Selasa, 20 Jun 2017

Felda perlu dipulihkan semula sebelum tenat


Logo felda

Perdana Menteri digesa merehatkan Tan Sri Isa Samad daripada memegang sebarang jawatan dalam agensi, porffolio kerajaan atau GLC sehingga siasatan menyeluruh dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan jawatankuasa siasatan yang diketuai Datuk Seri Idris Jala selesai.
Pengerusi Lujnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pas Pusat, Wan Rohimi Wan Daud berkata, siasatan dilakukan oleh SPRM dan Idris selaku pengerusi baharu Felda Global Ventures Berhad (FGV) perlu adil dan menyeluruh tanpa sebarang kepentingan pihak tertentu.
"Siasatan perlu adil dan menyeluruh “without fear or favour". Namun apa yang di kesali beliau terus di anugerahkan jawatan kerusi empuk di SPAD (Suruhanya Perkhidmatan Awam Darat) tanpa melihat rekod beliau yang lalu yang nampaknya lebih banyak buruk dari baiknya.
"Dengan keluarnya Tan Sri Isa Samad dari bayangan FELDA mahupun FGV, di harapkan Tan Sri Shahrir Samad dan Tan Sri Sulaiman Mahbob dapat bekerjasama dengan sebaiknya untuk memulihkan Felda mahupun FGV supaya kembali kepada tujuan asal penubuhan Felda, memajukan serta mengembangkan teras perniagaan Felda.
"Cukuplah rakyat terutamanya peneroka menderita akibat kerakusan segelintir pihak, Felda bukan milik sesiapa, FELDA adalah milik peneroka dan negara," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Wan Rohimi Wan DaudSemalam Isa dilaporkan 'mengundurkan diri' daripada jawatan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas FGV dan kemudian dilantik sebagai pemangku Pengerusi SPAD.
Wah Rohimi berkata, pertikaian di antara Isa dan Datuk Zakaria Arshad (Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden FGV) terutamanya membabitkan urusniaga Delima Oil Products Sdn. Bhd. hanya sedikit daripada segala permasalahan yang berlaku di dalam Felda dan FGV.
Ujarnya lagi, isu Felda Carviative Sdn. Bhd. (FCSB) yang membabitkan projek penternakan ikan sturgeon bernilai RM 146.25 Juta dengan syarikat penternakan ikan sturgeon dari Korea Selatan, isu pembelian hartanah luar negara dalam jumlah besar dan banyak lagi isu yang membabitkan kepincangan pengurusan Felda terutamanya semasa Isa menjadi Pengerusi Felda dan FGV juga perlu di siasat
sedalam mungkin.
"Felda dan FGV harus di pulihkan sebelum tenggelam ke dasar, ramai yang bergantung harap agar Felda dan FGV kembali menyinar.
"Tan Sri Sulaiman Mahbob yang telah di pilih untuk menerajui FGV oleh Perdana Menteri perlu menggunakan pengalaman serta kepakaran yang beliau di dalam dunia korporat untuk memulihkan semula FGV dan meyakinkan semula pelabur untuk terus melabur di dalam FGV.

Skandal FGV: SPRM panggil Isa Samad dan isteri

Bekas pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Tan Sri Isa Samad dan isterinya Bibi Sharliza Mohd Khalid dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pasangan itu dijangka memberikan kenyataan mereka di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya esok, lapor New Straits Times.
Isa semalam berundur daripada FGV setelah kemelut pentadbiran dengan presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu Zakaria Arshad.
Tempat Isa digantikan oleh bekas pengerusi Telekon Malaysia Tan Sri Sulaiman Mahbob.
Isa juga meletakkan jawatan sebagai pengerusi MSM Holdings, syarikat FGV yang salah satu daripada gua gergasi dalam industri gula tanah air.
Beliau memberikan alasan peribadi.

Bagaimanapun langkah itu dilihat antara langkah penyelesaian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikemukakan oleh bekas menteri Datuk Seri Idris Jala.
Najib telah berikrar untuk menyelesaikan kemelut FGV sebelum Hari Raya yang dijangka jatuh pada Ahad ini.

Sejurus selepas pengunduran Isa daripada FGV, Najib mengumumkan veteran Umno itu dilantik sebagai pemangku pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad).
Zakaria sebelum ini mendakwa beliau cuba menghalang “pelaburan tidak masuk akal” berjumlah jutaan ringgit. FGV bagaimanapun menafikannya.
Lembaga FGV pula menuduh Zakaria melanggar peraturan pentadbiran korporat syarikat komersial Felda itu.

SPRM pada 7 Jun lalu telah menyiasat Zakaria dan menyerbu pejabat FGV sehari selepas itu.

Salahuddin: Anwar mahu rakyat fokus lawan BN

Parti Amanah Negara (AMANAH) yakin kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk tidak menawarkan diri sebagai perdana menteri dibuat supaya rakyat memberi fokus kepada usaha menjatuhkan BN, kata Salahuddin Ayub.
Timbalan presiden AMANAH itu berkata, dari segi semangatnya, Pakatan Harapan (HARAPAN) bersetuju bahawa Anwar berperanan penting dalam politik walaupun beliau sedang dipenjarakan.
"Saya yakin apa yang dinyatakan Anwar itu adalah supaya kita jangan terganggu dengan isu pergerakan kita.
"Itu sebenarnya penegasan yang mahu Anwar sampaikan kepada HARAPAN," kata Salahuddin dalam sidang media di ibu pejabat parti itu, hari ini.
Pada 17 Jun lalu Anwar mengumumkan beliau tidak akan menawarkan diri sebagai calon perdana menteri HARAPAN.
Kenyataan itu dibuat ketika polemik mengenai calon yang boleh ditawarkan pakatan pembangkang untuk mengetuai kabinet jika ditakdirkan mereka berjaya mengalahkan BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
PRU ke-14 mesti diadakan selewat-lewatnya Ogos tahun depan namun pemerhati berpendapat parlimen mungkin dibubarkan lebih awal daripada itu.
Menurut Anwar berkata langkah simbolik itu adalah untuk menggalakkan HARAPAN memberi tumpuan kepada pilihan raya umum dan bukannya bertelingkah mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri.
Pada sidang media sama, Salahuddin turut memaklumkan senarai jawatan dalam pucuk pimpinan HARAPAN akan diumumkan selepas Aidilfitri.
Katanya, hal itu kerana gabungan terbabit gagal mencapai kata sepakat dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk memutamadkan barisan kepimpinan itu sebelum hari raya.
"Kita tidak ada masa yang terluang untuk kami mengadakan mesyuarat beberapa hari ini kerana hari raya.
"Saya yakin perkembangan terbaharu akan dibuat secepat mungkin dan Majlis Presiden HARAPAN akan bermesyuarat untuk perkara itu selepas sambutan hari raya, dan mengumumkan logo serta senarai penuh pimpinan untuk didaftarkan," katanya.

Annuar seru ahli Umno wala'

Rakyat - terutama umat Islam, sudah tahu apa itu keadilan ala Amerika, demokrasi ala Amerika dan diplomasi ala Amerika.
Rakyat Iraq, Palestin, Libya, Syria, Mesir, Yaman dan beberapa negara lain telah merasainya.
Satu daripada kepakaran mereka, serta agen-agennya adalah keupayaan mempengaruhi dan menggunakan "kayu untuk menumbangkan kayu".
Mereka akan mencari alasan untuk mencampuri urusan dalam negara lain dengan menggunakan penentang, pemberontak dan pembangkang untuk mewujudkan ketidakstabilan dan membawa kepada pertukaran rejim.
Mereka tidak akan berhenti memulas tangan dan telinga sehingga negara itu tunduk dan hidung dicucuk menjadi sekutu mereka.
Hanya solidariti rakyat dan ketahanan nasional serta pimpinan terkuat lagi stabil yang mampu menghalang mereka.
Malaysia tidak terkecuali kerana negara kita juga merupakan sebuah lagi negara Islam yang mengalami perkembangan mutakhir rantau ini serta kebangkitan pengaruh China melengkapkan alasan dan membuka selera Amerika, terutama agensi-agensi pimpinan/prozionis, yang cukup berpengaruh di sana.
Dengan menjangkakan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan diadakan pada bulan Ogos atauSeptember atau Oktober nanti, mereka khususnya - DoJ dengan koloborasi kayu-kayu yang mencari kuasa, melancarkan sekali lagi tindakan 'preemptive' mereka ke arah pertukaran rejim dengan satu perancangan halus tapi cukup rapi dan terselaras sekali.
Mereka tidak perlukan kebenaran, beban bukti dan tidak perlu mengikut 'rule of law' negara sasar.
Ia cukup sekadar aduan, tuduhan, insinuasi dan persepsi dalam mewujudkan ketidakstabilan sesebuah negara.

