Ahad, 18 Jun 2017

ANWAR YANG BERJIWA BESAR....

Pakatan Harapan perlu mengekalkan tradisi musyawwarah dan konsensus seperti mana pengalaman Pakatan Rakyat sebelumnya. Semua ketua parti mempunyai kedudukan yang sama, dengan Pengerusi hanya sebagai penyelaras. Segala persiapan/agenda mesyuarat dikendali oleh Sekretariat Bersama mewakili semua parti.

Adapun usul Bersatu untuk merombak struktur Pakatan Harapan dengan pimpinan utama parti tersebut menguasai jawatan Pengerusi dan Presiden dalam struktur baru Pakatan Harapan, dikhuatiri akan merombak kerangka Pakatan Harapan menjadikannya mirip BN. 

Maka kesediaan semua pihak dalam Pakatan Harapan untuk meneliti semula dan meminda cadangan tersebut dengan mengekalkan muafakat asal Pakatan Harapan adalah dialukan.

Dengan hasrat merangkul semua kekuatan dalam satu pasukan mantap menentang UMNO-BN, adalah dirasakan wajar memastikan penyertaan semua pimpinan secara berkesan. Ini termasuk memanfaatkan kedudukan dan peranan Tun Mahathir. 

Agak kurang bijak untuk membuat sebarang andaian sebelum semua pimpinan parti menyatakan sikap dan usul tersebut dimuktamadkan.

Sepertimana yang disepakati Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan, kita menggagaskan pembaharuan dan mengusung idea politk baru. Kita berpaksikan prinsip luhur Perlembagaan termasuk kedudukan Islam, hak keistimewaan Melayu-Bumiputera, bahasa, dan Raja-Raja Melayu. 

Kendati begitu, kita menolak asas politik perkauman; disebaliknya komited untuk menegakkan amalan demokrasi dan prinsip keadilan. Keutamaan dasar menjurus kepada kebajikan rakyat dengan menolak kerakusan kuasa dan rasuah. 

Laungan kita tidak terbatas kepada perubahan pimpinan tetapi sistem lapuk yang diwarisi yang mengizinkan segala pelanggaran hukum dan rasuah oleh pemimpin tanpa kawalan dan tindakan.

Perhatian Pakatan Harapan harus terpancang kepada dasar negara; kebobrokan sistem dan ke arah kemenangan PRU ke-14. Isu pinggiran lainnya, muslihat perebutan kuasa dan kedudukan atau keterlanjuran kata kurang sopan dalam Pakatan Harapan tidak harus diizinkan.

Dan terkait dengan gesaan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada PRU, maka saya memilih untuk tidak menawarkan diri selaku calun Perdana Menteri. 

Pergeseran sedemikian melelahkan kerana keputusan adalah di tangan rakyat dalam PRU. Adalah diharapkan agar segala tenaga dan ikhtiar kita tertumpu nada pengukuhan jentera dan menarik dukungan rakyat.

Anwar Ibrahim
17 Jun 2017


Tidak disangkal lagi Anwar Ibrahim memang seorang yang berjiwa besar dan mahu kejayaan Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum akan datang lebih diutama berbanding kedudukan dirinya sendiri.

Tentunya semua ini berkisar dan mendasari kepada pelbagai masalah yang terus-menerus berlaku dalam negara di mana hanya perubahan kerajaan satu-satunya ubat mujarab untuk memulihkan ketenatan serta nazaknya keadaan akibat tangan rakus Najib Razak sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Skandal 1MDB: Rahman Dahlan mahu DoJ dedah identiti pengadu

