mahathir.
DoJ dalam tuntutan sivilnya mendakwa lebih AS$4.5 bilion diambil daripada 1MDB oleh pegawai berpangkat tinggi dan sekutunya.

SKANDAL 1MDB: SAMAN DOJ MEMBUATKAN NAJIB SUDAH TERHAKIS NILAI MORAL SEBAGAI PM


Berdasarkan tiga tindakan yang sudah diambil oleh Jabatan Kehakiman AS setakat ini dalam proses untuk merampas beberapa aset yang dipercayai berpunca daripada dana 1MDB yang dilencongkan, perkara paling nyata ialah Najib Razak sudah kehilangan nilai moral untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.
Dalam saman sivil pertama Julai 2016 lalu, antara yang disebut oleh DOJ ialah wang berjumlah AS$731 juta atau lebih RM3,000 juta yang diterima oleh Malaysian Official 1 adalah berpunca daripada dana 1MDB.
Dapatan DOJ berdasarkan pengaliran wang yang dikesan dengan bantuan FBI tidak membuktikan sama-sekali wang tersebut adalah sumbangan derma daripada keranat Diraja Arab Saudi sebagaimana yang disebut berulangkali oleh Najib.
Sementara salah seorang menteri kabinet, Abdul Rahman Dahman mengesahkan bahawa MO1 adalah Najib, fakta yang disebut oleh DOJ itu tidak pernah disanggah dengan bukti-bukti yang kukuh sehingga ini.
Yang ada hanyalah penafian kosong semata-mata. Lagi-lagi hujah yang digunakan ialah  SPRM, Peguam Negara dan PAC tidak mengesahkan adanya kehilangan wang 1MDB dalam siasatan mereka.
Tetapi, kenapa Pesuruhjaya SPRM tidak disambung khidmatnya, Peguam Negara ditukar secara mengejut dan laporan audit 1MDB masih diOSAkan?
Malah, kenapa beberapa anggota kabinet yang bertanya mengenai 1MDB dipecat daripada jawatan mereka?
Mengapa juga bukti-bukti sahih mengenai pemberian derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi tidak ditampilkan sehingga sekarang?
Mana Zahid Hamidi yang dulunya pernah mengaku berjumpa dengan wakil keluarga Raja Arab tersebut?
Bolehkah beliau yang dilaporkan berada di Mekah kerana menunaikan umrah ketika ini berjumpa dan menampilkan wakil keluarga penderma tersebut?
Adakah Najib bercakap benar mengenai wang tersebut yang diterimanya melalui akaun bank peribadi?
Najib juga mengaku sebahagian daripada kononnya wang derma itu sudah dipulangkan semula kepada pemberinya kerana tidak habis digunakan. Dilaporkan wang yang dipulangkan semula itu berjumlah AS$620 juta.
Kepada siapa wang tersebut dipulangkan?
Hasil siasatan DOJ mendapati wang tersebut dipulangkan kepada akaun Tanore Finance dan berdasarkan perbicaraan di Singapura yang menyebabkan dua bank ditutup dan beberapa orang telah didakwa serta didapati bersalah atas penggubahan wang haram, Tanore Finance adalah disahkan milik Tan Kim Loong @ Jho Low.
Jadi, kepada siapa Najib pulangkan wang tersebut, kepada penderma yang merupakan kerabat Diraja Arab Saudi atau kepada Eric Tan Kim Loong @ Jho Low?
Kalau derma diterima daripada kerabat Diraja Arab Saudi, kenapa ia dipulangkan kepada Tanore Finance?