DAH LEBIH 700 HARI. MANA SAMANNYA !!!

Aritu bukan main gah canang guna media seluruh negara ckp & ugut nak failkan saman terhadap WSJ pd hari Selasa. DAH LEBIH 700 HARI. MANA SAMANNYA !!!

atau nak tunggu SELASA TAHUN 2050 KA !!!

SPAD BAKAL DILANYAPKAN...!!!

Abang2 teksi tak lama lagi dapat share 800 unit saham Spad Global Ventures. Idea pertamanya ialah keselesaan penumpang pada kadar harga berpatutan, maka pendek itu kemungkinan akan syor beli teksi baru. Sekali lagi dah dapat tender makan komisyen penjenamaan teksi baru seluruh negara.

Apakah SPAD akan ada tempat khas semak kenderaan berjadual bagi bas, teksi & lori seluruh negara meniru hal Puspakom ? Ya, dapat lagi projek besar.. haha

Apa lagi... oh ya, SPAD labur di luar negara ikut contoh negara asing program teksi mencari penyelesaian bersepadu, nanti meter teksi di tukarkan kepada pembekal tender pihak lain. Dan harga sewaan teksi oleh pemandu kepada persatuan bakal di naikkan.

Virus keluar dari FGV, kini dah dapat cari induk baru utk berkembang.

Utk pemodenan SPAD, kemungkinan SPAD ada menara baru di tengah KL mungkin beli tanah Tun razak exchange iaitu bekas tapak kem tentera sg besi. 1MDB kan mencari duit bayar hutang, SPAD buleh tetiba beli hartanah di lokasi tersebut utk menara sendiri. Atas menara buleh ada pencawang yg memancarkan seluruh frequensi kenderaan berdaftar dgn SPAD akan program gps. Maka dapat lagi buat duit jual alat GPS.

Ye dak... haha.. hancur lah SPAD, virus dah ada duduk dalam sedang mengais idea apa nak buat pemodenan poket sendiri.

AUTA vs. FAKTA

Kesian.. PAS kena buli dengan DAP.. itulah modal diorang jaja sana sini..

TETAPI jika dilihat dari fakta, DAP yang paling sedikit peruntukan di DUN dan Parlimen berbanding PAS... cuma DAP bertanding di kebanyakan di bandar, PAS kalah di luar bandar..

POLITIK MATANG ; "GILA TALAK"

Ulama PAS lulus usul putus kerjasama dengan PKR -(27/4/2017)

Pemuda PAS lulus usul ‘cerai talak 3’ dengan PKR -(28/4/2017)

Hubungan PAS-PKR tamat serta merta, kata Majlis Syura -(11/5/2017)

Tahaluf siyasi Pas-PKR tamat serta-merta -(11/5/2017)

TIBA-TIBA..
Bila dah kata putus, skrg boleh pulak kerjasama dgn bersyarat...

Harap kepimpinan PH khasnya PKR dan PPBM berfikiran waras dan memahami inspirasi pengundi dan rakyat Malaysia yang mahu melakukan perubahan..

INVOKE TERBITKAN BUKU “PANDUAN EJEN TEMPAT MENGUNDI EJEN MENGIRA UNDI (PACA)” DAN LANCAR KEMPEN PACA SELURUH NEGARA


Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) boleh dipanggil bila-bila masa dari sekarang. Desas-desus membayangkan PRU14 akan dipanggil seawal Oktober 2017 yang bermakna semua pihak yang berhasrat menumpaskan Dato’ Seri Najib Tun Razak hanya ada sekitar 4 bulan untuk bersiap sedia dengan jentera di peringkat akar umbi.
Setiap kali pilihanraya umum, perkara yang sering ditimbulkan ialah bagaimana mengatasi penipuan pilihanraya terutamanya dakwaan penggunaan pengundi hantu, kertas undi yang tidak sah dan lain-lain. Ramai orang awam yang sering membawa perkara-perkara ini sebagai alasan kenapa Barisan Nasional tidak dapat dikalahkan.
Sebenarnya, mengalahkan Barisan Nasional dan mengatasi penipuan pilihanraya bukanlah satu perkara yang mustahil. Perlembagaan Persekutuan ditulis dengan niat dan hasrat untuk memberi ruang kepada orang awam memastikan pilihanraya diadakan dengan adil dan tanpa penipuan; dengan memberi hak kepada setiap calon yang bertanding untuk melantik Ejen Tempat Undi (“Polling Agent”) dan Ejen Mengira Undi (“Counting Agent”) yang sering dirujuk kepada PACA.
Ejen Tempat Undi mempunyai kuasa untuk membantah seseorang dari membuang undi jika orang itu disyaki seorang pengundi hantu, atau maklumat dalam kad pengenalannya tidak tepat dengan rupa paras atau penampilannya di hari mengundi.
Ejen Mengira Undi mempunyai kuasa untuk membantah undi yang diragui. Beliau boleh menyemak nombor siri kertas undi supaya padan dengan nombor siri yang dikeluarkan di awal pagi sebelum pengundian bermula (mengikut Borang 13 yang ditandatangani). Ini mengurangkan risiko kertas undi palsu dibawa masuk pada saat-saat akhir, kecualilah ada dua salinan kertas undi dengan kod yang sama yang disediakan.
Ejen Mengira Undi juga mempunyai kuasa untuk mengesahkan keputusan akhir melalui Borang 14. Keputusan yang direkodkan bagi setiap saluran di Borang 14 tidak boleh lari dari pengiraan yang disahkan oleh Ejen Tempat Mengundi, dan keputusan akhir yang diumumkan tidak boleh lari dari penjumlahan mengikut keputusan Borang 14.
Malangnya, dalam PRU13 ada kelemahan ketara di pihak calon-calon pembangkang dari segi penyediaan PACA yang mencukupi. Banyak kerusi marginal tidak mempunyai PACA yang mencukupi. Kalau pun jumlah PACA yang ada mencukupi, PACA juga tidak dilatih dengan baik sehingga menyebabkan mereka tidak berkesan untuk menghalang penipuan.
Mengambil iktibar dari kelemahan lalu, INVOKE tampil untuk memikul tanggungjawab itu dengan matlamat-matlamat berikut:
1. Menggembleng tenaga orang ramai (terutamanya yang tidak berparti) untuk tampil ke hadapan dan menawarkan diri menjadi sukarelawan PACA
2. Melatih PACA yang secukupnya untuk 50 kerusi Parlimen marginal di seluruh negara yang kini dibantu oleh INVOKE
3. Menguruskan proses untuk memadankan PACA dari kawasan bandar ke kerusi marginal di luar bandar, termasuk memadankan PACA, mendaftarkan PACA mengikut undang-undang dan mengaturkan lojistik untuk membawa PACA ke kerusi marginal

Memandangkan peraturan pilihanraya adalah rumit, INVOKE telah mengumpulkan kepakaran dari semua pihak untuk menerbitkan sebuah buku “Panduan Ejen Tempat Undid an Ejen Mengira Undi” yang lengkap dengan petikan undang-undang, gambar rajah dan modul latihan menyeluruh untuk menjadi seorang PACA yang berkesan.
Buku panduan ini adalah yang pertama diterbitkan di negara ini setakat ini dan boleh diperolehi seperti berikut:

TAHAP SOKONGAN PENGUNDI DI 52 KERUSI PARLIMEN SEMENANJUNG YANG MEMPUNYAI TANAH RANCANGAN FELDA

INVOKE adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menggunakan teknologi terkini termasuklah “big data analytics” untuk mengikuti sentimen rakyat mengenai pelbagai perkara, terutamanya politik.