Kata Rahman, rakyat Malaysia berhak mengetahui pengadu terbabit dan DoJ perlu dengan segera mendedahkan identiti mereka agar orang ramai boleh mengetahui hasrat agenda pihak pembangkang.
rahman-dahlan-dojPETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mahu Jabatan Kehakiman (DoJ), Amerika Syarikat mendedahkan identiti pihak membuat aduan kepada agensi itu sehingga membawa kepada tindakan perundangan melucut hak aset-aset yang didakwa dibeli menggunakan dana 1MDB.
Kata beliau, rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui pengadu terbabit dan DoJ perlu dengan segera mendedahkan identiti mereka supaya orang ramai boleh menyedari hasrat agenda pihak pembangkang yang mahu menjatuhkan perdana menteri dan kerajaan yang dipilih secara demorkasi.
“Jelas siasatan DoJ adalah ekoran aduan yang dibuat oleh individu tertentu.
“Saya mengesyaki pengadu terbabit sebenarnya rakyat Malaysia dengan agenda politik yang buruk terhadap perdana menteri dan kerajaan,” kata beliau dalam kenyataan media dikeluarkan hari ini.
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sementara DoJ mempunyai hak untuk memfailkan saman sivil tetapi apa yang penting tindakan itu hendaklah berdasarkan fakta yang boleh dibuktikan dan tidak mengandungi retorik yang tidak berasas atau kenyataan berniat jahat.
“Lebih penting lagi, dakwaan dibuat DoJ mesti dibuktikan di mahkamah sebelum ia boleh diterima sebagai fakta.”
Rahman juga berkata, sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia telah menjalankan siasatan sendiri, khususnya yang membabitkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), yang dianggotai wakil daripada kedua-dua barisan politik mendapati tiada sebarang bukti yang dana 1MDB telah disalahgunakan.
Malah katanya, 1MDB bukan pihak dalam tindakan undang-undang difailkan oleh DoJ.
Kata Rahman, aset-aset yang didakwa DoJ telah diperoleh dengan cara yang salah dan oleh itu mahu menyitanya, sebenarnya dibeli oleh entiti yang tidak dimiliki secara sah dan tidak dikawal oleh 1MDB.
Kelmarin, Peguam Negara Malaysia Tan Sri Mohamed Apandi Ali mempersoalkan saman terkini DoJ melalui dokumen lebih 140 muka surat yang difailkan di sebuah mahkamah AS minggu lalu dengan berkata pejabatnya masih “belum diberikan bukti” mengenai dakwaan kecurian dana daripada 1MDB.
“Kami sangat khuatir dengan usaha mengaitkan perdana menteri dengan salah laku jenayah.
“Tidak pernah dalam permohonan sivil itu perdana menteri dinamakan sebagai defendan atau didakwa untuk kesalahan jenayah,” katanya.

SKANDAL 1MDB: KENAPA TAK SAMAN DOJ? ADAKAH MUHYIDDIN YANG PERTAMA AKAN DISAMAN ROSMAH?


Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor mengarahkan peguamnya memantau media sosial untuk melihat kemungkinan wujudnya serangan dan tuduhan palsu terhadap beliau.

Peguamnya memberitahu, mereka memantau semua platform media sosial dan penerbitan lain untuk mengenalpasti catatan yang berunsur fitnah dan tidak berasas berkaitan Rosmah.

Tindakan Rosmah ini adalah susulan pemfailan terbaru Jabatan Kehakiman AS atau DOJ setebal 251 halaman dua hari lalu yang antara lain menyebut isteri Malaysian Official 1 turut dihadiahkan beberapa barangan kemas mewah yang berpunca daripada dana 1MDB yang dilencongkan.
Dalam dokumen terbaru DOJ itu, isteri Malaysian Official 1 didakwa menerima barang kemas yang keseluruhannya berjumlah AS$28.6 juta atau kira-kira-kira RM128 juta.

Tidak disebut dengan pasti siapa isteri Malaysian Official 1 dalam dokumen DOJ itu, cuma Abdul Rahman pernah mengesahkan Malaysian Official 1 yang disebut dalam saman sivil kali pertama dulu tidak lain ialah Najib Razak.

Tetapi, Najib sendiri tidak pernah mengakui Malaysian Official 1 adalah dirinya.

Jadi, siapa yang mahu disaman oleh Rosmah?

Adakah pengguna media sosial yang menyebut nama Rosmah secara langsung atau mereka yang menulis isteri Malaysian Official 1 pun akan turut disaman juga?

Selain itu, kenapa penulis di media sosial saja yang mahu disamannya?

Tidakkah semua tulisan atau catatan di media sosial berkaitan dirinya yang menjadi perbualan ramai sekarang adalah berdasarkan dokumen DOJ?

Kenapa tidak DOJ  lebih dulu disaman jika Rosmah merasakan dirinya terganggu dengan laporan yang berunsur fitnah, tidak berasas, memburukkan nama atau menjejaskan reputasinya?

Lagi pula tanpa laporan DOJ yang mengaitkan nama Rosmah berdasarkan bukti dan hasil penyiasatan mereka untuk menjejaki ke mana perginya dana 1MDB yang dilencongkan, tentulah tidak mungkin sesiapa mahu menyebut namanya.
Dengan itu, DOJlah yang sepatutnya lebih dulu disaman oleh Rosmah berbanding mana-mana pemilik akaun media sosial di negara ini.

Dalam pada itu, terlanjur Rosmah sudah mengugut mahu menyaman, adakah tulisan atau kenyataan seperti yang dikeluarkan oleh Muhyiddin Yassin yang memintanya memulangkan barang kemas bernilai RM128 juta turut  tidak terlepas daripada tindakan saman beliau?