Skandal 1MDB: Selepas 24 jam heboh DoJ-1MDB, pimpinan PAS tiada reaksi

Pemimpin PAS rata-rata tidak mengeluarkan kenyataan dan tidak menjawab permintaan untuk mengulas perkembangan terkini melibatkan 1MDB.
1mdb-pas
Sudah lebih 24 jam dokumen terbaharu difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) menjadi perbualan hangat di kedua-dua belah garisan politik, tetapi tidak satu pun pimpinan kanan PAS mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya.
Setakat 12.00 tengah malam tadi, tinjauan di beberapa laman rasmi PAS termasuk lidah rasminya Harakah Daily, serta beberapa laman Facebook rasmi milik parti dan pemimpinnya, mendapati isu permohonan terkini DoJ pada Khamis untuk merampas pelbagai aset mewah bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) kerana dibiayai wang dilesapkan daripada 1MDB, tidak disentuh langsung.
Paling hampir ialah kenyataan Naib Presiden PAS Idris Ahmad yang disiarkan Harakah Daily. Walaupun cuma menyebut sepintas lalu tentang kemarahan pengundi terhadap “GST, 1MDB dan kenaikan harga barang boleh disejukkan dengan BR1M”, ia tidak merujuk secara langsung langkah terbaru DoJ yang dialu-alukan pembangkang dan dikritik pemimpin kerajaan.
‘Belum baca’
Sementara itu, percubaan FMT untuk mendapatkan komen daripada beberapa pemimpin PAS juga tidak berjaya.
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan ketika dihubungi berkata beliau sedang menghadiri program dan tidak membalas pertanyaan menerusi whatsapp.
Malah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mengakui belum membaca dokumen tersebut, dan mahu menelitinya terlebih dahulu.
Begitu juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali.
“Nanti saya semak berita, terima kasih,” kata Khairuddin menerusi Whatsapp.
Awal semalam, DOJ memfailkan permohonan merampas aset yang didakwa diperolehi menerusi dana yang diseleweng daripada 1MDB, antaranya lukisan, kapal layar dan barang kemas.
Dokumen lebih 200 mukasurat turut menyenaraikan 27 barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri “Malaysian Official 1” (MO1) berjumlah AS$1.3 juta (RM5.5 juta) daripada taikun kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, atau Jho Low, yang kini dipercayai berada di China.
PAS tidak sertai protes
Identiti MO1 tidak dinamakan secara rasmi, walaupun sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan mengakui ia merujuk perdana menteri.
Pelbagai dakwaan dalam dokumen itu mencetuskan reaksi pemimpin pembangkang dari PKR, DAP, Amanah dan PPBM.
Presiden PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, menggesa sidang tergempar Dewan Rakyat diadakan segera kerana isu itu melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Skandal 1MDB: Malaysia bimbang terhadap kegagalan DoJ dapat kerjasama saman 1MDB

Department of justice 1mdb
Kerajaan Malaysia menzahirkan rasa bimbang susulan kegagalan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat untuk mendapatkan kerjasama kerajaan atau 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhubung saman sivil terbaru dikemukakan oleh DoJ terhadap pelbagai aset.
Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, dalam menyatakan perkara itu, turut berkata kerajaan juga bimbang dengan tindakan tidak perlu dan tidak sepatutnya dalam menamakan perkara-perkara tertentu dan individu yang hanya relevan kepada manipulasi politik domestik dan campur tangan.
”Ini menunjukkan wujud motivasi yang melangkaui objektif untuk merampas aset-aset,” katanya dalam kenyataan.
Tengku Sariffuddin berkata kerajaan Malaysia akan memberikan kerjasama penuh dengan mana-mana penyiasatan yang sah terhadap mana-mana syarikat atau warganegara Malaysia mengikut protokol antarabangsa.
“Pihak berkuasa Malaysia telah melakukan banyak siasatan dan secara menyeluruh membabitkan 1MDB, termasuk oleh badan bebas dan dwipartisan seperti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara , dan didapati tiada perbuatan jenayah.
“1MDB masih lagi disiasat oleh Polis Diraja Malaysia. Jika terdapat bukti berlakunya sebarang salah laku, Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya.
Sehingga itu, beliau berkata sebarang dakwaan yang tidak dibuktikan tidak patut diambil kira sebagai fakta.
“Dan kami mengambil perhatian kenyataan akhbar dikeluarkan DoJ, yang menyatakan “Satu aduan sivil bagi perampasan hanyalah sekadar satu dakwaan bahawa wang atau hartanah ada terlibat atau mewakili hasil daripada jenayah. Dakwaan berkenaan masih belum dibuktikan sehingga mahkamah membuat penghakiman yang memihak kepada Amerika Syarikat”.