INVOKE menggunakan kaedah kajiselidik yang dibuat melalui sistem telefon berkomputer (“interactive voice response system”) dan temuramah telefon untuk membina model tahap sokongan politik. Sejak Disember 2016 hingga kini, INVOKE telah membuat pelbagai kajiselidik yang disertai lebih 200,000 orang pengundi berdaftar di seluruh negara.

Maklumat-maklumat seperti ini kemudiannya digabungkan dengan pelbagai maklumat sedia ada seperti demografi pengundi, latar belakang sosio ekonomi pengundi, keputusan PRU12 dan PRU13 di peringkat saluran dan data-data lain untuk membentuk satu model data yang boleh menggambarkan pola pengundian rakyat.

Pasukan Analytics di INVOKE kemudiannya menggunakan kaedah “regression algorithm” dan model-model kebarangkalian untuk menganggarkan tahap sokongan bagi setiap parti politik di setiap kerusi Parlimen.

Setakat semua maklumat yang ada sehingga akhir April 2017, saya sertakan senarai 52 kerusi Parlimen di Semenanjung berdasarkan turun naiknya tahap sokongan kepada Barisan Nasional dalam pertandingan 3 penjuru.

Pola tahap sokongan itu boleh dirumuskan seperti berikut:

1. Hanya 7 kerusi Parlimen yang mempunyai Felda di Semenanjung yang menunjukkan peningkatan undi kepada BN. Kerusi-kerusi ini adalah kerusi Parlimen yang ditandingi calon-calon PH bukan Melayu sama ada dari DAP atau PKR

2. Kesemua kerusi Parlimen yang ditandingi calon Melayu PH menyaksikan penurunan mendadak sokongan kepada BN dalam pertandingan 3 penjuru sehingga 24% di Padang Terap. Malah, kerusi Pekan sendiri menyaksikan penurunan mendadak 23.9% undi


INVOKE mengkaji juga sebab-sebab penurunan mendadak ini dan dapat merumuskan (berdasarkan pelbagai kajiselidik yang dibuat) faktor-faktor utama seperti berikut:



RAFIZI RAMLI-#Projek Buang Najib Razak & Sentimen Pengundi Parlimen FELDA

"Tolonglah kongsikan cerita ini bila balik kampung" - Armada

'DOJ tak akan rampas berlian isteri MO1, buat masa ini'

Isu berlian isteri MO1, ini kata Menteri Umno

Pemuda PH ada tawaran baru buat Sabah dan Sarawak

PH akan umumkan Logo & senarai jawatankuasa Protem PH selepas Raya

"Komunis": Amanah heret pemimpin Pas ke mahkamah

Paca buta undang-undang senang ditipu: Invoke

Skandal FGV boleh tumbangkan BN: Invoke

'Tuhan bantu kita, jika Mat Sabu jadi menteri' - Rahman Dahlan

Sah Isa Samad Pemangku Pengerusi SPAD? - Peguam

NGO usahawan IKS tubuh parti baru pro-BN

Cabar Rahman Dahlan dedah siapa MO1

Gesa Najib jawab DOJ

Pemimpin Pas sekarang 'flip flop'

'Anwar masih penting'

Tolong angkat telefon, kita selesai masalah: Syed Saddiq

Umno 'beli' tiga exco Armada Bersatu: Syed Saddiq

Skandal 1MDB: 'Saya tak pernah jumpa pegawai AS' - Tun M

PKR saran Johari minta maaf pada warga kastam

Syed Saddiq dedah taktik Raja Petra

Siapa pemimpin Umno tawar 'habuan'? Ini kata Syed Saddiq

Malam Lailatul-Qadar, saman DOJ, kemelut FGV...

Kita kini berada di 10 hari terakhir Ramadan 1438H. Sudah termahsyur bahawa 10 akhir Ramadan ini terlampau istimewa buat umat Islam kerana terdapat satu malam daripada malam-malamnya yang lebih baik daripada seribu bulan atau 83 tahun 4 bulan.
Malam itu ialah Lailatul-Qadar. Ini dinyatakan di dalam Al-Qur’an, ayat 1 hingga 5 Surah Al-Qadar.
Mengapa ia istimewa? Kerana segala ibadah pada malam tersebut bernilai tinggi malah dosa-dosa yang lepas akan diampuni. Ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, “Barangsiapa yang menghidupkan lailatul qadar dengan solat malam atas dasar iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni”.
Bagi yang beriman dan menyedari hakikat pahala dan dosa, syurga dan neraka, timbangan mizan dan titian as-sirat, maka sewajarnya tidak melepaskan peluang ini untuk memburu Lailatul-Qadar.
Sebagai manusia biasa sudah tentu kita tidak maksum daripada melakukan dosa. Lalu ini peluang keemasan untuk memuhasabah diri, membersihkan jiwa, bertaubat, berdoa, memohon maaf dan berazam untuk tidak mengulanginya di masa hadapan.
Pemergiannya ditangisi
Sementara Lailatul-Qadar hanya datang satu malam dalam satu tahun, namun amalan yang dituntut tidak seharusnya semata-mata menjadi amalan adat atau “ritual” pada malam berkenaan. Ia wajar berterusan supaya sebati dengan diri.
Kemuncaknya bermakna kita seharusnya keluar dari Ramadan demi Ramadan setiap tahun sebagai insan yang bertambah baik dengan darjat ketakwaan yang tinggi.
Apa yang diungkapkan melalui kalimah moden sekarang sebagai “continuous improvement” atau perubahan baik yang berterusan. Atas dasar itulah juga mengapa Ramadan dinanti-nantikan dan pemergiannya ditangisi.
Puasa itu salah satu sebab terbesar menuju darjat ketakwaan yang tinggi. Kerana orang yang berpuasa telah melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangannya dengan menundukkan hawa nafsu daripada segala kecenderungan yang pada waktu biasa dibenarkan seperti makan dan minum serta melatih diri mengikis kepentingan diri dengan amalan zakat, sedekah dan prihatin kepada mereka yang memerlukan.
Lebih luas lagi, orang yang bertakwa ialah orang yang beribadah dengan ikhlas, berurusniaga dengan jujur, mentadbir dengan adil dan amanah, bergaul dengan baik, mengerjakan kebajikan, mencegah kemungkaran dan berterusan bertaubat. Ini semua merupakan bentuk takwa.
Lantas kita tidak dapat mengelak daripada mengaitkan puasa dan takwa dengan pencemarannya apabila timbul pendedahan penyelewengan wang dana 1MDB sekali lagi baru-baru ini melalui saman sitaan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dan masalah tadbir urus Felda Global Ventures (FGV).
Ini berkait dengan takwa apabila wang amanah rakyat didakwa telah diselewengkan untuk kepentingan lain dalam nilai ribuan juta ringgit.
Terus tiada jawapan
Sehingga sekarang tiada jawapan atau penyelesaian tuntas kelihatan terutama tentang skandal 1MDB melainkan penafian sahaja, walaupun dunia telah mengulasnya secara terbuka.
Pada masa yang sama, kepincangan pengurusan ekonomi, pendidikan, perpaduan sosial dan pembinaan negara amat membimbangkan.
Insiden tampar, tendang, ugut, ancam dan buli sehingga ada kes kematian amat dikhuatiri. Ketidakharmonian dalam hubungan dengan yang bukan Islam juga jelas terserlah dalam bulan Ramadan.
Mungkin ia insiden-insiden terpencil dan telah dipolitikkan namun dek kerana diamnya parti pemerintah dan pemimpin negara dalam detik-detik cemas menimbulkan persoalan sejauh mana negara berada di landasan yang betul.
Parti pemerintah wajib mengambil tanggungjawab dan langkah-langkah wajar.
Justeru saya percaya ada manfaatnya untuk satu lagi aspek takwa diterangkan. Ia jarang diperkatakan.
Ini disebutkan pada awal Surah Al-Anfaal iaitu “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang.
Katakanlah: "Harta rampasan perang itu (terserah) bagi Allah dan bagi RasulNya (untuk menentukan pembahagiannya). Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman".
Baiki hubungan, pulihkn negara
Dalam ayat ini, takwa dikaitkan dengan memperbaiki hubungan sesama insan kemudian baharulah disuruh untuk taat kepada Allah dan RasulNya, jika benar-benar kita beriman.