Mungkinkah Muhyiddin yang bermusuh dengan suaminya, Najib menjadi orang pertama disaman Rosmah?

Tetapi, jika menyaman Muhyiddin, bukankah ia dengan sendirinya bermakna Rosmah secara tidak langsung mengaku identiti isteri Malaysian Official 1 adalah dirinya?

Skandal 1MDB: Muhyiddin tak layak cabar Najib, kata Puad

Puad berkata, beliau mengatakan sedemikian sebab wujud pendapat yang mengatakan dokumen DoJ yang dikeluarkan itu dikarang oleh orang Malaysia.
Puad-Zarkashi-muhyidenAhli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak layak untuk membuat sebarang komen terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu tindakan perundangan Jabatan Kehakiman (DoJ), Amerika Syarikat baru-baru ini.
Puad berkata, beliau mengatakan sedemikian sebab wujud pendapat yang mengatakan dokumen DoJ yang dikeluarkan itu dikarang oleh orang Malaysia.
“Ini semua komplot nak jatuhkan perdana menteri sama saperti ‘Rome Summit’ yang saya pernah membongkar pada Mei 2015.”
Dalam kenyataan dikeluarkan malam ini, Puad juga mencabar Muhyiddin, bekas timbalan perdana menteri, agar terlebih dahulu isytihar kekayaan kaum keluarga sebelum mahu berlagak seperti seorang yang bermoral tinggi.
“Jangan jadi seorang munafik sebab semua orang tahu sangat siapa Tan Sri sebenarnya,” katanya lagi.
Dalam satu kenyataan petang tadi, Muhyiddin menggesa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bertindak atas “dasar prinsip dan maruah” ekoran tindakan perundangan kedua diambil DoJ untuk melucut hak sejumlah aset yang dibeli, dipercayai menggunakan dana 1MDB.
“Jangan beri alasan tiada bukti. Saya tahu agensi penyiasat telah mengumpulkan bukti yang cukup untuk mendakwa Najib,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari.
Presiden PPBM itu berkata, sekiraya peguam negara seorang yang bermaruah, beliau mesti bertindak memulakan proses pendakwaan dengan segera susulan tindakan DoJ.
Puad yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas berkata, Muhyiddin cuba menangguk di air keruh memfitnah secara liar terhadap Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan 1MDB ekoran permohonan terbaru saman sivil DoJ.
Katanya, saman sivil DoJ tidak membuktikan mana-mana pihak telah melakukan jenayah, sama seperti pendirian Peguam Negara Malaysia.
“Ia difailkan berdasarkan aduan awam dan seperti kenyataan DoJ sendiri, ia tidak membuktikan bahawa sebarang dakwaan yang dibuat dalam aduan ini benar melainkan selepas mahkamah AS memutuskan ia adalah benar.
“Jika DoJ mempunyai bukti prima facie mengenai setiap dakwaan, sudah tentu DoJ akan membuat pendakwaan langsung terhadap penjenayah yang terlibat dan merampas aset-aset tersebut di bawah Akta Penggubahan Wang Haram AS dan undang-undang lain yang berkaitan,” katanya.
Kata Puad, seperti selepas pengumuman pemfailan saman sivil kali pertama tahun lalu, Muhyiddin sekali lagi telah membuat tuduhan melulu terhadap Najib sedangkan saman sivil ini baharu sahaja di peringkat fail.

Amanah ingin lihat keluarga Najib bangkit bantah skandal 1MDB

KELUARGA besar Najib Razak diminta mencontohi keberanian adik-beradik perdana menteri Singapura yang berani bertindak menyatakan kebenaran walaupun melibatkan keluarga sendiri.
"Saya kagum dengan keberanian adik-beradik perdana menteri Singapura yang berani bercakap tentang kesilapan abang mereka yang memerintah negara sekarang.
"Saya terbayang, alangkah baiknya kalau adik-beradik Najib yang semuanya hebat juga berani membuat teguran sama terhadap skandal 1MDB yang sedang melanda negara sekarang ini," kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.
Misalnya respons adik Najib, Mohd Nazir, dalam menyatakan pandangan dan sikapnya dengan apa yang berlaku.
Ini kerana, ketika meraikan majlis memperingati kematian bapa mereka, Abdul Razak Husein yang ke-38 pada 2014 lalu, Nazir pernah membandingkan sikap Najib dan isteri dengan bapa mereka.
"Saya berharap sangat jika Nazir bangun sekali lagi menyatakan sikap beliau selepas tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika menyenaraikan barangan kemas yang dikatakan dibeli menggunakan duit 1MDB untuk isteri MO1," kata Salahuddin.
Menurut Salahudin, portal Asia Sentinel juga pernah menyiarkan berita yang empat adik Najib tidak senang dengan gaya hidup mewah isterinya, Rosmah Mansor.
Kata beliau, ini kerana ia mungkin membolehkan aparatus negara termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Polis dan Jabatan Peguam Negara menjadi lebih berani dan menjalankan tugas berdasarkan undang-undang negara.
Pergaduhan keluarga perdana menteri Singapura menjadi terbuka minggu ini apabila Hsien Yang dan Wei Ling mendedahkan kenyataan enam halaman mengecam abang mereka menyalahgunakan kuasa untuk mengekalkan rumah keluarga di 38, Oxley Road walaupun hasrat mendiang bapa mereka untuk merobohkannya selepas kematiannya.
Hsien Yang berkata beliau akan meninggalkan Singapura kerana tindakan Hsien Loong sementara Wei Ling kini berada di luar negara.
Hsien Loong menafikan dakwaan itu dan mengeluarkan kenyataan 40 perenggan untuk membalas kenyataan mereka.
Pertengkaran terbuka itu menjadi berita utama di republik itu, apatah lagi Singapura biasanya negara yang tenang dan ditadbir dengan baik di mana isu keluarga amat jarang dibangkitkan secara terbuka.

Soalan cepu emas: Saman terbaru AS akan jejaskan Najib di Malaysia?

SOALAN terbesar selepas Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) memfailkan tuntutan saman terbaru untuk merampas berbilion ringgit yang dikatakan dicuri daripada 1MDB ialah: Adakah pembangkang akan dapat mengeksploitasi isu itu dan menjejaskan Najib Razak pada pilihan raya umum (PRU) akan datang?
Pemerhati politik yang ditemu bual The Malaysian Insight bersetuju yang pendedahan bagaimana wang itu diselewengkan daripada syarikat pelaburan negara untuk membiayai gaya hidup mewah menjadi isu yang boleh mempengaruhi pengundi.
Ini sangat benar bagi pengundi kali pertama dan golongan muda, yang secara tradisionalnya tidak mempunyai ikatan kuat dengan parti dan memperoleh maklumat menerusi Internet.
Tetapi sebarang perbincangan mengenai kemungkinan impak saman DoJ terhadap politik Malaysia perlu ada kaveat: ia banyak bergantung pada pakatan pembangkang.
Pakatan Harapan (PH) jika mereka bersatu, boleh mengambil isu 1MDB dan mengeksploitasinya untuk kepentingan politik.
Dalam keadaannya pada masa ini yang berpecah, kemungkinan ramai ahli politik pembangkang lebih berminat untuk pertikaian dalaman mengenai kedudukan dalam PH.
Ibrahim Suffian dari Merdeka Center berkata: “Jika pembangkang boleh bertindak bersama dan eksploit perkara ini, mereka boleh menjejaskan sentimen umum terhadap parti pemerintah.”
“Ini akan mengingatkan semula rakyat kepada 1MDB dan penyelewengan yang berleluasa,” katanya.
Ketua bahagian analisis sosial dan politik Penang Institute Dr Wong Chin Huat bersetuju yang perpaduan, kempen PH yang bersatu mengenai 1MDB boleh melemahkan cengkaman Umno terhadap undi Melayu.
“Jika jentera Umno dan menteri buntu untuk menjelaskan mengenai 1MDB, maka anda ambil momentum itu jauh daripada mereka,” katanya, menambah memberikan tumpuan terhadap parti dan Najib berhubung pendedahan DoJ boleh memudarkan semangat dan tenaga Umno.
DoJ pada Khamis memfailkan saman ketiga untuk merampas AS$540 juta (RM2.3 bilion) aset yang dikatakan dibeli menggunakan wang curi daripada 1MDB. Ia menjadikan keseluruhan penyelewengan daripada syarikat itu mencecah AS$4.5 bilion.
Saman pertama difailkan pada Julai 2016 apabila DoJ bertindak merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion dalam bentuk hartanah dan karya seni.
Kali ini, DoJ mendakwa wang itu, antara lain digunakan untuk membeli rantai dan loket berlian merah jambu 22 karat untuk "Malaysian Official 1's wife" bernilai AS$27.3 juta.
Menteri Abdul Rahman Dahlan sebelum ini pernah mengakui pada September tahun lalu yang The Malaysian Official 1 merujuk kepada Najib. Namun, beliau bertegas mengatakan Najib tidak disiasat.
Trend pengundi
Hisomuddin Bakar dari Ilham Centre berkata 1MDB mempunyai daya tarikan dalam kalangan pengundi Melayu kali pertama dan mereka yang di kelas pertengahan, di mana kedua-duanya mendapat berita daripada Internet dan media sosial.
Hisomuddin berkata trend dalam kalangan pengundi pertama sukar diramal seperti perkembangan politik di AS dan United Kingdom.
“Tetapi secara amnya, mereka anti establishment dan tidak setia kepada mana-mana parti,” katanya, menambah yang pengundi kali pertama dijangka membentuk satu pertiga daripada keseluruhan jumlah pengundi pada PRU1.
Ia juga isu besar dalam kalangan orang Melayu kelas pertengahan yang tahu bagaimana skandal itu menghancurkan imej negara dan melenyapkan keyakinan pelabur di Malaysia.