Skandal 1MDB: Syed Saddiq mahu polis siasat dakwaan Raja Petra

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu polis bertindak ke atas penulis blog Raja Petra Kamarudin kerana mendakwa beliau adalah antara mereka di sebalik saman sivil terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (DOJ) berkaitan 1MDB.
"Saya menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa saya tidak ada sebarang kaitan dengan kes itu, jadi saya harap polis akan meneliti tuduhan Raja Petra itu” katanya dalam laporan polis terhadap blogger buangan itu di Balai Polis Gombak pagi ini.
Beliau menambah bahawa dirinya bersedia untuk disiasat oleh polis jika bertindak melanggar kedaulatan negara.
Pada 18 Jun, Raja Petra menerusi blognya Malaysia Today, mendakwa Syed Saddiq, bersama dengan pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, 'merancang' saman sivil DOJ ke atas 1MDB.
"Perkara terakhir yang saya mahu lakukan ialah menjual maruah negara, saya lebih rela mati daripada menjual maruah negara ini,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya.
Raja Petra juga mendakwa bahawa Syed Saddiq memberitahu ahli-ahli exco Armada BERSATU bahawa Mahathir dan penyokongnya membelanjakan RM50 juta untuk merangka saman DOJ itu.
"Saya benar-benar terkesan dengan tulisan Raja Petra, kerana, secara tidak langsung, beliau berkata saya tokoh yang berpengaruh, sedangkan pada masa lalu, pemimpin Umno-BN melabelkan saya sebagai tidak matang, gila dan bodoh," katanya.

Skandal 1MDB: AMANAH cabar Rahman dedah identiti MO1 sekali lagi

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan dicabar mengulangi kenyataan beliau pada Ogos 2016 bahawa "tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1 (MO1) dan hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu".
Cabaran itu dibuat Parti Amanah Negara (AMANAH) ekoran pendedahan terbaru Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mengenai MO1.
Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub, berkata sikap membisu ditunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memberi kesan besar kepada integriti dan kewibawaan urus tadbir negara.
"Saya ingin membuat penegasan bahawa anggota kabinet harus melakukan sesuatu seperti pernah dilaporkan, antaranya oleh Rahman dalam kenyataannya pada 7 Ogos 2016 yang membuat kenyataan: hanya orang bodoh saja tak tahu siapa MO1.
"Sekarang kita nak cabar beliau - dengan pendedahan terbaru DOJ baru-baru ini - adakah sekali lagi Rahman berani menyatakan orang itu adalah Najib?
"Beliau juga seorang anggota kabinet yang harus bertanggungjawab terhadap apa yang dikatakan salah laku dalam urus tadbir negara yang sangat besar kesannya," kata Salahuddin pada sidang media di Wisman AMANAH di Kuala Lumpur hari ini.
Tunggu apa lagi
Ogos tahun lalu, Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilaporkan berkata bukanlah rahsia mengenai siapakah MO1 yang disebut dalam saman sivil DOJ Amerika Syarikat.
Katanya, setiap orang yang membaca dokumen-dokumen mahkamah atau mengetahui isu berkenaan akan tahu siapa orang yang sedang dirujuk.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata apa yang dilaporkan hari ini cukup untuk rakyat mendesak sesuatu perlu dilakukan segera demi menyelamatkan maruah negara.
"Dengan liputan antarabangsa hari ini, isu tersebut tidak boleh dibiarkan dengan hanya membisu dan mengelak soalan daripada wartawan kerana ia sangat memberi kesan kepada maruah rakyat Malaysia.
"Sikap membisu ini tidak boleh memberi apa-apa faedah dan keuntungan. Najib, Rosmah dan peguam negara harus memberikan satu jawapan tegas dalam isu ini.
"Dalam konteks ini saya tidak tahu apa lagi yang mereka mahu tunggu," tegas Salahuddin.
Dalam pemfailan DOJ sejak tahun lalu, nama Najib tidak disebut secara langsung, tetapi pihak penyiasat AS merujuk kepada seorang individu sebagai "Malaysian Official 1" yang dikatakan mempunyai pertalian dengan Riza Aziz iaitu anak tirinya yang turut dinamakan secara langsung.
Pemfailan terbaru DOJ pada Khamis lalu pula, selain menyebut nama ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low dan Riza, turut merujuk kepada "isteri MO1".

Skandal 1MDB: Rampas rantai isteri MO1..!!!

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar digesa “campur tangan” dalam isu saman Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS).
Anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata Khalid juga perlu membuktikan bahawa pihak berkuasa negara ini lebih cekap berbanding Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS.
“Ketua polis negara perlu buktikan yang beliau lebih cekap daripada FBI dengan mengambil sendiri barang kemas tersebut daripada Rosmah Mansor.

“Rakyat dahagakan tindakan kritikal seperti ini,” katanya yang juga pemimpin kanan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Dalam kenyataan hari ini, Khalid juga mencadangkan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali menasihatkan isteri MO1 untuk mengikuti langkah bintang Hollywood Leonardo DiCaprio yang memulangkan asetnya yang disiasat DOJ.
Khalid berkata, amalan itu adalah prosedur biasa penyiasatan, seperti yang pernah ditunjukkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam rampasan barang mewah milik exco Johor dan pegawai Jabatan Air Sabah sebelum ini.

Mahkamah tangguh pendengaran persempadanan semula kerana ada unsur percepatkan kes dibaca...!!

Mahkamah Rayuan di Putrajaya menangguhkan kedua-dua kes membabitkan kerajaan negeri Selangor dan Melaka menentang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung persempadanan semula, selepas wujudnya kebimbangan mengenai usaha mempercepatkan kes-kes tersebut.
Keputusan ini dibuat selepas Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif kononnya memberikan arahan langsung untuk menetapkan tarikh pendengaran bagi kedua-dua kes tersebut, hari ini.
Tarikh pendengaran baru adalah pada 18 Julai untuk kes Melaka dan 20 Julai untuk kes kerajaan negeri Selangor.
Peguam bagi kerajaan negeri Selangor dan Melaka, Ambiga Sreenevasan sedang mengendalikan kes lain di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
"Tarikh untuk kes itu ditetapkan pada bulan Januari (tahun ini)," kata peguam Tommy Thomas yang menggantikan Ambiga, memberitahu sidang Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.
Tarikh percubaan untuk kes lain sukar untuk ditangguhkan, katanya, kerana pakar asing telah diterbangkan ke Malaysia untuk dipanggil sebagai saksi.
Thomas seterusnya berkata, semasa pengurusan kes pada 9 Jun, Ambiga telah memaklumkan pendaftar bahawa beliau mempunyai satu lagi kes pada 20 Jun, tetapi tarikh pendengaran ditetapkan pada hari yang sama.
Beliau menegaskan, notis rayuan untuk kes Melaka pada 15 Mei.
Plaintif dalam kedua-dua kes menentang SPR masih belum mengemukakan permohonan kerana tidak diberi masa yang cukup, kata Thomas.

Biar bodoh sekalipun janji puas ampu jilat Ameno..

Contoh senator 'level' bangang ketololan yang buta undang-undang..

Bila penolong setiausaha Pergerakan Puteri Umno dilantik sebagai Senator menunjukkan kebangangannya..

"Tidak Kena GST Buat Masa Ni"...!!

Menteri kata.. “Item (GST tambahan terhadap 60 barang) tersebut memang tidak sepatutnya dikenakan GST buat masa ini.."

NAMPAK TAK !!!.. Maknanya kerajaan sememangnya dah rancang nak kenakan cukai GST tambahan pada barang tersebut, cuma masa tak sesuai lagi utk dilaksanakan.. Maklumlah PRU14 semakin hampir..

Skandal 1MDB: Apa terkandung dalam saman ketiga DOJ?