KENAPA PULA suruh rakyat simpati kpd pengusaha stesen minyak yg kerugian ?

Jika sebelum ini selama minyak naik yg bawa keuntungan kpd pengusaha2 stesen minyak, adakah mereka itu simpati kpd rakyat kerana dgn kenaikan harga minyaklah harga barang terus naik & secara tak langsung kos sara hidup terus meningkat..

ADA MENTERI AMBIL KESAH, AMBIL PEDULI !!

MALAH DITEKANKAN RAKYAT LAGI DGN CUKAI GST !!!

Hanya Dalam Ini Dunia...Oh Malaysiaku.....

SEKALI LAGI PAS terus jadi bisu selepas genap 24 jam dokumen terbaharu difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) baru2 ini..

Bila dah kena ketuk baru nak keluar..??!

APA DAH JADI PADA POLIS & SPRM di negara kita ??!

BERANIKAH #MO1 membenarkan isterinya serah balik set rantai berlian permata merah jambu yg bernilai USD27.3 juta (RM116.8 juta) kepada DOJ itu nanti ??!

KENAPA HINGGA KINI MO1 & isteri MO1 tidak keluar kenyataan penafian dia atas dakwaan DOJ tersbut ??!

Apa dah jadi pada sistem perundangan di negara kita !!

DAH HAMPIR 2 TAHUN, mananya kata nak saman WSJ Najib hari tu !!!


Hanya Di Malaysia " JIKA PERLU "

NAMPAK TAK !!.. pihak berkuasa mahupun k'jaan menggunakan alasan 'JIKA PERLU..' utk tidak memanggil/ mengheret mana2 individu yg sgt2 dikehendaki pada mana2 isu mahupun skandal berprofil tinggi di dlm negara kita..

Tetapi jika libatkan rakyat biasa terus pantas ditangkap di tengah2 pagi buta tanpa mengira waktu..

Skandal 1MDB: Dalam Dunia Hanya Malaysia Tiada Kes..!!!

Di luar negara, 8 buah negara masih terus siasat skandal 1MDB tanpa henti malah terdapat beberapa buah negara sudah ambil tindakan undang2 terhadap mereka yg sudah didapati bersalah.

TETAPI DI MALAYSIA..

1) Awal2 lagi Peguam Negara sendiri telah bersihkan Najib tiada bersalah,

2) Peguam Rosmah cuba ugut akan saman terhadap mereka cuba kaitan dgn Rosmah,

3) "1MDB tidak ada kena mengena dengan SPRM" -SPRM,

4) "Polis akan panggil Jho Low jika perlu" -Zahid Jamidi.

PH sedang pertimbang dua struktur kepimpinan

Amanah akhbar

Pakatan Harapan (PH) kini sedang menilai dua struktur yang melibatkan kedudukan tokoh-tokoh utama mereka sebelum didaftarkan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, satu struktur itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat manakala Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai pengerusi Majlis Presiden.
"Satu lagi struktur adalah yang dicadangkan oleh Bersatu iaitu yang disiarkan oleh akhbar mingguan Amanah (gambar atas) yang sedang berada di pasaran sekarang," katanya kepada Malaysia Dateline.
Kedua-dua struktur ini sedang dipertimbangkan oleh pimpinan dan dijangka akan dibuat kata putusnya dalam mesyuarat Majlis Presiden PH akan datang.
Khalid berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan akhbar Amanah yang meletakkan struktur cadangan PH.
Dalam struktur itu, Anwar dicadangkan sebagai penasihat atau ketua umum manakala Mahathir sebagai pengerusi manakala Presiden PKR, Wan Azizah sebagai presiden.
Presiden tiga lagi parti gabungan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Bersatu), Mohamad Sabu (Amanah) dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) dicadangkan sebagai timbalan presiden.
"Kedua-dua struktur ini sedang dipertimbangkan dari segi baik buruknya kerana ia mempunyai kelebihan masing-masing," kata Khalid.