Jumlah aset yang didakwa diselewengkan dari 1MDB dan cuba dirampas oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat kini mencecah hampir AS$ 1.7 bilion (RM7.3 bilion).
DOJ mendakwa bahawa jumlah itu mewakili sebahagian daripada lebih AS$ 4.5 bilion (RM19.3 bilion) yang dicuri dari 1MDB, dan kemudiannya disalurkan menerusi sistem kewangan AS.
Ketika rakyat Malaysia masih terkejut dengan pendedahan DOJ itu, panduan Kini kali ini cuba merungkai apa yang terkandung dalam dokumn mahkamah yang setebal 251 halaman.
Saman ketiga
Saman pertama difailkan di Mahkamah Daerah California pada 20 Julai tahun lalu.
Secara keseluruhan, terdapat 17 pemfailan secara berasingan, dengan setiap satu memohon pelucutan sivil aset yang berbeza. Setiap dokumen - kira-kira 136 halaman panjang - hampir sama dengan satu sama lain, tetapi bertujuan untuk merampas aset yang berbeza.
Secara keseluruhan, matlamatnya ialah untuk merampas kira-kira 20 aset termasuk dana yang dipegang di bank, saham, harta intelektual, dan jet persendirian, dengan nilai gabungan melebihi AS$ 1 bilion.
Ketika itu, DOJ mendakwa bahawa jumlah yang diselewengkan dari 1MDB adalah kira-kira AS$ 3.5 bilion, dicuri dari firma dana pelaburan Malaysia itu melalui tiga fasa dari tahun 2009 hingga 2013.
Saman kumpulan kedua adalah berkenaan aduan tunggal yang cuba merampas harta bernilai AS$ 100 juta di daerah Mayfair yang mewah di London. Ia difailkan pada 7 Jun di Mahkamah Daerah California Tengah.
Kali ini, dokumen itu adalah setebal 144 halaman dan sedikit berbeza daripada dokumen yang difailkan tahun lalu.
Dokumen itu mempunyai seksyen tambahan yang menerangkan bagaimana harta itu dipercayai dibeli dengan menggunakan dana yang dikesan hasil penyelewengan dari 1MDB.
Di samping itu, ia mengugurkan semua rujukan terhadap putera Arab Saudi yang kononnya menyumbang dana kepada "Malaysian Official 1" dan menggantikannya dengan "Saudi Associate 1" dan "Associate Saudi 2" (atau secara kolektifnya "Saudi Account").
Apa yang baru kali ini?
Pemfailan terbaru dibuat di Mahkamah Daerah California Tengah pada 15 Jun, yang mengandungi 12 saman memohon pelucuthakan tambahan wang dan aset sebanyak AS$ 540 juta. Ia kira-kira setebal 251 muka surat.
Kali ini, DOJ mendakwa bahawa AS$ 4.5 bilion telah diselewengkan dari 1MDB, dan memperincikan bagaimana kira-kira AS$ 850 juta tdisalurkan keluar dari pinjaman yang dimaksudkan untuk 1MDB dalam fasa yang disebut "Buyback Options" antara Julai dan November 2014.

Skandal 1MDB: 'DOJ tak akan rampas berlian isteri MO1, buat masa ini'

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mengesahkan bahawa siasatan ke atas dana yang didakwa diselewengkan dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih berterusan.
Seorang wakil jabatan berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai siasatan itu, termasuk "sama ada siasatan bersifat jenayah ataupun mengenai skopnya".
Walau bagaimanapun, memandangkan siasatan masih berterusan, DOJ dijangka membuat pengumuman lanjut jika ia menjumpai bukti tambahan mengenai salah laku dalam perkara itu.
Sementara itu, wakil berkenaan juga mengesahkan bahawa DOJ tidak akan merampas barangan kemas yang dibeli oleh atau untuk "isteri Malaysian Official 1 (MO1)” yang disebut dalam pemfailan saman tebaru.
"Tetapi fakta mengenai sumber dana itu sangat relevan dengan tuduhan yang dibuat dalam aduan tersebut," kata wakil itu memberitahu Malaysiakini melalui e-mel.
DOJ dalam pemfailan terbaru pada Khamis lalu mendakwa bahawa derma yang kononnya dikembalikan oleh MO1 kepada putera Arab Saudi sebaliknya digunakan untuk membeli barangan kemas untuk isteri MO1, termasuk kalung bernilai AS$ 27.3 juta yang mempunyai sebutir loket berlian merah jambu 22 karat.
Di sebalik mendakwa kalung berlian merah jambu itu, bersama-sama dengan 27 kalung lain dan gelang emas 18 karat bernilai AS$ 1.3 juta, diperolehi dengan wang yang didakwa dicuri dari 1MDB, semua barangan ini tidak termasuk dalam senarai untuk dirampas oleh DOJ buat masa ini.
Dalam pemfailan ketiga dan terbaru itu, DOJ meletakkan angka yang didakwa disalahgunakan pada AS$ 4.5 bilion dan sedang berusaha untuk merampas aset bernilai AS$ 1.7 bilion yang dipercayai diperoleh melalui dana yang diselewengkan dari 1MDB.
Antara senarai aset yang bakal dirampas itu, termasuk sebuah kapal layar, barangan kemas, berlian, rantaian pusat kecergasan, dan karya seni.
Dalam pemfailan DOJ sejak tahun lalu, nama Najib tidak disebut secara langsung, tetapi pihak penyiasat AS merujuk kepada seorang individu sebagai "Malaysian Official 1" yang dikatakan mempunyai pertalian dengan Riza Aziz iaitu anak tirinya yang turut dinamakan.
Namun, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan tahun lalu mengesahkan bahawa MO1 adalah sememangnya adalah Najib.
Perdana menteri juga berulang kali menafikan dirinya menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan mendakwa pertuduhan itu dibuat oleh mereka yang mahu menggulingkannya.
Malah, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali turut membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan.

SAMANLAH....

Di dunia ini, antara perkara yang paling cuba dielakkan oleh kebanyakan orang ialah kena saman.

Apabila kena saman, bukan saja perlu turun naik mahkamah dan membayar kos guaman yang bukan sedikit, malah jika kalah, terpaksa pula membayar sejumlah ganti rugi lagi kepada orang yang membuat tuntutan itu.


Kiranya menang, kos guaman tetap kena bayar juga. Pendeknya, kalah atau menang, kerugian wang ringgit memang tidak dapat dielakkan.

Tetapi, sejak isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor melaungkan ugutan mahu menyaman pengguna media sosial yang memfitnah, melempar tuduhan tidak berasas, memburuk-burukkan dan membuat dakwaan palsu terhadapnya berhubung saman sivil DOJ, ramai pula yang sedia dan menanti-nanti untuk disaman.

Ramai pengguna media sosial didapati membuat posting yang menggambarkan mereka sedia dan tidak takut untuk disaman oleh Rosmah.

Termasuk yang tidak gentar dan menunggu-nunggu untuk disaman oleh Tun Mahathir Mohamad yang mengucapkannya melalui rakaman video yang dimuatnaik dalam laman Facebooknya.

Lalu, apa lagi Kak Ros...samanlah....

Felda perlu dipulihkan semula sebelum tenat

Oleh WAN ROHIMI WAN DAUD
PERLETAKAN jawatan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Berhad (FGV) ternyata tepat pada masanya. Di saat FGV mahupun FELDA dilambung dengan pelbagai kontroversi dan skandal, seharusnya sejak awal lagi beliau direhatkan dari memegang jawatan sebagai Pengerusi FGV agar siasatan menyeluruh dapat dilakukan terhadap segala kepincangan yang berlaku dengan adil dan saksama.
Namun dalam pada perletakan jawatan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FGV telah selesai, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahupun Dato’ Seri Idris Jala yang telah dilantik Kerajaan untuk menyelesaikan kemelut FGV harus terus menyiasat segala kepincangan yang berlaku di dalam FGV mahupun FELDA hingga ke akar umbi. Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab menyeleweng, menggunakan aset dan wang FELDA mahupun FGV untuk keuntungan dan kepentingan peribadi serta termasuk menggunakan pengaruh serta jawatan di dalam FELDA mahupun FGV demi memenuhi gelojak nafsu dan kocek mereka sendiri, harus diheret ke muka pengadilan untuk dihakimi dan dihukum jika didapati bersalah.
Pertikaian di antara Tan Sri Isa Samad dan Datuk Zakaria Arshad terutamanya membabitkan urusniaga Delima Oil Products Sdn. Bhd. hanya sekelumit dari segala permasalahan yang berlaku di dalam FELDA dan FGV. Isu FELDA Carviative Sdn. Bhd. (FCSB) yang membabitkan projek penternakan ikan sturgeon bernilai RM146.25 juta dengan syarikat penternakan ikan sturgeon dari Korea Selatan, isu pembelian hartanah luar negara dalam jumlah besar dan banyak lagi isu yang membabitkan kepincangan pengurusan FELDA terutamanya semasa Tan Sri Isa Samad menjadi Pengerusi FELDA dan FGV harus disiasat sedalam mungkin.
WAN ROHIMIFELDA dan FGV harus dipulihkan sebelum tenggelam ke dasar, ramai yang bergantung harap agar FELDA dan FGV kembali menyinar. Tan Sri Sulaiman Mahbob yang telah dipilih untuk menerajui FGV oleh Perdana Menteri perlu menggunakan pengalaman serta kepakaran yang beliau di dalam dunia korporat untuk memulihkan semula FGV dan meyakinkan semula pelabur untuk terus melabur di dalam FGV.
Walau kami tidak pernah bersetuju FGV disenaraikan di Bursa Malaysia, namun usaha harus di lakukan untuk menyelamatkannya dari terus mengalami kerugian. Dengan kejatuhan harga saham FGV yang cukup besar iaitu harga tawaran IPO sebanyak RM4.55 seunit dan harga semasa seunit sebanyak RM1.84, sebenarnya FGV sudah kerugian berbillion ringgit dengan perbezaan ketara harga seunit saham sebanyak RM2.71 seunit, kejatuhan melebihi 50 peratus dari harga tawaran asal saham FGV. “By hook or by crock" FGV sendiri perlu dipulihkan sebelum FELDA sendiri tiada nilai dan menanggung liabiliti yang besar akibat kepincangan FGV. Namun sebenarnya yang rugi ialah peneroka, masa depan mereka dengan sendirinya terkait dengan FGV akibat penyenaraian FGV di Bursa Malaysia.
Seharusnya Perdana Menteri merehatkan Tan Sri Isa Samad daripada memegang sebarang jawatan dalam mana-mana agensi atau portfolio Kerajaan atau GLC sehingga siasatan menyeluruh selesai, mahupun oleh SPRM ataupun jawatankuasa yang diketuai oleh Dato’ Seri Idris Jala. Siasatan perlu adil dan menyeluruh “without fear or favour". Namun apa yang di kesali beliau terus dianugerahkan jawatan kerusi empuk di SPAD tanpa melihat rekod beliau yang lalu yang nampaknya lebih banyak buruk dari baiknya.

Kaitkan dengan komunis: Amanah ancam saman Razman

Posting Razman Zakaria
Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) mengancam untuk mengambil tindakan saman fitnah terhadap Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria berhubung tindakannya menuduh penubuhan parti itu khusus untuk orang Melayu sebagai proksi DAP.
Razman semalam memuat naik gambar yang bertajuk 'sejarah yang berulang' dengan menyamakan Amanah dengan Rejimen Ke-10 iaitu sayap kanan Parti Komunis Malaya.
"Berjuang dengan jelas. Jangan bimbang dan playsave. Musuh tetap musuh," tulisnya bersama gambar yang dimuat naik di Facebooknya.
Peguam Amanah Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Presiden Mohamad Sabu, timbalan presiden Salahuddin Ayub dan setiausaha agung Mohd Anuar Tahir berkata, pihaknya memberi masa 14 hari untuk Razman membuat permohonan maaf.
Pc Hanipa Maidin
"Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya untuk mengambil tindakan saman fitnah ke atas Razman oleh kerana dalam posting ini ada melibatkan beberapa pimpinan Amanah antaranya Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Anuar Tahir, saya akan saman atas nama individu yang ada dalam gambar itu.
"Dalam masa sehari dua ini saya akan hantar notis tuntutan kepada Razman, kalau tiada apa-apa respons dalam masa 14 hari kita akan teruskan dengan tindakan saman," katanya pada sidang media bersama Salahuddin di Wisma Amanah Negara hari ini.

Mengapa PAS tak boleh bekerjasama dengan DAP atau Umno

PAS harus bergerak sendiri kerana DAP anti-Islam manakala Umno tidak serius mengenai Islam, menurut ahli jawatankuasa PAS Pusat.
Dr Azman Ibrahim yang menulis di portal parti, HarakahDaily.net berkata, Presiden Umno Najib Razak sesat dengan mengatakan PAS meninggalkan blok pembangkang kerana ia dibuli.
Menjawab komen Najib di Jitra semalam, Azman berkata: "Mereka yang tidak memahami situasi itu akan mengatakan PAS meninggalkan parti pembangkang kerana kita dibuli tetapi mereka yang memahami akan melihat dengan jelas penentangan DAP terhadap Islam adalah punya sebenar kami meninggalkan gabungan itu.
"DAP adalah anti-Islam walaupun mempunyai beberapa pemimpin Melayu dalam parti," katanya.
Azman berkata kerjasama dengan Umno tidaklah lebih baik kerana parti itu hanya beralih arah kepada agama apabila ia terdesak.
"Umno lupa kepada Islam apabila mereka dalam keadaan senang dan hanya mengingati Islam apabila mereka tersepit.
"Mereka menyeru kepada Tuhan (bertakbir) semasa perhimpunan agung tahunan mereka tetapi mereka juga yang memberikan lesen kepada kegiatan maksiat dan judi.

GST: Pengarah Kastam tak bersalah, Rafizi tuntut Johari minta maaf

Ahli Parlimen PKR itu berkata usul mengenakan cukai ke atas 60 barang makanan itu dibentangkan menteri kewangan melalui timbalannya pada sesi Dewan Rakyat lepas.
rafizi-johari-kastam
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini menuntut Datuk Seri Johari Ghani meminta maaf kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana cuba “mencuci tangan” daripada keputusan kerajaan mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas lebih 60 barang makanan, yang ditarik balik semalam.
Rafizi merujuk kenyataan menteri kewangan II itu semalam yang berkata pihak Kastam bertindak tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.
“Adalah sangat tidak bertanggungjawab dengan mencuci tangan dan menyalahkan Jabatan Kastam dan Eksais setiap kali keputusan kerajaan mengutip GST dibantah rakyat, kerana keputusan mengutip GST itu datangnya dari menteri kewangan dan hanya dilaksanakan oleh Jabatan Kastam dan Eksais,” kata ahli Parlimen Pandan itu.
“Saya mengesyorkan Johari Ghani meminta maaf kepada seluruh kakitangan Jabatan Kastam dan Eksais di seluruh negara.”
Rafizi turut berkata Pengarah Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy “terang-terang dikambing hitamkan atas keputusan yang tidak popular itu”.
Ketika dihubungi FMT, Subromaniam enggan memberikan sebarang komen.
Semalam, Subromaniam mengumumkan pembatalan sebuah perintah meminda senarai barang yang dikenakan GST yang diwartakan pada 6 Jun lalu, yang boleh menyebabkan kenaikan beberapa jenis barang makanan seperti makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi, mulai Julai 1.
Cadangan itu pertama kali dilaporkan China Press.
Rafizi turut menunjukkan rekod Dewan Rakyat yang menunjukkan usul itu dibentangkan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat pada sesi yang lalu, melalui timbalannya Datuk Othman Aziz.

GST bukan menu boleh ditukar bila tak kena selera

Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng mempersoalkan siapa 'Napoleon kecil' atau menteri yang memutuskan untuk mengenakan GST ke atas 60 barang makanan itu.
lim-lip-eng
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng hari ini menuntut penjelasan Kabinet berhubung pembatalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas lebih 60 barang makanan, semalam.
Wakil rakyat DAP itu juga mahu kerajaan memberi jaminan perkara itu tidak akan berulang tanpa rundingan dengan rakyat dan melalui perbahasan di Parlimen.
Katanya, GST bukan aturan menu makan perdana menteri yang boleh ditukar-tukar apabila tidak kena dengan selera beliau atau ahli keluarganya kerana sebarang perubahan ke atas cukai itu akan memberi kesan kepada ekonomi negara, khasnya golongan berpendapatan rendah.
Beliau berkata, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak ketika mula melaksanakan GST pada 1 April 2015 berjanji hanya 6% cukai akan dilevi daripada bahan makanan diproses bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah.
“Namun, senarai 60 bahan makanan baru, termasuk makanan tidak diproses seperti ikan keli, bayam, kacang panjang, kacang pis, ubi kentang, jagung manis dan bahan-bahan lain diwartakan pada 6 Jun untuk dikenakan GST bermula 1 Julai.
“Tiga belas hari kemudian, setelah media sosial mula kecoh dan sehari selepas laman berita utama melaporkan hal tersebut, kerajaan membuat satu lagi pusingan U semalam dengan membatalkan pelaksanaan rancangan baru itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada mulanya, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy dilaporkan sebagai berkata, lebih 60 barang makanan akan dikenakan GST termasuk bihun, teh, kopi, rempah, makanan laut seperti belut dan ikan todak, mulai 1 Julai ini.
Buah-buahan diimport seperti avokado, buah ara, anggur, buah pic, ceri dan beri serta sayur-sayuran seperti kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis akan dikenakan cukai 6% itu.
Kurang 24 jam, Subromaniam memaklumkan kerajaan membatalkan hasrat mengenakan GST ke atas lebih 60 barangan makanan itu, selepas jabatan itu merujuk perkara berkenaan kepada Kementerian Kewangan.
Mengulas lanjut, Lim mempersoalkan siapa “Napoleon kecil” atau menteri yang memutuskan untuk mengenakan GST ke atas 60 barang makanan itu.
“Adakah Kabinet dimaklumkan dan adakah ia memberi persetujuan? Adakah Najib Razak sendiri sebagai menteri kewangan atau orang lain, memberi arahan semalam supaya rancangan GST baru tersebut dibatalkan?”

GST: KALAU TAK LEPAS RAYA, MUNGKIN LEPAS PILIHANRAYA....KITA TETAP KENA!!

Meskipun dilaporkan Jabatan Kastam tidak pernah merujuk kepada Kementerian Kewangan serta Kabinet dalam rancangan untuk mengenakan cukai GST kepada 60 bahan makanan dan ia segera dibatalkan setelah heboh diperkatakan, tidak bermakna perkara itu tidak akan menjadi kenyataan.

Ternampak kelakar bahawa hujah pembatalan itu dikatakan selepas Jabatan Kastam merujuk kepada Kementerian Kewangan.

Bukankah Jabatan Kastam itu sendiri merupakan jabatan di bawah Kementerian Kewangan dan adakah mungkin mereka berani melakukan sesuatu perkara tanpa restu pihak atasan?

Hakikat yang harus kita sedari ialah satu lagi usaha untuk "mencekik dan memangsakan" rakyat memang sudah ada dalam rancangan pihak kerajaan.

Barangkali ini juga sebahagian daripada konsep "rakyat didahulukan" yang menjadi pegangan kerajaan.

Hanya masanya tidak sesuai untuk dilaksanakan sekarang, maka itu ia segera dibatalkan, tetapi ungkapan paling tepat ialah mungkin cuma ditangguhkan buat sementara saja.

Yang jelas, kita belum tentu selamat daripada terus "dicekik dan dimangsakan" lagi pada masa akan datang.

Untuk itu, meskipun sudah dibatalkan, kalau tidak lepas Hari Raya, pasti lepas pilihanraya nanti, pengenaan cukai kepada 60 bahan makanan itu akan dikuatkuasakan juga akhirnya.

Mencukai rakyat adalah cara paling mudah untuk mendapatkan wang oleh kerajaan sekarang. Lihat saja sebelum ini, selepas gagal mengurus kewangan negara berikutan penurunan harga minyak dan tercetusnya skandal 1MDB, lantas cukai GST yang menyebabkan rakyat menghadiahkan sumbangan RM42 bilion setahun kepada kerajaan dikuatkuasakan.

Berikutan kekurangan dana untuk mempromosi sektor pelancongan sehingga banyak pejabat Lembaga Penggalakan Pelancongan ditutup, cukai pelancongan pula diperkenalkan mulai 1 Julai depan ini.

Bila saja kekurangan dana, poket rakyatlah sasarannya.

Hanya satu yang boleh menyelamatkan kita iaitu hati-hati dengan undi yang kita ada.

Silap memberi undi, kita akan terus melidi hingga mati.

Mahathir: Pak Lah, Najib teliti jika saya curi wang

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tidak menyalahgunakan kuasanya mahupun terpalit dengan apa-apa amalan rasuah sepanjang tempoh 22 tahun pentadbirannya.
Malah, katanya, pengganti beliau meneliti jika dirinya berbuat demikian tetapi gagal menemui sebarang bukti.
"Saya tahu fakta bahawa kedua-dua (PM kelima Tun ) Abdullah Ahmad Badawi dan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib ( Razak) menyiasat sepenuhnya rekod kerajaan untuk mengetahui sama ada saya telah mencuri wang. Tidak ada," katanya dalam satu temubual dengan Channel News Asia, semalam.
Mahathir yang kini adalah pengkritik paling lantang kerajaan, berkata ada yang cuba membandingkan skandal BMF dan skandal pertukaran asing atau forex yang berlaku pada zamannya dengan isu kemelut 1MDB tetapi semua itu tidak berasas.
Bagi kedua-dua skandal itu, beliau berkata, siasatan penuh telah dijalankan dan laporannya telah dibentangkan kepada Parlimen untuk dibahaskan.
"Tidak pernah Parlimen mengatakan saya melakukan sebarang kesalahan, jadi bagaimana kamu boleh membandingkannya dengan apa yang Najib lakukan sekarang?" soalnya.
Mahathir berkata, segala apa yang dilakukannya sepanjang tempoh pentadbirannya adalah mengikut undang-undang, termasuk penangkapan besar-besaran penentangnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang sekarang dimansuhkan.
"Tunjukkan di mana saya tidak mematuhi undang-undang. Kamu mungkin tidak suka apa yang saya lakukan tetapi ia mengikut undang-undang, katanya.
Mahathir didakwa memerintah secara ‘kuku besi’dengan ramai pemimpin pembangkang yang menjadi mangsanya.
Antara mereka, termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, veteran DAP Lim Kit Siang dan presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.
Namun semua mereka sekarang memilih untuk melupakan peristiwa silam yang pahit itu dan menerima Mahathir dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bersama dalam Pakatan Harapan.

Pembatalan GST 60 barangan ada kaitan PRU14 - PAS

PAS menyifatkan tindakan kerajaan membatalkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas lebih 60 barangan makanan yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Julai ini ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata cadangan yang dikeluarkan kurang dari tempoh 24 jam itu terpaksa dibatalkan selepas mendapat reaksi negatif dari rakyat.
“Semua rakyat mengeluh mengenai kenaikan harga barangan dan kos sara hidup. Wujudnya cadangan perlaksanaan GST terhadap senarai barangan terbaru ini, meskipun dibatalkan kurang 24 jam, kerana reaksi segera rakyat yang membantah.
“PAS yakin tindakan ini ada kaitan langsung dengan PRU14 yang tidak lama lagi. Namun apakah jaminan ia tidak dilaksanakan selepas PRU14,” kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya di Facebook.
Tuan Ibrahim berkata belum lagi inflasi negara jatuh ke tahap yang disasarkan Bank Negara, namun kerajaan BN mengumumkan GST baru dan sekiranya ia dilaksanakan pasti akan melonjakkan tahap inflasi.
“Apakah perbendaharaan negara kini di tahap sebegitu kritikal sehingga BN sanggup mencadangkan pelaksanaan GST ke atas makanan asas walaupun pilihanraya bakal diadakan dalam tempoh kurang daripada 14 bulan,” katanya.
Semalam Pengarah Kastam Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy membatalkan perlaksanaan GST untuk lebih 60 bahan makanan yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Julai ini.
Subromaniam berkata perkara itu merujuk Perintah Cukai GST (Pembekalan Kadar Sifar) (pindaan (No.2) 2017 yang diwartakan pada 6 Jun tahun ini.
Menurutnya, implikasi pewartaan perintah ini akan menyebabkan lebih daripada 60 item makanan seperti ikan belut, todak, jagung, sayuran sejuk beku dan beberapa jenis buah-buahan import serta marjerin tertakluk kepada cukai tersebut.
Asalnya bermula 1 Julai ini, beberapa makanan tertentu akan dikenakan GST. Antaranya, ialah belut, ikan todak dan buah-buahan yang diimport seperti avokado, buah ara, anggur, nectarines, ceri dan beri.
Lebih mendukacitakan ialah barangan asas sayur-sayuran seperti kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis dan bihun, kuey teow, laksa mee dan minyak kelapa juga akan dikenakan GST.

Cadangan GST: Kastam tak rujuk Kementerian Kewangan, Kabinet

Johari Abdul Ghani turut menyangkal dakwaan pembatalan GST ke atas 60 barang makanan itu bersifat politik, memandangkan langkah itu diambil setelah mengambil kira kos hidup rakyat.
Johari-Abdul-Ghani_gst_new_600
PUTRAJAYA: Sebarang pengenaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap mana-mana barang baharu perlu melalui kelulusan Kabinet berkuat kuasa serta-merta, kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Menteri kewangan kedua itu mengulas pengumuman pembatalan GST ke atas tambahan 60 barang makanan berkuat kuasa 1 Julai ini yang dibuat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini.
“Item tersebut memang tidak sepatutnya dikenakan GST buat masa ini. Saya sudah beritahu kepada pihak kastam, setiap barang yang hendak dikenakan GST perlu dibawa ke peringkat Kementerian Kewangan dan kita akan bawa ke Kabinet.
“Ia tidak boleh dikenakan (GST) tanpa kelulusan Kabinet,” katanya semasa majlis Iftar Perdana Kementerian Kewangan malam ini.
Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah.
Johari berkata, cadangan pelaksanaan GST terhadap 60 barang makanan tersebut dibuat di peringkat JKDM tanpa sebarang rujukan dengan kementerian untuk dimuktamadkan.
Beliau turut menyangkal dakwaan pembatalan GST ke atas barang makanan itu bersifat politik, memandangkan langkah tersebut diambil setelah mengambil kira kos hidup rakyat.
“Jangan buat spekulasi,” katanya.

Isa cengkam 'keberanian' Najib


Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
1. PELANTIKAN Tan Sri Isa Samad sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan bahawa transformasi dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hanyalah satu kepalsuan. Najib ternyata tiada keberanian dan keazaman politik untuk mengenepikan individu-individu bermasalah dari berada dalam struktur pemerintahannya.

2. Bahkan, tindakan tersebut membuktikan kronisme dan nepotisme yang wujud apabila jawatan dan kedudukan menjadi ‘agihan’ dibahagi-bahagi atas kepentingan diri, dan bukannya atas merit keupayaan atau kepakaran dimiliki. Malah, turut membayangkan saling berpakat atau bersekongkol melindungi kecurangan masing-masing. Malang sekali, hak awam telah jadi pertaruhan yang merugikan. 3. Kami khuatir, keberadaan Isa di SPAD hanya akan menimbulkan masalah baharu di entiti itu. Sedang kemelut di Felda mungkin tidak akan selesai kerana FGV ditubuhkan Isa bersama kukunya yang mencengkam. Malah, Isa dilihat telah mencapai misi pertembungan beliau dengan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad yang dimusuhinya apabila Zakaria turut ‘disingkirkan’ hari ini.

4. Walhal, siasatan ke atas Zakaria masih berlangsung dan belum dibuktikan sebarang tuduhan. Namun, episod drama dimainkan Najib seperti lazimnya akan mengkambing-hitamkan atau menjatuhkan pihak yang tidak seia sekata dengannya. Kami bimbang, keadaan menjadi semakin parah dan tidak menuju penyelesaian diharapkan, sedangkan banyak pihak menerima kesannya.

Skandal 1MDB: Sangkal saman terkini DoJ, taktik kerajaan Najib untuk kelirukan rakyat

ABAIKAN mesej dan beri tumpuan kepada merosakkan kredibiliti penyampai.
Strategi ini merumuskan pendekatan pentadbiran Najib Razak sejak Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman sivil ketiga dan mendedahkan penggunaan dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk membeli barang kemas mahal, kapal layar, lukisan dan hartanah mewah.
Peguam dan ahli politik yang ditemuramah The Malaysian Insight terkejut dengan percubaan beberapa menteri untuk menyangkal kesahihan saman itu, walaupun dakwaan itu diperincikan dalam dokumen 251 halaman.
"Plaintif menyatakan pada perenggan pertama halaman pertama, ia adalah kerajaan Amerika Syarikat yang membawa aduan itu," kata peguam dan aktivis hak asasi manusia Ambiga Sreenevasan.
Beliau berkata, walaupun bukti itu masih tidak terbukti, terdapat cukup bukti prima facie bagi mahkamah untuk memberikan DoJ hak untuk merampas harta.
DoJ sedang meneruskan tiga saman pelucuthakan untuk merampas harta, karya seni dan aset kewangan yang didakwa dibeli dengan wang 1MDB dicuri.
Saman terkini mendakwa AS$540 juta digunakan untuk membeli antara lain, AS$165 juta kapal layar dan AS$27.3 kalung berlian untuk "isteri Malaysian Official No.1" (MO1).
Menteri Kabinet Abdul Rahman Dahlan sebelum ini mengesahkan MO1 adalah Najib. Bagaimanapun, perdana menteri menafikan sebarang salah laku.
Daripada terus mencabar saman, atau memulakan siasatan baru ke dalam dakwaan DoJ, menteri dan pembantu Najib sebaliknya:
* Menuntut identiti pengadu didedahkan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan);
* Mendakwa saman itu tidak mempunyai bukti (Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein);
* Menuduh pembangkang menggunakan DoJ untuk menjatuhkan pentadbiran Najib (Menteri Multimedia dan Komunikasi Mohd Salleh Said Keruak)
* Mendakwa saman itu mengandungi "dakwaan tidak terbukti" (Tengku Shariffudin, setiausaha akhbar kepada perdana menteri).
Peguam Haniff Khatri berkata kenyataan daripada kerajaan adalah bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.
Hanif berkata dalam sistem kehakiman AS, saman pelucuthakan adalah tindakan mahkamah jenayah yang dilancarkan apabila terdapat penyiasatan jenayah berterusan.

Skandal FGV: Shahrir harap Sulaiman Mahbob dapat tambah baik tadbir urus FGV

Shahrir Samad menyambut baik pelantikan Sulaiman kerana beliau pernah memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Felda, selain mempunyai pengalaman dan pemahaman luas mengenai Felda.
sulaiman-mahbob
SEGAMAT: Pelantikan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai pemangku pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) berkuat kuasa serta-merta diharap dapat menambah baik tadbir urus korporat syarikat konglomerat itu.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Abd Samad yang menyambut baik pelantikan tersebut berkata, Sulaiman bukan pemain baharu dalam industri itu kerana pernah memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Felda, selain mempunyai pengalaman dan pemahaman luas mengenai Felda.
“Pertukaran antara Sulaiman dan Tan Sri Isa Samad akan dapat memberi kesinambungan peranan Felda, selain memastikan suara dan semangat Felda itu didengari,” katanya selepas menghadiri majlis Ihya Rahmat Ramadan di Masjid Felda Tenang pada Isnin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Isa dilantik sebagai pemangku pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat berkuat kuasa serta-merta.
Shahrir berkata, dengan perubahan kepimpinan peringkat atasan itu, diharapkan FGV dapat membuat penambaikan kepada perkara penting kerana perubahan mesti bermula dari peringkat atasan sebelum dilaksanakan bahagian lain.
“Saya menyambut baik dan menganggap ini sebagai satu perkembangan yang positif, dan saya berharap Felda akan dapat menyertai FGV sebagai satu daripada anggota Lembaga Pengarah,” katanya.
Beliau berkata, ini kerana Felda juga mahu melihat wakil mereka berada di kedudukan penting dalam FGV.
“Dari segi amalan terbaik tadbir urus korporat, Felda memang layak untuk meletakkan 3 orang sebagai anggota lembaga pengarah dalam FGV, tetapi keputusan tersebut kita serahkan kepada ahli lembaga.
“Pemegang Saham Khas seharusnya ada 3 wakil dalam lembaga pengarah, yang terdiri daripada pengerusi, pengarah dan ketua pegawai eksekutif.